SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Saturday, 21 September 2013

DYH 2




Azalina terjaga apabila silauan cahaya mentari menyentuh lembut kulit mukanya. Dia sangka dia hanya bermimpi. Ternyata ianya bukanlah mimpi semata-mata. Dia masih berada dipantai itu. Azalina terkesima melihat keindahan lautan itu. Airnya begitu jernih sehingga ikan yang berenang-berenang kelihatan seperti sedang berterbangan.





Perlahan-lahan Azlina cuba bangun. Perut yang lapar perlu diisi. Matanya meliar mencari makanan. Matanya terpaku pada sebatang pokok epal. Pelik... Masakan ditempat air masin ini boleh tumbuh sepohon pokok epal? terdetik diakal logiknya.



Azalina menghampiri pohon itu. Berpusing-pusing dia memastikan pokok itu bukanlah sekadar ilusi. Disentuh pohon itu. Ternyata kulit pokok itu kasar. Disentuh pula dedaun yang tergantung didahan. Hatinya bertambah yakin bahawa pohon epal itu bukan sekadar ilusi kerana dia terlalu lapar. Dipetik sebiji buah epal yang masak ranum, berwarna merah yang cantik.

Digigit epal yang cantik tanpa ada kesan cela yang ditinggalkan serangga perosak. Ya Allah! Sedap sungguh rezeki yang Engkau kurniakan ini.. Hampir menitis air mata Azalina apabila menikmati buah epal itu. Dia makan sehingga perutnya kenyang. Terasa tenaganya mula pulih. 


Matanya tiba-tiba mengesan satu objek yang aneh yang terdapat disebatang pokok kelapa yang berhampiran. Rupa binatang itu seperti ketam. Azalina cuba mendekati benda aneh itu. Tapi benda itu pantas melarikan diri ke semak berhampiran. Azalina tertawa sendiri apabila menyedari dirinya agak keanak-anakan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi dengusan yang aneh dari semak itu. Azalina memberanikan diri mendekati semak itu. Dia mahu melihat binatang apakah yang berbunyi itu..

"Ya Allah!" Jerit Azalina yang terkejut. Nafasnya mula turun naik, rasa panik mula menyerang apabila melihat seekor serigala yang luar biasa besarnya melompat dari semak itu. Serigala itu merenungnya bagaikan mahu menerkamnya. Pada saat ini Azalina merasakan nyawanya bagai berada dihujung tanduk.


“ KAU SiAPA?” kedengaran satu suara. Azalina pantas mencari dari mana datangnya suara itu dengan hujung matanya. Tapi yang ada cuma dia dan serigala itu. “ KENAPA KAMU MENCEROBOH KAWASAN AKU?"suara itu berkata-kata lagi. Kali ini mata Azalina terpaku pada serigala itu.

"Kamukah yang berkata-kata tadi?" tanya Azalina dengan nada suara yang perlahan. Takut pula dia jika serigala itu tiba-tiba mengamuk dan menerkamnya.

“ YA AKULAH YANG BERKATA-KATA! SIAPA KAMU DAH APAKAH NIAT KAMU DATANG KE MARI?" tanya serigala itu. Azalina menelan air liur yang terasa pahit.

"Sa..Saya Az.. Azalina. Sa..Saya sendiri ta..tak tahu ma.. macam mana sa..saya boleh ada dekat si.. sini.." Jelas Azalina tergagap-gagap. Peluh sejuk mula merenik di dahinya.  Serigala itu mendekatinya dan menghidunya.

“ KAMU MANUSIA?!!" tanya serigala itu dengan nada tidak percaya.

"Ya saya manusia!" Azalina merenung serigala itu.

“TAK.. TAK MUNGKIN RAMALAN KAUM LEAXURE ITU BENAR.. DUNIA HEBRS BAKAL MUSNAH?!" Kata serigala itu. Azalina tidak memahami sepatah pun kata-kata serigala yang menakutkan itu.

"Leaxure? Dunia Hebrs? Apa semua ni? Saya tak faham!!" Azalina mula gelisah. Serigala itu mendekatinya.

“MAAFKAN AKU! TAPI AKU TAK MAHU DUNIA INI MUSNAH. KAULAH KUNCI KEMUSNAHAN DUNIA INI! AKU HARUS HAPUSKAN KAU!" Azalina takut mendengar kata-kata serigala itu. Dia pantas berlari ke dalam hutan yang berdekatan. dia cuba melarikan diri sejauh yang mungkin. Tanpa disedari kakinya tersangkut diakar pokok-pokok yang berhampiran. dia jatuh tergolek-golek.

Tangannya tercedera. Darah mengalir laju. Azalina menangis. Kenapa semua makhluk disini aneh? Dunia ini menakutkan aku mahu pulang!! Azalina menangis dengan kuat. Dia terdengar bunyi benda bergerak di dalam semak berhampirannya. Dia cuba menahan tangisannya.

Aku tak mahu mati lagi!! Azalina memejamkan matanya. Terasa bahunya disentuh. 

"Jangan! Maafkan aku! Aku akan pergi dari sini! Maafkan aku!!" kata Azalina dengan tangisan. Mulutnya ditutup dengan tangan. Tangan?! Ada manusia lain selainnya disini? Pantas Azalina menoleh ke tepi. Seorang lelaki!!

#BERSAMBUNG...

Hye semua.. harap korang boleh komen untuk membantu Asyu memperbaiki karya ini ye.. ^_<

3 comments:

  1. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh *histeria*

    kak asyuu cepatan deh updatenya >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey dak techik.. hehehe kak asyu update ari Rabu yek...
      sibuk sikit dua tiga hari ni

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)