SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Monday, 31 December 2012

kerana kau anjelku 1

hadiah new year untuk korang...
komen la sikit ye..
ni first time aku buat cerita macam ni..
sorry kalau ada kekurangan..


BAB 1

Huzairil melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Takut akan mengejutkan anaknya yang sedang nyenyak tidur di dukungannya. Anaknya yang baru berusia tujuh bulan itu diletakkan diatas katil bayi. Dikucup penuh kasih dahi anaknya itu. Entah kenapa hari ini anak keduanya itu banyak sungguh ragamnya. Dia terpaksa membawa anaknya menaiki kerata supaya boleh tidur. Padahal selalunya anak itu sebising mana pun masih boleh lena begitu sahaja. Sebaik sahaja anaknya diletakkan diatas katil bayi Huzairil terjengket-jengket keluar dari bilik ananknya itu. Kakinya terus melangkah ke bilik anak sulungnya yang baru berusia 3 tahun. Huzairil sekadar mengintai dari celah pintu. Melihat anaknya elok berselimut mematikan hajatnya mahu merapati anaknya yang kelihatan amat lena.

Tekaknya terasa kering. Pantas dia melangkah ke bawah. Dibuka pintu peti ais. Entah macam mana botol minuman itu terjatuh ke lantai. Dia menunduk mengambil botol air tersebut. Ada sesuatu yang menyapa matanya. Namun kegelapan malam itu tidak membantu dia melihat apakah benda itu. Dia melangkah ke suis lampu. Lalu dipasang lampu dapur rumahnya. Terbeliak matanya melihat benda diatas lantai dapur rumahnya. Dengan perasaan tidak percaya dia melangkah mendekati objek itu.

'Mesti aku mimpi. Tak mungkin.. tak.. yang terbaring tu khayalan aku..'hati Huzairil makin kuat menafikan apa yang matanya lihat. Kakinya berhenti melangkah. Dia menyentuh benda itu. Memang dia tidak bermimpi. Itu ialah isteri kesayangannya, Maisarah. Tapi kenapa? Kenapa dia terbaring dilantai?

Huzairil mula mengoncangkan tubuh isterinya. Tangannya basah apabila menyentuh perut isterinya. Dia melihat tangannya. Seakan putus nyawanya apabila melihat tangannya penuh dengan darah.

“Sa..sayang.. ke.kena..pa tidur si..ni.. Bangun la.. Ba..ngun la sayangg!!!!!!!!!!”Huzairil menjerit tidak percaya. Isterinya, ya isteri kesayangannya sudah tiada. Siapalah yang kejam, membunuh isterinya. Terus anak sulungnya terpa ke ingatannya. Huzairil berlari melangkah ke tingkat atas. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik anaknya.

“Hairil, bangun sayang!”panggil Huzairil kuat. Dia takut melangkah ke anaknya. Takut anaknya juga menerima nasib yang sama. Namun apabila tiada sahutan dari anaknya. Dia melangkah merapati katil itu. Dengan perasaan berdebar-debar di mearik selimut yang menutupi seluruh tubuh anaknya. Apa yang ditakutinya berlaku. Anaknya sudah tiada. Isterinya sudah tiada. Huzairil meratapi kehilangan yang dihadapi. Sehelai kertas jatuh apabila Huzairil cuba mengankat anaknya. Tangisannya terhenti. Tangannya segera mencapai kertas. Tulisan diatas kertas itu membuat hatinya panas membara.

“JAHANAM KAU AFRIL!!!”jeritan Huzairil bergema diseluruh banglo dua tingkat itu.


************************


Hujan turun selebat-lebatnya. Huzairil terjaga apabila mendengar suara tangisan bayi. Mungkin anak ketiganya sudah terjaga. Dia menoleh melihat isterinya. Sedang nyenyak tidur tidak sanggup pula Huzairil mengejutkan isterinya. Dengan penuh berhati-hati Huzairil melangkah turun dari katil. Takut isterinya terjaga. Dia melangkah ke bilik anak-anaknya. Namun anaknya, Daniel sedang tidur. Tetapi telinganya masih mendengar suara tangisan bayi. Lantas diikuti bunyi itu. Suara itu disebalik pintu rumahnya. Tak mungkin ada orang membuang bayi. Perlahan-lahan pintu itu dikuak dari dalam. Ternyata telahannya itu benar. Didepan pintu rumahnya terdapat seorang bayi yang menangis kesejukkan dan kelaparan didalam sebuah bakul yang terhias cantik. Dengan hati yang penuh belas dia mengangkat bayi yang kesejukkan itu ke dalam.

Didukung bayi perempuan yang comel itu. Terselit plastik dibawah bayi itu. Lalu dicapai plastik itu. Terdapat beberapa dokumen penting dan sepucuk surat. Dia kenal tulisan tangan itu. Tak mungkin! Dibaca surat beranak bayi itu, Nur Nada binti Huzairil. Nama yang jarang dipilih orang. Pantas dia menyorokkan surat dan dokumen-dokumen itu. Tiada seorang pun patut tahu mengenai perkara ini.

“Sh.. sh sayang. Diam sayang. Nada lapar? Nak minum. Minum la sayang..”ujar Huzairil cuba memujuk anak itu supaya diam. Diberi susu diluah balik. Akhirnya dia terduduk.

“Abang anak siapa yang menangis ni?”tanya Linda kepada suaminya. Dari tadi dia dengar bayi menangis. Ingatkan anaknya. Tetapi bukan.

“Kawan abang. Dia.. dia dah meninggal. Dia amanahkan Nur Nada kepada abang.”ujar Huzairil kepada Linda. Linda tertawan dengan wajah comel bayi perempuan itu. Entah kenapa melihat wajah anak itu bagaikan melihat darah dagingnya. Linda meminta bayi itu dari dukungan Huzairil. Huzairil tanpa banyak soal memberikan Nur Nada kepada Linda. Linda pantas menyusukan bayi yang comel itu. Terus tangisan bayi terhenti.

“Sayang, kita jaga Nur nada ni ya. Kita jaga dan sayanginya bagaimana kita sayangi anak-anak kita yang lain.”ujar Huzairil penuh berharap. Linda yang sudah jatuh kasih itu pantas mengangguk.

“Kita jadikan dia nak susuan kita ya abang..”ujar Linda sambil membelai Nada penuh kasih. Huzairil tersenyum senang.


******************************


“Abang cuba terangkan saya apa semua ni?”tanya Linda lantang. Ditangannya terdapat surat beranak Nur Nada. Huzairil menelan air liurnya. Hari ini dia terpaksa membongkar rahsia yang tersimpan kemas diotaknya. Rahsia yang disimpan kemas dari saat dia menjumpai Nada sehingga Nada berumur 4 tahun kini.

“Sampai bila abang nak simpan rahsia yang sebenarnya Nada ni anak kandung abang?”tanya Linda dalam tangisan. Huzairil ternganga. Ya, nama penuh Nada ialah Nur Nada binti Huzairil. Huzairil hampir terlupa. Dia harus.... Dia harus teruskan lakonan ini. Demi anak itu.

“Ya, dia anak abang. Ibunya sudah meninggal dunia.”ucap Huzairil tenang. Linda sudah mengamuk sakan. Habis semua baju dan segala yang dapat dicapainya dibaling.

*******************************


“Hei, budak tak sedar diri! Meh sini!”Amir sudah mengcekak pingang. Nada menghampiri alongnya dengan perasaan takut-takut. Amir semakin marah dengan tingkah Nada yang bagai sengaja melangkah lambat-lambat itu. Ditonjol-tonjol dahi adik tirinya itu. Nada hanya menangis. Apalah dayanya yang baru berusia 6 tahun berbanding Amir yang berusia 12 tahun itu. Ditolak tubuh adik tirinya ke tanah yang berlopak itu.

“Padan muka. Dah menumpang tu buat cara menumpang! Faham?”tanya Amir hampir menjerit. Nada mengangguk faham. Dia tidak tahu apa silapnya. Sudah hampir tiga tahun dia dibuli didalam rumah itu. Cuma ayahnya sahaja yang membela nasibnya. Ibunya cuma melihat perbuatan abang-abangnya bagaikan rela dengan perbuatan mereka kepada dirinya. Cuma seorang sahaja yang rapat dengannya iaitu adiknya, yang seusia dengannya, Danial.

“Kenapa along buat Nada?”tanya Danial yang lebih senang memanggil Nada tanpa pangkat dihujungnya. Nada hanya tersenyum dalam tangisan.

“Eh kau ni. Meh, sini. Kau jangan rapat dengan budak ni. Kau tahu tak dia yang buat ibu jadi macam tu. Jadi suka marah-marah. Kalau kau tak nak kena marah mari sini.”kata Amir sambil mengheret tangan adiknya supaya menjauhi Nada. Baginya Nada itu bagaikan penyakit. Siapa yang rapat dengan Nada pasti akan dimarahi ibu. Danial mengikut langkah abangnya. Dia juga tidak suka ibunya marah-marah. Nada memandang sayu. Kini dia tak punya sesiapa.


****************************************

Esoknya...

“Budak tak sedar diri. Anak tak de mak. Penakut. Hodoh. Hahahaha suka nangis..”ejek sekumpulan budak-budak itu. Nada hanya mampu menangis,menangis dan menangis. Bukan dia tidak pernah nak mempertahankan dirinya cuma, dia sudah tak larat, tak larat mahu menjerit mahu memukul. Dia sudah tidak kisah biarlah mereka lakukan apa yang mereka suka. Pasti alongnya yang menyuruh kawan-kawannya melayan dia begitu.

“Sa.. sakit.. Tolong jangan pukul aku lagi...”Rayu Nada yang baru berumur 6 tahun itu. Dia sudah tak larat. Tak berdaya. Tiba-tiba pandangannya kabur... Namun sebelum pandangannya gelap dia terlihat sesuatu. Anjel? Malaikat? Apa kini dia sudah berada di alam lain?

“Woi! Bangun..”terasa ada sepasang tangan yang asyik mengoncangkan tubuhnya.

“Hm..? Anjel?”Tanya Nada yang masih mamai itu.

“Hahaha kelakar la kamu... Anjel? Ni mesti suka tengok cerita mickey mouse ni..”ujar budak lelaki itu. Nada memandang hairan. Kenapa budak ni baik sangat dengan dia?

“Hm.. awak ni siapa?”tanya Nada teragak-agak.

“Nama saya Aiman. Aiman Syafiq. Kamu?”tanya Aiman kembali.

“Nama aku? Nur Nada.”jawab Nada dengan suara yang bergetar. Sudah lama dia tidak berborak dengan sesiapa kecuali ayahnya.

“Nada? Hahaha kelakar la nama kamu. Macam bunyi nada dering je..hehehe”ketawa budak itu sambil menekan-nekan perutnya. Nada segera masam. Pipinya dikembungkan. Geram apabila budak yang baru dikenalinya itu mengejek nama yang diberi oleh kedua orang tuanya. Tiba-tiba, budak itu menekan pipinya yang sedang kembung itu.

“Hah, baru nampak okey. Jom kita kawan nak?”tanya Aiman sambil menghulurkan tangan. Dalam teragak-agak Nada menyambut salam persahabatan itu.



***********************


Kebetulan pula Nada dan Aiman satu tadika. Jadi boleh la Aiman menjadi malaikat pelindung Aina. Aina melangkah masuk ke dalam tadika dengan rasa riang. Hari ini hari pertama dia masuk sekolah. Danial masih berkawan dengannya tetapi secara curi-curi.

Semua kanak-kanak didalam tadika itu memandang Nada dengan pandangan yang menyampah. Nada tiba-tiba merasa takut. Baru sahaja dia mahu berpatah ke arah kereta ayahnya, tangannya dipegang erat oleh seseorang. Nada menoleh,terperanjat. Aiman memegang tangan Nada kemas. Sejak dia kenal dengan Nada dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri, iaitu Nada tidak akan dibuli selagi dia ada disisi Nada. Dia suka berkawan dengan Nada dan dia tidak suka melihat mereka melayan Nada begitu.

Semua budak-budak sudah berbisik-bisk. Tidak suka dengan Aiman yang melindungi Nada. Danial mahu menolong kakaknya tetapi dia takut kalau-kalau kawan-kawannya tidak mahu lagi berkawan denganya.

Aiman menarik tangan Nada supaya pergi ke dalam kelas. Tak suka dengan semua orang yang melayan Nada dengan buruk. Nada hanya mengikut Aiman dengan perasaan yang gembira. Gembira kerana Aiman sanggup berkawan dengan dia yang dipulau oleh semua orang.

“Jom Nada. Kita pergi belajar. Mama kita kata orang baik je boleh pandai tau. Kalau kita nakal-nakal nanti ilmu tak suka kita...”kata Aiman kuat. Sengaja. Danial yang mendengar terus merapati Nada. Dipegang tangan kakaknya itu erat. Nada tersenyum bahagia.


************************
Dirumah, selepas tadika..


“Bukan along dah cakap ke, yang Danial tak boleh rapat dengan budak nakal ni..”kata Amir tegas. Danial sekadar menguis jari kakinya. Takut mahu melihat wajah alongnya yang bagaikan singa itu. Nada menjauhi Amir yang seakan-akan mahu memukulnya.

“Jangan nak lari!”Amir menangkap tangan Nada lalu dia menolak tubuh kecil itu sehingga terjatuh Nada. Kepalanya terhantuk dibatu sehingga berdarah. Nada menangis lagi. Dia hanya mampu menangis...

6 comments:

  1. soory tulisan dia kecik sendiri la.. tau tak camne nak besarkan tulisan ni..
    selalunya okey je..

    ReplyDelete
  2. kesian Nada, kecik-2 dah terseksa :( nasib baik Danial & Aiman ada . Aiman tk kisah . huhu ..

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)