Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 28 July 2013

Dalam Kebencian Ada Kasih untukmu, Suamiku. ~1~

ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM




BAB 1

Buat sekian kalinya, air mata Nur Afifah gugur. Dia memandang sayu cincin emas bertatahkan batu berlian dijarinya. Mulutnya kata reda tapi... hatinya tidak. Besar benar bayaran yang dia harus bayar untuk pengorbanan abangnya, satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Memang benar semua hutang-hutang itu dipinjam oleh abangnya kerana dirinya! Hanya semata-mata mahu menghantar dia ke universiti, cita-citanya yang satu. Malah dia telah berjaya menamatkan pelajarannya dengan jaya, sijil ijazah kelas pertama ada dalam gengamannya. Namun, bukan perkara ini yang dia inginkan selepas tamat pengajian. Apa gunanya sijil ini jika dia tercampak di sini. Terperangkap dalam hubungan yang tidak pasti ini.
           
            Dalam Afifah berperang dengan perasaannya sendiri, pintu bilik terkuak dari luar. Bunyi dentuman ketika menutup pintu, mengejutkan dirinya. Afifah segera bangun. Takut mahu menghadap lelaki yang menjadi punca, mengapa abangnya meminta dia melakukan pengorbanan ini. Kedengaran ketawa sinis, namun kedengaran amat mengerunkan Afifah. ‘Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini..’ hanya itu yang terdetik dihatinya.

            “Ke mana kau nak lari? Kau dah jadi milik aku Nur Afifah!” kata-kata itu membuat Afifah semakin takut.  Dia cuba menjauhkan diri dari lelaki itu.

“Apa yang kau nak dari aku, hah?! Harris Lee, aku minta sangat-sangat tolonglah jangan ganggu aku.. please..!” Rayu Afifah dengan linangan air mata. Harris Lee, satu nama yang gah dipersada dunia perniagaan, namun tiada sesiapa yang tahu, lelaki kacukan melayu, cina, arab ini mempunyai satu perniagaan haram, memberi pinjaman tanpa lesen. Ramai yang sudah menjadi mangsa dan kini Nur Afifah dan Faizul abangnya menjadi mangsanya.

Harris mula hanyut dalam nafsunya. Kain batik Afifah terselak mendedahkan peha putih gebu miliknya.

“Huh, tak guna kau merayu. Kau sudah menjadi milik aku! Setiap inci tubuh kau akan aku nikmati malam ini!” ujar Harris penuh ghairah tanpa menggunakan akal. Afifah sudah mengigil ketakutan. Wajah kacak itu menjadi hodoh dan menakutkan dipandangan mata Afifah. Afifah pantas melarikan diri, tombol pintu menjadi sasarannya. Namun tangan sasa itu lebih pantas, merangkul tubuh sederhana besar Afifah. Harris segera mencempung Afifah lalu dilemparnya ke atas katil. Terjerit kecil Afifah menahan hentakkan itu.

Selimut tebal dihujung katil pantas dicapai Afifah menutupi tubuhnya sedikit terdedah akibat lemparan kasar Harris tadi. Makin besar ketawa Harris melihat kekalutan diri Afifah disaat itu. Membuat dia lebih tertarik dengan gadis itu.

“Shuttt.. diam sayang...  abang cintakan sayang..” penuh romatis kata-kata itu ditutur. Menyentakkan hati Afifah. Membuatnya terpaku. Benarkah lelaki jahat itu yang menutur kata-kata cinta? Cinta atau nafsu semata-mata? Harris mendekatinya, lalu dibenamkan kepalanya ke leher Afifah yang tadinya dilindungi tudung yang entah ke mana dicampak Harris pabila direntap Harris. Tidak, tidak, lelaki itu hanya mahukan tubuhnya. Ya dia harus sedar!

“Apa ni?! Lepaskan aku! Tolonglah, Harris.. aku merayu.. aku mohon lepaskan aku..!” rayu Afifah tidak sudah. Semakin lama semakin berani Harris dengan tingkahnya. Afifah menolak Harris sedaya upaya. Akhirnya dia terlepas. Dia melarikan diri ke pintu utama. Dicapai kunci yang tergantung di dinding. Namun lelaki itu lebih pantas. Digenggam kedua-dua belah tangan Afifah. Meronta-ronta Afifah cuba melepaskan diri. Kata-kata rayuan Afifah langsung tidak dihiraukan Harris. Telinganya menjadi pekak dek hasutan nafsu. Air mata yang mengalir deras dipipi mulus Afifah bagaikan tiada maknanya kepada dia.

PANG! Satu tamparan singgah di kulit mulus Afifah. Harris turut tergamam dengan tingkah spontannya. Namun nafsu kembali membutakan hatinya. Berdesing kepala Afifah akibat tamparan itu. Pandangan mata mula gelap. Tubuhnya melorot ke lantai. Harris mencempung Afifah ke dalam biliknya. Walau apa pun yang terjadi, tubuh Afifah miliknya, selamanya milik dia!

“Maafkan abang.”bisik Harris. Dia seakan tersedar dari amukan nafsu. Namun Afifah sudah terkulai dalam pelukannya. Dahi isterinya dikucup penuh kasih.

“Maafkan abang.”


Afifah bagai terjaga dari mimpi yang panjang dan lena. Kepalanya terasa berat, tubuhnya juga. Panas. Demam terkejut mungkin. Kedengaran helaan nafas disebelahnya, perlahan Afifah menutup mata dan menoleh ke arah helaan nafas itu. Dalam hati tidak sudah-sudah dia berdoa agar apa yang bakal dia lihat bukanlah seperti yang dibayangkan. Biarlah peristiwa semalam hanya mimpi yang ngeri bukan realiti.

Matanya dicelikkan. Terus dia menahan nafas. Seakan-akan terlupa bagaimana untuk bernafas. Terasa sesak dadanya. Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk erat. Bagaikan dikejut dengan kejutan elektrik. Afifah mula bernafas seperti biasa. Hangat sekali pelukan itu, membuat dia hanyut seketika. Ditoleh mencari jam dinding. Ingin mengetahui waktu sekarang. Hampir pukul enam. Bermaksud azan subuh sudah lama berkumandang. Dia cuba mengalih tangan Harris.

“Hurm..” sekali lagi nafas Afifah seakan-akan tersekat. Harris mengeliat dan seolah-olah terjaga. Afifah terus menutup mata takut suaminya itu terjaga. Terasa tangan lelaki itu bermain-main di wajahnya. Dari dahi beralih ke mata, hidung dan seterusnya bibir.

“Hey.. Bangunlah.. hey!” Harris terkejut apabila dada Afifah tidak berombak. ‘Takkan aku usik sikit, dah mati?’ dahi Harris berkerut. Apabila melihat si isteri mencuri pandang. Barulah dia tahu, Afifah takut sehingga menahan nafas. Dibiarkan selama 2, 3 minit, Afifah tetap tidak mahu mengalah. Wajah putih itu mula membiru. Geram pula Harris dengan kedegilan isterinya.  Lalu dikucupnya bibir wanita itu. Barulah Afifah bernafas, mungkin tersentak dengan tindakan berani Harris.

“Kot ye pun takut, tak payah nak tahan nafas. Saya tak nak ada yang mati pula nanti.” Tiada lagi aku, kau, membuat Afifah terkelu. Mulanya dia mahu membentak dan memukul lelaki itu, namun mendengar kata sindiran membuat Afifah terkelu lebih-lebih lagi apabila Harris menggunakan saya.

“Hah, tak reti-reti nak mandi?” sergah Harris yang sudah melangkah ke bilik air.

“Atau.. kau nak aku mandikan ke?” kata Harris sedikit miang. Afifah pantas bangkit. Selimut terlurut, mendedahkan tubuhnya yang sedikit terdedah dan agak seksi. Afifah terkejut, hinggakan tidak mampu berbuat apa-apa.

Perlahan-lahan Harris menghampiri Afifah dan membaluti tubuh isterinya dengan tuala yang berada ditangan. Lalu dibisikkan sesuatu ke telinga isterinya.

“Awak jangan nak buat tayangan free. Karang tahulah nasib awak!” Afifah menelan air liur. Nak meraung, mengamuk rasa tidak wajar pula. Harris suaminya, orang yang mempunyai hak ke atas dirinya. Melihat Harris masuk ke dalam bilik air. Membuat Afifah terduduk lega.

Melihat tombol pintu bilik air itu dipulas, segera Afifah melarikan diri ke dalam bilik pakaian Harris. Nasib baik besar. Dia menyorok di sebalik baju-baju kerja Harris, dia yakin Harris tidak akan pergi kerja hari ini. Kerana esok mama Harris, Puan Sakinah akan mengada jamuan perkahwinan mereka. Afifah mengeluh kecil. Satu hal juga tu, nak tayang muka di depan orang ramai. Haih.. tapikan... Pelik juga Afifah, tidak tahukah Puan Sakinah perihal anaknya?

Lantaklah yang penting dia bersiap segera karang lain pula yang jadi. Bukan boleh percaya dengan lelaki itu. Alamak... Afifah menggaru kepala yang tidak gatal. Baju...




5 comments:

  1. Replies
    1. thanks cahaya... ada dah link bab2 seterusnya... silalah baca :)

      Delete
    2. Nak link seterusnya please. Hehe

      Delete
    3. http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/2013/07/suami-yang-ku-benci_28.html bab 2

      Delete
  2. ada buku tak cerita ni?

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)