Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday 24 May 2013

Ash VS Ash*PART 5 *^__^


PART 5*^__^

          “ Assalamualaikum Aisy... Kalau tak jawab dosa!”Ash mula memancing perhatian Aisy yang sedang bermain seorang diri. Aisy memandang wajah Ash dengan penuh minat. Tangan si kecil pantas mencoret sesuatu dikertas lukisan. Terjuih-juih mulutnya tanda tekun menulis.
         
          ‘Kenapa berdosa?’ itu yang tertera dikertas lukisan itu. Ash tersenyum hambar. Takkan la si bapak beruk(Ashril) tu tak kasi tahu?

          “Hm.. mak cik tak tau sangat la Aisy.. Tapi yang mak cik tahu memberi salam itu sunat manakala menjawab salam itu wajib...”ujar Ash malu-malu kucing. Malu apabila kekhilafannya yang satu itu diketahui Aisy. Aisy terangguk-angguk faham. Sekali lagi tangannya pantas mencoret sesuatu.

          ‘Wa’alaikumusalam’ tersenyum Ash melihat tulisan tangan si kecil. Ash menggosok lembut kepala Aisy.

          “Aisy mak cik teringin nak dengar suara Aisy.. Aisy tak mahu bercakap ke? Tak nak panggil papa? Atuk? Mak cik?” tanya Ash sedikit perlahan. Takut juga hati Aisy terluka dengan pertanyaannya.


          Aisy tertunduk diam. Sesekali diangkat kepala melihat wajah Ash. Terlihat kegelisahan di wajah anak kecil itu. Ash mengeluh kecil.

          “Tak apa... Mak cik Quratun tak kisah Aisy tak mahu bercakap. Bila dah bersedia nak bercakap Aisy cakap saja. Kita orang rindu dengan suara Aisy..” Kata Ash meredakan raut gelisah di wajah Aisy. Aisy mengangguk perlahan. Aisy melangkah perlahan ke biliknya.

          Ash mengeluh melihat telatah si kecil. Budak kecik pun ada masalah apatah lagi orang dewasa macam Ash ni.. Ash melangkah keluar ke taman. Rasa nak meenangkan fikiran. Entah kenapa dia rasa turut berkait dengan masalah keluarga ini, masalah si kecil Aisy.

          Tiba-tiba ada suara yang sudah lama tidak didengari. Menjerit-jerit memanggilnya. Alamak, si mr. Crazy the second!!! ‘Macam mana pulak la lelaki separa normal ni ada dekat sini?’Ash sudah merungut-rungut kecil. Pantas sahaja dia mahu menyembunyikan diri. Namun lelaki itu lebih cekap. Fakrul sudah melangkah masuk ke dalam kawasan rumah Uncle Majid. Time-time ni jugak pagar tu tak nak buat hal. Selalunya sangkut.

          “Lama tak jumpa awak! Mana suami? Anak?” terlebih ramah pulak Fakrul kali ni. Terkulat-kulat Ash dibuatnya. Melihat wajah Ash ketika itu Fakrul tersenyum nakal. Sebenarnya dia sudah tahu yang si gadis ini bukan isteri kepada anak pemilik rumah indah ini. Ash Cuma gadis yang menolong menjaga cucu Uncle Majid. Perkara ni pun dia dapat tahu dari Uncle Majid yang peramah.

          “Erm.. erm.. awak buat apa kat sini? Macam mana boleh masuk ni?”tanya Ash sedikit panik.

          “Saya ikut pintu la... Awak kenapa tak sihat ke?”tanya Fakrul sahaja mahu mengusik Ash. Ash ikutkan hati nak lari sahaja dari situ mengenangkan si kecil Aisy seorang diri tak sanggup pula. Tapi dia kena lari jugak! IDEA!!

          “Aisy! Aisy sayang... Mari ikut mama pergi shopping mall. Mama nak cari present untuk uncle Yad dan uncle Din!” ujar Ash sedikit menjerit. Aisy yang baru sahaja selesai mandi pantas menayang muka gembira. Budak mana yang tak gembira dapat pergi jalan-jalan?

          “Cepat pakai baju mama tunggu dekat luar tau..”ujar Ash tersenyum. Senang pulak hati dia tengok senyum Aisy itu. Ala sekali sekala dia bawak Aisy berjalan pun okey...

          “Awak nak keluar ke? Boleh saya ikut?” tanya Fakrul teruja. Inilah peluang dia nak keluar bersama dengan gadis idaman hati.

          “ Tak.. Tak boleh! Eh.. maksud saya tak boleh la.. sebab nanti husband saya merajuk. Dia tu susah sikit nak pujuk tau..”ujar Ash pantas. Fakrul menayang puppy eyes, ni yang buat Ash lemah ni. Nasib baik Aisy dah siap, boleh la mereka lari daripada mamat psiko ni.

          “Erk.. Anak saya pun dah siap. Okeylah! Babai!” ujar Ash pantas mencapai kunci kereta Myvi milik Uncle Majid yang tergantung ditepi pintu. Nasib baik ada kunci kalau tak... melayanglah Aisy naik motor dengan dia.

          Ash pantas memasukan Aisy ke dalam kereta. Dia memandu laju meninggalkan kawasan perumahan Uncle Majid. Sesekali dikerling Aisy yang kelihatan amat riang. Seolah-olah telah melupakan apa yang dbualkan mereka sebentar tadi.

          ‘Mak cik. Boleh tak Aisy panggil mak cik, mama?’ note pad itu dihulurkan kepada Ash. Terkesima Ash dibuatnya.

          “Erm.. Bo.. Boleh saja. Mak cik suka Aisy panggil mama. Tapi... Mama nak dengar suara Aisy boleh tak?” ujar Ash masih cuba memancing suara Aisy.

          Aisy pantas mengeleng. Ash mengeluh melihat kedegilan anak kecil itu. Ini mesti menurun perangai si bapak beruk tu!

          “Tak apalah. Jom kita shopping!” ajak Ash sambil memimpin tangan Aisy. Aisy meloncat riang. Tiba-tiba anak kecik itu berhenti serta merta. Dikeluarkan note pad dan dicatit sesuatu.

          ‘Mama... call papa suruh datang sini!’ Berkerut dahi Ash membaca catitan itu. ‘Biar betik budak ni?! Suruh aku call mamat spesis beruk tu pulak.. ni yang lemah ni...’ Ash memandang wajah penuh berharap Aisy. Nak tak nak dia keluarkan jugak telefon androidnya. Menekan nama ‘Ashril beruk’. Tak sampai 10 saat panggilan diangkat.

          “Hello? Ada apa yang berlaku dekat Aisy ke? Dia okey?” belum sempat Ash bagi salam atau mukadimah dah bertalu-talu soalan dari si beruk.

          “Wa’alaikumsalam... Aisy? Aisy sihat wal’afiat je... ni anak encik Ashril ni dah merengek suruh encik datang shopping mall. Rindu katanya...” ujar Ash sedikit memerli. Tertawa kecil Ashiril mendengar perlian Ash.

          “Ops.. Sorry my bad! Okey.. another 10 minit saya tiba.”ujar Ashril riang.

          “Okey... kami tunggu dekat McD.”ujar Ash seraya mematikan panggilan telefon. Ashril dihujung talian tergamam. Macam tu je panggilan dia dimatikan.

          Ash menarik Aisy ke McD. Dibelinya set kanak-kanak lalu dibiarkan Aisy asyik dengan permainan percuma itu. Ash melayan perasaannya. Baru dia ingat nak ajak Yad dengan Din lepak mall dah Aisy mintak panggilkan mamat beruk tu.. haih... rosak mood den...

          “Hoi! Termenung apa tu?!” sergah Ashril. Ash yang asyik mengelamun terperanjat pantas mencapai air milo milik Aisy lalu dijirus ke arah si beruk jadian.

          “YOU ASHHH!!!” lantang Ashril memanggil Ash. Ash memandang terkebil-kebil. Aisy ketawa bagai nak rak.

          “So sorry... kau yang salah! Sapa suruh sergah aku... kan dah dapat hadiah free.. hehehe” Ash menyertai Aisy yang seronok mengetawakan Ashril.

          “Arghhh... tak kira. Belanja aku t-shirt satu!” ujar Ashril sambil memuncungkan mulutnya. Ingat comel la tu... comel apanya.. buruk ada la...


          “Ala.. dah-dah la muncung tu... aku belanja jom!” ujar Ash menahan gelak. Lantas mereka laju melangkah ke salah satu kedai menjual pakaian. Pada mulanya Ash menghulurkan sehelang t-shirt berbelang kepada Ashril. Tapi mamat tu banyak songeh pulak. Aisy ni pun satu.. bila si mamat tu tanya pendapat dia.. dia gelang kepala. Satu hal dah sekarang ni nak menunggu depe habis pilih. Ash hanya memerhati.

          Kadang-kadang pilihan si bapa tidak menepati citarasa si anak. Lalu berlakulah pergaduhan kecik. Si anak hentak-hentak kaki. Si bapa menggeleng-geleng kepala tanda tidak puas hati.

          Ash tertawa sendiri. Ketawanya menarik perhatian dua beranak itu. Kedua-duanya menjegilkan mata kepadanya. Dia menarik sengih. ‘Tak pelah.. ada jugak kenangan manis dengan dua beranak ni. Tak lama lagi aku dah nak balik uni... hurm.. alamatnya rindu la dekat bapak beruk dan budak kecik ni...’ Ash mula menarik muncung.

          “Hah, kenapa pulak ni? Orang dah siap shopping dia termenung pulak.”ujar Ashril seraya menarik tangan Ash dan memegang tangan Aisy. Sedikit tersentak Ash dengan pengangan tangan lelaki itu. Tetapi dibiarkan sahaja. Hatinya sedikit sayu mengenangkan mereka akan berpisah pada hujung minggu depan.

          “Awak ni kenapa?”tanya Ashril sedikit pelik melihat perlakuan Ash itu. Ash hanya memandang sayu.

          “Tak de apa.. Sayu pulak mengenang ni last kita meluang masa sama-sama..”ujar Ash perlahan.

          “Awak nak berhenti ke?”tanya Ashril sedikit kalut.

          “Tak la.. saya nak sambung belajarlah...” ujar Ash sayu.
 “Owh..”hanya itu sahaja yang terluah dari mulut Ashril. Aisy hanya memerhati. Matanya sedikit berkaca. Hilang terus keinginan mereka untuk bershopping apabila perkara itu berbangkit. Tapi kenapa Ashril perlu sedih?!

# bersambung part last dlm minggu ni jugak... sabarrr >__< komen tau!!!

2 comments:

  1. WAHHHHHHHHHHHHH TAK SABAR!!!

    ReplyDelete
  2. ahhhhhhhhhhhhhhh... i can't waiting 4 the last part... cpat2 lah yer... bila awak nak sambung nie???? :D suit gitu bila ashril tu kena simbah ngan air milo... kakakaka.... padan muka dia... :D

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)