Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday 5 July 2013

cerpen P.A.>>> MISS BOSS~!! (~^o^~) -Part 1

P.A.>>> MISS  BOSS~!! (~^o^~)

R

umah yang bersepah dengan kertas-kertas miliknya, dipandang sepi. Muhamad Al Shafiq tersandar lemah. Dia yang lebih dikenali sebagai Afiq mengeluh mengenangkan temuduganya yang gagal. Kalau sekali dua tu boleh juga dia tahan, ni dah dekat 20 kali! Mana tak frust... Dia merupakan graduan daripada UiTM. Dia mengambil course yang jarang orang lelaki ambik. Jurusan yang diambil ialah kesetiausahaan, yakni peluang pekerjaan yang lebih mejurus kepada kaum hawa. Dia pun tak tahu kenapa dia mengambil jurusan itu mungkin disebabkan perwatakkannya yang agak lembut.

            Sekali lagi dia mengeluh, perasaan putus asa semakin menyelumbunginya. Daripada dia melayan perasaannya lebih baik dia tidur. Ya, lebih baik dia tidur! Sofa yang sudah 5 tahun usianya ditepuk. Tangan laju mencapai kusyen, lalu diletakkan kepalanya. ‘Haih... kan best kalau, hari-hari boleh buat macam ni...’ dalam sedar tak sedar Afiq hanyut dalam mimpinya.

            Wan yang baru pulang menggeleng kepala melihat ruang tamu yang bersepah itu. Ini tak lain, tak bukan mesti Afiq tak dapat kerja. Itulah, dulu dia suruh ambik jurusan lain tak nak... sekarang siapa yang susah? Wan tidak sampai hati pula nak mengejutkan adik angkatnya itu. Lalu dia sendiri mengemas segala yang bertaburan itu. Baju lengan panjangnya di lipat tinggi. Lalu dia memulakan tugasnya.

            Afiq yang sedang nyanyak tidur dibiarkan sahaja. Asyik sangat mengemas, Wan tidak perasan penyapu yang disandar ke sofa terjatuh ke kepala Afiq. Mengaduh Afiq. Wan apa lagi terkejut beruk la dia.

            “Oit, sakit la... hish, kau ni Wan. Saja je kacau mood aku yang memang tak bagus ni..” marah Afiq yang masih mamai. Dia yang terus duduk merasa sedikit pening akibat perbuatan yang tergesa-gesa itu.

            “Banyak la kau.. kot ye pun mood tak bagus... Jangan la buat sepah. Aku jugak yang kena kemas... sapa yang kena kemas? Aku jugak!” rungut Wan yang sudah selesai mengemas segala kertas dan entah makhluk apa yang bertaburan dilantai itu. Dia terduduk ditepi Afiq yang masih memegang kepalanya.

            “Kenapa pulak ni?! Sakit kepala ke? Meh sini.. abang Wan tolong picitkan..” Wan terus mengapai kepala Afiq. Dipicit kepala Afiq dengan lembut. Sesekali berkerut kepala Afiq menahan sakit kepalanya.

            “Hurm.. terima kasih Wan. Kaulah satu-satunya abang dan kawan baik aku, dunia akhirat..” mula Afiq ala-ala lembut tapi tulen ni buat drama air mata. Wan tergelak kecil melihat adik angkatnya itu. Memang sejak dia terjumpa Afiq di universiti lelaki itu seorang yang mudah tersentuh. Cepat benar mengalir air mata.

            “Dah, dah tak payah nak jadi drama king kat sini.. Ni mesti kes kau tak lulus temudugakan?” duga Wan. Afiq mengangguk lemah.

            “Kau ni... Sepatutnya kau tak putus asa.. Kita ni sebagai manusia biasa perlu tabah, kena ada keyakinan yang tinggi, lepas tu kita kena sentiasa jaga diri. Bukan semua orang suka kita. Sebelum pergi temuduga tu buat dulu solat hajat. Mohon permudahkan urusan kau tu. Jangan gelabah pulak. Bila gelabah semua hilang. Buat penat je kau menghafal segala info syarikat tu. Kau pun kena berani. Jangan bila orang yang temuduga tu tanya terus gagap.” Bebel Wan tanpa menyedari Afiq telah tertidur. Kedengaran dengkuran kecil. Tersentak Wan, pantas dia menoleh ke tepi.

            “Ya Allah! Budak bertuah ni! Aku penat la nasihat dia bagai nak rak, dia boleh tidur pulak! Membazir air liur aku betullah!” marah Wan sambil membaling bantal kusyen  ke muka Afiq yang tertunduk.

            “Woi, sakitlah! Siap kau Muhammad Syazwan!!!”marah Afiq yang tadinya lena akibat mendengar syarahan free daripada Wan.

            Afiq yang bengang mula membaling segala bantal kusyen yang ada. Wan menepis semua yang dibaling. Tetapi satu terlepas dan boleh tahan kuat juga Afiq membaling bantal itu. Apalagi, berkerjaran Afiq dan Wan diruang tamu itu. Habis bantal-bantal kusyen mereka. Menjadi mangsa kepada pillow fight mereka.

A

fiq bangun dengan perasaan malas.. Wan tak habis-habis memekak memanggil dia. Dia dah kata dah semalam. Dia dah putus asa takkan si Wan ni tak faham-faham. Dengan malas pintu bilik dibuka. Badan yang terdedah sempat lagi ditutup dengan tuala berwarna pink. Aurat la sangat...

            Terjengul kepala Wan disebalik pintu itu. Kelihatan wajah lelaki itu seakan-akan panik. Afiq yang tadinya mengantuk mula sedar sepenuhnya. Terus membulat matanya melihat wajah Wan yang berpeluh dingin. Terus tangannya hinggap dikepala lelaki itu. Nak kata demam elok je suhunya.

            “Kau ni kenapa?” tanya Afiq yang sudah malas berteka teki.

            “Adik Lia.. AdikLia sakit balik.. dia ada kat hospital besar..” ujar Wan dengan muka yang pucat.

            “Apa???!” Afiq segera mencapai kemeja pink kegemarannya (dalam kalut-kalut tu sempat lagi...) Afiq menarik tangan Wan. Satu sahaja yang berada di dalam kepalanya tika ini. HOSPITAL!

Badlisyah! Kan ayah dah kata, ayah tak nak perkara macam ni berlaku lagi!” marah Encik Shamsul. Geram tak terhingga dia dengan gadis kecik molek itu. Sudah pening dia dengan anaknya itu. Rambut pendek macam lelaki, baju t-shirt je memanjang, lepas tu.. asyik pakai seluar pendek saja kerjanya. Nasib baik bila bekerja di pejabat,  dia pakai seluar panjang. Cuma anak gadis itu masih setia dengan baju lelaki, kemeja dipilih sebagai penganti t-shirt.


            “Bad pun dah kata, tak nak! Ayah yang paksa. Jangan marah bila Bad buat perangai!” dengus Badlisyah atau Bad kasar. Encik Shamsul mula menarik nafas panjang cuba menahan rasa marah yang menyerang hatinya tanpa henti.

            “Bad, sampai bila Bad nak macam ni? Pakai baju lelaki semua ni? Reject lelaki yang ayah kenalkan... Apa yang Bad tak suka sangat dengan anak Tan Sri Mahmod tu?” tanya Encik Shamsul bertalu-talu. Dia sudah muak dengan perangai anaknya tunggalnya itu.

            “Ayah, ayah tahu tak? Akmal si anak uncle Mahmod tu playboy! Dia nak rapat dengan Bad dan nak kahwin dengan Bad sebabkan harta kita yang lebih banyak dari keluarga mereka. Ayah sedar tak? Atau ayah memang saja nak jual anak ayah ni?” Sindir Bad pedas. Encik Shamsul sudah tidak dapat menahan sabar. Meja pejabat miliknya ditepuk kuat. Tersentak juga Bad dibuatnya.

            “Badlisyah jangan nak melampau sangat! Ayah tak pernah berniat macam tu. Kamu ingat ayah ni apa? Kamu tu satu-satunya anak ayah! Pewaris ayah yang sah. Ayah nak carikan suami yang berkelibar untuk menolong kamu uruskan syarikat ni..”  suara yang tadinya tinggi mula mengendur.  “Ayah sayangkan Bad. Ayah tahu sejak mak dengan abang Khairul meninggal, Bad berubah sebab ayah bukan? Bad nak gantikan tempat abang Khairul. Tapi.. ayah nak anak gadis ayah yang dulu.. Yang dah tiada kita lepaskan.. Jangan biarkan mereka terseksa disana.” Ujar Encik Shamsul sedikit sayu. Setiap kali berbicarakan tentang hal arwah isterinya dan anak lelakinya, air mata seakan murah harganya. Bad rasa bersalah kerana ayahnya sedih, lalu dipeluk ayahnya lembut.

            “Bad mintak maaf. Bad janji akan cari lelaki yang sesuai untuk Bad dan yang boleh membantu Bad. Ayah janganlah sedih...” ujar Bad sambil menyalami tangan ayahnya.

            “Ayah maafkan.. Dengan syarat.. Bad bawa calon yang boleh bantu Bad dalam urusan syarikat dalam 3 bulan akan datang. Ayah tunggu. Kalau tiada juga, ayah kahwinkan Bad dengan anak Tan Sri Mahmod tu!” ujar Encik Shamsul tegas.

Alhamdulillah, adikLia selamat..” ujaran Wan membuat Afiq terduduk lega. Tangan meraup muka, mengucapkan syukur tak terhingga kepada yang Maha Kuasa.
            “Hm.. aku rasa nak cari kerja la Wan. Takkan setiap kali adikLia sakit kau nak bayarkan bil hospital? Aku rasa serba salah la..” ujar Afiq setelah lama menyepi. Wan kelihatan tidak senang dengan kata-kata adik angkatnya itu.

            “Apa yang kau merepek ni Afiq? AdikLia tu adik aku jugak, macam kau! Aku tak suka kau cakap macam ni.. Tapi kalau kau nak cari kerja tu aku sokong 100%.” Kata Wan sambil menepuk-nepuk bahu Afiq.

            Afiq terdiam.  Dia memandang wajah Wan. Matanya semakin kabur. Wan yang melihat Afiq mula rasa tak sedap hati. Dia bagaikan boleh baca sahaja apa tindakan Afiq seterusnya. Tak sempat nak lari dia dah jadi mangsa pelukan Afiq. Kalau setakat peluk biasa tu faham la juga, ni siap buat drama air mata. Memang menarik perhatian orang yang berada diwad adikLia itu.

            “Wei, sengal la kau ni! Lepas la.. Malu aku.. Hish, memang la budak ni nak makan penampar aku!” bebel Wan perlahan. Sambil-sambil itu dia menghadiahkan senyuman kepada yang melihat.

            “Isk.. isk.. sorry la..” ujar Afiq sambil menghembuskan air hidungnya di baju Wan. Wan makin membara. Kalah bara yang sedang menyala apinya.

            “Afiq!!! Sebelum aku kasi pelempang tahap petala kesepuluh baik kau blah!!!” kali ni tak ada cover-cover nada suara, habis volume Wan keluarkan. Afiq menjulur lidah, segera dia melarikan diri sambil ketawa. Wan hanya mampu menggeleng kepala dan meminta maaf kepada penonton tak berbayarnya.

Bismillahirahmannirrahim..” dengan penuh debar Afiq melangkah masuk ke dalam syarikat yang gah itu. Dia tekad kalau tak dapat juga jawatan setiausaha di syarikat ini, dia akan kerja jual burger sahaja. Dia dah runsing dengan segala penolakkan.

            “Assalamualaikum.. Dimana ya, tempat berlangsung temuduga?” tanya Afiq sopan. Kelihatan penyambut tertamu itu tergamam. Mungkin kerana baju kemejanya yang berwarna Pink itu atau apa?

            “Wa..Waalaikumussalam.. Di.. Disana..” ujar penyambut tetamu yang bergelar Nini itu tergagap-gagap. Afiq mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Aisy yang sudah selesai menjawab telefon menyiku rakan setugasnya.

            “Kau kenapa tergagap-gagap dengan mat jambu tu?”tanya Aisy agak kasar. Biasalah tomboy..

            “Dia.. handsome gilerrrr!” ujar Nini separuh histeria. Aisy menggeleng-geleng. Memang sah la.. Kawan setugas dia biul. Dari dia melayan Nini yang biul ini baik dia menjawab telefon yang berdering macam nak putus nyawa ni.

            “Assalamualaikum..” dengan penuh debar Afiq masuk ke dalam bilik temuduga itu. Kelihatan 3 orang sedang duduk dimeja penemuduga. Afiq mula terkumat-kamit membaca doa penenang hati yang diajarkan oleh Wan.

            Hampir 20 minit juga Afiq ditemuduga. Tamat sahaj sesi temuduga itu, Afiq segera keluar dari bilik itu. Mahu membuang debar yang bertandang dihatinya. Tak tahulah dia akan diterima atau tak.. Tapi harap diterimalah... kalau tak kena jual burger la dia..

            Sedang asyik memikirkan dia akan terima atau tidak, Afiq terasa ada sesuatu merempuhnya. Kuat sekali rempuhan itu, kalah kena rempuh dengan badak sumbu (pernah ke kena rempuh dengan badak sumbu Afiq ni? Merepek.. ish..ish..). Dalam keadaan terpinga-pinga Afiq bangun, matanya melilau mencari si badak sumbu yang merempuhnya. Mana tau kalau-kau dia tersesat dekat zoo.

            Kelihatan seorang lelaki yang pendek terduduk diatas lantai. Afiq mengamati wajah itu. Macam muka perempuan, comel sangat. ‘Ya, Allah! Janganlah kau pesongkan hati aku ke makhluk sejenis.’desis Afiq. Dalam keadaan teragak-agak dia menghulurkan tangannya membantu lelaki itu bangun.

            “Terima kasih..” comel sahaja suara lelaki itu, sebijik macam perempuan. Afiq memegang dadanya. Terasa jantungnya berdegup laju. Haih, panahan apa pulak ni... Afiq segera beredar sebelum dia tersangkut dengan lelaki comel itu.

Hello.., waalaikumusalam.. Ya saya. Apa? Saya diterima? Alhamdulillah..” ujar Afiq gembira. Ternyata tidak sia-sa dia membiarkan tubuhnya dibasahi peluh gemuruh ketika temuduga tadi. Lulus juga dia. Dengan hati yang penuh gembira dia melangkah ke ruang tamu. Kelihatan Wan sedang asyik menyemak kertas kerja yang mungkin akan dihantar pada hari esok. Afiq yang keriangan segera memeluk tubuh Wan. Wan tersentak.


            “Woi, kenapa ni? Buang tabiat pulak mamat ni.. Wei, aku tak rela jadi gay weiiiii” ujar Wan yang masih cuba meleraikan pelukan Afiq itu.

            “Suiweiiii betul mulut kau ni Wan! Aku pun tak hingin nak jadi gay, lagi-lagi dengan kau.. Ish... Aku nak kasi tahu ni aku dah dapat kerja!!” ujar Afiq riang sambil buat aksi perempuan gedik. Parah betul penyakit Afiq ni.. yang gedik-gedik semua dia nak buat. Wan pantas melarikan diri jauh sedikit dari Afiq, selepas lelaki itu melepaskannya.

            “Apa kau kata? Aku kurang dengar la..” tanya Wan kembali. Dia cuba menyedarkan dirinya yang masih geli geleman dengan pelukan Afiq tadi.

            “Aku kata aku dah dapat KERJA!” perkataan kerja itu ditekan afiq. Wan yang tadi terlopong turut sama melompat kesukaan.

            “Bila start?” tanya Wan turut berkongsi rasa teruja.

            “Esok! Wei, Wan kau teman aku pergi kedai. Nak beli baju la..” ujar Afiq yang sudah bangun mencapai kunci. Memang itu niatnya. Baju yang ada semuanya kurang sesuai untuk dipakai ke tempat kerja.

            “Kejap! Kau tunggu dalam kereta. Aku nak tukar baju sekejap.” Kelam kabut Wan berlari ke biliknya. Afiq ketawa kecil.

            Sampai sahaja ke pusat membeli belah itu, Wan terus menarik Afiq ke tempat kegemarannya membeli baju kerja. Afiq hanya menurut. Dia bukan pandai sangat nak pilih baju. Kalau beli pun mesti warna pink. Warna kegemarannya dan AdikLia.

            Sedang mereka sibuk-sibuk  memilih baju untuk si Afiq. Seseorang merebut baju dari tangan Afiq. Tersentak Afiq dibuatnya. Matanya terus melihat wajah siapakah yang berani menarik baju yang berada ditangannya. Kelihatan lelaki comel itu sedang cuba merampas baju berwarna oren itu. Melihat kesungguhan lelaki comel itu, Afiq terus melepaskan  pegangan baju yang menjadi pilihannya. Namun malang tak berbau, lelaki comel itu terus jatuh bergolek di depan wajahnya. Afiq tergamam. Wan yang dari melihat turut tergamam.

            “Adoi... sakitlah.. Kenapa lepas macam tu je?” keluh lelaki berwajah comel itu. Afiq segera membantu lelaki itu bangun.

            “Sorry bro, tak sengaja..” ujar Afiq sedikit merah mukanya, cuba menahan ketawa. Kelakar melihat wajah lelaki itu cemberut.

            “Apa bro, bro? Ingat aku beruk ke?” kasar sahaja balasan lelaki comel itu. Baju segera disambar dan melangkah ke kaunter. Afiq hanya mampu memandang. Terkejut dengan bahasa kasar yang dituturkan lelaki itu.

            “Dahlah.. aku dah pilih dua helai tuk kau. Jangan risau yang ni, aku belanja!” kata Wan sambil menepuk-nepuk dadanya. Afiq tersenyum riang.

A
fiq bangun pagi ini dengan perasaan yang penuh semangat. Pantas sahaja dia persiapan diri dan menunaikan solat. Selepas itu dia terus memasak untuk abang angkatnya. Rajin  pula dia pagi ini. Sahaja nak balas jasa Wan kerana membelanjanya membeli kemeja untuk ke tempat kerja hari ini. Selesai sahaja masak dia menulis nota kecil. Dia mahu terus ke tempat kerjanya, memandangkan hari ni first day jadi lebih baik dia bersedia dari awal sahaja.

            Kaki dibawa ke bilik pengurus besar. Lelaki itu yang akan menguruskan dia. Encik Wadi terus membawa Afiq ke sebuah bilik sederhana besar. Melalui penerangan Encik Wadi dia akan menjadi setiausaha kepada anak boss besar.

            Tiba-tiba perutnya rasa memulas. Laju sahaja dia melangkah ke toilet. Setelah selesai, dia kembali ke biliknya. Kelihatan bilik bosnya sudah dihuni. Dengan pantas Afiq membawa handbook untuk membacakan apa aktiviti bosnya pada hari ini.

            Pintu diketuk sopan. Kedengaran arahan masuk diberikan. Afiq melangkah masuk dengan penuh tertib. Matanya terpaku kepada wajah bosnya. Ya, bosnya lelaki comel hari itu. Haih, makin dia nak lari makin dekat pula dia dengan lelaki yang mengusik jiwanya.

            “Erm, apa appointment saya untuk hari ni?” tanya si lelaki comel tanpa mengangkat wajahnya.


            “Erk.. ehem.. ehem... Hari ini bos ada appointment dengan Encik Aminudin dari bahagian penjualan. Pada pukul 3 bos kena turun site, atas arahan Encik Shamsul.” Ujar Afiq tergesa-gesa. Takut lama-lama di sini dia akan kena panahan cinta pula. Ya, Allah kuatkan hati aku bila menghadapi dia..


# Hahaha.. okey dak?!
#cerpan baru.. mungkin ada satu je lagi part..
hehehe..
#cerita kerana kau anjelku(kka) dengan puteri hatiku(ph) akan disambung jangan la risau...
#Klu ada kesalahan.. harap maafkan.. seperti yang sedia maklum.. Asyu seorang yang MALAS.. ehehe malas nak edit kikiki

7 comments:

  1. wah..pandai buat novel rupanya...cungkil lagi bakat tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas @kisah si Dairy..
      hehe insya-Allah.. tak pandai sangat..
      kena belajar dgn yang pandai.. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. hahah teruja nampak...
      jgn suka sangat..
      nnt jadi jodoh kangggg~!!!

      Delete
  3. kelakararr cciter nie... asyu cek blik byk salah eja n penggunaan words. harap asyu x mrah kita tegur...good job n good luck for done this story... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh x marah pun..
      Trimas sbb gitau..
      nnt Asyu buat elok-II kat part 2..
      kat sini dah malas nak betul kan.. hehehe
      thanks Mas

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)