Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday 29 March 2013

PUTERI HATIKU >o< 4


BAB 4

PUTERI HATIKU >o<

Robert melangkah laju. Lagi 10 minit sahaja lagi masa persekolahan Tuan Puterinya akan tamat. Dia perlu pantas sudah tidak lama lagi masa yang tinggal untuk dia mencari 4 orang pelindung itu. Salah seorang daripada pelindung itu sudah dia jumpai. Yang pasti pelindung pertama ialah Kira.

Dengan nafas yang tercunggap-cunggap, Robert menunggu dihadapan sekolah TP itu. Mata-mata dari pelajar yang lalu lalang menyesakan dada Robert. Dia ni nampak je tough tapi sebenarnya dia takut bila ada orang tenung dia.

“Argh!!! Robert sayang!!”jerit Orange sambil bergayut dilengan Robert. Kira yang melihat hanya mempu mengeleng. Dah serupa dengan beruk dah Tuan Puteri Orange ni...

“Hai Princess..”ucap Robert sambil tersenyum ikhlas. Walaupun ikhlas tetap nampak kelat di mata Kira. Huhuhu >_<

“Robert! Jangan panggil Princess!! Remember I'm just an ordinary girl here!>3<”Orange tayang muka masyam.. Robert sudah gelak tidak ingat dunia. Rindu pulak dia nak tengok gelagat manja Orange ni..

“Okey,okey! Sorry Orange. Dah petang ni jom kita balik dulu..”Robert masih tidak mahu berhenti ketawa walaupun sudah berkata-kata.

“Balik?!”Kira sudah berkerut-kerut >~< memikirkan perkataan yang baru terluah dari mulut Robert.

“Yup! Balik rumah Orange la..”sekali lagi mata Kira terbeliak O , O.

“What?! For how long?! ><'''”tanya Kira yang dah tak menentu. Mana taknya baru depan-depan macam ni dah nak tercabut jantung kena tenung ngan ketua pengawal ni.. bayangkan setiap hari dirumah yang sama.. Pasti Kira mati awal..

“Forever!!”ujar Robert bersungguh-sungguh. Orange melompat kesukaan. Manakala Kira semakin putih bukan sebab guna Fair & Lovely tapi sebab oksigen tak cukup.

“YES!” “NO WAY!”jerit Orange dan Kira serentak. Masing-masing melihat muka masing-masing macam nak telan. Tak puas hatilah katakan.

“Hahaha gurau je.. Dalam 3, 4 hari je..”kata Robert sambil mengekeh ketawa.

Kira melepaskan nafas lega. Orange menarik muka masam. Baru nak manja-manja dengan Robert. Orange yang merajuk melangkah laju lupa dengan kakinya yang masih sengal. Hampir sahaja dia jatuh terpelecok.

“Orange!!”jerit Kira dan Robert serentak. Nasib baiklah si Leon sempat menyambut diri Orange. Kebetulan pula dia lalu di situ.

“Seriously!! Orange please watch your step!”ujar Leon sedikit geram. Orange tersengih-sengih nasib baik la ada kawan barunya ini. Robert menarik nafas lega. Kira sudah menggeleng-geleng kepala.

“Terima kasih Leon..”ujar Orange dengan muka tak malunya. Leon melambai-lambai tangannya sebelum meneruskan berjalanannya. Robert memerhati Leon dengan penuh teliti. Dia dapat rasakan sesuatu yang istimewa dari Leon. Adakah Leon merupakan salah satu daripada pelindung yang mereka cari-cari?

“Oit, cepatlah! Aku dah lapar ni!!”ujar Kira yang sudah jauh dihadapan. Robert berlari anak mengikut langkah Kira dan Orange.



^___^



“Oh My...”tak terkata Robert apabila melihat rumah yang didiami Tuan Puteri negara Swerd itu. Sangat-sangat.. BERSEPAH! Betul ke Tuan Puteri yang duduk rumah ni?!

Kira tarik sengih sinis. Dari sampai rumah tadi Robert dok pusing-pusing satu rumah sambil menggeleng tak percaya. Nak buat macam mana dia dan Orange mana reti nak kemas rumah... >.<

“Robert... Orange lapar..”ujar Orange manja. Robert menggeleng kepala.

“Tunggu sekejap. Kemas rumah dulu baru dapat makan!!”ujar Robert tegas.

“Ala...”Orange sudah mencebik-cebik bibirnya. Tapi tangan tetap bergerak juga. Kira senyap-senyap ingin melangkah ke biliknya.

“Kira! Jangan nak mengada, tolong sekali!”arah Robert. Kira yang sememangnya gerun dengan robert terus melaksanakan tugas yang disuruh.

Selepas sejam lebih barulah rumah yang sederhana besar itu siap dikemas. Riak puas hati terpancar di wajah Orange. Padahal dia kemas sofa jerk..

Robert pun sudah siap memasak. Memang delious!! jangan pandang Robert muka ganas disebelah mata! Muka je ganas tapi gentlement ^_^..

“Hurm.. mmmdap itulll Obert masyak!!”ujar Orange dengan mulut yang penuh. Kira sudah menutup mata dengan mulutnya. Mana taknya, tersembur-sembur makanan dalam mulut Orang yang kebetulan duduk berhadapan dengannya.

“Princess cuba makan elok-elok. Awak tu Princess..”ujar Robert sedikit geram. Memang susah nak ajar Orange ni tatasusila.

“Hurm..”bibir Orange terjuih tanda tidak puas hati. Tak puas hati pun makanan tetap disua ke mulut. Almaklumlah sedap sangattttttttttt..



@___@



Kira dan Robert asyik berlatih di tanah lapang rumah itu. Orange pula menjadi penonton setia. Kadang-kadang dia menyorak kecil apabila Kira terpelanting apabila terkena kuasa Robert.

Kira semakin bersemangat. Semakin galak dia mengeluarkan kuasanya. Maklumlah sudah berjauhan dengan istana bermakna dia tidak boleh berlatih sesuka hati. Robert sudah terduduk. Penat melayan Kira yang seperti gian mahu melepaskan kuasanya.

“Kira dah la. Penat dah ni..”ujar Robert mengangkat kedua tangannya menandakan dia mengeku kalah. Kira tersenyum bangga. Orange sudah mula bosan. Pantas sahaja dia masuk ke dalam rumah.

“Robert betul ke kamu datang sini suka-suka je?”tanya Kira dengan riak serius.

“Hm..”Robert cuba mengalih perhatian Kira.

“Tak payah nak buat benda lain! Cepatlah bagi tahu!!'desak Kira. Robert menghela nafas kasar.

“Kau tahukan.. pasal lagenda negara kita ni?”tanya Robert dengan muka serius tahap melampau. =o=

“Pasal Princess ke?”tanya Kira sedikit berkerut dahnya.

“Yup. Kau tahukan kau merupakan salah satu pelindung Puteri Orange?”tanya Robert lagi. Kira sudah terbeliak.

“Betul ke?!”tanya Kira tidak percaya. Robert pantas mengangguk.

“Ya. Kita masih perlu mencari 4 orang pelindung. Kalau tidak Orange dalam bahaya..”ujar Robert sedikit risau.

“Kita perlu cepat kalau macam tu. Dekat mana kita nak cari?!'tanya Kira.

“Sekitar Orange. Aku yakin!”ujar Robert semangat. Kira mengangguk faham. Tanpa mereka sedari Orange asyik mencuri dengar perbualan mereka. Orange tersenyum nakal. Dalam kepalanya timbul pelbagai idea untuk membantu kedua-dua pengawalnya.


#yeay!! bab baru!! sorry klu x best..
#kerana kau anjelku tengah taip.. semlm dah siap dah.. tapi x sempat nak save lappy padam.. nak wat cam ne kena la tuls balik..
#oh ye.. Ibu... Ampunkan daku tu.. nnt2 Asyu sambung ye.
#tolong la komen.. dah mcm apa je Asyu ni merayu je kerjanye... x pe la.. dah org x sudiiii.. huhuhuhu :'(

Wednesday 27 March 2013

JIKA ITU TAKDIR KITA -LAST!!


JIKA ITU TAKDIR KITA

Humaira!!!”jerit Faiz dari jauh. Seronok pula berkawan dengan Humaira ni. Humaira yang sedari tadi melangkah terhenti langkahnya.

Kenapa ni Faiz?”tanya Humaira yang asyik memegang tangan seorang budak lelaki.

Awak ni sapa?”tanya Faiz yang sudah bekerut-kerut dahinya. Pelik pulak tengok kawan barunya asyik berkepit dengan orang lain.

Ni la abang sayang kita!”kata Humaira teruja. Lelaki yang dikatakan abang sayang itu mengusap manja kepala Humaira. Faiz mencebik-cebik tanda mahu menangis. Humaira mendekati Faiz pelik pula dengan kelakuan Faiz itu.

Kenapa dengan awak?”tanya Humaira sedikit panik.

Nanti awak tak mau kawan ngan kita dah..isk..isk.”tangis Faiz bersungguh-sungguh.

Mana ada. Saya tetap kawan ngan awak tau!!!”kata Humaira bersungguh-sungguh marah dia dikatakan sebegitu.

Janji?!”tanya Faiz sekali lagi.

Ya, kita janji!”ujar Humaira serius.

Awak sayang kita?”tanya Faiz selepas dia berpaling mahu pulang.

Humaira tersenyum manja.

Kita sayang Faiz selama-lamanya..”ucap Humaira ikhlas. Faiz tersenyum senang, dia meneruskan perjalanannya. Humaira menggapai tangan abang sayangnya itu.

Masing-masing meneruskan perjalanan masing-masing. Sambil-sambil itu Faiz dan Humaira berbalas pandangan apabila masing-masing menoleh ke belakang.


Cinta mungkin hadir tanpa sedar.. mungkin cinta ini lahir ketika kita masih suci..
Namun yang pasti.. Kau Aku Dia adalah satu.



******



“Faizuddin!!!”jerit Humaira yang baru sedar dari pengsannya. Lisa yang sedari tadi menunggu Humaira tersentak mendengar jeritan kawannya itu.

“Humaira, Humaira Istighfar!”Marah Lisa apabila Humaira seperti orang gila. Humaira terpaku. Direnung kosong wajah Lisa. Dia memandang sekeliling. Bilik yang aneh.. Putih je.. Macam,macam bilik hospital.. Hospital?! Mata Humaira kembali terbuntang.

“Faiz.. Faiz mana Lisa?!”tanya Humaira polos. Lisa menahan sendu.

“Faiz.. Faiz..”kata-kata bagaikan tersekat diterongkong Lisa. Tak sanggup dia nak meluahkan kata-kata itu.

“Faiz mana? Jawablah!”melihat Lisa tidak menjawab soalannya membuat Humaira mencabut tiub drip yang disambung ke tangannya. Darah memancut-mancut. Lisa menjadi panik. Pantas tubuh Humaira ditekan ke atas katil. Lisa terjerit-jerit memanggil nurse yang lalu berhampiran bilik Humaira.

“Jawablah!! Faiz mana?!”Tangisan mula berlagu. Semakin lama semakin perlahan akhirnya pandangan Humaira kembali gelap.


=______________=...





Seminggu kemudian,

Hafiz mengeluh melihat teletah adiknya. Parah betul! Setiap hari termenung je kerjanya. Hafiz sebenarnya tak sampai hati tengok Humaira macam ni.. Tapi a promise still a promise. Mungkin kebahagian adiknya akan mula terpancar tanpa sedar.

“Humaira.. Oit cik Humaira!!”sedikit menjerit Hafiz menjerit memanggil adiknya. Nasib baiklah kak long mereka tiada, kalau tak.. Habislah Humaira kena bahan.

“Opocot, Faiz sayang!”latah Humaira. Hafiz mengeluh lagi. Tahu adiknya menahan rindu terhadap insan bernama Faizuddin itu.

“Humaira.. dah seminggu lupakan jelah dia tu..”ujar Hafiz perlahan. Humaira memandang muka Hafiz tana perasaan.

Humaira bangun lalu masuk ke dalam. Hafiz yang keseorangan di pangkin merenung langit memikirkan masa hadapan adiknya agak kelam.. Lampu yang dulunya setia menerangi jalan hidup adiknya hilang tanpa perkhabaran.



*______*...

Puan Hasimah (mak si Humaira) duduk ditepi anak perempuannya. Diusap-usap rambut anaknya yang semakin panjang. Hati ibu mana yang tak sedih melihat keadaan anak gadisnya jadi sebegini.

“Humaira sayang..”panggil Puan Hasimah lembut. Humaira sekadar mengangguk perlahan.

“Sampai bila Humaira nak jadi macam ni.. Dia dah pergi biarkan dia pergi. Kita yang masih di sini perlu meneruskan hidup sayang.. Ibu rindukan anak ibu yang periang, nakal dan manja..”Puan Hasimah menitis air mata selepas menutur kata-kata itu sungguh dia rindu dengan anak yang dahulu.

Tubuh Humaira dipeluk erat oleh Puan Hasimah. Humaira yang pada mulanya kaku membalas pelukan ibunya. Tangisan Humaira mula berlagu.

“Ibu.. Humaira minta maaf.. maaf..isk..”Humaira memohon kemaafan dari ibu tercinta. Dia sedar dalam diam dia mengguris luka dia hati orang-orang tersayang dan terdekat dengannya.


“Alhamdulillah, Ya Allah!!”ucaapan syukur bermain-main dibibir Puan Hasimah.



^___^..




“Ibu, ayah, angah.. Humaira ingat nak balik UiTM la.. Adik rindu dengan kawan-kawan.”ujar Humaira ketika mereka makan malam bersama.

Puan Hsimah berpandangan dengan Encik Adha. Hafiz turut memandang kedua ibu bapanya. Betul ke kata-kata itu terluah dari mulut Humaira?!

“Ibu, ayah, angah dengar tak ni?”tanya Humaira sekali lagi apabila kata-katanya tidak mendapat reaksi yang diharapkan.

“Dengar-dengar.. Betul ke Humaira nak sambung balik?”tanya Hafiz dengan pandangan tidak percaya. Mana taknya hampir 3 minggu Humaira seperti mayat hidup. Alih-alih nak sambung pelajarannya balik.

“Betullah.. apa yang tak betul pulak angah ni.. Boleh ye ibu, ayah.. angah...”manja sahaja suara Humaira. Memng kebiasaan Humaira bermanja-manja apabila berkeinginan sesuatu. Hafiz tersenyum melihat gelagat adiknya. Puan Hasimah dan Encik Adha menggangguk. Mereka tidak kisah asalkan anak mereka tidak terseksa.


'Aku kena maju.. lupakan yang lepas dan maju ke hadapan. Kerana aku adalah aku.'ujar Humaira kepada dirinya sendiri.


>Y<




Humaira berjalan tanpa mengangkat mukanya. Dia takut untuk mendongak. Takut dengan pandangan simpati mereka. Dia tidak mahu menjadi lemah kembali. Tanpa sedar dia melanggar seseorang. Habis bertaburan kertas-kertas mereka dah macam babak drama pulak.

“Ouch!”kedengaran suara lelaki yang biasa Humaira dengar. Humaira mengangkat wajah perlahan-lahan. Matanya terbeliak memandang wajah yang pernah dikenali suatu masa dahulu.

“Are you okey miss Humaira?”tanya lelaki itu.

“Uzair?!”nama itu disebut dalam keadaan terkejut. Mana tak terkejut dah hampir 5, 6 tahun lelaki itu menghilangkan diri.

“Yes, but call me Prof. Uzair.”kata Uzair sambil mengedipkan matanya. Terkesima Humaira. 'Kejap dia kata apa? Prof?! Maknanya dia.. dia Profesor baru tu?!' Terlopong mlut Humaira.

“Hai, Humaira!!”ujar Lisa yang teruja melihat kawannya sudah pulang dari cuti yang agak lama. Humaira masih tidak memberi respon. Mungkin rasa terkejutnya belum hilang sepenuhnya. Lisa mengetuk kepala kawannya perlahan.

“Ouch, Sakitlah Lisa!!”Marah Humaira. Lisa sekadar menayang sengih.

“Hehehe.. Ingatkan tak sakit. Yelah dah berangan pergi ke Pluto..”kata-kata Lisa itu mengundang rasa geram di hati Humaira. Humaira pantas mencubit pinggang tak berapa ramping milik Lisa.

“Lisa... Kau tau tak..”

“Tak tau!”pantas sahaja Lisa memotong percakapan Humaira. Sekali lagi pinggang Lisa menjadi mangsa cubitan maut Humaira.

“Sebab tak tau la.. aku nak bagi tau!!!”ujar Humaira sedikit tinggi nadanya. Mungkin menahan geram.

“Oh.. Okey.. Ce citer Ce citer..”Terangguk-angguk Lisa menyuruh Humaira menyambung ceritanya. Humaira melepaskan keluhan.

“Tadikan.. Aku jumpa dengan seorang lelaki. Dia lecture baru..”

“So.. Kenapa kau dah terpikat?!”tanya Lisa tidak sabar.

“Kau ni.. aku tak habis cerita lagi! Sabarlah sikit!”kata Humaira sambil menarik muka.

“Hahahaha sorry!”kata Lisa sambil menggosok kedua belah tangannya.

“Then yang aku terkejut tu.. lelaki tu Uzair! Mamat yang aku cerita kat kau yang crush dengan aku tu..”cerita Humaira laju. Takut Lisa memotong percakapannya lagi. Lisa terlopong mendengar cerita Humaira.

“Ye ke?! Habislah kau Humaira lepas ni mesti dia kejar kau balik..”kata Lisa bersungguh-sungguh. Terangguk-angguk dia sambil bercakap. Riak wajah Humaira sudah bertukar. Tak maulah dia dengan mamat tiga suku tu!


“Hish, selisih malaikat Rahman!!”ujar Humaira sambil buat gaya geli-geliman. Lisa sudah ketawa terbahak-bahak melihat gelagat kawannya itu. Humaira menjeling. Lisa membalas jelingan temannya itu. Akhiranya mereka ketawa bersama-sama.


^______^



“Maaf saya lambat Prof.”ujar Humaira sambil menundukkan kepalannya. Dah lambat takkan nak berlagak lagi. Ni semua gara-gara si Lisa ajak dia teman tengok Boys Over Flower. Boys Over Flower la sangat.

“Hm..”ujar uzair tanpa memandang wajah Humaira.

“Kelas.. Lain kali kalau dah lambat tu tak payah masuk kelas saya terus. Sambung je tidur tu ya.”ujar Uzair tajam menusuk hati Humaira. Humaira hanya mampu menahan geram. Kawan-kawan sekuliahnya sudah ketawa mengejek.

“Maafkan saya Prof. Uzair.”hanya itu yang mampu Humaira luahkan. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia fire Uzair si tiga suku itu kaw-kaw.

“Dah-dah. Sekarang saya nak awak semua dengar betul-betul apa yang saya nak bagitahu ini.”ujar Uzair menyambung sesi pembelajaran mereka. Humaira mengeluarkan buku catatan. Nafas dilepaskan kasar tidak suka dilayan sebegitu oleh Uzair.



=_____+



“Assalamualaikum. Tempat ni kosong ke?”tanya satu suara. Humaira yang asyik mengunyah burger Big Macnya sekadar mengangguk. Dapat burger feveret dia ni memang dia tak pandang kiri kanan dah. Lelaki itu terus duduk disebelah Humaira. Selepas puas menguyap Humaira berpaling ke sebelah. Terbeliak biji matanya. Melihat siapa gerangan lelaki yang duduk disebelahnya.

“Prof?!”ujar Humaira terus dia tersedak-sedak. Uzair pantas menyuakan air milo miliknya. Takkan nak hulur air gas milik Humaira tu. Mau lagi teruk tersedak si gadis itu.

“Terima kasih..”ujar Humaira tersipu-sipu.

“Kenapa awak macam nak lari dari saya?”tanya Uzair serius. Humaira sedikit tergamam.

“Mana ada. Dah la saya nak pergi dulu.”ujar Humaira sambil bangun dari duduknya. Uzair pantas menggenggam tangan gadis itu.

“Apa ni Prof? Orang tengok la..”ujar Humaira dengan muka kemerahan.

“Saya cintakan awak Humaira.”kata Uzair tanpa segan silu. Humaira terus ternganga. Gila betul! Pengakuan berani mati ni!!!

'PANG!'Sedas penampar hinggap diwajah bersih Uzair. Giliran Uzair pula tergamam.

“Cinta saya hanya untuk Faiz! Hanya dia memiliki cinta saya!”ujar Humaira terus dia berlalu.

///0_____0///



Sudah seminggu perkara itu berlalu. Humaira termenung di tepi tasik UiTM Merbok. Rindu dia terhadap Faiz tidak pernah hilang. Entah ke mana Faiz menghilang. Sudah merata-rata tempat dia mencari tetapi tetap dia tidak dapat menjejaki ke mana perginya Faiz.

Humaira berjalan tanpa memandang ke depan. Tanpa sedar dia terlanggar seseorang. Humaira jatuh tergolek-golek ke dalam tasik.

“Tolong!”Jerit Humaira yang tidak reti berenang. Sudah banyak air tasik dia tertelan. Dia sudah tidak mampu bertahan. Matanya sudah semakin kuyu. Sebelum matanya tertutup dia terlihat wajah yang dia rindui berenang ke arahnya.


“Faiz.. FAIZ!!'jerit Humaira yang baru sedar itu. Lelaki yang menyelamatkan dia terkejut mendengar jeritannya.

“Awak okey ke?”tanya lelaki itu panik. Humaira pandang lelaki itu tidak percaya. Wajah lelaki itu saling tidak tumpah dengan wajah Faiz. oh.. sungguh dia merindui insan bergelar Faiz.

“Faiz?! Ni awakkan Faizuddin..”tanya Humaira dengan esakan kecil.

“Ya, ni saya.. Maafkan saya sebab terlalu lama menghilang. Maafkan saya kerana menyebabkan air mata awak terbazir begitu sahaja.”ujar Faiz dengan linangan air mata.

“Awak jangan hilang lagi!”ujar Humaira sambil memukul-mukul dada bidang Faiz.

“Ya.. Saya janji..”ujar Faiz dengan senyuman.



@____@



Persiapan perkahwinan Humaira dan Faizuddin sudah selesai. Esok akan berlangsungnya majlis pernikahan dan majlis persandingan mereka. Humaira duduk termenung di birai katilnya. Kadang-kadang dia tersenyum sendiri. Gembira kerana akhirnya hajatnya untuk bersama-sama orang yang dicintai hampir tercapai. Ketukan kedengaran di pintu biliknya.

“Hai bakal pengatin ni.. asyik termenung je kerjanya..”usik Hafiz. Humaira tersenyum manis. Hafz mengusap kepala adiknya manja. Siapa sangka adiknya akan menamatkan zaman bujang esok.

“Angah ni kenapa nak manja-manja pulak ni..”ujar Humaira manja. Kelakar pula melihat gelagat Hafiz persis kucing siam itu.

“Yelah esokkan adik kesayangan angah ni nak jadi milik orang lain..”ujar Hafiz sedikit sayu. Humaira sudah bergenang mata mendengar kata-kata angahnya.

“Angah ni sengaja je tau..”ujar Humaira sambil menyekeh kepala angahnya. Hafiz ketawa melihat telatah adiknya. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon Humaira. Humaira sudah menarik sengih. Memberi isyarat kepada angahnya supaya keluar dari bilik tidurnya.

“Yelah, Yelah mentang-mentang sweet heart dia call. Angah pun dia tendang keluar..”ujar Hafiz buat-buat merajuk.

“Assalamualaikum.”ujar Humaira lembut. Bagai nak tak nak sahaja suaranya keluar.

“Waalaikumsalam.. Sayang abang buat apa tu?”tanya Faiz macho sahaja bunyinya. Maklumlah sejak nak kahwin ni, makin keras Faiz.

“Tengah fikirkan abang la..”manja betul Humaira ni. Dah bertukar dari brutal kepada minah bunga la tu.

“Hehe.. Alala.. esok kita jumpa la sayang. Sayang..”ujar Faiz.

“Hm..”

“Abang sayang Humaira dunia akhirat. Kalau ditakdirkn kita tak bersama di dunia.. abang tetap setia menunggu sayang dia akhirat..”kata-kata Faiz membuat air mata Humaira mengalir deras.

“Apa abang ni.. Cakap macam ni pulak tak suka la..”ujar Humaira dengan esakkannya.

“Haha.. okey, okey. Abang minta maaf. Esok kita jumpa ya.. Malam ni sayang tidur cukup-cukup tau. Esok baru isteri abang ni cantik jelita. Abang nak sangat tengok sayang pakai baju pengantin.”kata Faiz. Humaira sudah berhenti menangis.

“Hm.. okey..”ujar Humaira lembut.

“Bye-bye sayang. Assalamualaikum. I love you.”ujar Faiz. Humaira sudah tersipu-sipu dihujung talian.

“I love you too abang..”ujar Humaira menutup perasaan segannya. Nak segan apa esok jadi laki bini jugak.

Humaira terbaring diatas katil. Lama dia mengulit kenangan antara dia dan Faiz. Nasib baik juga enchik Lecture aka Uzair sudah give up ke atasnya. Kalau tak mau juga Uzair dan Faiz bertumbuk berebutkan dia. Ceh.. macam la hotstuff sangat.. Asyik berguling di atas katil sehingga tidak sedar bila matanya terlelap. Yang pasti mimpinya sungguh indah. Mulutnya tidak henti-henti tersenyum.



-_____-...



“Ya Allah!”hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut Humaira sebelum terlorot di tepi ibunya. Angah dan along sudah kelam kabut melihat telatah adik mereka.

“Ibu! Faiz.. Ibu, Faiz dah tak ada!!”tangis Nur Humaira. Rasa berdebar-debar menunggu diijab kabul hilang begitu sahaja dan diganti rasa sedih tidak terkata. Kali ini Faiz bukan sekadar menghilangkan diri tetapi kembali kepada Pencipta yang satu.

“Sabar, Sabar nak! Jom kita pergi hospital sayang..”ajak Puan Hasimah sambil memimpin anaknya yang masih lemah.

Humaira memandang sepi sekujur tubuh yang kaku di atas katil hospital itu. Tadi ketika dia asyik bergurau senda, bakal adik iparnya telefon dan memberitahu bakal suaminya pengsan. Ikutkan hati mahu saja dia pergi ke hospital tika itu juga. Namun, perancangan Allah itu tidak mampu kita duga, Faizuddin pulang ke alam sana sejam selepas pengsan.

Kata-kata semangat tidak sudah-sudah tuturkan kepadanya. Humaira sudah tidak mampu untuk membalas senyuman mereka. Biarlah mereka mengatakan dia sombong atau apa sahaja. Kekasihnya sudah pergi meninggalkan dia seorang diri di alam yang fana ini. Namun Humaira redha dengan ketentuan Illahi. Dia bersyukur dapat tunaikan permintaan arwah untuk melihatnya berpakaian pengantin. Gambar selepas dia siap berdandan sempat dilihat Faiz.



“Akak, sabarlah. Ni surat ni abang tulis untuk kakak.”ujar adik Faiz yang sudah merah matanya.

Assalamualaikum kepada isteri abang yang tercinta,

Mungkin kita sempat diijabqabul mungkin juga tidak. Jika tidak maafkanlah abang kerana tidak dapat bertahan hingga ke saat itu. Percayalah sayang, abang sangat mencintai sayang. Sekiranya sayang sedang membaca surat ini bermakna abang sudah tiada lagi di dunia ini.

Sayang,
Dahulu selepas abang dirawat akibat ditikam lelaki bedebah itu, abang membawa diri kerana abang tahu akan penyakit abang ini. Ya, sayang abang sakit! Dalam otak abang ada darah beku. Abang tidak tahu bagaimana munculnya darah beku itu. Menurut doktor, darah beku itu mungkin terjadi akibat kepala abang terhantuk kuat. Entah abang tak ingat pun abang pernah jatuh ke apa. Tapi mungkin perkara ini sudah ketentuan Illahi. Tapi jodoh kita kuat, abang tidak sanggup melihat sayang terus-menerus menyeksa diri. Abang muncul untuk mengubati luka sayang. Namun, ubat abang tidak tahan lama, kerana abang juga pergi dari dunia yang fana ini.

Sayangku Humaira, jika ditakdirkan abang menutup mata tanpa sempat menghalalkan hubungan kita, janganlah sayang terus-menerus sendiri. Sayang carilah pengganti bagi diri abang ini. Abang mahu sayang berbahagia. Kerana kebahagian sayang mampu membuat abang turut berbahagia.

Sayang,

Dengan ini abang mengaku, sayanglah cinta pertama abang. Sampai berpisah jasad dan roh abang sekali pun sayanglah cinta hati abang. Jadi tolonglah berbahagia untuk diri ini. Kerana Nur Humairalah penguat diri abang ini. Sekian.

Yang mencintai mu...

FAIZUDDIN”


Humaira mengesat air mata yang mengalir dipipinya. Dia tersenyum melihat wajah Faiz yang tenang. 'Humaira janji, abang.' ujar Humaira dalam hati.



*______*




5 tahun kemudian,

Humaira mendukung seorang budak yang comel. Disampingnya berdiri seorang lelaki. Humaira memandang kasih kubur yang dia lawati.

“Assalamualaikum Faiz. Hari ni Humaira lawat Faiz lagi, bersama-sama dengan suami Humaira dan anak Humaira. Faiz jangan risau. Humaira bahagia sangat di sini. Humaira harap Faiz ditempatkan dikalangan orang yang beriman.”ujar Humaira. Mukanya diraba-raba oleh anak kecil itu.

“Nur, jom balik dah nak tengahari dah ni..”ajak suaminya.

“Faiz jom sayang!”anak kecil yang diletak itu sudah berlari-lari. Suaminya sudah penat melayan telatah anak mereka.

“Nakalnya anak ibu ni!”ujar Humaira sambil mencubit pipi anaknya. Anak yang diberi nama Faizuddin itu mengekeh-ngekeh ketawa senang hati.

“Terima kasih mr. lecture.”ujar Humaira dengan pandangan penuh kasih kepada suaminya aka Uzair. Uzair memeluk pinggang isterinya.

Humaira memandang kubur Faiz. 'Terima kasih, Faiz. Kerana menyuruh Humaira mencari pengganti Faiz. Tapi Humaira tetap mengingati Faiz. Insyallah nanti Humaira datang lagi melawat Faiz.' Humaira berlalu pergi bersama keluarganya.


TAMMAT


#habis sudah.. maaf le kalau x best sgt ending dia ni.. hehehe
#huhuhu asyu x abis2 demam.. doakanlah asyu cepat sihat ye..
#korng tau tak saya sebenarnya isteri dia nak keluar kat tv3?! hahaha asyu x sabar nak tengok.. yelah nak beli novel poket dah nazak.. so tgk je la tv3 yg free tu.. huhuhu
#COMENT LA SIKIT ~_< hahaha

Monday 25 March 2013

JIKA ITU TAKDIR KITA- teaser part 1(part last)


teaser 1 part last

JIKA ITU TAKDIR KITA

Humaira!!!”jerit Faiz dari jauh. Seronok pula berkawan dengan Humaira ni. Humaira yang sedari tadi melangkah terhenti langkahnya.

Kenapa ni Faiz?”tanya Humaira yang asyik memegang tangan seorang budak lelaki.

Awak ni sapa?”tanya Faiz yang sudah bekerut-kerut dahinya. Pelik pulak tengok kawan barunya asyik berkepit dengan orang lain.

Ni la abang sayang kita!”kata Humaira teruja. Lelaki yang dikatakan abang sayang itu mengusap manja kepala Humaira. Faiz mencebik-cebik tanda mahu menangis. Humaira mendekati Faiz pelik pula dengan kelakuan Faiz itu.

Kenapa dengan awak?”tanya Humaira sedikit panik.

Nanti awak tak mau kawan ngan kita dah..isk..isk.”tangis Faiz bersungguh-sungguh.

Mana ada. Saya tetap kawan ngan awak tau!!!”kata Humaira bersungguh-sungguh marah dia dikatakan sebegitu.

Janji?!”tanya Faiz sekali lagi.

Ya, kita janji!”ujar Humaira serius.

Awak sayang kita?”tanya Faiz selepas dia berpaling mahu pulang.

Humaira tersenyum manja.

Kita sayang Faiz selama-lamanya..”ucap Humaira ikhlas. Faiz tersenyum senang, dia meneruskan perjalanannya. Humaira menggapai tangan abang sayangnya itu.

Masing-masing meneruskan perjalanan masing-masing. Sambil-sambil itu Faiz dan Humaira berbalas pandangan apabila masing-masing menoleh ke belakang.


Cinta mungkin hadir tanpa sedar.. mungkin cinta ini lahir ketika kita masih suci..
Namun yang pasti.. Kau Aku Dia adalah satu.



******



“Faizuddin!!!”jerit Humaira yang baru sedar dari pengsannya. Lisa yang sedari tadi menunggu Humaira tersentak mendengar jeritan kawannya itu.

“Humaira, Humaira Istighfar!”Marah Lisa apabila Humaira seperti orang gila. Humaira terpaku. Direnung kosong wajah Lisa. Dia memandang sekeliling. Bilik yang aneh.. Putih je.. Macam,macam bilik hospital.. Hospital?! Mata Humaira kembali terbuntang.

“Faiz.. Faiz mana Lisa?!”tanya Humaira polos. Lisa menahan sendu.

“Faiz.. Faiz..”kata-kata bagaikan tersekat diterongkong Lisa. Tak sanggup dia nak meluahkan kata-kata itu.

“Faiz mana? Jawablah!”melihat Lisa tidak menjawab soalannya membuat Humaira mencabut tiub drip yang disambung ke tangannya. Darah memancut-mancut. Lisa menjadi panik. Pantas tubuh Humaira ditekan ke atas katil. Lisa terjerit-jerit memanggil nurse yang lalu berhampiran bilik Humaira.

“Jawablah!! Faiz mana?!”Tangisan mula berlagu. Semakin lama semakin perlahan akhirnya pandangan Humaira kembali gelap.


#teaser for the last part.. hahaha
   mest korang mcm tertanya2 apa jad kat Faiz.. pastu mana pergi Uzair kn2.. Hahahah Asyu syok sendiri...
   esok insyallah Asyu postt.... sorry Asyu bizy dgn asigment.. P. Am dah siap!!! hahaha tinggal nak masuk gmabr.!! Sej blum =_= ada lagi 3000pp... huhuhu sedew2!!.. so harap korang faham la keadaan Asyu ni ye..
   Oh ye. Untuk blog satu lagi tu.. Asyu nak sambung tapi masa x mengizinkan hahaha.. so Sorry!!!!

Sunday 17 March 2013

One Milion Women Purple Walk!!! ^__^*

   Korang2!!! best la.. hari ni.. Syok wo~ Asyu kata. hari satu Malaysia mengadakan aktiviti One Milion Women Purple Walk!!  hehehe sapa ada follow benda ni? seluruh negara buat. Asyu cam biasa ikut jugak benda ni tapi buat kat Ipoh la.. Kami jalan dari Sekolah STAR sampai la ke Padang POLO ... Huhuhu Jauh tu..
ni ada gmabr2 sikit tapi x ikut urutan.. x reti Asyu nak ubah dia..


                                         

ni dekat padang sekolah STAR.. Ramai Gila.. Dekat 5 ribu.. ni bru dekat sini.. belum tambah yg lain2...
tapikan.. Nikan aktiviti tuk pompuan.. yg byknye lelaki.. hahaha byk la plak jantina ni..
masa ni.. tgh wat arobik.. panaskan badan AndA!!!

Pastu kami pun mulakan perjalanan kami..........
huhuhu Walaupn Jauh(jauh la sangat) tapi x terasa penat pun. sbb kawan2 Asyik bersembang dan melalak..
yg bengang tu ada la budak2 skola mana tah.. Sibuk bunyikan hon. Ala hon yg jenis tiup2 tu.. dari start jalan sampai la kat Padang POLO rasa nak hentam je bebudak tu.. Huish.. Sabor2





Baru meredah padang POLO.. Tak sangka terkena jerangkap samar.. Hhuhuhu Kasut tu nampk cam cantik je bercorakkn.. Padahal terkena LUMPUR!! Huhuhu kesian kasut Putih kitaorang...



Masa ni bru sampai.. penat x hilang lagi..
So kita orang punterus duduk.. lantak la orang nak kata apa..
hahahaha




 bajet muka comel je kwn2 aq ni.. Amy n Nad
 asyik nak tangkap gmbr dia je.. ni la tuan punye kamera Myera G-Funk
hantu kamera dr Kiri- Apeq(aini) Shima, Mien, & Ana

Ni lak gmbr yg kitaorang tangkap lepas duduk rehat dan menyanyi sampai terkeluar anak tekak dengan penyanyi apa tah nama dia.. hahaha

Beg ungu tu Godies dari aktiviti ni.. HUHUHU SERONOK




Gambar lepas penat tunggu hadiah cabutan.. Tapi Asyu tak DAPAT!!! sedew3 Huhuhu  = x =..
Sorang je dari skola kitaorg dapat.. Nama dia Nabila Hawa.. dapat Samsung Tab TUHHHHHH
HUHUHU geram den!!!





 
            

 Ni lak gambar ngan artis AF kot.. klu x silap Asyu la.. hahaha
satu kelas berdiri atas Podium yg kecik.. Rasa cam nak runtuh jew.. O_o

Ni masa tgh tunggu cikgu Nak Balik DAH!!!


Dalam Bas.. ONTHEWAY BALIK!

KAt POlo X de Kerje.. PUnye Olang

Post Maut kat tepi Pokok!! Kat Polo Gak



Kwn2 India Asyu.. Comey2 kan kan...


K la.. tu je.. post kali ni.. hahahahaha nnt Asyu sambung novel.. btw Cerpen tu dah nak siap hahaha sabor jelahhhhhhhhhhhhhhhhhhh