Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 28 July 2013

IBU... AMPUNKAN DAKU!!

Bab 3

“Gila betullah, ada ke patut dia suruh aku jalan sesorang dalam gelap ni. Untuk benda yang tak munasabah pulak tu. Nak cari topi dia je.. haih macam tak boleh cari besok siang..”kedengaran rungutan kecil dari mulut Mariana.

“Ehem, ehem!” kuat betul orang tu berdehem. Sampai Mariana yang asyik membebel hampir terlompat. Mariana menggosok-gosok dadanya, mahu menghilangkan rasa terkejutnya. Pantas sahaja dia berpaling melihat siapakah gerangannya yang berdehem tadi.

“Erk.. so..sorry abang Irsyad!” kuat suara Mariana meminta maaf apabila menyedari yang berdiri dibelakangnya itu merupakan senior yang menyuruhnya buat benda-benda yang padanya tidak masuk akal.

“Saya taklah kejam sangat nak biarkan awak jalan sesorang..” ujar Irsyad sedikit geram. Mariana terkulat-kulat disitu.

“Dah, dah jom cari topi saya tu sekarang!”ujar Irsyad tegas. Mariana sekadar menbuntuti seniornya. Sedang mereka asyik mencari topi si senior sengal (gelaran baru dari Mariana) Mereka dikejutkan oleh bunyi hilaian yang kuat.

Mariana sudah bangun mendekati Irsyad. Irsyad masih dengan muka coolnya. Tiba-tiba...

“IBU!!!” Mariana sudah memeluk erat tubuh Irsyad. Bagai mahu luruh jantungnya melihat 'sesuatu' terbang dari arah semak disebelahnya.

Tak lama kemudian kedengaran gelak ketawa dari arah semak tersebut. Mariana yang masih memejam mata perlahan-lahan membuka matanya dah mengintai siapa yang ketawa itu. Dalam takut-takut tu sempat lagi nak menengok tu. Kedengaran pula bunyik 'klik' macam bunyi kamera. Lagi pantaslah Mariana membuka matanya.

“Hahahaha.. Irsyad comellah kau dengan minah bambam ni.. Bagai pinang dibelah empat belas. Hahahaha” ketawa Alif salah seorang senior Mariana. Apabila tahu dirinya dikenakan pantas sahaja Mariana menjauhkan diri dari Irsyad. Dek kerana geram yang melampau, Mariana pantas memijak kaki Irsyad sekuat hati. Irsyad bagai baru tersedar.

“Apa yang dah jadi?! Mana Mariana?!” tanya Irsyad yang ternyata blur dan sedang kesakitan.

“Aik.. dah terpesona ke kena peluk dengan si bambam tu Irsyad??”tanya Alif dengan tawanya. Muka Irsyad memerah. Dia rasa bersalah pula buat Mariana begitu. Padahal ini semua rancangannya.

“Dah la tu jum masuk bilik, depe semua dah lama bersurai kau je lama-lama kat sini sukalah tu dapat duduk dengan bambam dia...” usikkan Alif masih tidak reda. Irsyad hanya mampu mendiamkan diri rasa bersalah masih menebal. Dia nekad mahu mencari Mariana dan meminta maaf dengan gadis itu.



0______^




Mariana melajukan langkahnya. Dia rasa seperti ada yang mengikutnya dari belakang. 'Dahlah tersesat ni... ibu tolong!! mana jalan nak ke bilik?!' Mariana menahan air mata dari gugur. Baru hari first dah kena macam ni. Boleh ke dia bertahan?

Akibat terlalu tergesa-gesa Mariana tersadung baju kurungnya yang labuh. Jatuh bergolek-golek dia ditepi koridor itu.

“Ya, Allah!”jerit satu suara.

“Awak okey ke?”tanya suara itu lagi. Mariana mengangkat muka, air mata yang ditahan akhirnya mengalir keluar.

“Huawaaaa!!!” tangis Mariana bersungguh-sungguh.

“Erk... awak okey ke?” tanya lelaki itu. Dibelek-belek siku Mariana yang terluka.

“Nak balik bilik.. huawaaaa!!” makin kalut lelaki itu dibuatnya.

“Okey,okey tak mo nangis-nangis.. jom saya hantar awak balik bilik..” ujar lelaki itu membantu Mariana bangun. Perlahan-lahan Mariana mengikut langkah lelaki itu. Kakinya sedikit sakit mungkin tergeliat.

“Terima kasih..” ucap Mariana perlahan selepas bertenang.

“Hm..” ujar lelaki itu masih memimpin Mariana. Takut juga jika gadis betubuh agak besar itu jatuh kembali.

“Nama awak siapa?” tanya Mariana. Sebenarnya dia agak takut dengan suasana yang sunyi. Jadi dia tidak habis-habis menganggu lelaki itu.

“Mikail.. awak?” tanya Lelaki itu kembali. Mariana tersenyum, lega akhirnya lelaki itu bersuara.

“Mariana tapi awak boleh panggil saya Mar... ^_^..” Mariana sedikit senang.

“Oh.. student baru ye?”tanya Mikail. Mariana mengangguk mengiyakan kata-kata Mikail.

“Hm.. patutlah.. awak kena buli ke tadi Mar?”tanya Mikail sekali lagi. Entah kenapa dia tertarik untuk berbicara dengan gadis ini.

“Haah... saya benci senior tu.. Memang saya takkan maafkan dia!”ujar Mariana tegas. Mikail semakin tertarik mendengar kemarahan Mariana.

“Siapa yang buat awak marah sangat ni? Teruk sangat ke dia buli?” tanya Mikail teruja.

“Firsyad.. senior tahun 3 rasanya.. tak la teruk sangat. Tapi saya marah sebab saya dah terpeluk dia.!”ujar Mariana. Terbeliak mata Mikail.

“Peluk? Macam mana boleh jadi? Ce citer ce citer..” Mikail menggesa Mariana untuk menceritakan perkara itu memandangkan hostal perempuan semakin dekat.

Mariana menceritakan hal itu sepenuh hati. Terangguk-angguk Mikail mendengarnya. Kadangkala lelaki itu mengeleng. Akhirnya mereka tiba dihostel perempuan.

“Hm.. memang patut awak marah dia..” ujar Mikail di depan hostel perempuan.

“Tu la.. apa-apa pun thanks sebab dah tolong saya...” Kata Mariana sambil tersenyum ikhlas. Terkesima Mikail melihat senyuman Mariana itu. Comel! Itu sahaja perkataan yang muncul dalam otaknya.

“Comel..”desis Mikail. Mariana berkerut-kerut dahi.

“Apa?”tanya Mariana yang kurang jelas dengan apa yang Mikail katakan.

“Tak ada apa-apa, saya cakap sama-sama.. hehehe juma esok, lupa pulak awak jurusan apa ya?” tanya Mikail yang sudah bersedia mahu ke hostelnya pula.

“Saya ambik jurusan pereka dalaman..”ujar Mariana.

“Okey kita jumpa lagi dalam masa seminggu!”ujar Mikail yang sudah sedikit menjauh.

“Hm.. okey!” Mariana melambai Mikail. Dia sendiri tak faham... seminggu, jumpa? 'Ah, lantaklah.. nak tidur!!!' Mariana melangkah perlahan-lahan ke biliknya. Pasti rakan sebiliknya sudah tidur.




3 comments:

  1. jeng jeng jeng... lagi seminggu??? o..0

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... seminggu lagi la red...

      hurm... >_<

      Delete
  2. mohon hantar detail anda disini

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/07/senarai-nama-kad-raya-free-cik-akak.html

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)