SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Tuesday, 6 August 2013

PA >>> MISS BOSS~!! (~^O^~) Part 2 ~END~

S
edar tak sedar sudah hampir 5 bulan Afiq bekerja dengan Bad aka Badlisyah. Rupa-rupanya selama ini bosnya itu seorang perempuan. Kalau bukan sebab ayah Bad datang ke bilik mencari Bad sebulan yang lalu, confirm sampai sekarang dia tak tahu Bad tu perempuan. Bengang juga dia rasa, macam ditipu padahal dia sendiri tak pernah nak tanya walaupun dia sendiri ragu-ragu dengan jantina bosnya itu. Dalam rasa sebal tu, dia rasa lega sebab, Bad tu perempuan. Selama 4 bulan yang pertama dia gelisah apabila berdekatan dengan Bad. Dia mempunyai perasaan yang kuat kepada Bad, dia takut, dia terpesong semata-mata kerana wajah Bad yang keperempuanan. Kini, dia lega, boleh la lepas ni dia nak tackle si Bad ni.. hehehe

            “Assalamualaikum, Afiq kenapa awak senyum seorang-seorang ni? Bad ada?”tanya Encik Shamsul yang baru tiba. Matanya melilau mencari kelibat anak tunggalnya.

            “Eh, Encik Shamsul! Cik Bad, dia keluar sebentar, Encik masuk la dulu.” Afiq tersipu-sipu apabila Encik Shamsul perasan dia tersenyum seorang diri. Encik Shamsul terus melangkah ke bilik anaknya. Afiq pula pantas ke pantri membancuh air memandangkan Mak Cik Seri yang bertugas sebagai tea lady tidak hadir. Tiba di pantri Afiq tergaru-garu kepalanya. ‘Air apa pulak bos besar dengan bos kecik ni minum? Hurm.. bantai sahajalah... milo 3 in 1 sudah...’ Tangannya ligat mencapai 2 paket Milo 3 in 1. Bunyi deheman dibelakangnya membuatkan dia terperanjat. Tanpa sengaja air panas yang sedang dituang ke dalam mug tertumpah sedikit ke tangannya.

            “Ya, Allah! Sorry la Afiq, I tak sengaja!” Nini kelam kabut menarik tangan Afiq ke sinki. Dibilas lembut tangan Afiq. Rasa bersalah semakin menebal melihat wajah putih Afiq berpeluh kesakitan.

            “Eh, tak apa.. I okey je..” Rimas pula Afiq apabila tangan Nini tak lepas dari memegang tangannya. Padahal rasa perit diawal tadi sudah menghilang. Nini buat-buat bodoh. Dia terus membelek tangan Afiq. Afiq yang dah mulai rimas menarik kasar tanganya dari pegangan Nini. Milo panas dibawa ke depan. Afiq berpaling ke belakang. Dilemparkan senyuman manis kepada Nini tanda terima kasih kerana mengambil berat. Nini terkesima melihat wajah kacak Afiq tika itu.

            “Sorry, lambat!” ujar Afiq setelah meletakkan air dihadapan Encik Shamsul dan Bad. Bad menjeling tajam. Entah kenapa perasaannya jadi kacau-bilau melihat tangan Afiq dipegang mesra oleh Nini si penyambut tetamu.

            “Memang la lambat, kalau asyik mengatal aja kerjanya!” Bentak Bad tiba-tiba. Afiq terkejut mendengar nada suara Bad. Selama ini gadis itu tidak pernah nak marah. Encik Shamsul turut terkejut. Bad yang dia kenal tak pernah nak ambik kisah tentang hal-hal kecil ini. ‘Ini mesti ada apa-apa ni..’ desis hati Encik Shamsul sambil merenung Bad dan Afiq.

            Terkulat-kulat Afiq apabila mata Bad tak lepas merenung tajam wajahnya. ‘Apahal pulak minah ni.. Renung-renung pulak, dah la mata dia tu bulat. Karang kena cium baru tahu!’ Makin resah Afiq direnung tak lepas oleh Bad. Encik Shamsul menahan ketawa melihat aksi Afiq yang tidak selesa dengan tenungan anaknya.

            “Bad.. Bad okey ke? Kenapa marah-marah ni? Datang bulan ek?” usik Encik Shamsul mahu menduga riaksi Bad.

            “Apa ayah ni..” ujar Bad tersipu-sipu. Malu apabila ayahnya menyebut tentang hal perempuannya didepan lelaki kesayangannya. ‘Gulp! Lelaki kesayangan??? Hati aku ni biar betul.’ Peluh mula merintik di dahi Bad. Gelisah dengan persoalan yang timbul di benak fikirannya.

            “Hahahaha... Okey Afiq awak boleh keluar..” gelak Encik Shamsul senang dengan perlakuan anaknya. Ternyata hati anaknya masih untuk seorang lelaki. Bukan perempuan seperti yang dirisaukan. Afiq yang termangu-mangu pantas keluar dari bilik itu.

            “Ayah ni... kenapa gelak pulak?” tanya Bad yang rimas dengan ketawa ayahnya. Encik Shamsul tersengih.

            “Yang Bad tu? Mengamuk tak tentu pasal dengan Afiq tu kenapa?” Tanya Encik Shamsul dengan senyuman lebar.

            “Erk.. Dia.. dia menggatal! Hah, dia menggatal dengan penyambut tetamu kita.” Ujar Bad yang gelisah. Dia dapat rasakan ayahnya sudah dapat menghidu perasaannya yang dihiasi rasa cemburu.

            “La.. kenapa pulak Bad nak marah. Biarlah dia. Lagipun dia bujang, si penyambut tetamu kita pun bujang kalau tak silap ayah..” kata Encik Shamsul menduga Bad. Makin merah muka Bad menahan amukan cemburu dihati. Dia rasa bagaikan ayahnya menyokong Afiq dan Nini.

            “Salah la.. bila Bad kata salah! Badkan bos!” ujar Bad yang ternyata tak mampu menahan rasa cemburunya.

            “Hurm.. yelah tu.. Cakap jelah yang Bad dah jatuh suka dengan Afiq tu..” provok encik Shamsul lagi. Bad mengigit bibir menahan rasa malu.

            “Mana ada ayah ni..” ujar Bad sambil jari-jarinya bermain dengan hujung pen.

            “Tak mengaku sudah. Ni ayah datang ni nak ingatkan kamu, tempoh untuk mencari bakal suami kamu tu tinggal sebulan sahaja lagi. Ingat kalau tak ada, ayah jodohkan kamu dengan anak Tan Sri Mahmod!” ujar Encik Shamsul tegas. Bad sudah terjuih-juih bibirnya mengajuk ayahnya bercakap.

            “Yelah ayah, Bad tak lupa pun..” ujar Bad sambil duduk dikerusinya setelah puas bertengek di meja.

            “Oh, ya! Tadi ayah tengok tangan Afiq tu merah je macam kena air panas. Kesian dia..”tak sempat Encik Shamsul nak habis berbicara. Bad sudah berlari keluar. Afiq yang asyik membuat kerja tersentak.

            Bad terus menilik tangan Afiq. Afiq yang terkejut hanya membiarkan sahaja. Pelik dengan tingkah Bad tapi dalam masa yang sama dia senang dengan perhatian yang diberikan oleh Bad. Bad yang asyik membelek tangan Afiq tidak perasan dengan tenungan lelaki itu.

            Encik Shamsul menggeleng. Anaknya itu masih tidak mahu mengakui rasa yang terpendam itu. Perlahan dia bangun dan mencapai beg bimbitnya.

            “Tengok tangan orang macam hapa je. Ini ke tak suka?”bisik Encik Shamsul sekali lalu ditelinga anaknya. Bad terpinga-pinga. Terus dilepaskan tangan Afiq. Dipandang kaku Encik Shamsul yang sudah melangkah keluar dari pejabatnya.

            “Ni semua salah kau la!!” jerkah Bad yang menahan rasa. Afiq tersentak. Mula dia nak buat drama king dia tu.

            “Awak ni kenapa? Marah-marah saya pulak?” Tanya Afiq penuh emosi. Pelik dengan Bad yang tak menentu bulan mengambang ke?

            “Arghhhh~!! Ni memang salah kau!” marah Bad sambil masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat. Tersentak Afiq. Bad yang bersandar dibelakang pintu merasa denyutan jantungnya, kencang. Mungkinkah? Tapi.. tak mungkin...


            Afiq meletakkan kepalanya di meja kafe itu. Lelah dia dengan emosi Bad yang tak menentu. Pagi tadi elok sahaja mood bosnya itu, tapi lepas Nini datang terus emosinya kacau macam kena amukan garuda pulak. Apa masalah Nini dan Bad, Afiq tak tahu, tak nak tahu, dan malas ambik tahu. Teh ais tiba-tiba sahaja muncul didepannya. ‘Sejak bila pula aku order air ni.. mesti abang Harun tahu aku dahaga bagai nak gila ni...’ baru sahaja Afiq nak ucap terima kasih. Dia terkedu melihat siapa yang berada didepannya. Nini!

            Alamak! Bala sudah datanggg! Badlisyah melangkah angkuh ke arah Afiq dan Nini. Dia pantas duduk selamba di meja itu selepas order dikaunter. Afiq yang rasa tercekik melihat kedua-dua perempuan ini terus mencapai air teh ais itu. Sekali lagi dia terkejut. Bad selamba merampas air teh ais itu. ‘Apa lagi la dua orang ni.. Ni lunch time.. jangan la kacau akuuu!!’ jerit Afiq tapi dalam hati la, mampus kalau si Bad dengan Nini dengar.

            Bad merenung tajam wajah Afiq. Tiba-tiba dia tersenyum manis. Alamak, cair Afiq dibuatnya!

            “Awak.. awakkan tak suka air teh ais ni...  Bad dah order dah air special tuk awak. Kiwi ais special just for you.” Serentak dengan itu, seorang pelayan menghantar air yang dikatakan Bad. Afiq menelan air liur. ‘Kiwi? Aku mana pernah telan benda alah ni..’ dengan senyuman terpaksa Afiq menyedut air Kiwi itu. Sedaya upaya dia menahan rasa yang sedikit asing untuknya. Bad tersenyum senang. Nini yang sedari tadi hanya menjadi penonton menarik air yang dia pesan untuk Afiq.

            Entah apa yang menghasut Bad. Dia mula tarik air itu. Tak pasal-pasal air teh ais itu menjadi rebutan. Afiq hanya menonton. Dari tangan Bad ke tangan Nini dari tangan Nini ke tangan Bad. Afiq mula runsing dengan kelakuan keanak-anakkan mereka.

            “STOP!” Serentak dengan itu, air teh ais yang menjadi rebutan tersimbah ke mukanya. Dengan muka yang merah padam Afiq melangkah ke pejabat. Hatinya panas karang tak pasal-pasal dia menangis sebab tahan marah. Dia bukan boleh tahan perasaan ni.

            “Ni kau punye pasal!” kata Nini sambil tolak Bad.

            “Pasal apa aku pulak kau la!” Bad menarik rambut Nini. Nini pantas mengagau rambut Bad yang pendek. Terjerit mereka berdua. Keadaan mula menjadi kecoh. Beberapa orang mula menarik mereka menjauhi satu sama lain.

***

            Afiq mengelap bajunya basah akibat perebutan tadi. Entah apa la perempuan sekarang. Menakutkan betul perempuan zaman sekarang. Rasa nak menangis aje. Huhuhu... Tangan laju mendail nombor Wan.

            “Wan... isk.. isk..” terus sahaja Afiq menyerbu tanpa memberi salam.

            “Weih, kau ni kenapa?” Tanya Wan sedikit kalut mendengar suara Afiq. Walaupun Afiq selalu merungut bekerja di situ tetapi tak pernah lagi mamat ni menangis.

            “Huhuhu aku runsing layan 2 orang minah gile kat ofis ni...isk isk..”

            “La.. kenapa layan kalau runsing?” tanya Wan sedikit pelik.

            “Yelah.. depe dua ofismate aku.. sorang penyambut tetamu, sorang lagi bos aku.. kalau tak layan si penyambut tetamu memang la tak boleh.. hari-hari aku masuk ofis nampak muka dia dulu.. Yang si bos lagi la kalau tak layan memang I’m Fired la jawabnya.. Dan masalah besarnya.. mereka duk perang.. Entah apa yang dia nak dengan aku pun aku tak tau la...huhuhu..” Sedih sungguh nada Si Afiq ni. Wan tak dapat menahan diri daripada ketawa.

            “Kau ni.. Haih dulu tak ada pun masalah perempuan. Hehehe apa kata kau cari je girlfriend tak pun pilih antara penyambut tetamu dengan si bos tu..” kata Wan bersemangat tiba-tiba. Afiq tersentak. Cari girlfriend? Tak nak la.. Pilih antara dua? Nini ke Bad? Nini... dia mengedikss sangat... Afiq pun tak lalu nak hadap perangai gedik dia tu. Bad? Hurm.. hehehe Afiq memang suka sangat dengan Bad. Walaupun garang tapi garang bertempat.. lepas tu comel sangat macam anak patung.. hurm.. dia nak pilih yang mana ya?

            “Dah ada jawapan belum?” tanya Wan sedikit kuat.

            “Oit kau! Oit dah ada! Oit Bad!” latah Afiq. Tangan mengusap dadanya. ‘cisssss cake punye kawan, abang angkat dan seangkatan denganyaaa!’ Afiq menjuih-juihkan bibir apabila Wan ketawa tidak berhenti.

            “Okey. Sekarang kau kena berterus terang je.. Okeylah Afiq aku kena chao dulu.. Assalamualaikum!” ujar Wan sambil mematikan talian. Afiq duduk termenung. Terus terang? Hurm.. macam mana?

            “Awak..” Nini menghulurkan sehelai kemeja didepan Afiq. Afiq yang tengah syok termenung melatah akibat tindakan drastik Nini.

            “Aku suka kau!” jerit Afiq sedikit kuat. Nini sudah merah pipinya mendengar ‘luahan hati’ Afiq.

            “Eh silap! Silap! Saya tak suka awak.. Eh, bukan tak suka.. suka sebagai kawan..” kalut Afiq membetulkan tanggapan Nini. Muka Nini berubah menjadi mendung. Kemeja yang ditangan masih dihulurkan. Afiq mengambilnya teragak-agak. Selepas kemeja bertukar tangan Nini pantas beredar dari situ.

            Afiq mengeluh perlahan. Kemeja ditanganya di renung kosong. Lalu dimasukkan ke dalam laci. Tak mahu dia memakai baju itu karang tak pasal-pasal dia dicop bercinta pula.

            “Huh! Dasar lelaki!” ujar Bad yang berada di dalam bilik air. Tadi secara tidak sengaja dia mendengar luahan hati Afiq kepada Nini. Kemeja berwarna pic digenggam erat. Niat asalnya mahu memberi Afiq kemeja ini tetapi hancur hatinya mendengar luahan hati Afiq kepada Nini. Kemeja itu diangkat tinggi mahu dilontar ke dalam tong sampah. Tapi dia tak sampai hati. Biarlah dia simpan dulu. Kemeja itu bawa ke dalam pelukannya. Dia sunyi.. sepi.. tanpa belaian seorang ibu dan abang.. kini Afiq turut meninggalkannya. Direnung wajahnya dicermin. Dia cantik lagi comel dari Nini si gedik tu. Dia nak berubah! Nak tawan hati Afiq!

***

            “Afiq masuk bilik saya sekejap.” Interkom Bad. Afiq pelik selalunya Bad akan menjengukkan kepalanya. Tadi pun sama, Bad datang awal daripadanya. Tetapi tak kasi dia masuk ke bilik untuk melaporkan jadual harian. Pelik. Kiranya dia memang tak nampak Bad hari ni. Pintu diketuk dan kedengaran arahan masuk daripada Bad

            Dengan langkah yang penuh sopan Afiq melangkah masuk. Wajahnya menghadap lantai. ‘Kalau dah sehari tak kasi aku masuk tiba-tiba suruh aku masuk memang kes nak fire aku la ni..’ desis Afiq dalam hati. Bad menahan tawa melihat gelagat Afiq yang bagaikan pesalah itu.

            “Awak.. tengok saya bila saya nak bercakap!” tegas Bad menutur kata. Afiq pantas sahaja mendongakkan kepalanya. Dan... Dia terkesima! Ya. Allah! Cantiknya makhluk-Mu yang satu ini! Bad kelihatan comel dengan pakaian wanitanya. Tudung berwarna pic dengan baju kemeja wanita berwarna putih dan dipadankan dengan kain kembang berwarna pic yang lebih kuat.

            Hampir berdarah hidung Afiq melihat keindahan di depannya. Bertambah kuat debaran di dadanya melihat senyuman manis terukir di bibir Bad.

            “Awak.. saya.. saya suka awak! Awak?” luah Badlisyah tersipu-sipu. Afiq tersentak. Biar betul?! Dia rasa sepert berada diawang-awangan lalu DEBUB! Badlisyah kaget melihat Afiq yang sudah tumbang menyembah bumi. Afiq pengsan!!

            “Awak.. Awak okey tak ni! Awak!” Badlisyah memangku Afiq yang separuh sedar itu.

            “Saya pun ci.. cinta dekat awak..” ujar Afiq sebelum pengsan 100%. Badlisyah pula memerah wajahnya mendengar kata Afiq. Pantas dia memanggil beberapa orang pekerjanya membantu mengangkat Afiq. Dalam hati Bad melompat riang mendengar jawapan Afiq sebelum pengsan.

***

            “Bad dah fikir masak-masak?” tanya Encik Shamsul. Badlisyah mengangguk tersipu-sipu. Afiq hanya membatu. Mungkin malu mungkin juga gerun dengan muka Encik Shamsul yang serius.
           
            “Okey ayah setuju. Tapi ayah nak tanya satu hal ni. Bad pilih Afiq sebab syarat ayah atau sebab Bad cintakan dia?” tanya Encik Shamsul serius. Dia tak mahu anaknya menggadai hidup semata-mata kerana harta.

            “Bad cintakan dia..” dijeling manja Afiq yang seperti patung itu.  Afiq memegang dadanya terasa mahu pecah. ‘Aduhai, cik adik janganlah jeling abang ni.. rasa nak pecah jantung abang ni..’ Afiq membalas jelingan Bad. Giliran Bad tersipu-sipu.

            “Ehem, ehem! Belum kahwin jangan nak main mata! Zina mata tu!” tegur encik Shamsul apabila anaknya dan bakal menantu asyik dok tenung menenung. Kedua-duanya tersengih.

***

            “Sayang, abang nak sayang jumpa someone ni. Dia ni special untuk abang!” ujar Afiq riang. Badlisyah menahan rasa. Siapa yang istimewa itu? Perempuan atau lelaki?

            “Siapa? Lelaki ke perempuan?” tanya Bad laju. Dia mana boleh tahan lama-lama. Ayah dia kata nanti jadi penyakit hati pula.

            “Perempuan.” Jawapan yang membuatkan Bad mengambil tindakan untuk berdiam diri. Cemburu la tu, macam Afiq tak tahu.

            “Meh , sini!” panggil Afiq apabila tiba ditempat yang dituju. Seorang perempuan muda dalam linkungan umur 17, 18 tahun melangkah mendekati Afiq. Tangan Afiq disalam lalu dicium kedua belah pipi Afiq. Bad hanya menahan rasa.

            “Kenalkan ni adik Lia adik kandung abang.” Serta merta wajah Bad berubah warna. Malunya dia dalam masa yang sama dia lega. Lia menyalami tangan Bad tersipu-sipu.  Bad mencium kedua belah pipi bakal adik iparnya.

            “Abang harap Bad dapat terima kami berdua. Kami tidak beribu tidak berayah. Adik Lia tanggungjawab abang. Harap Bad dapat terima Adik Lia.” Ujar Afiq penuh perasaaan.

            “Along ni mula la nak dramaking dia tu kan kak long!” ujar Adik Lia. Bad tersipu-sipu malu mendengar panggilan Lia untuk dirinya.

            “Hahaha.. Abang cintakan Bad ikhlas dari hati abang sejak kita berjumpa kali pertama.” Ujar Afiq penuh romantis.

            “Bad pun cintakan abang.” Ujar Badlisyah penuh perasaan. Adik Lia menahah kegelian mendengar kata-kata mereka.

            “Woi, jangan nak lebih-lebih depan adik aku! Hilang dah kelembutan kau ye Afiq.. elok lah tuuuu!!” jerit Wan dari bilikya. Afiq dan Bad tersipu-sipu. Adik Lia ketawa geli hati melihat gelagat abang dan bakal kakak iparnya.


#TAMAT SUDAH.. hehehe kali ni cerpen x best sgt Asyu mengakuuu Dah lama tinggal sampai lost untuk sambung cerita ni.. Sorry tauuu >_<
           

           



            

7 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh tak boleh tahan gelak betullah... hahahahaha best gilerlah!!!!

    ReplyDelete
  2. best gilerrrrr cerpen asyuuu!!asyuuu bile nk jadi novelis yg setepatnya buku mu di moh dan sbgainyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... nak jadi novelis yg sebenar?? lambat lagi... masih banyak yang perlu diperbaiki.. but thanks Jannatul... ni yg lagi berkobar2 nk berkarya ni..

      Delete
  3. Waa..so sweet.asyik gelak aje.I really love ur short story.buat bnyk² lagi cerpen yg amazing mcm ni ea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks sudi baca Siti..in sha Allah...asyu cuba buat cerpen2 yg lbh baik lag

      Delete
  4. Sangat simple.
    -olly-

    ReplyDelete
  5. Okay apa, tak tau apahal, bayangkan Azad Jasmine yang bawak watak Afiq. Tak tau kayy, tak tau.. Heeee hi kak :)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)