Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Showing posts with label DYH. Show all posts
Showing posts with label DYH. Show all posts

Monday, 23 December 2013

DYH 7

DYH 7



“Gila betullah kau ni, Leon!” marah Azalina yang sudah bersiap.

“Okeylah tu.. Comel je.. Puk..” Leon cuba menahan tawanya. Wajah Azalina semakin cemburut. Geram.

Siapa yang tak marah kalau satu badan dah kena calit dengan warna hijau?! Azalina melihat refleksi dirinya di cermin yang tersedia di satu sudut rumah itu. Huduhnyeeee~!!

“Leon, kenapa kau setuju dengan syarat bodoh si Rulth tu?”marah Azalina sambil mengusap pipinya yang berwarna hijau. Mulutnya tidak duduk diam, masih berkumat kamit memarahi Leon.

“Maaf. Hanya itu yang membuat kau kelihatan seperti makhluk dunia Hebrs ni.” Ujar Leon seraya memperkemaskan balutan pakaian ditubuh Azalina. Cuaca di dunia Hebrs ini tidak sesuai untuk manusia biasa seperti Azalina.

“Hm.. okey, aku faham.. Bila kita nak gerak dari sini?” tanya Azalina dengan mata bundarnya.

“Mengikut pengiraan aku, dalam 5 hari lagi baru kita boleh gerak..” ujar Leon dengan wajah yang serius.

“Kenapa lama sangat kita singgah perkampungan ini?” tanya Azalina yang mula rimas dengan perkampungan Feurk ini. Bukan dia tak suka, Cuma dia terasa bagai dikongkong. Walaupun di dalam hutan, dia masih boleh bergerak bebas tapi di sini, kakinya bagai di pasung.

“Aku dapat mengesan ada bau musuh di sekitar kita. Jadi untuk lebih selamat baik kita bersembunyi di kampung ini dulu.” Ujar Leon yang kini sedang bertenggek di tingkap dapur.

“Aku bosan..” ujar Azalina seakan membebel. Namun masih boleh didengari Leon.

“Aku tahu.. sebab tu aku nak ajak kau pergi melawat kampung ni... Kau nak tak?” tanya Leon. Azalina melihatnya dengan mata bersinar-sinar. ‘KELUAR?! Seronoknya...’ hati sudah berlagu riang. Kalau tadi Leon yang menunggu Azalina. Kini Azalina pula yang menarik Leon keluar dari rumah atau pondok yang mereka diami.

Leon menggeleng kecil. Perbuatan manusia ni memang senang diramal.

Azalina yang teruja memegang salji yang sejuk. Sesekali dia mengejar ternakan penduduk kampung. Ayam hitam yang dibela dalam kumpulan mengelupur lari apabila Azalina mengejar. Mesti fobia ayam itu melihat Azalina. He he he sebijik macam kanak-kanak riang.


“Makhluk di dunia ini pun makan ayam ke?” tanya Azalina dengan wajah teruja dan ingin tahu.

“Mestilah.. mahkluk di sini tak jauh beza dengan manusia di dunia kau..” kata Leon yang sedang berjalan ke arah selonggok kayu kayan yang dibuang.

“Oh..” Azalina berhenti mengejar ayam. Dia berdiri tegak sambil memerhatikan pergerakan Leon. Apa benda pulak la si Leon ni nak buat?

Tangan Leon lincah memotong dan mengukir kayu yang terbuang itu. Terkejut juga Azalina apabila kuku Leon yang asalnya cantik pendeknya, tiba-tiba menjadi panjang dan tajam seperti pisau. Kagum, seriau semuanya bersatu melihat perubahan Leon itu. Selepas beberapa minit Leon menghulurkan kayu yang telah cantik terbentuk menjadi.. sebuah slide yang halus ukirannya. Siap ada motif bunga-bunga lagi. Tapi kecut muka Azalina tengok gambar yang terukir ditengah-tengah slide itu. Gambar kartun seorang perempuan asyik mengejar ayam.

“Kau ni, Leon agak-agak la. Sengaja je nak kasi aku sakit hati!” Azalina memeluk tubuh. Merajuk. Sekali pandang macam couple paling romantik je kecuali tang Azalina jadi hijau tu. Dua kali pandang macam budak-budak tak cukup umur mengedik. Tiga kali pandang dah macam sewel. So konklusinya memang buruk sangat rupa Azalina masa ni.

“Tak payah nak merajuk huduh kau tau tak rupa kau sekarang ni?” tanya Leon direct. Lagi sentap la Azalina. Azalina pantas beredar meninggalkan Leon. Geram punya pasal.

“Kau nak jalan ke tak? Kalau nak naik benda alah ni!” arah Leon dengan muka yang tak boleh blah. Azalina rasa nak kasi lutut sama Leon. Hangin tau tak?!

Dengan muka marah ngan nak nangis Azalina naik jugak slide tu. Tak kan nak merajuk time-time ni.. melepaslah peluang dia nak tengok perkampungan Feurk dengan lebih jelas. Leon berdiri dihujung slide. Kakinya menendang kuat salji diatas tanah. Tersentak Azalina. Terasa dirinya melayang-layang. Kuat sungguh Leon ni. Slide yang meluncur laju menyebabkan Azalina berpegang kuat pada sisi papan itu.

“Wah~!!!!” jerit Azalina yang seronok. Apa pun dia tak kisah sekarang. Salji-salji yang terbang kerana tolak papan itu mengenai muka Azalina. Makin tersenyum lebar Azalina.

Leon memhentikan slide di suatu kawasan lapang. Azalina terpaku melihat kawasan itu. Putih kerana dilitupi salji. Leon yang sudah turun dari papan itu pantas menarik laju tangan Azalina menuju ke sebuah kolam yang sudah mengeras.



Leon melompat-lompat di atas kolam yang besar itu, mahu memastikan kolam itu benar-benar keras. Selepas berpuas hati, dia memanggil Azalina. Dengan teragak-agak Azalina menghampirinya.

Licin. Hampir sahaja Azalina jatuh tergolek. Leon memegang erat tangan Azalina. Azalina pada mulanya agak kekok namun lama-kelamaan dia semakin seronok. Ini ke benda yang orang panggil ice skating? Tanya Azalina di dalam hati.

“Ya..” jawab Leon seperti dalam membaca apa yang Azalina fikirkan. Azalina terpaku.

“Kau dapat baca apa yang aku fikirkan ke?” tanya Azalina yang mula berhenti bermain.

“Kalau ya macam mana?” tanya Leon ingin berteka-teki.

“Kalau ya.. aku kena la jaga-jaga. Karang buatnya kau terbaca fikiran aku pasal rahsia dunia aku tak ke mati aku nanti?” Leon tersenyum. Kali senyumannya manis. Semanis gula.

“Ya.. Jadi... kau jaga-jagalah. Jangan sampai terfikir mengenai rahsia dunia kau tu..” ujar Leon sambil meluncur ke sana sini. Azalina yang melihat rasa seronok. Perlahan-lahan dia cuba meluncur seperti Leon. Mereka bermain seperti anak kecil dengan riangnya.


“Kamu berdua ni siapa? Kenapa bermain di tempat kami?” tanya satu suara kecil. Azalina dan Leon terpaku. Leon tersenyum manakala Azalina menelan air liur. Takut rahsianya terbongkar. 


#bersambung...
#sambung lagi hehehehe..
#btw siapa pulak yang kacau azalina ngan Leon ni? kenapa Azalina takut rahsia terbongkar?
#agak2 korang siapa ek????

Tuesday, 17 December 2013

DYH 6

DYH 6




            “Hump..”keluhan muncul dari mulut Azalina. Matanya masih asyik memandang keindahan perkampungan Feurk. Asap putih keluar dari mulutnya setiap kali nafas dihela. Sejuk. Baju bulu tebal yang diberikan Leon diperkemaskan lagi kedudukannya. Entah bulu haiwan apa yang menutupi badannya, jangan bulu babi sudah la. Dia juga sudah dipesan berkali-kali oleh Leon agar memastikan badannya tidak kesejukan, jika tidak pastinya dia akan jatuh sakit. Pada perkiraannya hal itu pasti menyukarkan Leon untuk membantunya.

rupa perkampungan Feurk.


            Empingan ais halus disentuh Azalina dengan tangannya. Ingin merasai stuktur salji yang pertama kali dilihatnya. Sejuk... dan mencair saat empingan ais itu berada di atas tangan hangatnya. Dia tersenyum sendiri mengenang betapa jakunnya dia.

Matanya kembali menghala ke jalan kecil itu.  Dia masih menunggu Leon. Sejak makhluk Feurk yang bernama Rulth itu menghalaunya. Dia terpaksa meraya-rayau dihutan perkampungan Feurk ini. Leon pula asyik memujuk Rulth supaya membenarkan mereka bermalam di situ. Keadaan yang makin gelap membimbangkan Leon dan Azalina.

DESSUP! Azalina mengurut dadanya lembut. Terkejut dengan kemunculan Leon yang tiba-tiba. Dah tak ada cara lain agaknya si Leon ni, asyik nak melompat sahaja. Tak lama sangat Leo menghilang. Dalam sejam lebih. Itu pun kira lama jugalah, kerana Azalina sudah rasa nak beku menunggu makhluk penghisap darah manusia itu.

“Naik.” Hanya sepatah perkataan keluar dari mulut Leon. Azalina memandang kosong. Naik? Naik apa?

Geram dengan kelembapan otak Azalina memproses perintahnya, Leon segera mengendong Azalina. Tersentak sebentar Azalina. Cis.. Tak boleh ke cakap ‘aku nak gendong kau’. Ini main angkat-angkat pula. Nasib baik aku tak de heart attack. Kalau tak dah arwah dah. Astagfirullahalazim... mintak dijauhkan la.. aku rindu ibu dan ayah.. kalau aku nak mati aku nak mati di sisi mereka. Tapi haramkan aku bersentuhan dengan Leon ni.. Tapi.. diakan makhluk? Dia bukan manusiakan? Hurm... berdosa ke aku?


cam gini la kot rupa pondok tu dari luar.. luar huduh tapi dalam...


Asyik berfikir,Azalina tidak sedar dia sudah sampai di hadapan pondok kecil. Agak jauh dari perkampungan Feurk. Walaupun kecil dan hodoh rumah itu nampak selesa. Pendiang dihidupkan. Rasa basah dan sejuk mula menghilang. Azalina mula menanggalkan kot bulu tebal itu. Enaknya rasa ini. Panas. Seperti pelukan ayah dan ibu. Azalina termenung lagi. Rasa rindu mula menggila. Mungkin tadi rasa itu menghilang kerana dia disajikan keindahan dunia yang tidak terkata.

“Huh, nak nangis lagi la tu. Bosan aku, kau ni. Tak ada kerja lain ke?” rungut Leon yang sedang asyik mencampakkan kayu api ke dalam pendiang.

Azalina memandang wajah pucat Leon dengan tajam. Spoil mood dia nak menangis kacau daun betul makhluk ni. Dengan riak muka kosong, Azalina berjalan ke arah kerusi yang terdapat dipondok kecil itu. Mujur pondok kecil itu ada perabot dan barangan elektronik asas. Kalau tak mati kejung Azalina. Tapi yang peliknya rumah ni tak ada pemanas elektronik ke?

“Leon, rumah ni ada pemanaskan.. kenapa tak bukak je pemanas tu?”tanya Azalina apabila matanya menangkap kelibat alat pemanas itu.

“Erk.. Ada kot. Saja. Aku punya suka la nak pasang yang mana. Kau sibuk kenapa?” Sengaja Leon ubah topik. Malu kot? Aik, reti ke mahkluk hisap darah tu malu? Azalina angkat bahu, suka hati kaulah Leon!

“By the way.. macam mana kau boleh dapat kebenaran kaum Feurk tu untuk duduk sini?” tanya Azalina yang asyik menukar siaran. Wah.. televisyen di dunia Hebrs pun ada banyak channel. Dah macam Astro pulak Azalina tengok.

“Aku minta jasa baik dia oranglah!” ujar Leon seselamba yang mungkin. Tetapi terlihat dek Azalina reaksi yang agak mencurigakan.

“Tipu! Kau nak menipu tapi muka tu tak reti nak cover..  Makhluk macam kau pun tak reti  nak bohong ke? Cepat ceritakan hal sebenar!” Azalina dah mula cekak pingang. Geram dengan kelakuan Leon yang amat mencurigakan.

“Ala.. aku.. aku kasi tahu yang aku.. yang aku akan..”Putus ayat yang keluar dari mulut Leon.

“Akan apa?!” jerkah Azalina.

“Akan bunuh kau bila aku dah dapatkan rahsia dunia kau!” laju sahaja ayat itu keluar dari mulut Leon. Azalina ternganga. Betul ke? Betul ke Leon akan bunuh dia sebaik sahaja dia memberi tahu mengenai rahsia dunianya, dunia manusia.

Azalina mula berundur. Rasa takut mula menghurungi dirinya. Makhluk seperti Leon yang mengatakan akan membunuhnya memang harus dijauhi. Azalina mahu membuka langkah seribu. Biarlah dia sendiri yang mencari jalan keluar dari dunia ini.

“Kau tak payah fikir pun nak lari. Dah terlambat. Kalau kau lari, makhluk dunia Hebrs yang lain akan membunuh kau. Kalau kau berani langkah sahaja pintu itu. Pasti dalam 10 saat badan kau akan terpisah dari kepala kau tu..” ujar Leon yang kelihatan relaks duduk dikerusi malas.

Kata-kata Leon menyebabkan Azalina mengundurkan langkahnya. Tak jadi dia nak lari. Dibuatnya betul apa yang diberitahu Leon tak ke naya je? Terlepas mulut harimau masuk mulut buaya pula nanti.

“Habis tu? Kalau aku duduk sini dengan kau pun.. nasib aku sama je.” Ujar Azalina yang kelihatan runsing.

“Ye betul..Itu pun kalau kau beritahu rahsia dunia kau. Kalau tak aku terpaksa bantu kau.” Leon menekankan perkataan terpaksa.

Azalina mengerutkan dahinya. Leon seperti ikhlas nak membantunya. Tapi.. makhluk seperti Leon tak boleh dipercayai. Buat masa ini, Azalina memutuskan untuk terus berada disisi Leon namun dia perlu berhati-hati.

“Okey.. kalau macam tu aku tak akan beritahu apa-apa pun mengenai rahsia dunia aku.” Ujar Azalina seraya melangkah ke bilik yang pintunya terbuka. Pintu bilik itu segera ditutup. Lalu dikunci.

Leon tertawa kecil melihat telatah Azalina. Azalina, Azalina.. aku tak akan bunuh kau.. Selagi aku tak rungkaikan satu persoalan yang bermain di kepala aku.. selagi itu kau perlu hidup.

“Kita boleh duduk di kampung ni tapi ada syaratnya!” laung Leon.


“Hah?!” kepala Azalina terpacul dibalik pintu bilik itu. Leon hanya melemparkan senyuman sinis.

Monday, 2 December 2013

DYH 5

DYH 5


            Perjalanan masih panjang. Matahari semakin terik. Azalina mula memegang kepala, pening. Leon yang maju ke hadapan mula pelik. Azalina sejak mula berjalan asyik kicau tidak pernah senyap. Tapi tiba-tiba sahaja dia menjadi senyap. Pantas Leon menoleh ke belakang. Kelihatan Azalina sudah duduk sambil memegang kepalanya. Mungkin tidak selesa dengan perjalanan yang jauh ini.


            Leon turut berhenti, rasa kasihan pula dengan manusia ini. Dilihat Azalina dengan teliti. Lebih kurang sahaja dengan perempuan kaumnya. Cuma wajah Azalina lebih segar, lebih merah tanda bernyawa. Tidak pucat dan kulit Azalina tidak seperti kaumnya yang agak lutsinar memperlihatkan urat-urat yang berwarna kehitaman.


            Sudah agak lama mereka berhenti di sini. Leon sudah merasa aneh. Digerakkan tubuh Azalina. Azalina dengan mudah jatuh terkulai layu. Leon yang resah segera mendukung Azalina lalu berlari tanpa arah tujuan.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



            Azalina tersedar. Sekitarnya kelihatan aneh. Dia bukan lagi di tengah hutan di dunia Hebrs. Persekitarannya dipenuhi pasir seluas mata memandang. Kawasan itu sungguh terik. Terasa bagai matahari hanya berada dalam jarak sejengkal dari atas kepalanya. Tekak terasa pahit dan kering. Dalam kepayahan Azalina mula bangkit, cuba mencari air walau setitik untuk melegakan kehausannya.

            Namun kakinya bagai dirantai. Dia bagai dipasung kakinya. Lalu Azalina cuba merangkak namun bahagian pinggang ke bawahnya seperti sudah lumpuh. Kemudian dia cuba untuk mengengsot. Walau dengan seluruh tenaganya. Dia tidak mampu bergerak. Dengan mulut yang sudah pecah-pecah dek sudah lama tidak dibasahi air, Azalina cuba memanggil sesiapa yang ada.

            “Ibu... a.. ayah.. Tolong Lina.. Sakit.. Haus..” Hanya bisikan halus yang keluar dari mulut mungilnya. Kesakitan mula mencengkam. Di sisi kiri kanan badannya, keluar  beratus-ratus kala jengking. Kesemua kala jengking itu mula menyerang tubuhnya. Bisa-bisa sengatan kala jengking itu mula mengalir ke seluruh tubuhnya melalui urat-urat diseluruh tubuhnya.           

            Disaat Azalina sudah tidak mampu memanggung kesakitan yang teramat dia terdengar satu suara memanggil namanya. ‘Azalina’              

            ‘Azalina.. Kamu akan terseksa begini sekiranya kamu tidak berubah. Sudah lupakah kamu pada tuhanmu? Pada yang Maha Esa? Berubahlah kamu sebelum terlambat. Ini Cuma satu peringatan. Ingat tiada tuhan melainkan Allah S.W.T. . Jika Dia mengatakan KunFaYaKun.. Maka jadilah ia..’ Serentak dengan penghabisan kata-kata dari suara yang Azalina tidak tahu milik siapa, dia terjaga.

            Azalina pantas memeriksa kiri dan kanannya. Dia bukan di padang pasir yang panas terik itu. Kini dia berada disebuah rumah. Adakah dia sekadar bermimpi?  Benda  yang diimpikan itu terasa begitu benar. Terasa bahang matahari dan bisa dari kala jengking itu meresapi ke seluruh tubuhya.

            Betapa takutnya dia jika perkara itu terjadi. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Tuhan? Ya, sejak dia tercampak ke dunia ini dia menjadi lalai. Sebagai seorang umah yang baik dia seharusnya menghadapi badai ini dengan lebih tabah dan mendekatkan diri ke pada yang maha Esa. Dia, sebaliknya hanya tahu berdoa.. solatnya terus kiok a.k.a tak dibuat langsung.

            Dikira-kira berapa hari dia di sini. Sudah hampir seminggu dia meninggalkan solatnya. Dengan linangan air mata Azalina cuba bangkit mahu menunaikan solatnya. Namun seluruh badannya terasa berat. Dia hanya mampu teresak-esak.


            Leon terkejut melihat Azalina yang teresak-esak menangis. Dia segera menghampiri Azalina.


            “Kau okey ke tak?” tanya Leon yang tidak tentu arah. Tadi manusia ini pengsan tiba-tiba. Kemudian bila sedar menangis teresak-esak. Sihat ke manusia ni atau dia telah diserang penyakit misteri makhluk dunia Hebrs ni?


            “Aku.. aku nak solat..isk..isk..” Leon menayang muka pelik. Pelik sebab Azalina guna kata ganti diri yang lebih mesra dan lebih pelik mendengar satu perkataan asing ‘solat’.


            “Solat apa benda tu?”tanya Leon. Azalina yang teresak-esak seperti tidak menyedari persoalan yang diujarkan Leon.


            Azalina cuba bangkit kali ini dia berupaya bangun. Lalu perlahan-lahan dia menapak ke bilik air. Leon masih terkebil-kebil cuba memahami apa yang berlaku. Perbuatan Azalina yang pada mulanya berdiri tegak kemudian membongkok lalu sujud mengundang tanda tanya di hati Leon. Pergerakan apa yang dibuat Azalina ni?


            Seusai solat barulah Azalina sedar yang dia berada di dalam sebuah bilik yang mempunyai kelengkapan moden yang lengkap. Elektrik, air malahan televisyen turut ada di bilik itu. Mungkinkah dia sudah kembali ke dunianya?


            Tetapi ia Cuma harapan. Di sebelahnya terdapat Leon yang merenungnya dengan pandangan mata yang tajam.


            “Kita ada di mana ni?” tanya Azalina dengan wajah yang berkerut.


            “Kita berada di perkampungan Feurk. Kenapa kau benda tadi?”persoalan Leon sekali lagi tidak dihiraukan..


            “Feurk? Maknanya kita baru suku perjalanan.” Rungut Azalina perlahan.



            “Kamu sudah bangun... Sekarang kami tidak dapat membantu kamu lagi. Harap kamu dapat beredar dengan segera.” Ujar seekor makhluk yang mempunyai kulit hijau dengan bentuk badan seperti manusia. Azalina terpaku. Sekali lagi dia diterpa keanehan.                                                                                                                         

Wednesday, 27 November 2013

DYH 4



Azalina melihat luka di tangannya. Sudah kering, perlahan-lahan dia mencuci kesan darah yang masih ada di lengannya. Sebentar tadi dia sempat berjalan-jalan mencari buah-buahan untuk makan malamnya. Nasib baik ada buah ceri liar berhampiran air terjun kecil itu. Tak perlulah dia berjalan jauh semata-mata untuk mengisi perut.

pic pinjam je*





Buah ceri yang dipetik digigit perlahan. Rasa seperti ceri liar di dunianya.Ya, dunia asalnya. Dunia yang dirinduinya. Air mata mula mengalir kembali. Rindu sudah mengebu di hatinya. Rasa ingin menjerit sahaja ketika ini. Tapi risau pula dia sekiranya Serigala itu datang mencarinya. Dia turut risau dengan kemunculan makhluk aneh yang menyerupai manusia itu.




Dingin malam semakin mencengkam tubuhnya. Matanya mula kuyu akibat dibuai angin dingin apabila saat matanya hampir tertutup... ada suatu objek jatuh betul-betul didepannya. Bukan jatuh sebenarnya tetapi melompat dan mendarat dengan cantik sekali. Mulut Azalina ternganga. Hilang terus rasa kantuknya.




Ternyata lelaki yang merupakan makhluk aneh itu rupanya yang melompat tadi. Pakaian makhluk yang aneh yang dikenali sebagai Leon itu sudah bertukar.

Kali ini lelaki itu tampil lebih tampan dari kali pertama Azalina melihatnya. Azalina bagaikan terpukau melihat ketampanan Leon di dalam baju kemeja hitam itu. Ralit dia melihat keindahan dunia itu. Namun dia juga pantas tersedar, bahawa lelaki itu boleh membunuhnya dalam sekelip mata.


Leon itu merupakan vampire kalau ikut definisi orang Inggeris la. Kalau ikut orang melayunya puntianak atau langsuir. Azalina mula menjauhi lelaki itu. Tapi perkara itu agak susah untuknya. Tarikan Leon seakan-akan terpancar kuat dan menyebabkan Azalina semakin menghampiri lelaki itu.


"Kenapa wajah awak begitu menarik?" tanya Azalina diluar sedar. Kalau sedar tiada makna dia nak mendekati lelaki yang cuba memakannya. Leon tersengih. Bertambah-tambah rasa kagum di hati Azalina melihat keindahan itu.


Leon memetik jarinya. Tap. Azalina seakan terjaga. Kini wajah Leon tiada lagi aura yang menariknya untuk mendekati lelaki itu.


"Apa benda tadi tu? Kenapa saya jadi macam tu?" soalan demi soalan mula muncul dari mulut mungil Azalina.


"Hm.. Tadi tu aura yang dimiliki oleh kaum aku, kaum Xrex. Aura itu bertujuan supaya kami  tidak akan kelaparan." Leon tersenyum melihat manusia itu. Ini merupakan kali pertama seorang manusia memasuki dunia mereka. Dan mengikut kata-kata Leaxure manusia yang berjaya masuk ke dunia ini akan memusnahkan dunia mereka, dunia Hebrs. Dinding yang selama ini melindungi mereka dari dunia manusia bakal musnah. 


Dan mengikut ramalan, mereka akan musnah akibat ketamakkan manusia yang berada di dunia itu. Ini bermakna kedatangan Azalina akan mengundang berlakunya pelbagai perkara buruk yang pastinya memecah belahkan dunia ini. Azalina merupakan satu entiti yang perlu dihapuskan oleh makhluk di dunia ini.


"Buat awak tak kelaparan maksudnya?" tanya Azalina. Dia mula menjauhi lelaki itu. Takut juga kalau vampire itu mula menggila.


"Maksudnya... makanan akan menyerah diri..." senyuman sinis bermain dibibir Leon.  Azalina mula bangkit. Bersedia untuk melarikan diri. Gila namanya jika masih berada di sisi lelaki yang inginkan darahnya.


Bagai memahami apa yang difikirkan Azalina, Leon mula menghalang laluan Azalina. 


"Kau tahu kau bakal dibunuh oleh makhluk-makhluk yang mendiami dunia Hebrs ni?" tanya Leon seraya melangkah ke arah Azalina, mengunci pergerakan Azalina apabila gadis itu sudah terkepung olehnya.


"Saya tak faham... Dunia Hebrs? Dunia apa ni? Bagaimana caranya saya boleh pulang ke dunia saya balik?" tanya Azalina dengan mata yang bergenang.


"Hehehe.. balik ke dunia asal kau? Itu aku tak tahu. Kalau nak maklumat tentang perkara tu kau kena rujuk kaum Leaxure. Hanya mereka mempunyai ilmu pengetahuan paling tinggi dalam dunia ini. Mereka juga boleh meramal..." Terang Leon. Entah kenapa dia boleh berani membantu manusia ini. Padahal manusia ini berkemungkinan akan memusnahkan dunianya. Manusia itu punya sesuatu.. sesuatu yang membuat Leon ingin membantunya.


"Owh... saya perlu berjumpa dengan mereka.." Azalina menguatkan semangatnya. Rindunya kepada ibu dan ayah amat menyesak dadanya. Dia perlu pulang!


"Benda tu tak mustahil tapi.. Kau akan hadapi banyak lagi makhluk aneh seperti serigala itu dan aku.."kata-kata Leon menyentak hati Azalina.


"Tapi... tapi... saya mesti pulang.." Azalina sudah berbelah-bahagi. Rasa takut mula menyelubungi dirinya. Namun dia harus berani, jika tidak dia pasti mati disini. Bayangkan baru sehari dua di sini dia sudah diburu oleh seekor serigala yang boleh berkata-kata. Menakutkan!!! Dari dia mati tanpa membuat apa-apa, baik dia mati selepas berusaha.


"Saya tak kisah! Di mana lokasi kaum Leaxure tu?" tanya Azalina yang mula bersemangat kembali.


"Dibalik bukit Wouxe. Kau perlu mengharungi hutan, tasik dan berjalan di atas laluan yang berada di atas lautan yang mempunyai pelbagai makhluk aneh yang merbahaya." terang Leon. Azalina mengangguk faham.


"Saya perlu bertolak.." ujar Azalina perlahan.


"Aku boleh tolong kau.." kata Leon itu mengundang rasa senang dan gementar di hati Azalina. Selamatkah dia dengan Leon?


"Jangan risau. Aku takkan apa-apakan kau. Aku akan pastikan kau pulang. Supaya dunia aku ni terjamin.." Azalina mengangguk. Keluhan lega mula kedengaran dari mulut Azalina.


"Bila kita bertolak?" Tanya Azalina tidak sabar.


"Bila pagi menjelma... kau tidur dulu.. Kau tu manusia.. Manusia yang lemah.." ujar Leon seraya melompat ke pokok.. Lalu hilang ditelan kegelapan malam.


Pelik.. hanya itu desis hati Azalina sebelum dia lena diulit mimpi.


Pagi mula menjelang. Azalina terkejut melihat persekitarannya. Tempat tidurnya berubah! Dengan pantas dia bangun meneliti dimana dia berada. Dia masih di dalam hutan. Cuma pokok-pokok sudah tiada daun seperti sudah gugur.. dan rimbun pokok renek mula dipenuhi bunga.


Seperti telah berlaku pertukaran 2 musim dalam masa yang sama. Azalina ralit melihat pemandangan yang indah itu.




"Kau dah bangun? Kita boleh gerak sekarang." Leon muncul ditepi dengan pakaian berbeza. Terdetik dihati Azalina, dimana Leon mendapat pakaian ini semua? Ada kedai ke di dunia ni? Pelik.... 


Kali ini Leon memakai baju yang dikhaskan untuk mendaki. Macam serius saja perjalanan yang bakal mereka lalui sebentar nanti.


"Ba.. baik." Azalina segera mengejar langkah Leon yang sudah jauh dihadapan. Nasib baik hari ni tak pula Leon lompat-lompat. Kalau tak penat Azalina nak kejar.


Perjalanan mereka bermula. Berjayakan Azalina pulang ke dunianya kembali? Selamatkah mereke?



#At last... huhuhu siap jugak bab 4 ni.. Maaf klu x best sgt.. Asyu klu dah lama takk sambung memang cam ni le jadinya...
#nantikan bab 5 DYH...



Wednesday, 25 September 2013

DYH 3



LEON SUDAH MUNCUL BAB NI.. HEHEHE


"Diam! Bau darah kau akan menjemput mereka!!" marah lelaki itu. Azalina terpaku melihat wajah yang kacak itu. Wajah lelaki yang sedang marah itu sangat menarik perhatian Azalina.

Kacaknya dia.. desis hati Azalina. Tapi.. kenapa gigi dia.. gigi dia bersiung??!! Azalina menilik lagi wajah itu. Seperti muka manusia biasa tetapi.. Ada satu aura lain daripada lelaki ini.


Pakaian dia juga seperti manusia biasa. Malah lebih smart daripada manusia biasa. Dengan kemeja di tuck-in, vest dan juga tie, nampak sangat-sangat... smart..

"Awak.. awak ni siapa?!" Tanya Azalina selepas lelaki itu tidak lagi menekup mulutnya.

"Aku? Leon.." Leon memerhati Azalina atas bawah. Hidung lelaki itu bergerak-gerak seperti cuba membau Azalina. Dahi Azalina berkerut-kerut. Busuk sangat ke bau aku ni? desis hatinya.

"Kau Manusia?!" sergah Leon. Azalina tersentak. Tanpa disedari dia hampir terjatuh ke belakang. Mujur Leon dapat menarik Azalina.

Leon mula tidak dapat mengawal dirinya. Bauan darah Azalina sangat menarik perhatiannya. Bauan itu membuat dia berasa lapar. Rasa lapar yang tidak pernah dia rasakan selama ini.

"Kamu ni kenapa?" tanya Azalina yang pelik dengan kelakuan aneh Leon.

"Kau.. Arghh!! Ikat luka kau sebelum kau kena makan! SEKARANG!" Leon pantas memanjat pokok. Cuba menahan dirinya daripada menyerang Azalina.

Azalina pantas mengoyakkan sedikit selendangnya. Lalu diikat luka di tangan kanannya. Matanya terpejam-pejam menahan sakit yang menyucuk-nyucuk.

"Ke.. kenapa dengan awak?" tanya Azalina takut-takut. Wajah Leon terselindung dibalik dedaun yang merimbun. Azalina cuba mengintai lelaki itu.

"Aku.. aku tak boleh bau darah manusia! Kau pergi dari sini sebelum kau jadi mangsa aku.." ujar Leon. Matanya bertukar dari warna Hazel ke warna Merah kehitaman. 


Azalina kaku. Dia tergamam dengan perubahan Leon. Ternyata Leon bukanlah manusia biasa sepertinya.  Leon tidak dapat menahan dirinya. Pantas melompat ke bawah. 

"Lari.. Lari! SEKARANG!!" Leon menjerit nyaring. dia mula berubah menjadi makhluk yang hodoh. Sangat hodoh sehingga Azalina tidak mampu mengeluarkan sepatah perkataan.

"SEKARANG!!" kali ini Azalina bagaikan kembali ke dunia nyata. Pantas dia berlari selaju yang mungkin. Setelah hampir 20 minit berlari tanpa henti akhirnya Azalina berhenti. Dia termengah-mengah. 

Kenapa sejak aku sampai di dunia ini aku asyik dikejar? Apa masalah mereka dengan manusia. Aku mahu pulang! Ibu, ayah.. Lina rindukan ibu dan ayah. Sesiapa tolonglah aku!! Azalina menangis tanpa bunyi. Hutan ini terlalu merbahaya untuknya.

Azalina terdengar bunyi air yang mengalir. Pasti ada anak sungai di sekitar tempat ini. Mungkin apabila dia berdekatan dengan sungai nyawanya lebih terjamin.

Azalina mengikut bunyi air itu. Semakin lama semakin kuat bunyinya. Azalina terpana melihat keindahan sungai itu. Walaupun batu-batuan sungai itu diselimuti lumut, keindahan tempat itu memang terserlah. 


Azalina mengaut air sungai yang jernih itu. Diteguk sedikit menghilangkan haus yang menggunung. Rasa air sungai itu begitu segar, mengembalikan tenaganya yang hilang itu.

Dia memerhatikan sekeliling. Mungkin tempat ini sesuai untuk dia bermalam. Kayu api senang didapati. Makanan dan minuman juga senang didapati. Azalina mula menguti kayu api. Takut pula melihat warna langit mula berwarna jingga. Bermakna dalam beberapa ketika nanti malam akan berlabuh.

#BERSAMBUNG

P/s : Jangn segan nak komen. Sebab hanya korang yg dapat bantu Asyu menjadikan karya ni lebih baik ^^

Saturday, 21 September 2013

DYH 2




Azalina terjaga apabila silauan cahaya mentari menyentuh lembut kulit mukanya. Dia sangka dia hanya bermimpi. Ternyata ianya bukanlah mimpi semata-mata. Dia masih berada dipantai itu. Azalina terkesima melihat keindahan lautan itu. Airnya begitu jernih sehingga ikan yang berenang-berenang kelihatan seperti sedang berterbangan.





Perlahan-lahan Azlina cuba bangun. Perut yang lapar perlu diisi. Matanya meliar mencari makanan. Matanya terpaku pada sebatang pokok epal. Pelik... Masakan ditempat air masin ini boleh tumbuh sepohon pokok epal? terdetik diakal logiknya.



Azalina menghampiri pohon itu. Berpusing-pusing dia memastikan pokok itu bukanlah sekadar ilusi. Disentuh pohon itu. Ternyata kulit pokok itu kasar. Disentuh pula dedaun yang tergantung didahan. Hatinya bertambah yakin bahawa pohon epal itu bukan sekadar ilusi kerana dia terlalu lapar. Dipetik sebiji buah epal yang masak ranum, berwarna merah yang cantik.

Digigit epal yang cantik tanpa ada kesan cela yang ditinggalkan serangga perosak. Ya Allah! Sedap sungguh rezeki yang Engkau kurniakan ini.. Hampir menitis air mata Azalina apabila menikmati buah epal itu. Dia makan sehingga perutnya kenyang. Terasa tenaganya mula pulih. 


Matanya tiba-tiba mengesan satu objek yang aneh yang terdapat disebatang pokok kelapa yang berhampiran. Rupa binatang itu seperti ketam. Azalina cuba mendekati benda aneh itu. Tapi benda itu pantas melarikan diri ke semak berhampiran. Azalina tertawa sendiri apabila menyedari dirinya agak keanak-anakan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi dengusan yang aneh dari semak itu. Azalina memberanikan diri mendekati semak itu. Dia mahu melihat binatang apakah yang berbunyi itu..

"Ya Allah!" Jerit Azalina yang terkejut. Nafasnya mula turun naik, rasa panik mula menyerang apabila melihat seekor serigala yang luar biasa besarnya melompat dari semak itu. Serigala itu merenungnya bagaikan mahu menerkamnya. Pada saat ini Azalina merasakan nyawanya bagai berada dihujung tanduk.


“ KAU SiAPA?” kedengaran satu suara. Azalina pantas mencari dari mana datangnya suara itu dengan hujung matanya. Tapi yang ada cuma dia dan serigala itu. “ KENAPA KAMU MENCEROBOH KAWASAN AKU?"suara itu berkata-kata lagi. Kali ini mata Azalina terpaku pada serigala itu.

"Kamukah yang berkata-kata tadi?" tanya Azalina dengan nada suara yang perlahan. Takut pula dia jika serigala itu tiba-tiba mengamuk dan menerkamnya.

“ YA AKULAH YANG BERKATA-KATA! SIAPA KAMU DAH APAKAH NIAT KAMU DATANG KE MARI?" tanya serigala itu. Azalina menelan air liur yang terasa pahit.

"Sa..Saya Az.. Azalina. Sa..Saya sendiri ta..tak tahu ma.. macam mana sa..saya boleh ada dekat si.. sini.." Jelas Azalina tergagap-gagap. Peluh sejuk mula merenik di dahinya.  Serigala itu mendekatinya dan menghidunya.

“ KAMU MANUSIA?!!" tanya serigala itu dengan nada tidak percaya.

"Ya saya manusia!" Azalina merenung serigala itu.

“TAK.. TAK MUNGKIN RAMALAN KAUM LEAXURE ITU BENAR.. DUNIA HEBRS BAKAL MUSNAH?!" Kata serigala itu. Azalina tidak memahami sepatah pun kata-kata serigala yang menakutkan itu.

"Leaxure? Dunia Hebrs? Apa semua ni? Saya tak faham!!" Azalina mula gelisah. Serigala itu mendekatinya.

“MAAFKAN AKU! TAPI AKU TAK MAHU DUNIA INI MUSNAH. KAULAH KUNCI KEMUSNAHAN DUNIA INI! AKU HARUS HAPUSKAN KAU!" Azalina takut mendengar kata-kata serigala itu. Dia pantas berlari ke dalam hutan yang berdekatan. dia cuba melarikan diri sejauh yang mungkin. Tanpa disedari kakinya tersangkut diakar pokok-pokok yang berhampiran. dia jatuh tergolek-golek.

Tangannya tercedera. Darah mengalir laju. Azalina menangis. Kenapa semua makhluk disini aneh? Dunia ini menakutkan aku mahu pulang!! Azalina menangis dengan kuat. Dia terdengar bunyi benda bergerak di dalam semak berhampirannya. Dia cuba menahan tangisannya.

Aku tak mahu mati lagi!! Azalina memejamkan matanya. Terasa bahunya disentuh. 

"Jangan! Maafkan aku! Aku akan pergi dari sini! Maafkan aku!!" kata Azalina dengan tangisan. Mulutnya ditutup dengan tangan. Tangan?! Ada manusia lain selainnya disini? Pantas Azalina menoleh ke tepi. Seorang lelaki!!

#BERSAMBUNG...

Hye semua.. harap korang boleh komen untuk membantu Asyu memperbaiki karya ini ye.. ^_<