SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Saturday, 24 November 2012

dia atau dia 7


BAB 7


Ain pantas menyelinap ke tempat duduk belakang. Dia duduk bersama Datin Syahira dibelakang. Tidak sanggup rasanya dia duduk dihadapan bersama-sama dengan salah seorang anak Datin itu. Sudahlah dari tadi mata mereka tidak lepas-lepas memandangnya. Cantik sangat ke dia hari ni?

Dia sekadar memakai baju kemeja pink berjalur biru lembut lengan panjang, seluar slek biru lembut dan tudung berwarna putih bersulam benang pink. 'Ringkas sahaja rasanya... ke bedak aku bertompok?' Ain pantas meraba-raba wajahnya. Kekalutan Ain itu mengundang ketawa Asyraf yang dari tadi mengintai Ain dari cermin belakangnya. Airil memandang Asyraf curiga... sakit hati sebenarnya..

“Hah kenapa kamu ketawa ni Asyraf?”tanya Datin Syahira pelik dengan perangai anaknya itu. Asyraf pantas mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia kini mula menumpukan perhatiannya ke atas pemanduannya. Malu pula dia rasa. Kalau la mamanya tahu dia asyik mengusyar Ain mahu kena perli 24 jam.

Hampir setengah jam perjalanan mereka, barulah mereka tiba di Timesquare Mall itu. Ain walaupun duduk di KL tetapi dia tidak pernah ke shopping kompleks yang besar-besar ini. Yelah makin besar tempat shopping tu lagi la kena tebal duit dalam dompetnya tu. Ain ni dah la cepat rambang mata karang laju sahaja tangannya mencapai barang yang berkenan dihati. Masuk-masuk sahaja ke tempat membeli-belah itu, Datin Syahira pantas menarik tangan kedua-dua anaknya ke tempat menjual telefon bimbit dah gajet-gajet yang lain.

“Hah, Asyraf, Airil kalau nak beli handphone ke apa-apa jelah ambik je nanti mama bayarkan. Mama nak jumpa kawan mama sekejap nanti kita jumpa dekat sini ye. Ain tak payah la temankan saya, kamu temankan sahaja mereka ni ye...”kata-kata Datin Syahira mengundang senyuman diwajah Airil. Sememangnya Airil sudah berjanji mahu membelikan iPhone 4s untuk kekasih hatinya, Amy tetapi budgetnya telah overload.
Asyraf sekadar mengangguk. Manakala Ain sudah rambang mata melihat gajet-gajet yang ada.Sudah la dia ni hantu gajet. Matanya sedari masuk kedai itu seakan-akan terpaku di gajet terbaru Samsung, Galaxy Note 2. Asyraf yang dari tadi mengekori langkah Ain turut terpaku ditempat yang sama. Dia memanggil Ain tetapi ain seakan hanyut dengan Galaxy Note itu. Mesti tengah berangan guna gajet tu. Asyraf yang mula bengang kerana tidak dilayan Ain pantas menyucuk pinggang Ain.

“Oit mak gajah gajet lawa..”terpacul kata-kata yang entah apa-apa dari mulut Ain. Asyraf pantas ketawa, orang sekeliling turut ketawa geli hati mendengar latah Ain itu. Ain pantas meminta maaf. Dia pantas menarik Asyraf menjauh dari orang ramai.

“Ouch...Ouch jangan la cubit minah blur oit.... Sakit la.”kata Asyraf sambil mengosok-gosok lenganya yang mula memerah akibat dicubit Ain. Mata Ain sudah membulat melihat kulit Asyraf sudah bertukar warna. 'Amboi, baru cubit sikit dah merah kalau aku gigit ni lagi merah macam darah. Ish.. aku merapu apa ni.. Alamak kantoi la kalau Datin nampak tanda merah ni..' Ain pantas menggosok-gosok tangan Asyraf mahu menghilangkan tanda merah itu sebelum Datin Syahira sampai. Namun sentuhan Ain itu mengundang rasa aneh yang bahagia dihati Asyraf. Wajah Ain yang panik itu, direnung sepuas-puasnya oleh Asyraf. Tangan Ain tiba-tiba dipegang erat oleh Asyraf, keadaan itu membuat Ain terkaku. Memang dia tidak sedar tangannya mengusap-ngusap tangan Asyraf dia cuma panik. Kini dia bertambah panik apabila Asyraf memegang tangannya erat. Dia terkaku memandang Asyraf yang pada pandangannya hari ni sangat la kacak.

“ehem,ehem...”Tiba-tiba Airil berdehem. Dia dari tadi memerhatikan sketsa pendek itu pantas menyelah takut pula dia lihat Asyraf dan Ain. Yelah, muka mereka sangat-sangat rapat boleh berlaga hidung! Ain pantas menarik tangannya. 'Ei.. Ain dia tu bukannya muhrim kenapa kamu pergi usap-usap tangan dia...' Ain sudah memerah mukanya.

“A...”belum sempat Airil mahu berkata-kata, terdengar dek mereka bertiga satu suara, bukan tiga suara ya,tapi satu suara yang lembut bukan main sampai naik bulu roma mendengarnya. Ish macam mahluk halus pulak.

“Sayang.... Apa you buat dekat sini?”tanya Amy manja. Bukan setakat suara sahaja manja tetapi tangannya turut bergerak manja. Lengan sasa Airil sudah dipeluk kejap oleh Amy. Airil hanya tersenyum senang dengan perbuatan Amy. Ain sudah buat gaya mahu termuntah. Asyraf hanya tersenyum kelat, terasa bagaikan Ain cemburu dengan situasi itu. Padahal Ain hanya geli geleman dengan perempuan tak tahu malu itu.. sakit mata memandang lagi sakit lah hati family sendiri kalau tengok drama swasta itu..' tapi Asyraf macam biasa-biasa je.. tak marah ke mamat suku tiga ni?'

Asyraf pantas menarik tangan Ain untuk menjauh dari Airil dan Amy yang asyik bermadu asmara di khalayak ramai. Ain hanya menurut tanpa berkata apa pun. Sebenarnya dia terkesima dengan sentuhan Asyraf. Untuk menghilangkan gugupnya, Ain pantas bersuara.

“Hm.. encik Asyraf jom pergi kedai buku nak tak?”tanya Ain. Sebenarnya dia dah gian nak tengok novel baru. Terbayang-bayang tiga buah novel yang menjadi idaman hatinya, andai itu takdirku, teman serumah atau cinta? dan suamiku musuhku. Memang sudah lama dia mengidamkan buku-buku itu. Aik.. dah macam ibu mengandung pulak Ain ni...

Anggukkan Asyraf mengembirakan Ain. Dia pantas melangkah laju ke kedai buku popular yang berhampiran mereka. Asyraf yang ketinggalan di belakang hanya tersenyum.'Haih.. kalau dah perempuan tu mesti tak lari dari kedai bukukan?' bisik hati Asyraf tiba-tiba dia teringatkan 'dia'. Kelakuan Ain sebijik macam 'dia'. Ini yang membuatkan Asyraf ragu-ragu dengan perasaannya. Sebenarnya dia rasa dia sudah jatuh cinta kepada Ain. Tapi dia tak tahu sama ada cinta ini memang hadir kerana Ain atau kerana dia rindu 'dia'. Dia tak mahu mempermainkan perasaan Ain, cukuplah hanya perasaannya dipermainkan.

Setelah Ain cari bersungguh-sungguh barulah dia menjumpai ketiga-tiga buah novel itu. Tetapi apabila novel-novel itu berada ditangannya baru dia sedar, yang duitnya sendiri tidak mencukupi untuk adiknya apatah lagi mahu membeli novel. Dengan wajah sungul dia melangkah keluar dari kedai buku itu. Ain mahu menemani Datin Syahira untuk mengubati hatinya. Asyraf yang sedari tadi memerhatikan Ain merasa pelik. 'Aik takkan setakat tiga buah buku pun tak mampu nak beli? RM 1500 sebulan mama aku bagi pun tak cukup jugak ke?'Dalam pelik-pelik itu Asyraf tetap mencapai ketiga-tiga novel tadi. Kesian pula tengok wajah sungul Ain. Asyraf meminta pembantu kedai itu membalutkan buku-buku itu. Dia nak mengembirakan hati Ain.

Asyraf melangkah ke arah mamanya dan Ain sambil menyanyi kecil. Bungkusan itu sudah di sorok dalam beg-beg shopping mamanya. Dia yakin tiada orang yang nampak perbuatanya itu. Airil sudah lama menghilang Ain sudah memberi alasan yang pada perkiraannya paling logik kepada Datin Syahira. Namun, Datin Syahira tetap juga merugut-rungut,yelah pergi bersama mestilah balik pun kena sama-sama. Akhirnya tamat juga aktiviti mereka disitu. Dalam perjalanan pulang Datin Syahira tertidur manakala Ain termenung dengan muka cemberutnya. Asyraf sekadar mengeleng perlahan kepalanya, melihat dua wanita yang kini bertahta dihatinya.

3 comments:

  1. Best! Cepat-cepat sambung ye cik penulis. Hati dah tak sabar dah nie. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey.. tapi mohon sabar dulu ye... tgh menaip novel pengubat hatiku... :)

      Delete
    2. btw thanks sebb menyokong blog ni...

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)