Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday 22 December 2018

Sesuci, Nur Hanan ~ Bab 1

Assalamualaikum semua, apa khabar?
Sorry lama tak update. 
Erm... mengenai DKAKUS seperti yang Asyu pernah up dekat FB dan IG, manuskrip Asyu hilanggggg T^T 
Asyu dah cuba nak recover tapi tak boleh....
Harris dan Afifah dah tak de Guys!
Maaf sangat2 pada yang follow kisah tu.

Hari ini Asyu kembali update dengan cerita baru. InsyaAllah cerita ni memang Asyu nak siapkan sampai habis dan publish to be a book.

Harap sangat korang beri sokongan pada cerita yang ni ye.



Bab 1



            Sayu mula menghambat diri si kecil. Bajunya yang lusuh dipegang erat. Air mata mula bergenang, sedih melihat anak-anak seusianya bermain riang di taman permainan itu. Namun, air matanya di tahan. Dia perlu kuat. Bak pesan ibunya, anak sulung seharusnya cekal, kuat, tabah... supaya adik-adik yang masih kecil juga kuat, tabah dan cekal sepertinya. Biar kehidupan yang tidak selalu bahagia ini berjaya mereka harungi. Walaupun dirinya masih kecil, dia ingin menjadi contoh kepada adik-adiknya dan menjadi anak yang menyenangkan hati ibunya.

            “Kakak... kenapa ye dia orang boleh main dekat situ? Kenapa bila Ansar nak main... dia orang marah-marah?” tanya si adik, mulutnya muncung. Tanda tidak puas hati. Hanan terkelu. Dia juga pelik. Apa salah adik-adiknya?

            “Hah! Angah tahu... sebab.... sebab... baju Ansar kotor kot?” balas Laili. Ansar membuang pandang ke padang. Air mata mula bergenang. Tak puas hati dengan kenyataan Laili. Pantas Hanan memeluk tubuh kecil adiknya, diusap-usap kepala adiknya itu.

            “Angah tipu! Kakak basuh la baju adik hari-hari. “ bidas Ansar dengan muka melekap ke baju Hanan.

            “Alah... memanglah basuh hari-hari. Tapi... Ansarkan suka main tanah. Tanah tu kalau kena dekat baju... kotor la baju tu!” Laili menayang muka bijaknya.

            “Taklah... bukan sebab baju. Ni semua salah kakak. Jom balik! Karang kita lambat, abah marah pulak...” ajak Hanan. Mukanya mendung. Dia tahu adik-adiknya tak ada salah pun. Hanya kerana dia... Nur Hanan binti Abdullah. Mereka dipandang serong. Kerana dia...

-



            Perkarangan rumah kosong. Namun mata Hanan cekap melihat sepasang kasut boot hitam. Abah! Mata Hanan mula meliar. Perutnya mula kecut. Dia panik.

            Pintu terbuka. Abah berdiri dengan tali pinggang di tangan. Pantas adik-adik menyorok dibelakangnya mencari perlindungan dari bapa mereka yang sering dihembus bisikan syaitan. Abah, iaitu Mukhriz, tersengih melihat wajah ketakutan Hanan.

            Wajah Hanan berubah menjadi pucat. Ketakutan menyelebungi dirinya. Dalam masa yang sama adik-adiknya cuba ditolak ke dalam rumah. Jangan sampai amarah abahnya itu terluah kepada adik-adik yang masih kecil, yang masih naif untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.

            “Kau tahu apa salah kau?” tanya Mukhriz. Tali pinggang direntap-rentap. Hanan terkejut. Tersentak-sentak bahu dia setiap kali Mukhriz merentap tali pinggang itu. Pantas Hanan mengangguk.

            “Kalau kau tahu salah, kenapa kau buat?! Hah?! Kenapa?” jerkah Mukhriz. Wajah kecil itu pandang penuh rasa benci. Hanan menelan liur.

            “Ma... maaf.” Bisik Hanan tergagap-gagap. Mukhriz menjeling Hanan. Amarahnya mula menggila. Syaitan-syaitan mula bersorak riang berjaya membuat anak Adam hilang rasa sabar.

            “Maaf, maaf! Itu je yang kau tahu!” tali pinggang dilibas ke dinding rumah. Adik-adik ditolak laju masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja adik-adiknya lepas ke dalam, Hanan cuba melarikan ke dalam rumah. Namun tangan Mukhriz lebih pantas.

            “Aku dah pesan jangan keluar rumah! Berapa kali aku nak cakap?! Sebab kaulah, anak-anak aku pun tercalit sama kotor kau tu. Anak-anak aku di caci, dihina! Padahal kau lah yang hina! Tak faham-faham bahasa! Kau tu pun bukannya anak kandung aku. Anak sedara bini aku je! Aku tak faham kenapa si Midah tu nak sangat bela kau. Kononnya nak bela sebab tak nak tanggung dosa la... kau tu dah sah-sah anak luar nikah! Haih! Biarlah nak jadi apa kat kau. Entah-tah nanti kau ikut jejak mak kau pulak bila dah besar nanti.” Tengking Mukhriz. Tali pinggang diusap-usap. Matanya penuh dengan kebencian.

            “Ha... Hanan mintak maaf...” ujar Hanan teresak-esak. Matanya menjeling takut-takut.

            “Mintak maaf? Huh... selagi kau tak dapat habuan kau ni... mesti kau akan buat lagi...” ujar Mukhriz. Tali pinggang dilibas. Hanan menangis kesakitan. Berkali-kali tali pinggang itu hinggap di tubuh kurus Hanan.

            “Puas hati aku.” Kata Mukhriz tatkala Hanan sudah mengerekot menahan sakit.  Dia mengeluarkan rokok. Pantas dinyalakan dan dihisapnya penuh rasa bangga. Bangga kerana berjaya menyakiti seorang anak kecil yang dicop sebagai anak haram.

            “Kakak! Kakak!” jerit adik-adiknya yang  masih terkurung di dalam rumah. Hanan mengagahkan diri melangkah ke pintu rumah. Adik-adiknya berdiri dengan muka yang merah. Pipi dibasahi air mata. Hancur hati anak kecil berusia 10 tahun itu melihat adik-adiknya begitu. Ketakutan.

            “Kenapa menangis ni?” tanya Hanan dengan senyuman manisnya. Namun terhias juga wajah itu dengan kerutan kesakitan tatkala kaki cuba melangkah mendekati adik-adiknya.

            “Kenapa abah selalu pukul kakak? Apa salah kakak?” tanya Laili dengan sendu-sendanya. Hanan tersenyum melihat adik pintarnya. Walaupun baru berusia 6 tahun tetapi adik perempuannya itu petah berkata-kata.

            “Sebab kakak nakal... tak dengar kata...” ujar Hanan sambil mengesat air mata adiknya. Ansar yang masih asyik menangis didukungnya. Tubuh montel Ansar hampir tak berdaya Hanan tampung. Badan Hanan terlalu kecil dan kurus untuk kanak-kanak seusianya. Bukannya ibu, atau ibu saudara Hanan, Midah menderanya. Tetapi Mukhriz. Lelaki yang dipandang sebagai ayahnya itu seringkali melayannya bagaikan kucing kurap. Apabila Midah tiada seringkali dia memberi Hanan makan sisa-sisa dia. Ansar dan Laili selalu ingin berkongsi dengannya tetapi abah mereka itu lebih pantas. Pasti berbalar badan adik-adiknya yang masih kecil itu apabila tertangkap.

            “Tipu... isk... isk... kakak baik. Kakak jaga adik dengan angah... Kakak baik...” ujar Ansar sambil memegang pipi Hanan. Hanan tersenyum. Dia hanya mampu tersenyum.

            “Angah benci abah!” Laili menunjukkan reaksi benci. Hanan terkejut. Dia tak mahu adiknya membenci bapa kandung mereka. Tak tertanggung dosannya nanti.

            “Bukan salah abah... kakak degil. Abah dah kata jangan keluar. Jangan keluar... tapi akak keluar jugak. Jangan benci abah ya... abah...” kata-kata Hanan terhenti apabila tubuh susuk Mukhriz berada di depan pintu.

            “NUR HANAN! Ke sini kau!” jerkah Mukhriz. Mukanya merah menahan amarah. Bengang bercampur geli tatkala bibir kecil itu mengelarkan dirinya ‘abah’. Sudah dari usia Hanan 4 tahun, seawal perkahwinan dia dan Midah, dia mengharamkan panggilan abah itu dari dituturkan Hanan. Degil! Degil! Budak tak kenang budi ini terlalu degil!!!

            “Ma... ma.... maafkan...sa...” tak habis dia bercakap, tali pinggang dilibas ke badannya. Hanan terjerit sakit. Laili cuba mendekati Hanan. Cuba menghalang perangai gila abah mereka. Namun Mukhriz lebih besar, lebih tangkas, dan lebih kuat, sekali tolak sahaja tubuh kecil Laili terhentak ke dinding rumah. Hanan ternganga tak percaya. Tak percaya Mukhriz sanggup mengkasari anak kandungnya sendiri. Hanan jadi risau melihat wajah biru Ansar. Pasti adiknya itu diserang asma.

            Hanan buat-buat lembik. Agar Mukhriz cepat-cepat beredar dari situ. Selepas puas hati melihat kondisi Hanan, Mukhriz berlalu pergi. Menyampah memandang wajah anak haram itu. Anak haram tak sedar diri!

            “Adik... adik...” Hanan berlari ke arah adiknya. Tak pantas dipanggil berlari kerana kakinya sudah terseliuh di belasah Mukhriz. Sepantas mungkin Hanan menghampiri Ansar bersama ubat sedut adiknya. Pump itu didekatkan ke mulut adiknya. Lalu dengan bacaan basmallah dia menekan pump itu dua kali. Pernafasan Ansar semakin teratur. Hanan menarik nafas lega. Tubuh Ansar dipeluk rapat ke dadanya. Matanya memandang Laili yang masi menangis. Menangis kesakitan dan ketakutan.

            “Angah ok tak?” tanya Hanan. Laili mengangguk perlahan. Dia pantas mendekati tubuh Hanan. Dipeluk tubuh Hanan dari sisi. Tangan kirinya mengusap rambut ikat Ansar yang baru berusia 4 tahun itu.

            “Kesian kakak... kesian adik....” ujar Laili perlahan. Air mata mula mengalir lagi. Sungguh dalam jiwa kecilnya dia membenci lelaki yang dia gelarkan abah.

            “Tak apa. Asalkan kita bersama... kita akan berjaya melaluinya. Nanti dah besar... kakak akan jaga Laili dan Ansar...” pujuk Hanan.

            “Ibu?” tanya Laili dengan mata berharap.

            “Ya... mestilah ibu sekali. Abah?” tanya Hanan pula.

            “Tak payah! Abah tu jahat! Kakak jangan jaga abah!” Laili berkata penuh benci.

            “Mana boleh macam tu... abahkan jaga kita...” Hanan masih cuba mengubah anggapan Laili.

            “Tipu. Juga apa? Ibu yang kerja... yang bagi baju... yang bagi makan dekat kita. Jangan ingat angah kecil lagi, angah tak tau... abah tak macam ayah orang lain. Abah tak kerja... abah jahat... abah selalu pukul kakak. Pukul Laili... Nasib baik Ansar tak selalu kena... Ansar dah la sakit...” balas Laili, bijak. Hanan terdiam. Bibirnya digigit tak tahu nak membalas apa. Apa yang Laili katakan itu memang betul. Apa dayanya nak membangkang apabila perkara itu terbentang di depan mata mereka?

            “Angah...” perlahan Hanan menuturkan gelaran Laili.

            “Kakak tak payah tipu!” jerit Laili lalu berlari masuk ke dalam bilik. Hanan hanya mampu memandang langkah adiknya itu. Ansar yang tertidur kepenatan ditepuk-tepuk biar makin lena... Moga mimpi adik, mimpi indah saja... sebab bila adiknya membuka mata, realiti kehidupan ini tak seindah yang mereka impikan.

-



            Hanan terjaga mendengar azan subuh berkumandang. Tubuh adik-adiknya yang berbaring bersebelahan dengannya diselimutkan lagi. Biar tidur lama sedikit. Dia tahu adik-adiknya tidak tidur lena. Mujur juga ibu pulang selepas dia mengangkat adik-adiknya ke tilam. Dia tak mahu menambahkan kerisauan ibu, beban yang ibu tanggung sudah cukup berat.

            Selesai menunaikan solat, Hanan mencapai minyak gamat. Perlahan seluarnya dinaikkan. Penuh dengan birat-birat kesan dari libasan tali pinggang abah. Tangan Hanan terketar-ketar menyapu minyak ke kesan itu. Bibirnya digigit kuat, air mata mengalir tanpa sebarang esakkan.

            “Hanan dah bangun?” tanya Midah. Hanan pantas menjawab.

            “Dah ibu. Kejap lagi kakak tolong ibu ya...” balas Hanan. Nasib baik ibu tak masuk ke dalam biliknya, kalau tidak pasti hati ibunya luluh melihat birat-birat ini.

            Hanan keluar dari bilik dengan baju sekolah yang lengkap. Sudah kusam tetapi bersih. Ibunya bijak mendidik, biar tak berduit tapi bersih.

            “Kasihan anak ibu ni. Dah lah bangun awal, kena tolong pulak ibu buat karipap pula.” Ujar Midah dengan penuh rasa bersalah. Nur Hanan anak kepada arwah adiknya. Bapa kandung Hanan tidak dia kenal siapa. Menurut teman baik arwah adiknya, lelaki itu sudah kembali ke luar negara. Entah hidup entah tidak... biar sahajalah. Hanan anak yang baik...

             “Eh, apa pula ibu ni... Hanankan anak ibu... Hanan wajiblah tolong ibukan?” tanya Hanan dengan muka comelnya. Sebelum mengelim karipap Hanan melapik dahulu bajunya dengan plastik yang dipotong dua agar menutupi seluruh bajunya.

            “Hm... ya. Hanan anak yang baik. Ibu yakin masa hadapan Hanan cerah. Belajar rajin-rajin ya Hanan.” Pesan Midah sambil tersenyum. Hanan terjangkit senyuman ibunya.

            “InsyaAllah bu... Doa ibukan diterima Allah S.W.T.” Hanan laju mengelim karipap-karipap ibunya. Cukup tiga ratus ketul dia kelim, jam sudah pukul 7.15 pagi. Pantas dia menyalami ibunya dan bergerak ke sekolah.

            Basikal tua yang ibu beli dari seorang cina yang menjual barangan terpakai di tunggangnya cermat. Sayang sekali dia dengan basikal ini. salah satu harta benda yang paling dia sayangi.

“Riang hatiku badan bertuah

Punya teman yang comel dan manja

Berjanji akan selalu bersama

Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana

Tiada harta tiada rupa

Hanya yang ada budi bahasa

Harta sekadar basikal tua

Orang biasa basikal tua

Orang biasa basikal tua

Walau kemana ia meminta

Kubawa dengan hati yang bangga

Senang melihat ia ketawa

Duduk di palang basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

Biar pun hidup aku begini

Berbasikal setiap hari

Namun hatiku riang selalu

Tiada hutang datang mengganggu

Angan-angan ku disuatu masa

Basikal kan ku tukar kereta

Tapi kekasihku tidak setuju

Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa”

            Riang Hanan menyanyikan lagu itu. Dalam keasyikan dia menyanyi sampai juga dia ke sekolah. Satu tempat dia lari dari kekejaman Mukhriz... tetapi dia tak dapat mengelak dari kutukan rakan-rakan. Heboh sudah statusnya sebagai anak haram. Namun Hanan tak kisah. Dia masih boleh hidup tanpa rakan. Akan dia buktikan dia juga mampu berjaya!