Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 25 November 2012

pengubat hatiku 7


Bab 7



Damien tersenyum sendiri. Entah kenapa rasa sayangnya pada Aina makin menebal. Ini yang membuat dia gusar. Tiba-tiba dia teringat pertaruhan yang dilakukan bersama-sama Izhak. Memang Ainalah pendorong dia memeluk islam tetapi perangai Aina yang agak Anti-lelaki itu mengudang dia melakukan pertaruhan bodoh itu. Kini apabila Izhak mengingatkan dia baru dia sedar yang dia bersama Aina bukan kerana cinta tetapi kerana mahu membuat Aina rasa bagaimana peritnya ditolak orang tersayang. Tetapi kini dia sudah jatuh cinta dengan Aina. Dia sememangnya ikhlas mencintai Aina.


“Hai Damien...”teguran Aina itu mematikan berbalahan yang berlaku dalam diri Damien. Damien tersenyum sumbing.

“Apa hai-hai, assalamualaikum dulu la cik kak oit...”kata Damien mahu menutup gugupnya. Aina tersenyum kelat. 'Hish mamat ni kenakan a ku pulak'.

“Waalaikummusalam............”panjang jawapan Aina. Bibir dicebik-cebik bagaikan merungut tetapi suara tidak pula kedengaran. Damien tersenyum , geram pula dia rasa, macam nak dicium-cium mulut itu dan wajah Aina kelihatan begitu comel sekali.

“Macam itulah baru betul cinta mati Damien, kan sayang?”Damien memang sengaja mengeluarkan perkataan sayang itu. Dia suka melihat wajah geram Aina. Aina berasa terkejut dengan panggilan Damien itu. Memang dia terasa disayangi tetapi dia malu. Yelah Damien tu kalau cakap bukan reti nak perlahan. Habis satu kafe itu melihat mereka. Tangan Aina pantas menjalankan tugasnya. Cubit demi cubitan ditepis tapi hinggap juga sedas. Damien mengaduh kecil, malu la kalau orang tahu dia kena cubit.. sedar tak sedar sudah sebulan mereka kembali ke tanah Kota Kinabalu ini.

Aina senang berada disini bersama Damien disisinya. Tak lama lagi Damien akan menghabiskan pengajiannya dan Aina pastinya akan kesunyian tanpa Damien disisi. Aina mula merasa sunyi padahal Damien masih setia disisinya kini Aina mula merapu. Air mata mula bertakung. Bibir dicebik-cebik menandakan dia mahu menangis. Damien pelik dengan perubahan Aina sekejap tenang sekejap berombak bagaikan laut.

“Aina kenapa ni? Damien ada buat salah ke?”tanya Damien. Dia mula mahu meramas tangan Aina tapi mengenangkan kasut tumit tinggi yang di pakai Aina. Terus Damien membatalkan niatnya.

“Tak la... Aina rasa sedih. Yelah nanti awak dah tak ada disini. Nanti mesti saya sunyi...”air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. Damien serba salah ikutkan hati mahu sahaja dipeluk Aina tetapi mengenangkan batas diantara mereka ditahan niatnya. Lagipun dia perlu tinggalkan Aina jua kerana pertaruhan bodohnya. Damien tekad mahu membuat Aina biasa tanpa dia. Sejak kebelakangan ini mereka terlalu rapat sentiasa bersama Damien takut Aina tak dapat hidup tanpanya. Damien hanya membiarkan Aina menangis sepuas hati sekarang kerana dia tidak mahu Aina merana dikemudian hari.


****************************************


Lagu Tonight We're Young kedengaran dari telefon bimbit Aina. Sudah hampir sebulan sejak kejadian dia menangis itu. Aina benar-benar rasa kehilangan, entah kenapa Damien menghilangkan diri.
Mungkin Damien sudah muak dengan perangainya, mungkin...


“Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!! AdikNa!!!!!!!!!!!!!!!”baru sahaja Aina melekap telefon di telinganya pantas di larikan jarak. Bukan apa Alongnya kalau telefon bukan reti nak cakap perlahan-perlahan.

“Waalaikummusalam.... abang longku yang tercinta.. Kenapa kacau orang malam-malam ni? Kak Liza on road trip lagi ke?”sahaja dia memerli Alongnya dah lama tak telefon. Ini mesti dia telefon sebab sunyi la tu... Aina ni kira share part je... kedengaran gelak ketawa Alongnya.

“Mana ada. Along, angah, Ilman,Ilya just rindu kat kamu... AdikNa along ada berita baik ni...”Azwan sengaja melambat-lambatkan percakapannya. Dia tahu Aina mesti tangah bengang. Yelah adiknya mana tahu bersabar.

“ALONG!!!!!!!!!!!!!!!!”giliran Azwan menjarakkan telefon. Azwan ketawa mengekeh-ngekeh suka dapat membuat Aina marah.

“Hehehe ni along nak bagi tahu yang tak lama lagi AdikNa akan jadi mak saudara....”walaupun kata-kata Azwan yang terakhir itu perlahan Aina masih dapat mendengar dengan jelas. Aina sudah menjerit-jerit kesukaan.

“Eh, jap-jap, sapa yang mengandung kak Liza ke kak Wani?”tanya Aina baru dia teringat yang dia ada dua kakak ipar.

“Mestilah Along punya isteri,kak Liza kamu la... Angah tak 'power' macam along..”kata Azwan kedengaran jeritan Izwan memarahi Azwan. Aina dan Azwan ketawa serentak. Seronok dapat kenakan Izwan. 'Apa la along ni pasal itu pun nak bersaing tak senonoh betul abang-abang aku ni..hehehe' kata Aina dalam hati sajalah, mahu kena hempuk dengan Azwan kalau dia cakap.

“Along semua ada kat rumah Ayah ke?”tanya Aina.

“Haah, Aina kamu tunggu je tak lama lagi Kak Wani kamu pulak.”soalan Aina dijawab oleh Angahnya. Nampaknya mereka dah berebut telefon. Kedengaran pula ketawa abang Ilya dan Ilmannya.


“Hahaha yelah angah. Dah la Aina dah mengantuk ni... huargh...”kata Aina sengaja mahu menamatkan perbualan. Walaupun dia teruja dengan berita itu dia masih rasa kosong. Kosong tanpa Damien. Aina sudah bertekad mahu menghubungi Damien. Mahu meminta penjelasan dari Damien apa sebenarnya yang terjadi.

“Assalamualaikum... Damien..”kata Aina perlahan,padahal dalam hati sudah dub dab dub dab.

“Waalaikummusalam, hm.. nak apa?”tanya Damien kasar. Aina terkedu mendengar suara itu. Itu bukan Damien yang dia kenali. Damiennya ialah seorang yang lembut tutur katanya dan tak pernah meninggikan suara kepadanya.

“H..Hm.. sa..saya nak jumpa awak esok boleh tak?”tanya Aina takut-takut.Terus Aina menjadi seorang yang gagap. Kedengaran Damien mendengus perlahan.

“Okey.. memang kita patut jumpa. Aku nak kena bagi tahu sesuatu dekat kau.”kata Damien. Terus talian diputuskan. Aina masih terkedu,tidak percaya, selama dia kenal dengan Damien tidak pernah Damien menggunakan kata ganti diri aku kau dengannya. 'Mungkin benar dia sudah bosan dengan diri aku..' Aina tidak dapat melelapkan mata.

******************************************



Aina bagaikan mayat hidup. Tidak sanggup Lily teman baik Aina melihat dirinya itu. Sejak Aina bertemu dengan Damien dua hari lalu, terus rakan baik dan sebiliknya jadi begini. Asyik berkurung tidak makan. Minum juga kurang. Entah apa yang dikatakan Damien hingga rakanya jadi begitu. Lily sudah menghubungi abang-abang Aina. Mungkin dengan abang-abangnya Aina akan menceritakan segala yang terbuku dihati.



#sory kalau ada kekurangan... harap dimaafkan... :)

5 comments:

  1. Best2.... Jgn lpa smbung tau crita dia....

    ReplyDelete
  2. so sorry cerita ni akan ditangguhkan dulu... nnt kalau ada masa lapang cerita ni akan disambung ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Ezad Marzuki)
      bila nk smbung ni??? dah lma teman tnggu ni?????

      Delete
    2. kejap la mike oi.... nnt teman sambung ye...

      Delete
  3. eh entry sblum ni bru je ksian kan kat si damien ni...
    kali ni mcm ksian kat aina la plak..
    jhat la damien ni......

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)