Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 30 December 2012

pengubat hatiku 15



BAB 15

Lagi dua minggu je lagi sebelum hari nikah si Aina dan Raisul. Aina sudah menyiapkan surat peletakan jawatannya. Dengan langkah yang bersemangat seperti kebiasaannya. Aina melangkah ke bilik bosnya. Dengan penuh hati-hati dia mengetuk pintu bosnya.

“Masuk..”kedengaran suara Abdullah disebalik pintu itu. Aina menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam bilik bosnya.

“Oh awak rupanya. Ada apa cik Aina.”ujar Abdullah mesra. Ala mesra dengan Aina je pun. Tapi salah jugak, salah orang, Aina tu dah nak bernikah. Aina serba salah. 'Alahai encik Abdullah jangan la nak mesra-mesra sangat nanti saya tak sampai hati nak berhenti.'hati Aina mula buat hal. Nasib baik la akalnya masih ada kalau tak resign letter tu dah masuk tong sampah sebab tak sampai hati.

“Saya nak bagi ni..”tangan Aina lebih pantas dari mulutnya. Surat peletakan jawatan itu sudah selamat mendarat diatas meja Encik Abdullah. Aina menarik nafas lega. Abdullah pantas membaca surat itu. Berkerut-kerut dahinya, menandakan tidak setuju.

“Apa ni Aina? Kenapa awak nak berhenti tiba-tiba ni? Apa gaji yang saya bagi tu tak cukup ke?”tanya Abdullah dengan nada yang tinggi. Aina tersentak. 'Haih, tiba-tiba apanya? Aku kan dah bagi sebab, lagi pun aku berhenti lagi dua minggu sempat apa dia nak cari pekerja lain..'kata-kata itu sekadar dibenak fikiran Aina sahaja.

“Awak nak cabut macam tu je. Susah nak cari penganti untuk jawatan awak tu.”ujar Abdullah cuba mencari alasan supaya Aina tak jadi pergi. Aina menarik nafas.

“Encik Abdullah, kalau encik nak cari orang yang sesuai untuk jawatan saya tu berlambak. Cari je budak lepasan universiti. Saya pun budak lepasan u. Tak de pengalaman pun.”kata Aina lancar. Sengaja cari pasal la Abdullah ni. Aina tu bekas juara debat antara universiti. Abdullah mencari helah lain.

“Habis kerja awak yang sekarang ni takkan nak lepas tangan kat budak baru tu nanti? Awak baru je siapkan prosek. Perbincangan awak dengan klien belum lagi...”tak sampai seminit Abdullah mampu memikirkan alasan yang padanya amat munasabah.

“Ya Allah, Encik Abdullah kan saya dah kata saya berhenti bila dah dua minggu. Maksudnya saya akan siapkan semua kerja-kerja saya!”tegas sekali Aina menyatakan kata-katanya itu.

“Ai.. Aina tolong la jangan berhenti.. sa.. saya..saya..”percakapan Abdullah mula tergagap. Aina mula naik angin.

“Saya, saya. Saya apa?!”sergah Aina. Abdullah sedikit melompat. Terkejut dengan suara nyaring Aina.

“Saya sebenarnya cintakan awak. Aina tolong la jangan berhenti. Jangan jauh dari saya. Please..”kata Abdullah lancar setelah menarik nafas. Aina ternganga.

“Encik tahukan saya dah bertunang?”tanya Aina. Abdullah mengangguk ceria. Dia ingat Aina akan setuju untuk bersamanya.

“Kalau encik dah tahu lagi la saya tak boleh tunggu lagi. Saya berhenti 24jam. Nanti tunang saya akan bayar pampasannya.”kata Aina seraya membuka pintu. Tak sanggup dia untuk berlama-lama dengan orang sebegitu. Tapi lain pulak ceritanya bila dia buka pintu. Di depan pintu itu sudah terpacul manusia yang Aina sangka tidak akan bertemu lagi. Damien memandang wajah Aina dengan pandangan yang hambar. Aina terkelu. Tak sangka akan berjumpa lagi manusia yang sanggup mempermainan hati dan perasaannya. Aina cuba meneruskan perjalanannya.

“Aina.. takkan tak sudi jumpa kawan lama kot?”Damien pantas menyambar tangan Aina. Aina terkedu seketika. Namun tak lama Aina pantas menyentap tanganya dari pegangan tangan lelaki yang pernah dia sukai suatu masa dahulu.

“Saya memang tak sudi jumpa orang yang merosakkan hati saya.”ucap Aina tegas. Aina pantas berlalu.

“AINA SAYA CINTAKAN AWAK!!!”jerit Damien sekuat hatinya. Aina terpaku. Dia patah balik ke arah Damien. Damien tersenyum menang. Dia yakin Aina akan balik ke pangkuannya.

“Aina...”tak sempat Damien nak habiskan kata-katanya,penampar sulung dari Aina menyinggah ke pipinya.

“Ini untuk perbuatan engkau yang gila tu. Damien kalau kau nak tahu aku bahagia tanpa kau disisi aku. Aku happy sangat-sangat sebabnya aku ada Raisul Amri. Dialah bakal suami aku. Ni jemputan untuk kau.”sehabis bicara Aina mencampakkan kad jemputan itu ke muka Damien. Aina pantas berlari meninggalkan ruang kerjanya itu. Semua mata-mata yang terdapat di situ terbeliak. Siapa sangka wanita lembut seperti Aina akan jadi sekasar itu.

Damien tidak berputus asa dia turut mengejar Aina. Didepan pintu utama, Damien dapat menangkap pergelangan tangan Aina. Terus Aina dibawa ke dalam pelukannya. Aina terkaku. Tapi sebaik sahaja dia sedar dia mula meronta-ronta minta dilepaskan. Damien menguatkan lagi pelukannya.

'DUSH!'sebuah tumbukan dihadiahkan kepada Damien. Aina akhirnya dilepaskan dari pelukannya. Raisul sudah naik hantu. Bertalu-talu tumbukan dihadiahkan kepada Damien. Aina hanya memandang tak ada niat mahu menghentikan tindakan Raisul. Nasib baik Abdullah sempat sampai. Damien sudah nyawa-nyawa ikan.

“Dah la tu, sudah la tu Raisul!”separuh menjerit Abdullah cuba menghentikan Raisul. Tubuh Raisul di peluk dari belakang. Takut Raisul terus menerus membantai Damien. 'Nasib baik la aku tak rampas Aina. Kalau tak aku yang arwah.. kesian princess aku nanti..'terdetik di dalam hati Abdullah. Raisul mula tenang. Dia memandang wajah Aina dengan penuh benci.

“Aina aku tak sangka kau buat aku macam ni. Aku.. aku.. Hish!”Raisul ingin memutuskan hubungan mereka tetapi dia tak sanggup. Aina yang tadinya langsung tidak mengalir air mata terus menangis teresak-esak. Tidak sangka Raisul akan salah faham dengannya.

“Tolong la Abnag jangan cakap macam tu... Aina tak salah. Aina benci dekat dia..”ujar Aina dalam tangisan. Sedih kerana kepercayaan Raisul kepadanya sudah tiada. Raisul sekadar memandang kosong.

“Aku.. aku perlukan masa...”Raisul terus berlalu. Meninggalkan Aina yang sedang meraung. Abdullah dah buntu nak pujuk Aina, Damien ni sapa nak tolong? Last-last dia pun terkedu. Orang ramai mula kerumun tempat kejadian. Ceh dah macam ada pembunuhan pulak. Barulah Damien yang terkulai layu tu diangkat ke dalam kereta entah siapa untuk di bawa ke hospital. Aina pulak pengsan bukan sebab apa.. cuma ramai sangat kerumun dia sampai sesak nafas. Akhirnya Abdullah minta tolong dua tiga orang pekerja perempuan untuk mengangkat Aina ke dalam keretanya. Dia mahu menghantar Aina pulang.

**************************************


Raisul duduk termenung ditepi pantai. Dia tak tahu nak buat apa. Handphone sudah lama dioffkan. Malas mahu melayan semua orang dalam dunia ni. Geramnya pada Aina masih belum hilang. Padahal dekat seminggu jugalah dia bertapa dekat sini. Walaupun Aina sudah menerangkan padanya mengenai Damien tu dalam sms(sebabnya dia tak mo jawab telefon), hati dia tetap sakit. Sapa tak geram dulu Abdullah peluk, nasib baik la sebab nak selamatkan dia. Pastu Damien pulak peluk dia... ish,ish,ish.. tak reti nak halang ke? Memang la geram teramat. Tahap gaban dah ni.. Raisul tiba-tiba menjerit sekuat-kuat hati.

“HUARGH!!!”lagi sekali dia menjerit. Tiba-tiba kepalanya rasa sakit. 'Owh patut la kena baling dengan batu. Aik, sapa pulak tak bermoral main baling-baling batu ni..'Dahinya dah berkerut. Macam la dia tu bermoral sangat menjerit tiba-tiba.

“Woi sapa yang ta bermoral main baling-baling batu ni.?!”tanya Raisul sedikit kuat. Matanya meliar memerhati sekeliling pantai.'Aik tak de orang pun.. Hantoo ke?' Raisul mula melurut bulu romanya yang meremang.

Kedengaran ketawa kecil dari bali semak itu. Dengan penuh hati-hati Raisul melangkah ke arah semak itu. Kelihatan kanak-kanak. Tiga orang semuanya. Dua orang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki itu sedang seronok membantai gelak. Manakala yang perempuan itu, kaku terkejut dengan kedatangan Raisul.

“Owh... ni kerje korang ya..”ujar Raisul dengan suara yang sengaja digarangkan. Melompat dua orang budak lelaki itu. Yang si perempuan sudah menangis teresak-esak. Ketiga-tiganya kelam kabut melarikan diri. Raisul ketawa kecil dengan kenakalan budak-budak itu. 'Haih.. kalau la nanti aku ada anak dengan Aina, harap-harap jangan la anak aku tu nakal macam diaorang...'detik hatinya. Alamak hati Raisul dah mula rindu dekat Aina. Akhrnya Raisul buat keputusan.

“Hari ni aku nak balik. Lagi seminggu je kenduri aku. Hai kesian Aina. Mesti dia merajuk dengan aku tak palah nanti aku pujuk..”ujar Raisul kepada dirinya sendiri.

*****************************

“Dah seminggu baru ingat nak balik?”tanya En Shamsul garang. Marah sungguh dirinya. Malu dia nak menghadap bakal besan itu. Puan Latifah cuba menyabarkan suaminya.

“Ri mintak maaf Pa, ma..”Raisul tunduk. Takut untuk mengangkat kepala.

“Dah la tu. Ri pergi siap.”ujar Puan Latifah lembut.

“Pergi? Nak pergi mana?”tanya Raisul lurus.

“Nak jumpa tunang kamu la. Nak bincang.”ujar Puan Latifah lagi. Raisul mengangguk faham.

*******************


“Saya nak batalkan pertunangan ni.”ujar Aina tegas. Marah,meluat, semua ada saat dia pandang wajah Raisul yang asyik menyengih dari tadi.

“APA??!”semua sudah menjerit. Raisul bukan setakat menjerit siap pengsan segala. Abdullah yang dari tadi memerhati tersenyum menang. Suka la dia Aina nak putus tunang nanti da boleh masuk jarum...


#bersambung...
hahaha saya suka saya suka lagi satu je lagi.. pastu habis ye.. hehehehe
komen2 la sikit.. baru saya tahu ada yang baca e-novel saya ni...
okey sayang semua...hehehe peace yo..!

3 comments:

  1. akak cepat update!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    tak sabar giler ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. like ur st0ry >_<.. keep it up ^_^

    ReplyDelete
  3. maai ape psal da terblik ni...
    sape yg ptotonye marah ni..

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)