Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday 16 May 2013

ASH VeRSUs ASH Part 4*^__^


PART 4*^__^

          Sudah sebulan peristiwa itu berlalu, Asy Quratun dan Ashril sudah mulai rapat. Namun ‘baik’ itu dari segi istilah mereka sahajalah. Bergaduh,bergurau sudah sebati dengan mereka. Sehari tidak bergaduh memang tak lengkap hidup mereka. Arul, Azwan dan Alif juga sudah berkawan rapat dengan Ashril, sampai kadang-kadang mereka bergabung idea untuk mengenakan Ash.

          “Yo, bro!”teguran dari manusia spesis beruk itu mengejutkan Ash yang sedang minum. Apalagi bersemburlah segala air di dalam mulutnya. Aisy yang seronok mengunyah kuih di depan Ash mula muncung. Mana taknya, habis basah muka dia dengan air teh suam. Nasib baik suam kalau tak mau dia meraung dekat situ jugak.

          “Alahai kesian anak papa.. Entah apa-apa mak cik Ash ni...”ujar Ashril sejak berkenalan dengan adik beradik Ash dia sudah mengetahui nama panggilan yang sering digunakan.

          “Apa pulak aku? Kaulah yang salah dah la tak bagi salam main yo, yo pulak.. memang tersembur la jawabnye..”ujar Ash yang sudah masam mukanya. Air ditolak ke tepi. Hilang sudah keinginannya untuk membasahkan tekak.

          “Alolololo.. Merajuk pulak mak cik ni.. Tak padan dengan brutal, hati tetap penuh dengan taman hahahaha!”kuat ketawa Ashril yang terluah.  Sampai berkerut-kerut Aisy dan Ash melihat Ashril ketawa tak ingat dunia. Aisy pantas menulis sesuatu diatas kertas.

          ‘PAPA JANGAN KETAWA KUAT-KUAT MAK CIK QURATUN KATA NANTI SETAN BERANAK DALAM TEKAK!’ terbeliak matanya membaca tulisan yang terdapat dikertas itu. Bukan main lagi anaknya selepas Ash datang ke rumah mereka. Makin pandai pula si Aisy ni menegurnya. Terus Ashril tersipu-sipu malu dengan anak sendiri.

          “Hehehe rasakan dengan anak sendiri kena sound.. Terbaikkan?!” Ash memerli Ashril. Seronok pula dia dapat kenakan Ashril. Selalunya dia yang asyik kena buli dengan Ashril dan adik beradiknya.

          “Haah, seronok sangat la Pengkid Pendek. Tak padan dengan chibi ada hati nak sakat aku. Haih, cerminlah diri kau sikit si chibi oit...” makin berasap Ash mendengar celoteh Ashril itu. Baru dia nak bukak mulut, Uncle Majid dah muncul.

          “Hah, dah, dah gaduh tu, meh Quratun Uncle dah masak nasi ayam special khas untuk Aisy dan Quratun.”ajak Uncle Majid tanpa menyebut nama Ashril, sahaja dia nak buli si Ashril asyik dia je yang membuli Quratun, sakit juga mata yang memandang pembulian yang berlaku.

          Ash memberi tanda ‘Good’ pada Ashril. Ashril menjelirkan lidah kepada Ash, memang kebudak-budakan Aisy hanya mampu mengeleng.


O______O

          Ashril mengeluh tubuh Aisy yang lena di atas sofa diangkat. Perlahan-lahan dia menapak ke bilik. Tadi Ash dan Aisy asyik menonton kartun sehingga tertidur. Dibiarkan Ash tidur disofa itu.

          Ashril meletakkan tubuh Aisy dengan berhati-hati. Takut benar dia jika anaknya terjaga. Lama dia merenung satu-satunya tinggal arwah isteri tercintanya Qaisara. Jika dia tidak buat salah dahulu pasti anaknya sekarang sibuk berceloteh, dan dia akan menyuruh anaknya diam kerana terlalu bingit.

          “Aisy sayang, sudah-sudahlah marahkan papa, papa dah lama tinggalkan untie jahat tu.. Cakaplah Aisy papa janji takkan suruh Aisy diam. Cakaplah Aisy..”kata Ashril sedikit sayu.

          Ash yang sedari tadi berdiri dibalik pintu hampir menitis air matanya mendengar luahan hati seorang bapa. Perlahan Ash meninggalkan Ashril yang masih merayu pada Aisy yang sedang tidur lena. Tanpa disedarinya, dia terlanggar kotak kecil yang berapa di balik pintu itu ketika mahu beredar.

          Ashril tersentak pantas sahaja dia menolah. Tergaman dia melihat gelagat Ash yang serba tidak kena. Memang kelibut Ash dibuatnya, jika tidak ditahan pasti sudah terhambur ketawa Ashril. Ashril bangun meninggalkan bilik anaknya, tidak mahu Aisy terganggu.

          “Kau dengar ke?” tanya Ashril memecah kesunyian.

          “Dengar apa pulak?”tanya Ash blur, biasa dah nak dekat Maghrib memang dia jadi blur memanjang.

          “Er... tak ada apa-apa la..” Ashril pantas bangun mahu meninggalkan ruang tamu yang membuat dia rasa tidak selesa tika itu.

          “Aku doakan kau berjaya buat dia bercakap, aku akan tolong kau. Aku pun teringin nak dengar suara Aisy yang Uncle Majid kata merdu tu..” kata Ash perlahan tetapi masih mampu didengari Ashril. Ash pantas melangkah ke motorsikalnya memandang jam sudah menunjukkan pukul 7. Ashril yang masih di anak tangga tersenyum. Tidak sangka Ash ingin menolongnya membuat Aisy bercakap.

          “Tak payah nak senyum lebih. Aku nak beting dengan kau, kalau aku berjaya buat Aisy bercakap kau kena tunaikan semua permintaan aku, kalau kau menang pun sama.” Ujar Ash sebelum memecut.

          “Hish, ingat ikhlas bebenor, rupanya ada udang disebalik timbunan mee. Tak apa- tak apa. Aku mesti menang, kau tunggu je Ash!”ujar Ashril seorang diri. Tidak semena-mena senduk hinggap dikepala Ashril.

          “Ouch! Apa ni, ayah?” Tanya Ashril sambil menggosok-gosok kepalanya yang sedang sakit.

          “Kenapa kamu kasi Ash balik? Ayah dah masak banyak ni.. Mesti kes gaduh lagi. Haih, budak-budak sekarang ni, saja je!” rungut Uncle Majid sambil berlalu ke dapur. Ashril mencebik-cebik, meniru aksi ayahnya membebel. Setelah puas, dia segera memenjat anak tangga ke bilik anak kesayangannya, Aisy.



>_______<


          “Assalamualaikum!!!”ujar Ash yang sudah terpacul didepan pintu rumahnya.

          “Waalaikumsalam, lambat pulak kamu balik hari ni Ash..” mulut Encik Sufian mula menyiarkan siaran tanpa hentinya.

          “Ala relaks la ayah, tadi orang main dengan Aisy sampai tertidur, tapi orang sampai jugak rumahkan, lewat sikit je..”ujar Ash sambil melirik jam didinding rumahnya, sudah pukul 8.40 malam, patutlah ayahnya mula membingit.

          “Oh.. ingatkan dah tersangkut dengan orang sana.. Apa cerita dengan Aisy? Dah mula bercakap?” tanya En. Sufian. Mulutnya tersenyum-senyum sukalah tu daat buat muka Ash berubah merah.

          “Hish, mana ada! Aisy tu sama je Ayah, Ash tak tau la.. Tapi Ash nak jugak cuba pujuk dia cakap. Kesian Uncle Majid.” Ujar Ash sedikit sedih.

          “Um.. Kesian tu kesian la.. Tapi kamu kesiankan si Atuk ke si Ayahnya?”usikan Encik Sufian mula kedengaran.

          “Hurm, malas nak cakap dengan ayah dah. Baik orang cari idea nak pujuk si kecik tu. Okeylah papai!!” Ash sudah berlari masuk ke bilik. Encik Sufian ketawa terbongkok-bongkok.

Siap!! Next n last entri mungkin sebelum exam or lepas exam tau..
Doakan Asyu Selasa dah start exam STPM penggal 2!! TOLOG DOAKAN ASYU, I'M SCARED!!!

7 comments:

  1. hahahaha.... semoga si quratun tu berjaya lah pujuk aisy tu... untung2 jadi mak tiri... kahkahkah.... best2. all the best for ur exam. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks @nur maselyna nasuha ..
      hehehe mabye akan jadi mak tiri mana kita tauuu
      tungguuu hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum kaks syu :)

    cerita akak sangat best :D, by the way good luck for everything insy'allah

    ReplyDelete
  3. Asslm kak.
    haiii.. oh akak buat cerpen eh? thanks follow. really my story life cute?? haha sye rase mcm tapape je. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam..
      hahaha betullah @miss Cupcake.. story life miss sgttt comel.. nak wat cerpen leh x???

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)