SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Thursday, 6 December 2012

pengubat hatiku 8


BAB 8


Akhirnya Aina dan abang-abang tiba dirumah ibu bapa mereka. Sejak dari tadi Aina langsung tidak bercakap. Makan pun sekadar menjamah sedikit sahaja,itupun hanya selepas dipujuk oleh Azwan dan Ilya. Hanya Azwan dan Ilya sahaja yang dapat pergi mengambil Aina. Manakala Izwan dan Ilman tidak dapat turut serta kerana mereka terpaksa bekerja.

“Ya Allah, anak mak.. Macam mana boleh jadi macam ni along?”tanya Puan Shahida, mana tak risau, Aina perlu didukung kerana sudah tak ada tenaga untuk berjalan. Aina sekadar tersenyum. Dia tidak mampu mengeluarkan suaranya. Air mata yang bergenang dimata Aina mengambarkan betapa peritnya Aina ketika itu.

“Along pun tak tahu. Sekejap along hantar adikNa ke bilik dulu ya mak. Nanti-nantilah kita bincang.”kata Azwan. Puan Shahida mengangguk perlahan. Air mata mula bertakung, ibu mana tidak sedih melihat anaknya begitu. Walaupun dia tidak pernah tunjukkan perasaan kasinya namun dia tetap menyayangi anaknya itu.

****************************************


“AdikNa cuba bagi tahu Along kenapa Aina jadi macam ni..?Tolong la Aina semua orang sayangkan Aina. Aina tak sayang kita orang ke?”tanya Azwan suaranya bergetar menahan sedih yang melanda. Dia takut. Dia takut jika Aina akan bertindak bodoh seperti dulu. Dia tidak sanggup kehilangan adikNa yang amat disayanginya. Aina mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Dia beralih menghadap dinding, dia tak mampu meluahkan isi hatinya walaupun dia mahu. Sesungguh dia berasa terseksa. Aina memejamkan matanya. Azwan sekadar menggosok perlahan kepala adik kesayangannya itu. Secara perlahan-lahan Azwan melangkah keluar dari bilik adiknya.

“Along cuba beritahu mak, apa sebenarnya dah jadi dengan adik kamu. Nasib baik ayah outstation kalau tak mesti ayah kamu risau. Dah la ayah kamu itu ada darah tinggi.”tidak sempat Azwan nak duduk maknya sudah menyerang dirinya dengan soalan bertubi-tubi. Azwan menarik nafas panjang.

“Along pun tak tahu apa sebenarnya yang jadi dekat Aina, mak. Semalam kawan sebilik Aina call cakap yang Aina dah macam mayat hidup. Terus Along dengan Ilya minta cuti sebab nak menjenguk adikNa. Tapi bila tengok adikNa macam tu. Terus kami buat keputusan nak bawak dia balik.”terang Azwan. Tentang lelaki yang Aina jumpa tidak diberitahu, takut maknya marah.

“Hm.. mak tak tahulah adik kamu tu. Nampak saja tabah tapi sebenarnya hati dia rapuh serapuhnya. Mak takut Aina mengulangi benda lama tu. Tak sanggup mak kehilangan dia. Dulu kita hampir kehilangan dia. Kini mak harap sangat-sangat benda tu takkan berlaku. Sebagai abang-abang kepada Aina, mak amanahkan kamu semua cari punca perkara ini dan selesaikannya...” kata-kata Puan Shahida seakan pembakar semangat Azwan. Ikutan hati mahu sahaja Azwan mencari lelaki bernama Damien tu. Azwan mengangguk tanda faham. Ilya mengajak Azwan keluar, dia tahu abangnya itu perlu ruang untuk menenangkan diri. Ilya membawa Azwan ke sebuah taman permainan.

Ketika Ilya pergi ke tandas, Raisul terserempak dengan Azwan yang sedang asyik termenung. Raisul sedikit teragak-agak mahu menegur Azwan. Yelah sejak peristiwa Aina teringatkan siapa dirinya yang sebenarnya terus Aina tidak lagi menegurnya walaupun mereka terserempak dimana-mana. Takut pula Azwan turut menumpang perubahan adiknya itu. Raisul menarik nafas mengumpul semangat mahu menegur Azwan yang seperti mati bini itu.

“Assalamualaikum, ni abang Azwankan? Abang kepada Aina?”tanya Raisul walaupun dia sudah mengenali siapa Azwan yang sebenarnya. Azwan yang sedang asyik termenung sedikit tersentak. Terkejut dengan kemunculan Raisul itu. Azwan memandang kosong. Mulutnya menjawab perlahan. Tindak balas Azwan itu jelas mengambarkan yang dia tidak mahu melayan apa-apa lagi soalan. Namun Raisul buat bodoh, dia sengaja buat begitu dia tahu sebenarnya Azwan perlukan teman untuk berbicara.

“Eh, Raisul... kamu dari mana?”tanya Ilya yang baru muncul itu. Raisul tersenyum ikhlas.

“Abang Ilya pun ada ke? Saya saja-saja ambik angin petang dekat taman ni.”jawab Raisul ramah.

“Oh, sama la kita.”Ilya sudah menepuk-nepuk mesra bahu Raisul. Mereka seperti rakan lama yang baru berjumpa.

“Kenapa dengan abang Azwan tu abang Ilya?”tanya Raisul yang masih tak sudah-sudah ingin tahu. Ilya mengeluh. Berat pula rasa hatinya untuk bercerita kepada Raisul. Namun mengenangkan mereka sudah kenal dan agak rapat, Ilya menceritakan hal Aina kepada Raisul yang sudah dianggap seperti adiknya. Ilya mencerita segala yang dia tahu termasuklah mengenai Damien. Raisul mengangguk-angguk kecil apabila mendengar apa yang diceritakan Ilya itu.

Akhirnya kisah itu habis juga. Raisul sudah mengeleng-geleng kepalanya pula. Simpatinya tumpah buat Azwan. Dia tahu Azwan sangat menyayangi Aina. Dia ingat lagi bagaimana pelindungnya Azwan kepada Aina ketika Aina sakit dahulu. Sehingga sanggup datang ke sekolah dan mencari pelaku yang membuat adiknya begitu sedih iaitu dia, Raisul Amri. Dia mengumpul semangatnya, dia mahu menyatakan sesuatu tetapi dia takut Azwan mengamuk.

“Abang Azwan dan abang Ilya, Raisul nak cakap sesuatu ni..”kata Raisul perlahan. Namun cukup kuat untuk menarik perhatian Azwan dan Ilya.

“Apa? Cakap sajalah Raisul.”kata Ilya perlahan. Azwan mengangguk setuju.

“A..apa.. kata s..sa...saya...”kata Raisul tergagap-gagap.

“Apa kata saya apa?!”sergah Azwan yang sudah tidak sabar.

“Apa kata saya bercakap dengan Aina?”tanya Raisul lancar akibat terkejut. Azwan sudah terlopong. Manakala Ilya sudah tersengih. Tetapi lopongan Azwan itu tidak lama. Azwan sudah berubah riak. Dia tiba-tiba menjadi Azwan yang serius. Seperti Azwan yang datang menemui Raisul di sekolah sepuluh tahun yang lalu. Raisul cuak..

“Hm... okey jugak tu, mana tahu Aina berubah mood jumpa dengan kamu.” kata Azwan girang. Raisul sudah terpinga-pinga. Pelik dengan Azwan. Tadi muka macam nak bantai orang tiba-tiba baik la pulak.

“Tetapi, jika hati adik aku bertambah luka........ matilah kamu..”kata Azwan serius. Matanya dan Ilya cerlung memandang Raisul dengan tajam. Raisul mengangguk faham. Azwan mengajak Raisul pergi bersama ke rumahnya hari itu jugak. Tadi mak mereka telefon mengatakan adikNa mereka masih tidak mahu menyentuh makanan. Raisu menaiki keretanya ke rumah Aina.


“Assalamualaikum...”Raisul memberi salam ketika tiba dirumah Aina. Ilya memanggil Raisul masuk ke dalam. Raisul meyalami Puan Shahida. Puan Shahida yang sudah tahu sebab kedatangan Raisul. Dia berasa sangat gembira dengan tujuan baik anak muda itu. Dengan izin semua ahli keluarga Raisul melangkah ke bilik Aina ditemani Azwan.

“Assalamualaikum Aina....”kata Raisul perlahan setelah duduk ditepi katil Aina. Aina terjaga. Dia tersenyum mesra sebaik sahaja melihat wajah Azwan. Namun Aina muka berubah kelat sebaik sahaja melihat kelibat Raisul.

“Aina, sebelum awak cakap apa-apa.. biar saya mintak maaf dulu.”kata Raisul penuh kekesalan.

“Aina, awak tahu kenapa saya suka buli awak dulukan? Saya pernah datang terangkan kepada awak. Aina perasaan itu tidak pernah berubah. Masih sama. Namun kedatangan saya ini bukan untuk memaksa awak atau apa? Cuma saya nak awak kembali seperti Aina yang saya temui dahulu. Manja, tegas, sopan dan sentiasa ceria.”kata Raisul. Aina terpaku. Dia terharu dengan penyataan Raisul itu. Tidak sangka Raisul sudah berubah. Sangkanya Raisul masih seperti dulu. Kejam dan suka mempermainkan perasaannya.

“Aina kalau awak sudi berkongsi masalah awak saya rasa sungguh bersyukur. Yalah saya ni bukan orang yang baik. Tetapi saya sangat-sangat sayangkan awak. Sudi tak awak ceritakan apa yang telah berlaku sebenarnya.”tanya Raisul penuh berharap. Matanya menunjukkan perasaannya yang sebenar.

Aina terharu, dia tidak sangka sudah berpuluh tahun namun Raisul masih menyayanginya. Aina menangis. Menangis kerana terharu kerana Raisul dan kecewa kerana Damien yang dicintai sanggup membuatnya begitu. Dengan esakkan yang masih bersisa Aina menceritakan apa yang terjadi kepadanya.


***********************************

Aina dengan bersemangat menunggu kedatangan Damien yang dicintai. Sudah sebulan lamanya dia tidak berjumpa dengan Damien yang dikasihi. Akhirnya kelibat orang yang ditunggu-tunggu muncul. Damien muncul dengan wajah yang serius dan sedikit kusut. Dari suatu sdudut yang agak terlindung kelihatan dua orang lelaki asyik memerhatikan gelagat Damien dan Aina.

“Assalamualaikum.”kata Damien kasar. Aina menjawab perlahan.

“Awak saya nak ..”tak sempat Aina nak habiskan ayatnya Damien menyampuk.

“Kita putus.”kata-kata Damien menyentak tangkai hati Aina. Aina terdiam.

“Kenapa? Apa salah saya?”tanya Aina. Dia menahan tangis.

“Sebenarnya, saya tak cintakan awak. Saya hanya berpura-pura mencintai awak kerana pertaruhan bodoh yang saya lakukan dengan kawan-kawan saya.”Damien ucapkan kata-kata itu tanpa melihat wajah Aina. Tidak sanggup rasanya dia melihat wajah yang dia sayangi itu kesakitan. Air mata yang sedaya upaya Aina tahan akhirnya tumpah jua. Dia bukan sedih kerana Damien menipunya tetapi kerana cinta yang dia taburkan sia-sia. Dia jatuh cinta pada orang yang salah.

*********************************

Raisul mengetap giginya. Geram. Azwan sudah bangun. Dia mahu mencari Damien yang bedebah itu. Aina pantas mencapai tangan abangnya. Dia tak mahu abangnya membazir masa bergaduh dengan orang yang tidak berbaloi baginya. Azwan memandang marah kepada Aina, marah kerana menghalang niatnya. Namun pandang mata Aina yang redup itu seakan-akan hujan yang menyejukkan hatinya. Raisul mengeluh perlahan.

“Saya tahu awak tak mahu kami cari pasal tapi untuk kami patuhi arahan awak tu...awak kena janji sesuatu..”kata-kata Raisul menarik perhatian Aina. 'sesuatu? Apa ya?'hati Aina tertanya-tanya.

“Awak kena makan. Awak kena sihat. Dengan tu, kami takkan ungkit lagi hal ni...”kata Raisul perlahan. Dia cuma Aina pulih dari perasaan kecewanya itu. Dia cuma mahukan Ainanya yang lama. Aina tersenyum. Dia mengangguk setuju. Azwan dan Raisul turut tersenyum senang.

#bab baru... sorry lambat update... hehehehe sibuk la sekarang ni... nnt2 saya masukkn en3 baru ye...

3 comments:

  1. bahasa yang tersusun cantik walaupun santai. =) suke :) teruskan

    ReplyDelete
  2. terima kasih marmar...
    cerita marmar pun best... x sabar nak sambung baca lagi

    ReplyDelete
  3. kali ni ksian kat mereka bertiga......
    hmmmm..

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)