Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday 27 April 2013

ASH VerSUs ASH Part 2


PART 2 *__^
          Pagi-pagi lagi Ash sudah terpacak di depan rumah Uncle Majid yang boleh tahan indahnya.  Sekali lagi dia terpaksa menunggu di luar.  Tapi kali ni 20 minit dia menunggu.  ‘Haih, Uncle Majid ni sengaja nak menguji kesabaran Ash yang macho lagi comel ni!!’  Ash menendang-nendang batu-batu kecil yang terdapat disitu.  Tanpa disedari dia tersepak batu kecil itu ke seorang lelaki yang sedang joging di situ.  Ash mulalah kelibut.  Nampak sangat dia nak lari. 

          “Adoiiiiiii...” panjangnya adoi lelaki tu.  Ash sudah nak angkat kaki.  Melihat Ash nak panjat motor lagi kuat bunyi mengadoi lelaki itu.

          “Adoiiiiiiiiii... Sakitnya!  Rasa nak pengsan..”  Usai berkata begitu terus lelaki itu jatuh.  Ash makin cuak.  ‘Kuat sangat ke aku sepak batu tu tadi??’ Ash terus berlari ke arah lelaki itu.

          “Encik, Encik!” Ash mengoyang-goyangkan badan lelaki itu.  Tapi tiada sedikit pun reaksi dari lelaki yng boleh tahan handsome itu.  Sempat lagi Ash ni menilik wajah lelaki itu dalam kekalutan dia.

          “Ow... Rasanya saya dah terkena panahan cintalah..” gumam lelaki itu dalam sedar tidak sedar.

          “Encik apa yang encik cakap?” Pelik Ash sedar-sedar je cakap benda merapu.

          “Saya dah jatuh cinta..” cakap lelaki itu lebih jelas.

          “Ye ke? Taniah la encik.. saya minta maaf sebab sepak batu tu tadi. Mari kita ke klinik..” ujar Ash sedikit lega apabila lelaki itu sudah sedar.

          “Eh.. tak pe.. Awak bayar ganti rugi jelah..” ujar lelaki itu mengangkat kening.

          “Ganti rugi? Berapa ya encik?” tanya Ash. Lelaki itu mengeluh.

          “Nama saya Fakrullah.  Panggil saya Rul atau Fakrul je jangan panggil encik ya.  By the way.. saya tak mahu dalam bentuk duit..” Ujar lelaki itu sedikit nakal.

          “Pastu?” tanya Ash yang jelasnya memang lembab.  ‘kenapa pulak nak kenal-kenal ni.. Ala.. cepatlah karang Uncle Majid balik kang naya aku..’ Mata Ash sudah meliar memerhati jalan yang selalu digunakan Uncle Majid untuk pulang.

          “Cik.. Cik adik manis.. Saya nak cik ganti rugi dalam bentuk perasan.  Saya cintakan cik..” ujar Rul lalu terus melutut.  Ash ternganga. 

          “Encik... Okey ke tak?  Parah rasanya encik ni.. Kejap ya encik tahan tau...” Ujar Ash kelam kabut. ‘Kuat sangat ke aku langgar dia tadi?’ Ash sudah mengeluarkan telefonnya.  Mahu mendail nombor kecemasan.

          “Cik.. saya ikhlas cintakan cik.  Terimalah saya cik..” ujar lelaki itu bersungguh-sungguh.

          “Encik biar betul-betul. Saya tak kenal encik. Lagi satu mana encik tahu saya ni perempuan?” tanya Ash yang kini sudah memahami apa kehendak lelaki ini.  Makin lebar senyuman lelaki itu.

          “Seorang perempuan tidak dapat menyorok fitrah mereka.  Aura cik terlalu kuat..”ujar Rul yang kini sudah berdiri.  Romantis betul suara yang dilontarkan.

          “Arghhhh Bullsh***!!!”jerit Ash sebelum cuba membuka pintu pagar rumah Uncle Majid.  Boleh bukak pulak...  makin bengang Ash. Kalau pintu pagar ni terbukak dari tadi tak adalah dia kena kacau dengan orang gila tu...

          “Cik setidak-tidaknya bagitahulah nama cik...”laung lelaki itu dari luar.

                  
                                                          9_____6

          Akhirnya Uncle Majid sampai ke rumah.  Hampir 30minit kali ini Ash menunggu.  Ash sudah menayang muka masam manis yang sememangnya terlebih masam itu kepada Uncle Majid.

          “Quratun maafkan Uncle.. Aisy demam.  Tiba-tiba je lepas papa dia pergi kerja terus badan dia panas.  Itu yang Uncle lambat sikit ni..” ujar Uncle Majid yang jelas rasa bersalah.

          “Tak apa.. Teruk ke demam Aisy ni?” tanya Ash apabila melihat Aisy menangis teresak-esak.  Aisy mehulurkan tangan kepada Ash meminta didukung.  Ash kelihatan ragu-ragu mahu menyambut huluran tangan kecil itu.  Melihat air mata si kecil mengalir deras membuatkan Ash terus mengambil si kecil lalu didukung penuh kasih.  Ash sendiri pelik dengan dirinya sebelum ini belum pernah dia berasa sebegini. Rasa... sayang. Ya, sayang kepada anak kecil ini.

          “Quratun masuk bilik  Aisy dululah Uncle..  Kesian dia nak tidur..” Ujar Ash begitu lembut. Memang ada ciri-ciri wanita terakhirlah. Eh, silap gadis melayu terakhir.. hehehe >.<

          “Ye lah..” ‘Baik betul si Quratun tu.. Aisy pun nampak serasi dengan Quratun. Sejuk hati aku..’Uncle Majid tersenyum senang melihat Ash dan Aisy berdua.

          “Okey.. Aisy tidur dulu tau.. Kak Quratun nak masak bubur..” Aisy mencapai tangan Ash seolah-olah takut ditinggalkan. Nak tak nak Ash kena tunggu jugak anak kecil sehingga anak kecil itu tidur.

          Selepas memberi Aisy makan bubur dan ubat. Sekali lagi anak kecil itu tidak membenarkan Ash pergi dari sisinya. Akhirnya Ash terpaksa menemani anak kecil itu. Kali ini dia lena bersama Aisy. Seronok pulak dia peluk si Aisy ni. Aisy dah jadi bantal busyuk Ash hehehehe.

          Ash terjaga apabila terasa ada tangan memeluknya. Mula-mula dia biarkan sahaja dia ingat tangan si Aisy.  Ash memegang tangan ‘Aisy’.  ‘Aik, bila masa pulak tangan si Aisy ni besar?’ Terus mata Ash terbuka luas. Memikirkan kenapa tiba-tiba tangan Aisy boleh membesar macam kena sengat tebuan itu. Buka-buka mata terpacul wajah Aisy yang sedng tersenyum berdiri disebelahnya.
          ‘Sudah tangan siapa pulak ni?’ terus Ash terduduk tegak. Tergamam sebentar melihat siapakah yang memeluknya sedari tadi. Tangan itu mencari ke mana perginya Ash.

          “ARGHHHH!!!!!” jerit Ash yang baru sedar dari mimpi petang yang panjang.  Dia seolah-olah baru sedar disebelahnya ada LELAKI yang dia sendiri tak tahu siapa.

          “Aisy?! Kenapa? Kenapa?” tanya lelaki itu yang baru sedar terus menerpa ke arah Aisy.

          “Arghhh, kau siapa macam mana boleh masuk bilik Aisy ni?!” Jerit Ash.  Ash sudah menarik Aisy ke tepi.  Entah siapalah lelaki ni, dahlah peluk dia lepas tu nak peluk budak kecik ni pulak. Uncle Majid yang baru pulang terus menerpa ke bilik si Aisy.
         
          “Hah! Apa yang kecoh-kecoh niii...?!”tanya Uncle Majid kelam kabut. Ash menuding ke arah lelaki itu.

          “Dia peluk Quratun lepas tu dia nak peluk Aisy!!”kata Ash yang tak lepas-lepas memegang Aisy. Terbeliak mata Uncle Majid dengan lelaki itu.

          “Dah, dah kita turun dulu. Ashril siap cepat, turun ayah nak tanya something.”kata Uncle Majid tegas. Giliran Ash pula terbeliak. ‘Ayah?!!’
          Ashril sekadar mengangguk. ‘ Macam pernah aku tengok je pengkid ni.. tapi dimana ya, Arghh lantaklah..!’ Ashril pantas sahaja masuk ke bilik air.

         
^______<

         
          Uncle Majid sibuk memasak. Untunglah siapa yang dapat khawin dengan Uncle Majid ni..  tak payah nak masak.. Ash sudah berangan. Dia rasa macam pernah jumpa lelaki itu. Tengah dia asyik mengelamun Ashril turun. Mata masing-masing terbeliak. Mereka dah ingat!!!

          “KAU!”

          “KAU!”

          “Apa?!”tanya Uncle  Majid yang terperanjat. Sudip masih ditangan.

          “Dia la perempuan pengkid yang Ash kata tu..!”

          “Dialah Mr. Carzy!!”

          “Hm..?!” uncle Majid sudah mengaru kepala dengan sudipnya.

3 comments:

  1. kelakar gilerrr.... nie mesti kes x sedar ada yg si quratun ada kat situ.. hahahha... best2.. cpt sambung
    :)

    ReplyDelete
  2. adus.. lamanya nak tunggu sambungannya.. hmmm.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik.. dah smbung la.. part 4 dlm proses..
      ce tgk betul-II ada la..

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)