Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday 8 November 2012

dia atau dia?? ! 3


BAB 3




“Maafkan Airil ye Ain. Dia tak sengaja. Ain jangan la berhenti kerja tak kesian dekat aunty ke?”ujar Datin Syahira penuh mengharap. Takut Ain berhenti. Gara-gara Airil kini sudah hampir 25 orang pekerja indonesia yang bekerja dirumahnya telah berhenti. Ain mengeluh, memang dia kesian dengan Datin malah dia suka bekerja dengan Datin yang baik,merendah diri tetapi anak Datin itu membuat dia rasa takut. Malah anak datin itu juga yang menyebabkan dia dipecat dari restoran lama tempat dia bekerja dahulu. Airil berdiri di suatu sudut, dia sudah berpakaian lengkap. Merah juga mukanya apabila mula menyedari yang dia tak pakai apa-apa melainkan 'seluar kecil' dia saja.

“Airil...” panggil Datin Syahira sambil menghantar isyarat supaya Airil meminta maaf kepada Ain. Airil mengeleng, padanya dia tak bersalah. Datin Syahira menjeling tajam ke wajah Airil. Airil mengeluh.

“Maafkan saya. Tolong la bekerja di sini. Mama saya memerlukan awak untuk tolong dia jaga rumah ni. Awak jangan risau saya sebenarnya tak tinggal sini. Saya lepak sini sekali sekala saja.”kata Airil.dia berharap sangat Ain tak menolak kalau la Ain tolak mahu Airil kena 'torture' dengan mamanya. Ain gelisah,serba-salah. Dia mula menggigit bibirnya. Airil yang dari tadi asyik mengerling Ain terpaku. Wajah serba-salah Ain sungguh comel. Bibir yang sememangnya merah itu bertambah merah digigit. 'aish...comelnya... rasa nak gigit-gigit je bibir dia tu. Comel sangat... Aik.. aku ni kenapa? Selalunya tak macam ni..' Airil berkata-kata dalam hati.

“Hm.. o..okey la. Tapi saya tak nak tidur sini saya ulang alik dari rumah kakak angkat saya. Boleh?” tanya Ain pula,memang Datin Syahira pernah memberitahunya yang dia perlu tidur dirumah itu. Tapi dia takut Airil ada di rumah karang tak pasal-pasal kena tangkap basah. Datin Syahira tesenyum puas. Dia terangguk-angguk setuju.

Ain mula menjalankan kerja. Dia mula mengemas ruang tamu. Selesai sahaja dia menuju ke arah bilik yang berada ditingkat atas. Pintu pertama di buka. Ain ternganga. Bilik itu besar dan dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang indah-indah belaka. Dia terpaku di sebuah potret wanita.

“Wao.. cantiknya perempuan ni.”kata Ain lebih kepada berbisik. Kedengaran sesorang melangkah masuk.

“Kau siapa? Kenapa masuk bilik ni?” tanya Airil. Airil ke? Badan dia lagi tegap dari Airil.

“Saya Ain orang gaji baru di sini. Kenapa Encik Airil tanya saya? Bukan tadi mama encik dah bagitahu saya siapa ke? Atau encik masih mamai?”tanya Ain sinis. Marah dan terkejutnya masih belum hilang sepenuhnya.

“Siapa Airil? Aku ni abang kembar dia la. Asyraf Misyar. Lain kali jangan sesekali masuk bilik ni. Tak payah susah-susah kemas. Saya sendiri boleh kemaskan. Dan jangan sesekali sentuh lukisan di bilik ni.. Faham..?! Tak nampak ke betapa kemasnya bilik ni? Atau kau masih mamai?” katanya angkuh sempat lagi menyindir tu...
*******************************


“Assalamualaikum... akak..”ujar Ain lemah. Terasa penat yang melampau. Seharian mengemas rumah banglo yang sederhana besar tu memang menguji tahap ketahanan badannya.

“Amacam kerja? Best?”tanya Ila teruja.

“Hm.. boleh la.. Apa la akak ni tanya soalan yang kurang bijak.. Penat la.. apalagi dah namanya rumah banglo. Dari masak sampai la cuci mencuci satu rumah tu Ain yang buat. Patutlah gaji dia tinggi.”kata Ain. Ila yang mendengar tersengih.

“Nasib baik la.. ada cuti.”kata Ain lagi.

“Eh.. ada cuti ke? Hari apa?”sekali lagi Ila dilanda perasaan teruja. Yelah dah la gaji tinggi pastu dapat cuti pulak.

“Hm.. dua hari. Sabtu ngan Ahad. Tapi kalau ada function Ain kena stay tolong apa yang patut.”Ujar Ain sambil melangkah masuk ke bilik.

“Oh ye, Ain jangan lupa cerita macam mana dapat kerja tu?”kata Ila sedikit menjerit.

“Yelah.. bagi la orang mandi dulu ...”balas Ain. Dia mula melangkah ke bilik air. Matanya sudah mula layu, menunggu masa letak kepala sahaja, kalua letak konfem terus lena.




Ain melangkah pantas ke meja makan. Hari ini giliran Ila memasak. Dapat la dia rehat sekejap. Tapi tak sanggup pula dia biarkan Ila buat kerja sorang-sorang. Dia mengambil alih tugas Ila menyiang sayur-sayuran kasihan pula dia lihat Ila terkial-kial mahu menyiapkan makan malam mereka. Siap memasak lauk utama. Ila mengambil tempat disebelah Ain. Dia memulakan tugasnya. Tangannya laju menyiang bawang merah.

“Ain, bila nak cerita macam mana boleh dapat kerja tu?”tanya Ila tiba-tiba. Ain yang tadinya asyik menyiang sayur terkejut. Dia mengurut-ngurut dadanya. Ila ketawa perlahan dia tahu dia yang bersalah.

“Hish, akak ni tak sabar-sabar... ceritanya macam ni.... Hari Sabtu lepaskan Ain keluar nak menjamu mata. Ain terserempak dengan seorang perempuan ni.. dia la majikan Ain sekarang. Nama dia Datin Syahira. Masa tu dia tengah berdiri kat tepi jalan tunggu kereta kot. Tiba-tiba ada 2 orang mamat jahanam ni pergi ragut beg dia. Kebetulan Ain ada situ. Ain tolong dia tarik beg dia. Peragut tu keluarkan pisau nak tikam kitaorang. Apalagi Ain dengan mak datin tu lepaskan beg tu. Tapi mak datin tu pergi sepak kaki seorang peragut tu. Peragut tu marah , dia pergi tolak mak datin tu ke tengah jalan. Masa tu ada kereta. Ain cepat-cepat la tarik dia. Tapi Ain tak sempat nak lari. Nasib baik la kereta tu sempat berhenti kalau tak dah arwah dah adik kakak ni.. mak datin tu ajak pergi minum. Dia ucap terima kasih pastu dia tanya Ain tengah buat apa. Ain katalah yang Ain tengah cari kerja. Dia terus bagi Ain kerja dekat rumah dia. Dia suruh Ain start hari ni... peragut tu pun kena tangkap orang ramai yang tolong.”Ain melepaskan lelah,nafas ditarik panjang-panjang, penat menceritakan kejadian itu. Panjang tu bukannya pendek. Tangannya pantas mengambil segelas air oren yang sememangnya tersedia di atas meja. Ila dah ternganga mendengar cerita Ain itu.

“Nasib baik la adik akak ni tak apa-apa. Kenapa Ain ni berani sangat? Lain kali tak payah nak tolong lawan ke apa ke... tolong panggil orang ramai tolong tak apa la..” kata Ila kepada Ain sambil terkerut-kerut dahinya. ' makin tua la akak aku ni.. kalau macam ni la hari-hari..hehehe cepat tua tak apa jangan andalusia sudah kak...' Ain tergelak kecil dengan kata-kata hatiinya sendiri. Ila makin berkerut.

“Hish,Ain ni akak kata yang betul ni...! Malas nak layan Ain baik akak masak lagi bagus..” ujar Ila sambil berlalu pergi,merajuk la tu.

“Okey,okey Ain ingat. Ala kak jangan la merajuk. Meh Ain tolong Akak masak...” Ain berkata sambil mengikuti langkah Ila. Dia tersengih-sengih melihat gelagat kakak angkatnya.


*********************************



Airil sibuk membeli-belah untuk ke parti hari jadinya dan Asyraf pada hari Isnin ini. Bermakna tinggal lagi dua hari lagi. Dari tadi Amy asyik bergesel di tepinya bagai kucing parsi yang teramat manja. Airil tahu Amy bukan mahu sangat menemaninya membeli-belah tetapi mahukan dia menjadi 'bank' bergerak. Airil mula rimas dengan kelakuan Amy, entah mengapa sejak Ain Maisarah kerja dirumahnya dua bulan lalu dia mula merasa hubungan dia dan Amy semakin renggang. Dia jadi meluat dengan lenggok manja kekasihnya itu.

“B, nanti you teman I pulak tau. I nak beli baju jugak la untuk pergi majlis you tu...”kata Amy sambil memaut erat tangan Airil. Airil mengeluh. Dia tahu nanti duit untuk bayar pakaian Amy bukannya duit Amy tetapi duitnya, nama sahaja peneman tetapi dia yang membayar.

“Buat apa beli lagi. Bukan ke hari tu kita baru je beli baju untuk you..?”tanya Airil walaupun dia tahu apa jawapan Amy tetapi dia tetap bertanya juga. Amy mula menarik muka.

“Ala you tahukan baju tu dah tak uptodate la sayang... Ala boleh la sayang... boleh la ya... Please..”Amy mula merayu pula. Dia tahu kalau dibiarkan mahu Airil tinggalkan dia disini. Sejak akhir-akhir ini dia sedar Airil mula berubah sikap. Airil mula cair. Dia tersenyum paksa. Nak buat macam mana kata teman istimewa kena la turutkan juga walaupun tak rela. Airil mengangguk. Amy tersenyum senang,pantas tangan Airil ditarik ke butik kesukaannya. Takut Airil berubah fikiran pula...

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)