Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 2 June 2013

♡ Plan Merebut HATI Bakal MAMA ><♡


Asyu ada janjikan nak masukkan cerita pasal Abdullah n Asyikin(bapa ngan anak) so ni la Hasilnya.. Maaflah kalau x best.. sebab dua tiga hari otak Asyu tepu ngan pertandingan pizzahut tu..  Apa-II pun kita layan ni dulu... kalau best x best silalah KOMEN!!!  >_<


hehehe comel dak >_<
Plan Memikat HATI Bakal MAMA ><
Abdullah termenung lagi. Asyikin sejak akhir-akhir ini mula meminta penganti ibunya. Bukannya Abdullah tidak sudi membuka hatinya kepada orang lain tetapi rasa kasih kepada arwah isterinya dan Aina masih menebal. Dia juga berharap akan ada orang yang mampu membuka pintu hatinya. Tidak tertanggung seksanya menyimpan perasaan kepada isteri orang.


Nasib baik juga ada si Luqman. Hari-hari Asyikin tak ada la sunyi sangat. Abdullah ketawa mengenangkan anaknya semakin menghampiri alam akil baligh. Makin besar makin miang pulak anaknya itu. Hari-hari sibuk menceritakan kisah Luqman dan dia di sekolah. Sampai naik muak Abdullah mendengarnya.


“Assalamualaikum!!! Papa.. Oo.. Papa!!”jerit Asyikin yang baru pulang dari sekolah itu. Sejak dia mula memasuki darjah 4, Abdullah mula menggunakan khidmat bas sekolah untuk meghantar dan mengambil Asyikin.


“Waalaikumsalam.. My Princess dah balik. Macam mana sekolah hari ni?”Tanya Abdullah. Satu soalan yang wajib ditanya kepada Asyikin.


“Hm.. tak best la hari ni.. Tapi ada Luqman so best!!”kata Asyikin teruja. Abdullah mengeleng-geleng. Haih.. macam-macam la anak daranya yang baru berusia 12 tahun itu.


“Papa masak apa hari ni?”tanya Asyikin yang sedang menggosok perutnya laparlah tu.


“Ala.. sayang sorry sangat-sangat! Papa lupa nak masak...”ujar Abdullah dengan rasa bersalah. Asyikin sudah muncung. Marah sangat la tu.


“Sebab tu la Ikin suruh papa khawin cepat-cepat! Hari-hari papa lupa nak masak!” ujar Asyikin dengan muncungnya. Abdullah mengeluh.


“Ikin tak sayang papa ya? Hari-hari suruh papa cari mama baru.. Ikin dah tak sayang arwah mama?” tanya Abdullah yang sudah muak mendengar pertanyaan itu.


“Papa ni.. sampai hati papa cakap macam tu.. Ikin sayang arwah mama.. sayang sangat-sangat! Tapi Ikin kesian dekat papa.. Ikin nak jugak mama yang boleh berkongsi masalah dengan Ikin..”tangis Ikin sambil berlari ke biliknya.


Abdullah terkesima. Perasaan bersalah mula menghambat hatinya. Dengan langkah yang perlahan Abdullah melangkah mencapai kunci keretanya. Perut anaknya yang lapar perlu diisi. pantas keretanya laju meluncur diatas jalan raya.








“Assalamualaikum, Cik Yah kasi nasi goreng kampung dua bungkus!”ujar Abdullah agak kuat melawan keriuhan pelanggan restoran milik Cik Yah itu.


“Waalaikumusalam.. hah, yelah!” Jawab Cik Yah yang asyik memasak di dapur terbuka itu. Seorang gadis merapati Abdullah. Terkejut Abdullah dibuatnya.


“Encik nak minum apa?”tanya Gadis itu. Abdullah terdiam, terkesima dengan kejelitaan gadis itu.


“Encik? Encik? Encik?!” panggil gadis itu sedikit kuat. Merah muka si gadis mungkin malu ditenung Abdullah. Abdullah segera memalingkan mukanya. Terkejut dengan kelakuannya sendiri. 'Macam mana pulak aku boleh terpegun melihat perempuan ni? Alahai, malu sehhhhh...' Pantas sahaja Abdullah memberi senyum yang paling 'awkward' pernah gadis itu lihat.


“Bagi saya teh'o ais satu. Bungkus fresh orange satu ya, dik..”ujar Abdullah lembut.

Gadis itu pentas mengangguk. Kaki dibawa ke dapur menyampaikan pesanan dari lelaki yang pada penglihatannya sangat pelik. Sesekali dikerling lelaki itu melalui ekor matanya. Memang pelik kelakuan lelaki itu. Asyik mengusha dia sahaja.


“Oit, tak malu betul anak dara ni asyik mengintai je dari tadi!” ujar Siti sambil mencucuk pinggang Ifa, gadis yang sedari tadi mengerling Abdullah. Termelatah Ifa dibuatnya.


“Oit! Oit! Kau aku bukan! Haih!!! Kau ni sengaja cucuk akukan Siti?!” marah Ifa yang sedang menahan malu. Mana taknya, hampir semua pelanggan memandangnya dengan senyuman geli hati. Termasuklah mamat pelik itu. Sakit pula hatinya!


“Alololo... Ifa yang tomey lagi manis.. Maafkanlah patik yang hina ini... sungguh besar kesalahan patik ini.. aduhai...!” mulalah Siti nak berdrama. Memang drama queen betul minah seorang ni. Abdullah tergelak-gelak mendengar perbualan kedua orang gadis itu. Tawa Abdullah menarik perhatian Ifa. Entah kenapa dia rasa tertarik dengan 'weirdo' itu.


“Hish, kau ni sajalah nak kasi aku malu! Dahlah, majuk(merajuk) dengan kau!” ujar Ifa sambil melarikan diri ke dalam ruangan dapur. Saja nak menyembunyikan diri sebenarnya bukan marah sangat dekat Siti tu.


Siti yang pelik dengan mendung tak berisyarat daripada Ifa itu terus melakukan kerjanya. Peliklah juga, selalunya Ifa tu bukan seorang yang mudah malu, lagi-lagi malu kucing macam tadi. Air teh'o ais dihantar kepada pelanggan yang duduk paling hampir dengan dapur.


“Assalamualaikum dik, lambat lagi ke order abang tu ye?” tanya Abdullah tidak sabar. Tidak sabar nak berkongsi cerita dengan si anak kesayangannya.

“Waalaikumusalam.. abang order bungkuskan? Lagi 10 minit siaplah, abang tunggu sekejap.” ujar Siti sambil tersengih. 'Huih... toughnya badan, muka macam ala-ala mamak sikit, tapi hidung dia tu.. perghhh... mancung beb! Nasib baiklah aku ada Haikal kalau tak... hurm mau aku terkam dia hehehe..' sempat lagi Siti menilik Abdullah. Abdullah mengerut dahinya apabila soalanya tidak berjawab malah gadis didepannya siap ketawa bagai. 'Biol ke budak ni?' Abdullah mengetuk meja perlahan. Tidak berkesan, dia tepuk sedikit kuat.


“Hoi, hoi Remy Ishak punye klon! Hoisss!” siap bukak langkah silat lagi si Siti ni. Memang padanlah berkawan dengan Ifa. Kaki latah rupanya mereka berdua ni..


Terbongkok-bongkok Abdullah ketawa. Kasihan melihat si gadis menahan malu terus sahaja dia berhenti ketawa.

“Adik, abang tanya ada tak nombor telefon adik yang melatah dekat pintu dapur tadi?” Tanya Abdullah setelah berhenti ketawa. Kelihatan Siti teragak-agak. Abdullah tersenyum manis.


“Tak pelah kalau tak dapat kasi. Kasi tahu nama dia je?” pinta Abdullah seperti anak kecil menagih gula-gula.


“Nama dia Ifa. Nur Huzaifa. Hurm.. abang jangan kasi tau sapa-sapa tau.. dia tu ganas sikit.. karang habis saya dibalunnya.” ujar Siti sambil buat riak sangat ketakutan. Abdullah ketawa senang, 'interesting girl... hurm, I like...' Pantas tangannya menulis sesuatu di atas kertas yang tertera jumlah yang perlu dibayarnya. Lalu dihulurkan kepada Siti yang sedari tadi tercongak di tepi mejanya.


Siti menyambut tanpa banyak cerita. Terlopong mulutnya melihat apa yang ditulis di atas kertas itu. Nombor telefon milik lelaki itu.


“Abang sorrylah saya dah berpunye..” laju sahaja Siti melafazkan kata-kata itu. Terkejut benar rupanya. Sekali lagi Abdullah diserang sawan ketawa.

“Apa la awak ni.. haih kelakar sungguh! Dah lama saya tak ketawa macam ni. Nombor tu... awak tolong kasi dekat si Ifa tu ya.. Pleasee!” ujar Abdullah sambil berlalu ke kaunter untuk mengambil makanannya. Sempat lagi dia menjeling Ifa yang mengintai dari balik pintu itu. Sengaja kasi jelingan maut sikit... biar sampai termimpi-mimpi.. hehehe..


Siti terkebil-kebil melihat lelaki itu berlalu. Kepala terangguk-angguk tanda mengerti apa yang disuruh lelaki itu.


“Sekejap, nama dia apa?” bisik Siti kepada didirinya. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.





Malam itu...

“Apa?! Biar betik Siti...”ujar Ifa yang ternyata terkejut ya amat.


“Betullah.. dia kasi nombor telefon tu.. mestilah nak suruh kau call dia..” Ujar Siti yang sudah menjauh. Bingit telinganya mendengar suara terkejut Ifa itu.


“Yang kau pergi ambik tu kenapa? Hish, aku tak sukalah benda-benda macam ni Siti..” ujar Ifa sedikit geram. Selebihnya suka. Hehehe...



“Kau nak kecoh-kecoh ni kenapa? Kalau tak nak call tu buang je nombor telefon dia.. Meh aku tolong buangkan..” ujar Siti mahu mengambil kertas yang terletak elok diatas meja. Ifa lagi pantas.. dia sudah menyorokkan kertas kecil itu. Kalut membuat Siti ketawa.


“Kalau nak tu cakap saja nak.. Haih, apalah kau ni.. hahahaha” Ketawa Siti sebelum melarikan diri ke biliknya.






“Papa.. Oo.. Papa kenapa asyik termenung saja ni?” tanya Asyikin kepada Abdullah yang duduk tercongak dihadapan televisyen.


“Hurm?!” Abdullah yang baru kembali ke alam nyata itu terkejut mendengar suara puterinya yang bingit.


“Hm.. tak ada apa-apalah..” Asyikin kembali menyiapkan kerja sekolahnya.


“Ikin.. papa nak cerita ni. Tadikan...”Abdullah mula menarik perhatian Asyikin yang asyik menyiapkan kerja sekolahnya.

“Apa-apa? Papa jumpa mama baru ek???” Tanya Asyikn teruja melihat riak wajah papanya.


“Tak adalah sampai mama baru.. tapi papa suka tengok dia.. comel dan kelakar macam arwah mama Ikin..” ujar Abdullah sebelum ketawa kecil mengenang Ifa yang melatah itu.


“Kenapa pulak bukan mama baru?” tanya Asyikin sedikit kecewa.


“Dia muda sangatlah Asyikin.. Dah macam anak papa pula..” ujar Abdullah sambil cuba meneka umur Ifa mungkin dalam belasan tahun.


“Haih.. Papa.. Papa.. Papa tahu tak umur bukanlah menghalang bagi cinta yang suci?!” Bukan main lagi Asyikin memberi ceramah free kepada Abdullah. Abdullah ternganga mendengar celoteh anaknya.

“Wao!! Siapa yang ajar anak papa ni madah-madah cinta?” tanya Abdullah kagum.


“Well tengok oranglah.. kalau tak, Luqman mesti tak suka orang.. hurm..” Asyikin mula hangut dalam imaginasinya. Luqman yng comel, Luqman yang segak, Luqman segala-galanyalah! Abdullah mengeleng-gelengkan kepala. Ingatkan dia yang sudah angau. Ni tak anaknya lagiiiiii ANGAU! Payah-payah anak dan bapa bercinta.. satu hapa pun tak jadi!







“Assalamualaikum Luqman!!” meleret-leret nada suara Asyikin memanggil temannya itu. Luqman tersengih-sengih melihat Asyikin yang kelihatan comel bertudung itu.


“Waalaikumusalam.. Happy nampak ada apa?” tanya Luqman sebelum meneruskan kerjanya yang tergendala, menyalin jawapan bagi latihan semalam.. Biasalah dia terlupa...


“Luqman... Papa kita dah ada calon tau.... “ ujar Asyikin sambil mengambil temat dihadapan Luqman. Nasib baik tengah waktu rehat, kalau tak mahu Asyikin kena halau dengan guru kelas Luqman. Mana taknya, kelas lain-lain, tapi asyik nak menyendeng Luqman saja kerjanya.


“Ye ke? Sukalah tu.. selalunya asyik dok suruh papa awak kahwin..” ujar Luqman yang turut tumpang gembira. Tiba-tiba riak wajah Asyikin bertukar rupa..


“La... tadi happy sangat.. Kenapa sedih pulak ni?” Tanya Luqman sedikit kelibut.

“Yelah.. Papa kita tu macam tunggul.. Dia suka dekat perempuan tu tapi tak nak pikat. Nampaknya sampai bila-bilalah kita tak dapat ibu baru.. hurm..” Muka Asyikin macam kena tumbuk saja.. muka tak reda...


“Awak ni apa susah... Kita sajalah tolong dia pikat... :3 ”Ujar Luqman sambil tersenyum nakal.


“Hurm?!” Asyikin mula tayang muka blur + comel sangat-sangat. Luqman merengus kasar. Susah dapat awek macam ni.. aik awek? Salah.. kawan sebenarnya...


“Macam ni...” Tersengih-sengih Asyikin mendengar perancangan lelaki idamannya.








PLAN 1 ^_^


Asyikin melangkah ke restoran Cik Yah itu dengan senyuman lebar. Berdebar-debar pula dia rasa nak berjumpa dengan ibu barunya.. opss.. bakal ibu baru.. langkah sengaja dicepatkan. Muka pula dibuat gelabah tak hinggat. Memang dia boleh menang anugerah pelakon terbaik la..


“Huarghhh!! Papa!!” Asyikin memulakan rancangannya. Disebabkan badan dia kecik molek tak ada siapa yang tahu dia sebenarnya berusia 12 tahun. Terkejut semua yang ada direstoran itu. Dalam rama-ramai yang mengeruminya dia mencari mama barunya. Dia tahu ciri-ciri mama barunya itu.



“Kakak.. isk.. isk.. mana papa?” tanya Asyikin dengan suara yang sengaja disayukan. Air mata mengalir laju macam benar sahaja apa yang sedang berlaku ketika itu. Ifa yang berada berdekatan anak kecil itu pantas mengusap belakang Asyikin, ingin menenangkan perasaan anak gadis itu.


“Adik ni kenapa?”tanya Ifa sedikit panik melihat gadis cilik itu menangis teresak-esak. Siti disebelahnya sudah ikut merah matanya, kawannya itu mana boleh melihat orang mengalir air mata pasti tidak lama lagi mengalir juga air mata Siti ini.


“Kakak... Ikin nak balik...huawaaa..” Asyikin makin mahir melakonkan wataknya. Ifa terangguk-angguk setuju.


“Yelah, yelah.. Ikin ingat alamat rumah Ikin?”Ifa sudah membahasakan diri Asyikin sebagai Ikin. Asyikin mengangguk lemah. Ifa menarik tangan gadis cilik ke kereta miliknya.


Plan Pertama Sukses!!!




PLAN 2 ^_<



Asyikin menarik tangan Ifa supaya menemaninya duduk dibuaian yang terletak elok dihalaman rumahnya. Ayahnya belum pulang dari tempat kerja. Jadi kesempatan ini digunakan sebaik mungkin.


“Kakak.. teman Ikin tau. Papa tak balik rumah lagi..”ujar Asyikin. Kakinya menolak buaian itu perlahan. Ifa sekadar mengangguk. Dia sebenarnya terpukau dengan keindahan rumah kecil itu. Nampak menarik walaupun agak serabut. Mungkin tiada yang menguruskannya.


“Hm.. Mama Ikin mana?” tanya Ifa yang masih ralit melihat orkid yang tumbuh subur biarpun tiada tanda-tanda dijaga dengan baik. Tanpa disedarinya riak wajah Asyikin sudah menjadi muram. Sedih apabila menyentuh perihal mamanya.


“Ikin?” panggil Ifa apabila gadis cilik itu tidak menyahut. Pantas sahaja dia menoleh ke arah Asyikin. Melihat gadis itu menangis, Ifa merasa sedikit serba salah. Perlahan dia mencapai tangan gadis itu lalu diusap perlahan.


“Sorry kalau kakak salah cakap.. Ikin janganlah menangis lagi..” ujar Ia seraya menarik anak gadis itu ke dalam pelukannya.


“Ikin tak ada mama dah..” ujar Asyikin dalam tangisan yang kian reda. Ifa masih mengusap perlahan belakang badannya.


“Kakak.. boleh tak Ikin panggil kakak mama?”tanya Asyikin dengan riak penuh mengharap.


“Erk...? hm.. Bo.. Boleh..” ujar Ifa sedikit gagap. Agak terkejut dengan permintaan gadis itu.


“Mama..” ujar Asyikin seraya memeluk kembali tubuh Ifa. Ifa membalas pelukan Asyikin, terasa kasihan kepada gadis itu.


“Papa..”ujar Asyikin perlahan. Ifa pantas melepaskan pelukannya. Asyikin sudah berlari mendapatkan papanya.

“Encik.. sorry.” ujar Ifa tanpa melihat wajah bapa Ikin itu.


“Eh, awak?” kedengaran suara yang sejak kebelakangan ini menghantui Ifa. Pantas sahaja Ifa mencari wajah yang menganggu mimpi malamnya. Lelaki itu!


“Encik..” ujar Ifa sedikit perlahan.

“Macam mana awak kenal anak saya?” tanya Abdullah sedikt pelik. Dia memandang Asyikin. hm.. nampak gayanya ini memang kerja Asyikin!

“Tadi dia sesat.. Saya tolong hantarkan dia balik..”ujar Ifa sedikit malu-malu. Mana tak malu Abdullah tenung dia macam dia tidak pakai baju!


“Sesat?! Hm.. interesting..”ujar Abdullah seraya mengucapkan terima kasih. Ifa segera meminta diri. Tidak tahan menjadi mangsa panahan mata tajam Abdullah.


Plan 2 Sukses... Sebelum tu baik Asyikin lari dulu. Abdullah dah tenung lain macam sahaja.









“Mama...” panggil Asyikin meleret. Ifa tersenyum melihat gelagat anak gadis itu.


“Apa sayang?” tanya Ifa penuh kasih.


“Mama suka tak dengan papa kita?” tanya Asyikin lagi. Malam ini dia tidur dirumah mama angkatnya itu. Papanya berkerja diluar daerah.

“Hm.. suka?” Ifa terkesima dengan pertanyaan Ikin. Siapa yang tidak suka? Wajah melayu dan nada suara yang lembut itu, senyuman yang menawan asyik memburu hatinya sehingga dia tidak boleh menyelamatkan perasaannya lagi. Semuanya seakan mencair apabila melihat Abdullah.


“Hahaha.. suka la tu..”Ujar Asyikin ketawa mengekeh melihat mama angkatnya tersenyum-senyum malu sendiri.


“Ish.. Ikin ni..” Ifa menepuk paha anak angkatnya perlahan. Siti yang baru sampai ke rumah ketawa perlahan melihat kemesraan yang terjalin antara Ifa dan Asyikin.





Seminggu selepas itu,


“Papa.. papa masuk la meminang mama..” ujar Asyikin sambil menarik-narik lengan papanya yang agak tegap itu. Abdullah mengetap bibir menahan geram. Anak daranya ini memang tidak makan saman. Sudah berkali-kali dia melarang anaknya menganggu gadis idamannya. Dia tahu dia tidak sepadan dengan gadis muda itu. Gadis itu sudahlah muda, cantik lagi mustahil tiada yang terpikat.


“Asyikin! Papa dah cakap bukan, dia tidak sesuai dengan papa!” ujar Abdullah dengan suara tertahan-tahan. Menggambarkan betapa geramnya dia pada ketika ini.


“Ish.. degil! Tak apa tunggu jelah nanti!” ujar Asyikin sambil menjulurkan lidahnya. Pintu bilik dihempas kuat. Abdullah mengeluh. Patutkah dia mencuba??








Luqman menghampiri Asyikin yang monyok. Macam nak mintak lesing je budak perempuan ni. Muka dahlah monyok tak hinggat lepas tu boleh pulak main jeling-jeling sampai nak terkeluar biji mata.


“Kenapa ni?” tanya Luqman takut-takut. Yelah angin Asyikin ni mana boleh jangka karang meletup tiba-tiba tak ke naya?


“Papa tu..” ujar Asyikin sambil memuncungkan mulutnya.


“Haih.. macam-macamlah awak ni.. Dah-dah tak payah nak merajuk. Balik nanti kita singgah jumpa mama nak?”tanya Luqman. Bersinar-sinar mata Asyikin mendengar perkataan mama itu.


“Nak! Nak!”terlompat-lompat Asyikin. Tak padan dengan umur.. Luqman mengeleng-gelengkan kepalanya.



Balik sahaja sekolah...



Asyikin melangkah riang bersama Luqman ke restoran Kak Yah. Siap menyanyi kecil lagi. Luqman pun melayan sahaja tuan puteri itu. Tiba-tiba langkah Asyikin terhenti. Dia terlihat seseorang terhendap-hendap. Entah apa yang benda yang tersampuk dengannya, dia pantas sahaja melompat ke atas lelaki itu sambil menjerit-jerit.


Luqman ternganga sebelum turut membantu Asyikin membalun lelaki yang sedang mengaduh sakit itu. Ifa dan Siti pantas berlari anak melihat apa yang terjadi. Ifa dan Siti yang sememangnya kaki latah itu terkejut lalu turut membalun lelaki yang sudah menjerit-jerit menyuruh mereka berhenti.


“Ya Allah yang kamu membalun Abdullah tu kenapa?” teriak Kak Yah dari tingkap dapurnya. Patutlah riuh rendah sahaja rupanya ada yang kena balun.


“Hah, Papa?!” teriakan Asyikin berjaya membuat semua terdiam. Abdullah sudah terbaring tidak sedarkan diri.


“Papa? Papa?” Asyikin menepuk-nepuk pipi papanya lembut. Ifa sudah merenjis-renjis air ke wajah lelaki itu. Abdullah akhirnya mulai sedar.


“Adoiii..” Abdullah memegang seluruh badannya yang terkena pukulan. Sakitnya tidak sangakt tetapi tetap meninggalkan rasa sengal.


“Sorry papa.. tadi kita orang ingat papa pengitip jahat..” terang asyikin bersungguh-sungguh.


“Haah, maafkan saya. Tak sengaja pukul awak..” ujar Ifa dengan riak muka bersalah. Memanglah dia tidak sengaja tetapi lelaki itu tetap merasa sakit.


“Nak maafkan awak? Hurm.. ada satu syarat..” ujar Abdullah sambil menarik senyuman nakal.

Asyikin sudah dapat menangkap apa yang ingin dikatakan papanya, menahan tawa.








'selamat.. pengatin baru...
semoga berbahagia....'


Asyikin menyibukan diri dalam kalangan tetamu. Manis sahaja wajahnya menyambut ahli baharu keluarga mereka. Mana taknya, penat dia memikat mama akhirnya papa juga yang menawan hati mama dalam senyap.


Luqman memanggil Asyikin yang memakai baju kurung sedondon dengan warna bajunya. Hehehe.. bagaikan sudah berjanji pula. Asyikin dengan penuh ayunya berjalan mengahampiri Luqman dan rakan-rakannya.


“Abang tak sangka betul saya Asyikin tu dah berumur 12 tahun ingatkan baru 10 tahun macam tu..” bisik Ifa kepada Abdullah yang baru sehari sah menjadi suaminya. Dulu dia ingatkan lelaki itu bermain-main selepas menyuruhnya memohon kemaafan dengan mengahwini lelaki itu. Seminggu selepas itu dia pulang ke kampung kerana dikatakan ada hal kecemasan, rupa-rupanya Abdullah telah menghantar rombongan meminang ke rumah emaknya. Dalam keadaan terkejut terus sahaja dia bersetuju. Nasib baiklah sayang... kalau tak.. memang hinggaplah kuali maknya ke kepala Abdullah ni..


“Hehehe.. memang badan dia kecik. Tapi memang dia punya pasal pun Ifa jatuh hati dengan abangkan?”tanya Abdullah dengan nada menggoda.


“Hish.. apa la abang ni..”Ifa mencubit manja suaminya. Malu diprovok begitu.


“Yeay!! Plan memikat hati bakal Mama berJAYA!!” jerit Asyikin tiba-tiba. Ifa yang terperanjat terus menyuap nasi ke mulut suaminya. Sebenarnya bukan menyuap tetapi menyumbat.

“Huk.Huk..”terbatuk-batuk Abdullah menahan perit ditekaknya.


“Sorry.. abang” kalut Ifa menyuakan air. Kesian suaminya, memang nak kena anak daranya.


“Hihihi.. Peace no war! Mama! Papa!” kata Asyikin sebelum berlari ke arah Luqman dan teman-temannya. Ifa tersenyum sambil memandang suaminya. Abdullah ketawa kecil. Semoga kebahgian mereka kekal hingga ke Jannah.



#sorry terpan... jang plak >_<

9 comments:

  1. wahhhhh kak asyu~~~ best gilerlah!!! hahahahaha memang nak tergelak aje baca. btw yang background tajuk... ala yang atas tu. ha kiut giler lah >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe trimas siti... haha bru try piczup x sangka boleh plak.. hehehe >_<

      Delete
  2. assalamualaikum syu....best cerpen ni gelak membacanya...hihihi...best jgk ada ank mcm Asyikin yg berusaha utk papanya dan utk dirinya...cayalah syu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dini.. terima kasih ^^ Asyikin ni tercepat matang fikiran dia itu yang dia memandai buat plan tu.. hehehe

      Delete
  3. bagusnyeeee asyu!!!asyuuuuuu!!plislaaaaaa terbitkan novel..confirm laku punye!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... okey jannatul.. hari ni awak kasi asyu senyum sampai ke telinga.. thanks sbb kasi asyu happy maklumlah tgh stress exam ni.. insya-Allah lepas habis exam asyu nak try buat satu manuskrip ni.. kalau jadi.. nanti asyu kasi tahu okey.. thanks again :3

      Delete
  4. yang ni best gila. sampai sakit perut gelak. Tak boleh blah betul. hahaha

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)