Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday 24 December 2012

pengubat hatiku 12


BAB 12



Raisul mendengus marah. Tanpa memikirkan apa-apa Raisul melangkah ke meja yang diduduki Abdullah, Aina, Asyikin dan Luqman. Aina melopong melihat wajah Raisul yang marah itu. Dia turut terkejut dengan kemunculan tunangnya itu.

“Eh.. Abang..”tanpa sempat Aina nak habiskan ayatnya, Raisl sudah melayangkan buku limanya ke muka Abdullah. Asyikin sudah menangis sambil memukul-mukul Raisul. Luqman turut menangis ketakutan. Aina cuba menenangkan anak-anak kecil itu. Raisul yang sedaang panas hati itu langsung tidak menyedari kemunculan kanak-kanak itu. Dia terus membelasah Abdullah yang padanya kurang ajar itu.

“RAISUL AMRI!! berhenti sekarang juga!!”Aina sudah menjerit nyaring. Raisul terkaku ditempatnya. Asyikin dan Luqman turut diam kerana terkejut. Suasana restoran yang tadinya kecoh kini sunyi sepi. Aina pantas membantu Abdullah berdiri. Aina meminta maaf bagi pihak Raisul. Tangan Raisul ditarik. Mereka beredar dari situ.


***********************************************


“Apa masalah awak dengan en Abdullah tadi?”tanya Aina kasar. Dia berasa keliru dengan tingkah laku Raisul itu. Raisul tersengih sinis.

“Oh.. nama dia Abdullah. Bagusnya.”ujar Raisul sinis. Aina semakin terpinga-pinga.

“Ya Allah, Raisul boleh tak awak berterus terang apa sebenarnya masalah awak dengan bos saya tu?”tanya Aina lagi. Raisul kelihatan terkejut dengan pernyataan Aina itu. 'Bos?' namun riak muka Raisul masih tidak berubah.

“Bos? Bos apa yang pegang-pegang awak?”tanya Raisul serius. Aina sudah ternganga.

“Ya Allah. Takkan sebab tu awak tumbuk dia, belasah dia sampai lembik macam tu?”pertanyaan Raisul itu tidak dijawab malah Aina menyoal Raisul kembali.

“Ya, saya belasah dia sebab itu. Siapa tak panas hati tengok tunang sendiri berpelukkan dengan lelaki lain. Awak mesti bengang kalau saya peluk orang lainkan?”Raisul makin menyinga. Aina pantas beristigfar.

“Astagfirullahalazim... apa yang awak cakap ni? Mana ada dia peluk saya. Kalau awak masukkan yang kejadian dimuka pintu restoran itu memang dia sentuh saya. Tetapi untuk selamatkan saya, tunang awak ni dari jatuh tergolek. FAHAM!”perkataan faham itu ditekan dalam-dalam. Raisul kelihatan terkejut. Mana la dia tahu yang Abdullah tu nak selamatkan tunang kesayangan dia ni... Aina berlalu pergi dengan muka yang masam. Raisul mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 'Alahai salah la pulak. Hish... mesti merajuk tu..'hati Raisul sudah berkata-kata. Nak kejar Aina takut. Kalau tak kejar nanti melarat pulak rajuknya. 'Alah tak pelah. Nanti aku minta la pertolongan abang-abang ipar kesayangan aku. Opss, bakal abang ipar..'Raisul tersenyum sendiri.

Hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa. Bukannya Raisul tidak memujuk. Tetapi satu pun tak jalan. Cakap je apa, bunga, coklat,kek,teddy bear, beg tangan dan macam-macam lagi. Tapi tak juga dapat cairkan hati si tunang kesayangannya. Sudah rindu sangat rasanya. Walaupun tak lama seperti dia menunggu Aina satu ketika dahulu, tetapi rasa rindunya ini semakin memberontak. Tak tertahan lagi hatinya dengan kelakuan dingin tunangnya itu.

Raisul duduk termenung di luar pagar rumah Aina. Tak dapat tengok orangnya, dapat tengok rumah pun jadilah.

“Hoi! Buat apa dekat sini? Kenapa tak masuk dalam?”tegur Izwan kuat. Raisul yang terkejut bagaikan beruk itu 'ter'melatah.

“Ai sayang, i lap u.. eh i love u.. Hei... abang ngah ni..”melatah Raisul. Izwan sudah ketawa terbahak-bahak. Hampir terguling dia didepan pintu pagar rumahnya. Raisul menumbuk bahu bakal abang iparnya perlahan.

“Okey...okey sorry. Kelakar la korang ni. AdikNa pun rindu dekat kamu. Tapi bila along nak call kamu dia halang pulak.”ujar Izwan sambil ketawa.

“Ye ke Abang ngah??”tanya Raisul teruja. Izwan mengganguk.

“Tapi dia mana ada sekarang. Tak balik kerja lagi. Angah dengar kau bergaduh dengan bos dia sebab cemburu buta. Betul ke?”tanya Izwan teruja. Tak sangka pula dia Raisul ni jenis yang cepat cemburu.

“Hehehe betul la tu...”kata Raisul sambl mengaru-garu kepalanya yang tak gatal.

“Dah, dah jom masuk kita buat plan baik punya dengan along..”kata Izwan sambil menepuk-nepuk bahu Raisul perlahan.


**************************************************

“Apa along nak pergi holiday dengan kak Liza?!”jerit Ilya perlahan. Sengaja sebenarnya.

“Eh, along nak pergi bercuti ke? Haih along, kak Lizakan tengah sarat tu...”Aina yang kebetulan baru pulang ,menyampuk. Azwan yang tadinya tersengih-sengih berubah masam.

“Alah, along pergi bercuti aje. Bukannya honeymoon.. Tapi kalau honeymoon pun okey...”ujar Azwan gatal. Liza sudah menyiku lembut suaminya. Mereka adik beradik ketawa melihat kelakuan Liza yang malu-malu kucing itu.

“Hehehe, nasib akak la dapat suami miang macam tu. Nanti Adam, mak dengan ayah jaga ke?”tanya Aina lagi. Memang itulah soalan yang ditunggu-tunggu semua.

“Oh..hehehe itu yang nak mintak tolong Aina tu. Boleh tak jagakan Adam? Tiga hari je...”Aina membuat muka pelik.

“Kenapa Aina. Mak,ayah,angah,abang Ilya, dengan abang Ilman pergi mana?”tanya Aina yang pelik. Kenapa suruh dia je? Ahli keluarga yang lain nak pergi mana?

“Owh... abang Ilya dengan Ilman kena pergi kursus. Angah kamu sejak pindah luar ni mana, makin agresif.. takut along nak tinggal Adam dengan dia..hehehe mak dan ayah kena pergi kursus haji dekat mana entah tiga hari juga... Kan mereka nak buat haji hujung tahun ni..”ujar Azwan panjang lebar. Aina mengangguk faham.

“Okey. No problem untuk abang tercinta. Aina memang suka kalau Adam tinggal dengan Aina dua orang. Boleh manja-manja. Jangan jelous tau..”ujar Aina sambil menjelirkan lidahnya. Mereka ketawa melihat Aina yang buat muka comel itu.

*****************************************



“Bye-bye mama, papa”Aina membuat suara kecil. Konon-kononnya Adam la yang cakap tu. Adam ketawa mengekeh. Suka benar dia tinggal dengan mak sunya. Aina menghantar alongnya ke lapangan terbang KLIA.

“Sampai hati Adam seronok papa nak pergi..”ujar Azwan merajuk. Liza ketawa kecil. Azwan mencium Adam geram, Liza turut mencium anaknya itu. Mereka berdua berlalu masuk ke balai berlepas.

****************************************


“Okey, sekarang ni Adam nak buat apa?”tanya Aina riang. Adam yang baru nak belajar bercakap itu menunjukkan televisyen.

“Tv... Dam nak ngok iv...”kata Adam pelat. Aina tersenyum. Dia memang tahu dengan jadual masa nak saudaranya itu. Sekarang jam pukul 5 petang maksudnya siri kartun kesukaan Adam akan bermula. Aina meletakkan Adam di depan televisyen. Kemudian Aina pergi ke dapur mahu memasak untuk mereka berdua.

“Hm.. ma cu masyak sedap.......”kata Adam yang asyik makan paha ayam goreng hitamnya. Agak pedas tapi masih mampu dimakan Adam. Adam memang hantu pedas. Aina tersenyum.

“Tumbs up ye...”kata Aina. Adam menunjukkan ibu jarinya yang penuh dengan nasi itu.

**********************************


Dah dua hari Alongnya pergi. Maksudnya ada lagi dua sehari lagi sebelum alongnya pulang. Aina sudah memohon cuti. Dua tiga hari ini semua masanya diluangkan bersama-sama Adam kesayangannya itu.

“Kring,kring,kring...”telefon rumahnya berbunyi. Aina berlari anak mengejarkan telefon itu.

“Assalamualaikum.. siapa di sana?”tanya Aina sopan.

“Waalaikumsalam, cik Aina ni Abdullah. Esok awak kena datang pejabat tau. Urgent sangat-sangat. Kerja yang saya bagi awak tu kena buat perubahan. Klien tu nak ubah deco dekat bilik utama dia dengan ruang tamu. Boleh awak datang esok?”tanya Abdullah panjang lebar. Nada suaranya kedengaran panik. Aina terkedu.

“Tapi encik.. saya kena jaga anak saudara saya.”kata Aina tegas.

“Aina, esok awak kena datang jugakkk... muktamad.”kata Abdullah telefon terus diletakkan. Aina mengaru-garu kepalanya. Dengan siapa pulak dia nak tinggalkan Adam ni.. Nampaknya dia kena bawak la Adam bersama.

************************************


“Assalamualaikum...”kedengaran Raisul melaungkan salam. Idea ni datang dari Along Aina la..hehehe rancangannya untuk membawa Adam dan Aina bermain di taman tema.

“Waalaikumsalam.. eh.. Raisul. Alhamdullilah.. awak memang penyelamat saya. Awak tolong jagakan Adam boleh tak?”tanya Aina yang sedang kelam kabut itu.

“Awak nak pergi mana?”tanya Raisul yang pelik melihat kekalutan Aina itu. Rasanya Aina dah mohon cuti. Itulah yang Azwan bagitahunya.

“Oh.. saya ada hal urgent. Awak tolong jagakan dia. Awak bawak la dia pergi rumah awak. Nak kasi awak duduk sini tak manis pulak. Semua jiran dah kenal awak..”kata Aina sambil menyerahkan kelengkapan Adam kepada Raisul. Raisul yang masih blur itu menyambut barang-barang itu tanpa banyak soal. Kemudian Adam yang berada dalam dukungan Aina bertukar ke dalam dukungan Raisul.

“Ba-ba ma cu...”lambai Adam yang monyok. Sedih kena berpisah dengan mak sunya. Raisul membawa Adam ke rumahnya.

“Okey, Adam good boy. Duduk sini diam-diam. Pak su nak ke toilet...”ujar Raisul yang sudah tak tahan. Nak terkucil sangat-sangat la tu. Adam sekadar mengangguk.

“Huish.. lega rasanya.”kata Raisul yang baru keluar toilet itu. Ternganga mulutnya melihat ruang tamu rumahnya. Sudah terbalik semua kusyen yang ada. Kelihatan Adam yang riang ria dihari menyepahkan rumah Raisul tersenyum manja.

“Antik tak?”tanya Adam pelat. Raisul menahan marah.

“Antik tak pa cu..?”tanya Adam lagi tak puas hati Raisul tak menyahut. Hilang segala amarahnya kepada Adam. Mendengar perkataan 'pa cu' itu membuat dia berasa diawang-awangan.

“Hm.. Cantikkkk sangat-sangat. Tapi lagi cantik kalau Adam susun macam ni..”kata Raisul. Adam mengikut perbuatan Raisul. Namun sekejap sahaja. Dia menyepahkan kembali ruang tamu itu. Raisul hanya mampu mengeluh.

“Pa cu Dam yayak...”kata Adam. Nampak sangat dia tak selesa dengan pampers yang sudah penuh. Raisul mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. 'Alahai, berak pula budak ni.. nak buat macam mana.. redha je la..'bisik hati Raisul ketika dia medukung Adam ke bilik air.

Aina melangkah lemah ke rumah Raisul. Penat benar dia rasa. Memang kliennya itu sangat cerewet.

“Assalamualaikum...!!!”ujar Aina lantang. Dia ni mana boleh jumpa rumah. Memang jenis tarzan.

“Waalaikumsalam.. masuk la dulu.. pintu tak berkunci..”ujar Raisul yang sedang kelam kabut mengemas rumah. Malulah kalau anak dara tengok rumah dia yang dah macam kapal pecah ni..
“Ya Allah... hahahaha”itu sahaja yang mampu dikeluarkan Aina. Muka Raisul cemberut. Marah+ malu...jadilah muka warna merah. Makin kuat ketawa Aina melihat Adam yang ketawa riang menyepahkan rumah Raisul.

“Adam! Sudah,sudah tu. Jangan nak mengada-ngada. Kemas sekarang jugak..”hanya sekali sahaja Aina mengeluarkan arahan Adam pantas mengemas kembali semua yang dia sepahkan. Raisul hanya mampu terlopong. Punyalah susah dia nak suruh budak kenit tu kemas balik. Tiba-tiba Aina cakap terus dia buat kerja.. hebat.. hebat..

“Hah, abang Raisulku sayang... sampai bila nak ternganga? Meh tolong sekali...”kata Aina manja. Raisul tersenyum senang. Dia tahu Aina tidak merajuk lagi...

Hari ini, Aina dan Raisul akan membeli barang untuk perkahwinan mereka. Along Aina dan semua ahli keluarganya sudah pulang dua hari yang lepas. Baru Aina tahu yang mereka semua berpakat mahu meninggalkan Adam kepadanya supaya Raisul boleh datang membantu. Nak marah pun dah tak guna.. so pasrah je la.. Mereka bergurau senda sambil membeli-belah. Tanpa disedari Abdullah dan Damien yang merupakan klien ModernOk turut berada berdekatan mereka. Abdullah dan Damien merenung tajam Aina yang sedang bergelak ketawa dengan Raisul itu.. Hati Abdullah membengkak. Damien hanya mampu menyulam rasa. Memang salahnya membuat Aina begitu jadi dia tak boleh nak buat apa-apa. Dua-dua makan hati, dua-dua cemburu dan dua-dua kaku ditempat yang sama.


bersambung...

#cerita ni mungkin akan habis dalam 4 entri lagi... sila terus menyokong blog ni...
jgn lupa komen tau... sayang semua hehehe

2 comments:

  1. (Ezad Marzuki)
    Best2... Xkn 4 je lgi??? Pnjng kn la lagi??? Hehehe....

    ReplyDelete
  2. hehehe sekolah dah nak bukak la...
    sedew.. mungkin kalau ada masa lapang nanti, i will continue okey... :)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)