SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Tuesday, 6 January 2015

Dalam Kebencian Ada Kasih Untukmu, Suamiku! ~22~ last diblog


Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim.

Apa khabar semua... hehehe sorry lama tak update. Asyu dah susah nak aktif macam dulu-dulu. Lagi-lagi mak tengah tak sihat ni.

Apa pun asyu nak ucapkan Selamat Datang 2015!!! hahaha yeay! Semoga tahun baru ini sentiasa dilimpahi Rahmat dan Lindungan-Nya.


And terima kasih kepada pembaca DKAKUS... setia membaca hingga bab 22 ni. Doakan supaya Asyu dapat banyak idea dan dapat siapkan DKAKUS dalam tahun ini ya!

okay... jom layan bab 22.

semoga anda berpuas hati dengan entri ini

------


Bab 22

            “Abang?” terkeluar sepatah kata yang dirinduinya itu.

            “Hah? Erk... sorry saya ada kerja ni. Awak duduk sini elok-elok ya.” Ujar Riss. Afifah hanya mampu melihat kelibat lelaki itu hilang dari pandangan matanya. Betulkah lelaki tadi tu Harris? Kenapa dia macam tak kenal Afifah? Ya Allah, kalau betullah dia Harris... terima kasih ya Allah... terima kasih! Ucap Afifah di dalam hati.

            Air mata mula menitis perlahan dipipinya. Tolong jangan hilang dari pandangan Ifah, abang. Ifah rindu abang sangat-sangat! Kepala terasa berat. Mungkin impak dari kemunculan si pelanduk dua serupa.

            “Abang...” Pandangan matanya gelap. Tubuh mula layu. Sebelum sempat tubuhnya menyentuh tanah terasa ada yang menyambut. Siapa? Harris ke? Abang ke tu? Namun itu hanya bergema dalam fikiran Afifah. Pandangannya semakin gelap. Akhirnya dia tidak sedarkan diri.

-

            “Awak okay ke?” tanya Ahmad. Afifah yang baru tersedar terpinga-pinga. Mimpi ke dia? Khayalan sahajakah semua yang dia lihat tadi? Bilik yang serba putih itu kelihatan asing sekali. Bauan yang tidak dia sukai menusuk hidung. Hospital? Jadi... ini semua mimpi? Tadi tu bukan abang?

            Air mata menitis laju. Kali ini diiringi esakkan yang kuat. Afifah sudah tidak dapat menahan kekecewaannya. Rindunya kepada Harris semakin menggebu. Abang... abang... abang... Ifah rindu...

            “Awak? Awak okay ke ni? Kenapa menangis? Please... tell me...” tanya Ahmad yang jelas kerisauan. Afifah masih asyik menangis, dia langsung tak mempedulikan Ahmad yang tidak senang duduk ditepinya.

            “Kenapa saya perlu bangun dari mimpi ini? Kenapa tak biarkan saja saya terus bermimpi? Ni... sakit sangat...” tangan menepuk-nepuk dada. Ahmad hanya mampu memandang.

            “Afifah, sayang! Mama dapat call dari Ahmad... kenapa menangis ni?” tanya Puan Sakinah yang panik melihat menantunya menangis. Nasib baik jantungnya kuat, kalau tidak mahu dia kojol, mana taknya, sedang dia asyik buat kerja di rumah, tiba-tiba Ahmad call beritahu yang menantu kesayangannya masuk hospital.

            “Mama... I... Ifah... rindu...” Puan Sakinah terkesima. Terus tubuh menantunya dipeluk erat.

            “Menangislah kalau itu mampu membuat Ifah lega...” ujar Puan Sakinah lembut. Tangan mengusap belakang Afifah. Ikutkan hati dia juga mahu menangis meluahkan rasa dihati ini.

            “Abang... baliklah! Ifah rindu!” tangis Afifah semakin kuat. Ahmad yang tidak sampai hati melihat situasi itu terus keluar dari bilik yang diduduki Afifah.

            Mata Ahmad menangkap kelibat seorang lelaki yang menyorokkan diri. Dia mengeluh kecil.

            Kalau tahu Afifah akan jadi begini kenapa dia harus muncul? Argh! Yang menjadi mangsa ialah Afifah. Kalau tak nak lepaskan saja, dia sedia menunggu!

            Kelibat lelaki itu menghilang saat terlihat kemunculan Ahmad.

            “Lari lagi. Pengecut!” kata Ahmad perlahan.

-

            “Afifah!  Hei, Afifah tengok mama! Tengok mama, sayang!” kata Puan Sakinah selepas 10 minit Afifah menangis tidak henti. Afifah mendongak memandang wajah mentuanya.

            “Afifah... Afifah sayang mamakan? Sayang babies?”tanya Puan Sakinah menahan sebak. Afifah mengangguk perlahan. Sayang... dia teramat sayang.

            “Harris?” tanya Puan Sakinah lagi. Afifah mengangguk sekali lagi. Lelaki itu yang amat dia cintai... yang tak mungkin hilang  dari hatinya ini.

            “Kalau sayangkan kami... please jangan menangis sayang. Babies dalam tu mesti lagi sedih... jaga kesihatan Afifah. Kalau Afifah sakit, siapa nak jaga babies? Nak tunggu Harris?”tanya Puan Sakinah. Air mata yang ditahan sejak tadi menitis juga.

            “Janji dengan mama sayang. Kalau Afifah lemah, mama turut lemah...” kata Puan Sakinah dalam tangisnya. Afifah mengangguk laju.

            Dia tak boleh lemah, dia kena kuat untuk orang-orang yang sentiasa menyayanginya. Air mata dipipinya segera dihapus.

            “Afifah janji ma. Mama pun jangan nangis ya. Kita tunggu abang sama-sama.” Ujar Afifah sambil mengelap air mata di pipi Puan Sakinah.

            “Ya... kita tunggu Harris sama-sama.” Jawab Puan Sakinah. Terus mereka berpelukan.

            “Babies pun kata kat mama. Mama stay strong! Nanti abang dengan adik keluar, we will protect  you! Betul tak cucu-cucu nenek dalam tu?” Puan Sakinah cuba memecah kesedihan yang masih terasa. Afifah ketawa kecil.

            “Ouch!” jerit Afifah perlahan.

            “Kenapa?”tanya Puan Sakinah sedikit kalut.

            “Babies kicking! Haha mereka pun setuju dengan apa yang nenek kata tu...” balas Afifah sambil mengusap perutnya. Puan Sakinah turut tertawa. Dia meletakkan tangan ke perut Afifah. Sekali lagi cucu-cucunya menendang.

            -

            “Damn! Vincent macam mana lelaki tu boleh terlepas?”tanya Riss marah-marah. Vincent cuba menahan marah. Ingat dia punya marah sahaja, habis, Vincent yang ditinggalkan macam tu je, tak marah?

            “Aku lost track dia. Masa tu ramai sangat orang. Aku nak buat macam mana. Aku cuba jejak dia, okay! Kau pergi mana? Kalau kau ada mungkin kita tak lepas jejak dia!” marah Vincent kembali. Siapa tak berang bila dimarahi begitu sahaja. Salah itu bukannya tergalas dibahunya sahaja, Riss turut terlibat!

            “Aku... aku... argh! Whatever! Jangan risau.” Balas Riss yang mulai hilang kata-kata. Dia terus berbaring disofa panjang. Vincent bangun, mula ke hulu ke hilir, rambut yang serabut diserabutkan lagi.

            “Jangan risau? Jangan risau kau kata! Habis Leong tu? Kalau dia penggal kepala aku macam mana?” kata Vincent yang jelas ketakutan.

            Riss bangun mendekati rakannya itu. Bahu Vincent ditepuk lembut.

            “Don’t worry. Kau under aku... so jangan risau. Aku tahulah nak deal dengan Leong tu.” Kata Riss yakin.

            “Hm... okay aku percaya. Apa-apa jadi kau kena protect aku!” kata Vincent menuntut janji. Riss mengangguk. Vincent walaupun orang nampak dia gangsters... tapi dia lemah dengan Leong. Sebenarnya dia memang lemah. Cuma bila bekerja dalam kumpulan begini dia jadi kuat.

            Riss mengulum senyum.
\
-

            “Leong... you buat apa tu?”tanya Ai Lin yang tergedik-gedik ditepi Leong yang sedang duduk bersilang kaki dibangku membaca surat khabar.

            “Mandi.” Jawab Leong bosan. Ai Lin memukul bahu Leong manja.

            “Kau ni nak apa sebenarnya? Datang apartment aku, sibuk-sibuk dekat sini! Pergilah dekat Harris kau tu!” tengking Leong yang mula rimas.

            “Eii... you cemburu ye...” tanya Ai Lin sambil mencuit pipi Leong. Leong menepis kasar. Tak ada maknanya nak cemburu.

            “Pleaselah. Aku tak terdesak sangat.” Balas Leong kasar. Ai Lin menarik muka. Huh, sombong!

            “Well, I pun tak kisah you cemburu atau tak... Hm... Leong kau tahu pasal Harris tak?”tanya Ai Lin.

            “Hm...” Leong membalas tanpa nada.

            “I nak mintak tolong you ni... please!” rayu Ai Lin dengan lengok-lengoknya.

            “Apa? Kalau tak kacau aku tak boleh ke?”marah Leong.

            “Okay kalau you tolong I kali ni... I janji tak akan ganggu you lagi!” ikrar Ai Lin. Leong mula menimbang-nimbangkan hal itu. Ini peluang baik untuk melepaskan diri dari Ai Lin.

            “Okay. Apa yang kau nak tahu?” tanya Leong.

            “Hah! Ini baru alright! Hm... i want to know all about him!” balas Ai Lin teruja.

            “Aku pun bukan kenal sangat dengan dia tu. Kalau basic-basic ni aku tahulah.” Balas Leong sebal. Ingat dia bestfriend apa dengan Harris tu. Musuh adalah!

            “Okaylah tu dari tak ada.” Balas Ai Lin ceria.

            “Okay.. he is know as Harris. Anak kepada taiko besar Hazwan Lee. Ibu dia masih hidup... and for your information. They all muslim! He also know as jutawan muda...”

            “Wait... itu i pun tahu! Ni... dia ada girlfriend tak selain wife dia tu?”tanya Ai Lin.

            “Girlfriend? Tak ada...”

            “Really?! Hehehe it will be a lot easier!” Ai Lin sudah merancang cara memikat Harris.

            “Chill! Dia tak ada teman wanita tapi dia ada isteri and she pregnant..” Kata Leong memotong keterujaan Ai Lin.

            “What? Pregnant? Kenapa i tak pernah tau pun? You ni betul ke? Atau you jealous?”tanya Ai Lin tidak percaya.

            “For God Sake! I’m not jealous with you! Betullah! Kau aja yang tak ikut perkembangan semasa. Aku rasa masa wife Harris preggy hari tu, bukan main besar liputannya!”balas Leong. Dia sudah bangun, mahu beredar dari rumahnya. This will happen if you trust your girlfriend. Bagi password rumah bagai... now... no privasi for you even after you break up!

            “Huh... pregnant ya... Damn!” Ai Lin segera keluar dari rumah Leong. Geram apabila hanya dirinya sahaja yang tidak mengetahui hal yang besar ini!

            Leong kembali terduduk malas dikerusinya. Atlast! Peace! Lepas ni wajib tukar password rumah.

-

            Afifah terduduk kepenatan. Hari ini ramai juga pelanggan di kedai kek Tasha. Walaupun dia sekadar menjaga mesin duit, penatnya tetap terasa.

            “Akak are you okay?”tanya Mimi, rakan sekerjanya.

            “Okay... sengal pinggang saja. Jom cepat-cepat kemas. Boleh kita balik awal hari ni.” Kata Afifah yang sudah bangun dari kerusi untuk turut sama mengemas. Mimi mencekak pinggang.

            “No! No! No! Preggy women kena duduk je jadi mandur. Lagipun sikit je ni. Akak rehat je Mimi kemas okay?” kata Mimi yang ligat membuat kerja. Afifah tersenyum manis.

            “Yup, dear! Preggy woman should just sit tight!” sampuk Tasha. Afifah menayang muka masam. Konon-kononnya merajuk.

            “Alololo... comel muncung you Afifah.” Usik Tasha.

            “Hahaha... akak memang comel betul. Mesti babies akak comel dan kacak macam mama dan ayah dia.” Ujar Mimi tanpa sedar mendung sudah mula mendatangi Afifah. Tasha menelan liur.

            “Hah! Haah, mesti comel macam mama dia yang ayu nikan Mimi!” ujar Tasha cuba mengusir awan mendung Afifah. Mimi yang tidak tahu menahu mengangguk setuju. Bukan tadi dia dah kata ke?

            “Hish, awak berdua ni... asyik bercakap bila kita boleh baliknya?”tanya Afifah cuba menceriakan diri.

            “Hah! Cepat-cepat! Karang preggy woman ni mengamuk habis kita kena pujuk bagai!” usik Mimi pula. Pecah ketawa mereka bertiga.

             Afifah tersenyum sendiri.

-

            “Daddy! Kenapa Ai Lin tak tahu yang Harris bakal dapat baby?”tanya Ai Lin kegeraman. Lim menggaru kepala botaknya.

            “Huh? Penting ke?”tanya Lim endah tak endah.

            “Penting! Its important for me!” kata Ai Lin sedikit menengking.

            “Baby... dia akan tinggalkan wife dia tu...” balas Lim malas. Anaknya ini memang banyak songeh.

            “Huh! Ai Lin dengar dia cinta mati dengan isterinya itu! And bila dah expecting... i sure he will not leave his wife!” kata Ai Lin sedikit gusar.

            “Sayang... dia akan tinggalkan isterinya. Daddy diakan berkuasa. And about the baby... benda tu kecil saja sayang.” Kata Lim sambil mengeluarkan rokoknya.

            “Benda kecik daddy kata? I’m not sure about that!”

            “Kecik sajalah Ai Lin. Petik jari hulur sikit... setellah.” Kata Lim sambil ketawa senang.

            Ai Lin berkerut-kerut dahi cuba memahami apa yang dimaksudkan daddynya itu. Sebaik sahaja dia memahami apa yang dimaksudkan Lim dia tersenyum senang.

            Daddy is right. Petik jari je Ai Lin, penat je kau risau! Desis hati kecilnya.

-

            “Kenapa baru sekarang kau bagitahu aku? Kan dah ada masalah sekarang!” tengking Leong. Riss masih teguh berdiri tidak goyang dengan tengkingan lelaki itu.

            “Relakslah.” Balasnya sepatah. Namun sepatah kata itu membuat darah Leong mendidih.

            Tumbukan hampir melayang mengenai pipi Riss.

            “Chill! Kita ada perjanjian bukan?! Ingat!” Riss mengingatkan Leong. Leong mendengus kasar.

            “Memanglah! Tapi itu bukan tiket untuk kau buat kerja sambil lewa!” marah Leong lagi.

            “Motif aku datang sini bukan untuk kerja! tapi untuk benda yang kita dah setuju tu!”ulang Riss sambil menghempuk meja. Leong memandang tajam wajah Riss.

            “Fine! Tapi tolong undercover sikit! Buat kerja kau elok-elok agar tak ada syak rancangan kita ni!” kata Leong perlahan. Riss menangguk faham.

            “Deal.” Balas Riss. Leong beredar selepas berpuas hati dengan jawapan Riss.