SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Sunday, 30 December 2012

kerana kau Anjelku prolog


KERANA KAU ANJELKU..

PROLOG
 
Budak tak sedar diri. Anak tak de mak. Penakut. Hodoh. Hahahaha suka nangis..”ejek sekumpulan budak-budak itu. Nada hanya mampu menangis,menangis dan menangis. Bukan dia tidak pernah nak mempertahankan dirinya cuma, dia sudah tak larat, tak larat mahu menjerit mahu memukul. Dia sudah tidak kisah biarlah mereka lakukan apa yang mereka suka.

“Sa.. sakit.. Tolong jangan pukul aku lagi...”Rayu Nada yang baru berumur 6 tahun itu. Dia sudah tak larat. Tak berdaya. Tiba-tiba pandangannya kabur... Namun sebelum pandangannya gelap dia terlihat sesuatu. Anjel? Malaikat? Apa kini dia sudah berada di alam lain?

“Woi! Bangun..”terasa ada sepasang tangan yang asyik mengoncangkan tubuhnya.

“Hm..? Anjel?”Tanya Nada yang masih mamai itu.

“Hahaha kelakar la kamu... Anjel? Ni mesti suka tengok cerita mickey mouse ni..”ujar budak lelaki itu. Nada memandang hairan. Kenapa budak ni baik sangat dengan dia?

“Hm.. awak ni siapa?”tanya Nada teragak-agak.

“Nama saya Aiman. Aiman Syafiq. Kamu?”tanya Aiman kembali.

“Nama aku. Nur Nada.”jawab Nada dengan suara yang bergetar. Sudah lama dia tidak berborak dengan sesiapa kecuali ayahnya.

“Nada? Hahaha kelakar la nama kamu. Macam bunyi nada dering je..hehehe”ketawa budak itu sambil menekan-nekan perutnya. Nada segera masam. Pipinya dikembungkan. Geram apabila budak yang baru dikenalinya itu mengejek nama yang diberi oleh kedua orang tuanya. Tiba-tiba, budak itu menekan pipinya yang sedang kembung itu.

“Hah, baru nampak okey. Jom kita kawan nak?”tanya Aiman sambil menghulurkan tangan. Dalam teragak-agak Nada menyambut salam persahabatan itu.


#prolog ni pendek je.. amacam okey tak? best ke x? nak asyu sambung lagi?

4 comments:

  1. (Ezad Marzuki)
    Ok la.... Tp aq nk tnya dia cter sedih atau happy???

    ReplyDelete
  2. citer dia... hm mula2 sedih(tap mesti ada klakar la jugak)
    pastu ending dia happy la.. :)

    ReplyDelete
  3. haha... ni mesti banyak tengok cerita mickey mouse ni... <3

    ReplyDelete
  4. Sama macam Del, kuat tengok Mickey Mouse. ^,^

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)