Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday 7 February 2013

PUTERI HATIKU >o< 1


PUTERI HATIKU >o<

BAB 1

Orange berlari riang. Seronok dapat membebaskan diri daripada kawalan pengawal peribadinya. 24 jam diperhatikan membuat Orange rasa dikongkong. Tanpa disedarinya, Orange melanggar seseorang.

“Adoi... Sakitnya buntut aku.. Kau ni buta ke perempuan? Mata letak dekat mana?”tengking lelaki yang dilanggar Orange itu. Orange terpaku.

“Woi, dengar tak? Takkan pekak pulak? Hoi!”jerit lelaki itu.

“Hm...”Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Orange. Buat pertama kalinya dia ditengking. Perasaan gemuruh, teruja, seronok, mula bercampur baur di dalam diri Orange. Tangannya meraba-raba lantai. Mencari kaca matanya yang terpelanting saat dia berlanggar dengan lelaki itu. Teringin Orange melihat lelaki yang berani menengkingnya.

“Hish, menyusahkan betullah perempuan ni! Kalau dah rabun tu buat la cara rabun!”sedikit keras suara lelaki itu. Menyampah agaknya dengan Orange. Namun, tangannya masih mengunjukkan kaca mata Orange. Orange masih meraba-raba lantai, ternyata dia tidak nampak kaca mata yang berada ditangan lelaki itu. 'Ingatkan rabun tahap biasa.. ini dah kira rabun tahap gorila ni.. Aku dok layang-layangkan spek ni depan mata dia pun tak nampak jugak...' Tangan Orange dicapai. Cermin mata bertukar tangan. Muka Orange seakan kemerah-merahan saat tangan lelaki itu bersentuh dengannya. Lelaki itu mengelengkan kepalanya. 'Naif betul..'getus hati lelaki itu.

“Terima kasih!”ucap Orange yang ternyata teruja melihat wajah lelaki tersebut. 'Ingatkan rabun je.. Rupanya gila.. ish..ish.. Kesian pulak..'tanpa sedar kepala turut digoyangkan. Orange memandang pelik lelaki yang baru dikenali itu.

“Saya Orange!”ujar Orange bersemangat. Tangan dihulurkan.

“Hm.. Aku Kira..”ujar Kira selamba. Tangannya masih menyambut huluran salam perkenalan Orange. Yelah cikgu dia kata, kalau tak layan orang gila macam perempuan ni, nanti orang gila tu mengamuk.

Mata Kira asyik mengerling jam. Sepatutnya sejam yang lalu dia ditemu ramah oleh ketua pengawal diraja. Penat dia melatih diri selama ini. Sehingga sekolah ditinggalkan. Nampaknya cita-citanya terpaksa terkubur. Impiannya untuk melindungi keluarga diraja Kiw tidak dapat ditunaikan. Kira terduduk mengenangkan hasrat tidaak kesampaiannya.

“Kenapa awak nampak sedih?”tanya Orange. Kira yang tengah bersedih hanya mampu memandang pelik ke arah perempuan cilik itu. Perempuan itu memerhatikan dirinya, seolah-olah dirinya ini alien.. Pelik juga dia, bagaimana istana ini boleh membenarkan orang gila sebegini berkeliaran.

“Saya sepatutnya melapor diri..”tak sempat Kira nak habis cerita Orange sudah menyampuk.

“Pengawal diraja?”tanya Orange yang tiba-tiba bersemangat. Kira turut bersemangat, dia yakin perempuan itu tahu dimana bilik yang dicari-cari sejak dua jam yang lalu.

“Ya, Orange tahu dimana?” Tanya Kira dengan mata yang bersinar. Orange mengangguk.

“Boleh awak tunjukkan jalan..”pinta Kira penuh berharap.

“Awak suruh be.. Saya?”tanya Orange teruja. Kira mengangguk. Hampir-hampir sahaja Orange melompat kegirangan.

“Okey, serahkan sahaja kepada Put.. Eh, Orange! Hah, serahkan sahaja kerja ini kepada Orange!”tangannya memukul-mukul perlahan mulutnya. Hampir-hampir dia mendedahkan identitinya sebagai Tuan Puteri negara Swerd. Dia masih belum puas dilayan bagaikan rakyat biasa. Kira sekadar mengangkat kening. Pelik betul kelakuan perempuan ini. Lantaklah yang penting kerja yang diidam-idamkan berada di dalam tangannya.

Orange melangkah mendahului Kira. Kira pantas membuntuti langkah Orange yang padanya amat hyperaktif itu. Pelik dengan gelagat perempuan nerd itu. Seronok sangat dapat jadi kuli dia. Sampaikan jalan pun melompat-lompat riang. Suka hatilah perempuan nerd.. asalkan bahagia sudah.. Erk, sejak bila pulak Kira ni jadi manusia yang prihatin ni?

“Tuan..”senyap terus suara semua pengawal di dalam bilik itu. Orange pantas meletakkan jari telunjuknya di mulut. Takut kalau-kalau orang bawahannya terlepas cakap.

“Awak semua ini ada orang baru! Nama dia Kira. Sila berbaik dengan dia ya!”kata Orange bersemangat. Kira sedikit tersentak.

“Orange! Saya belum diterima lagilah!”kata-kata Kira mengundang pandangan dari semua yang ada. Kira sedikit kaget. 'Apahal pulak dia orang usha-usha aku ni?' Kira berdehem. Takut jugak dia bila semua pengawal itu memandangnya dengan riak macam nak telan orang sahaja.

“Awak ni kenapa? Berpeluh pulak tu. Panas ke?”tanya Orange sambil tersenyum manis. Semua pengawal seakan-akan terpesona melihat senyuman manis lagi ikhlas dari Orange. Kira turut memandang wajah Orange apabila semua memandang wajah itu. 'hm.. boleh tahan. Wajah bujur. Putih melepak. Mata bulat. Bibir.. bibirnya berwarna merah semulajadi. Hidung tidak terlalu mancung tetapi elok terletak. Comel.. Aik... kenapa aku kata dia comel? Dah la pakai spek mata besar! Rabun tahap gorila! Clumsy tak hinggat!' tanpa sedar mata Kira menganalisis wajah dan paras rupa Orange.

“Mana ada comel!”tanpa sedar kata-kata itu tercetus dari mulut Kira. Orange memandangnya pelik. Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka.

“Robert!!!”jerit Orange. Tangannya memaut lelaki yang baru masuk. Robert mengosok kepala gadis yang manja itu. Kira terlopong.

“Hai.. Princess. How do you feel today?”tanya Robert mesra. Tapi tak padan dengan wajahnya. Wajahnya jelas menunjukkan dia seorang yang sangat serius. Kira teragak-agak mahu menyapa ketua pengawal diraja itu.

“Oh, ada orang lain. Siapa ni Princess Orange?”tanya Robert kepada tuan puteri itu.

“Pengawal Puteri yang terbaharu.”Jelas Orange sambil berpaut dilengan Robert yang besar dan gagah. Dia suka bergayut dilengan lelaki yang sudah dianggap sebagai abangnya itu.

“Hm.. not bad!”ujar Robert selepas menilik seluruh badan Kira.

“Saya diterima berkerja ke?”Tanya Kira tidak percaya.

“Yup! Princess sendiri request awak. So mestilah lulus.”kata-kata Robert itu mengundang ketawa dari Kira.

“Hahahaha apa yang encik Robert merepek ni? Siapa princess?”tanya Kira yang masih dengan tawanya.

“This! This is Princess Orange, princess of Swerd.”sekali lagi Kira terlopong. Princess?!

“No!!!!!”jerit Kira sebelum rebah.



idea muncul 6/2/2013
Hai semua!!! hihihi cerita lain tak habis lagi.. Asyu dah masukkan entri baru chum cerita baru..
cerita kali ni berunsurkan fantasi n magik.. ni baru pengenalannya belum main point dia.. hahaha watak2 dia jelas menunjukkan cerita ini tak berkaitan dengan yang hidup atau mati..
jika itu takdir kita Asyu tengah taip. kalau sempat malam ni jugak Asyu masukkan. Hahahah don't worry.. cerita2 yang lain tu akan Asyu sambung waktu cuti ni!!! YEay sok LASt sekOLah!!! Pasni penuh la blog Asyu... BTW HAPPY HOLIDAY !!!!
sayang korang semua >_<

3 comments:

  1. Rasa macam baca komik Kreko / Gempak dan yang sewaktu dengannya.. hahahahah

    ReplyDelete
  2. Gud luck 4 u stpm candidates.. Btw , love your karya... Mcm Baca komik anime... =)

    ReplyDelete
  3. thanks tia fatiah and syah shah... hehehe dulu cita2 nak jadi kartunis.. tapi tak kesampaian jadi.. nak cuba buat cerita yang berunsurkan manga...:)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)