SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Sunday, 28 July 2013

IBU... AMPUNKAN DAKU!!

BAB 2

“Assalamualaikum..”Ujar Mariana gugup. Tadi semasa dia menyimpan beg tiada rakan sebilik yang sudah sampai. Sekarang ni dah beratur selipar depan bilik. Kedengaran dua, tiga suara menyahut salamnya.

Perlahan-lahan pintu bilik dibuka, Mariana menghulur kepalanya dahulu, mahu intai siapa yang ada.. Macam la dia kenal orang-orang dalam bilik tu.. Tiba-tiba.. KELETUK! Woo~ sakit kepala kena ketuk free-free... Ingat abang si Mariana ni tak bayar zakat fitrah dia ke???

“Adoi!!!'hampir menangis Mariana di muka pintu bilik barunya. Wajah yang mengetuk kepala tanpa sengaja sudah pucat melihat kepala yang diketuk tanpa sengaja itu.. erk.. berbelit la plak.. haha

“So..sorry!!!”jerit perempuan itu. Mariana memandang pelik. Mana tak pelik, perempuan yang mengetuk kepala dia pulak yang menangis beria-ria. Mariana masuk ke dalam bilik itu. Dia mengusap perlahan belakang gadis yang sedang teresak-esak.

“Kenapa ni Lily?”tanya seorang gadis yang menerpa ke arah mereka berdua.

“Li..Lily ketuk kepala dia la Kak Ana... huawaaa!!!”tangis perempuan yang digelar Lily sambil menuding ke arah Mariana. Perempuan yang dipanggil kak Ana oleh Lily itu pantas ketawa.

“Dah-dah, tak payah nak gelak sangat. Nama saya Karina tapi awak boleh panggil Kari, yang duk gelak tak hinggat dunia tu.. nama dia Ana Rosali bukan Ana Rafali tau.. kita panggil kak Ana sebab dia tua dua tahun tapi lambat masuk uni. Yang duk menangis macam bini mati laki tu nama dia Lily Soraya. Awak nama apa? Okey ke kepala tu?”berderet-deret perkataan keluar dari mulut si Kari. Sampai tergelak kecil Mariana dibuatnya.

“Nama saya Mariana. Awak semua boleh panggil Mar. Kepala ni okey je.. tak ada apa-apa..”kata Mariana sambil menghulurkan salam perkenalan. Salam disambut secara bergilir. Sampai turn Lily, Mariana tarik sengih kelat mana taknya, Lily lap hingus guna tangan jew.. ewww.. Nak tak nak sambut je la salam dia.

“Oh ya, saya ambil katil atas ya..”ujar Kari. Mariana mengangguk. Dia juga tidak sanggup tidur di belah atas dengan badan sebegini. Karang ada yang penyek.

Mereka bergaul dengan mesra. Walaupun berasal dari negeri yang berlainan, Kari, Kak Ana dan Lily tidak segan dan sombong dengan Mariana. Mariana senang dengan rakan-rakan barunya. Tidak pula mereka menyindir bentuk badan dan kulitnya. Abang Ar ni saja buat Mariana takut. Tidak sampai dua jam mereka berborak kedengaran pengumuman dari speaker Universiti.

'SEMUA PELAJAR TAHUN SATU DIMINTA BERKUMPUL DI DEWAN UTAMA UNTUK SESI ORENTASI. DI ULANG SEMUA PELAJAR TAHUN SATU DIMINTA BERKUMPUL DI DEWAN UTAMA UNTUK SESI ORENTASI. SEKIAN'

“Ala.. baru nak makan rendang itik ibu Mar ni...”ujar Kak Ana dengan muncung yang panjang. Kari dan Mariana ketawa geli hati melihat telatah kak Ana itu. Ditambah pula dengan gaya gelojoh Lily makan rendang itik bagaikan tak pernah makan memang membuat manusia dua orang ini gelak tidak ingat dunia.

“Hahaha.. dah-dah la tu. Kejap lagi kita sambung la makan balik.. Banyak lagi ni..”ujar Mariana yang sudah bersedia di muka pintu.

“Eh, bukan kita kena pakai baju kurung ke Mar?”tanya Lily dengan mulut yang penuh.

“Ye ke?”Mariana pantas menyelak manual pelajar tahun satu miliknya. Memang benar, pelajar tahun satu dikehendaki memakai baju kurung apabila berada di dalam minggu orentasi. Mariana sedikit mengeluh. Dengan langkah yang malas dia mengambil baju lalu menukar di bilik air.

ooooooooooooo


Mariana berdiri mencari kerusi. Oleh kerana dia turun agak lambat habis semua kerusi sudah dikebas orang yang datang awal. Sudahlah dia tidak selesa berbaju kurung ditambah pula dengan keadaan yang sesak membuat Mariana menjadi cepat lelah. Nampak sahaja kerusi kosong pantas sahaja Mariana mengajak rakan-rakan sebiliknya duduk. Terpaksalah mereka duduk di hadapan sekali.

Sesi orentasi bermula, ucapan demi ucapan disampai. Mariana yang keletihan pantas sahaja tertidur. Nasib baiklah dia ni dari kecil kalau tidur duduk tu tegak je. Macam orang jaga. Tepukan yang kuat mengejutkan Mariana dari tidur. Pantas sahaja dia bertepuk sama. Dalam diam setiap gerak gerinya menjadi perhatian seseorang. Wajah orang itu tersenyum nakal.

“Baiklah, sekarang sudah selesai sesi orentasi hari pertama..” kedengaran sorakan dari pelajar yang sudah keletihan duduk. “Haip! Sabar dulu, korang tak habis lagi. Ada satu lagi program. Special punyer...”nada Mc itu sudah kedengaran jahat je.

Mariana mula buat muka menyampah. Dah dekat pukul 12 pagi siapa tak menyampah?! Dahlah pakai baju kurung segala!! Terpaksalah Mariana meredakan dirinya yang tak reda itu.

“Baiklah sekarang kami para senior akan memulakan slot terakhir malam ini. Kamu semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan itu ada diketuai seorang senior. Kamu dihendaki mengikut semua arahan senior kamu. Sekiranya tidak, kamu semua akan diDENDA!”ujar seorang senior lelaki dengan wajahnya ditutup dengan topeng ultraman. Para junior yang melihat rasa nak ketawa sahaja tetapi mendengar nada serius senior itu membuatkan mereka rasa gentar pula.

Suasana dewan menjadi agak gelap apabila lampu dewan mula dimalapkan. Mungkin para senior ini sengaja mahu menguji junior mereka. Mariana mengikut kumpulannya. Dari tadi dia tidak melihat siapa ketua aka senior mereka, maklumlah mamai sikit tadi.

Ketuanya membawa kumpulannya berjalan keluar dari dewan. Walaupun sedikit pelik tiada seorang pun yang berani bersuara. Tiba-tiba kumpulannya berhenti mengejut. Mariana yang berada dihujung hampir sahaja jatuh terduduk.

“Awak yang dekat belakang sekali tu! Mari sini!”ujar suara seorang lelaki aka senior Mariana. Mariana menelan air liur yang kalau dikira-kira boleh jadi air liur basi kalau dia dah tidur sekarang ni. Erk.. merapu pulak.. Mariana melangkah perlahan.

“Saya..”ujar Mariana takut-takut. Dia tidak mampu nak angkat kepala. Takut sangat la tu..

“Tadi awak tidur masa taklimat bukan?!”tanya senior itu agak kuat. Tersentak Mariana mendengar suara seniornya itu. Macam guruh!! Mariana pantas mengangguk.

“Saya nak awak........”kata-kata senior itu bagaikan halilintar di telinga Mariana. Ahli kumpulannya memang simpati. Air mata mula bergenang. Mariana akhirnya bertentang mata dengan seniornya. Alamak!!! handsome la pulak!!
















2 comments:

  1. "Saya nak awak........"
    adoiiihhhh ayat tak boleh blah punya mamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... memang mamat tu x boleh blah..
      btw thanks sbb sudi komen red ^_^

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)