SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Tuesday, 2 December 2014

SAKA sebuah cerpen seram

Assalamualaikum

bismillahirahmanirahim.

my first try. sila komen ye. tq


Saka

dia muncul tidak diundang...

            Saka. Siapa tahu apa itu saka? Ramai yang tak tahu saka itu apa. Yang mereka tahu saka merupakan satu hantu. Ye... saka memang sejenis hantu yang diwariskan kepada waris yang masih hidup.

            Dan... ini merupakan satu kisah mengenai saka. Pastikan kau, ye kau yang sedang membaca tu! Pastikan kau tak ada sakit jantung dan seangkatannya. Karang tak pasal-pasal writer citer ni masuk lokap pulak.

-

            “Mak kita kena balik jugak ke rumah tok ma?” tanya aku perlahan. Takut mak melenting tiba-tiba. Tapi sungguh, aku tak mahu balik sana, tok ma tu creepy gila!

            “Ya Allah, kenalah balik dah berapa lama kita tak balik.” Kata mak tanpa memandang aku. Dia sibuk melipat baju aku untuk disumbat ke dalam beg. Tipikal anak dara bandar, lipat baju aku fail. Tapi memasak aku tip top.

            “Lama tak balik bilanya? Bukan minggu lepas mak dah balik ke?” sambut aku. Muka aku tak payah cakaplah, terpancar sangat reaksi ‘tak nak balik rumah tok ma!’

            “Mak memanglah selalu balik sana. Yang kamu tu, dah berapa tahun tak balik kampung. Nama aja belajar dalam negara, tapi balik kampung setahun sekali.” Marah mak beria-ria. Kejut sekejap aku.

            “Alah mak. Orang tak nak.” Kata aku sambil mengesel-gesel dengan lengan mak. Mak menolak aku jauh, rimaslah tu.

            “Tak kira, tak tahu, tak penting. Yang mak tahu kamu kena ikut jugak balik kali ni. Tok ma tu dah tak sihat. Jangan sampai mak bagitahu abah kamu!”  titik. Muktamad. Kata mak kali ni memang tak boleh nak mintak kautim lagi.

            -

            “Lina, cuba senyum. Orang lain balik kampung senyum, kamu pulak masam memanjang.” Ujar abah. Aku cuba maniskan muka. Aku tak suka macam mana nak manis. Creepy gila rumah tok ma tu. Walaupun aku sayang tok ma, aku takut dengan dia. Ada aura ‘gelap’ bila dengan dia.

            “Hah, dah sampai pun kita! Tu mak dah tunggu kita, Zu. Lina senyum jangan nak masam. Karang tok ma terasa hati.” Ujar Abah memberi peringatan. Aku mengangguk lemah.

            Aku hanya memandang abah dan mak menyerbu menyalami tok ma. Aku melangkah lambat-lambat. Saat tangan aku bersentuhan dengan tangan tok ma, bulu roma aku berdiri tegak. Cepat-cepat aku cium tangannya dan melepaskan salaman tu.

            “Dah besaq na cucu tok ma ni? Awat jauh-jauh dari tok ma. Meh dekat sini.” Gamit tok ma. Aku bertambah cuak. Entah kenapa, aku rasa tok ma ada sesuatu yang ‘lain’.

            “Lina tok ma panggil tu.” Ujar abah bersahaja dalam suara rendah. Tapi aku tahu makin rendah suara abah, maknanya dia makin marah. Aku melangkah dan melabuhkan punggung disebelah tok ma tanpa rela hati.

            “Lina, Lina cutikan. Nanti duduklah dengan tok ma. Teman sekejap pun jadilah.” Pujuk tok ma. Aku gelabah. Nak duduk sebelah ni pun dah separuh mati inikan pulak nak duduk dengan tok ma. Ya Allah janganlah abah dengan mak setuju.

            “Betul tu Lina. Dari kamu duduk tidor dekat rumah tu menambahkan berat badan. Baik kamu tinggal sini jaga tok ma. Dapat pahala.” Ujar mak menyokong cadangan tok ma. Abah aku lihat terangguk-angguk setuju. Aku telan liur yang terasa pahit. Yup... aku tahu aku tak ada pilihan.

            Patutlah mak beria-ria kemas beg aku, walaupun dalam perancangannya tidor satu malam sahaja.

-

            Aku duduk termenung di pangkin depan rumah tok ma. Mak dan abah dah selemat bertolak 2 jam yang lalu. Entah-entah dah selamat sampai rumah dah pun.

            “Hi!” tegur satu suara. Aku yang terkejut tahap babun menoleh ke belakang. Lah... Lokman rupanya. Sepupu aku yang tua setahun dari aku.

            “Waalaikumusalam. Hm.. kenapa Lok?”tanya aku endah tak endah. Lokman tersengih-sengih sambil menggaru kepala. Tahu dia salah.

            “Assalammualaikum. Sorrylah terlupa. He he he saja nak kacau kau. Sepupu terchenta aku ni...” ujar Lokman sambil menyempit disebelah aku. Aku menayang muka nak muntah.

            “Weih, Lok aku nak tidor rumah kau boleh tak?” aku bertanya penuh berharap.

            “Kenapa pulak?”tanya dia sambil lewa. Ada harapan ni.

            “Kau taukan tok ma tu macam mana. Aku seramlah weih, creepy gila. Please. Aku tidor rumah kau ye.” Rayu aku lagi. Lokman menggaru-garu kepalanya.

            “Bukan aku tak kasi weih... mak ngan ayah aku tak ada dekat sini. Dia orang pergi Kedah. Tulat baru balik.” Ujar Lokman sedikit bersalah.

            “Alah kitakan sepupu. Please...” aku mencuba nasib.

            “Gilalah kau. Mana boleh. Kita boleh nikah tau. Kalau kau nak kahwin dengan aku, on jelah.” Katanya dalam gurau. Terus aku cepuk kepala dia ni. Memang kurang asam boi.

            “Tapikan... berani kau duduk dengan tok ma. Aku yang duduk dekat ni pun jenguk masa pagi-pagi je. Diakan seram...” ujar Lokman lagi. Sengaja nak buat aku makin takut.

            “Tau tak apa. Mak and ayah aku ar... haih... my life is so sad. Aku ni kalau boleh nak tumpang rumah sesiapa je asalkan bukan tok ma. Setiap kali dia pandang mata aku... kau mesti tahukan... bulu roma ni automatik naik.” Kata aku sambil mengurut lengan kedua belah tanganku ini. Menceritakan hal ini pun buat aku naik seram.

            “Woi, cakap tu pelan-pelan sikit. Tok ma ni macam ada ‘bela’ kau tau. Dia dengar je apa yang kita sembang.” Sekali lagi Lokman ni nak makan sekeh aku.

            “Kurang hasam punya sepupu! Kau tau aku takut kau makin takutkan aku.” Marah aku. Dia tersengih-sengih.

            Tepat pukul 6 petang, Lokman minta diri nak balik rumah dia. Aku pun nak tak nak terpaksa masuk rumah tok ma. Yelah nak maghrib ni banyak yang ‘berkeliaran’.

-

‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’

            Siapa pulak yang biar anak-anak dia orang main maghrib-maghrib ni? Aku terus menjenguk keluar. Tiada sesiapa. Hm... ilusi je kot. Terus aku sambung basuh pinggan yang terbengkalai tadi.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’


            Sekali lagi suara kanak-kanak bermain hinggap ditelinga aku. Terasa bulu roma naik tegak. Terus aku habiskan pinggan mangkuk yang tinggal sedikit itu. Habis sahaja aku terus ke ruang tamu. Tok ma sedari lepas makan tadi hilang entah ke mana. Televisyen aku onkan. Layan apa yang ada.

            “Cu... oh cu...” aku terus berdiri. Kenapa pulak tok ma nak bercucu-cucu dengan aku ni? Mata aku melilau mencari tok ma.

            “Tok ma? O.. tok ma?” aku cuba memanggil nenek aku tu. Tapi tak disahut.

            ‘Kriuk...’ aku melompat terkejut bila pintu utama rumah ini dibuka dari luar.

            “Yang Lina terlompat-lompat ni kenapa?” tanya tok ma dengan dahi berkerut.

            “E... er... er... to... tok.. ma per... pergi mana?”tanya  aku tergagap-gagap. Mahu tak gagap. Baru tadi aku dengar suara tok ma panggil aku.

            “Pergi rumah sebelah kejap. Kenapa kamu ni?”tanya tok ma lagi. Aku dah berpeluh dingin. Jadi... tadi tu siapa?

            “Tak.. tak pelah... Lina nak tidur dulu.” Kata aku sambil meluru masuk bilik. Dari hujung mata aku nampak tok ma bercakap-cakap seorang diri.

-

            Dah dua hari aku duduk rumah tok ma tanpa sesiapa menemani. Tadi aku call mak ceritakan apa yang jadi tapi dia marah aku. Haish... tak pasal-pasal aja.

            “Hoi Lina!” laung Lokman yang baru balik dari kedai. Mana aku tahu? Dia bawak plastik barang runcit.

            “Hm.. apa?” tanya aku malas.

            “Kau ni kenapa? Demam ke?” tanya Lokman prihatin. Aku merasa dahi sendiri. Panas la jugak. Demam terkejut kot.

            “Hm... agaknya. Weih Lok... aku nak balik lah...” ujar aku sekali lagi. Aku betul-betul tak lalu duduk sini. Lokman memandang aku simpati.

            “Aku nak tolong kau pun tak boleh. Kau  kena kacau ke?” Lokman memandang muka aku penuh rasa ingin tahu. Aku mengangguk. Dia mengeluh kecil.

            “Kau baik-baik Lina. Kalau Tok ma nak kasi ‘benda’ dekat kau. Kau jangan terima.” Ujar Lokman serius. Aku mengangguk walaupun tak faham apa yang dia nak cakap sebenarnya.

            “Lepas tu...” tak sempat Lokman nak habiskan pesanannya, tok ma muncul di jendela. Lokman terus berlari balik. Aku hanya memandang dirinya dengan rasa sayu.

            “Lina masuk, tak elok duduk lama-lama dekat luar tu.” Kata tok ma keras. Aku tak mampu membantah.

-

            Malam menjelma lagi. Aku cuba menberanikan diri memberitahu tok ma.

            “Tok ma... Lina ingat esok nak baliklah.” Kata aku teragak-agak. Tok ma kelihatan terkejut.

            “Kenapa pulak?” tanya tok ma sedikit sedih. Aku tahu tapi aku buat-buat tak tahu.

            “Er... er.. baru Lina teringat ada benda kena submit dekat lecture.” Bohong aku tanpa rasa. Tok ma merenung tajam muka aku. Sekali lagi rasa aneh menyerbu diri aku.

            “Hm... nak wat lagu mana. Tak apalah.” Ujar tok ma dengan wajah muram. Aku terus masuk ke dalam bilik.

-


‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’


            Tidur aku terganggu saat aku terdengar budak-budak kecil menyanyi riang. Aku mencapai telefonku. Baru jam 2 pagi. 2 pagi? Ya Allah benda apa yang menganggu aku ni? Aku menyelimut seluruh badan.

            “Lina... Lina nak tak hadiah dari tok ma?” kedengaran suara tok ma. Menyeramkan. Seperti dia bukan dirinya yang sebenar. Aku mematikan diri.

            “Lina... tok ma  tahu Lina tak tidur cu...” suara tok ma berubah menjadi garau dan kasar.
           
            “Lina... terimalah cu... terimalah cu...”

‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’

            “Tolong! Tolong!” aku menjerit meminta tolong. Katil yang aku berbaring bergegar kuat.  Suara tok ma berselang seli dengan lagu permainan di zaman kanak-kanakku.

            “Allahuakhbar!” jerit satu suara yang cukup aku kenali. Ya, Lokman datang. Syukur ya Allah.

            “Ya Allah teruk dah ni. Cepat Mail, Lok pegang Tok Ma tu. Ustaz nak baca ayat kursi ni.” Ustaz Zaid mengarahkan Lok dan kawannya Mail. Tok ma menjerit kuat tatkala ayat suci itu berkumandang.

            Aku cuba bangun melarikan diri. Tetapi aku terpaku saat mata aku melihat sesuatu yang aneh. Ada satu lembaga yang turut sama menjerit bersama tok ma. Lembaga yang sungguh mengerikan.

            “Lina! Lina lari keluar!” jerit Lokman kepadaku. Aku hanya mampu terpaku mematung melihat apa yang terjadi.

            Tok ma tumbang selepas ustaz Zaid azan. Aku turut jatuh terduduk. Kaki aku bagaikan tiada tulang.

-

            Mak dan abah muncul tepat jam 4 pagi selepas dihubungi Lokman. Aku terus menyerbu ke dalam pelukan mak. Tangisan aku hamburkan sepuas hati.

            Mak cuba menenangkan aku. Abah sudah beransur untuk bercakap dengan ustaz Zaid. Aku cuba memasang telinga.

            “Sebenarnya, mak Suhaimi ni dah lama meninggal. Dekat seminggu dah. Yang tinggal hanyalah saka dia. Untuk membolehkan arwah pergi hanya ada dua cara.” Kata ustaz.

            “Apa dia cara tu ustaz?”tanya abah dengan sabar. Abah tahu hal ini. Sudah banyak kali abah menyuruh tok ma buang tetapi tok ma degil.

            “Satu, Lina kena terima saka tu. Dua, kita buang dia.” Kata ustaz Zaid dengan tenang. Abah mengangguk faham.

            “Kita buang. Saya sebenarnya tak suka benda-benda macam ni. Lagipun arwah mesti dah terseksa.” Kata abah dengan linangan air mata. Aku hanya mampu melihat.

            -


            Bumbung rumah sudah dibuka. Ustaz cuba membuang saka yang tok ma simpan. Aku yang pening-pening lalat dapat menangkap lembaga yang muncul.

            “Mak! Mak!!! Dia nak ambik Lina mak!” jerit aku kuat tatkala lembaga itu cuba mencapai aku. Mak memeluk kejap tubuh badanku.

            “Kuatkan diri nak...” ujar mak lembut ke telinga aku.

            “Argh!! Jangan kacau aku!! Tok ma halaulah benda tu! Mak! Abah!” melihat aku makin teruk Ustaz membaca ayat kursi lalu dihembus ke muka ku. Aku kembali stabil. Jelmaan itu tidak mampu menakutkan aku. Aku hanya melihat lembaga itu hilang sedikit demi sedikit. Pandangan aku mula gelap.

            ‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’


            ‘Lina... Lina....’ hanya itu yang aku dengar sebelum pandangan aku gelap sepenuhnya.


-


            Arwah tok ma berjaya dikebumikan. Aku masih terbayang-bayang dengan jenazah tok ma. Selepas sahaja benda itu keeluar dari tubuh tok ma, terus badan tok ma berbau busuk dan keluar ulat. Hampir semua yang melihat muntah.

            “Lok, macam mana kau tahu pasal hal tu?”tanya aku tanpa perasaan kepada Lokman.

            “Kan kau dah kata ada benda kacau kau. Aku rasa tak sedap hati. Tu yang aku ajak ustaz dan Mail temankan aku lepak dekat pangkin. Masa pukul 2 tu anjing-anjing melolong kuat. Aku terjaga dan terdengar kau menjerit.” Ceritanya. Aku mengangguk faham.

            “Terima kasih. Kenapalah tok ma simpan benda tu.. dan kenapa dia pilih aku?” aku menyoal dia.

            “Benda tu dah jadi turun temurun Lina. Dan hanya orang perempuan akan mewarisi benda tu. Dalam kalangan anak tok ma, tiada seorang pun yang perempuan. Kau pulak satu-satunya cucu perempuan yang dah baligh yang dia ada. Jadi dia pilih kau...” kata Lokman. Aku agak dia hanya meneka.

            “Hm... aku takut.” Ujar aku sedikit bergetar.

            “Jangan risau. Benda tu dah tak ada. Yang penting kau kena rajin solat dan mengaji. In sha Allah tak ada apa yang buruk akan jadi.” Kata Lokman sambil meminta diri. Aku mengangguk faham.

            Surah Yassin aku capai. Semoga roh arwah diterima-Nya dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Aku tahu arwah tok ma juga tiada pilihan melainkan menerimanya.

            Ya... benda tu dah tak ada.

‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi...’


TAMAT

19 comments:

  1. serammmm... bila nak sambung DYH? dah lama tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dyh bakal2 ontheway pakmunawer dah ni... sorry terpaksa tunggu lama

      Delete
  2. seram... memang skrg pun ada lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq baca joijoi80 memang ada pun. hehe tapi x pernah la tgk betul2

      Delete
  3. Replies
    1. tq baca choi soo ae. tak sangka jadi seramnya.

      Delete
  4. hahaha.. first2 bace biasa2 je akak.. smpai dekat klimak dia.. terus mata lekat dekat lappay.. x berkelip baca.. thumb up untk akak.. best2.. seronok.. seram pon seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq baca. Sampai lekat kt lappay tuuu.. Hehe gurau je

      Delete
  5. Salam! ^_^
    Anda telah di tag! dalam giveaway by Ibu Zharith. Hadiah lumayan!

    Check , here!

    ReplyDelete
  6. Salam...
    sejujurnya, ini pertama kali berkesempatan baca cerpen asyu. sebelum ini tak sempat nak baca walaupun saya minat membaca. selalunya saya baca karya bahasa inggeris, yang melayu biasanya cuma penulis yang saya kenal sahaja...
    Komen saya, best! berdebar-debar juga masa baca tu... hihihi.
    1 je, perkataan creepy gile tu berulang 3 kali (kalau tak silap saya la). Mungkin lagi 2 kali tu boleh cari perkataan lain yang menggambarkan situasi tu.
    keep it up the good work :)

    ReplyDelete
  7. salam asyu. percubaan pertama ke? ^^ kalau bleh, teliti lagi jalan penceritaan dan beri sedikit kelainan pd jalan cerita sebab jalan cerita begini kita dah tahu kesudahannya.

    kreatif itu, x semestinya cipta cerita lain tapi kita boleh ambil cerita yg sama tapi tambahkan turun dan naik jalan cerita. cerita seram lain caranya kan? sebab ia ada rasa berat yg perlu kita sampaikan pd pembaca.

    teruskan berkarya

    ReplyDelete
  8. Aaaa shit! Sama pulak 2 pagi. Guane ni nak tido ni.

    ReplyDelete
  9. Aaaa shit! Sama pulak 2 pagi. Guane ni nak tido ni.

    ReplyDelete
  10. Terbaik :) . Part dy nyanyi lgu tu lhaa yg plg seram sbb kite boleh byg keadaan dye... Good work. .Kipidap :)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)