SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Monday, 12 November 2012

pengubat hatiku... 5


Bab 5

'salam.. Aina saya mintak maaf... jangan la merajuk, saya tak pandai nak pujuk..' pesanan ringkas(sms) Damien dibaca Aina. Aina buat bodoh je padahal dalam otak dah teratur dah ayat untuk di tulis kepada Damien... hati dah mula rindu nak buat cam mana.. kata teman sehati sejiwa. Tak lama kemudian kedengaran sms kedua masuk.

'Aina...yg comel lag cantik tlg maafkn saya. Saya syg kan awak.... sorry>v<' Aina tersenyum melihat sms itu. Hati dia dah mula maafkan Damien tapi egonya yang masih menebal tidak mahu beralah. Dia buat-buat bodoh. Kedengaran ketukan di pintu biliknya semakin lama semakin kuat hampir tercabut jugak pintunya dibuat orang yang mengetuk pintunya. Nak tak nak kena la juga Aina bangun membuka pintu biliknya yang sudah longgar skrunya diketuk kuat.

“Hm... nak apa Abang long ni? Tak boleh tengok orang senang ke?” terpacul soalan itu apabila terlihat gerangan manusia yang mengetuk pintu biliknya.

“Ala.. DikNa.. along rindu kat DikNa la.. hurm.. Nape hari ni Aina tak sembang dengan along.. along ada buat DikNa marah ker?” tanya Azwan. Memang dia pelik dengan Aina selalunya Aina ni tak boleh biarkan dia duduk sorang-sorang ada saja yang dia nak borakkan. Lagipun dia sunyi isterinya, Liza masih ada di Sarawak jadi untuk menghiburkan hatinya yang sunyi Aina pasti ada saja jenaka atau gosip-gosip yang boleh buat dia ketawa.

“Tak ada apa-apa la... saja je nak luangkan masa kat pokok berangan Aina.”kata Aina tersengih.

“Yelah sangat berangan entah-entah emo bergaduh dengan boifren.. alamak..gulp”Azwan dah tahu dia terlanjur kata. Dia tahu Aina memang pantang orang kata pasal makwe pakwe ni.. habis la dia kena sembur dengan Aina..

Pelik tapi benar.. Aina tiba-tiba tersengih macam kerang busuk eh bukan macam kerang busuk dah tapi dah macam tempoyak busuk...er.. ada ke tempoyak busuk? Azwan terkedu bukan setakat terkedu tapi dah terkesima dengan kelakuan Aina itu. Tak ada pun tempikan marah atau jelingan tajam... pelik bin ajaib ni..

“Aina kamu okey tak ni? Kenapa kamu tersengih-sengih ni?” tanya Azwan yang jelas-jelas 'ter' keliru dengan perubahan Aina.
“eh..hehehe.. tak ada apa-apa.. saja je. Dah la along keluar la... orang nak sambung tanam pokok berangan ni..” kata Aina sambil menolak Azwan keluar biliknya. Azwan yang diluar bilik Aina terkedu-kedu. Takkan la Aina jatuh cinta? 'Jatuh cinta lagi... lagi-lagi ku jatuh cinta' kedengaran Aina menyanyi kecil. 'hm.. sah dah Aina jatuh cinta! Kena bincang dengan askar-askar ni!” Azwan lantas bergegas ke arah bilik adik-adik lelakinya.

Tak lama Azwan keluar dari biliknya telefon Aina berdering. Aina tersenyum melihat nama Damien di skrin sentuh Iphonenya. Aina terguling-guling di atas katilnya, berfikir nak angkat atau tidak.. tapi hati ni sebenarnya dah rindu giler dengan suara Damien.'hm..angkat jelah...' fikir Aina.

“Assalamualaikum.. Aina sayang sorry sangat-sangat. Damien bukan sengaja nak buat Aina marah... Aina taukan yang Damien sayangkan Aina.. Aina cakap la... Damien klu tak dengar suara Aina boleh gile tau tak?”kata Damien cuba menagih kemaafan Aina.

“Wa'alaikummusalam,hm...okey...saya boleh maafkan tapi... saya nak awak buktikan yang awak sayang dekat saya... boleh?”tanya Aina mahu menduga Damien. Damien yang berada di talian mula menggaru-garu kepalanya yang sememangnya tak gatal tu... 'haih, jenuh jugak nak pujuk anak En Amin ni... hish ..;

“Hm.... bol...boleh... untuk Syaz tersayang apa pun i rela....”balas Damien teragak-agak takut pulak nanti melalut permintaan Syaz.. Syaz ni bukan boleh percaya sangat. Dalam otak dia tu mesti dah terancang satu atau melambak-lambak idea nakal..

p/s: sorry pendek... nnt2 kita sambung lagi...

3 comments:

  1. kak syu... apasal tiba-tiba je ada nama syaz dekat perenggan bawah tu?

    ReplyDelete
  2. hahaha dah lama pos baru perasan tu pun sebab siti yang bagitahu hehehe malas la nak betulkan

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)