Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday 8 November 2012

dia atau dia?? ! novel bru...



BAB 1


Woi, perempuan!”teriak Airil lantang. Habis seluruh manusia yang ada di kedai makan itu menoleh ke arahnya. Badannya yang sudah basah dijirus air tidak dipedulikan lagi. Yang pasti amarahnya terhadap 'waiter' perempuan itu harus dihamburkan, dah la moodnya sememang tengah tak elok ni. Pelayan perempuan itu kelihatan amat terkejut dengan peristiwa yang berlaku itu.

“Ma..maafkan sa..saya.” kata perempuan itu tergagap-gagap masih terkejut dengan teriakan Airil.

“Apa kau ingat dengan maaf kau tu baju aku boleh elok? Ingat murah ke hah?! Apa nama kau? Panggil 'manager' kau sekarang jugak. Sekarang!!” Airil masih tidak puas dengan pelayan itu, dia mahu perempuan itu dipecat, hari ini juga! Kelihatan seorang lelaki lewat 30-an berlari-lari anak ke arah mereka, mungkin dia itulah pengurus restoren itu.

“Ya, encik? Saya 'manager' di sini. Apa yang berlaku encik?” tanya lelaki itu sesudah sampai di tempat mereka berdiri. Pelayan perempuan itu sudah teresak akibat ketakutan yang melampau.

“Bagus.. bagus.. saya hendak awak pecat 'waiter' ni. Sekarang!” jerit Airil sekali lagi. Rakannya, Hafis sudah mengeleng-geleng kepala melihat aksinya yang keterlaluan itu.

“Tapi encik tak boleh ke encik maafkan dia?” tanya pengurus restoran itu. Masih mementingkan kebajikan orang bawahannya.

“Banyaklah maaf... kalau kau tak pecat dia. Dengan kau-kau sekali kena pecat. Aku kenal bos restoran ni, malah dia kawan baik aku, kau pun tahukan?”kata-kata Airil itu membuat pengurus restoran itu serba-salah. Memang dia pentingkan pekerja bawahannya tetapi periuk nasinya perlu dijaga. Kalau tidak isteri dan anak-anaknya akan kelaparan di rumah. Wajah pelayan itu dipandang. Seolah-olah memintak maaf.

“Sila kemaskan barang-barang awak. Awak di pecat.” walaupun kata-kata itu ditutur perlahan namun ianya kedengaran berat ditelinga pelayan perempuan itu. Perempuan itu semakin teresak malahan sudah terhinggut-hinggut menangis sedih. Dia berlalu pergi dari tempat itu. Airil kini tersenyum lebar. Terasa seluruh amarahnya hilang.


***************************************


Ain Maisarah masih menghamburkan tangisnya. Walaupun tangannya laju mengemas pakaian dan barang-barang peribadinya, tangisannya masih tidak mahu berhenti. Pengurusnya, Encik Saiful hanya mampu melihat sahaja. Bukannya dia sengaja mahu memecat Ain. Ain merupakan pekerjanya yang paling rajin. Cuma kali ini nasibnya tidak baik kerana bertemu dengan Airil Misyar anak usahawan terkemuka Malaysia, Dato' Said. Memang Airil itu merupakan pelangan tetap yang banyak meyumbang kepada restoran itu malah dia turut menyumbangkan title yang 'gah' kepada restoran mereka. Restoran yang paling banyak memecat pelayan.

Ain.. saya mintak maaf. Saya bukan berniat hendak berhentikan awak. Tapi...”ujar Encik Saiful apabila melihat tangisan Ain tidak berhenti. Dia terasa bagaikan pesalah memberhentikan Ain untuk kepentingannya. Dia tahu Ain merupakan anak yatim piatu yang datang merantau mencari rezeki di ibu kota. Jadi Ain sudah tentu tiada tempat untuk dituju. Malahan Ain hanya tinggal di hostel yang disediakan oleh majikannya.

“Tak apalah encik Saiful. Ni bukan salah encik Saiful. Saya yang salah. Kalau saya tak tumpahkan air ke atas pelanggan tu,tak jadi la macam ni. Mungkin ini memang takdir saya.” kata Ain bersama-sama esakannya.

“Habis tu, Ain nak pergi mana?” tanya Encik Saiful.

“Sa..saya tak tahu..” kata Ain. Dia kini kelihatan keliru dan gelisah. Tidak pasti ke mana harus dituju. Encik Saiful kelihatan seperti sedang berfikir.

“Hm.. kalau begitu. Apa kata awak tinggal di rumah adik saya. Sementara awak dapat kerja lain.” cadang Encik Saiful. Ain Maisarah memandang Encik Saiful mencari keikhlasan di muka pengurusnya.

“Saya tak menyusahkan adik encik ke?” tanya Ain.

“Tak. Ain setuju ye..?”kata Encik Saiful. Ain terangguk-angguk setuju. Dikala ini Ain berasa amat bersyukur kerana masih ada insan yang mahu menabur kebaikan kepadanya. Ternyata Allah itu maha adil.


******************************************


“Wei, Airil. Tak baik la kau buat camtu.. Budak tu bukan salah apa pun, dia tertumpah air kosong je kat baju kau.” kata Hafis yang ternyata tak puas hati dengan tindakan Airil. Yelah bukannya air buah ke apa ke.. air kosong je.. tak luak pun warna baju 'mahal' dia tu..

“Hergh... lantak la budak tu.. yang pastinya mood aku okey. Yang kau ni apa kes? Ungkit pasal budak tu pulak. Apsal ko syok dekat dia ke?” tanya Airil bengang dengan rakannya. Selalunya rakannya itu sentiasa menyokong tindakannya.

“Ko dah insaf ke? Selalunya bila aku pecat ke aku marah ke.. ko tak kata apa-apa pun?” pelik dengan perubahan Hafis, Airil pantas menghamburkan persoalan yang berada difikirannya.

“Tak la.. selalunya yang ko pecat tu memang buat salah yang serius yang kau dan aku tak boleh maafkan. Tu yang aku ikut je. Tapi ni dia tak buat apa-apa pun. Tertumpah air kosong je kot. Lagipun baju 'mahal' kau tukan kau beli kat bundle je bro.” kata Hafis ada nada menyindir dalam kata-katanya itu. Airil menjeling tajam ke arah Hafis. Tadi panas hatinya hilang kini muncul kembali disebabkan Hafis asyik membantah apa yang dia lakukan pada pelayan perempuan itu. Tapi padanya apa yang dia lakukan terhadap pelayan itu adalah wajar. Memang pelayan itu sepatutnya dihukum sebegitu.

“Argh, suka hati aku la! Kau ni kalau tak suka apa yang aku buat tak payah lagi jadi kawan dengan aku lagi.” katanya seolah-olah mencabar Hafis. Hafis yang sememangnya pantang dicabar itu mula berasa marah.

“Baik kalau tu yang kau nak. Kita putus kawan! Jangan cari aku bila kau dalam masalah. Assalamualaikum!” kata Hafis sambil berlalu pergi.

“Waalaikummussalam..” jawab Airil. Airil bagaikan baru tersedar dengan kata-kata yang dihamburkan pada Hafis.' ah... lantak la. Tu dia punya pasal. Sapa yang suruh asyik backing pelayan bongok tu. Tak payah kawan pun tak apa bro..' ujar Airil dalam hatinya. Tiba-tiba kedengaran lagu Stacy dan Adam..bergabung meletup tu la... Airil tersenyum melihat nama diskrin telefonnya.



***************************************



“Maafkan saya, kalau saya hanya menganggu cik ila.” ujar Ain kepada adik encik Saiful. Encik Saiful sudah lama pulang. Ila atau Fadhillah merupakan adik kedua encik Saiful. Encik Saiful mempunyai 3 orang adik beradik. Ila merupakan yang kedua bawahnya ada seorang lagi, lelaki tetapi adik mereka sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Kenapa pulak minta maaf? Tak ada susahnya. Lain la akak kena suap Ain makan ke. Hm.. Ain tak payah bercik-cik dengan akak. Kita dah macam adik beradik.”kata Ila. Ain tersenyum senang, tak sangka masih ada orang yang sebegitu baik didunia. Menerima orang yang dalam kesusahan tanpa meminta balasan.

“Tapi.....”kata Ila, saja melambat-lambatkan kata-katanya,kononnya nak suspen.

“Tapi apa kak?” tanya Ain tak sabar.

“Tapi, nanti adik akak yang bongsu tu akan balik sekali-sekala, nanti Ain jangan segan pulak. Dia duduk luar. Tak tidur di rumah.”kata Ila,dia tersenyum melihat perilaku Ain. Ain yang tadinya gusar dengan 'tapi' Ila, menarik nafas lega. Yelah mana la tau letak syarat yang bukan-bukan ke?

“Owh...okey. Ingatkan apa.”kata Ain melepaskan nafas lega.

“Ala.. tak payah takut sangat. Adik akak tu hensem tau. Nanti kalau dia tengok Ain yang cun melecun ni... hm..tak payah cerita la.. mesti kena tackle punye...”usik Ila. Ain sudah tersipu-sipu. Yelah orang puji sapa tak suka.

“Hish, akak! Dah la, Ain mintak diri dulu ye. Nak bersihkan diri dah melekit ni.” kata Ain yang masih tersipu-sipu sambil meminta diri ke biliknya. Ila tersenyum, dia senang dengan perlakuan Ain.



1 comment:

  1. terkejut kita kak. Mula-mula baca da woi. hehe apa2 pun debaek (Y)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)