Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday, 2 January 2014

Cerpen Nerdku Romantik



Nerdku Romantik
                       
            Budak nerd itu semakin menjadi perhatian. Gadis-gadis makin menggila. Menjerit, melompat bagaikan terkena histeria.  But still budak lelaki itu cool. Dia bukan macam nerd biasa yang takut kena hurung dengan makhluk-makhluk tak reti diajar a.k.a peminatnya. Pelik bukan budak nerd seperti dia pun ada peminat.

            Well tak ada peliknye.. bila tahu yang si nerd ni.. Anak orang kaya, diri sendiri kaya, and... the best of all.. biarpun nerd.. nerd berisi wehh.. bukan poket je.. muka pun.. haih.. punyelah handsome. Sampai ada perempuan  yang sanggup gigit kuku kaki sendiri semata-mata nak keluar dengan dia. Hu hu hu melampau sungguh perumpamaan tu...

            Tengku Ilham Zaquan. Itulah nama empunye diri. Dengar nama dia pun gadis-gadis boleh meroyan tau... Ilham mendongak cuba menghirup udara yang segar. Segar tak segar mana la.. udara kat bandar ni dah tercemar dek kepesatan pembangunan.

            Dirinya yang sudah tersepit dicelah-celah para gadis itu cuba dikeluarkan. Namun tak jua lepas-lepas. Geram dan runsing Ilham terus menjerit.

            “Woi! Korang ni sedar tak korang tu perempuan! Boleh tak ada nilai kesopanan sikit? Ini tak tergedik 24/7. Aku runsing betul la! Jangan sampai aku ambik tindakan tegas!” lantang suara Ilham menutur kata. Terdiam terus gadis-gadis yang mengelilingi dia. Muka masing-masing tak payah cakap la... punyalah teruja!!

            Gila tak teruja.. Suara Ilham ni lagi mahal dari emas tau.. Susah nak dengar. Ini kira bertuah gila la siapa yang dapat dengar.

            Makin riuh pula jadinya. Ada yang cakap, suara Ilham ni macam buluh perindu la. Ada pula kata diri sendiri dah melayang ke syurga la.. makin lama makin merapu pulak..

            Ilham mengeluh kuat. Melihat ada kesempatan untuknya melarikan diri pantas Ilham menyelinap. Lari punya lari.. Ilham tak perasan didepannya ada sekumpulan orang sedang berborak di situ. Maka berlakulah eksiden yang paling dahsyat dalam tahun ini.

            Ilham terlanggar entah mamat pendek mana tah. Dan yang paling tragis.. bibir mamat tu terlanding kat bibir dia.

            Maka berlakulah teriakkan yang paling dahsyat. Para peminat Ilham dah hampir mati sebab terkejut. Malah Ilham sendiri macam tak percaya.. ‘Tidak...!!! abis aku sial 44 hari.. isk.. isk.. cam ne lah buleh landing baik punye tempat ni..’ rasa nak menangis Ilham ketika ini.

            Badan Ilham yang boleh tahan tough itu ditolak kuat. Bibir dikesat kasar.. Lalu dia berdiri dengan lagak macam nak bunuh orang. Itu dia... Intan Syahlina sudah mai hantu..

            Yup.. si mamat pendek tu ialah seorang perempuan. Ditekankan PEREMPUAN! Ini memang bukan sial dah.. ni dah kira dosa! Okey.. kali ni Syahlina pulak rasa nak nangis.. Mama!!

            “Woi! Lelaki bongok! Berani kau curi first kiss aku yang lagi mahal dari kereta Ferrari ni! Kau tau tak? Kesian bakal laki aku nanti... mulut bini dia ni dah tak suci tau tak??” tengking Syahlina lantang. Wooo~!! Marah betul Syahlina kali ni.

            Kawan-kawannya memang tak boleh buat apa dah semua jadi Tanggang versi batu.. duk keras je kat tepi tu. Memang nak matilah kalau ada yang nak menyelah dalam perbalahan diorang ni.

            “Apasal aku pulak yang bersalah?! Siapa suruh bibir kau ada situ.. kejap... bakal LAKI? La.. kau ni perempuan ke?? Tomboy ek? Hu hu hu tak de la rugi mana aku hari ni..” Ilham tayang muka.. Do I care? dekat Syahlina makin beranginlah minah yang banyak hangin tu..

            “Ewah.. ewah!! Sesedap mee maggi je mulut kau bercakap! Kau ada masalah ke aku perempuan? Kau tak nampak rambut panjang ni? Buta? Apsal pulak kau tak rugi? Memang la kau tak rugi.. aku ni rugi siot!!” okey.. mulut Syahlina ni dah wajib kena tutup. Ayat keluar dari mulut macam butiran peluru sesat.

            “O.. o.. Cool down.. kalau rasa tak buleh nak cool pergi terjun pool free tu.. kalau tak buleh jugak.. aku buleh  belanja minum CoolBlog. Ha ha ha.. itu aku perasan rambut kau memang panjang.. tapi.. hm.. ‘aset’ kau macam tak de je.. hu hu hu sorry to say la ye sis!” Ilham terus blah dari the scene place . Ikutkan firasat dia.. kalau dia tak blah dari situ mau pokok yang orang bandaraya tanam tepi kedai  ni dicabut dan tercacak atas kepalanya.

            “Kurang ajar betul la mamat nerd tu!!!” jerit Syahlina melepaskan geram. Tangannya memeluk tubuh melindung dadanya. Sakit hati melihat teman-temannya sendiri ketawa. Apa seronok sangat ke tengok orang gaduh hah??!

            “What??!!” jerit Syahlina kepada orang yang memerhatikan drama tak berdirektor sedari tadi.

            “Jom blah!!” ajak Syahlina garang. Kawan-kawannya sekadar mengikut. Maklumlah semua sayangkan nyawa masing-masing.


^^^^^



            Ilham tersandar ke kepala katilnya. Gila. Gila. Mana pernah dia buat perangai macam tu tengah-tengah alam macam tadi. Sebabkan mamat jadi-jadian tu dia jadi macam tu.

            Perempuan tu memang luar biasa.

            “Ilham! Ilham turun makan sekarang!”jerit Tengku Nata, bondanya Ilham.

            “Baik bonda!” balas Ilham malas. Dengan langkah yang berat Ilham keluar dari biliknya. Sebelum itu sempat lagi dia menilik pemakaian dia di cermin bilik.

            Dia kelihatan smart dengan kemeja-T berwarna biru-putih. Seluar jeans biru gelap. Kemeja di keluarkan dari seluar. Kaca mata ditanggal, rambut pula dibuat sedikit cacak. Tapi.. tak ke susah nanti nak jalan... yelah cermin mata dah tak pakai.. He he he.. selama ni Ilham pakai spek tak ada power.. dia nak sorokkan wajah dia. Kalau tak mungkin lagi teruk dia kena kejar dengan peminat yang mungkin akan jadi 2 kali ganda dari sekarang.

            “Hm.. menilik cermin lagi.. kau ni kenapa long? Dah buang tabiat ke?” tanya adik bongsu Ilham, Shasha.

            “Saja nak kagumi keindahan tuhan.. Kau tak nak join? Indah betul ciptaan Allah ni..” kata Ilham bangga. Shasha mendengus kuat.

            “Ceh~! Kagummmm sangat-sangattt” Shasha buat muka nak muntah. Ilham menyekeh kepala adiknya itu.

            “Bonda!! Along main kepala adik!!!” jerit Shasha mengadu pada Tengku Nata.

            “Ish budak-budak ni.. tak habis-habis. Sudah mari duduk makan. Suhail dah lama menyantap.. korang je tak habis-habis bergaduhnya..” leter Tengku Nata seorang diri. Ilham sempat lagi main jelir-jelir lidah dengan si Shasha.

            Buat seketika mereka semua asyik menghadap makanan. Tapi ada seorang makhluk Allah ni yang kononnya yang paling indah tu tak makan-makan. Asyik tersenyum aja.. dah macam orang ¾.

            Tengku Nata naik hairan. Selalunya Ilham kalau makan mana reti nak diam.. mesti berkicau punya. Muka anak sulungnya yang asyik tersengih-sengih ditenung dalam-dalam.

            “Bila nak kenalkan bakal menantu bonda tu?”tanya Tengku Nata tiba-tiba.

            “Hah?!” naik blur Ilham mendengar pertanyaan bondanya. Tanya dekat dia ke dekat adik-adiknya?

            “Along tu  bile nak kenalkan calon along tu?” ulang tengku Nata dengan lebih jelas.

            “Along? Mana ada calon lagilah bonda..” sangkal Ilham pantas.

            “Ye ke? Yang duk tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?” tanya Tengku Nata tak percaya.

            “Oh.. along tersengih sebab mengenangkan seorang perempuan ni. Ha ha ha.. rambut dah panjang tiba-tiba.. dada flat bonda..” gelak Ilham sepuas hati.

            “Amboi! Sukanya mengata orang! Tak baik kamu ni Ilham. Tapikan.. tak pernah lagi anak bonda ni cerita pasal perempuan. Teringin bonda nak kenal dengan dia.. Bila Ilham boleh bawa dia jumpa bonda?” tanya Tengku Nata teruja.

            “Hah? Along tak kenal dia pun bonda!!” Ilham memasamkan muka.

            “Tak kira! Ilham kena cari dia!  Kalau tak.. bonda buang Shoo Ilham. Tak pun bonda kasi dekat anak pak engku Saiful.” Ugut tengku Nata.

            “NO! Okey-okey Ilham akan cari dia!”takut betul Ilham bila diugut berkaitan Shoo kucingnya.


           
^^^^^^^^


            Ilham duduk termenung di tempat berlakunya scene hari itu. Dia penat memikirkan bagaimana dia nak cari perempuan flat itu. Matilah dia kalau bonda betul-betul buang Shoo. Dia mana buleh hidup tanpa Shoo.

            “Perempuan ala-ala tomboy keluarlah cepat!!!”jerit Ilham melepaskan tension. Namun malang buat dia apabila Syahlina tiba-tiba muncul di tepinya. Dengan gaya bercekak pingang Syahlina mencuit bahu Ilham.

            “Ada masalah ke bro?”tanya Syahlina ala-ala sopan sikit. Sikit je..

            “Eh.. macam mana kau buleh muncul ni? Alhamdulillah! Jom ikut aku cepat!” Ilham terus menarik laju tangan Syahlina. Syahlina yang tersentak terus menyentap tangannya kembali.

            “Eh, eh, eh, sesedap sesuka sesuki hati kau je nak tarik tangan anak dara orang! Memang la aku buleh muncul kat sini. Port kau lepak ni.. kawasan kaki lima ni.. depan kedai aku! Kenapa pulak aku kena ikut kau mamat nerd cam kau ni?!” Syahlina memasamkan muka. Tangan disilangkan. Gaya macam couple of the year tengah ada perselisihan faham pulak..

            “Oh.. eh! Tak de masa aku nak memahamkan apa yang kau tengah sampaikan.. Kita kena cepat hal ni melibatkan satu nyawa!!” reaksi cemas Ilham membuat Syahlina hanya mengikut Ilham apabila lelaki itu menarik tangannya buat kali kedua.

           

>>>>>>> 



            “Bonda!! Bonda!!”jerit Ilham memanggil bondanya. Syahlina dah kecut perut.

            ‘Takkan pasal hal kecik ni aku kena angkut pergi rumah mamat ni! Gila! Memang anak mak betul mamat nerd ni!!’ Kedua-dua belah tangan sudah meramas-ramas, satu tabiat Syahlina bila tak tenang. Gementar, takut, rasa nak mereng semuanya ada dalam diri Syahlina.

            Tengku Nata muncul dengan muka serius. Ilham hanya tayang muka bodoh. Yang penting Shoo selamat!!! Syahlina dah telan air liur yang bergelen-gelen dalam mulutnya ini.

            Dan dengan tidak semena-menanya, tengku Nata memeluk erat tubuh Syahlina.

            “Wah~! Comel betul la kamu ni.. er.. nama dia apa Ilham?”tanya tengku Nata. Ilham tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. ‘Ilham rupenya nama mamat nerd ni..’ Syahlina tersenyum manis.

            “Syahlina. Intan Syahlina auntie..” beritahu Syahlina.

            “Sedap nama tu.. Syahlina ni orang mana? Asal sini ke?”tanya Tengku Nata bertubi-tubi. Ditarik Syahlina agar duduk di sofa bersamanya.

            “Erk.. tak. Saya orang Ipoh. Datang KL ni sebab nak berniaga. Saya ada kedai kek. Kongsi dengan kawan-kawan..” jawab Syahlina teragak-agak. Dah rasa macam temuduga nak jadi calon menantu je.. ya Allah mintak simpang la..

            “Shoo!!” kucing yang datang singgah duduk di paha Syahlina dirampas kasar. Menjerit kecil kucing itu. Syahlina yang terkejut terus berdiri.

            “Awak ni kenapa?”marah Syahlina.

            “Shoo tak buleh duduk dengan kau! Nanti berjangkit Shoo dengan penyakit gile kau tu..” kutuk Ilham terang-terang. Terbeliak mata Tengku Nata melihat perlakuan kasar anaknya itu. Syahlina cuba menyabarkan diri. Takkan nak belasah anak orang depan mak dia kot..

            “Tengku Ilham Zaquan! Behave! What wrong with you? Bonda tak pernah ajar anak-anak bonda cakap macam tu!” wajah Tengku Nata kelihatan mendung. Terus Ilham rasa bersalah. Nak duduk pun serba tak kena. Kesian tengok situasi yang janggal ini Syahlina pantas cuba mengubah suasana.

            “Tak apalah auntie. Ilham ni memang macam ni. Syahlina tak ambik hati pun.. Auntie cantiknya dapur auntie ni..” Syahlina pantas mengheret Tengku Nata ke dapur. Tak lama kemudian kedengaran gelak ketawa dari dapur.

            “Thanks..” ujar Ilham dari jauh. Syahlina tersenyum jahat. Nampaknya ada orang yang bakal berada dalam kesusahan...

           

^^^^^^


            “Weih.. bile aku boleh balik ni?” tanya Ilham yang kepenatan. Penat la kena buli. Dah sebulan benda tu berlalu tapi Ilham tetap kena buli. Siapa suruh kau jadi jahatkan??!

            “Hurm.. dasar anak manja. Dah la pergi blah. Sebelum peminat kau serbu kedai aku.. baik kau blah..” Syahlina yang sedang asyik menyusun barang untuk jualannya terus menghalau Ilham. Dia dah pernah terkena.. habis kedai dia penuh dengan para peminat Ilham.

            “Yelah.. aku memang nak blah ni. Wei.. tolong la cakap kat kawan kau tu.. aku tak suka dia. Aku runsinglah dia asyik nak menyendeng aku..” Ilham mengintai si skodeng itu. Ilyana sedang asyik memukul telur untuk membuat kek span. Nasib baik Ilyana tengah sibuk kalau tak.. alamatnya, Ilham tumbuh ekorlah!

            “Weih.. aku dah malas nak sibuk hal kau dah! Kau tu yang kena buat apa yang aku suruh. Shoo terhutang nyawa dengan aku dan kau sebagai tuan dia kenalah tolong balaskan.. dah dah pergi balik cepat! Kau ada meeting pukul 11 ni. Tadi Liza contact aku suruh ingatkan kau!.” Syahlina menolak hujung bahu Ilham. Makin dibiarkan makin merapu pulak  budak ni.

            Ilham segera berlalu dari situ. Apabila menyedari beberapa peminat-kipas-susah-mati nya ada di sekitar kedai, Ilham segera memecut meninggalkan perkarangan kedai


            Syahlina yang sedang menyusun roti hanyut dalam lamunan. Teringat dia dengan perbualannya dengan bonda Ilham, Tengku Nata.


            “Syahlina kena tolong auntie!” wajah cemas Tengku Nata membuat Syahlina gementar.

            “Tolong apa, auntie? Nampak macam serius je..”

            “Serius sangat-sangat. Syahlina tolonglah Ilham cari jodoh ye.. Ilham tu hati batu.. kering. Umur dah 31 tapi tak kahwin-kahwin lagi. Bila auntie tanya dia ada girlfriend ke tak.. dia kata tak de. Auntie ingat dia minat yang luar alam.. so auntie tanyalah.. Alhamdulillah, dia normal. Cuma dia kata pintu hati dia tak terbuka lagi. Susah hati auntie ni.. Syahlina tolong ye..” pinta Tengku Nata penuh harapan.

            Dalam keadaan serba-salah Syahlina mengangguk. Masalahnya apa yang dia nak buat?


            “Woi, mengelamun je kerja kau ni!” Ilyana menepuk bahu Syahlina kuat.

            “Sakit siot!!! Apo kono ekau ejang? Tetiba je nak lepuk orang.. Aku cepuk balik kang baru tau!!” Syahlina pantas bangkit.

            “Ala.. relaks la sis.. he he he abang nerd macho dah blah ke?” tanya Ilyana gatai... yuckss!! Abang nerd macho?? Bluerkk!!

            “Dah lama blah.. kau ni kenapa asyik kacau dia hah? Rimas aku bila dia mengadu dekat aku tau tak?!” Syahlina mengambil buku nota panjang. Lalu di catat aliran masuk dan aliran keluar bagi kedainya.

            “Biarlah! Aku suka dekat dia.. kalaulah dia jadi boyfriend aku kan besttt~!!” reaksi gatai Ilyana membuat Syahlina berhenti melakukan perkerjaannya.

            Suka? Boyfriend? Hurm.. Ting!! (lampu menyala)

            “Aku boleh buat dia jadi boyfriend kau! Syaratnya.. kau ikut cakap aku..” Muka Ilyana mula berubah rupa. Dari gatai terus jadi serius. Tangan dan dan mencatit segala ilmu dan nasihat yang diberikan Syahlina ke dalam buku nota 555.



<<<<>>>> 


            Plan bermula ^6^

            “Syahlina, jom la lepak ngan aku and bonda Sabtu petang ni.. Bonda dah rindu sangat dengan kamu..” Ilham terus menempel kaunter. Dah Syahlina ada situ. Situlah dia menempel.

            “Okey.. Kalau aku bawak kawan boleh tak?” tanya Syahlina

            “Buleh je.. Beres sihhh~!!” gurau Ilham.


Sabtu.

            “Assalamualaikum auntie!” tangan dan  pipi Tengku Nata dikucup mesra. Tengku Nata tersenyum suka.

            “Waalaikummusalam. Jemput kawan tu masuk ye..” Tengku Nata beria-ria mengajak mereka ke ruang tamu.

            Tak sampai 10 minit duduk disitu, telefon Syahlina berbunyi.

            “Helo, ye, ye.. okey saya datang sekarang..” Dengan muka serius Syahlina meminta diri.

            “Habis Yana siapa nak hantar?” tanya Ilham. Nampak sangat dia tak suka dengan Ilyana.

            “Kaulah! Aku tak sempat hantar dia sorry sangat-sangat. Minta maaf auntie.. Saya ada hal urgent ni.. Lain kali saya datang lagi..” ujar Syahlina meminta diri. Tengku Nata sekadar mengangguk. Macam mana nak halang bukannya anak dia.. sedih jugaklah.. lama tak jumpa.. tiba-tiba nak balik dah..

            Syahlina sempat mengenyitkan mata kepada Ilyana. Ilyana membalas dengan tanda good. Macam ada yang tak kena je.. desis hati Ilham. Dalam diam dia dapat tangkap apa sebenarnya yang Syahlina cuba buat. Dan... dia akan beri apa yang Syahlina hendak..


>>><<< 



            “Thanks a lot my friend. Kau dah buka mata aku. Ilyana is the one!” kata Ilham kepada Syahlina. Syahlina yang sedang menyedut air limau ais terus tersedak. Biji limau terasa tersangkut di keronkong.

            “Uhuk! Uhuk! Apa? Oh.. no problem.. aku tak kisah.. Asalkan kawan-kawan aku bahagia...” ujar Syahlina ikhlas. Ikhlas ke dia? Kenapa ada rasa sakit dalam hatinya tika ini?

            Muka Syahlina yang tidak tentu arah itu membuat Ilham tersenyum suka.



lllll


            Dah 3 minggu berlalu. Hidup Syahlina terasa sunyi pulak. Ilham sentiasa sibuk dengan Ilyana. Dia rasa macam.. sedikit terpinggir. Kini baru dia sedar apa yang ada di dalam hatinya.

            “Wei.. aku tengok kau ni sekarang lain macam la. Kenapa ni? Kau boring ek? Nak aku kenalkan sorang mamat ni tak?” tanya kawan Syahlina pada suatu hari.

            Syahlina yang sedang melupakan Ilham pantas mengangguk. Dia perlu buat sesuatu! Biarkan Ilham bahagia dengan Ilyana. Itu yang sepantasnya. Lagipun.. Ilham tukan mamat nerd yang hati kering. Ada jugalah beberapa kali Ilyana mengadu yang Ilham ni tak romantik. Macam patung. Tak mesra macam pasangan bercinta yang lain. So.. baik Syahlina cari orang lain yang lagi baik dari si Ilham hati kering.


            Pada pertemuan pertama, Syahlina agak tertambat melihat kesopanan tutur dan tingkah laku Reza. Dia seronok keluar bersama-sama Reza. Tiada kutukan atau amarah yang dihamburkan kepadanya. Tidak seperti Ilham. Sekejap kenapa dia kena ingat dekat Ilham? Dia dan Ilham bukannya ada apa-apa.


            Kali kedua dating,Syahlina dilayan bagaikan puteri. Terasa diri disayangi. Dia dapat rasakan bahawa Reza tulus mencintai dia.


            Kali ketiga dating, Syahlina dikejutkan dengan makan malam yang sangat romantik. Romantik.. tak seperti Ilham. Urghh~! Dia benci dengan dirinya. Kenapa dia perlu ingat Ilham saat dia bersama Reza? Kenapa dia perlu bandingkan mereka? Kenapa? Kenapa... dia terasa rindu... rindu dekat mamat nerd hati kering itu?

            Tidak tahan menanggung rasa. Syahlina meluahkan perasaan di Fbnya. Tidak sampai 15 saat statusnya di paparkan, terdapat satu komen aneh.

            ‘Boleh kite msj?’- T. I. Zaq

            ‘Boleh je..’- Lina_lino

            Perbualan bersambung di kotak mesej.

            ‘Siot! Berani kau dating dengan mamat lain!!! Kau tu aku punye faham?!!’-T. I. Zaq

            ‘Kau siapa nak marah-marah aku hah?!’- Lina_lino

            ‘Takkan kau tak kenal? Dasar perempuan tak de sense!’-T. I. Zaq.

            ‘Urghhh kau siapa bengong!!’-Lina_lino

            ‘T. I. Zaq. =Tengku Ilham Zaquan!!! Siapa yang bengong skang ni??’-T. I. Zaq

            ‘...’-Lina_lino

            ‘Kenapa diam malu? Mengaku jelah kau suka aku..’-T. I. Zaq.

            ‘Mana ada!’- Lina_lino

            ‘Ada!’-T. I. Zaq.

            ‘Tak de.. aku tak suka orang yang tak romantik!!’-Lina_lino

            ‘Romantik?! Fine kauu tunggu kalau kau nak romantik sangat! Tunggu!!’-T. I. Zaq.

            “Aik offline dah? Merajuk ke si Ilham ni? Hurm lantak la malas nak layan..” padahal dalam hati dah dup dap dup dap.. sebab Ilham kata ‘Kau tu aku punye!’ hu hu hu Tidur dalam senyumlah jawabnye Syahlina malam ni.


>><< 


            “What??” terjerit besar Syahlina. Terkejut semua pelanggannya yang sedang terharu.

        “Yes! Will you marry me?!” tanya Ilham sekali lagi. Dengan gaya prince charming lamar princess. Ala... gaya melutut satu lutut tu la. Bunga sejambak. Dan... ada satu macam gift beg di tangan kiri Ilham.

            “Huh?” time-time ni la nak datang blurnye..

            “Haih.. loading betul la bakal bini aku ni. Meh tangan..” tangan Ilham menarik tangan Syahlina.

            “Aku kasi kau gelang sebab aku tau kau tak suka cincin. Aku pakaikan. Kalau kau tak bukak dalam 10 saat maknanya kau terima aku..!” tak sempat Ilham nak sarung. Syahlina dah tolak tangan Ilham. Alamak.. hancuss hati Ilham.

            “Please.. Sayang.. My dear.. please accept me.. I love you. And i know you love me to.. Please kasi abang chance untuk bahagiakan Lina..” ujar Ilham penuh perasaan. Air mata lagi sikit nak menitis. Luluh hati Ilham bila Syahlina menggeleng. Takut sangat kena reject. Padahal dalam hati Syahlina.. ‘ Dia ni ada spilt personaliti ke? Sekejap aku kau, hati kering.. sekejap.. abang sayang.. romantik tak hingat!.. huhuhu what ever.. yang penting.. I love you too.. My nerd. Nerdku romantik gilesss!!’

            “Hey mr Nerd! I will! I accept mangkuk tingkat ni jadi suami I!!! Nerdku Romantik!!!”

            Ilyana dan Reza hanya mampu memandang drama pendek itu. Dua-dua patah hati. Tanpa sengaja hujung jari mereka berlaga. Terasa arus elektrik mengalir. Mata mula bertentang mata lalu menghadirkan rasa yang indah.

            Syahlina dan Ilham tersenyum. Nasib baiklah dua orang tu senang jatuh cinta. Kalau tak payah nak pujuk.. he he he.. Kalau tak.. mereka mesti rasa bersalah gila. Yelah dah kasi orang harapan tup tup hampakan orang pulak.. haih.. yang penting sekarang semua happykan.. hu hu hu..


the end

hohoho 25 page je.. hehehe malas nak buat panjang2 sangat..
siap gak.. selepas 3 kali tulis dan padam he he he

26 comments:

  1. Hallu kak syu~~ ?? Hihihi..best cerpen ni!! Klo smbung lps kahwin msti best kan?? Haha ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. halluuu too my dear tiera.. ha ha ha relaks ek?? buleh baca blog kak syu ni.. huhuhu thanks tiera.. nak sambung lepas kahwin?? hurm.. akan difikirkan.. hehehe klu ada keputusannya kak syu kasi tau

      Delete
    2. A'ah sambung la lagi!best gile kot!!!

      Delete
  2. Assalammualaikum! Awak, kelakar la wak..serius tergelak wak! Good job! Looovvee it! :)

    ReplyDelete
  3. waalaikumusalam, hehehe thanks a lot amy

    ReplyDelete
  4. 25 pages je?wah..ni bukan cerpen dah ni..dah boleh sambung buat novel terus asyu;-) buatlah novel, hehe..tapi make sure siapkan 1 manuskrip dulu ya then baru fokus kat yang cite2 lain, hee..btw, tq so much sudi tinggalkan komen kat blog akak;-) luv u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..thanks akak.. hehehe n kira cerpanla ni.. erk.. novel? huhuhu..
      memang nak siapkan 1 manuskrip tapi.. masa x cukup.. klu cuti skola insya-Allah boleh sambung.. ^_^ and tq too sbb sudi dtg blog asyu yang x semengah ni.. he he he

      Delete
  5. best crite nie... i love it sooo much.... story line dia sgt cute..

    ReplyDelete
  6. Nerdku romantik? Yeah sebijik macam my bff. Nawfal. hehe

    ReplyDelete
  7. Sweetnye.. Buat yg lain plk ya kak

    ReplyDelete
  8. best...sweet cerita ni.. ada mario maurer..

    ReplyDelete
  9. best nyerrrr cte nie ............. :)

    ReplyDelete
  10. fuhhh fuhhh ���� bestlah cerpen2 u ni! serious! keep it up ��

    ReplyDelete
  11. Best lah cerpen nih !!! Kalau ad sambungannya msty lg best .. Buat lah smbungannya ....

    ReplyDelete
  12. cite nie best..mintak izin nak share dkat grup

    ReplyDelete
  13. boleh tu boleh. tapi bagi email kat saya... sbb butang kiri tetikus
    tak boleh guna (tak boleh nak copy) and klu boleh nak tahu group
    apa...

    ReplyDelete
  14. Haiyo..cpat gile jln ceritanya...haha tpi mmg best!! Ohoho..kalo ade time mai lah jnguk2 ceq punya blog noh gurlzisme.blogspot.com. huhu.truskan berkarya sis!!

    ReplyDelete
  15. weirdo . too fast n furious . =,=

    ReplyDelete
  16. Wow best la ..tpi knp cpt sgt jln cerita die..

    ReplyDelete
  17. suka cerita awk simple tapi mantap

    ReplyDelete
  18. entah papepon best

    ReplyDelete
  19. mantap sangat lah cerpen ni gan..
    saya sangat suka bacanya...
    lanjutkan karya nya gan..smangat...!!

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)