Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Wednesday 7 August 2013

IBU... AMPUNKAN DAKU!!

Bab 4

Mariana tersenyum riang. Jika 6 hari yang lalu dia bermuram durja hari ini dia berasa sungguh gembira. Sebab hari ini merupakan hari terakhir dia akan menghadap muka senior sengal itu siapa lagi kalau bukan si Irsyad. Ahli kumpulannya berasa pelik pula dengan keriangan tahap maksimum Mariana itu.

“Haiya, lu manyak hepi.. Wa tau kenapa lu hepi. Hahaha wa pun manyak hepi! Lepas ni kite tak payah tengok itu orang..” ujar Ah Mei mengundang ketawa yang lain.

“Hehehe wa tau lu manyak pandai! Lengloi wa tak tau lu pun tada mau tengok itu orang..” ujar Mariana dengan loghat cina yang dibuat-buat. Akma dan Shafiq ketawa melihat telatah kawan baru mereka itu. Si serius Emy asyik menghadap bukunya. Kelas belum mula tetapi gadis ini sudah ralit dengan buku sem pertamanya.

“Haiya... wa pun takda suka sama itu senior.. suka buat kacau sama kamu.. Ada ka Mar yang manyak comel ni dia olang pegi kacau! Wa manyak hangin woo!” beria-ria Ah Mei menyatakan pendapatnya. Mariana tersenyum sahaja. Untungnya dia dapat berjumpa dengan orang yang mengambil berat tentang dirinya.

“Ni yang buat aku sayang kat kamu ni!!” ujar Mariana sambil mencubit pipi Ah Mei yang lebih kurang serupa sahaja dengan pipinya. Cuma Ah Mei lebih kurus daripadanya. Ah Mei sudah mecebik, tunjuk protes la tu sakit kena cubit dengan Mariana.

“Sukanya depe ni Irsyad tak sedar yang muka senior-senior ni jugak kamu kena hadap bila dah masuk kuliah nanti. Tak lari punya.. lagi-lagi kalau ada yang satu course walaupun berlainan sem tapi tempat kuliah still sama tau..” ujar Alif sambil mengangkat keningnya. Habis hilang muka-muka yang ceria tadi.

Irsyad hanya memandang kosong ke arah juniornya. Namun apabila pandangan matanya menghala ke arah Mariana terus sahaja pandangan Irsyad penuh perasaan. Seram sejuk pulak Mariana macam dia ada hutang dengan mamat sengal ni.

Mariana hanya menayang muka toya. Malas nak layan senior-senior ni. Asyik dia je kena buli. Menyampahnya dia dengan fasi yang ada ni. Irsyad rasa sakit hati pula gadis tembam itu mendiamkan diri. 'Huh, sombong kau hari ni! Tak apa tunggu sekejap bak kata Awie' Irsyad melangkah ke arah Mariana dengan langkah yang angkuh. Mariana hanya melihat tanpa perasaan. Padahal dalam hati dah dup dap dup dap. 'Mamat sengal ni kenapa pulak... Dia ni mesti nak pedajal aku lagi ni..'

“Kau, budak tembam bangun!” Arah Irsyad kasar. Semua yang melihat mengerut kening lebih-lebih lagi pelajar orentasi. Dah tahu sangat mesti Irsyad tak puas hati dengan Mariana tu. Mariana masih dengan muka selambanya bangun menghadap Irsyad kononnya tak takut la tu.

“Aku nak kau kilatkan kasut aku ni!” sekali lagi keluar arahan entah apa-apa dari mulut Irsyad. Irsyad pun tak tahu kenapa dia selalu sangat kasi idea yang merapu.

“Ta..tapi...” tergagap Mariana.

“Tak ada tapi, tapi! Kau kena buat juga kalau tak... Kau tahu la nasib kau lepas start sem 1 ni..” nada suara Irsyad membuat Mariana tegak duduknya, terkejut. Suara bisikan mula kedengaran. Mungkin mereka kasihan dengan nasib Mariana.

Dengan muka yang tersenyum Mariana mengambil kasut Irsyad dan mula mengilatkan kasut itu. Terkedu Irsyad dengan tindak balas Mariana. Tiada bantahan atau rungutan. Malah Mariana melakukan kerja yang disuruh dengan gembira. Siap menyanyi kecil pula tu.

'Kenapa dia happy sangat ni? Mesti ada udang disebalik batu ni..' muka Irsyad berkerut tidak puas hati. Apa yang dia tidak puas hati pun dia tak tahu.

0_0


Akhirnya tamat juga minggu orentasi dia. Walaupun hari orentasi yang terakhir ini makin teruk dia dibuli dia tak kisah sebab lepas ni... tak kan ada istilah buli membuli. Jam sudah menunjukkan 10 malam. Hari ini mereka lepaskan awal memandangkan esok akan bermula kuliah yang pertama. Mata Mariana masih belum mengantuk lalu diambil telefon bimbitnya. Hadiah dari abang Ar sempena kemasukkan dia ke universiti.

Tangan laju mendail nombor ibunya. Rindu kepada ibu, abang Ar, Sya dan Nuar makin membuak-buak. Lama Mariana menanti panggilan dia dijawab. Akhirnya kedengaran juga suara yang dirindui.

“Assalamualaikum ibu...” teruja Mariana menutur kata.

“Waalaikumsalam Mar anak ibu... Mar sihat?” tanya Puan Manisah cuba menahan sayu yang tiba. Betapa dia rindukan anaknya yang satu ini.

“Ibu... Mar sihat je.. Mar rindu dekat ibu dengan abang dan adik-adik. Mar rasa nak balik je..” ujar Mariana sambil menahan tangis.

“ Kenapa dengan anak ibu ni, hurm? Mar yang ibu kenal orang yang kuat semangat!” Puan Manisah risau dengan perubahan emosi anaknya.

“Hidup dekat sini bukan macam yang Mar bayangkan, Ibu Mar nak balik.. please ibu. Mar rindu dekat adik-adik dengan abang Ar..” mutiara jernih mula menitis. Jari-jemari mengesat laju. Takut pula Kari, Kak Ana dan Lily tahu dia sedang bersedih. Mereka sudah hanyut dibuai mimpi.

“Mar! Ibu tak nak dengar Mar merapu! Ibu tahu anak ibu kuat, tabah, sabar... Ibu nak Mar teruskan perjuangan Mar.. Faham?!” tanya Puan Manisah dengan air mata yang turut berlinangan.

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi! Ibu nak Mar teruskan, faham?!” ujar Puan Manisah tegas.

“Faham..” sayu sahaja suara Mariana. Kedengaran bunyi katil bergerak. Terus sahaja Mariana meminta diri kepada ibunya. Dikirim salam sayang buat abang dan adik-adiknya. Lalu panggilan dimatikan. Terus sahaja Mariana melelapkan mata.


^____^

Mariana mengeliat malas. Solat subuh sudah ditunaikan tapi masih mengantuk. Tubuh disandarkan ke katil. Kelas pertamanya bermula pukul 10 pagi masih awal lagi untuk dia pergi. Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi. Lily dan Kari sudah ke kuliah. Kelas mereka bermula pada jam 9 pagi. Budak ekonomi la katakan. Semangat betul budak dua orang tu. Kak Ana sudah keluar mencari makanan lapar katanya.

Tanpa disedari dia terlelap lagi.


“Ya Allah!! aku dah lambat!!” jerit Mariana seorang diri. Jam sudah menunjukkan pukul 8.50 pagi. Kelam kabut Mariana menyiapkan dirinya. Kaki laju berlari ke stesen bas khas untuk pelajar yang duduk dihostel. Nasib baik masih ada bas.

“Apalah nasib.. dahlah hari first.. aku terlambat pula.” rungut Mariana seorang diri.

Dengan langkah longlai, maklumlah ada dalam 40 minit sebelum kelas bermula, Mariana melangkah ke cafe. Teringin pula nak makan bihun goreng pedas. Laju sahaja Mariana melabuhkan punggung di satu meja yang kosong. Satu-satunya meja yang kosong ketika itu. Makanan di order. Tak sampai sepuluh minit makanan pun sampai. Mariana yang sudah tersedia lapar terus makan makanan itu biarpun masih panas.

“Sorry, this is my seat..” ujar seorang jejaka. Mariana memadang lelaki itu. Macam kenal tapi siapa?

“Ops, sorry..” Mariana pantas bangun.

“Hei, awak makan aja sampai habis. Tak apa. Saya tak kisah..” ujar lelaki itu. Mariana duduk kembali cuba menghabiskan makanan biarpun terasa seperti tersekat ditekak. Maklumlah asyik ditenung lelaki itu. Cepat sahaja bihum itu dihabiskan, mata sudah berair menahan pedas. Lantaklah asalkan dia jauh dari lelaki itu. Menakutkan sungguh renungan lelaki itu. Taulah dia gemuk, lelaki itu kacak, kurus, berkumis nipis, bibir merah tanda tak merokok.. Aik sempat pula dia menilik lelaki itu. Mariana bangun meninggalkan meja dan lelaki itu.

“Awak.. jumpa sekejap lagi..” panggil lelaki itu sambil menghulurkan tisu dan berkata seperti mengenali Mariana.

Mariana terpaku. Siapa lelaki itu? Dia kenal ke?

#bersambung

#hehehe entri raya tu.. lepas raya baru boleh update.. sorry ye semuaaa... >_< bian~!!



3 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)