Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Wednesday 21 November 2012

cerpen pendek part 1


Cerpen pendek...

tajuk : Takdir Aku?


Assalamualaikum semua... aku ada satu soalan untuk kamu semua. Pernah tak kamu semua rasa hidup biasa yang kamu jalani tiba-tiba berubah? Mungkin ya, mungkin juga tidak... Tapi yang pastinya itulah yang berlaku kepada hidup aku. Kehidupan yang pada aku banyak mengajar erti kehidupan sebenar tiba-tiba boleh berubah. Siapa sangka pemuda selekeh, dan lurus ini boleh jadi yang sebaliknya. Kehidupan aku bertukar 360 darjah, dari susah kepada senang, dari sunyi kini mula rasa terisi. Mesti kamu semua nak tahu macam mana hidup aku boleh berubahkan? Dan yang pastinya kepada yang suka membuli aku, aku bukan lagi pemuda selekeh dan lurus yang boleh kamu arah-arah lagi. Hahaha maknanya aku sudah tidak mudah dibuli lagi... sorry la kamu semua..

Opss.. lupa nak perkenalkan diri, by the way, nama aku Muhammad Irzaf Harziq Mile bin Micheal Iman Mile. Mesti kamu pelikkan dengar nama aku. Hahaha aku sebenarnya tak tahu pun apa maksud nama aku, yelah ibu akukan buta so dia mana la nak selak buku nak tahu maksud nama aku apa.. aku? Memang tak la nak baca buku-buku yang tebal bedabak tu.. Nama ayah aku? Oh.. dia orang putih, ibu aku kata la. Tapi baru-baru ni aku dapat tahu dia sebenarnya orang Brazil. Hehehe macam pelik jekan ayat aku. Mana taknya aku baru je kenal dia.. kenapa baru kenal? Nak tahu kena la baca kisah aku dari mula...


**********************************


“Zaf..o.. Zaf..! bangun nak dah pagi ni.. nanti lewat pulak kamu 'fist day' ni..”jeritan Puan Maznah itu sedikit pun tidak mengganggu Irzaf yang tengah diulit mimpi indah. 'Haih, pandai jugak aku cakap bahasa inggeris ye.. fist day..hahaha' tersenyum sendiri Puan Maznah dengan bisikkan hatinya. Sambil-sambil itu, tangannya meraba muka jam yang tidak bercermin itu. Yelah, walaupun dia sudah buta tetapi dia tetap mahu anaknya berjaya seperti orang lain. Tadi Pak Mail sudah lalu dihadapan rumahnya maknanya sekarang sudah pukul 6.30 pagi. Macam mana dia boleh tahu yang lalu tu Pak Mail, yelah mana tak tahunya kalau setiap kali lalu Pak Mail memekak macam orang utan tak dapat makan je...

“Zaf.. Zaf bangun la sayang..”kata Puan Maznah mula meningkat okafnya tetapi masih terselit kata-kata sayang. Tangannya pantas mengoncang badan anak tunggalnya itu. Irzaf mula sedar. Mulutnya menguap kecil,dia menggosok-gosok matanya agar hilang rasa mamainya.

“Zaf dah jagakan.. pergi mandi, solat lepas tu bersiap ye nak..”kata Puan Maznah sambil berlalu pergi. Dia mahu menyiapkan sarapan pula. Walaupun dia buta tanggungjawabnya yang satu itu tetap dijalankan dengan sempurna. Irzaf yang masih mamai itu hanya mengangguk kecil. Matanya mula kuyu kembali..

“Zaf dah jaga belum?”jeritan ibunya itu berjaya membuat dia sedar. Dia pantas bangun melangkah ke bilik air mahu membersihkan diri untuk melaksanakan tugasnya sebagai umat islam.

“Irzaf dah siap belum? Dah hampir pukul 6.50 pagi nanti kamu terlewat pula.”kata Puan Maznah dari tingkat bawah rumah mereka yang sudah usang.'Lewat? Apa pulak la ibu ni..'bisikkan hatinya seakan-akan hilang saat matanya melihat tarikh hari itu. 3 JANUARI 2010.

“Alamak! Dah lewat. Hari ni first day sekolah... matilah aku, matilah aku..”jeritan kecil itu masih mampu didengari Puan Maznah. Irzaf pantas berlari slepas bersiap, dia menyalami ibunya. Diambil bekal makanan dari tangan ibunya. Terus dia berlari ke muka pintu untuk menyarung kasutnya yang hampir rabak.

“Irzaf minum dulu nak, sempat lagi lagipun kamu pergi naik basikal.”laung Puan Maznah. Irfan mengeleng-geleng kepalanya. 'Aish, bukannya ibu aku boleh nampak pun..'

“Tak apa ibu, tayar basikal bocor. Balik nanti Irzaf tampal.”kata Irzaf sambil membuat larian pecut ke sekolahnya. Bukan dekat, hampir 3 kilometer tu.. Puan Maznah hanya mengeleng kepala sambil mengesat hujung matanya. Air matanya luruh tatkala mengenang anaknya menghadapi hidup susah dengannya.


************************


“Huh..huh.. Maafkan saya. Saya terlewat 1 minit je tolong lepaskan saya, abang Zam, Epoy.”rayuan Irzaf langsung tidak diendahkan. Irzaf mengelap peluhnya. Sakit pula hatinya bercakap dengan orang tak ada perasaan ini.

“Hm.. boleh-boleh tapi kau kena ketuk ketampi 20 kali..”kata-kata Epoy bagaikan seketul batu dihempap diatas kepalanya. Sudah la dia penat berlari kini nak kena ketuk ketampi pula... haih..
Irzaf hanya menurut kehendak Epoy itu. Setelah habis sahaja 20 kali ketuk ketampi dia terus berlari ke kelasnya. 'Alamak tingkat atas lagi.. haih..'keluh Irzaf didalam hati.

“Lurus bendul betul la budak Ariq tukan abang Zam..”kata Epoy sambil ketawa.

“Haah, mana la ada perhimpunan hari first. Sekolah kita tak buat la..hahahketawa mereka mula bergabung. Pada asalnya mereka ditugaskan meyambut murid-murid tingkatan satu tiba-tiba muncul pulak budak lurus tu, itu yang mereka sakat tu mahu hilangkan bosan...

Akhirnya sampai juga dia ke kelas 4 IT. Kelas teknologi maklumat merangkap kelas sastera. Kelihatan dua rakannya, bulat dan pendek. Atau nama realnya Azrul dan Izman. Kedua-duanya tersengih-sengih melihat Irzaf. Ditunjukkan tempat dibelakang mereka. Sudah simpan khas untuk sahabat mereka itu.

“Hah, kenapa tercunggap-cunggap ni.. jangan bagi aku takut la woi.. hish, takkan penyakit asma kau datang balik kot?”tanya Bulat. Dia sudah panik melihat Irzaf yang tidak henti-henti tercunggap.
Pendek sudah mengusap-ngusap belakang Irzaf mahu hilangkan rasa penat rakannya itu.

“Tak de apa-apa.”jawab Irzaf selepas penatnya hilang. Baru dia sedar dia telah dipermainkan Zam dan Epoy. Irzaf mula menyesuaikan diri. Dia sudah bertekad mahu hilangkan penyakit lurusnya. Bukan apa selalu sangat dia dipermain-mainkan. Runsing pula dia.



#apa pendapat korang patut x aq sambung lagi???

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)