Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday 15 March 2013

Kerana Kau Anjelku 10



BAB 10



“HELLO!!!!!!” Jerit Nada dibalik pintu kelasnya. Hari ini hari pertama dia ke sekolah semula. Setelah hampir dua minggu dia tidak menjejakkan kaki di sekolah. Rindu rasanya dengan kawan-kawannya. Tetapi Aiman dan Irfan tetap diboikot sebab merekalah dia ketakutan lepas tu kena marah dengan ayah.

“Apa hello-hello? Assalamualaikum la..”ujar salah seorang rakan sekelasnya tanpa memandang gerangan orang yang berhello bagai itu.

“Opss.. Sorry.. Assalamualaikum!!! hehehe dah lama tak datang sekolah dah rindu sangat kat skorang semua!!!”jerit Nada teruja.

“Nada!!” jerit rakan sekelasnya. Yang perempuan sibuk mengerumi Nada bagaikan Nada itu gula dan mereka semut. Aiman dan Irfan tidak ketinggalan menghimpit disitu.

“Nada, kenapa kau tak datang sekolah? Kata keluar dua hari lepas..”tanya Aiman dengan muka cemburut. Nada buat- buat tidak mendengar pertanyaan Aiman.

“Haah, Nada kenapa?”tanya Irfan pula. Nada masih mendiamkan diri.

“Nada! Cepat cerita kau pergi mana tak datang lama ni!”Jerit Amira yang baru masuk ke kelas. Nada tersenyum manis.

“Oh.. Aku masuk hospital.. Tapi aku dah keluar dah dua hari lepas tetiba je aku deman pulak. Tu yang aku tak masuk kelas tu.”cerita Nada kepada semua. Aiman dan Irfan berpandangan. Kenapa Nada tak balas pertanyaan mereka?

“Kenapa dengan Nada tu?”bisik Irfan kepada Aiman.

“Entahlah.. Aku pun tak tahu..”jawab Aiman turut berbisik.

“Hah! Apa bisik-bisik ni?!”sergah Hanif. Dari tadi dia pelik tengok gelagat kawan-kawannya. Yang si Nada pun sama, takkan tiga kawan karib ni bergaduh pulak?!

“Nada cantik la hari ni!! Kan Aiman?!”Irfan yang terkejut meluahkan kata dibenak hatinya. Aiman sudah ketawa terbongkok-bongkok.

“Haah cantik sangattttttttttt.....”jawab Aiman dalam ketawanya

Nada yang berpura-pura tidak menghiraukan mereka turut ketawa melihat telatah kawan-kawannya. Aiman dapat menangkap gelagat Nada itu.

“Hah, baru cantik kawan aku ni...!”puji Aiman sengaja mahu menduga Nada. Nada mencebik, kononnya comel habislah tu.

“Kau ni kenapa? Puji-puji Nada lak..”tetiba Irfan hangin. Cemburu la tu. Aiman pula mencebik, menyampah la pulak dengan Irfan ni..

“Hehehe.. Okey, Okey aku dah tak marah dah...”ujar Nada dengan senyuman manisnya. Nak marah-marah pun tak berguna.. bukannya mereka tahu apa yang dah jadi dengan dia. Tapi Nada rasa rindu dengan Daddy. Tak tahulah kenapa, walaupun ayah dah marah, Nada tetap rindu dekat daddy.




^_______^



“Azli.. Tolonglah, carikan anak saya..”ujar Huzairil hampir menangis. Azli tertunduk. Tidak mamp untuk memandang wajah majikannya.

“Tuan, saya memang nak tolong carikan anak bos. Tapi lepas dia keluar hospital hari tu. Terus dia hilang macam tu je..”ujar Azli serba-salah. Huzairil yang pucat menjadi semakin pucat. 'Takkan Huzairil dah bawak lari anak aku? Ya Allah!!' Huzairil jatuh terlorot ditepi Azli. Azli pantas memegang Huzairil.

“Azli kita kena cari ceat. Sebelum lelaki tu bawak anak saya jauh..”ujar Huzairil sebelum pengsan. Azli semakin panik. Dia segera memanggil doktor yang bertugas.

“Maafkan saya tuan..”ujar Azli diluar bilik Huzairil. Dia akan berusaha mencari anak majikannya.



=_________='''




“Linda, kemas cepat kita pindah!”kata-kata Huzairil mengocak ketenangan Linda. Linda terus berdiri. Dia sedikit mendongak memandang wajah suaminya.

“Abang ni kenapa? Ada masalah kerja ke?”tanya Linda yang sedikit kalut. Huzairil tersenyum hambar. Dia menggeleng kepalanya.

“Abang tak apa-apa. Kita pindah dalam minggu ni jugak. Suruh anak-anak kemas semua baju dan barang keperluan yang penting saja. Yang lain abang beli dekat rumah baru tu nanti.”ujar Huzairil sambil keluar dari bilik mereka.

Linda terpinga-pinga. Sejak dia dimarahi Huzairil hari itu, dia seakan-akan boleh menerima Nada sebagai anaknya. Tapi.. peristiwa ini seakan sama dengan peristiwa hampir 10 tahun yang lalu. Apa sebenarnya yang ingin Huzairil lakukan? Dia lari dari apa? Persoalan demi persoalan muncul membawa Linda mengenang kenangan lama.


_______________________=




“Sayang, cepat kemas. Abang nak kita pindah!”Huzairil yang baru balik kerja itu kelihatan serabut. Linda yang asyik melipat kain memandang Huzairil pelik.

“Kenapa nak pindah bang?”tanya Linda sambil mendukung Daniel dan meletakkan Daniel ke bawah. Huzairil meregus kasar.

“Dah abang kata pindah tu pindah je la!”sergah Huzairil. Linda tersentak. Dia pantas mengelek Danial dan membawa Danial ke bilik Nada. Lalu diletakkan Danial diatas katil Nada. Nada yang sedang tidur sedikit pun tidak terganggu dengan kehadiran Danial yang asyik melompat-lompat itu. Linda mengusap rambut Nada yang kerinting itu. Comel sungguh anak itu.

Linda pantas mengemas barang Danial dan Nada. Diselongkar barang-barang anak-anak kecil itu. Dalam keadaan tergesa-gesa Linda tanpa sengaja terlanggar almari. Sebuah kotak yang agak tersorok diatas almari itu terjatuh. Habis terburai semua isi-isi kotak itu.

“Ya Allah!”hampir mengalir air mata Linda melihat isi kandungan kotak itu. Surat beranak Nada! Tertera nama penuh Nada. Nur Nada binti Huzairil. Linda pantas berlari keluar mencari suaminya. Huzairil sudah keluar. Linda menangis sambil menggelang tak percaya dengan apa yang dilihat itu.


=___________________



Linda pantas beristighfar. Entah kenapa kenangan itu berulang kembali. Kerana perkara itulah dia dah Huzairil bergaduh besar. Malah Nada menjadi mangsa kemarahannya. Bukannya dia tidak sayang dengan anak itu. Dia sayang sangat. Tetapi sejak mengetahui Nada ialah anak suaminya terus tersemai rasa tidak senang dengan kehadiran Nada. Padahal dia hanya rasa tertipu dan dikhianati oleh suaminya bukan si kecil Nada yang tidak bersalah.


“Ma.. Mama!”panggil Danial. Dia sedikit teragak-agak. Emosi mamanya bukan boleh diagak. Linda memandang wajah anaknya. Dia tersenyum manis, Danial turut melemparkan senyuman.

“Ada apa sayang?”tanya Linda lembut. Danial ternganga. 'Wow! Satu perubahan yang baik..' bisik hati Danial. Makin galak senyuman dilemparkan oleh Danial.

“Mama.. betul ke kita nak pindah?'”tanya Danial sedikit sungul. Linda mengeluh.

“Hm.. betul.. Danial siapkan barang ye.. Bawa yang penting je.. Nanti yang lain-lain tu, ayah kata ayah beli yang lain.”kata Linda sambil mengusap rambut anaknya. Danial mengangguk kecil. Nak buat apa lagi, kalau memberontak, mesti dia jugak yang kalah. Ikutkan jelah.

“Assalamualaikum!”ujar Nada yang baru pulang dari sekolah. Danial hanya menayang muka seposen masih tidak tahu bagaimana mahu bergaul dengan kakaknya. Linda tersenyum nipis. Dia juga masih kekok apabila berdua-duaan dengan Nada.

“Waalaikumsalam. Nada kemas barang-barang Nada ya. Kita nak pindah dalam minggu ni..”ujar Linda lembut. Nada mahu bercakap sesuatu tetapi teragak-agak melihat senyuman mamanya yang telah lama tidak dia lihat.

“Ke.. Kenapa nak pindah mama?”tanya Nada sedikit gagap.

“Mama.. pun tak tahu. Ayah yang nak pindah sangat-sangat. Kita ikut sajalah.”Ujar Linda dengan senyuman sumbing. Macam tak pernah senyum. Senget je senyuman Linda ni bila depan Nada.

“Okey then Nada masuk bilik dulu kemas barang..”ujar Nada sambil membawa diri ke bilik.



'TOK! TOK! TOK!'kedengaran ketukan dipintu. Nada yang sudah separuh jalan berpatah balik ke pintu utama.

“Assalamualaikum!!”ujar suara seorang lelaki.

“Waalaikumsalam..”ujar Nada. Dia pantas membuka pintu.

“DADDY?!”Nada terpaku melihat Huzairil di depan pintu rumah mereka.

“Siapa tu Nada?”tanya Linda yang sedang memakai apron.

“Saya Huzairil..”Huzairil memperkenalkan dirinya apabila Nada teraku disitu.

“Huzairil?!!”giliran Linda pula terkejut beruk. Huzairil mengangguk. Seketika kemudian Linda terjelepok, pengsan.


#Assalamualaikum.. sorry lama tak masukkan entri.. >_<
#Hehehe Macam dah lain macam je cerita ni...
#Hopefully korang enjoy baca cerita ni... ^_^

3 comments:

  1. bestttttttttttttttttttttttttttttttttt sangatttt

    ReplyDelete
  2. ape dah jadi..sis x de en3 baru ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada2.. hehehe sorry lambat update
      Asignment beratur.. sorry ek..
      jemput baca ye incik Anonymous

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)