Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 30 March 2014

Mini GA T-shirt Blogger


jom join




1st Giveaway by Fatimah Azzaharah

1st Giveaway by Fatimah Azzaharah

Assalamualaikum 


Klik banner untuk join

:Ikut syarat tau!:

senarai hadiahnya:


  • 1 Dress  (Nombor 2 ) 
  • 2 Buah notebook 
  • 2 Header Tak transparent 
  • Blog review - untuk semua joiners (New)
  • 1 Hadiah pilihan sponsor ,  untuk joiners bertuah  (New)
  • 5 Bloglist 2 bulan by me (New)

hadiah mungkin di tambah


#APALAGI MOH LE JOIN :)

Saturday 29 March 2014

DYH 11

Sorry lambat up.. minggu cuti ingatkan boleh la siapkan cerita yang mana patut.. tapi tak sempat jugak... sorry.. :)

Bab 11
“Aku.. aku.. kena pergi.” Kata Leon yang cuba bangkit dari pembaringannya. Tetapi dia masih tidak cukup kuat. Mahu mengangkat badannya untuk duduk juga tidak mampu. Zruxc menggeleng kepala. Rakannya ini memang tak faham bahasa. Zruxc menekan kuat  badan Leon agar berbaring kembali. Leon yang sememangnya lemah hanya mampu menjeling Zruxc dengan pandangan yang amat tajam.

“Apa kau ingat aku takut ke bila kau dah jeling aku hah?”tanya Zruxc seraya bangun dari duduk disisi Leon. Leon terasa tersindir. Mahu sahaja dia menerkam makhluk itu!

Zruxc tertawa saat dia mendengar fikiran Leon. Memang kebudak-budakkan! Alamak, dia lupa nak block fikirannya. Mesti Leon tahu apa yang dia fikirkan tadi!

Buk! Sebiji bantal melayang dan tepat mengenai muka Zruxc. Leon tersengih sinis. Zruxc semakin kuat ketawanya. Kalau selalunya, Leon pasti sudah membelasahnya. Tetapi kali ini dia hanya mampu membaling sebiji bantal. Memang lemah betul Leon waktu ini.

Leon yang kegeraman menarik selimut. Ditutup seluruh tubuh badannya. Comel! Persis kanak-kanak yang sedang merajuk dengan ibu mereka. Zruxc hanya tersenyum.

“Kau berehatlah.” Zruxc sudah bangun mahu beredar dari bilik itu.

“Jadi kau memang tak nak beritahu di mana keberadaan Azalina?” tanya Leon dibalik selimut itu.

“Ya. Setidak-tidak sehingga kau sihat.” Kata Zruxc yang sudah menghilang dibalik pintu. Dia tahu di hati Leon pasti tersimpan rasa tidak puas hati terhadapnya kerana menyembunyikan keberadaan Azalina. Tapi apakan keadaan Leon perlu dibaikpulihkan dahulu. Hendak berdiri pun Leon tidak mampu dikala ini apakan mahu melawan Vxirius bakal pemerintah dunia kegelapan? Mereka bukan lawan yang ideal buat masa sekarang.

O_n_V

Azalina hanya mampu mendiamkan diri. Dia banyak menghabiskan masa termenung mengingati ibu, ayah serta Leon. Apa makhluk penghisap darah itu sedang mencarinya? Hurm... tidak mungkin. Makhluk penghisap darah itu mungkin lebih suka dia tidak disisinya. Diakan hanya manusia biasa yang lemah dan suka menyusahkan.

Azalina bangkit menuju ke sebuah pondok yang terhias indah khas buatnya. Kata Vxirius pepohon di sini beracun. Jadi dia dilarang untuk merasa pepohon yang mempunyai buah. Kecur juga air liurnya melihat buah-buahan yang berwarna terang yang sudah masak ranum itu. Betul ke apa yang Vxirius katakan? Entah-entah dia dengki dengan Azalina jadi dia katakan begitu.

‘Hump... dia tak kan tahu kalau aku makan sebiji dari buah-buah yang ada ni...’ desis hati Azalina yang kian menginginkan buah itu.

Kaki dijengkitkan sedikit. Tangan cuba mencapai buah yang terdekat dengannya.

“AZALINA!!!” jerit satu suara garau. Azalina yang terkejut terus terjatuh.

“Aduh!” tangannya sudah terluka. Mahu menangis Azalina melihat kedalaman lukannya itu.

“Kau degil! Aku dah beritahu jangan makan buah tu, jangan makan! Beracun buah tu! Jangan sampai aku kurung kau balik dalam  bilik ditepi laut tu!!” marah Vxirius. Azalina yang kesakitan terus menangis teresak-esak.

“Aku nak rasa sikit je..” desis Azalina kesedihan.

“Kau tak percaya cakap aku yang buah itu beracun?”tanya Vxirius kegeraman. Azalina perlahan-lahan mengangguk.

Dengan keluhan nafas yang kasar Vxirius menangkap seekor haiwan yang kelihatan seperti tikus namun bersayap. Lalu dietik buah itu dan dibelahkan dua sebelum diberi kepada haiwan itu.

Dengan lahapnya haiwan itu memakan buah itu. Namun selepas sahaja gigitan pertama ditelan haiwan itu terus mengelupur dan kemudian terdampar mati. Azalina diam tidak terkata. Tidak sangka apa yang dikatakan Vxirius itu benar.

Kini sepi memenuhi ruang itu. Hanya esakkan kesakitan Azalina memenuhi tempat itu.

“Mari aku ubatkan tangan kau.” Ujar Vxirius seraya menarik tangan Azalina.

Azalina hanya sekadar mengikut apa yang di suruh oleh Vxirius. Buat masa sekarang Azalina langsung tidak rasa takut dengan makhluk yang boleh berubah muka itu.

“Kenapa kau baik dengan aku?”tanya Azalina.

Senyap. Vxirius tekun mengubati luka Azalina, padahal dengan sekali petik sahaja dia mampu menghilangkan luka itu.

“Kenapa kau baik dengan aku?” tanya Azalina sekali lagi. Vxirius terus bangkit.

“Jangan basahkan luka tu. Nanti melarat pula.” Kata Vxirius sebelum menghilangkan diri. ‘Aku sendiri tak tahu kenapa kau begitu penting untuk aku Azalina.


N___N


Hari makin banyak yang berlalu. Sedar tak sedar sudah seminggu Leon dan Azalina terpisah. Leon sudah semakin pulih. Namun dia masih tidak mampu untuk bergerak selincah dahulu.

“Zruxc lambat lagi ke baru aku boleh menjemput Azalina pulang?” tanya Leon yang sudah lama menyepi dari menyoal Zruxc. Merajuk selama seminggu.

“Bergantung kepada kau. Kalau kau cepat pulih, cepatlah kau boleh jemput manusia tu pulang.” Kata Zruxc yang sedang menyalurkan tenaganya kepada Leon.

“Hurm.. dia ada nama la..” rungut Leon.

“Apa?” tanya Zruxc yang kurang jelas.

“Dia ada nama la! Nama dia Azalina bukan manusia!” kata Leon yang kegeraman. Zruxc tertawa mengekeh-ngekeh. Kelakar dengan Leon, benda sekecil itu pun menjadi sesuatu yang besar bagi makhluk penghisap darah ni.

“Okey-okey aku faham.” Zruxc mematikan ketawanya saat Leon merenungnya bagai mahu menelannya hidup-hidup.

“Aku.. aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni..” kata Leon tiba-tiba.

“Jadi macam mana?” tanya Zruxc yang sudah kembali fokus dalam memulihkan Leon.

“Risaukan dia..” kata Leon perlahan. Zruxc hanya diam.


‘Kalaulah kau tahu takdir diantara kau dan dia... pasti kau tidak tertanya-tanya..’Zruxc berkata sendiri di dalam hati.

Sunday 16 March 2014

DYH 10

DYH 10

“Zrucx! Kau kena bantu aku!” kata Leon yang kelihatan lemah. Tak pernah selama dia wujud, dia merasa lemah. Tenaganya seakan disedut keluar apabila berjauhan daripada Azalina.

“Leon! Kenapa dengan kau?!” tanya Zrucx seraya menangkap batang tubuh Leon yang hampir tumbang di depan rumahnya. Hanya mulut Leon bergerak-gerak namun tiada satu apa pun yang keluar dari mulut itu. Zruxc yang menyentuh Leon tersentak. Ya, dia dapat melihat sejarah atau apa yang berlaku kepada Leon... dan.. seorang manusia yang bernama Azalina.

“Kenapalah kau mencari bala Leon?” tanya Zruxc kepada Leon yang sudah terkulai lemah. Tubuh rakannya itu dipapah masuk ke dalam kediamannya.

Sementara itu, di sebuah gunung yang amat indah.

“Hai, Azalina.” Kedengaran suara yang enak didengar. Azalina yang merenung kosong ke arah bilik berhias indah itu tersentak. Dia pantas melihat siapakah gerangannya yang masuk ke bilik ini.

“Kau? Kau siapa?” tanya Azalina yang bingung dengan kehadiran lelaki kacak itu.

“Aku? Akulah Vxirius.” Ujar lelaki kacak itu seraya tersenyum indah.

“Mustahil! Vxirius yang aku kenal mempunyai raut wajah yang hodoh, mengerikan!” kata Azalina yang mula ketakutan. Membayangkan raut wajah makhluk semalam membuat dia menggigil ketakutan.

“Ha ha ha.. Itulah manusia.. sekadar wajah semalam.. Hump.. kau dah mampu menggigil. Kalaulah aku tayang muka yang lebih teruk dari itu mungkin... nyawa kau terus melayang..” kata Vxirius yang tertawa sinis.

“Kau cakap apa ni?” marah Azalina dalam ketakutan. Dia terasa bagai disindir. Lantas diberanikan diri.

“Ya.. wajah semalam tu, baru sikit wahai gadis rupawan.. Aku boleh sahaja ubah wajah aku menjadi seperti semalam atau lebih teruk. Yang mana yang kau nak?” tanya Vxirius dengan nada suara yang agak romantis. Azalina pantas ke belakang. Takut pula melihat aksi makhluk yang dicurigai ini.

“Erk.. tak nak. Aku.. aku lebih senang dengan wajah kau yang sekarang.” Ujar Azalina yang semakin menjauhi Vxirius.

“Ha ha ha. Kenapa kau menjauh? Kau takut?” tanya Vxirius yang bergerak ke dinding. Disentuh dinding itu. Lalu terbentuk sebuah balkoni yang sangat cantik.

“Ma... mana ada. Aku.. aku cuma gementar saja.” Ujar Azalina kalut. ‘Gementar? Apa yang kau merepek ni Azalina?!’ marah Azalina kepada dirinya sendiri.

“Owh... gementar.. maksudnya kau suka aku?” tanya Vxirius dengan mata yang bersinar-sinar. Ugh.. gerun Azalina!

“Mana ada. Aku.. aku tak suka kau!” jawapan Azalina itu mengundang rasa marah di hati Vxirius.

“Jadi kau suka siapa? Kenapa diam? Tak ada sesiapa? Jadi kau boleh sukakan aku!” kata Vxirius yang mula tersenyum kembali.

“Mana ada! Aku.. aku suka... Hurm.. suka Leon! Hah, Leon!” ujar Azalina bersungguh-sungguh. Terkeluar pula nama Leon di saat ini. Tangan dibawa ke dada. Rasa pelik pula bila mengaku dirinya ada perasaan kepada Leon. Rasa... macam... betul.

“Huh! Asyik-asyik nama makhluk penghisap darah itu juga yang kau sebut!” teriak Vxirius melampiskan marahnya. Azalina terpaku. Bila masa pula dia menyebut nama Leon?

“Masa kau pengsan pun kau sebut nama dia! Patutlah.. dia dah mengambil tempat dihati kau!” Wajah Vxirius mula berubah. Azalina semakin panik, kalut. Air mata mula bergenang. Lalu menitis dengan deras.

“Ja.. jangan!!” jerit Azalina yang ketakutan menjerit. Vxirius yang mendekati Azalina terhenti. Dia kaku melihat air jernih yang jatuh dari tubir matanya Azalina.

Wajahnya diubah kembali menjadi Vxirius yang kacak. Lalu dia melangkah meninggalkan Azalina yang masih memeluk lutut. Kelihatan manusia itu sangat ketakutan. Ya.. sangat ketakutan. Jahat ke dia? Bukan ke itu yang sepatutnya dia lakukan kerana dia ialah anak kepada ketua kegelapan? Kenapa pula dia harus merasa berbelah bahagi saat Azalina menangis?

“Aku.. Apa yang tak kena dengan aku?” desis Vxirius sendiri. Takut pula dengan perubahan dirinya itu. Kalaulah bapanya tahu, pasti dia akan dibuang ke dunia manusia. Dunia yang penuh dengan kekejaman itu.

“Isk.. isk..”Azalina menangis kesedihan. Dia Cuma mahu pulang. Jika tidak dapat ke pangkuan ibu bapa, cukuplah sekadar ke sisi Leon. Ya, makhluk penghisap darah itu seolah-olah pelindungnya, penjaganya ketika berada di dunia ini.

“Leon..”serunya yang masih menangis. Tanpa disedari matanya mula kuyu lalu dia lena dengan linangan air mata yang kian mengering.

***
“AZALINA!” jerit Leon yang baru sedar dari pengsannya. Zruxc yang setia menanti Leon, terus mendapatkan rakannya. Dibantu Leon duduk sambil bersandar dikepala katil.

“Leon, Leon. Kau minum air ni dulu.” Ujarnya sambil menghulurkan segelas air yang berwarna ungu kehijauan. Leon yang masih lemah hanya mampu menurut. Diteguk rakus. Namun sebaik sahaja air itu menyentuh tekaknya, Leon pantas mahu memuntahkan semula. Tetapi Zruxc lebih pantas, ditekan dada Leon menggunakan jari ibu, telunjuk dan hantunya.

Rasa mual yang dirasai Leon seakan-akan diubati. Leon kembali merebahkan badannya. Badannya terasa makin panas tetapi masih terasa lemah. Zruxc yang memahami sekadar mengeleng. Itulah akibatnya apabila terlalu dekat dengan manusia. Benda ini bukannya tidak boleh dielak. Cuma.. ikatan diantara Leon dan Azalina terlalu kuat.

“Kau ni, Leon. Bukan ke aku pernah kasi tahu.. yang kau dan manusia yang ditakdirkan datang ke dunia ini mempunyai ikatan yang luar biasa. Aku dah kasi tahu, jangan sesekali kau tengok manusia tu.. tapi kau degil! Inilah akibatnya! Kau.. bila dah terpisah dengannya untuk satu jangka masa setelah bersama, pasti akan mengalami kesakitan yang teramat!” keluh Zruxc. Dahi Leon yang berpeluh dingin dikesat dengan tuala kering yang hangat. Kasihan pula melihat makhluk penghisap darah itu.

“Aku.. aku.. kena pergi.” Kata Leon yang cuba bangkit dari pembaringannya. Tetapi dia masih tidak cukup kuat. Mahu mengangkat badannya untuk duduk juga tidak mampu.