Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday, 12 November 2012

kopi'o? hm.. 1


Woi, kopi’o cepatlah sikit! Lembap betul la kau ni. Karang aku lambat masuk kelas
camne?” tengking Shazwan kepada adik tirinya, Nur Asmawati atau Asam atau lebih dikenali
sebagai kopi’o. Asmawati mula digelar kopi’o kerana dia pernah minum kopi’o hingga masuk
ke hospital akibat keracunan kafein namun dia masih merupakan seorang peminat kopi’o
yangtegar. Kalau tidak dapat kopi’o sehari pastinya hidup Asma tidak lengkap.
Kelihatan kelibat Asmawati dari jauh. Asmawati kelihatan sukar untuk bergerak
kerana memikul beg abangnya sekali. Namun dia masih boleh tersenyum melihat
abang tirinya masih setia menunggu dirinya. Memang Shazwan selalu membuli adik
tirinya itu tetapi dalam diam dia sangat menyayangi adik tirinya,dia menganggap
Asmawati bagaikan adik kandungnya sendiri.
Abang, nanti petang Asma pulang lewat sikit, sebabnya Asma ada kelas tambahan.
Nanti Asma pulang dengan Julia anak pakcik Meon. Jadi abang jangan tunggu Asma tau ”
Beritahu Asmawati sambil berpesan kepada abang tirinya itu.
“ Hish bila pulak aku tunggu kau. Aku cuma... cuma pulang lewat. Tu kebetulan
sahaja. Hm... nanti kau pulang ... jalan hati-hati tahu. Dah la aku dah lewat, beri beg aku
tu.”pantas sahaja alasan muncul di bibirnya. Asma hanya tersenyum melihat tingkah laku
abangnya yang kelam-kabut itu.
Asma melihat jam tangan pemberian ibu tirinya sempena ulang tahunnya yang ke-15.
Menyedari dia sudah terlewat,Asma pantas membuka langkah seribu ke kelasnya. Dia sudah
tidak lihat kiri kanan kerana mengejar waktu. Untuk ke kelasnya dia terpaksa melintas
kawasan meletakkan motorsikal.
Kerana asyik mengejar waktu dia tidak sedar sebuah motosikal menuju laju ke
arahnya.Yang pasti tuan motosikal itu juga turut mengejar waktu. Pemandu yang memandu
laju itu menekan brek sekuat hati. Tetapi motosikal itu tidak dapat dikawal lalu menyebabkan
pemandu tersebut terpelanting ke birai longkang kecil.
“Ya Allah! Awak ok tak?” pantas Asma bergerak ke arah pelajar lelaki itu.


“Ergh... ok apa bendanya, kau tak nampak ke aku dah separuh mati ni.” Jerkah lelaki
itu tanpa melihat wajah Asma.
“ Kau rupanya kopi’o. Kenapa kau buleh muncul tiba-tiba? Kot ye pun nak cepat
tengok la kiri kanan! Sekarang macam mana. Kau kena ganti rugi kat aku kalau tak aku
laporkan hal ni kat bapak kau.” Ugut Wazir, dalam kepalanya terancang satu perkara nakal.
“ Jangan bagi tahu bapak aku. Aku tak de duit. Macam mana aku nak ganti rugi kat
kau.” Takut sungguh dia apabila Wazir mengugut akan memberitahu bapanya. Walaupun
Asma seorang yang manja dengan bapanya tetapi bapanya juga seorang yang tegas.
“ Ok.. kau kena jadi orang suruhan aku untuk seminggu ataupun bayar aku 100 ringgit.
Aku bagi kau dua hari kau fikir la apa hukuman yang terbaik untuk kau.”
Penyataan itu membuat Asma berasa kepalanya bagai dihempap batu yang besar.
Asma terus melangkah masuk ke kelasnya walaupun dia sudah terlepas satu
matapelajaran. Sepanjang hari itu satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut Asma. Ini
membuatkan teman karibnya, Julia merasa pelik. Sebaik sahaja guru matapelajaran terakhir
keluar Julia pantas ke tempat duduk Asma. Baginya masa 30 minit untuk keluar makan itu
tidak penting yang penting rakan karibnya.
“Asma kenapa dengan kau hari? Asyik termenung je. Pastu sepatah perkataan pun tak
keluar dari mulut kau. Kau ada problem ke?”tanya Julia penuh prihatin.
Asma hanya memandang kosong ke arah teman karibnya.
“ Kenapa kau diam je? Kalau ada problem citer kat aku. Kitakan kawan. “ Pernyataan
ikhlas Julia itu mengundang rasa sedih. Tiba-tiba sahaja Asma menangis.
“La.. kenapa pulak kamu menangis?” tanya Julia yang terkejut dengan perubahan rakan
karibnya itu.
Asma yang tidak dapat menahan dirinya dari meluahkan perasaan, terus menceritakan
masalah yang dihadapinya. Julia ternganga mendengar cerita daripada Asma itu.
“ Kau cerita la kat bapak kau.. tak denya dia nak marah kat kau.”
“ Tak boleh macam kau tak tahu perangai bapak aku tu. Kalau dia dah marah habis
semua orang kena tempiasnya.”kata Asma, dia mengeluh mengenangkan bapanya yan agak
baran itu.
“ Habis tu kau nak pilih pilihan pertama ke?”tanya Julia prihatin.
“ Hm..itu je pilihan yang aku ada..” kata Asma terus dia tertunduk bagai rela dengan
hukuman yang bakal dihadapinya.
Sebaik sahaja Asma pulang ke rumah, dia terus menuju ke bilik tidurnya. Hairan juga
Puan Hasmah dengan perubahan anak tirinya itu. Shazwan juga hairan dengan perubahan
mendadak adiknya itu. Selalunya Asma akan cuba bermanja dengannya dan Asyikin adik
Asma yang juga adik tirinya.
“Asma, sayang ada masalah ke? Cuba beritahu ibu.”lembut suara Puan Hasmah cuba
memujuk Asma. Mendengar suara ibu tirinya yang begitu lembut menyebabkan Asma
“Hm.. tak ada apa-apa la ibu”dia hampir-hampir menceritakan masalah yang
dihadapinya tetapi dia menahan diri takut ibunya risau.
Asma cuma letih. Hari banyak betul kerja sekolah
yang diberi.” Kata Asma sambil tersenyum. Melihat senyum anak gadis itu menyenangkan
sikit gusar yang melanda hati Puan Hasmah.
“Baiklah kalau macam tu ibu pergi siapkan makan malam kita dulu ya. Nanti bapak
kamu pulang tahu minta makan sahaja.”ujar Puan Hasmah sambil tersenyum. Kata-kata Puan
Hasmah itu membuat Asma ketawa kegelian hati. Sekurang-kurangnya kurang sedikit gudah
dihatinya. Asma sudah bertekad akan memilih pilihan pertama hukumannya iaitu menjadi
orang suruhan kepada Wazir. Dia redha yang pasti dia pun turut bersalah.
Keesokkan harinya, Asma melangkah dengan penuh perasaan yakin. Dia yakin yang
hukuman itu tidak seteruk seperti yang disangkakannya. Sesampai sahaja ke sekolah
Asmawati terus ke tempat meletakkan motor. Dia yakin yang Wazir setia menunggunya
disitu.
Hoi! Kopi’o kenapa kau lambat aku dah tunggu kau sejam kau tahu. Dah la tempat ni banyak
nyamuk”rungut Wazir.
hm.. maaflah.”’hish lambat apenye, baru pukul 7.10 minit. Entah apa-apa la mamat perasan
bagus ni.’ Rungut Asma pula...tapi dalam hati jer....
Hm.. tak pelah.. so.. macam mana kau dah buat pilihan ke?” tanya Wazir dalam hati
sebenarnya asyik berdoa agar Asma pilih pilihan pertama.
Saya nak.. nak..nak...”belum sempat Asma habiskan ayatnya Wazir menyampuk tidak sabar.
Nak..nak.. nak apa!!!!” jerkah Wazir. Asmawati terkejut hingga melatah.
Nak kaulah bodoh.! Ops.. sorry saya nak pilihan yang pertama iaitu jadi orang suruhan
awak..”kata Asma lancar mukanya sudah merah padam menahan malu teramat yalah dah
termelatah depan orang mestilah malu kenalah cover cun. Wazir tidak dapat menahan tawa
lalu tercetuslah gelak yang teramat kuat...ni kalau gelak macam Wazir ni konfem-konfem
setan dah beranak dekat tekak, agak-agaknya dah berduyun-duyun anak segala setan dekat
tekak dia tu. Macam langsuir lelaki pun ada... ada ke langsuir lelaki? Lantak lah fikir Asma.
Ok... kalau macam tu kau mula jadi orang suruhan aku petang ni.. aku dah tahu kelas
tambahan kau tu dibatalkan. Jadi jangan cuba nak mengelat.”pesan Wazir.
Macam mana awak tahu petang ni saya takde kelas tambahan?” soal Asma lurus.
Yelahkan saya ni pengawas merangkap pelajar kesayangan guru-guru disini.”beritahu Wazir
sedikit bongkak.
ok kita nak jumpa dimana?” tanya Asma
Kita jumpa di padang sekolah.”kata Wazir terus berlalu pergi. ‘kalau macam ni boleh la aku
kelentong abang..’fikir Asma. Dia mula membayangkan betapa kejamnya hukuman yang
menantinya petang ini.



Asma berlari selaju yang mungkin. Dia telah tertidur di surau selepas menunaikan
solat, sedar sahaja dari tidur Asma mencari jam... rupa-rupanya dia telah lewat satu jam.
Maknanya Wazir sudah menunggunya selama sejam dibawah terik matahari.. agaknya wajah
putih bersih Wazir itu sudah macam udang dibakar ,aik... dalam mengutuk tu terselit juga
pujian untuk orang yang dibencinya itu...bukan benci... Cuma kurang senang...
dari jauh kelihatan Wazir menunggu dengan wajah yang kemerah-merahan..kan dah kata
mesti merah macam udang terbakar..hihi..
Alamak mesti dia marah giler kat aku ni...’embicara hati Asma kegusaran...
hem..ehem..”Asma berdehem sedikit mana tau kut-kut lembut sikit hati dia..
hah sampai pun....”tak sempat menyambung ayat Asma yang sedang laju melangkah boleh
tersadung batu pula... apalagi tergolek-golek Asma dipadang yang sedikit berbukit itu. Wazir
yang melihat tergamam.. sunyi seketika.. bagai tersedar Wazir menjerit memanggil nama
Asma apabila melihat Asma tidak bergerak-gerak lagi...dia berlari menuju ke arah Asma yang
terbaring kaku.. dipangkunya kepala Asma rupa-rupanya kepala Asma terhantuk batu yang
berada dipadang itu..darah mengalir laju..Wazir bagai dipukau, dia hanya Asma melihat bagai
orang bodoh sambil memanggil-manggil nama Asma...kebetulan Shazwan melewati
padang,Shazwan yang berasa bagai ada sesuatu yang berlaku kepada adiknya sebab itu dia
datang ke sekolah.. kononnya hendak mengambil adiknya itu..
Wan..!” kedengaran seseorang memanggilnya. Shazwan melihat kiri kanan mencari orang
yang memanggilnya. Dari jauh kelihan dua susk tubuh ditengah padang..

Wan! Sini aku yang panggil..”Wazir menjerit sekuat hati memang jarak dia dan Shazwan
agak jauh. Shazwan berlari anak menuju ke Shazwan. ‘aik....apalah yang Wazir buat kat
tengah padang ni.. sapa yang tengah terbaring tu...depa ni tengah berlakon ke..?’macam-
macam muncul dibenak hati Shazwan ketika itu...semakin dia mendekati Wazir semakin jelas
siapa yang terbaring itu..’itukan Asma...hah..Asma...’Shazwan terus berlari selaju yang
mungkin.
Asma...Asma... apa yang kau dah buat dekat adik aku ni Wazir..hah”panggilnya, apabila
Asma tidak menyahut dia menyergah Wazir yang juga agak pucat seperti adiknya..
Mana ada aku buat apa-apa...ta..tadi.. dia lari turun bukit..le..lepas tu jatuh bergolek..a..a.ku
nak mintak tolong tapi a..aku takut nak tinggalkan dia..”tergagap-gagap dia menerangkan hal
sebenarnya,bergenang air dimatanya ketika bercakap..
Shazwan mengendong Asma ke bilik sakit,harap-harap guru disitu belum pulang..
Cikgu...oh..cikgu!huh..huh..”panggil Shazwan termengah-mengah maklum la bukannya
ringan sangat si Asma ni.. nampak je kurus.. pastu panjat pulak tangga..memang semput mak
aih...
Hah! Kenapa dengan Asma ni? Baringkan dia disini.”Cikgu Zamri yang kebetulan masih
belum pulang menyuruh Shazwan membaringkan Asma di katil yang berada di bilik itu.
Cikgu Zamri pantas melakukan rawatan kecemasan.
Saya rasa kita perlu bawa Asma ke klinik. Walaupun lukanya tidak teruk tetapi dia masih
tidak sedar ni...”kata-kata Cikgu Zamri membuat Wazir mengeletar. 'Matilah aku kalau Asma bagitahu hal sebenar dekat abang dengan bapak dia...' Wazir mula berpeluh. Karang dengan Wazir,Wazir pengsan... panik sangat...

p/s: tajuk dia macam tak kena pulakkn? nnt kita pikirkn tajuk dia...

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)