SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Sunday, 28 July 2013

IBU... AMPUNKAN DAKU!!

Bab 1

Mariana terbaring diatas katil usangnya. Hatinya sudah runsing, sudah berbulan dia menunggu surat itu. Tapi bayang pun tak nampak,sedih betul... Puan Manisah tersenyum kecil. Kelakar juga gelagat anaknya, macam orang putus cinta sahaja. Perlahan-lahan Puan Manisah menolak pintu bilik anaknya. Tanpa disedari Mariana, Puan Manisah mencucuk pinggang anak gadisnya.

Terlompat Mariana dari katil usangnya. Puan Manisah sudah ketawa terbongkok-bongkok. Mariana menayang 'duck face'. Kiranya habis comellah tu...

“Alolololo... cumilnya Mar ni..”ujar Puan Manisah sambil mencubit pipi gebu anaknya. Mariana menepis tangan ibunya manja.

“Mar ada masalah ke?”tanya Puan Manisah. Pelik pula dia dengan kelakuan anak manjanya itu. Walaupun sudah mempunyai dua orang adik Mariana tetap manja dengannya.

“Surat tak dapat lagi..”sayu sungguh suara Mariana ketika ini.

“Oh.. Surat.. Yang ini ke?”tanya Puan Manisah sambil menayangkan surat dalam sampul saiz A4 itu di depan mata Mariana. Mariana pantas mencapai surat itu. Dibaca nama pengirim diatas sampul surat rasmi itu. UiTM Seri Iskandar!!!

“IBU!!!”jerit Mariana sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, dicium kedua belah pipi ibunya. Puan Manisah ketawa senang.

“Hah, kenapa ni bu?! Terjerit-jerit.. Arul dekat luar pun boleh dengar..”tanya Arul agak sedikit panik. Puan Manisah ketawa. Kelakar pula gaya Arul ketika ini, kain pelikat tidak lepas ditangan walaupun sudah terlucut. Nasib baik ada seluar pendek dibahagian dalam, kalau tak mahu dia dan Mariana pengsan.

“Ibu ni.. Ketawa pulak..”rungut Arul sambil duduk disebelah adiknya.

“Abang Ar.. Ni tengok ni..”tayang Mariana. Arul tersenyum sinis.

“Ala.. kau belum bukak pun lagi surat tu.. Mana tau dia rejek ko..”ujar Arul sengaja mahu menakut-nakutkan adiknya. Mariana terus berubah mood.

“Arul ni.. kenapa cakap macam tu dekat adik?”tanya Puan Manisah turut tidak senang.

“Betul apa yang Arul kata ni.. Meh sini! Kalau ko belek je.. sampai mati pun ko tak tahu dapat masuk ke tak!”surat bertukar tangan. Mariana tidak sudah-sudah berdoa di dalam hati. Tidak sanggup untuk mengangkat muka. Takut keputusannya bakal menguris hati dia.

“Ish..ish.. kesian ko Mar...”ujar Arul sambil mengeleng-gelengkan kepala. Wajahnya nampak sedih. Terkejut Mariana. Terus disambar surat itu lalu dibaca.

“Abang Ar.. kau ni sengaja je tau!!!”dipukul-pukul manja bahu abang kesayangannya itu.

Arul ketawa melihat gelagat adiknya. Puan Manisah yang tadinya turut cuak. Tersenyum melihat anak-anaknya bergurau mesra.

“Tapikan Mar.. Kau ni dahlah gemuk, hitam pulak tu.. Kau rasa nanti kau kena buli tak?”tanya Arul sengaja mahu menyakat adiknya. Tiba-tiba muncul Syakirah dan Anuar dipintu bilik Mariana. Seronok nampaknya mereka mengelakkan kakak mereka.

“Yelah, yelah aku tahulah aku ni hitam.. Lepas tu gemuk..”Ujar Mariana dengan suara yang sengaja disayukan. Padahal dia dah lut dengan gurauan kasar abanganya.

“Kak Na cantiklah walaupun gemuk, hitam..”ujar Syakirah manja. Dia menempel ditepi kakaknya. Anuar mengusap-ngusap pipi kak Nanya manja. Lalu dicium pipi kakaknya.

“Hehehe, Nuar gelilah..”ujar Mariana sambil menolak adiknya perlahan. Arul memandang Syakirah, Syakira memandang Anuar, masing-masing mengangkat kening.

“Satu, dua, tiga.... SERANG!”terguling-guling Mariana digeletek oleh keempat-empat orang yang berada dibiliknya. Malam itu dipenuhi gelak ketawa mereka sekeluarga.


*__________________*



Mariana tidak dapat lelapkan mata. Esok dia akan pergi ke satu alam baru. Alam universiti bukan alam barzakh tau... Dia memandang adiknya, Syakirah. Pasti selepas ini dia akan merindui adiknya yang selalu menjadi bantal peluknya. Dia kembali memandang ke siling. Memikirkan keadaan yang akan dia hadapi nanti.

Tiba-tiba kedengaran bunyi bagaikan cempedak busuk jatuh. Berkerut-kerut dahi Mariana memkirkan apa yang jatuh. Almaklumlah pokok cempedak diluar rumah belum berbuah lagi, bila masa pulak buahnya jatuh. Mariana pantas memaling, mahu memeluk adiknya. Seram juga dia, takut-takut benda yang lain jatuh.

“Lailahailallah... Sya bangun tidur atas katil!”ujar Mariana sedikit berbisik. Rupa-rupanya adik dia yang jatuh. Ingatkan hantu...

“Hm.. sedapnya.. Nak tu.. tu..”ujar Syakirah dalam tidur. Mariana ketawa kecil. Adiknya memang suka bercakap dalam tidur. Perlahan-lahan Mariana mendukung adiknya yang baru berumur 8 tahun itu ke atas katil. Kali ini, Syakirah tidur menghadap dinding. Takut pula kalau Syakirah jatuh ke bawah kembali.

Mariana menepuk-nepuk paha adiknya. Semakin lena Syakirah. Tanpa sedar tangan Syakirah memeluk erat badan berisi Mariana. Mariana mencium lembut dahi adiknya. Dia turut menutup mata. Tidak lama kemudian kedengaran dengkuran kecil dari dua beradik itu.

***************


“Kak Na janganlah pergi!!!”menangis-nangis Syakirah dan Anuar ketika Mariana menyalami mereka. Mariana mengusap air mata di pipi adik-adiknya. Dalam diam dia turut menahan air mata.

“Kak Na kena pergilah sayang.. Nanti kita datang jenguk Kak Na ya..”pujuk Puan Manisah. Dia turut bersedih. Namun dia harus kuat, supaya Mariana turut kuat untuk berpisah dengannya.

“Tak nak!!!”Arul mendukung kedua-dua adiknya dan dimasukkan ke dalam kereta. Lalu pintu dikunci. Mariana menyalami tangan ibu dan abangnya. Air mata yang ditahan mengalir jua. Puan Manisah memeluk erat anaknya. Kemudian dia terus masuk ke dalam kereta tdak sanggup bertentang mata dengan anaknya. Takut makin berat hatinya.


“Kamu masuk dalam dulu Mar.”ujar Arul. Mariana berdiri ditangga melihat kereta keluarganya berlalu pergi. Sambil mengusap air mata dipipinya dia melangkah ke bilik baru yang bakal dikongsi dengan tiga orang kawan barunya.

3 comments:

  1. Replies
    1. hahaha.. nnt red pun merasa macam ni...

      (x pernah rasa lagi hehehe)

      Delete
  2. sob sob.... aduh kak sedihlah. Auh dah boleh buat siram pokok dah air mata ni :P

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)