SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Wednesday, 25 September 2013

DYH 3



LEON SUDAH MUNCUL BAB NI.. HEHEHE


"Diam! Bau darah kau akan menjemput mereka!!" marah lelaki itu. Azalina terpaku melihat wajah yang kacak itu. Wajah lelaki yang sedang marah itu sangat menarik perhatian Azalina.

Kacaknya dia.. desis hati Azalina. Tapi.. kenapa gigi dia.. gigi dia bersiung??!! Azalina menilik lagi wajah itu. Seperti muka manusia biasa tetapi.. Ada satu aura lain daripada lelaki ini.


Pakaian dia juga seperti manusia biasa. Malah lebih smart daripada manusia biasa. Dengan kemeja di tuck-in, vest dan juga tie, nampak sangat-sangat... smart..

"Awak.. awak ni siapa?!" Tanya Azalina selepas lelaki itu tidak lagi menekup mulutnya.

"Aku? Leon.." Leon memerhati Azalina atas bawah. Hidung lelaki itu bergerak-gerak seperti cuba membau Azalina. Dahi Azalina berkerut-kerut. Busuk sangat ke bau aku ni? desis hatinya.

"Kau Manusia?!" sergah Leon. Azalina tersentak. Tanpa disedari dia hampir terjatuh ke belakang. Mujur Leon dapat menarik Azalina.

Leon mula tidak dapat mengawal dirinya. Bauan darah Azalina sangat menarik perhatiannya. Bauan itu membuat dia berasa lapar. Rasa lapar yang tidak pernah dia rasakan selama ini.

"Kamu ni kenapa?" tanya Azalina yang pelik dengan kelakuan aneh Leon.

"Kau.. Arghh!! Ikat luka kau sebelum kau kena makan! SEKARANG!" Leon pantas memanjat pokok. Cuba menahan dirinya daripada menyerang Azalina.

Azalina pantas mengoyakkan sedikit selendangnya. Lalu diikat luka di tangan kanannya. Matanya terpejam-pejam menahan sakit yang menyucuk-nyucuk.

"Ke.. kenapa dengan awak?" tanya Azalina takut-takut. Wajah Leon terselindung dibalik dedaun yang merimbun. Azalina cuba mengintai lelaki itu.

"Aku.. aku tak boleh bau darah manusia! Kau pergi dari sini sebelum kau jadi mangsa aku.." ujar Leon. Matanya bertukar dari warna Hazel ke warna Merah kehitaman. 


Azalina kaku. Dia tergamam dengan perubahan Leon. Ternyata Leon bukanlah manusia biasa sepertinya.  Leon tidak dapat menahan dirinya. Pantas melompat ke bawah. 

"Lari.. Lari! SEKARANG!!" Leon menjerit nyaring. dia mula berubah menjadi makhluk yang hodoh. Sangat hodoh sehingga Azalina tidak mampu mengeluarkan sepatah perkataan.

"SEKARANG!!" kali ini Azalina bagaikan kembali ke dunia nyata. Pantas dia berlari selaju yang mungkin. Setelah hampir 20 minit berlari tanpa henti akhirnya Azalina berhenti. Dia termengah-mengah. 

Kenapa sejak aku sampai di dunia ini aku asyik dikejar? Apa masalah mereka dengan manusia. Aku mahu pulang! Ibu, ayah.. Lina rindukan ibu dan ayah. Sesiapa tolonglah aku!! Azalina menangis tanpa bunyi. Hutan ini terlalu merbahaya untuknya.

Azalina terdengar bunyi air yang mengalir. Pasti ada anak sungai di sekitar tempat ini. Mungkin apabila dia berdekatan dengan sungai nyawanya lebih terjamin.

Azalina mengikut bunyi air itu. Semakin lama semakin kuat bunyinya. Azalina terpana melihat keindahan sungai itu. Walaupun batu-batuan sungai itu diselimuti lumut, keindahan tempat itu memang terserlah. 


Azalina mengaut air sungai yang jernih itu. Diteguk sedikit menghilangkan haus yang menggunung. Rasa air sungai itu begitu segar, mengembalikan tenaganya yang hilang itu.

Dia memerhatikan sekeliling. Mungkin tempat ini sesuai untuk dia bermalam. Kayu api senang didapati. Makanan dan minuman juga senang didapati. Azalina mula menguti kayu api. Takut pula melihat warna langit mula berwarna jingga. Bermakna dalam beberapa ketika nanti malam akan berlabuh.

#BERSAMBUNG

P/s : Jangn segan nak komen. Sebab hanya korang yg dapat bantu Asyu menjadikan karya ni lebih baik ^^

Saturday, 21 September 2013

DYH 2




Azalina terjaga apabila silauan cahaya mentari menyentuh lembut kulit mukanya. Dia sangka dia hanya bermimpi. Ternyata ianya bukanlah mimpi semata-mata. Dia masih berada dipantai itu. Azalina terkesima melihat keindahan lautan itu. Airnya begitu jernih sehingga ikan yang berenang-berenang kelihatan seperti sedang berterbangan.





Perlahan-lahan Azlina cuba bangun. Perut yang lapar perlu diisi. Matanya meliar mencari makanan. Matanya terpaku pada sebatang pokok epal. Pelik... Masakan ditempat air masin ini boleh tumbuh sepohon pokok epal? terdetik diakal logiknya.



Azalina menghampiri pohon itu. Berpusing-pusing dia memastikan pokok itu bukanlah sekadar ilusi. Disentuh pohon itu. Ternyata kulit pokok itu kasar. Disentuh pula dedaun yang tergantung didahan. Hatinya bertambah yakin bahawa pohon epal itu bukan sekadar ilusi kerana dia terlalu lapar. Dipetik sebiji buah epal yang masak ranum, berwarna merah yang cantik.

Digigit epal yang cantik tanpa ada kesan cela yang ditinggalkan serangga perosak. Ya Allah! Sedap sungguh rezeki yang Engkau kurniakan ini.. Hampir menitis air mata Azalina apabila menikmati buah epal itu. Dia makan sehingga perutnya kenyang. Terasa tenaganya mula pulih. 


Matanya tiba-tiba mengesan satu objek yang aneh yang terdapat disebatang pokok kelapa yang berhampiran. Rupa binatang itu seperti ketam. Azalina cuba mendekati benda aneh itu. Tapi benda itu pantas melarikan diri ke semak berhampiran. Azalina tertawa sendiri apabila menyedari dirinya agak keanak-anakan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi dengusan yang aneh dari semak itu. Azalina memberanikan diri mendekati semak itu. Dia mahu melihat binatang apakah yang berbunyi itu..

"Ya Allah!" Jerit Azalina yang terkejut. Nafasnya mula turun naik, rasa panik mula menyerang apabila melihat seekor serigala yang luar biasa besarnya melompat dari semak itu. Serigala itu merenungnya bagaikan mahu menerkamnya. Pada saat ini Azalina merasakan nyawanya bagai berada dihujung tanduk.


“ KAU SiAPA?” kedengaran satu suara. Azalina pantas mencari dari mana datangnya suara itu dengan hujung matanya. Tapi yang ada cuma dia dan serigala itu. “ KENAPA KAMU MENCEROBOH KAWASAN AKU?"suara itu berkata-kata lagi. Kali ini mata Azalina terpaku pada serigala itu.

"Kamukah yang berkata-kata tadi?" tanya Azalina dengan nada suara yang perlahan. Takut pula dia jika serigala itu tiba-tiba mengamuk dan menerkamnya.

“ YA AKULAH YANG BERKATA-KATA! SIAPA KAMU DAH APAKAH NIAT KAMU DATANG KE MARI?" tanya serigala itu. Azalina menelan air liur yang terasa pahit.

"Sa..Saya Az.. Azalina. Sa..Saya sendiri ta..tak tahu ma.. macam mana sa..saya boleh ada dekat si.. sini.." Jelas Azalina tergagap-gagap. Peluh sejuk mula merenik di dahinya.  Serigala itu mendekatinya dan menghidunya.

“ KAMU MANUSIA?!!" tanya serigala itu dengan nada tidak percaya.

"Ya saya manusia!" Azalina merenung serigala itu.

“TAK.. TAK MUNGKIN RAMALAN KAUM LEAXURE ITU BENAR.. DUNIA HEBRS BAKAL MUSNAH?!" Kata serigala itu. Azalina tidak memahami sepatah pun kata-kata serigala yang menakutkan itu.

"Leaxure? Dunia Hebrs? Apa semua ni? Saya tak faham!!" Azalina mula gelisah. Serigala itu mendekatinya.

“MAAFKAN AKU! TAPI AKU TAK MAHU DUNIA INI MUSNAH. KAULAH KUNCI KEMUSNAHAN DUNIA INI! AKU HARUS HAPUSKAN KAU!" Azalina takut mendengar kata-kata serigala itu. Dia pantas berlari ke dalam hutan yang berdekatan. dia cuba melarikan diri sejauh yang mungkin. Tanpa disedari kakinya tersangkut diakar pokok-pokok yang berhampiran. dia jatuh tergolek-golek.

Tangannya tercedera. Darah mengalir laju. Azalina menangis. Kenapa semua makhluk disini aneh? Dunia ini menakutkan aku mahu pulang!! Azalina menangis dengan kuat. Dia terdengar bunyi benda bergerak di dalam semak berhampirannya. Dia cuba menahan tangisannya.

Aku tak mahu mati lagi!! Azalina memejamkan matanya. Terasa bahunya disentuh. 

"Jangan! Maafkan aku! Aku akan pergi dari sini! Maafkan aku!!" kata Azalina dengan tangisan. Mulutnya ditutup dengan tangan. Tangan?! Ada manusia lain selainnya disini? Pantas Azalina menoleh ke tepi. Seorang lelaki!!

#BERSAMBUNG...

Hye semua.. harap korang boleh komen untuk membantu Asyu memperbaiki karya ini ye.. ^_<

Thursday, 19 September 2013

DUNIA YANG HILANG (DYH) 1



BAB 1

Kereta dibawa laju. Azalina masih mamai. Mengapa dia berada di dalam kereta ini? Azalina pantas bangkit dari kerusi belakang lalu duduk. Dia memandang orang yang memandu. Siapa lelaki itu?

"Kamu siapa?" tanya Azalina yang tidak sudah-sudah memegang kepalanya. Pening. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Azalina mula cuak. Pemakaian lelaki itu agak pelik. Seluruh bajunya berwarna hitam. Muka lelaki itu juga tidak kelihatan kerana ditutup dengan mantel. Lelaki itu turut memakai kaca mata hitam. Sejuk sangat ke? desis hati Azalina.

"Kenapa kamu diam? Mana ibu dan ayah saya? Kita nak ke mana?" bertubi-tubi soalan diluahkan. Namun tiada satu pun dijawab. Hati Azalina mula gusar. 

"Awak jawablah! Awak!" geram dengan kebisuan lelaki itu. Azalina memukul kerusi lelaki itu. Kereta mula hilang kawalan. Lelaki itu berpaling sepertinya marah dengan tindakan Azalina. Tidak, lelaki itu memusingkan kepalanya tanpa mengerakkan badannya! AYAH! IBU TOLONG!

Azalina kaku. Dia bagaikan terpukau. Lelaki itu menanggalkan kaca matanya. Mata coklat hazel itu membuat Azalina makin kaku. Badannya sudah menggigil. Mantel turut dibuka. Ya Allah, makhluk apa ini? Dia bukan manusia. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini!

"SELAMAT  TINGGAL AZALINA." desis makhluk yang tidak dapat dikenal pasti oleh Azalina. Makhluk itu tiba-tiba melompat dari kereta. Azalina terkedu! 

Kereta masih bergerak laju. Azalina cuba untuk ke tempat duduk hadapan. Namun, tidak sempat dia ke tempat duduk hadapan. Kereta terlanggar divider lalu berpusing beberapa kali. Azalina tidak sempat duduk lalu terhumban ke cermin depan dan terpelanting ke tengah jalan.

"Sa.. sakitnya. To.. Tolong.. sa.. saya sakit.. To..tolong.." Azalina cuba mengamit seseorang yang berada di situ. Seorang lelaki. Ya, itu yang Azalina pasti. Dia cuba memanggil lelaki itu. 

Lelaki itu bagai mula sedar yang Azalina berada tidak jauh daripadanya lalu berlari mendapatkan Azalina.

Tangan lelaki itu mula mengangkat Azalina yang terbaring lemah. Azalina dapat lihat di salah satu jari lelaki itu terdapat sebentuk cincin platinum. Cincin itu bertahtakan permata berwarna hitam. 


Dengan kudrat yang masih ada Azalina cuba melihat wajah lelaki itu. Namun dia terlalu lemah dan akhirnya pandangannya gelap. Segelap langit malam tanpa bintang dan bulan. Cuma Azalina terasa dirinya disedut oleh sesuatu tarikan yang kuat dan akhirnya dia tidak sedar.



         *****


Azalina terjaga saat dia terasa badannya bagai dipukul ombak. Hampir separuh badannya basah. Mukanya turut dibasahi. air itu termasuk ke dalam mulutnya. Masin. Matanya terus terbuka luas.


Ya Allah! Aku di mana? Cantiknya, Subhanallah! Hanya itu yang terdetik di hati Azalina. Persisiran pantai itu berkelipan. Seperti ada kehidupan lain disitu. Azalina cuba mengapai benda yang bercahaya itu. Namun dia tidak mampu mencapainya. Benda yang bercahaya itu pantas melarikan diri.


Dia cuba mengejarnya. Dengan badan yang terhuyung hayang dia cuba mengejar benda yang kelihatan seperti amoeba itu. 

Sekejap. Kenapa pantai ini terlalu sepi? Tiada unggas yang bersahutan dan juga tempat itu seperti tidak pernah dijejaki manusia. Terlalu sempurna seperti tidak pernah ada manusia di situ.


Azalina menjerit mencuba jikalau ada manusia yang berhampiran. 

"Ada orang tak?! Ada orang tak dekat sini?!"Jerit Azalina. Setelah beberapa kali menjerit Azalina terduduk lemah. Keadaannya yang dahaga dan juga lapar membuat dia terbaring tidak mampu untuk bersuara apatah lagi berjalan.

Dia akhirnya terlelap.


#BERSAMBUNG... 



Monday, 16 September 2013

BILA SI DIA MODEL CUM AKTOR





 “Okey, cantik! Last one, okey we’re done.. thanks Akmal good job!”  Isme, si juru gambar menaik ibu jarinya. Akmal mengangguk perlahan sambil tersenyum.

Pembantu peribadinya menghampiri sambil menghulurkan tuala. Akmal yang kelelahan menyambut pantas, dia agak runsing dengan keadaan yang agak sesak. Para peminatnya mula menyerbu dia. Inilah pekara yang paling dia tidak sukai bila mengadakan pengembaraan diluar.

Entah pihak mana yang menghebohkan perkara ini. Jangan kata Syafiqah atau lebih dikenali sebagai Ika yang menghebohkan perkara ini. Minah seorang ni memang nak kena. Tangan pantas mendail nombor Ika.

“Hello, assalamualaikum.. Weih, Ika kau yang heboh pasal aku ada shooting ye??” tanpa menunggu salam dijawab Akmal terus menyerbu Ika dengan soalan.

“He he he.. kenapa dah sesak ek kat sana?” tanya Ika tanpa membalas soalan Akmal.

“Haah memang sesaklah! Kau ni buat kerja tak reti nak kasi tahu akukan!”

“Ala... janganlah marah.. Aku buat semua ni sebab kau baru je jadi model. Kalau kau nak jadi artis yang terkenal kau kena ada fan group. Aku pun buatlah untuk sahabat tersayang..” kata Ika dengan nada yang sengaja disayukan.

“Hm.. banyaklah kau.. Mesti leader group tu kaukan? Huh! Kau tahukan aku penat... Janganlah heboh-hebih pasal shooting aku. Nanti aku buat satu perjumpaan dengan ahli kelab kau tu..” ujar Akmal yang mula surut marahnya. Tahu teman baiknya hanya mahu impiannya yang satu tercapai.

“He he he mana tahu yang aku leader group tu? Serius ke kau nak buat fan meets ni???” tanya Ika yang mula nyaring suaranya dihujung talian. Akmal menjauhkan telefonnya, bibir tersungging senyuman.

“Hum.. betullah.. Kau nak ke tak? Last offer ni..” Akmal menahan ketawa.

“Nak laaaa!!!” jerit Ika dihujung talian. Akmal ketawa terbongok-bongok. Kelakar sungguh minah seorang ni. Baru dia tawar nak buat fan meet dah menjerit macam kena histeria.

“Ha ha ha.. Okey.. aku faham... Minggu depan schedule aku tak ada apa-apa..  So Sabtu.. Tempat semua kau yang setkan..” ujar Akmal sambil meneliti buku atau handbook PAnya.

“Okey, okey.. Pasal tempat tu jangan risau pandai la aku nak setkan.. Jumpa Sabtu minggu depan tau Akmal! Thank you so much! Ni yang aku sayang kau ni!!” ujar Ika yang terlalu gembira. Akmal terkesima, Sayang? Dia sayang aku?

“Erk.. maksud aku sayang kau sebagai kawan aku la.. Hehehe okeylah.. Assalamualaikum.. Jumpa nanti!” ujar Ika sambil menamatkan panggilan.

Akmal memegang dadanya. Seumur hidup (buat masa sekarang) belum pernah dia rasakan debaran macam ni.  Ika, Syafiqah gadis itu sudah sebati dengan hidupnya. Sejak dia berumur 15 tahun, gadis itu setia disampingnya. Kawan terbaik yang pernah dia ada. Cuma kebelakangan ini, perasaannya terhadap Ika mula berubah. Sejak dia lihat kesungguhan Ika menunaikan impiannya iaitu menjadi artis yang dikenali ramai. Saat gadis itu sanggup terima cemuhan daripada peminat model lain, terima balingan telur busuk semata-mata untuk melindungi dirinya. Tiba-tiba dia rasa malu, malu apabila perempuan yang melindunginya bukan dia yang melindungi perempuan.

“Akmal, you will be late for next shooting!” laung PAnya dari van khas untuknya. Lamunan Akmal terhenti. Dia tersenyum mengenang betapa bodohnya dia menaruh perasaan pada teman baiknya sendiri. Kepala digeleng perlahan. Kaki mula melangkah ke van. Hati mula menafikan perasaan yang ada. Yang penting kerjayanya, kalau tidak sia-sia jugalah pengorbanan Ika untuknya.


(~|>_<|~)


Ika mengeliat malas. Sedari jam 8 pagi tadi dia menghadap komputernya. Selepas menghebohkan perjumpaan yang akan diadakan pada Sabtu minggu depan dia turut muat naik beberapa foto Akmal di group Akmal’s Journey di akaun Facebooknya. Selepas itu pula, dia mengupdate pasal Akmal di blognya yang boleh tahan la popularnya.

Akmal. Satu-satunya teman baiknya. Maklumlah sejak dia berpindah dari sekolah lamanya, dia rasa terasing akibat rupanya. Tapi nasib baik ada Akmal. Bila teringat Akmal masa sekolah dulu memang rasa tak percaya Akmal boleh jadi sehandsome sekarang. Dulu Akmal boleh tahan gempalnya cuma akibat tinggi tak nampak sangat gempal dia tu. Memang Akmal tinggi, kalau Ika ni berdiri tepi Akmal mesti diaorang kata Ika ni budak sekolah. Yelah Ika ni paras dada Akmal je. Memang tinggi dah gaya macam zirafah je.. He he he macam Kwang Soo pelakon Runningman tu.. dahlah muka pun ada iras model dengan pelakon Korea tu.

Tapi Akmal sejak sekolah dah handsome, walaupun dia gempal masa tu habis semua pelajar perempuan duk kejar-kejar dia. Macamlah tak ada lelaki lain.  Ika memang sayang sangat dekat Akmal. Tapi dia sendiri tak pasti sama ada sayang sebagai kawan atau lebih. Yang pasti Ika nak Akmal capai apa yang diimpikan. Sebab tulah Ika asyik promote Akmal.

Girls’ Generation make you feel the heat
And we’re doin it we can’t be beat
(B-Bring the boys out)
We’re born to win, Better tell all your friends
Cuz we get it in You know the girls
(Bring the boys out)
Wanna know my secrets but no I’ll never tell
Cuz I got the magic touch and I’m not trying to fail
That’s right (Yeah fly high!) And I (You fly high!) Can’t deny
I know I can fly
I know life is a mystery, I’m gonna make history
I’m taking it from the start
Call all emergency, I’m watching the phone ring
I’m feeling this in my heart (My heart)
B-Bring the boys out
Girls’ Generation make you feel the heat
And we’re doin’ it we can’t be beat
(Bring the boys out)
We’re born to win, Better tell all your friends
Cuz we get it in You know the girls
(Bring the boys out)
Girls bring the boys out!

Telefon yang memekik kuat diangkat malas. Ika mendekatkan telefon di telinga.

“Assalamualaikum. Woi, Ika kau dekat mana??” Ika mengurut dada terkejut dengan nada suara Akmal yang tinggi.

“Waalaikumsalam, dekat rumah la. Kenapa?” tanya Ika sambil menguap.

“Oit, kot ye pun mengantuk cuba cover sikit bunyi menguap tu.. Huish.. macam boleh bau je mulut longkang kamu dekat sini.. uwek~!” Sengaja Akmal mengusik Ika. Ika dihujung talian menarik muka. Kurang asam boi betul si model ni! Ada ke kata mulut aku mulut longkang!! Ini mengundang marahhh~!!

“Fine... Mulut aku bau longkang. Mulut kau mau tandas!! Hambik kau~!!” jerit Ika. Geram. Akmal ni memang la memang!!

“Ala.. tandas bukan sebarang tandas! Tandas ada air freshener tauuu!! Kau ada?” tanya Akmal sambil menahan ketawa.

“Eghh!! Tekanan aku! Kau nak apa call aku ni? Saja nak sakitkan hati aku??” tanya Ika dengan hati yang panas. Nak sahaja dia membalas kata-kata Akmal tadi tapi dia tahu makin dilayan makin menjadi-jadi lelaki ni.

“Ala~!! Tak menjadi taktik aku rupanya.. isk isk.. Tak dela.. aku nak ajak kau keluar ni.. Nak tak? Aku nak bagitau satu berita terlebih baik ni!” ujar Akmal sengaja menambah debar Ika.

“Ye ke?? Hump.. okey bagi aku 20 minit! Kita jumpa tempat biasa ke kau ambik aku?”

“Jumpa tempat biasa la.. kereta aku masuk bengkel. Jangan lambat 20 minit jee!!”

Alright boss! Aku kan punctual jumpa nanti!” telefon dicampak ke katil selepas talian dimatikan. Dengan segera dia bersiap. Karang bising pulak pak cik sorang tu!


Padang  di pinggir bukit itu kosong. Memang tempat ini tiada orang yang nak hinggap. Tak semua orang tahu. Melainkan Ika dan Akmal yang jumpa tempat ni secara kebetulan semasa bersembunyi dari cikgu sebab ponteng untuk ke audition model.

Ika mengeluh, macam la tak ada tempat lain. Tempat banyak nyamuk ni jugaklah dia nak ajak jumpa Akmal ni!

“Hish, mana mamat berlagak ni!!” ujar Ika seorang diri.

“Oh.. aku mamat berlagak yerk!!” Akmal menahan geram. Bibir diketap kuat.

“Eh, he he he kau ada rupanya... >_< sorry la aku bengang kau lambat sangat!” ujar Ika dengan bibir sengaja dijuihkan.

“Hm.. yelah, ni aku nak kasi tahu yang.. aku.. dapat... dapat..”

“Dapat apa? Ish, kau ni saje jekan?!” lengan Akmal dicubit.

“Adoi! Aku dah dapat tawaran berlakon!!” ujar Akmal sambil menggosok-gosok lengannya yang sakit.

“Betul? Betul ke ni? Isk.. isk.. akhirnya.. Kawan aku ni isk.. isk..” Ika menangis. Akmal cuak melihat Ika menangis tiba-tiba.

“La yang kau nak nangis ni kenapa?” tanya Akmal sambil menghulurkan sapu tangan miliknya.

“Isk.. isk.. Kau dapat juga jadi berlakon. Benda yang kau idam-idamkan.. akhirnya.. isk isk” air mata masih galak mengalir. Terharu sangat dengan apa yang berlaku.

“Haish, perempuan ni memang la.. Cengeng la kau ni!” kepala Ika diusap-usap.

“Isk.. dah la kau belanja aku makan tau sebab dapat kerja ni!” ujar Ika yang sudah berhenti menangis. Akmal mengangguk.

“Ika sekejap.” Tangan Ika ditarik perlahan. “Terima kasih sebab sudi sokong aku selama ni!” ujar Akmal ikhlas. Ika terkesima, matanya bertentang mata Akmal. Menghantar satu debaran pelik ke dalam hatinya. Kenapa debaran ini harus ada?

“Ika.. aku.. aku suka kau..” nak tak nak sahaja suara Akmal keluar. Walaupun perlahan Ika mendengarnya. Kepala digeleng. Tak mungkin dia nak terima Akmal. Lelaki itu baharu sahaja melonjak naik ke dunia seni. Dia tak mahu menarik lelaki itu kembali ke dunia lamanya. Gadis sepertinya tidak layak untuk Akmal. Selamanya tidak layak.

“Kau merepek apa ni Akmal?” marah Ika.

“Aku cakap benda yang betul. I love you, Ika!” Ujar Akmal dengan serius. Dia tak tahan dengan perasaannya sendiri.

“Kau jangan nak merapu kita kawan! Kawan! Titik!” ujar Ika satu-satu.

“Ika jangan nak nafikan perasaan tu! I know that you love me too!” Ika mengeleng.

“Akmal selama ni aku sokong kau, aku sentiasa dengan kau sebab kau kawan terbaik aku! My truely friends! Kau jangan buat aku serba salah!” Ika pantas melarikan diri. Dia tak sanggup menahan air mata lagi. Yang pasti air matanya tidak harus tumpah di depan Akmal.

Kau takkan mampu menutup rasa cinta kau dari aku, ika! Aku akan buktikan! Akmal menarik senyum. Dia nampak kesedihan di anak mata Ika saat menafikan rasa cinta itu.


(~{> ^<}~)


Sudah 6 bulan Akmal menghilangkan diri. Kali terakhir Ika berjumpa Akmal adalah ketika fan meet yang dianjurkan Ika. Saat itu Ika langsung tidak dapat berhadapan dengan Akmal. Dia hanya mampu menyorok sepanjang sesi itu.

Ika mengeluh. Adakah Akmal merajuk dengannya? Hari ini hari terakhir Akmal shooting drama bersiri. Ika kuatkan juga hatinya menjejakkan kaki ke tempat scene terakhir itu. Lagipun rasa rindu dalam hati ni tak dapat disorokkan lagi.

“Er.. Hai, Sam!” ujar Ika menegur PA Akmal. PAnya ada tuan punya PA tak ada pula. Ika terintai-intai, dalam khemah pun tak ada.. dekat tempat shoot pun tak ada. Manalah Akmal ni pergi.

“Hm.. Hai, yang you ni terintai-intai kenapa? Akmal tak ada dia pergi lunch. I pun nak pergi sana. Nak ikut ke?” tanya Sam yang sememangnya ramah itu. Ika teragak-agak.

“Boleh ke?”

“Kenapa pulak tak boleh jom la..” Mereka menuju ke restoran berhampiran tempat shooting. Ya Allah! Penuh! Sesak dengan manusia-manusia yang terpekik menjerit nama Akmal. Tak sangka dalam enam bulan Akmal boleh jadi sefemes ni. Ika tak terkata melihat peminat Akmal dah macam fanatik pulak.

“Hai Akmal! Ni Ika datang ni, I ajak dia join sekali. You don’t mind right?” Ujar Sam sambil menarik kerusi untuk Ika. He such a gentlemen. Bukan macam mamat berlagak tu... dah la lari dari dia. Sedih betul T_T

“Hm..” Aik, takkan tu je? Akmal ni saja nak buat aku makin bersalah ni.. isk.. isk T-T.  Ika tiba-tiba sahaja menangis. Kaget Sam dibuatnya. Akmal pula buat derk. Makin kuat tangisan Ika. Akmal ni memang mamat tak ada perasaan la!!!

“Ika, Ika you ni kenapa?” Tangan Sam pantas mahu mengelap air mata Ika. Panas pula Akmal melihatnya. Pantas dia menarik tangan Ika lalu keluar dari situ.

“Kau ni cengeng betul la!” ujar Akmal sambil melepaskan pegangan tangannya.

“Kau la punye pasal. Kenapa tak call jumpa aku 6 bulan ni? Kau saja je kan?” ujar Ika dengan tangisan yang masih membadai.

“Ish.. aku sibuklah. Kenapa kau rindu ke?” tanya Akmal mahu menduga.

“Er.. mana ada..” muka Ika mula memerah. Akmal tersenyum tahu apa sebenarnya perasaan Ika. Tak nak mengaku tak apa aku ada caranya..

“Okeylah, aku nak start shooting dah ni jom..” sebaik sahaja Akmal memasuki kawasan pengembaraan dia terus idserbu oleh para peminatnya. Ika menahan rasa. Dengan orang lain elok sahaja bahasanya. Comel je Ika tengok Akmal ni. Karang ada jugak yang kena gigit ni!

“Akmal!” hish, takkan nak panggil kau pulak tengah ramai orang ni? Akmal buat bodoh sengaja nak buat Ika marah.

“You ni janganlah layan diorang!” kata Ika yang runsing dengan gelagat peminat Akmal yang agak gedik.

“Kenapa? Jealous?” tanya Akmal sambil memberi senyuman manis kepada peminatnya.

“Tak adalah mana ada jelous...” gumam Ika sendiri.

“Hehehe jangan risau la.. Dia orangkan peminat aku so aku kena layan la..” ujar Akmal setelah agak jauh dari tempat yang sesak itu. Ika mengangguk faham.

“Hai sayang!” ujar seorang pelakon perempuan. Ika ternganga tengoknya cantik betul! Kalah Ika yang biasa-biasa ni.

“Hai baby, lambatnya you ni. I merajuk baru tahu.” Kali ini nak terjatuh rahang Ika mendengar jawapan Akmal. Biar betul! Sedewnyeee T-T

“Ala.. takkan itu pun nak merajuk..” ujar Pelakon perempuan itu sambil mengurut lembut bahu Akmal. Ika rasa nak menangis sahaja saat ni. Dah la lama tak jumpa, jumpa-jumpa Akmal dah ada awek sedihnya...

“Er.. tak apalah saya minta diri dulu..” Ika pantas keluar dari khemah Akmal. Akmal tersenyum sinis. Tak lama lagi Ika, kau pasti jadi milik aku...

“Eh, kenapa dengan kawan you tu? Dia salah faham ke?” tanya Shazana, pelakon perempuan tadi.  Terkejut dengan tingkah Ika. Selama dia berlakon dengan Akmal mereka memang suka buat lawak bodoh macam ni.

“He he he tak ada apalah.. Thanks kau memang dah banyak tolong aku hari ni!” ujar Akmal sambil membetulkan pakaiannya.


~(^_<)~


Macam mana ni? Kalau macam ni gayanya memang Akmal akan hilang dari hidupnya. Dia kena terus terang pasal perasaannya. Tapi macam mana? TING~! Idea sudah mari!!

Laptop dibuka. Video di on. Pakaian dibetulkan.

“Ehem, ehem.. Lagu ni khas saya tujukan buat Akmal. Semoga awak faham dengan isi hati saya. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi jadi kawan baik saya selama ni.”

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia”
“Awak, ketahuilah saat pertama kita jumpa masa form 3, saya dah jatuh cinta dengan awak. Tapi saya tak nak kehilangan persahabatan yang cukup berharga diantara kita. Sebab tu bila awak kata awak suka saya. Saya tak tahu nak balas apa.. Saya ni bukan cantik, kaya , atau pandai. Saya tak layak untuk awak. Saya hanya nak awak tahu. Semoga awak bahagia dengan si dia. I love you..” ujar Ika sambil tahan tangisannya. Dia terus post video itu di youtube dan facebook serta blognya. Harap Akmal tengok.

Silly girl.” Gumam Akmal yang baru habis menonton video itu.

“Aku tak pernah mintak awek yang pandai, cantik, atau kaya. Cukuplah kau yang setia menemani dan menyokong aku. Kau memang tak faham aku, Ika.”

Akmal mengusap mukanya. Pasti Ika sedih tatkala ini. Sedih kerana menyangka dia sudah punya yang lain. Akmal pantas mengambil kunci keretanya. Lalu ke rumah Ika.

Ika terperanjat melihat Akmal diluar rumahnya. Pantas dia turun dan ke luar. Kelihatan Akmal basah ditimpa hujan yang renyai-renyai itu.

“Kau ni tak pernah faham aku kan? Sekali aku cakap aku cinta selamanya aku cinta la!” jerit Akmal geram. Sekali lagi air mata Ika mengalir.

“Aku cinta kau, Nurul Syafiqah!” jerit Akmal. Ika tertawa dalam tangisan. Jiran mula mengintai. Ada juga yang merakam melalui telefon.

<3 (>3<) <3

“Ika.. janganlah ambik job tu. Awak tahukan saya cemburu!” kata Akmal dengan muka merah padam. Kerja Ika sebagai penyanyi memang menduga kesabarannya. Sejak Ika mengupload lagu yang dinyanyikan untuknya di laman sosial, terus Ika di scout dan diambil menjadi penyanyi di sebuah syarikat terkemuka.

“Ish.. awak ni!! Awak berlakon, jadi model saya okey je! Cuba kawal sikit cemburu awak tu!” ujar Ika.

“Saya lain, awak lain!” tegas Akmal.

“Tak ada lain-lain!”

“LAIN!”

“Tak kalau susah sangat kita kahwin!” ujar Ika tanpa sedar.

“Betul ke? Okey minggu depan saya masuk meminang!” ujar Akmal teruja. Ika ternganga.

“Alamak! Malunya aku..”Gumam Ika perlahan.

“Tak payah malu-malu. Nanti kitakan nak jadi suami isteri dah...” ujar Akmal nakal.

“Ish.. awak ni!” Ika mengetip isi lengan Akmal, geram.

“Arghh~!! Lari raksasa mengamuk!” Akmal berlari keriangan. Ika mengejar di belakang.

‘Siapa kata gadis biasa-biasa tak boleh dapat lelaki luar biasa?’ Ika tertawa bahagia. Akhirnya dia temui si dia, model cum aktor.

-BILA SI DIA MODEL CUM AKTOR-

Sunday, 15 September 2013

Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia

       Assalamualaikummmm~!! Nampak tak teruja je ni?? nampak x??

he he he dengan ini Asyu nak mengaku yang Asyu sangat-sangat berbangga dapat menjadi rakyat Malaysia. Malaysia tanah tumpah airku!!!  Asyu nak tanya siapa yang tak nak duduk Malaysia ni??

     Semua orang nak sebab Malaysia negara yang merdeka, yang punya segalanya malah kadar penangguran di negara Malaysia ialah yang paling minima. mana nak cari negara macam ni??

Btw happy Merdeka day and Malaysia days.





Malaysia MENANG~!! woHOO~!! 2-0 beb!!!







Kerana Kau Anjelku {KKA} 15

Bab 15


Pelik. Nada berasa hairan melihat Amir, ayah dan juga mamanya melayannya bagaikan tuan puteri. Nak kata hari jadi dia.. lagi dua bulan. Ish.. ish.. pelik ni. Mesti ada udang disebalik batu. Lantak la malas nak fikir dah... Baik dia buat benda lain. Nada rasa teringin pula nak tengok wayang. Hehe.. iklan di kaca televisyen menarik perhatian. Cerita hantu dari negara orang putih itu menjadi pilihannya. Tak sedar diri tu boleh tahan penakutnya.

“Mama.. Nada nak pergi tengok wayang boleh tak?” tanya Nada dengan suara yang manja. Linda mengusap lembut kepala anaknya sambil tersenyum.

“Wah! Cerita apa kak Nada?” tanya Danial dengan riak wajah yang teruja.

“Ish... sibuk saja budak ni! Orang nak pergi tengok cerita hantu. Best.. memang menakutkan o.. Tapi Nada nak pergi tengok seorang je.. hehehe” kata Nada sambil menjelirkan lidahnya. Terus Danial menayang muka masam.

“Hah, seorang je?! Kalau seorang mama tak kasi. Nak pergi.. pergi dengan Danial ke Amir ke Johan ke tak pun Izwan. Kalau si Aiman ada pun tak pe..” ujar Linda sambil memotong sayur yang bakal dimasak untuk mereka sekeluarga tengahari itu.

“Ala... mama ni.. Nada nak keluar seorang sekali sekala je.. Lagipun Nada dah besar dah 17 tahun..” ujar Nada dengan cebikkannya.

“Tak de, kalau nak keluar. Keluar dengan kami semua!” kata Amir sambil menunjukkan adik-adiknya yang lain. Nada mengeluh.

“Ala... ni yang tak best ni!” Nada menghentakkan kakinya.

“Tak de tak best.. tak best! Along belanja wayang sekali makan cum bolling kalau nak karok pun boleh, asalkan dengan kitaorang semua!” ujar Amir tegas. Mata Nada mula bersinar mendengar tawaran alongnya itu.

“Hurm.. tapi.. Nada nak Secret recipe tau!!” ujar Nada menjual mahal. Amir tersenyum lalu mengangguk. Nada pantas berlari ke biliknya mahu bersiap-siap. Amir ketawa kecil melihat telatah adiknya itu. Izwan, Johan dan Danial turut berlumba menuju ke bilik masing-masing. Sampai bertolak-tolak merebut tangga.

“Haih! Jangan nak tolak-tolak! Jatuh nanti!!” laung Linda yang seakan ngeri melihat telatah anak lelakinya. Ketiga-tiga berhenti berebut dan memberi tabik hormat kepadanya. Sekali lagi Amir dan Linda ketawa melihat telatah mereka. Amir juga menuju ke biliknya takut nanti dia pula yang lambat. Adik-adiknya boleh tahan garang juga, lebih-lebih lagi Nada.

“Assalamualaikum!!” tegur satu suara. Linda yang asyik mengemas meja menjawab perlahan. Lantas dia ke hadapan.

“Owh, Huzairil, masuklah. Nada tengah bersiap nak keluar dengan abang-abangnya dan Danial.” kata Linda tenang.

Huzairil berdiri diluar. Masakan dia mahu masuk. Rumah itu milik Huzairil dan dia berkata yang dia tidak akan sesekali masuk ke dalam rumah itu cukuplah sekadar diluar. Kelihatan Nada muncul dengan baju kasualnya. Anak gadis itu memang tidak suka bersiap seperti anak gadis lain. Jika anak gadis lain pastinya akan menilik muka dicermin tapi Nada berbeza, dia unik. Memang uniklah anak siapa? Anak Huzairil.

“Eh, daddy...” Nada nyata terkejut melihat kelibat daddynya.

“Hm.. Nada nak ke mana ni?” tanya Huzairil dengan penuh kasih. Sayangnya pada satu-satunya zuriat dia yang masih ada tidak terkata. Kalau boleh diundurkan waktu tidak mungkin dia tinggalkan Nada didepan rumah Huzairil. Dia kehilangan banyak waktu yang berharga bersama anaknya. Masa anaknya mula bertatih, mula menyebut 'Daddy' mula berlari dan mula menjejakkan kaki ke sekolah.

“Nada.. Nada nak keluar dengan along, angah, achik dengan Danial. Hurm.. daddy ada apa datang sini?” tanya Nada perlahan. Huzairil sedikit tersentak dengan pertanyaan anaknya.

“Maaf.. Maksud Nada.. Daddy.. erk..” Nada menayang muka serba-salah. Sungguh dia tidak bermaksud mahu melukai hati ayah kandungnya itu.

“Hm.. tak apa. Daddy tahu Nada tak bermaksud macam tukan?” Nada mengangguk perlahan masih merasa bersalah.

“Hah, ada kau dekat sini!” kata Amir dingin. Nada terkejut mendengar kata-kata alongnya. Pelik selama ini Amir tidak pernah meninggi suara apatah lagi menutur kata-kata yang agak kurang sedap didengar kepada orang yang lebih tua.

“Along!” tegur Linda. Dia takut anak lelakinya itu akan hilang kawalan. Dia tahu Amir kecewa dengan tindakan Huzairil yang mahu merampas Nada kembali.

“Apa? Mama nak along hormat dia? Hump.. along mintak maaf. Dengan orang macam ni memang along tak boleh nak hormat!” kata Amir tegas. Langsung dia tidak memandang Huzairil. Huzairil terkulat-kulat melihat Amir. Pelik dengan perubahan anak muda itu, adakah dia sudah tahu mengenai niatnya?

“Along ni kenapa? Diakan daddy Nada!” ujar Nada cuba menyedarkan Amir.

“Sekarang ni Nada nak menangkan dia pulak? Nada tahu tak dia nak buat apa? Tahu tak yang dia..”

“Along! Cukup Along!” ujar Linda dengan linangan air mata. Huzairil mengurut dadanya yang terasa sesak. Janganlah anak muda itu menutur hal itu. Biarlah dia sendiri yang membicarakan hal itu dengan anak gadisnya.

“Apa yang Daddy dah buat? Apa? Cerita pada Nada! Kenapa semua orang pelik hari ni? Nada tak faham!” Nada mula menangis. Runsing dengan aksi ahli keluarganya. Apa yang berlaku? Apa yang daddynya dah buat?

“Dia.. Dia nak ambik Nada balik! Dia nak rampas Nada dari kami!” suara Amir seumpama guruh yang membelah bumi. Nada terduduk. Tak mungkin daddynya mahu memisahkan dia dengan keluarganya. Huzairil jatuh terlentang tangan masih di dada.

“Huzairil!”

“Daddy!!!”

Nada pantas memangku kepala Daddynya. Menangis tidak tahu mahu bertindak bagaimana. Biarpun Huzairil begitu, dia masih daddynya. Ayah kandungnya.


'Ya Allah, lindungilah daddyku..' pinta Nada dalam hatinya.