Mesti semua pelik why Asyu write this stupid thing? Sebab Asyu perlukan suatu tempat tuk meluahkan. Dari Asyu menangis seorang, gelak seorang baik Asyu kongsikan hal tu. Yelah nanti korang kata Asyu ni gila plak. Mabye semua pandang Asyu anggap Asyu ni a girl that have nothing to worry. Tapi dalam hati, kepala ni siapa yang tahu?!
Asyu ada kehidupan yang biasa yang tak lari dari masalah. Cuma Asyu sedari kecik diduga. Tapi masa kecik, walaupun banyak hal yang berlaku.. Asyu still boleh senyum boleh bermain. Semakin Asyu besar, kekosongan di jiwa tu tetap ada. Mungkin sebab Asyu berasal dari family yang berpecah, sebab tu Asyu sentiasa rasa kosong walaupun ramai yang sayang dekat Asyu.
Hurm.. family Asyu sangat complicated.. Sampai masa form 1 Asyu x buat kerja kursus sejarah tu. Ala yang buat asal usul saya tu. Ada family tree bagai. Yelah manalah Asyu nak buat. Bayangkan Asyu Ada 2 @ 3 ayah 2 @ 3 mak. Pelik giler kan??? 2@3 tu meaning, Asyu ada 1 ayah kandung, 1 mak kandung, 1 abah tiri, 1 umi tiri.. lagi 1 mak/ayah tu.. sebab Asyu ada adik beradik lain mak n lain bapak. HUhuhuhu susah o....
Bila ingat-II balik, masa Asyu kecil, Asyu selalu depress lebih-II lagi bile mak datang lawat Asyu kat rumah ayah(depe dah bercerai dari ASyu kecil lagi). Masa mak balik tu.. hati Asyu rasa macam dicarik-II. nak ikut mak tapi sayang ayah. Nak tinggal dengan ayah tapi rindu mak. Mesti korang rasa mak ayah Asyu x patut buat Asyu macam tu.. Tapi depe tak salah... Antara mereka dah tak ada jodoh nak buat macam mana.
Sebab tu Asyu menulis melukis. semua benda ni boleh buat Asyu release tense yang Asyu hadapi. Kadang-II kalau cerita Asyu terlebih happy, Asyu akan terasa happy rasa.. macam benda ni mungkin akan berlaku dalam hidup Asyu. Bila Asyu tulis benda yang sedih-II memang air mata Asyu mengalir.. Hurm.. emosi asyu akan memperngaruhi cerita yang Asyu tulis. Mungkin pelik. Asyu bukan sekadar bergantung pada idea tapi pada hati Asyu juga.
Macam sekarang ni Asyu nak sangat tulis cerita pasal mati. Kematiann merupakan sesuatu yang pasti bukan? Asyu mula takut rasa kehilangan! Macam mana Asyu tak rasa macam ni. Ayah kandung Asyu umur dah dekat 80 tahun. Semakin lama Asyu semakin rasa jurang antara Asyu n Ayah semakin jauh. Kalau dulu Asyu tak segan nak kucup pipi Ayah sekarang ni jangan cakap cium pipi, nak peluk pun Asyu malu segan takut. Satu perasaan yang tak patut ada diantara anak dan ayah. Anak jenis apa Asyu ni??! Sedih sangat.. pedih.. hehehe saat menulis ni pun air mata mengalir.. nasib baik mak keluar kalau tak mesti dia risau.
Macam mana kalau Asyu mati dulu? Mak dan Ayah ampun tak dosa-II Asyu kat depe? Asyu ni nakal sangat.. sampai selalu buat Mak nangis Ayah risau.. Asyu banyak sangat dosa dekat depe dekat tuhan. Hurm.. memang Asyu ni drama Queenkan? huhuhu.. x pelah.. makin lama makin merapu luahan Asyu ni.. memang lari dari tajuk.. Apa-II pun Asyu mintak ampun kalau Asyu ada sakitkan hari korang. Asyu ni manusia biasa.
Aku hanya manusia biasa,
yang tidak lari dari kesilapan,
aku hanya seorang anak,
yang mungkin pernah melukai mereka,
aku hanya seorang insan,
yang tidak lari dari dosa...
Wahai tuhanku yang satu,
Allah yang maha mendengar..
dengarlah luahan hatiku..
Kau berkatilah ibu bapaku..
bahagiakan mereka..
kerana aku bukanlah yang sempurna...
Mungkin kata-II ku pernah menghiris hatimu..
mungkin tingkahku pernah menitiskan air matamu..
ketahuilah kalian aku tidak pernah bermaksud begitu..
bagiku.. kalian adalah satu-IInya kurnia Allah yang paling bermakna...
Tanpa kalian aku tidak mengerti apa itu suka apa itu duka..
lahirnya aku didunia hanya untuk berbakti kepda tuhan dan kalian..
sesungguhnya.. aku memohon ampun sekiranya..
hati kalian luka kerana ku..
luahan hati seorang anak...
sabar ye....
ReplyDeleteinsya-Allah.. kesabaran itu sentiasa di sisi Asyu
ReplyDeletebersabar je. semua tu ade hikmahnya
ReplyDeletetrimas syuk.. insya-Allah ^^
Deletesyu...redha dan bersabar ye..setiap kejadian yg berlaku dlm kehidupan kita itu semua ujian dr ALLAH...syu patut bersyukur ayah dan mak syg dgn syu...walaupun apa yg terjadi pada mereka dlm perjlanan hidup mereka sblm ni anggapkan satu takdir...kita x blh melawan takdir..tp boleh berdoa dan bertawakal supaya ALLAH..memberi kebaikan pada kedua ayah dan mak syu...doa seorg anak itu satu antara yg akan di bawa keduanya bila kembali kepada ALLAH SWT...insya'ALLAH...wasalam..
ReplyDeleteinsya-Allah dini.. syu redha dan akan sentiasa doakan mereka :)
DeleteGreat read thhanks
ReplyDelete