Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Tuesday 27 August 2013

CERPEN : PELUANG UNTUK AKU

CERPEN : PELUANG UNTUK AKU

            Matanya rakus mengekori langkah gadis itu. Lagaknya seperti tidak pernah melihat perempuan. Kakinya mula melangkah mengikuti Aina Nur Aishah. Gadis yang menjadi idamannya sejak setahun yang lalu. Luqman Hakeem pantas menyembunyikan diri apabila Aina menoleh ke belakang. Bukan takut tapi gerun dengan pandangan tajam Aina Nur Aishah itu. Gaya seperti mahu menerkamnya sahaja.

            Selepas menarik nafas dalam-dalam, Luqman pantas menghadang langkah Aina. Terus dia melutut, air muka sudah dicampak entah ke mana. Tangan setia menghulurkan bunga mawar yang berkembang indah. Mata yang tajam menjelajah wajah putih bersih Aina. Wajah Aina masih beriak biasa. Tidak terkejut jauh lagi terharu. Hanya mata bulat itu menunjukkan riak tidak senang.

            “ Aina Nur Aishah, sudikah awak menjadi teman wanita saya?” tanya Luqman dengan suara garau yang merdu. Rata-rata pelajar wanita yang setia mencongak melihat drama swasta yang percuma itu sudah cair. Ada yang sudah menjerit kesukaan bagaikan histeria.

            “ TAK SUDI!” Dush~!! Terasa satu tumbukan padu mengenai hatinya. Luqman mengeluh apabila Aina sudah menjauh. Kebanyakkan penontonnya menyatakan rasa simpati. Dia hanya mampu menayang senyum kelat, namun masih mampu menyebabkan beberapa orang pelajar wanita hampir pitam kegembiraan.

            Luqman Hakeem seorang playboy yang terkenal di Collage International Lim’s buat sekian kalinya gagal menakluk hati seorang Aina Nur Aishah, gadis kelahiran Perak. Sejak pertama kali melihat wajah yang matang itu, hatinya terpaut erat. Bukannya tidak ada perempuan lain, tetapi hatinya bagai tidak mahu berkalih dari Aina. Sedang dia asyik termenung, terasa bahunya ditolak perlahan.

            “Weih, bro kenapa down je ni?” tanya Farish sambil membetulkan topi yang terletak elok dikepalanya.

            “Hurm.. macam biasalah, Aina. Kamu ni kenapa datang dekat aku ni? Kamu nak nombor telefon siapa pulak ni?” tanya Luqman dengan muka yang masam. Hatinya masih dilanda kecewa. Kecewa yang hanya sekejap, esok sudah tentu dia buat lagi kerja gila ini. Susah kalau hati dah cinta, semuanya ditolak ke tepi. Farish tersengih mendengar pertanyaan Luqman itu. Macam tahu-tahu sahaja lelaki ini dengan kehendaknya.

            “Aku nak nombor telefon Aina!” Farish sudah kebelakang sudah tahu reaksi Luqman. Luqman pantas menyepak kaki Farish. Sakit hatinya melihat Farish ketawa kesukaan. Sudah tahu Aina itu buah hatinya, pengarang jantungnya lagi mahu kacau. Memang nak kenalah ni!

            “Hahaha, sorrylah Luq. Aku nak nombor Ainul kawan baik Aina.” Tangan setia menutup mulut. Takut terlepas lagi ketawa yang bersisa. Nanti sia-sia sahaja dirinya cedera gara-gara mengusik Luqman. Luqman merengus geram, namun tangannya masih bergerak menekan kekunci telefonnya. Lalu telefon diberi kepada Farish. Dengan senyuman lebar Farish menyalin nombor Ainul.

            “Thanks bro! Nanti aku suruh Ainul kenenkan kau dengan Aina ye..” ujar Farish sambil berlari ke ruang legar utama. Luqman menggeleng kepala tanda tidak terkata dengan tindak tanduk Farish yang juga playboy sepertinya. Eh, bukan playboy tapi bekas playboy.

            “Hurm... Aina, Aina kenapalah kau tak pernah nak bukakan pintu hati kau? Apa yang menghalang kau menyukai aku? Tak apa, esok aku nak cuba cara lain. Ya, aku akan berjaya! YA!!” jerit Luqman tanpa sedar. Sekali lagi dia menjadi perhatian. Sudah seperti orang gila sahaja. Semua ini gara-gara Aina Nur Aishah, Luqman Hakeem sudah nanar!



           
            “Hish, benci betul aku!” jerit Aina tiba-tiba. Ainul yang sedang menggosok baju mengusap dada terkejut dengan nada lantang Aina.

            “Kamu ni kenapa? Nasib baik tak berlubang baju kesayangan aku ni.. kalau tak.. aku kejar kamu dengan spray ni!” ujar Ainul sambil menunjukkan penyembur air. Aina menarik sengih.

            “Sorrylah, aku tension dengan mamat tak sedar diri tu. Aku dah cakap banyak kali aku tak suka, tak suka, TAK SUKA!” sekali lagi Aina menjerit kuat. Ainul meletakkan seterika ke tepi. Takut ada baju yang menjadi mangsa kepada kelantangan jeritan Aina itu.

            “Eishhh~!! Perempuan ni memang nak kena ni!” Ainul menyembur sedikit air ke muka Aina. Geram sangat dengan Aina yang sebijik macam perempuan meroyan.

            “Weih, weih! Sorry aku tak jerit lagi, janji!” Aina pantas merampas penyembur air ditangan Ainul.

            “Hah, tau pun diam. Ni aku nak tanya ni. Kenapa kamu tak suka dekat Luqman tu? Nak kata tak handsome, handsome. Nak kata miskin, kaya. Nak kata jahat, dulu ye la, sekarang dah jadi good boy. So apa masalahnya dengan mamat tak sedar diri kau tu?” tanya Ainul dengan lagak serius tak jadi. Mana taknya, penyangkut baju yang berada berhampiran diambil lalu digunakan sebagai penggaru kepala. Aina yang melihat ketawa mengekeh. Budak Ainul ni ada sahaja gaya yang membuat dia ketawa.

            “Eh, ketawa pula dia ni!” penyangkut baju dipukul perlahan ke badan Aina.  Aina menjuih bibir.

            “Hump.. aku dah dah kata aku benci lelaki. Lebih-lebih lagi yang cintakan aku..” ujar Aina selamba. Jarinya bermain-main dengan rambutnya yang berwarna keperang-perangan.

            “Jangan cakap kamu ni lesbian?!!” Aina tidak dapat menahan ketawanya lagi. Tangannya menepuk-nepuk meja kopi diruang tamu itu.

            “Hahaha.. apsal kau ni terlebih bijak?? Mana ada.. Aku Cuma tak boleh nak terima sesiapa dalam hidup aku. Cukup la sekali tu..” wajah Aina bertukar muram. Ainul tidak mahu bertanya lagi. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Aina. Cuma ada sesuatu yang menghalang teman baiknya bercerita. Dia Cuma perlu sabar. Tangan kembali bergerak, menggosok baju yang diletakkan di tepi. Sesekali direnung wajah Aina yang muram. Pasti rakannya itu akan berkongsi pada suatu hari nanti.





            “Aina Nur Aishah, tolonglah berhenti! Saya dah penat kejar awak. Kalau ya pun awak tak mahu saya, tak mahu terima saya. Beritahu apa salah saya? Apa silap saya?” lengking Luqman yang sudah merah mukanya. Rasa ingin tahu yang sudah disimpan lama diluahkan hari ini. Dia mahukan jawapan!

            “Awak tak.. salah..” menggigil Aina menjawab soalan Luqman. Dia terkejut dengan suara kuat Luqman. Lelaki itu marahkan dia? Kenapa ada rasa sedih dan risau? Dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan begini. Ya dia tidak boleh dan tidak mahu!

            “Habis tu?” semakin banyak persoalan muncul di benak fikiran Luqman. Kenapa gadis ini beria-ria menolaknya padahal dia nampak sirna cinta di mata gadis itu untuknya? Kenapa gadis itu tidak berterus terang kepadanya? Kenapa rasa cinta ini tidak hilang walaupun berkali-kali dia ditolak? Kenapa??

            “Sa.. saya.. A.. wak.. Ki..kita.. hump.. Maaf!” lantas Aina melarikan dirinya. Luqman terduduk sedih. Kenapa harus begini? Hati Luqman terasa begitu sakit hingga air mata mengalir deras. Mata yang memandang dibiarkan sahaja. Biarlah kali ini air matanya mengalir buat seorang insan bernama Aina Nur Aishah.

            Aina yang menyembunyikan diri dibalik dinding, terkedu melihat Luqman menangis. Adakah benar dirinya diperlukan? Kenapa harus lelaki itu menangis? Tahukah bila lelaki itu menangis hatinya turut menangis? Hilanglah perasaan ini. Kau hanya menyiksa diri ini. Aina pantas beredar. Cukuplah setakat itu dia sudah penat.



            Luqman berdiri di dalam hujan. Masih setia menunggu Aina didepan rumah sewa gadis itu. Tegar benar hati Aina melihat dirinya dalam keadaan ini. Sudah tertutupkah hati gadis itu?

            Aina yang melihat dibalik langsir mengetap bibir. Hatinya sakit. Ingin sahaja dia berlari meminta Luqman beredar. Namun, kepalanya menegah. Dia gelisah. Ainul yang memerhati dalam diam menggeleng kepala.

            “Aina, pergilah suruh Luqman balik. Tak baik biarkan dia macam tu. Lagipun apa kata jiran-jiran kita? Kak Mon tu dah mengintai Luqman dari tadi. Bukannya aku tak nampak. Baik kamu suruh dia balik. Karang tak pasal-pasal polis datang tahan dia. Sebab menganggu ketenteraman awam.” Ujar Ainul panjang lebar. Aina berfikir sejenak. Betul juga apa yang dikatakan Ainul itu. Perlahan kakinya menyarung selipar. Dengan hati yang berbelah bahagi dia merapati pintu pagar.

            “Kau baliklah!” ujar Aina sedikit kuat melawan bunyi hujan yang mulai lebat kembali.

            “Aku tak nak! Aku tak nak pergi selagi kau tak bagi tahu kenapa? Kenapa kau tolak aku!” jerit Luqman dengan suara menggigil. Pasti lelaki itu kesejukkan. Aina semakin resah. Bibir merah Luqman mulai membiru. Aina takut dia akan kehilangan lelaki itu. Pantas kepala dianggukkan.

            “Esok! Esok aku kasi tahu!” ujar Aina sambil menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh.

            “Betul?!” tanya Luqman tidak percaya.

            “Ya betul! Kamu balik dulu. Esok kita jumpa!” jerit Aina seraya berlari kembali ke dalam rumah. Luqman tersenyum senang. Lantas dia beredar dari situ.




            “Assalamualaikum..” Aina menjawab salam itu perlahan. Kepala ditoleh kebelakang. Kelihatan Luqman yang segak berpakaian. Entah kenapa hari ini lelaki itu kelihatan lebih kacak.

            “Aina boleh awak kasi tahu saya kenapa?” tanya Luqman dengan suara bergetar. Sekali lagi Aina terkedu mendengar suara Luqman. Kenapa selama ini dia tidak sedar suara itu sungguh merdu?

            “ Saya tak percaya lelaki.” Ujar Aina sekali lafaz.

            “Tapi, saya janji takkan tinggalkan awak, takkan kecewakan awak..” ujar Luqman sambil mengangkat tangan gayanya seperti sedang memberi ikrar.

            “Usah berjanji kalau sekadar untuk dimungkiri! Janji diukir untuk ditepati bukan untuk dimungkiri!” Nada suara Aina mula naik. Entah kenapa dia rasa kurang senang dengan perkataan ‘janji’.

            “Salahkah saya berjanji walaupun saya yakin akan menepatinya?” tanya Luqman tidak puas hati.

            “Salah! Sebab janjilah saya tak percaya lelaki!” ujar Aina hampir menitis air mata.

            “Kenapa?”

            “Sebab lelakilah ibu saya menderita! Saya benci lelaki!”

            “Jangan kerana nila setitik, sebelanga susu rosak! Jangan disebabkan lelaki seorang, habis semua lelaki awak salahkan!” suara Luqman turut mulai tinggi.

            “Saya.. saya tak boleh..” ujar Aina yang sudah mulai menangis.

            “Aina, sayang.. dalam perhubungan perlu ada rasa percaya dan tanggungjawab. Saya yakin saya ada dua kiteria itu! Awak.. saya cintakan awak!”

            “Bukakanlah pintu hati awak untuk saya!” ujar Luqman lagi.

            “ Saya...”

            “APA??” kuat suara Luqman memetir.

            “Saya takut.. Takut awak akan sama dengan orang itu.. Akan tinggalkan saya.. seperti apa yang berlaku pada ibu.. akan tinggalkan saya selepas awak berikan harapan kepada saya..” ujar Aina sambil mengesat air mata. Terasa bodoh pula dia mengalirkan air mata saat ini.

            “Awak.. cinta saya tulus! Saya yakin suatu hari nanti pintu hati awak akan terbuka luas hanya untuk saya!” ujar Luqman sambil berlalu pergi. Aina terduduk.




            Sudah seminggu hidup Aina terasa sepi. Tak pernah dia terasa sesepi ini. Luqman pergi selepas hari itu. Entah ke mana hilangnya. Betullah kata orang, bila depan mata sikit pun tak dihargai bila sudah menghilang barulah mahu menghargai.

            “Weih, kejap lagi teman aku pergi kedai tau!” ujar Ainul dari biliknya. Sejak beberapa hari ini, Ainul asyik sibuk dengan telefonnya. Mungkin ada seseorang bertahta dihatinya. Aina mengangguk. Walaupun dia tahu Ainul tidak dapat melihatnya.

            “Cepat siap! Aku tunggu dekat luar!” ujar Ainul sambil menolak lembut bahu Aina. Aina menarik sengih yang tak serupa sengih itu.

            “Wah.. cantiknya kawan aku ni! Dah jom!” ujar Ainul sambil menarik Aina. Pintu kereta dibukakan untuk Aina. Aina masuk tanpa banyak bicara.

            “Kita dekat mana ni?” tanya Aina yang pelik dengan suasana tempat itu. Kata nak ke kedai makan biasa. Ini dah macam hotel lima bintang je tempatnya.

            “Kamu duduk dulu aku nak pergi tandas kejap!” ujar Ainul seraya berlari tinggalkan Aina seorang diri. Tiba-tiba kedengaran gesekan biola yang merdu. Aina menoleh ke belakang. LUQMAN!

            Air mata mengalir tanpa segan. Senang benar air matanya mengalir sejak akhir-akhir ini. Luqman tersenyum. Siapa sangka Aina sangat merindui senyuman itu.

            “Hai..”

            “Hai..” jawab Aina malu-malu.

            “Rindu saya?”

            “Rindu..” muka Aina mula memerah.

            “Suka saya?”

            “Suka..”

            “Jadi girlfriend saya?”

            “Tak mahu!” tersentak Luqman apabila mendengar  jawapan Aina.

            “Tapi.. saya nak kahwin dengan awak!” ujar Aina malu-malu kucing.

            “Jom!” ajak Luqman.

            “Pergi mana?”

            “Nikah!”

            “Awak!!”

            “Weih.. gatalnya kawan abang nikan Ainul?” kata Farish sambil mengeyitkan mata.


            “Kawan Ainul apa kurangnya, abang..” ujar Ainul sambil menaikkan ibu jarinya. Aina tersenyum malu. Semua ni komplot mereka rupanya..


                "Peluang untuk aku dah tiba.. terima kasih sayang!" ujar Luqman sambil tersenyum manis.




~TAMAT~


#Cerita ni wujud petang tadi.. hahaha dalam kelas tadi ada topik hangat tgh Asyu buat kerja P.A Asyu  dengar2 jugak..

Siapa salah lelaki yang berjanji atau perempuan yang berharap??

hahaha tak dapat rungkai pun persoalan tul... sedew betull...

kikiki entri raya tak siap2.. huhuhu syu sibuk sikit.. tgk2 la nanti

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Best la.... entry ni. Kadang2 kita perlu berfikir panjang sebelum memutuskan keputusan yang terakhir kalinya. Tapi serius MP ckp, susah nk buat keputusan kadangkala perlukan bantuan macam cerita kat atas ni... Apa pun the best la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks MP.. btw syu dah follow MP hehehe.. salam kenal ya..

      Delete
  3. Jom join site MP lak... http://selendandangputihku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. kak asyu... best lah cerita nih. tapi terasa je bila kak asyu tulis 'Siapa salah lelaki yang berjanji atau perempuan yang berharap'

    cis :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. awat terasa?? hehehe ce citer ce citer... >_<

      Delete
  5. Luqman... I love that name. Btw, cerita asyu best la... :) keep on writting.

    ReplyDelete
  6. hehe tak tawu nk ckp apa dah. best gila kot citer ni. hehe tak puas lagilah teroka blog kak asyu

    ReplyDelete
  7. bole tukark'n 'kamu' = 'aku' .... i think it quite nice ... but overall ... the story so good!!
    lovin'it!!

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)