SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Saturday, 18 May 2013

Tidakkan, terhenti kasihku ini!

             Alamak cerita baru lagi?!! So sorry otak asyu dah tak berapa nak center.. cerita lama dah bertapuk tiba-tiba dapat idea untuk cerpen IBU. Tapi Asyu tukar tajuk dan mungkin akan wujud beberapa watak lain selain yang ada dalam cerpen tu.. Oh ya, jalan cerita mungkin akan berubah sedikit.. So harap jangan keliru pulak.Cerita lain lepas exam tau.. JANJI!!!
Sedikit pengenalan dan prolog.. Hope you all enjoy cerita ni..


Tidakkan, terhenti kasihku ini!

“Walaupun nyawa terpisah dari tubuh, kasih sayangku tidak putus buatmu wahai lelaki-lelaki yang paling aku sayangi dalam hidup ini”- Ariana.

“Aku mencintaimu setulus hatiku, namun aku tidak mampu menerima kekhilafanku sendiri, maafkan aku!”-Suhaimi.

“Kasih itu juga milik aku! Akan aku rebut sehingga hujung nyawamu.”.-Ainur.

“Aku hanya mampu melindungimu dari jauh wahai kekasih dalam sepiku”-Luqman.

“Jangan pergi tinggalkan Yusuf! Tiada perempuan semulia ibu disisi Yusuf, maafkanlah anakmu ini...”-Yusuf.




PROLOG

Ariana menanti penuh debar lafaz keramat yang bakal diucapkan oleh sang jejaka yang telah berjaya mencuri hatinya. Ariana memandang kedua orang perempuan yang sedang mengapit kiri dan kanannya. Disebelah kanannya, terdapat seorang perempuan yang tersimpuh cantik iaitu teman baiknya sedari sekolah tadika, Ainur Qaseh. Manakala disebelah kirinya terlihat, seorang wanita yang bakal menjadi tempat dia menumpang kasih seorang ibu yang sudah lama dirinduinya iaitu Puan Alia.

            Lampu silau dari kamera mula memancar saat dia diletakkan di suatu sudut. Kedengaran usikan berlagu melihat dirinya yang sudah berpeluh sakan, gemuruh menanti lafaz yang satu. Tangan sejuknya digenggam erat oleh Puan Alia dan Ainur. Senyuman manis ditaburkan kepadanya. Rasa gugup mulai hilang diganti rasa hangat yang sudah lama tidak dikecapi. Tiba-tiba suasana menjadi sepi tanda bermulanya saat yang dinanti.

            “Aku terima nikahnya, Nur Ariana binti Kairul dengan mas kahwin sebanyak 1000 ringgit tunai!” ujar sang jejaka, Suhaimi bin Wadzir. Kata sambutan, ‘sah’ mula memenuhi tempat berlangsungnya pernikahan yang menyatukan hubungan dua hati. Manakala ucapan Alhamdulillah mula bergema dibahagian perempuan.

            Debar yang tadi sudah surut mula kembali, makin lama makin berdebar hati Ariana apabila melihat sang suami datang menghampirinya yang cantik berhias. Mata bertentang mata membawa satu perasaan tenang namun mengetarkan hati pasangan suami isteri itu.  Mereka tenggelam dalam keasyikan perasaan itu, sehinggalah dikejutkan dengan deheman jurugambar. Kedua-duanya tersipu malu.

            Tangan dihulur, Suhaimi menyarungkan rantai tangan. Sepatutnya dia menarungkan cincin tetapi diatas permintaan Ariana, tanda pernikahan mereka merupakan rantai tangan yang indah. Ariana menyalami tangan insang bergelar suami itu. Terasa bahagia memenuhi segenap hatinya saat dia mengucup lembut tangan suami tercinta.  Suhaimi mencium dahi Ariana, membawa mereka berdua dibuai perasaan yang tidak terungkap. Sungguh, indah ketentuan Allah ini..

            Detik ini Ariana merasakan bahawa bahagian akan kekal menjadi miliknya, selamanya. Suhaimi melihat wajah manis gadis yang mencuri hatinya sejak universiti itu, dalam hati, Suhaimi berikrar tidak akan mensia-siakan cinta hatinya itu, selamanya. Semoga jodoh ini berkekalan sehingga akhirnya. InsyaAllah.

#SILA KOMEN TAUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!
hehehehe >_<

3 comments:

  1. Semoga jodoh ini berkekalan sehingga akhirnya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..
      kita tgk dulu bertahan tak kasih yang suci ni..
      rasa cam nak ubah sikit.. tgk la.. :)

      Delete
  2. macam menarik..
    cepat-II la tulis :D

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)