Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday 12 November 2012

novel pendek.. first love sight part 1



First love sight...
you may not beautifull in others human sight..
but you're the most beautifull girl that already stole my heart..


“Hoi, Lucky! Apsal ko termenung je ni? Selalunya terjerit-jerit kalau kita orang tak layan..”BJ bertanya, memang keadaan itu pelik. Bukan setakat BJ je rasa begitu Nast pun turut rasa benda yang sama. Selalunya Lucky macam kanak-kanak rebena.. asyik terlompat-lompat ceria.

“Aku rasa.... aku dah putus cinta la wei...”Lucky berkata sayu. BJ memandang Nast, Nast memandang BJ, lalu tercetus la ketawa tahap-tahap mengalah setan-setan yang ada kat bumi ni...

“Woi, mangkuk! Aku tengah sedih boleh pulak korang bantai gelak...” Lucky mula munjung dah macam itik pulak BJ dengan Nast tengok.

“Kesian tu memang ada... tapi ko tu kalau setahun 360 hari, 360 kali jugak la ko jatuh cinta... hahaha.. memang lawak tahap cipankan Nast?”makin bertambah kuat gelak BJ dengan Nast. Lucky mula bangun mahu beredar dari port mereka lepak... merajuk la tu....hehehe

“Hak alah, baru gelak sikit ko dah merajuk... memang berjiwa lembut la kawan aku ni. Muka je ganas dalam hati ada taman... Woi, BJ dah-dah la tu gelak cian kat big baby kita ni...” Nast menarik tangan Lucky takut nanti makin melarat rajuk si Lucky ni... Muka BJ sudah kemerah-merahan akibat ketawa dan menahan ketawa.

“Banyak la korang sikit... Muka dah macam cili merah aku tengok ketawakan aku...”bebel Lucky.

“Hish... dah-dah la ketawa tu BJ.. Hah cuba cerita perempuan mana yang mencuri hati ko ni..?”tanya Nast sambil menepuk-nepuk belakang Lucky. Dia tahu Lucky marahkan BJ yang dari tadi gelak tak henti-henti. Lucky menarik nafas... mukanya kembali sayu...

“Pagi tadi aku terserempak dengan budak form 5, budak junior kita... budak baru kot. Aku tak pernah tengok... korang tahu aku terkena love first sight.. lepas tu diluar kesedaran aku.. Aku pergi kat depan budak perempuan tu dan secara spotan aku melutut.. Tak cukup dengan tu aku terus ucapankan kata-kata romantis tak hingat dunia la... Tapi aku bukan sedih pasal tu... tapi apa yang cinta hati aku cakap...”tak sempat Lucky cerita habis BJ memotong...

“Dia cakap apa?” tanya BJ tak sabar...

“Hish ko ni sabar la aku tak habis cerita lagi ni... Dia kata 'No you're not my taste... pervent!!!!!!' hah tu la dia cakap siap jerit sampai satu blok tu boleh dengar...” muka Lucky berubah sedih... air matanya dah sipi-sipi nak keluar.

“Melampau...! kau kata apa dekat dia sampai dia cakap ko pervent?” tanya BJ memang dia marah dengan budak perempuan itu. Dia tahu Lucky walaupun playboy tapi tak la sampai pervent..

“Aku kata, darling you look so beatifull that I cannot translate into words.. I thinks I fall in love with you.. will you be my girlfriends... nope be my lovers and I want make baby... tak sempat aku nak betulkan ayat dengan habis cakap dia terus jerit and tampar muka aku...” Lucky mengeluh.

“Hahahhaa memang patut pun dia tampar muka kamu.... sebenarnya kamu nak kata apa kat dia?”tanya BJ yang masih ketawa terbongkok-bongkok. Nast sudah terikut-ikut gaya gelak BJ.

“Aku nak kata I want make you as my baby... bukan benda yang merapu key... jangan nak pikir lain pulak otak kuning punya kawan...” kini Lucky turut mengikut gelak ketawa kawan-kawannya.
********************************************************************

Keesokan harinya di sekolah, lupa lak nak gitau BJ,Nast ngan Lucky budak form 6 kat smk STARQ. Ketika waktu rehat, Nast yang sedang asyik merebut membeli makanan di cafe' terkejut apabila pinggangnya disiku Lucky. Nast yang pantang diusik itu melatah. Nasib baik perlahan klu tak mampos Lucky dia belasah.

“Apa?!!”tanya Nast garang. Mukanya sudah kemerah-merahan menahan malu apabila ada pelajar junior mereka memandang Nast sambil ketawa mungkin lucu dengan apa yang mereka lihat muka hensem macam Si Won ahli kumpulan Super Junior tapi melatah...hm..rosak pakej.

“Hihihi sorry, aku nak tunjuk budak yang kasi aku sedih tahap melampau tu... ko nampak tak meja hujung tu yang penuh dengan budak-budak perempuan..” Nast mengeleng bukan sebiji dua meja dihujung tu. “Ala yang empat orang perempuan, yang muka macam orang korea tu..”kata Lucky sambil memanjangkan muncungnya.

“Hah nampak, tapi yang mana satu.?”tanya Nast apabila masih tak dapat menangkap mana satu perempuan yang dimaksudkan Lucky.

“Ala yang muka macam penyanyi IU tu....”kata Lucky sekali dengan mimik muka sekali. Nast menahan ketawa, matanya mencari-cari kelibat perempuan tu, tetapi ada sesuatu yang mencuri perhatiannya. Seorang perempuan yang memetik gitar dimeja yang sama yang diduduki budak berwajah mirip IU itu.

Nast melangkah diluar kesedarannya. Bagai ada suatu kuasa magnet yang mendorongnya melangkah. Dia berhenti dimeja gadis-gadis itu. Tiba-tiba, dia melutut dan mencium tangan perempuan yang tadinya bermain gitar tetapi berhenti main kerana terkejutkan kedatangan Nast. Perempuan itu kaku. Perempuan yang berwajah IU itu berdiri menjeling tajam ke arah Nast. Lucky sudah mengelabah takut dengan tindakan spontan Nast. Perempuan berwajah IU itu mengambil gelas berisi sirap ais itu lalu menuang seluruh sirap ke atas kepala Nast. Perempuan yang lagi dua orang yang ada di meja itu kelihatan terkejut dengan tindakan Nast serta tindakan kawan mereka. Bagi mengelakkan pergaduhan dua orang budak perempuan itu menarik tangan perempuan berwajah IU serta perempuan yang mencuri hatinya. Dari jauh kedengaran perempuan berwajah IU itu menjerit memaki-maki dia.

“Pervent!!!! suka hati cium tangan kakak aku. Sekolah ni penuh dengan pervent la!!!” jeritan budak berwajah IU masih boleh kedengaran. BJ melangkah tergesa-gesa ke arah Nast dan Lucky. Tadi dia ada terdengar orang menjerit-jerit semasa baru keluar toilet. Tapi dia tak dapat melihat kerana laluannya sudah diblok budak-budak junior yang berkumpul melihat kekecohan itu. BJ memandang tak percaya dengan keadaan Nast yang lencun dengan air sirap itu. Baju pink uniform khas tingkatan 6 itu sudah menjadi merah pekat.

“Woi, apa sebenarnya jadi dekat Nast tu Lucky?”tanya BJ. Lucky yang masih terkebil itu memandang Nast yang masih berdiri kaku di tempat yang sama. Tiba-tiba Lucky ketawa mengekeh. Dia baru sedar yang Nast turut melalui keadaan yang sama sepertinya sewaktu pertama kali melihat Hanna,budak perempuan yang mempunyai wajah mirip IU.

“Hah! Kenapa tiba-tiba ni...? dah mereng ke kawan-kawan aku ni atau aku yang mereng ni?”soalan akhir itu dituju kepada diri sendiri. BJ dah tak tahu yang mana realiti atau mimpi.

“Hahaha, memang kita orang mereng... mereng kerana cinta pandang pertama. Kamu belum jumpa mereka so ko tak de la mereng cam kita orang ni..”ketawa Lucky sambil berlalu pergi memandangkan loceng menandakan waktu rehat sudah habis. Nast hanya mengikut langkah kawan-kawan sambil membisu. Dia bagai tidak percaya yang di boleh bertindak begitu. Nast bukan seorang yang mudah jatuh cinta, malah dia tidak pernah rasa begini.. Huh kalau la peminat Nast tahu yang Nast tak pernah ada girlfriend mesti diorang gelak. Yelah muka hensem melampau tapi tak pernah bercinta.

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)