SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Saturday, 10 November 2012

dia atau dia?? ! 4


BAB 4


Suasana rumah Datuk Hairil dan Datin Syahira amat meriah. Majlis hari jadi Asyraf Misyar dan Airil Misyar dipenuhi oleh sanak saudara dan rakan-rakan rapat mereka. Datin Syahira dan Datuk Hairil sibuk menyambut tetamu-tetamu manakala Airil sibuk melayan rakan-rakannya. Namun kelibat Asyraf tidak kelihatan. Ain yang dari tadi asyik megulang ke dapur mula pening kerana Datin Syahira mengarahnya mencari Asyraf, dah la dia takut dengan Asyraf tu.. Bukan apa, sejak kejadian dia masuk bilik Asyraf itu, Asyraf tak pernah melayannya dengan baik. Airil tu boleh la sikit-sikit. Tapi dia pula tak suka dekat Airil tu.. makin lama makin miang pulak Ain tengok Airil tu. Yelah, Ain duduk dapur dia duk sibuk nak mencelah kat ceruk dapur tu. Kalau Ain sidai kain dia tolong sidai jugak. Kalau setakat tolong sidai tu tak apa la, ni 'ter'pegang-pegang tangan Ain. Ain pun tak faham dengan Airil tu, dulu benci bagai nak rak sekarang terhegeh-hegeh pulak.

“Hah Ain buat apa lagi tu? Pergi cari Asyraf cepat... kitaorang nak potong kek dah ni.”kata-kata Datin Syahira mehilangkan fikiran nakal Ain. Ain pantas menyusup ke dalam rumah untuk mencari Asyraf. Datin Syahira mengeleng-geleng kepalanya. Ain ni macam ada masalah jiwa pulak mana taknya, sekejap gelak sorang-sorang, sekejap muka serius bagai nak rak...

“Encik Asyraf.. o.. encik Asyraf! Hish mana pulak dia ni..”Ain mula merungut-rungut . Geram satu, penat pun satu. Ain mula mendaki tangga rumah banglo sederhana besar itu. Memang Asyraf ni saja je nak cari pasal dengan dia. Ain makin sebal apabila laungannya masih tak berjawab. Dia mahu mengetuk pintu bilik Asyraf, tapi dia takut-takut sejak dari peristiwa dulu. Peristiwa dimana dia dimarahi Asyraf. Dalam takut-takut dia mengetuk pintu bilik Asyraf, mana taknya, Datin Syahira sudah mula menjerit memanggil namanya dan Asyraf,menggesa mereka. Ain mengeluh apabila ketukannya masih tak berjawab. Perlahan-lahan Ain membuka pintu bilik itu.

'Hish.. tidur rupanya lelaki ni.. patutlah aku ketuk pintu bagai nak rak dia tak menyahut...' Ain mencebik geram apabila menyedari Asyraf sedap-sedap tidur dia pulak kena kejutkan lelaki ni...

“Encik Asyraf... o.. encik Asyraf.. bangun la... Tetamu semua tengah tunggu encik Asyraf tu...”kejut Ain sambil mengoyang-goyangkan tubuh Asyraf. Asyraf mula bergerak, tetapi gerakan itu seakan panahan ke hati Ain, mana taknya Asyraf bukan hanya berkalih arah namun tangannya turut bergerak memeluk Ain. Ain menelan jua air liur yang seakan-akan tersekat ditekaknya. Kedengaran ada orang melintasi bilik itu mungkin para tetamu. Ain seakan tersedar. Dia menolak kuat badan Asyraf, sampai Asyraf terjatuh katil dibuatnya.

Asyraf yang mamai itu, mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Makin serabut wajahnya. Ain yang dari tadi kaku mula memerah wajahnya. Mana taknya, Asyraf sama sahaja dengan Airil suka pakai 'seluar kecik' sahaja. Dua kali lima.. memang la mereka ni kembar.. Ain berdehem, namun Asyraf tidak menghiraukan dia. Makin kuat Ain berdehem, Asyarf memandang cerlung ke arah Ain. Pelik jugak la dia dengan Ain.

“Kenapa kamu ni? Sakit tekak ke?”tanya Asyraf sambil menguap. Hish tak senonoh, kot ye pun tutup la mulut tu. Ain hanya memuncungkan mulutnya ke arah badan Asyraf. Asyraf melihat tubuhnya. Mengelabah dibuatnya. Segera kain selimut dihujung katilnya diambil, menutup tubuhnya yang tidak sempurna ditutup. Ain segera keluar. Diluar bilik, Ain menjerit kecil menyuruh Asyraf cepat bersiap,tetamu sudah lama menunggu Asyraf untuk memotong kek.
Akhirnya Asyraf dan Ain turun ke bawah. Datin Syahira tersenyum senang melihat anaknya turun, sememangnya dia takut Ain tidak mampu memujuk Asyraf turun. Anaknya itu memang keras kepala. Sejak peristiwa hitam lima tahun yang lalu Asyraf mula berubah menjadi pendiam dan penyendiri. Malah Asyraf tidak lagi rapat dengan adiknya, Airil. Walhal mereka sewaktu kecil amat rapat,walaupun berbeza tingkah laku dan cita rasa, Asyraf sangat menyayangi adiknya itu. Airil mendengus perlahan. Hatinya rasa seakan-akan perit. Entah kenapa? 'Takkan aku dah jatuh cinta dengan perempuan clumsy tu? Tak mungkin.. Amy tu la buah hati, pengarang jantung aku.hm.. memang tak mungkin... tapi kenapa perasaan aku jadi macam ni? Rasa sakit sangat bila tengok dia berjalan tepi abang.' Airil mengalih pandangannya, tak sanggup dia melihat Ain bergandingan dengan Asyraf.

Ain pelik melihat Asyraf, yelah hari ni mukanya sentiasa dihiasi senyuman. 'Memang la dia senyum Ain oi... kan ramai tetamu..' Ain mengutuk ketidak sensitifnya dia. Majlis diteruskan dengan kehadiran Asyraf untuk memotong kek. Airil dan Asyraf meniup lilin bersama-sama, lilin yang elok menyala dan disusun itu terpadam apabila ditup mereka. Hari ini genap umur Airil dan Asyraf 27tahun. Datin Syahira mencium kedua-dua anaknya. Entah kenapa hati Ain dipaut sedih melihat kemesraan keluarga itu. Tiba-tiba dia teringatkan ibu dan ayahnya. Hari lahirnya yang ke sepuluh merupakan hari yang paling gembira dan juga hari yang paling sedih baginya. Hari ibu bapanya kemalangan selepas menyambut hari lahirnya. Cuma dia yang terselamat dalam nahas itu, nasib baik adiknya tidak mengikut mereka pada hari itu kalau tidak dia hanya tinggal sebatang kara didunia ini. Ain mengeluh, keluhannya menarik perhatian Asyraf dan Airil.

Keadaan selepas majlis itu memang kelam kabut. Ain mengeluh, sudah la dia kena kemas sorang-sorang, penatnya... Sedang dia menyiapkan kerjanya, Airil datang ke dapur. 'Apa lagi la yang mamat ni nak?' Ain senyum terpaksa. Mana boleh masam dengan bos, karang tak pasal-pasal kena pecat...

“Hai.. sibuk buat apa ni?”tanya Airil walaupun sudah terang lagi bersuluh Ain sedang sibuk mengemas pinggan mangkuk yang kotor.

“Tengah baca novel.”Ain buat bodoh, bukan boleh layan sangat mamat ni. Airil ketawa kecil dia tahu saoalannya itu soalan bodoh.

“Hehehe sorry, hm.. lambat lagi ke nak siap?” tanya Airil, Ain buat-buat tidak dengar. Airil mendengus perlahan.

“Ain.. boleh tak awak berhenti buat kerja sekejap? Saya ada hal nak cakap dengan awak..” Airil runsing melihat Ain buat-buat tidak nampak. Padahal dia elok sahaja tercongak depan Ain. Ain berhenti melakukan kerjanya, dia memandang Airil. Menantikan kata-kata yang ingin diluahkan.

“Hm.. apa sebenarnya hubungan awak dengan Asyraf?” soalan itu membuat Ain kembali melakukan kerjanya.

“Hm... saya ingatkan apa la yang awak nak tanya macam serius sangat.” Ain berkata sambil tangannya laju mengelap pinggan yang sudah siap dibasuh. Ain meneruskan kerja seolah-olah Airil tidak pernah bertanyakan soalan tadi.

“Ain.. Ain.. awak jawab la soalan tadi...”Airil mula menggesa Ain. Ain kelihatan keliru.. 'apa soalan yang dia tanyakan tadi ya..'
“Soalan apa?”tanya Ain lurus.

“Soalan saya, apa hubungan awak dengan Asyraf abang saya? Awak berdua ni bercinta ke?”tanya Airil tanpa selindung. Ye la Ain blurr sangat.

“Apa la awak ni.. mana ada. Tak hingin saya ada teman lelaki yang mental tu... tiga suku..”kata-kat Ain itu membuat Airil tersenyum. Ain tidak sangka dia berani menutur kata-kata begitu, mungkin terkejut dengn pertanyaan Airil itu.

“Siapa tiga suku, mental? Hish, kalau kau tak hingin aku beribu kali tak hingin peremuan blur!”Asyraf yang kebetulan lalu disitu terdengar perbualan Ain dan Airil. Apalagi, dia bengang la nama dia diungkit-ungkit pastu boleh pulak kata dia mental memang nak kena minah ni. Muak Ain mula memerah menahan marah.

“Saya lagi tak rela dari encik Asyraf tahu tak! Gila! Perasan betul.. dah la tak hensem tau tak?”suara Ain mula meninggi. Mukanya dipaling ke arah lain tak mahu memandang wajah yang menyakitkan hati itu.

“Helo.. tak hensem? Ko memang buta tau tak Ain. Genetik mama dan papa aku memang sememangnya cantik dan hensem belaka. Lain la kau.. genetik rosak. Entah macam mana la rupa mak bapak kau ye?” kata-kata sinis Asyraf itu melukan hati Ain. Padanya Asyraf sengaja mengutuk ibu bapanya yang sudah tiada. Air mata mula bergenang. Tangannya semakin ligat menyiapkan kerja. Dia mahu pulang tetapi dia tidak mahu meninggalkan tugasnya begitu sahaja.

“Hah, kenapa tak menjawab? Tadi mulut bukan main mengata orang.”tanya Asyraf. Matanya meliar mencari kelibat adiknya. 'Dah lesap pulak budak tu..'Asyraf rasa geram dengan Airil dia tahu Airil la yang sengaja mengumpan Ain untuk mengatakan kata-kata itu. Entah kenapa hatinya seakan-akan terusik dengan kata-kata Ain. Geram dengan kebisuan Ain,Asyraf pantas menarik tangan wanita itu. Muka Ain di angkat, dia ingin melihat apakah sudah tiada lagi ayat nakal dari mulut itu.

Namun, apa yang dilihat menyentuh hatinya. Air mata yang menitis dari tubir mata Ain membuat Asyraf gelisah. 'Aku dah sakitkan hati dia ke?' Pengangannya dilepaskan.

“Awak.. saya mintak maaf kalau saya dah sakitkan hati awak..”ego Asyraf yang meninggi seakan-akan cair apabila melihat air mata Ain.

“Lain kali, kalau encik Asyraf nak hina saya, saya tak kisah tapi jangan sesekali menghina arwah ibu dan ayah saya. Faham!” Ain berlalu pergi, dia tidak tahu kenapa air matanya mudah gugur apabila berhadapan adik-beradik ini. Asyraf terpaku. Dia meraup mukanya, perasaan bersalah mula menghurung dirinya. Dia tidak sangka bahawa kedua ibu bapa Ain sudah meninggal. Apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak boleh diundur.

p/s: klu ada cadanga jgn malu2 bagi idea...hehehe

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)