Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Wednesday 18 February 2015

LIEBSTER AWARD by Xennov

LIEBSTER AWARD by Xennov

Erk... ni first time kena tag tuk award ni *erk... award ape ni?* btw thanks Tee memberiku peluang untuk menanyakan soalan pada bloggers lain... hahahaha
#sowatderules
                    + Answer the questions

- Nominate others bloggers                   
    
                + Create your questions

- Notify your nominate   

1. Apa ciri-ciri suami idaman? Berikan 10 ciri gila-gila.erk... apa punya soalan da tee ni -_-'''

1 Hm... tak nak handsome sgt *nanti akak cemburu*
2 Poket kena ada isi, *bukan tisu atau sampah ye... duit le... Bukan le nak kaya... just nak yang ada duit. Karang tak pepasal eden yang kena tanggung anak teruna orang*
3 Ada rumah *wajib nihhh... klu x de rumah ada sebidang tanah pun jadilah... bukan tamakkkkk tapi untuk masa depann*
4 Anak yatim *gila kejam, heee ni kes x nak bergaduh balik kg sapa raya nnt... tak nak jadi isteri derhakakannnn*
5 Ada kija *berkaitan dengan no 2*
6 Sayang mak bapak SAYA *klu tak suka or hormat or sayang ku tendang masuk lombong*
7 Terima diri ni seadanya *hahaha sedar diri (tunjuk dahi sendiri) i'm not perfect!*
8 Hantu Novel macam diri ni *baru geng!*
9 Rajin baca karya SAYA *ni baru laaaa idaman pujaan*
10 BERIMAN *kalau yang atas2 tu ada... tapi ni tak de... TERUS REJECT. Diri ni tak sesempurna mana, biarlah ada yang boleh membimbing diri ni*

macam tak berapa gila2 je... hahaha


2. Bila kali pertama anda dilamun cinta kepada seorang jejaka. Dan tulis kisah serba sedikit tak kurang tiga ayat.

Hm... cinta diam2 pernah leee *sorang2 je perasan* Masa kicik2 kita ni rajin pergi main rumah jiran. Dia ada abang yang sangat2 macho kiranya best la klu ada boyfriend gitu... Kita selalu ngekor dia hahaha sampai pergi tangkap spider yang sangat ditakutiiiii!! *hebat x cinta diam2 ni*


3. Tinggi berapa?

Ni yang lemah ni... rasanya... dah lupe la... agak2 dlm 155. heeee nnt kita ambik pita ukur, ukur tinggi ye cik Tee


4. Nyatakan angan-angan yang tak akan pernah berlaku. Nyatakan 5.

Heeeee banyak tapi mintak 5 je kannn
1 Nak balik masa silam *huhuhu kita x mo masa sekarang, dulu kita ruleee!*
2 Nak cipta kereta terbang *punyalah malas manusia niiii*
3 Nak kawen dgn anak raja *memang x mungkinlahhh*
4 Nak ada duit berjuta *heeee mimpi je la*
5 Nak ada satu kedai buku yang dibuka hnya untuk NUR SYUHAIDAH *ASYU ASYURA* -Bestkannnnnn


5. Nyatakan nama novel yang pernah buat korang menangis gila-gila.

Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah -ni nanges tahap demam panas, fuhhhh tak nanges dah seminggu lepas baca buku ni, sbb air mata kering kuikuikui-



* Tag Random *tak de idea laaaa

TEE *bagi mu balik*

Soalan ku untuk MU

1 Karya Air Mata Terbaik yang pernah baca???  bagi 3
2 Memori memalukan *yang korang rasa malula... orang lain tak heboh pun*
3 Pengalaman pelik *apa je soalan aku ni*
4 Tempat holiday paling best pernah pergi dan apa yang menarik kat situ??? *tgh cari  tmpat nak g cuti*
5 Pernah baca buku FIXI tak? Klu pernah suka ke tak? Kenapa?


*jawablah soalan ni dengan bismillah hahaha soalanku tak bestkannnn*

sila tinggalkan link yeee pas jawab tu

Monday 16 February 2015

Terukir Indah 2.0 sebuah Cerpen

Assalamualaikum

bismillahirahmanirahim

sambungan citer tadiiiii



Terukir Indah... 2.0


            “Abang lambat lagi ke?” soal Suraya yang asyik mendukung kedua anaknya. Lenguh tangan. Lambat pula suaminya hari ini.

            “Sorry my love. Paperwork kali ni susah pulak. Hm... Sayang boleh tolong abang ke?”tanya Amri dengan muka comelnya. Tahulah comel tak payah nak buat-buat comel lagi boleh tak?

            “Hm okay. Jom.” Kedua-dua anaknya di letakkan ke dalam baby cot. Mujur tak banyak ragam si kembar ini. Ikut perangai ayahnyalah ni. Ikut aja kata emak dia ni.

            Sejak Amri sambung belajar ke bidang perakaunan memang tak menang tangan Suraya rasa. Untung ada ibu, abah, emak dan abi. Kalau tak... memang kerja si Suraya ni menangis je kerjanya.

            “Sayang... you know... masa first day abang masuk kelas, classmate abang ingat abang ni lec. Hahaha... tua sangat ke muka abang ni Sayang? Padahal baru 21 tahun.” Cerita Amri sambil mengekek ketawa. Amboi... sukanya dia.

            “What to do? Ingat tak tahun lepas officemate abang kata, sayang ni lagi muda dari abang? Hah, itulah abang.... banyak benar kerut dahi ni!” usik Suraya sambil menepuk anak mereka, si puteri, Laila Asyikin. Si puteranya, Amir Azwan, terus lena, pantang letak kepala atas bantal mulalah tidur aja kerjanya.

            “Siapa punya salah? Sayang abang, Puan Suraya nilah. Sebab sibuk memikirkan macam mana nak kahwin dengan sayanglah abang banyak berkerut dahi. Tapi berbaloi teramat bila sayang setuju nak berkahwin dengan abang. Rasa macam mimpi je. Macam khayalan.” Ujar Amri sambil mencuit pipi isterinya. Suraya tergelak kecil.

            “Yelah... untung abang dapat sambung degreekan? Lepas ni abang pulak pening kepala selesaikan akaun-akaun yang selalu buat sayang pening.” Suraya mendekati sang suami. Anak yang lena dibiarkan di dalam baby cot.

            “Abang... nanti dekat uni jangan nak main-main cinta tau! Kalau Su dapat tau... Su lari bawa anak-anak..” ujar Suraya sekadar bergurau. Tapi kalau betul mau dia bawak lari anak dia. Ingat tak berani ke? Ini Surayalah!

            “Janganlah sayang! Abang janji tak buat!” terus tangan diangkat gaya berikrar sahaja. Gila! Siapa nak hilang kekasih yang dicintai sedari kecik?

-

            “Hye...” tegur satu suara halus. Huih... meremang bulu roma. Ada hantu ke dalam library ni? Amri pantas menoleh ke belakangnya.

            Alamak! Ni bukan hantu biasa ni hantu gatal ulat naik daun ni! Bahaya! Amri mula menyebut nama-nama Allah di dalam hati. Iman kena kuat nak hadapi hantu yang satu ni!

            “Amri? Sombonglah you ni!” rungut suara halus tersebut. Terasa ada yang meraba bahu Amri. Haih, ada rasa nak makan kasut saiz 9 ke hantu gedik ni?

            “Please! Aku ni husband orang.” Kata Amri. Suara bergetar. Bukan gatal ye... tapi menahan marah. Karang ada jugak anak orang yang mati kena ketuk ni.

            “Ala... bukan ada yang nampak pun.” Cewah... pandai betul hantu gedik ni!!! Kali ni Amri tepis tangan hantu gedik. Perasan lawa! Lawa rupa je buat apa? Hati tu busuk! Dah berulat agaknya hati tu.

            “Allah nampak! Kalau rasa nak buat dosa jangan kaitkan aku sekali. Karang ada jugak yang makan penampor sulung dari aku ni.” Hui, marah betul encik Amri ni.

            “Okay, okay, i know. Sorry.” Tahu takut. Kalau tak takut memang kena la hantu ni. Tak masuk hospital, tapi tak datang unilah lepas ni!

            “Hoi Am! Pe citer?” kening Zul terangkat-angkat menghala ke Luna perempuan yang digelar hantu gedik oleh Amri.

            “Hantu gedik, opkoslah menggedik. Kau ni kenapa? Kening tu terangkat-angkat.” Rungut Amri. Dia dah runsing duduk uni ni. Rasa nak pengsan. Baik dia duduk rumah layan isteri dan anak-anak terchenta!

            “Erk... ter... terangkat. Terikut bontot si hantu gedik tu. Fuh, mantap... macam buah epal aku tengok. Tapi tulah kesian bakal laki dia... habis dia pergi tayang untuk orang-orang yang macam aku ni. Hahaha... aku suka je. Bukan aku mintak dia yang buat free show.” Cewah... melebih nampak si Zul ni. Untung kawan kalau tak mungkin Amri dah humban dalam tong sampah sebelah pintu library ni. Laser jugak mulut kawan dia ni.

            “Kau... gatal betul! Kahwin jelah cepat!” rungut Amri. Risau pulak. Kang tak pasal-pasal Zul buat benda tak elok.

            “Muda lagilah.” Jawab Zul tersengih.

            “Aku pun muda. Kahwin muda bestlah beb. Rugi kau...” usik Amri. Zul tarik muncung.

            “Kalau aku jumpa perempuan macam isteri kau tu aku nikah sekarang jugak!” amboi... cakap besar pula si Zul ni. Amri ketawa mengekek. Marah pula kawannya ini. Sentap ke?

            “Dahlah. Aku nak balik. Nak peluk cium isteri dengan anak-anak aku kat rumah tu.” Sakat Amri lagi.

            “Untungggg... pergilah. Karang teroyak pulak kau dekat sini.” Kata Zul membuat muka toya. Cemburu? Ada la sikit... isteri punyalah cun... kalau dia tak bagitahu umur Suraya tu konfem ingat belasan tahun je.

-


            “Assalamualaikum sayang, anak-anak ayah!” jerit Amri riang di depan pintu rumah. Amboi... ingat dia je ada family? Malulah jiran-jiran dengar.

            “Waalaikumusalam. Amboi... gembiranya kenapa?”tanya Suraya sambil mendukung anak kembarnya. Amri melabuhkan punggung disofa.

            “Gembiralah. Rindu kat sayang, bosan duduk dekat uni tu. Meh sini Laila dekat abang. Meh Laila duduk dengan ayah.” Laila bertukar tangan. Bukan main becok mulut Laila bercakap bahasa bayinya. Sudah lapan bulan usia anak mereka. Mula pandai duduk. Mulut pun dah becok walaupun sepatah kata tak boleh difahami.

            “Hm... Laila tu pun bukan main lagi rindukan abang. Bising sangat hari ni. Rindulah tu.” Kata Suraya sambil bermain rambut suaminya. Amir elok duduk diribanya.

            “Kata anak, dia tu? Bukan main lagi sayang main rambut abang. Dah kerinting terus dibuatnya.” Usik Amri sambil mengusap pipi sang isteri. Merah muka Suraya. Suami dia ni kalau tak sweet tak boleh ke?

            “Ala... ada la jugak. Sikit je.” Balas Suraya malu-malu.

            “Sikit? Betul ke sikit ni? Betul ke ni?”tanya Amri sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Nak luruh jantung Suraya.

            Ei... ada jugak yang kena korek mata tu! Haih... geram sampai tahap nak korek mata tu.

            “Yelah-yelah... banyakkkkkkk sangatttttttt.” Panjang je banyak sangat Suraya ni. Geram la konon. Tapi memang rindu banyak pun. Poyo pulak laki bini ni... haih ada jugak yang makan tangan *erk... sapa marah sapa ni???*

            “Hehehe. Kan... dah kata. Sayang... hari ni buat apa?”tanya Amri kali ini tangan dia pulak jadi tukang kerinting rambut Suraya.

            “Buat apa lagi? Kerja, ambik anak-anak, masak, kemas rumah... tunggu abang balik. Tu ajalah.” Kata Suraya tersandar manja dibahu Amri.

            “Kesian... mesti penat. Jom... abang belanja makan luar hari ni.” Kata Amri riang. Suraya suka tegak duduknya. Sukalah tu... tapi...

            “Su dah masaklah abang...” kata Suraya sedih. Dah lama tak makan luar.

            “Ala simpan dalam peti. Nanti esok Su panaskan. Jom... kita hantar anak-anak dulu.” Kata Amri sambil mendukung kedua anaknya. Biar Suraya bersiap dulu.

            “Nak hantar ke mana?”tanya Suraya blur. Ala... buat-buat tak faham je tu.

            “Rumah Ibu dan abah la... emak dengan ayah keluar. Kita pun nak berdating jugak sayang oit.” Haih... tak puas lagi ke nak berdating Amri ni?

            “He... okay. Tapi kesian anak-anak.” Sayu pula suara Suraya. Yelah... ibukan.

            “Nanti kita bawalah mereka pula. Time ni kita dua je. Please...” rayu Amri dengan mata bulat coklatnya. Haih... mata dia ni memang ada kuasa ajaib. Semua perempuan cair. Suraya mengangguk setuju. Terus dia tukar baju. Karang lambat pulak nak dating.


-


            “Sayang nak makan apa?”tanya Amri sambil melihat menu. Suraya tekun memilih menu yang ada.

            “Eh, Am.... you makan dekat sini ke hari ni?”tanya satu suara halus. Siapa lagi kalau bukan hantu gedik tu, Luna. Amri tarik muka. Tapi tetap juga dia cuba maniskan, malu pula karang si Luna ni, abang dia ikut tu, eh, abang dia ke? Eh, kenapa pulak dia nak kesah? Biarlah abang ke laki ke suka hati dialah...

            “Erk... abang sapa ni?”tanya Suraya perlahan.

            “Ni...” tak sempat nak kasi tahu si hantu gedik dah potong.

            “Kiut, adik ke ni Am? Adik nama i Luna, Am ni boyfriend I dekat uni tau...” kata Luna dengan ketawa gedik dia. Memang dasar hantu gedik Luna ni!

            “What?”tanya Suraya dengan nafas tertahan. Rasa nak menjerit pun ada ni! Kalau rasa nak tengok live gorila ketot mengamuk ni, ni ha, Suraya gorila ketot memang nak mengamuk!

            “Eh, merepek apa ni Luna?”marah Amri. Takut pula dia tengok muka Suraya dah bertukar warna. Jangan pengsan bini aku sudahlah...

            “Ala you ni depan adik bukan main lagi malunya, dekat uni, you layan je I...” meleret suara Luna merajuk la kononnya. Amri rasa nak jirus je muka Luna dengan air suam ni.

            “Encik, kalau encik boleh kawal si Luna ni, baik encik bawak dia blah sebelum saya balun dia ni!” kata Amri kasar. Berpuluh mata tertunak ke arah mereka. Lantaklah, dia tengah hot ni, pandang la kalau nak mata tu buta!

            “Luna, enough, jom balik.” Ajak lelaki yang menemani Luna. Takut kot dengan Amri yang tinggi lagi tough ni.

            Luna menghentak kaki tak puas hati. Macam tak cukup akai je nengoknya. Kesian...

            “Jom!” ajak Suraya tiba-tiba. Marah ada, rasa sedih ada, semua rasalah... kecuali yang indah-indah. First time dia hadapi benda macam ni... apa yang perlu dia buat?

            “Sayang... jangan percaya cakap dia... Please makan. Dari petang tadi Suraya tak makankan?”tanya Amri penuh kasih. Tangan memegang erat lengan si isteri. Takut lari.

            “Please. Akak nak balik.” Eh... bahasakan diri akak pulak. Marah sungguhlah tu. Amri mengeluh perlahan. Okay...

            “Fine. Jom balik.” Mereka meninggalkan restoran itu tanpa menjamah sebarang makanan pun. Sentap punya pasal. Siapa tak sentap? *kalau aku le... aku simbah je muka hantu gedik tu*

            -

            Sehari suntuk Suraya tak bercakap dengan Amri. Depan anak-anak pun dia bolayan aja si Amri ni. Memang marah tahap impak maksima ni.

            “Sayang...” panggil Amri. Tetapi Suraya buat pekak.

            “Hm... nanti dah sejuk kita bincang.” Kata Amri sebelum berlalu pergi.

            Suraya terduduk di bangku. Rasa bersalah sangat. Selama ni kalau suami dia nak ke mana-mana mesti dia salam dan cium tangan suaminya. Tapi... entahlah hari ni keras betul hati dia.

            -

            “Kamu ni kenapa Su? Emak tengok sehari dua ni macam ada masalah aja. Selalunya kalau kamu balik kerja pukul 5 tu memang muncul nak ambik anak je. Dua hari ni.... lama pula kamu melepak rumah emak.” Bising Puan Masnah. Pelik. Apa kena anak perempuannya itu? Gaduh dengan menantunya ke?

            “Ala... kenapa? Tak boleh ke? Tak pelah macam tu. Su bawak anak-anak balik dulu.” Sentap lagi... Puan Masnah menggeleng kepala. Awat anaknya ni? Pregnant lagi ka?

            “Mak tak kata pun tak boleh. Duduk la... bukan rumah orang lain pun. Cuma mak risau. Kamu bergaduh dengan Amri ke?”tanya Puan Masnah tak puas hati. Gaya macam nak cari gaduh je. Tangan tu laju ye bergerak terayun-ayun.

            “Hm... tak ada apalah.” Perlahan saja suara Suraya macam nak nanges.

            “Cuba cerita. Mana tahu mak boleh tolong.” Kata Puan Masnah memujuk.

            “Mak.... macam mana dengan nasib Su dengan anak-anak, kalau lepas ni abang ceraikan Su?”tanya Suraya teresak-esak. Anak-anaknya yang leka bermain terus menangis sama. Sedih tengok sang ibu menangis.

            “Lah... kenapa ni? Cuba cerita dari awal...” pinta Puan Masnah bahu anak diusap lembut. Suraya pun ceritalah apa yang terjadi.

            -

            “Hm... Su yakin ke Amri suka perempuan tu? Melalui apa yang mak dengar Amri macam tak suka je dengan perempuan tu...” kata Puan Masnah musykil. Suraya mencebik.

            “Memang lah marah dah terbongkar rahsia dia!” marah Suraya. Rasa nak hempuk-hempuk je Amri dengan Luna tu!

            “Isy... mak tak percaya. Cuba bincang balik dengan Amri. Mungkin ni salah faham je...” kata Puan Masnah menyakinkan si anak. Suraya mengangguk kosong. Karang kalau tak setuju akibatnya kepalanya benjol.

-

            “Sayang... Luna dengan abang tak ada apa-apa!” terang Amri buat 10 kalinya.

            “Eleh... tipu. Taulah Su ni tak secantik dia... tak semuda dia...” sayu betul suara si Suraya ni. Nasib baik anak-anak tak ada, untunglah emak suruh tinggalkan. Nak kasi chancelah tu nak berbaik kononnya. Kalau anak-anaknya ada tak ke meraunglah mereka bertiga bersama-sama.

            “Sayang abang ni dah sempurna. Suraya yang abang nikahi sudah cukup untuk melengkapi hidup abang, hidup seorang Muhammad Amri!” kata Amri bersungguh-sungguh.

            “Tipu! Tipu! Tipu!” jerit Suraya macam histeria. Aci tak kalau Amri rasa nak hempuk bini dia? Buat perangai macam budak kecik, hentak-hentak kaki, jerit-jerit.

            “Please sayang jangan macam ni!” pujuk Amri.

            “Tak nak! Pergi je dekat perempuan tu!” marah Suraya. Mulut membebel marah.

            Ada jugak yang kena cium ni kang! Kata Amri dalam hati.

            “Tak percaya kan.... ni dengar ni!” telefon di dail.

            “Assalamualaikum, Zul aku nak tanya ni. Kau jawab jujur tau!” kata Amri tegas. Telefon yang dipasang Loudspeaker itu didengari Suraya dengan linangan air mata. Tahu pun diam.

            “Waalaikumusalam., boleh je bro. Apa?”tanya Zul.

            “Luna si hantu gedik tu suka akukan?”tanya Amri.

            “Haah, dia tukan miang. Mamat single macam aku tak nak pulak. Nak dekat laki orang jugak...” balas Zul seakan merungut.

            “Aku layan dia tak?”tanya Amri. Berdebar pula dada menunggu jawapan Zul ni.

            “Tak la... gila apa? Banyak kali rasanya kau nak sumbat kasut kau dalam mulut miang dia tu hahaha!” ketawa Zul sekuat hati.

            “Okay. Thanks. Assalamualaikum.” Kata Amri seraya mematikan panggilan. Suraya terpaku.

            “Sekarang dah percaya?”tanya Amri sambil mendekati isterinya.

            “Hm...”balas Suraya malu. Dah tua bangka buat perangai tak semegah.

            “Sorry...” kata Suraya perlahan. Amri tersenyum. Tangan isteri dicapai, lalu dikucup kasih.

            “Sayang tahu... sayanglah satu-satunya. Kau terukir indah buat ku dari-Nya.” Kata Amri romantis.

            “Ye... maaf. Su janji tak cemburu. Apa-apa pun Su percayakan abang.” Kata Suraya dengan muka merahnya.

-

            Rumah tangga mana tak dilanda badai? Lagi-lagi buat Amri yang muda 10 tahun dari Su. Godaan banyak, bukan setakat di universiti di luar, di mana-mana jelah ada je yang menggatal.

            Cuma dengan kesefahaman dan kepercayaan barulah rumah tangga dapat bertahan. Walaupun hal ni terjadi, tapikan takdir mereka terukir indah... Alhamdulillah, kasih dan kepercayaan Suraya makin kuat. Semoga mereka semakin kuat meneruskan hidup mereka. Ehem... rasanya fenomena Amri dengan Suraya ni dah normal ke belum??? >_<

          -Kalau habis macam ni puas hati x???-

Terukir Indah sebuah cerpen

Assalamualaikum.

bismillahirahmanirahim

Apa Khabar. he he he... Yeay!!! cuti!!! dah!!! Start!!!

Sebenarnyakan... dalam Asyu tak masukkan entri baru... Asyu adalah up cerpen pendak tahap gaban kat FB.... oleh sebab itu... Asyu rasa tak adil pulak pada korang yang tak ada FB ni... So Asyu upkan cerita ni kat sini jugak.

Cerita ni simple, tak de konflik berat, orang kata sweet2 gitu je.. ha...
tapi bolehlah nak bacakan.... 

Dekat FB ada yang minta sambungan.... rasa macam nak sambung. Tapi kalau nak sambung gitu susah sikit kot. Yelah cerita ni SPONTAN. Maka kalau nak sambung kenalah SPONTAN jugak. Apa2 pun jom layan.

Kalau terasa diri tu rajin silalah komen ye readers2ku. Korang ni banyak benor yang pendiam punnnn


Terukir Indah

            “Ibu... boleh pinangkan Kak Su untuk Amri tak?”tanya Amri tiba-tiba. Puan Salmiah tersedak buah nangka. Biar betul anaknya ini. Baru sahaja tamat STPM, lepas tu tup-tup suruh pinang anak orang.

            “Muhammad Amri! Awatnya hang ni? Tetiba ja nak ibu pi pinang anak Kak Som tu?” marah Puan Salmiah. Terkeluar loghat utaranya.

            “Orang dah lama suka dekat Kak Su dari darjah satu lagi tau!” rungut Amri bila ibunya ada aura seakan-akan tak nak pergi meminang si pujaan hati.

            “Itu ibu memang tahu. Asyik-asyik kak Su, kak Su. Dari umur 5 tahun kamu asyik mengekor Kak Su kamu tu...” Puan Salmiah segera membasahkan tekak, terasa-rasa buah nangka itu masih terlekat ditekak. “ Tapi... tak pernah dibuat orang, anak baru habis sekolah lepas tu nak meminang anak dara orang.”

            Amri tayang muka sedih. Ibu... tahukah dikau? Hati ini sudah lama menanggung rasa  yang satu ni! Amboi... kecik-kecik dulu pun dah pandai jatuh cinta ke Amri? Melampau!

            “Ala bu... dari Amri buat hal tak elok baik ibu pi pinangkan kak Su tu...” kata Amri sambil buat muka nakal. Hai, seriau Puan Salmiah mendengarnya. Janganlah yang tidak-tidak. Ada juga yang makan tangan ni.

            “Kamu ni lain dari yang lain! Cuba normal sikit. Macam dalam tv ke novel ke...” kata Puan Salmiah sambil menyambung menyuap nangka kuning mengancam itu ke mulut. Fuh... hantu nangka betul ibu Amri ini.

            “Ibu! Cuba ibu dengar ni. Manusia normal pada dasarnya tak normal, istilah normal bukan terletak pada seseorang manusia itu tetapi dimata manusia-manusia yang memandang. Makin ramai manusia setuju dengan kelakuan seseorang manusia itu, maka secara automatik ianya menjadi normal. So... sekarang ni jom kita wujudkan satu fenomena. Ibu pergi pinangkan kak Su untuk Amri.” Kata Amri penuh yakin. Statement... fuh... syok sendiri je tu. Macam fenomena budak-budak sekolah berkahwin. Mula-mula terjadi habis pasangan pengantin itu dicemuh. Lama jugalah baru hal itu reda dan diterima umum.

            “Amboi ayat! Sementara nak tunggu normal tu ko jadi loqlaq la ye Amri?” marah Puan Salmiah. Ayat anaknya memang masuk akal. Tapi sebelum diterima masyarakat, tak ke mereka dicop tak betul?

            “Ibu... Amri cinta mati dekat Kak Su. Bertahun Amri pendam rasa ni. Tolonglah bu. Please for your only son... Amri janji akan jaga kak Su baik-baik. Pasal duit jangan risau. Actually Amri dah dapat kerja kat company uncle Joey. My saving pun banyak lagi. Adalah dalam 7 ribu lagi. So nak pergi meminang je dulu bu... please...” rayu Amri dengan mata bulat coklatnya. Haih...cair hati seorang ibu.

            “Okay. I will. Tapi ibu tak janji kak Su setuju.” Kata Puan Salmiah.

            “Thanks Ibu love you till Jannah!” pipi Puan Salmiah dikucup mesra. Puan Salmiah tersenyum. Haih... untunglah anak tunggal kalau tak mau dibiarkan saja permintaan anaknya itu. Senyum dibibir mati tatkala Amri sudah berlalu ke bilik. Mampu ke Suraya menerima Amri? Budak lagi Amri tu... baru 19 tahun Su dah 29. Hm...

-

            “Apa? Mak biar betul? Amri tu budak lagi Mak! Su ni dah nak andartu dah ni!” balas Su dengan muka masamnya. Puan Masnah tersenyum. Tau pun diri tu nak andartu, tak reti-reti nak kahwin ke Su oit?

            “So?” Amboi, speaking pula emak si Suraya ni!

            “So... macam mana Su nak terima?”tanya Su menahan marah. Poyo pulak emak aku malam-malam hari ni.

            “Terima je. Say i do, i accept! Su budak Amri tu dari dia kecil dia suka kat kamu. Bukannya kamu tu buta. Kamu suruh buat apa pun dia buat. Kamu suruh dia ponteng sekolah pun dia buat tahu!” kata-kata Puan Masnah membawa kepada kenangan kelakar mereka.

            ---

            “Amri sayang akak Su tak?”tanya Su. Dia balik cuti sem lusa dah nak balik uni dah. Tahun ini dia sudah berumur 21. Amri mengangguk laju.

            “Amri sayang sangat dengan kak Su. Kenapa?”tanya Amri kembali. Kaki menguis pasir. Malu pula bermain kata ni.

            “Hm... Amri jangan pergi sekolah esok. Temankan akak. Lusa akak nak balik uni dah.” Balas Su dengan suara sedih.

            “Okay untuk akak apa pun boleh!” jawab Amri confident.

            Hari esok pun tiba. Amri pagi-pagi dah keluar. Ibu dan abahnya tak perasan dia memonteng. Sangkanya pergi sekolahlah.

            Punyalah happy mereka berdua. Pergilah port mereka berdua, sungai yang terletak berhampiran rumah tok Amri. Tak adalah jauh mana, kampung sebelah sahaja. Nasib tak baik...

            “Muhammad Amri! Astagfirullahalazim!!! Balik kau sekarang!” jerkah abahnya. Amri dah kecut perut.

            Su menyorok dibelakang anak kecil itu. Kecil-kecil pun tinggi okay, sama tinggi dengan Su ni. Oh... maksudnya Su ni pendek orangnya.

            Amri pun bukan main lagi, dia berdiri gah depan Su kiranya jadi herolah. Akibatnya sepanjang perjalanan balik ke rumah dia kena tarik telinga. Su tahan gelak je.

            ---

            Su tergelak mengenangkan kenangan itu. Dialah yang nakal, tau budak tu suka tahap impak maksima dekat dia boleh dia suruh budak tu memonteng. Tertangkap pulak tu.

            “Gelak-gelak, setuju jelah Su oit!” kata Puan Masnah yang menangkap gelagat Suraya.

            “Hm... Su tak tahulah bu. Dia... muda sangat.” Kata Suraya. Pening memikirkannya.

            “Ibu bagi seminggu saja. Lepas tu pandai-pandailah kamu beri jawapan.” Kata Puan Masnah sebelum masuk bilik.

            Suraya termangu seorang diri di ruang tamu. Mampu ke dia? Jadi seorang isteri, kawan pada masa yang sama kakak? Suraya pening, dia suka pada Amri seperti Amri sukakan dia.

-

            “Akak, kenapa kak Su tak beri jawapan lagi?”tanya Amri. Nak gugur jantung Su menahan terkejut dihati. Budak nikan, tahulah dah tak sabar, tapi janganlah main serbu je.

            “Er... er...” hadui, soalan pun sedap sungguh! Apa yang dia nak jawab, hati dah beri jawapan... tapi... otak ni?

            “Hm... akak salah ke Amri cintakan akak? Nak kahwin dengan akak?” sentap pula budak Amri ni.

            “Er...”

            “Amri cintakan akak dari kecil, perasaan tu Amri pendam sampailah sekarang. Mungkin akak anggap Amri ni sekadar adik, tapi Amri anggap Akak lebih dari seorang kakak. Mungkin panggilan kakak itu membataskan perasaan Amri. Tapi selagi akak tak setuju selagi tu Amri akan panggil kak Su sebagai kakak.”kata Amri penuh emosi. Terkesima Suraya mendengarnya.

            “Amri, please give me time.” Dia pun tak anggap Amri ni adik. Perasaan tu dah lama berubah saat umurnya 25 tahun. Masa dia pulang kali itu, terasa ada perasaan lain wujud saat Amri mendekati dirinya.

            “Okay. Amri balik dulu. Assalamualaikum.” Perlahan Amri meninggalkan perkarangan rumah Suraya.

-

            “Mak.... Su setuju.” Kata Suraya selepas cukup seminggu. Memang muktamad. Akhirnya otak dan hati seiring.

            “Betul ni? Muktamad? Tak nak pilihan lain? Muktahir?” amboi emak, tahulah berkenan dengan Dato’ Jalalludin Hasan (betul ke ejaan? Hentam sajalahhh) masa rancangan dia tu, apa ke tajuknya, Do You Want To Be A Milionaire.

            “Betul, muktamad, don’t want, muktahir.” Jawab Suraya yakin.

            “Okay nanti mak inform ibu Amri.” Kata Puan Masnah. Dia menyembunyikan senyum. Oh yeah!!!

            “Okay.” Suraya tersenyum membayangkan gelagat Amri. Mesti tak boleh nak tidur malam ni.

            Tak sampai sepuluh minit, telefon Suraya berdering. Confirm Amri yang call.

            “Assalamualaikum.” Kan dah kata, Amri yang call.

            “Waalaikumusalam. Ehem, napa call?”tanya Suraya mengusik.

            “Hm... salah ke nak call bakal isteri sendiri?” tanya Amri sambil menekankan perkataan ‘bakal isteri’.

            “Erk... ta... tak salah.” Tergagap pula Suraya. Haih, segannya. Selalu dibuli-buli Amri tu. Kali ni terus hilang kata.

            “Hm... Suraya...” lembut betul suara Amri malam ni. Buat Suraya cair. First time mendengar Amri menyebut namanya sahaja buat jantungnya nak luruh.

            “Hm... y.. ye?”sahut Suraya cukup perlahan. Mereka berdua berdiam. Lama. Hanya kedengaran hembusan masing-masing.

            “I love you.” Tup! Rasa nak pengsan.

            Terduduk Suraya atas permaidani biliknya.

            “I know you love me too.” Kata Amri lagi.

            “Okay got to go. Bye sayang. Assalamualaikum. Will miss you my future.” Kata Amri romantis. Homai, aci tak Suraya nak pengsan? Kenapa Amri yang dia kenal boleh jadi seromantis ini?

            “Who are you?”tanya Suraya pada telefon yang sudah sepi itu.

            “Where the litle Amri?” soal Suraya lagi. Jantung yang terasa dah melebihi speed limit dengutannya, cuba ditenangkan.

            “Aku... aku rasa aku dah jatuh berkali-kali cinta dengan Amri yang satu ni.” Bisik Suraya pada dirinya sendiri.

            -

            “Mak betul ke tindakan Su ni? Amri tu baru habis STPM, dah kena galas tanggungjawab yang berat ni.” Kata Suraya yang kalut. Puan Masnah lagilah kalut. Janganlah anaknya buat hal pada saat-saat akhir ini.

            “Su, su yakin dengan takdir? Percaya dengan takdir Illahi?”tanya Puan Masnah. Suraya mengangguk.

            “Kalau tertulis Amri dan Suraya akan bersama, jangan risau. InsyaAllah Amri tu tak selemah yang Suraya sangkakan.” Kata Puan Masnah lagi.

            Suraya menghembuskan nafasnya. Insya-Allah, dengan janji-Nya dia dan Amri akan baik-baik sahaja.

-

            Dengan sekali akad sahaja Nurul Suraya telah menjadi milik Muhammad Amri. Macam tak percaya, macam mimpi...

            “Sayang, dah habis mimpi? Ni realiti tak payah tengok abang tak berkelip-kelip, semua dah menengok ni. Meh tangan, nak sarung cincin.” Kata-kata Amri mengejutkan Suraya dari terus menjadi patung cendana di masjid itu.

            “So.. sorry... erk.. a.. abang.” Janggal. Pelik nak memanggil Amri yang muda 10 tahun darinya abang.

            Cincin berhias permata itu disarung ke tangan Suraya. Cantik, dia tak tahu mengenai cincin ini. Lagipun sebelum bernikah ini dia sibuk menyelesaikan kerjanya maklumlah akauntan. Dah siap barulah boleh ambik cuti. Lama jugalah dia ambik cuti, dua minggu lamanya.

            Tangan Amri dicapai lalu dikucup. Pelik lagi. Dulu semasa dia kecil, Amri yang setia menyalami tangannya, mencium tangannya. Kini giliran dia menyalami dan mencium tangan itu.

            Dahi Suraya dikucup lembut. Kasih sayang tertumpah buat masa depannya ini.

            “Thanks my love, because accept me. Abang tahu abang banyak kekurangan. Semoga Suraya mampu menutupi dan melengkapi kelemahan abang ni.” Kata Amri lembut, cukup perlahan hanya mampu didengari Suraya.

            Air mata Suraya menitis perlahan. Segera Amri menyekanya.

            “Air mata ni, kalau boleh abang nak sayang simpan untuk yang indah-indah sahaja.” Kata Amri lagi.

            Amri membuka mulut mahu mengatakan sesuatu. Suraya pantas meletakkan tangan dibibir suaminya.

            “No... no a word anymore. Manis sangat kata-kata abang tu. I don’t know you’re this romantic.” Kata Suraya tersipu-sipu malu. Saat ini terasa dia yang muda dan Amri yang tua. Sungguh karisma Amri sebagai seorang suami saat terpancar.

            “I can be more.” Kata Amri dengan senyuman manisnya.

            “Kamu berdua... jangan nak lama benar, majlis kat rumah tu kena jalan jugak. Cepat!” jerit Abah dari luar. Baru sedar hanya mereka berdua sahaja dalam masjid ini.

            Dua-dua tersenyum malu. Dengan beriringan dan berpegangan tangan mereka melangkah keluar.

-

            “Abang! Tolong!” pinta Suraya dengan senyuman manisnya. Zip baju kurung itu tidak dapat dicapai. Maklumlah terlebih gebu, mana tak gebu, sampai dua orang dalam rahimnya.

            “Haih, kesian sayang abang ni. Baby-baby ayah ni... duduk diam-diam tau. Hari ini emak nak berjalan dengan ayah... kasi chan sikit ye..” ada ke kata gitu dengan anak. Terasa nak ketuk sahaja kepala suaminya. Nasib suami.

            “Abang ni. Apa ke kata gitu.” Kata Suraya manja. Amri ketawa kecil.

            “Okay sorry my dear. Jom.” Kata Amri sambil memimpin tangan sang isteri yang dicintai.

            -

            “Amri ini isteri you ke? Kenapa nampak muda, kata tua dari you?”tanya kawan sepejabat Amri. Hari ini mereka ada majlis.

            “Hah, itulah dia... rahsianya. Hahaha.” Gurau Amri. Suraya menepuk lembut lengan suaminya itu.

            “Kongsilah sikit. Jangan kedekut.” Kata Kawannya itu.

            “Tak ada specialnya. Takdir Allah, walaupun my love ni tua dari I tapi nampak muda. Malah rasanya i pulak yang nampak tua. Dan... isteri i lah yang melengkapi kekurangan dan melengkapi hidup I. Terasa... macam takdir ini...” Amri kehilangan kata.

            “Takdir ini... terukir indah.” Sambung Suraya.

            “Yes. Terukir indah. Thats the word.” Tangan si isteri dikucup kasih. Semoga takdir mereka akan terus terukir indah.