Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Showing posts with label Dia Atau Dia (DAD). Show all posts
Showing posts with label Dia Atau Dia (DAD). Show all posts

Saturday, 1 December 2012

dia tau dia?? ! 12 End


BAB 12


“Mak Usu....! rindunya dekat mak su..”kata Ain seraya memeluk erat tubuh ibu saudaranya. Puan Diba mencium dahi Ain. Sudah hampir lima tahun mereka tidak berjumpa. Ash hanya memerhati. Dia mula memuncungkan bibirnya, yelah asyik dilupakan je...

“Hah, ni kenapa muncung je anak sedara mak usu yang paling kacak ni...?”kata Puan Diba, sahaja dia tanya bukannya dia tak faham dengan anak-anak saudaaranya ini.

“Yelah, siapalah kita ni... Tak layak nak dipeluk dicium...”sengaja Ash berkata dengan suara yang lirih. Mak Usunya sudah ketawa. Yang si Ain ni tak habis-habis dengan blurrnya.

“Yelah meh sini mak su cium ye..”kata Puan Diba sambil mendepangkan tangannya. Pantas Ash memeluk ibu saudaranya, satu-satunya tempat mereka menumpang kasih. Ain yang mula faham ketawa kuat.

“Dah-dah jom masuk.”ajak Puan Diba sambil mearik tangan Ain. Ash sudah berlalu mengambil beg-beg pakaiannya dan Ain.


************************************


Sudah malam barulah Ain mahu mandi. Mana taknya petang tadi sebaik sahaja sampai terus dia tidur. Ketika Ain mahu mengeluarkan barang baru dia teringat tentang surat Asyraf. Dia mula membuka surat itu.


Salam sayang,

Mesti awak tengah marah sekarang ni..hehehehe.. sorry. Assalammualaikum Ain, saya menulis surat ini kerana ingin memberitahu tentang perasaan saya yang sebenarnya. Mungkin awak pelik beberapa hari ni, saya seakan-akan berubahkan. Ini semua atas jasa awak.

Syukur kepada Allah swt kerana membukakan hati saya untuk berubah. Jika tidak pastinya saya akan terus-menerus menyakiti hati kedua-dua wanita yang paling saya sayang... Hah mesti awak dah cuak, wanita pertama ialah mama kesayangan saya Datin Syahira. Wanita kedua dalam hati saya ialah awak, Ain Maisarah.

Sungguh saya mencintai awak. Mencintai awak seadanya. Mencintai awak ketika awak susah. Mencintai awak ketika awak sakit. Mencintai awak ketika awak muncung,mencintai awak ketika awak marah, mencintai awak ketika awak gembira, mencintai awak ketika awak blur.. hahaha mesti awak geram.. dan semestinya mencintai awak kerana Allah swt. Sesungguhnya tanpa izin-Nya rasa cinta ini tidak akan hadir....

Ain saya ingin menghalalkan hubugan kita. Mahukah awak menjadi isteri saya?

Yang mecintaimu seadanya,
ASYRAF
23/3/XXXX


Ain melipat kembali surat itu. Dia menyimpan ke dalam beg. Ada suatu perasaan aneh menular di dalam hatinya saat dia membaca surat itu. Rasa senang, hangat memenuhi segenap penjuru hatinya.
Berdebar-debar saat terpandang ayat-ayat dalm surat itu. Itukah rasa cinta? Ain tidak tahu. Dan tarikh itu, tarikh itu sudah lama, maknanya Asyraf menaruh hati kepadanya sudah lama? Daripada dia buang masa dan menyebabkan sakit kepalanya menyerang. Baik dia turun boleh juga dia tolong apa yang patut dan sebelum Ash dan Mak Usunya mencari dia.


************************************************


Airil mengeluh. Tak sangka Ain akan menolak lamarannya. Sehingga memulangkan rantainya. Teringat dia peristiwa itu.

“Airil, akak aku mintak maaf. Dia tolak lamaran kau. Asyraf tu biarkan dulu jangan bagitahu dia. Sebab kakak aku tak fikirkan lagi. Cukup sebulan akak aku bagi tahu.”kata Ash sambil menghulurkan rantai yang Airil hadiahkan kepada Ain.

“Hm.. tak apalah, semoga abang aku diterima Ain....”kata Airil ikhlas.

“Oh ya, nanti kita orang tak ada dekat sini. Kami balik kampung. Ni alamat kita orang. Kalau ada hal penting senang sikit...”kata Ash sambil mengenyitkan mata. Airil tersengih.

“Hah, fikir apa tu?”sergah Asyraf. Melompat Airil. Asyraf sudah mengekek suka benar berjaya mengejutkan adiknya itu.

“Hish, abang ni sengaja je tau tak...”kata Airil sambil menampar perlahan lengan abangnya.

“Hahahaha sapa suruh kau mengelamun... kau dah dapat jawapan dari Ain ke?”tanya Asyraf serius. Dia memandang wajah Airil. Serba-salah Airil dibuatnya. Tidak sanggup menipu abangnya, Airil mengangguk.

“Dia kata apa? Pasal aku?”tanya Asyraf tidak sabar. Airil mengeluh.

“Dia tolak lamaran aku. Kau aku tak tahu..”kata Airil lancar. Asyraf mengeluh. Dia memeluk tubuh. Runsing dengan jawapan Airil. Bagaimana kalau Ain tolak dia..? Airil tinggalkan Asyraf yang nampak runsing. Mungkin Asyraf perlukan ruang untuk berfikir.

***************************************


“Apa? Mak Su kenapa mak su setuju?”tanya Ain. Kesal pulak dia balik.

“Apanya, mak su ingat kamu single lagi.. kenapa kamu ada teman lelaki dah ke?”tanya Puan Diba. Ash sudah menyiku kakaknya. Memberi isyarat supaya memberitahu mengenai dua lelaki itu.

“Ha...hm.. Tak.. tak ada..”jawab Ain tergagap-gagap. Puan Diba tersenyum.

“Kalau macam tu, Ain jumpa la dia dulu ye.. lusa mereka datang.Terus bertunang.”kata Puan Diba riang. Ain sekadar mengangguk. Tidak sanggup pula menyakiti hati ibu saudaranya. Ash sudah mengeleng-geleng, kesal melihat kakaknya yang terlalu mementingkan orang lain hingga kebahagian sendiri hampir tergadai.

Ash segera melarikan diri ke bilik. Dia menghantar mesej kepada Airil.

'Airil bagitahu abang kamu lusa ada orang datang meminang kakak aku.'

Airil yang mendapat mesej itu segera memberitahu Asyraf. Asyraf sudah mengelabah. Datin Syahira yang kebetulan pergi ke taman mininya terdengar perbualan dua anak terunanya.

“Abang kau kena cepat. Kalau tak melepas la kau..”kata Airil. Asyraf sudah ke hulur ke hilir. Dah macam tengah berkawad pula.

“Hm.. tu la, jom kita suruh mama pinangkan dia...”kata Asyraf.

“Macam mana ni, kalau mama tak setuju macam mana?”tanya Airil kembali. Datin Syahira berdehem.

“Hah, sapa yang kamu nak mama pinangkan?”tanya Datin Syahira.
“Ain!”jawab Airil dan Asyraf serentak. Terkejut dengan kemunculan ibunya.

“Oh, ingatkan siapa.. boleh saja mama memang berkenan dengan Ain tu. Bila nak mama pinangkan dia?”tanya Datin Syahira teruja. Asyraf sudah tersenyum.

“Lusa!!”jawab mereka serentak. Datin Syahira terkejut. Namun kemudian dia tersenyum senang. Dia mengangguk. Anggukkannya menyundang senyuman di wajah anak-anaknya.


*********************************



Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Ain menunggu dengan sabar didalam bilik. Dia akan terus bertunang. Sebentar tadi kedengaran bunyi kenderaan adalah dalam dua atau tiga buah. Dia memasang telinga. Ira yang datang secara eklusif untuk bakal kakak iparnya itu ketawa. Geli hati dengan kelakuan Ain. Ain meletakkan jari telunjuk dibibrnya menyuruh Ira diam. Kedengaran derapan kaki ke biliknya. Ain segera melompat ke atas katil.

Ain menundukkan kepalanya. Takut untuk melihat bakal ibu mertuanya. Segan pun ada. Jari manisnya dihulurkan.Bakal ibu mertuanya menyarungkan cincin ke jarinya itu. Ain menyalami tangan wanita itu. 'Aik, macam biasa tengok je tangan ni...' bisik hati Ain. Ain segera mengangkat wajahnya. Datin Syahira?! Ain terkedu. Dia memandang Ash dan Mak Usunya. Meminta jawapan. Datin Syahira sudah ketawa.

“Betul la, mama yang pinang Ain..”kata Datin Syahira dengan sisa tawanya. Muka Ain sudah merona merah. Malu.

“Eh, kejap... Siapa sebenarnya bakal suami Ain?”tanya Ain. Terus Asyraf muncul disebalik pintu. Ain sudah tersenyum. Memang dia sudah jatuh cinta dengan Asyraf tapi dia tidak mampu mengakuinya.

***********************************


Dua tahun telah berlalu...

“Sayang.. buat apa termenung tepi balkoni ni?”tanya suami Ain mesra. Tubuh Ain yang kesejukkan dipeluk mesra.

“Teringat kisah lama.”kata Ain. Dia pusing menghadap suami tercintanya, Asyraf.

“Teringatkan abang la tu. Mesti Ain sukakan abang pinang Ain masa tu.”kata Asyraf dengan riak bangga.

“Haah, memang Ain suka sangat-sangat.”Ain mencuit hidung suaminya.

“Jom masuk, Laili dah menangis tu.”Asyraf mengheret tangan isterinya. Anak mereka menangis teresak-esak, mungkin lapar. Siapa sangka Asyraf dan Ain kini bahagia. Mempunyai sebuah keluarga kecil yang sangat bahagia. Mungkin masalah dan badai boleh melanda tetapi dengan kasih sayang dan cinta mereka pasti boleh mengharunginya.






Tamat..............




Friday, 30 November 2012

dia atau dia?? ! 11


BAB 11


“Adoi sakitnya kepala aku...”Ain memegang kepalanya yang berdenyut.'Haih, macam mana la aku boleh mimpi benda mengarut tu ye.. Asyraf dengan Airil berebutkan aku?? eh tak mungkin, tak mungkin..' Ain mengeleng-gelengkan kepalanya. Mulutnya tak sudah-sudah kata tak mungkin. Dalam dia tidak sedar pintu biliknya dikuak dari luar. Ash muncul menatang semangkuk bubur ayam dan air suam serta ubat. Ash melihat kelakuan pelik kakaknya. Sekejap mengangguk sekejap mengeleng. Pantas tangannya merasa dahi kakaknya takut demam kakaknya kembali. Demam dah berkurang, Ash menarik nafas lega. Ain memandang Ash dengan pandangan yang kosong.

“Ain, kau ni kenapa?”tanya Ash yang semakin pelik dengan kelakuan Ain itu.

“Ash aku mimpi jekan?”tanya Ain lurus. Matanya terkebil-kebil.

“Apa?? Oh, kalau pasal Asyraf dengan Airil tu memang betul-betul terjadi. Tak sangka aku minah blur macam kau pun ada orang suka..hahaha”kata Ash sambil tergelak-gelak. Ain memandang Ash kosong. Ain dah mula bergoyang macam orang nak pitam.

“Ah, sudah.. Ain dah-dah la terkejutnya, kau tau tak dah dua hari kau demam terkejut. Aku naik risau tengok kau. Kalau macam ni la aku kahwin je kau dengan kawan aku tak payah nak pilih Asyraf atau Airil.”kata-kata Ash membuat Ain mengeleng-geleng laju. Terus hilang rasa terkejutnya. Dia tak sampai lagi seru nak kahwin, tak mau kahwin paksa.

“Tak mau. Tak tahu nak pilih Asyraf atau Airil.. Macam mana ni Ash? Aku dah buntu ni.. Aku tak nak kahwin lagi... tapi aku tak nak sakitkan hati mereka.”kata Ain dengan linangan air mata. Asyraf duduk disebelah kakaknya. Simpati mula menghurung, kasihan dengan apa yang menimpa kakaknya. Dia sendiri tak sangka bekas majikan kakaknya boleh jatuh cinta dengan kakaknya. Dipeluk lembut bahu kakaknya.

“Tak pe, kau tak payah fikirkan perasaan mereka. Ikut kata hati kau.”kata Ash lembut. Tangannya mengusap-ngusap belakang kakaknya. Ain sudah tersedu-sedu. Dia menyembamkan mukanya ke dada bidang Ash. Menangis meluahkan rasa hatinya. Sungguh, dia rasa tersepit... siapa yang mahu dipilihnya. Dua-dua disayanginya, dia atau dia?


*************************************


Asyraf dan Airil bertemu mata dengan Ash. Ash merenung tajam kedua-dua lelaki yang membuat kakaknya sakit. Tiba-tiba Ash menghamburkan ketawa. Asyraf dan Airil sudah berpandangan. Memberi isyarat mata.'Dia ni dah tak betul ke Asyraf ' Airil menggunakan isyarat mata. 'Agaknya la kot, takkan dia berjangkit dengan kakak dia?'Asyraf bertanya kembali. Airil mengangkat bahu menandakan dia tak tahu.

“Ash, kau okey ke tak?”tanya Airil takut-takut. Asyraf dah bersedia dengan telefon ditangan. Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan. Ash menyudahkan ketawanya. Dia mengeleng-geleng menandakan dia okey. Asyraf dan Airil menarik nafas lega.

“Dah tu kenapa kau gelak macam orang gila?”tanya Asyraf.
“Mana tak gelak. Perangai kakak aku yang tak semegah tu pun korang boleh sangkut. Dah la dia tu minah blur.. hahaha”Ash kembali ketawa. Asyraf sudah menyengih. Airil turut ketawa.

“Entah la, aku pun tak tau..”kata Asyraf dan Airil serentak. Bertambah kuat ketawa Ash. Mereka mula menjadi perhatian pelanggan-pelanggan restoran itu. Airil pantas menutup mulut Ash. Asyraf sudah meminta maaf kepada pelanggan restoran itu.

“Ha..ha.. sorry-sorry. Tak tahan la gelagat korang... kelakar. Tau la kembar tapi tak payah la jawab serentak.”kata Ash sebaik sahaja ketawanya surut.

“Okey. Cepat cerita pasal keputusan Ain...”suruh Airil tak sabar. Asyraf sekadar mengangguk tak mahu bercakap nanti serentak lagi. Muka Ash sudah serius.

“Hm.. aku harap korang dapat terima apa saja keputusan kakak aku tu. Jawapan dia aku tak ada lagi. Aku harap kau orang dapat bersabar. Dia mintak masa sebulan dia nak fikir dulu. Amacam boleh ke tak? Aku just harap korang tak ganggu dia dalam sebulan ni. Hari tu pun dia demam panas dua hari. Aku dah hampir mati risaukan dia.”kata Ash. Mukanya berubah keruh.

Asyraf dan Airil sudah mengeluh. Mereka mengangguk perlahan. Mereka juga tak mahu wanita kesayangan mereka jatuh sakit. Akhirnya mereka bertiga membisu. Masing-masing hanyut dengan lamunan. Sekali lagi mereka menjadi perhatian apabila Ash ketawa tiba-tiba dengan kuat.

“Sorry,sorry.. terbawa-bawa pulak...hehehe”Ash sudah tarik sengih. Mukanya sedikit merah menahan malu. Airil mengangkat bahu menanyakan apa yang dilamunkan Ash.

“Tak aku teringat dekat Ira. Hehehhe “kata Ash malu. Tangannya bermain-main dengan strawnya. Airil dan Asyraf pula melambakkan ketawa. Kelakar dengan wajah Ash yang malu-malu kucing itu. Ketiga-tiga mereka bersembng sehingga lewat malam.



*********************************


Hari ini, Ain rasa lebih sihat. Dia teringatkan hadiah yang diberikan Airil dan Asyraf. Dia pantas menyelongkar biliknya. Bunyi bising itu menarik perhatian Ira yang kebetulan melawat Ain. Kepala Ira sudah tersepit diantara pintu bilik Ain dengan koridor. Muka Ain yang berkerut-kerut itu mengundang pertanyaan dari Ira.

“Kak Ain tengah buat apa ni?”tanya Ira yang turut sama menyelongkar walaupun masih tak tahu apa yang dicari oleh Ain. Ain menyangkan sengih. Adik beradik ni memang suka tayang sengih.

“Akak tengah cari hadiah yang Airil dengan Asyraf bagi.”kata Ain sambil melebarkan sengihnya.Ira mengeleng-gelengkan kepalanya.


“Kak lain kali tanya je lah Ira. Ira tahu hadiah tu dekat mana... Tengok bilik ni dah bersepah...”bebel Ira tangannya pantas mengemas bilik bakal kakak iparnya.

“Ala, Ira sekali sekala apa salahnya. Mana hadiah-hadiah tu?”tanya Ain teruja. Ira sudah muncung. Geram dengan perangi Ain. Ain dan Ash dua kali lima sahaja. Selalu bagi dia makan hati.
Ira pantas melangkah ke bilik tetamu. Makin lebar senyuman Ain apabila Ira muncul dengan hadiah ditangannya. Dengan gelojoh Ain menarik hadiah itu. Hampir Ira terjatuh dibuatnya. Ain merapatkan tangannya menandakan dia meminta maaf. Ira sekadar memberi renungan tajam.

“Okey la akak, Ira turun sekejap ambikkan air minum.”kata Ira sambil berlalu turun.

Tangan Ain pantas mengoyakkan kertas pembalut hadiah itu. Ain ni nampak je lembut. Habis direntap kertas pembalut yang cantik itu. Dia terkedu melihat hadiah yang diberi oleh Airil. Seutas rantai yang cantik. Ada loket berbentuk hati yang comel. Di atas loket itu terukir huruf AM&AM. Namun hati Ain seakan tidak tersentuh dengan hadiah itu. Hadiah itu mematikan hasratnya untuk membuka hadiah Asyraf. Terus disimpan kembali hadiah-hadiah itu.

Terus dia melangkah turun dengan hati yang sebal. Dia mahu memulangkan rantai kepada Airil. Namun niatnya itu ditangguhkan. Ain duduk bersembang dengan Ira mahu menghilangkan rasa sebal dihatinya.


*********************************************


Malam itu, Asyraf dan Airil duduk di gazebo taman mini milik mama mereka. Mereka mahu berbincang dari hati ke hati. Sampai bila mereka mahu bermusuhan.

“Ril, aku nak kau terus terang. Aku dah penat macam ni..”kata Asyraf.

“Pasal apa? Kalau pasal Siti tu, aku mintak maaf. Bukan aku yang mintak benda tu jadi. Siti tu yang tergila-gilakan aku. Aku tak suka dia pun.”terang Airil dengan wajah yang serius. Asyraf sudah terlopong. Kemudian dia mengeluh.

“Hm, pasal tu aku pun tak kisah sebenarnya. Aku minta maaf Airil. Aku membenci kau tanpa sebarang alasan.”kata Asyraf sambil memeluk adiknya. Sudah lama dia tahan diri daripada mendekati adik kesayangannya itu.

“Tapi... Ain?”tanya Asyraf sebaik sahaja pelukkan mereka terungkai. Giliran Airil pula mengeluh.

“Aku memang ikhlas sukakan dia. A.. Abang.. kau juga tahu aku jumpa dia dulu. Dia yang bukakan pintu hati aku untuk berubah.”kata Airil tegas tapi perlahan. Perkataan 'abang' yang telah lama tidak disebut mula bermain-main dilidah.

“Aku pun cintakan dia Ril, sungguh rasa cinta dihati aku kini hanya untuk dia.”kata Asyraf. Kesal, kerana mereka berbalah kerana permpuan. Tetapi dia tetap mencintai Ain.

“Aku pun sama.”kata Airil. Asyraf memandang adiknya.

“May the best men win....”kata Asyraf sambil menjabat tangan adiknya. Airil tersenyum.
“May the best man win...”kata Airil kembali. Mereka berpelukkan mesra.


Sementara itu...

“Ehekhekehek.. ish sapa pulak sebut-sebut nama aku ni..?”kata Ain perlahan. Dia pantas minum air suam ditepi meja tidur itu. Dia teringatkan kedua beradik itu. Pelik bagaimana la mereka boleh jatuh cinta dengannya. Matanya semakin berat. Akhirnya dia tertidur merindui mereka.


*****************************************


Sudah hampir sebulan masa berlalu. Kini waktu yang dia minta hampir berakhir. Ain mengemas bajunya. Dia mahu berjumpa dengan Mak sunya. Sudah lama dia tidak ketemu wanita itu. Sedang dia sibuk menyelongkar almarinya. Sebungkus beg plastik jatuh bergolek-golek. Dia mengintai bungkusan itu. Hadiah yang diberikan Asyraf. Dia sudah terlupa tentang hadiah itu, dia simpan selepas mebuka hadiah yang diberikan Airil. Dia membuka hadiah itu rakus. Ada tiga buah novel. Semuanya novel yang dia idam-idamkan. Tanpa dia sedari sepucuk surat jatuh dari novel itu. Ain mula membuka surat itu. Namun niatnya terhenti. Ash sudah menjerit-jerit memanggil namanya. Dia menyimpan surat itu ke dalam beg pakaiannya. Surat itu akan dia baca dirumah Mak Usunya. Dia pantas keluar dari bilik itu.


#lagi satu entri je.. hehehehe

dia atau dia?? ! 10


BAB 10



Sejak awal pagi lagi Ain sudah sibuk mengemas rumah. Kelam kabut dibuatnya, semalam Ash kata teman wanitanya merangkap bakal adik iparnya mahu datang melawat rumah mereka. Tak tahu la apa mimpi mereka berdua itu.. Akhirnya siap juga rumah yang dikemas. Jam sudah menunjukkan jam 11 pagi. Ain segera bersiap mahu membeli-belah. Barang dapur dah surut nasib baik Ash sempat mengunjukkan sedikit duit kepadanya. Ain menaiki teksi pak cik Am, sudah banyak kali juga dia menggunakan khidmat pak cik itu.

Sampai sahaja di shopping complex Ain terus mengambil troli. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ash menghantar pesanan ringkas.

'Ain kau ada kat mana?'Tangan Ain pantas membalas mesej adiknya itu.

'Aku ada kat mall la. Kenapa?' Tak sampai seminit, sudah kedengaran bunyi telefonnya.

'Kau lepak sana dulu. Pukul 8 baru kau balik ye. Aku nak keluar dengan Ira. Jangan balik tau , kawasan rumah kita tu bahaya!'Dahi Ain berkerut-kerut. Kenapa dengan Ash ni. Lantak la. Tak payah la masak. Kalau macam tu aku nak pergi karok...hehehe dah lama tak melontar suara.' Ain melangkah riang.

Dirumahnya....

“Sayang cepat la masak lagi tiga jam je lagi. Sat lagi budak Ain tu balik.”Ash sudah membebel. Ira mengeleng-geleng kepalanya. Ash ni memang kelam kabut. Selalu risau tak bertempat.

“Dah nak siap ni... Awak dah siap ke hiasnya. Sekejap lagi kawan-kawan kak Ain nak sampai dah ni..”Perli Ira yelah orang sibuk memasak yang dia ni pula selamba je dari tadi duk tercongak dekat dapur. Ash tersengih.

“Ala kita buat la sama-sama.”Kata Ash manja. Saja je nak mengelat tu. Ira sudah mengejar Ash dengan senduk ditangan. Ash pantas lari ke ruang tamu.

“Hah, stay situ. Hias terus. Awak diharamkan masuk dapur selagi saya tak siap masak. Faham?!”jerit Ira dari dapur. Ash tersengih-sengih. Kawan-kawannya sudah ketawa melihat Ash dikejar Ira. Malu sekejap. Tapi sayang punya pasal. I rela you...

*********************************


“Cepat-cepat, dah pukul tujuh lebih ni...”gesa Ash. Kawan-kawannya sudah panik. Lampu dipadamkan. Tak sampai 10 minit lampu dipadamkan, kedengaran kereta berhenti di luar rumah. Masing-masin terus kaku.

“Assalamualaikum... hish kata sampai pukul 8. Ni yang aku malas nak janji dengan Ash ni.. memang la dasar lupa janji. Dalam kegelapan malam, Ain teraba-raba beg tangannya.
“Hish, time-time ni jugak la kunci ni nak main hide and seek.”Ain mengeluh. Tiba-tiba dia terjerit kecil.

“Yea... jumpa..!”Ain sudah melompat-lompat riang. Ash dan kawan-kawannya menahan tawa.kelakuan Ain sebijik macam kanak-kanak rebena.

Dengan lafaz basmallah, Ain membuka pintu rumahnya. 1,2,3..

“SUPRISE!!!”jeritan semua makhluk. Aik semua makhluk ni yang gerun ni..

“Opocot anak hantu menjerit-jerit, mak engkau makan kasut supre.. eh suprise..”latah Ain. Semua ketawa terbahak-bahak.

“Haih, kot ye pun nak buat suprise jangan la menjerit boleh mati tau tak aku..”Ain sudah membebel. Matanya meliar memerhati siapa yang menjerit. 'Eh, harijadi? Hari jadi aku ke.. Ya Allah aku dah lupa..'Ain tersenyum senang.

“Happy birthday sis..”kata Ash sambil mencium pipi kakaknya itu. Ditangannya ada sebiji kek yang terhias indah. Ain menium lilin. Rasa macam kanak-kanak riang pula. Yelah ada lilin, ada belon, sampai topi birthday pun ada.

“Thanks bro.”ucap Ain dengan linangan air mata. Dia pantas memotong kek itu. Disuap sedikit kek itu ke mulut adiknya dan Ira.

“Ehem,ehem.. Suap mereka je.. suap la saya jugak...”kedengaran suara garau. Ain menoleh. Terbeliak matanya yang bundar.

“Encik Airil. Macam mana boleh ada dekat sini?”tanya Ain yang masih terkejut.

“Hehehe, saya ni la kawan adik awak yang selalu kelam kabut tu. Tak payah nak bertuan-tuan sangat la..”Airil ketawa melihat kegugupan Ain itu. Ain menjemput Airil makan. Mereka berbual mesra. Sudah lama rasanya mereka tidak bertemu. Tiba-tiba kedengaran orang memberikan salam.

“ Waalaikummussalam... siapa tu jemput la masuk.”kata Ash yang sedang asyik menyumbat bihun goreng. Sedap pula masakan bakal isterinya.

“Hai, Ain selamat hari jadi.”kata Asyraf , Ain yang membelakangkan dia pantas menolah. Sebenarnya dia rindu sungguh dengan suara lelaki itu. Ain terkesima Asyraf pada pandangan matanya sangat kacak malam ini. Dengan baju t-shirt Polo berwarna putih dan seluar slack,walaupun pakaian Asyraf nampak ringkas tetapi tetap menyerlahkan karismanya. Asyraf memetik jari apabila Ain tidak menyahut panggilannnya.

“Hai, encik Asyraf.. bila sampai... eh, kejap-kejap macam mana tahu rumah saya ni?”tanya Ain yang baru tersedar dari lamunannya.

“Hm, biarlah rahsia... hehe.”Asyraf menayang sengih.

“Eh, ada kau dekat sini. Mama asyik tanya kau je. Tahu rumah Ain, tapi rumah mama kau lupa ye..”kata Asyraf sinis sebaik sahaja melihat adiknya.


“Nanti aku balik la. Lagipun sekarang ni aku sibuk. Kalau kau tak percaya tanya Ash adik Ain tu. Dia tu kawan aku kat tempat kerja.”balas Airil dengan nada selamba.
“Dah,dah tak payah nak soal siasat sangat la.. jemput makan Abang Asyraf.”jemput Ash sopan. Asyraf menganggukkan kepalanya.

“Ain, ni hadiah untuk awak.”kata Asyraf sambil mengunjukkan sebungkus hadiah. Ain mengucapkan terima kasih. Asyraf berlalu pergi ke arah adiknya yang sedang enak menjamu selera.

“Hm.. tahu rupanya rumah Ain. Banyak kali aku tanya kau. Kau boleh buat bodoh jekan.”kata Asyraf dalam nada berbisik. Apabila ada mata-mata memandang dia segera menayang sengih. Tak mahu orang tahu keluarganya ada konflik dalaman. Airil buat-buat pekak. Dia menyumbat lagi bihun ke dalam mulutnya.

“Okey, kau buat bodoh ye. Aku tak kisah. Anyways aku nak bagitahu yang aku nak melamar dia malam ni..”kata Asyraf dia menyangkan senyuman sinis. Airil sudah membulatkan mata. Dia tersedak. Pantas dicapai air entah siapa yang punya, diteguk rakus.

“Huk uhuk... kau jangan buat pasal. Aku yang akan lamar dia dulu.”kini Asyraf dan Airil sama-sama berdiri. Mata bertentang mata. Tanpa Airil sedari Asyraf dah buat larian pecut ke arah Ain. Airil yang tertinggal terus mengejar abangnya.

Kini mereka berdua berada di depan Ain. Mata Ain sudah membuntang,terkejut melihat Asyraf dan Airil yang tercunggap-cunggap.'Kena kejar anak hantu ke mamat dua ekor ni?'hati Ain dah mula merapu. Asyraf menjeling Airil. Airil menjeling Asyraf. Asyraf terus melutut. Airil pun tak mahu kalah turut melutut juga.

“Will you marry me.”kata mereka serentak. Dua-dua mengeluarkan cincin. Ain makin terbeliak matanya. Terkejut bukan kepalang. Mana taknya lamaran tak beri signal. Entah kenapa pandangan Ain mula kabur, kepalanya berat. Akhirnya...Bum! Ain tumbang kecoh sekejap rumah itu. Ash sudah menjerit-jerit memanggil kakaknya. Itulah buat keputusan terburu-buru dah Ain jadi mangsanya... ni la akibatnya.... haih, berebut lagi anak orang...


#hehehe e-novel ni mungkin akan tamat dalam 1 ke 2 entri lag... sabar tau..

Thursday, 29 November 2012

dia atau dia?? ! 9


BAB 9


Entah kenapa sejak Ain tiada lagi didalam hidupnya, Asyraf berasa sunyi. Dia kembali menjadi seorang yang penyendiri. Impak Ain sangat besar dalam hidupnya. Begitu juga dengan Airil. Jika dulu dia kaki clubbing kini dia sudah berubah. Amy kekasihnya turut ditinggalkan. Datin Syahira sudah buntu dengan perubahan kedua-dua anak terunanya. Jika perubahan Airil, Datin Syahira menyukai perubahan yang ke arah yang positif itu. Namun,apabila mengenai Asyraf , Datin Syahira lihat dia seakan-akan hilang tempat untuk berpaut. Tiada lagi gurau manja dan suara gelak ketawa anaknya itu.

Rumah mereka juga sudah tiada seri. Kadang-kadang Datin Syahira dan Datuk Hairil sahaja dirumah. Jika Datuk Hairil tiada maka sunyilah Datin Syahira dirumah. Lagipun Asyraf dan Airil sudah jarang-jarang pulang ke rumah mereka. Entah apa nak jadi dengan anak-anak terunanya. Datin Syahira mengeluh. Petang ini dia keseorangan lagi. Walaupun ada orang gaji yang menemani tetapi orang gajinya yang baru ini bukan seperti Ain. Yang boleh dibawa bergurau dan bertepuk tampar.

“Assalamualaikum, mama?”suara Asyraf mematikan lamunan Datin Syahira. Datin Syahira pelik dan terkejut dengan kemunculan anak sulungnya, Asyraf ni sejak Ain tak ada mana la dia tahu jalan ke rumah ini.

“Hah baru nak balik. Ingat dah lupa dekat mama..”kata Datin Syahira seakan-akan merajuk.
Asyraf tersenyum. ' Maafkan Asyraf mama, rumah ni ada banyak sangat kenangan dengan Ain.'kata-kata itu sekadar terluah didalam benak hatinya. Asyraf menarik kedua tangan ibunya. Dikucup mesra.

“Maafkan Asyraf ma, Asyraf ada banyak kerja dipejabat kebelakangan ini.”kata Asyraf memang itu bukan sekadar alasan semata-mata. Jawatannya sebagai COO di syarikat NewEra's Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat interior design memang memerlukan banyak masanya. Lebih-lebih lagi apabila mereka baru sahaja mendapatkan projek dari sebuah hotel terkemuka. Lagipun kerjanya dapat membantu dia melupakan Ain.

“Tak apalah. Malam ni Asyraf tidur sini ke nak?”tanya Datin Syahira penuh berharap. Wajah Asyraf dipandang penuh kasih. Asyraf mula serba-salah. Sebenarnya dia pulang hanya untuk mandi dan makan selepas itu dia harus pulang ke pejabatnya. Dengan hati yang berat kepalanya digelengkan.

Datin Syahira mengeluh perlahan. Dia cuba memaniskan wajahnya. Datin Syahira tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepalanya memberi isyarat dia tida apa-apa.

“Malam ni Asyraf makan sini tak? Temankan mama makan ya..”kata Datin Syahira walaupun dia cuba menunjukkan dia gembira nada suaranya tetap kedengaran sayu. Asyraf pantas mengangguk dia tidak mahu ada air mata yang tumpah dari mata wanita yang paling disayanginya. Kini wajah Datin Syahira lebih berseri. Seronok benar hatinya, walaupun hanya sekejap dapat bersama anaknya. Itu pun sudah memadai baginya.

“Sekejap ya mama, Asyraf mandi dulu.”kata Asyraf. Dia sudah mula memanjat anak tangga.

“Alia, jom masak. Asyraf nak makan disini hari ni.”kata Datin Syahira riang sambil menarik tangan pembantu rumahnya yang baru itu.


***********************************************


Ain mengeluh bosan. Nak kerja adiknya tidak bagi. Asyik duduk dirumah membuat Ain rasa dikongkong. Padahal adiknya itu tidak kisah jika dia mahu berjalan-jalan atau beriadah. Hari ni, Ain melayari internet. Dia membuka akaun sosialnya yang sudah lama tidak dibuka.'Eh, aktif lagi la akaun aku ingatkan dah ditutup.'hati Ain mula riang. Dapatlah jumpa dengan kawan-kawan sekolah lamanya. Tangannya gatal mendaftarkan namanya di sebuah kolej universiti swata. Memang sudah cita-citanya mahu belajar bidang interior designer di One Academy. Selepas itu terus ditutup laman utama kolej itu. Apabila rakan lamanya Sally aka Salimah berchatting dengannya terus dia merindui saat manisnya disekolah menengah. Saat-saat itu hidupnya tidak begitu susah ada Mak Usu menolong dia adik beradik. Tetapi sebaik sahaja dia habis sekolah menengah dia terus keluar dari rumah Mak Usunya. Bukan apa dia cuma tidak mahu menyusahkan Mak Usunya. Lagipun dia mahu adiknya melanjutkan pelajaran di luar negara. Kini cita-citanya tercapai. Adiknya sudah berjaya.

“Assalamualaikum, Ain kau dah tidur ke?”tanya Ash apabila salamnya tidak dibalas. Rupa-rupanya Ain menyadin duduk berfacebook dengan siapa entah. Telinganya ditutupi earphone. Patutlah dia tidak menyahut. Ash sengaja menarik hujung rambut kakaknya.

“Adoi... sakitnya. Siapa yang tarik? Ash belum balik... ni yang aku tak suka ni...”kata Ain yang sudah meremang bulu romanya. Tiba-tiba Ash menjerit ditepi telinganya. Terkejutnya dia tak tahu nak kata. Sampai terlompat dia diatas kerusi meja komputer itu. Mulut sudah merapu-rapu entah satu butir pun tak ada makna...


“Kucing kau, Beruk bodah, jerit langsir mak aku, mak engkau.. hei,... semangat. Ash bila balik? Kau memang sengaja nak bagi aku pendek umurkan?”kata Ain dengan mata yang nak membunuh orang. Ni kalau pihak CSI ke FBI dapat boleh jadi anggota sebab dari kerana mata tu, dah terpancar kuasa pembunuh. Eh, tak depe sumbat masuk jel. Yelah dah macam pembunuh. Ash ketawa besar. Namun sebaik sahaja melihat renungan mata Ain terus ketawanya mati. Terus Ash buat mata anak kucing. Ala macam mata kucing Puss in the But tu.. ha macam tu la muka dia sebijik.

Tiba-tiba Ain ketawa kuat. Ash sudah terkejut. Mana la tahu kot-kot kakaknya tersampuk benda yang tidak dilihat dengan mata kasarkan. Muka Ash yang sudah kelam kabut itu menimbulkan idea nakal dari otak tak berapa betul Ain itu.

“Ain.. Ain kau okey ke tak ni?”kat Ash sambil mengoyang-goyangkan badan Ain.

“Hihihihihi berani kau kacau aku... Hihihi siap kau aku cekik sampai mati.”Ain mula menjerit dengan suara kecil yang nyaring. Dia meluru ke arah Ash, konon-kononnya nak cekik la. Ash dah tutup mata takut tak terkata. Yang keluar dari mulut Ash hanya basmallah. Ain sudah ketawa bergolek-golek. Yelah adiknya itu sekali pandang macam orang tengah berzikir, dua kali andang dah macam tok moh yelah dengan badannya sekali mengeletar.. Ash rasa macam ada yang tak kena, dia pun buka matanya. Yang dia nampak Ain sudah ketawa dengan nada yang biasa. Muka Ash sudah macam incrideble Hulk yang berwarna merah. Apalagi tanpa membuang masa Ain mulakan larian pecutnya. Ash mengejar. Geram sungguh dia dengan kakaknya itu.






******************************************


Ain bangun awal dia mahu pergi ke Timesquare mall. Sudah lama dia tidak kesana. Lagipun entah apa angin adiknya. Ash memberinya 2000 ringgit katanya buat shopping-shopping keperluan Ain. Dah lama Ain mengidam Samsung Galaxy note II, dengan duit yang diberi Ash dan duit lebih gajinya hari itu. Dia menaiki teksi ke shopping mall.

Sampai sahaja di sana tempat utama yang dituju mestilah kedai alat telekomunikasi itu. Nasib baik stok gadjet itu masih ada. Tak la kempunan Ain ni. Dah macam orang mengandung pula mengidam je kerjanya. Ain tersenyum senang apabila telefon itu berada ditangannya. Tanpa disedari sepasang mata milik Asyraf setia memerhatikan Ain..

Asyraf tersenyum kelakar melihat perbuatan Ain itu. Ain mula la tangkap gambar. Lepas itu dicium pula telefon android itu. Tiba-tiba Asyraf teringatkan novel yang dibeli untuk Ain. Dia juga tahu esok merupakan hari jadi Ain yang ke 27 tahun. Dalam diam dia mengekori Ain pulang. Dia mahu tahu dimana rumah Ain. Sebaik sahaja Ain masuk ke dalam rumah, dengan pantas Asyraf mencatat alamat rumah Ain dia takut terlupa.... dan pastinya esok dia mahu membuat kejutan untuk Ain kesayangannya itu.

#hehehe en3 seterusnya baru Ain n Asyraf bertentang mata ye... sorry...

dia atau dia?? ! 8


BAB 8



Lapangan terbang KLIA mula riuh. Balai ketibaan penuh dengan penumpang-penumpangnya. Ain ralit melihat sebuah keluarga warga asing yang kelihatan panas. Mungkin ini pertama kali mereka ke negara beriklim panas. Tiba-tiba kedengaran jeritan riang di balai ketibaan itu,dari seorang lelaki muda yang boleh tahan kacaknya.

“Ain!! My lovely Ain..! I miss you so much...”kata lelaki itu sambil memeluk riang tubuh Ain. Terus kedua belah pipi Ain dikucup penuh mesra. Ain turut membalas pelukannya. Sungguh akhirnya rasa rindu ini dapat rungkai.

“OMG! It this my lovely dovey bro??”tanya Ain. Banyak betul perubahan diwajah itu. Kalau la lelaki ini tidak menyebut namanya pasti dia tidak akan kenal siapa sebenarnya lelaki itu.

“Yes, of course it your bro... Oh,sis do you know how much I miss you? Sis I love you so much...”kata Ash atau nama penuhnya Muhammad Ashril Arsyad, satu-satunya adik kepada Ain Maisarah. Tiga tahun berjauh memang membuat Ash semakin dewasa. Tiada tempat bergantung,disana sangat memeritkan. Namun Ash berjaya mengharunginya kerana pengorbanan seorang kakak.


“Ash sudah-sudah la cakap bahasa orang putih tu. Dah nak tercabut telinga aku mendengarnya.”kata Ain. Digoyang-goyangkan telinganya kononnya geli mendengar ayat inggeris itu. Ash menayang muka keliru. Seperti tidak memahami apa yang dikatakan Ain. Ain dah mula cuak. Sememangnya mereka menggunakan kata ganti diri aku kau, mungkin disebabkan jarak usia yang tidak terlalu jauh. Namun Ain tidak kisah malah dia sudah biasa.

“Sis,what language you talking? I don't understand...”riak muka Ash yang bersungguh-sungguh itu semakin membuat Ain cuak. Dia menantikan kata 'bergurau' dari mulut Ash tetapi tiada.

“Kau biar betik,Ash! Takkan baru tiga tahun dekat sana kau dah lupa dekat bahasa melayu kita. Lingua franca kita? Bahasa melambangkan bangsa tahu tak?! Tergamak kau lupakan bahasa kita....”kata Ain dia sudah buat muka sedih. Mestilah sedih penat-penat dia hantar pergi luar negara last-last bahasa ibunda dilupakan...

“Hahaha,Ain you're so funny... kelakar la kau ni..hahaha you should see your own face..”ketawa Ash makin kuat apabila Ain mula menayangkan muka blurrnya. Tak sampai 3 minit, Ain sudah mengeluarkan senjatanya. Hahaha Cubitan Ketam...! Ash sudah berlari-lari takut dicubit kakaknya. Sakit woo..

“Kau memang tak pernah berubahkan... asyik blur je memanjang. Patutlah kau tak ada boyfriend...hahaha.” Ash mula melambakkan ketawanya sekali lagi. Tapi kali ini Ain tidak membalas.
Dia just pergi dari situ. Ash dah garu-garu kepala. 'Haih.. merajuk la pulak kakak aku ni.. Ni yang susah ni..' Ash dah buntu. Setelah lama berjauhan dia sudah lupa cara-cara mahu memujuk kakaknya itu.

“Alolololo, sayanggggggggg..dia.. My love jangan la merajuk-merajuk ni... Hm, okey i'm very sorry.”Ash sudah memegang kedua belah bahu Ain. Wajah Ain tidak kelihatan.

“Gotcha..hahaha apa merajuk-merajuk. Ni Ain Maisarah la tak ada istilah merajuk dalam kamus hidup Ain tau.”kata Ain sambil menyekeh rambut adik kesayangannya itu. Lagipun tak ada maknanya nak merajuk dengan adik yang lama tak jumpa, baik berkasih sayang...


“Tapi...”kata Ain sambil menunjukkan kedua belah pipinya. Ash mengeleng-geleng perlahan. Ain memang tidak pernah berubah, selalu manja dengannya. Tapi kadang-kadang Ash yang terlebih manja.hehehe.... Ash mencium kedua belah pipi Ain mesra.


************************************


Tapa mereka sedari. Ada sepasang mata asyik memerhatikan mereka bercanda mesra. Entah kenapa perasaan marah mula menyerbu. Apabila pipi Ain dicium, rasa marah sudah mula menguasai diri Asyraf. Sebelum dia membelasah lelaki itu dan memaki hamun Ain baik dia berasur pergi. Niat awalnya ke KLIA dilupakan. Dia mengeluarkan handsetnya, menaip mesej mohon maaf tidak mengambil kawan serta adik angkatnya, Sam yang baru tiba dari United State itu. Lantas dia membawa hati yang pedih melihat sandiwara itu.


***********************************


“Ain sekarang ni kau still kerja dengan mak datin tu ke?”tanya Ash dengan muka yang serius. Dia tahu kakaknya banyak berkorban untuk dia hinggakan sanggup merendahkan diri bekerja sebagai orang gaji. Kalau boleh dia tidak mahu kakaknya menjadi orang gaji. Kini dia sudah pun tamatkan pengajian jadi, dia mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai satu-satunya anak lelaki dan wali kakaknya. Kini dia sudah siap untuk mengalas tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

“Haah, i'm still working to her.. hari and esok aku ambik cuti. Kenapa kau tanya?”tanya Ain pelik. Adiknya itu bukan seorang yang rajin menayakan hal-hal Ain. Jarang-jaranglah nak dengar Ash mengeluarkan soalan yang macam ni... Ain masih menyuapkan aiskrimnya. Hehehe Baskin Robin kegemaranku... Ain menyanyi kecil, sebijik macam kanak-kanak riang...

“Hm... aku rasa lakan, baik kau berhenti je kerja dengan mak datin tu. Yelah akukan dah balik Malaysia. Aku pun dah mula kerja minggu depan. Lagipun memang tanggungjawab aku sebagai anak lelaki.”kata-kata Ash membuat Ain serba-salah. Ain sudah mula rapat dengan keluarga itu jadi sedikit sebanyak rasa berat hati tu tetap ada.

“Hm.. sebenarnya aku tak kisah.. tapi aku rasa baik aku kerja untuk sebulan lagi la Ash. Lagipun gaji kamu mesti dapat lambat lagikan.. and kesian la kat Datin... tak ada orang na tolong uruskan kerja rumah.. hm, boleh ye Ash?”tanya Ain lembut takut menghiris hati adiknya. Yelah mana tahu hati adiknya masih lembut macam dulu..

“Hm, aku tak kisah ikut kau la..”kata Ash selamba. Dia sudah bangun mahu beredar.

“Eh.. Wait a minute... sekejap kau kata kau start kerja minggu depan?? eh, kau ni kalau kau tak sebut tadi tak ada maknanya la kau nak bagi tahu aku kan.... Kau ni memang la..”kata Ain sambil menyiap sediakan senjata terulangnya.


“Erk.. weih, nanti-nantilah cerita. Aku penat tahap gaban ni... jom la balik. Eh kejap, kita nak balik mana ni?”tanya Ash yang ternyata keliru yelah mereka mana ada sedara mara dekat KL ni..

“Hehehee, jangan risau. Sebagai kakak yang bertanggungjawab aku dah sediakan rumah sewa.. hahaha aku dah sewa rumah untuk kita berdua lagipun rumah tu tak jauh sangat dengan tempat kerja aku. Sewa pun murah. Amacam hebat tak kakakmu ni, adikku?”tanya Ain sambil buat kening double-jerk dia...

“Wah... memang hebat. Dah jom balik. Aku dah penat ni.”kata Ash dengan muka tidak berperasaan. Ain geram tapi tak jadi nak marah bila Ash dah mula melentokan kepala dibahunya. Nampak penat sangat.

“Okey jom...”kata Ain sambil memimpin tangan adiknya. Dah macam waktu mereka kecil sahaja. Ah... nostalgia betul..


**********************************************



Kini sudah hampir sebulan adiknya bekerja. Ain sudah berjanji cukup sebulan dia akan berhenti. Tapi rasa berat hati. Lebih-lebih lagi bila mahu meninggalkan Asyraf. Entah angin apa mamat tu sudah hampir sebulan jugak la dia mengelak dari bertembung Ain. Kalau tertembung pun dia buat bodoh je. Ain cuba tanya tapi dah dia mengelak sampai bila pun tak settle.. Hari ni Ain nak bagi tahu Datin Syahira yang dia nak berhenti ada lagi empat hari dari tarikh dia berhenti maknanya Datin ada la sedikit masa nak cari penggantinya.

“Datin saya nak berhenti.”kata Ain dengan nada sayu.

“La kenapa pulak. Anak bujang Aunty kacau Ain ke?”tanya Datin Syahira berat benar hatinya mahu melepaskan Ain.

“Biar jelah mama. Suka hati dia la. Lagipun tak ada makna Asyraf nak kacau dia..”kata Asyraf yang kebetulan berada di situ. Ain sudah menarik muka.

“Hm.. baiklah kalau itu kata kamu. Ain nak berhenti bila?”tanya Datin Syahira.

“Lagi empat hari Datin.”kata Ain perlahan.

“Hah, kenapa tak hari ni je?”tanya Asyraf sinis. Ain terdiam. Dia tahu Asyraf seakan-akan membenci dirinya.

“Hm.. takpe kamu buat je kerja kamu ya Ain. Terima kasih la sanggup tolong Aunty selama ni..”kata Datin Syahira air matanya hampir menitis. Datin Syahira memandang tajam wajah Asyraf. Dia tak tahu apa menyebabkan anaknya jadi biadap seperti itu.

************************************

Hari yang ditunggu-tunggu tiba, Ash datang menjemput kakaknya. Ain membawa keluar baju-baju yang dia tinggalkan di rumah itu.

“Hah, Ain ni siapa?”tanya Datin Syahira pelik. Mana taknya selama Ain bekerja dirumahnya mana pernah lelaki itu datang.

“Ala, tu mesti Boyfriend dia.”kata Asyraf berbisik. Tiada siapa pun perasan wajah asyraf yang berkerut cemburu.

“Oh, ni adik saya... Muhammad Ashril Arsyad.”dia memperkenalkan adik kesayangannya. Asyraf dah ternganga. Maknanya cemburunya tiada bermaknalah... Ain berlalu pergi selepas bersalaman dengan Datin Syahira. Ash turut bersalaman dengan Asyraf dan Datuk Hairil. Asyraf sekadar memandang. Nak buat macam mana dia salah faham. Syok sendirilah katakan...

Saturday, 24 November 2012

dia atau dia 7


BAB 7


Ain pantas menyelinap ke tempat duduk belakang. Dia duduk bersama Datin Syahira dibelakang. Tidak sanggup rasanya dia duduk dihadapan bersama-sama dengan salah seorang anak Datin itu. Sudahlah dari tadi mata mereka tidak lepas-lepas memandangnya. Cantik sangat ke dia hari ni?

Dia sekadar memakai baju kemeja pink berjalur biru lembut lengan panjang, seluar slek biru lembut dan tudung berwarna putih bersulam benang pink. 'Ringkas sahaja rasanya... ke bedak aku bertompok?' Ain pantas meraba-raba wajahnya. Kekalutan Ain itu mengundang ketawa Asyraf yang dari tadi mengintai Ain dari cermin belakangnya. Airil memandang Asyraf curiga... sakit hati sebenarnya..

“Hah kenapa kamu ketawa ni Asyraf?”tanya Datin Syahira pelik dengan perangai anaknya itu. Asyraf pantas mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia kini mula menumpukan perhatiannya ke atas pemanduannya. Malu pula dia rasa. Kalau la mamanya tahu dia asyik mengusyar Ain mahu kena perli 24 jam.

Hampir setengah jam perjalanan mereka, barulah mereka tiba di Timesquare Mall itu. Ain walaupun duduk di KL tetapi dia tidak pernah ke shopping kompleks yang besar-besar ini. Yelah makin besar tempat shopping tu lagi la kena tebal duit dalam dompetnya tu. Ain ni dah la cepat rambang mata karang laju sahaja tangannya mencapai barang yang berkenan dihati. Masuk-masuk sahaja ke tempat membeli-belah itu, Datin Syahira pantas menarik tangan kedua-dua anaknya ke tempat menjual telefon bimbit dah gajet-gajet yang lain.

“Hah, Asyraf, Airil kalau nak beli handphone ke apa-apa jelah ambik je nanti mama bayarkan. Mama nak jumpa kawan mama sekejap nanti kita jumpa dekat sini ye. Ain tak payah la temankan saya, kamu temankan sahaja mereka ni ye...”kata-kata Datin Syahira mengundang senyuman diwajah Airil. Sememangnya Airil sudah berjanji mahu membelikan iPhone 4s untuk kekasih hatinya, Amy tetapi budgetnya telah overload.
Asyraf sekadar mengangguk. Manakala Ain sudah rambang mata melihat gajet-gajet yang ada.Sudah la dia ni hantu gajet. Matanya sedari masuk kedai itu seakan-akan terpaku di gajet terbaru Samsung, Galaxy Note 2. Asyraf yang dari tadi mengekori langkah Ain turut terpaku ditempat yang sama. Dia memanggil Ain tetapi ain seakan hanyut dengan Galaxy Note itu. Mesti tengah berangan guna gajet tu. Asyraf yang mula bengang kerana tidak dilayan Ain pantas menyucuk pinggang Ain.

“Oit mak gajah gajet lawa..”terpacul kata-kata yang entah apa-apa dari mulut Ain. Asyraf pantas ketawa, orang sekeliling turut ketawa geli hati mendengar latah Ain itu. Ain pantas meminta maaf. Dia pantas menarik Asyraf menjauh dari orang ramai.

“Ouch...Ouch jangan la cubit minah blur oit.... Sakit la.”kata Asyraf sambil mengosok-gosok lenganya yang mula memerah akibat dicubit Ain. Mata Ain sudah membulat melihat kulit Asyraf sudah bertukar warna. 'Amboi, baru cubit sikit dah merah kalau aku gigit ni lagi merah macam darah. Ish.. aku merapu apa ni.. Alamak kantoi la kalau Datin nampak tanda merah ni..' Ain pantas menggosok-gosok tangan Asyraf mahu menghilangkan tanda merah itu sebelum Datin Syahira sampai. Namun sentuhan Ain itu mengundang rasa aneh yang bahagia dihati Asyraf. Wajah Ain yang panik itu, direnung sepuas-puasnya oleh Asyraf. Tangan Ain tiba-tiba dipegang erat oleh Asyraf, keadaan itu membuat Ain terkaku. Memang dia tidak sedar tangannya mengusap-ngusap tangan Asyraf dia cuma panik. Kini dia bertambah panik apabila Asyraf memegang tangannya erat. Dia terkaku memandang Asyraf yang pada pandangannya hari ni sangat la kacak.

“ehem,ehem...”Tiba-tiba Airil berdehem. Dia dari tadi memerhatikan sketsa pendek itu pantas menyelah takut pula dia lihat Asyraf dan Ain. Yelah, muka mereka sangat-sangat rapat boleh berlaga hidung! Ain pantas menarik tangannya. 'Ei.. Ain dia tu bukannya muhrim kenapa kamu pergi usap-usap tangan dia...' Ain sudah memerah mukanya.

“A...”belum sempat Airil mahu berkata-kata, terdengar dek mereka bertiga satu suara, bukan tiga suara ya,tapi satu suara yang lembut bukan main sampai naik bulu roma mendengarnya. Ish macam mahluk halus pulak.

“Sayang.... Apa you buat dekat sini?”tanya Amy manja. Bukan setakat suara sahaja manja tetapi tangannya turut bergerak manja. Lengan sasa Airil sudah dipeluk kejap oleh Amy. Airil hanya tersenyum senang dengan perbuatan Amy. Ain sudah buat gaya mahu termuntah. Asyraf hanya tersenyum kelat, terasa bagaikan Ain cemburu dengan situasi itu. Padahal Ain hanya geli geleman dengan perempuan tak tahu malu itu.. sakit mata memandang lagi sakit lah hati family sendiri kalau tengok drama swasta itu..' tapi Asyraf macam biasa-biasa je.. tak marah ke mamat suku tiga ni?'

Asyraf pantas menarik tangan Ain untuk menjauh dari Airil dan Amy yang asyik bermadu asmara di khalayak ramai. Ain hanya menurut tanpa berkata apa pun. Sebenarnya dia terkesima dengan sentuhan Asyraf. Untuk menghilangkan gugupnya, Ain pantas bersuara.

“Hm.. encik Asyraf jom pergi kedai buku nak tak?”tanya Ain. Sebenarnya dia dah gian nak tengok novel baru. Terbayang-bayang tiga buah novel yang menjadi idaman hatinya, andai itu takdirku, teman serumah atau cinta? dan suamiku musuhku. Memang sudah lama dia mengidamkan buku-buku itu. Aik.. dah macam ibu mengandung pulak Ain ni...

Anggukkan Asyraf mengembirakan Ain. Dia pantas melangkah laju ke kedai buku popular yang berhampiran mereka. Asyraf yang ketinggalan di belakang hanya tersenyum.'Haih.. kalau dah perempuan tu mesti tak lari dari kedai bukukan?' bisik hati Asyraf tiba-tiba dia teringatkan 'dia'. Kelakuan Ain sebijik macam 'dia'. Ini yang membuatkan Asyraf ragu-ragu dengan perasaannya. Sebenarnya dia rasa dia sudah jatuh cinta kepada Ain. Tapi dia tak tahu sama ada cinta ini memang hadir kerana Ain atau kerana dia rindu 'dia'. Dia tak mahu mempermainkan perasaan Ain, cukuplah hanya perasaannya dipermainkan.

Setelah Ain cari bersungguh-sungguh barulah dia menjumpai ketiga-tiga buah novel itu. Tetapi apabila novel-novel itu berada ditangannya baru dia sedar, yang duitnya sendiri tidak mencukupi untuk adiknya apatah lagi mahu membeli novel. Dengan wajah sungul dia melangkah keluar dari kedai buku itu. Ain mahu menemani Datin Syahira untuk mengubati hatinya. Asyraf yang sedari tadi memerhatikan Ain merasa pelik. 'Aik takkan setakat tiga buah buku pun tak mampu nak beli? RM 1500 sebulan mama aku bagi pun tak cukup jugak ke?'Dalam pelik-pelik itu Asyraf tetap mencapai ketiga-tiga novel tadi. Kesian pula tengok wajah sungul Ain. Asyraf meminta pembantu kedai itu membalutkan buku-buku itu. Dia nak mengembirakan hati Ain.

Asyraf melangkah ke arah mamanya dan Ain sambil menyanyi kecil. Bungkusan itu sudah di sorok dalam beg-beg shopping mamanya. Dia yakin tiada orang yang nampak perbuatanya itu. Airil sudah lama menghilang Ain sudah memberi alasan yang pada perkiraannya paling logik kepada Datin Syahira. Namun, Datin Syahira tetap juga merugut-rungut,yelah pergi bersama mestilah balik pun kena sama-sama. Akhirnya tamat juga aktiviti mereka disitu. Dalam perjalanan pulang Datin Syahira tertidur manakala Ain termenung dengan muka cemberutnya. Asyraf sekadar mengeleng perlahan kepalanya, melihat dua wanita yang kini bertahta dihatinya.

Saturday, 17 November 2012

dia atau dia?? ! 6


BAB 6

“Wei, kau ni memang kolotkan? Betul tak?”tanya Asyraf. Ain mengangkat kening sekali pandang dah macam Ning Baizura la pulak. 'Apahal pulak dengan mamat ni.. tiba-tiba je keluar soalan entah apa-apa?' Ain mengangkat bahu memberi isyarat dia tidak memahami soalan itu.

“Yelah,waktu cuti pun kadang-kadang kau duduk jugak dekat dapur rumah ni ye... Kau ni tak de life ke? Tak de boyfriend ke nak pergi dating? Asyik berdating dengan dapur rumah aku je...” tanya Asyraf dengan riak yang sukar ditafsirkan. Ain menggeleng. Dah memang betul dia tak ada boyfriend buat apa nak tipu pulak.. nanti berdosa...

“Oh..takde boyfriend rupanya patut la. Hurm.. aku rasa memang patut kau tak de boyfriend. Kau nak tahu kenapa?”kata-kata Asyraf mula menarik perhatian Ain. Ain mula memfokuskan pendengarannya. Wajahnya menunjukkan riak rasa ingin tahu. Yelah memang dia tidak tahu kenapa tiada orang yang berminat dengannya. Bukannya dia hodoh ataupun gila. Dia elok sahaja, sempurna tidak ada yang tak kena.

“Sebabnya.... muka... kau... macam... IKAN! Hahaha.. yelah kalau dah hari-hari menyemak dekat dapur rumah aku menyiang ikan-ikan yang ada memang la muka kau pun terikut sama.. Sekarang baik kau tengok dekat cermin sebijik macam ikan.. hahaha”Asyraf ketawa sepenuh hati. Mana taknya wajah Ain yang tertanya-tanya tu kelakar sungguh. Tapi comel jugak.. Ain yang sudah marah tahap dewa ni mengejar Asyraf dengan ikan keli di tangannya. Asyraf apalagi berlari satu dapur la kena kejar dengan ikan itu. Bukan apa gelilah berlendir je kerja ikan keli ni. Lelaki... kalau dah siap masak tak kira lendir ke tak lendir.. tahu makan je..

Sejak peristiwa Asyraf menghantar Ain pulang hubungan mereka mula baik. Mereka sudah rapat bagaikan rakan karib pula. Namun kata-kata kasar dan gurauan kasar Asyraf kadang-kala singgah juga di telinga Ain. Cuma sudah tiada lagi tengkingan mahupun jerkahan untuk Ain. Ain senang dengan perubahan Asyraf itu. Namun semakin Asyraf dekat dengannya semakin dia keliru dengan perasaan dirinya. Apabila bersama dengan Asyraf entah kenapa wujud satu perasaan aneh yang belum pernah dia rasa. Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaannya itu.

“Asyraf...oh Asyraf mana kamu ni. Asyraf mama... ya Allah apa yang korang buat ni..?”tanya Datin Syahira dengan mata yang terbeliak. Mana taknya kini Asyraf pula mengejar Ain menggunakan cacing. Ain memang pantang benda-benda tak berkaki ni dia rasa geli dan gerun. Muka Ain yang kemerahan menahan geram dah penat berlari itu mula berubah normal. Ain menghadiahkan senyuman yang termanis kepada Datin Syahira.

“Asyraf tak baik buat Ain macam tu...”kata Datin Syahira geram. Ain menjelir lidah kepada Asyraf puas hati dibela ibu Asyraf sendiri. Asyraf mula membuat masam kelatnya.

“Bukan Asyarf yang mulakan Ain yang mulakan. Dia kejar Asyraf dengan ikan keli ma.. dah la Asyraf tak suka pegang ikan tu berlendir..”adu Asyraf bagaikan anak kecil. Datin Syahira tersenyum sambil mengeleng-geleng perlahan kepalanya. Sejak Ain datang Asyraf mula berubah tidak lagi penyendiri. Malah berubah menjadi anak manjanya kembali. Tapi kadang-kadang Asyraf terlalu manja..

“Aik... geli? Bila makan tak ingat geli pulak. Bukan ikan tu ikan kegemaran Asyraf ke?”tanya Datin Syahira. Asyraf terasa disindir. Memang niat Datin Syahira mahu menyindirnya. Tiba-tiba Airil muncul dengan baju kemeja biru laut berbelang-belang putih.' Nampak smart la pulak budak ni..' bisik hati Ain. 'Aik sejak bila pulak aku suka puji dia ni... eii.. geli pulak aku..' Ain buat-buat gaya nak termuntah.

“Mama,jom kita bertolak sekarang.”kata Airil tanpa mengangkat wajah dia. Datin Syahira menepuk dahi, dia betul-betul terlupa kenapa dia mencariAsyraf kerana asyik menyekolahkan anaknya itu.

“Ya Allah, ni sebenarnya mama nak tanya Asyraf nak ikut tak mama pergi shopping?”tanya Datin Syahira penuh berharap. Sudah lama dia tidak meluangkan masa dengan anak-anaknya. Asyraf memandang muka mamanya dan Ain bersilih ganti. Tiba-tiba Asyraf buat muka comel tak hingat.

“Nak... tapi kita bawak Ain sekali boleh tak mama? Kesian dia hari minggu pun kerja tak pergi mana-mana?”pertanyaan Asyraf itu mengundang senyuman diwajah Datin Syahira tetapi dia turut mengundang rasa geram dihati Ain.'Hish.. mamat ni mana ada aku kata nak ikut.'

“Eh..tak payah Datin. Lagi pun saya ada banyak kerja ni..”kata Ain berharap agar Datin tak bersetuju dengan cadangan Asyraf.

“Eh.. kalau kau tak ikut aku pun tak nak ikut. Faham?”kata Asyraf sambil menarik muka. Mulutnya dimuncungkan. Ain mengeleng-geleng kepalanya perlahan. Menyampah dia tengok tapi comel jugak wajah rajuk dia tu... tanpa sedar Ain ketawa kecil. Asyraf dan Airil terpaku melihat mahluk tuhan itu. Cantik pulak bila dia ketawa dengan ikhlas.

“Ehem..ehem..”Datin Syahira berdehem apabila menyedari kedua-dua anaknya terpaku melihat Ain.

“Eh... kenapa kau ketawa. Tak de, tak de kau kena ikut jugak”kata Asyraf mahu menutup gugupnya.
Ain mula memandang Asyraf dengan pandangan tajam tak hingat.

“Haah, Ain ikut je la kitaorang shopping..”kata Datin Syahira mula fed up dengan situasi itu.

“Tapi..”Ain cuba menolak.

“Tak de tapi-tapi. Kalau Ain ikut saya doublekan gaji kamu hari ni...”kata-kata Datin Syahira mula difikirkan Ain. Yelah hujung bulan ni Adiknya cuti. Mesti dia perlukan banyak duit.

“hm.. okey la.. tunggu saya tukar baju sekejap ye Datin.”Ain pantas berlari anak menukar bajunya.


Asyraf tersenyum menang. Airil sekadar menjeling abangnya. Dia suka kalau Ain turut ikut mereka,boleh la dia mencuba nasib...

sorry pendek sgt idea tgh kering ni...

Sunday, 11 November 2012

dia atau dia?? ! 5


BAB 5


'Huhuhu... hari ni aku bebas... yea!' hati Ain sedang melonjak riang. Datin Syahira baru sahaja keluar ke majlis minum petang bersama rakan-rakan persatuannya. Maknanya Datin Syahira tidak akan pulang hinggalah jam 10 malam. Manakala Datuk Hairil oustation ke China. Airil mana lagi kalau bukan keluar bersama kekasih hatinya Amy. Asyraf ? Hm.. tak tahu lah... sejak peristiwa minggu lalu Ain jarang-jarang nampak Asyraf balik ke rumah. Kalau ada pun mereka akan elakkan diri masing-masing. Ain sebenarnya malu nak berhadapan dengan Asyraf kerana dia emosional pulak dihadapan majikannya itu. Selesai sahaja tugasnya, Ain pantas melabuhkan dirinya disofa lembut diruang tamu rumah majikannya. Hari itu, ketika dia mengemas rak dvd dia ternampak cerita Benjamin Button. Dia yang sememangnya hantu cerita inggeris mula memasang cerita itu. 'Berani pulak dia pasang cerita tu ye... bos tak marah ke? Hehehe mestilah tak marah dah tanya kat Datin dah tadi...' nakal pulak fikiran Ain ni.. cerita sudah tamat Ain mula menguap, entah bila dia terlena.

“Assalamualaikum..”Asyraf pantas masuk apabila salamnya tidak disahut. 'Hui... gelapnya rumah, mama lupa bayar bil elektrik ke?' Asyraf pelik dengan keadaan rumahnya. Dia memetik suis lampu, 'huh baru terang.' Apabila dia ke ruang tamu barulah dia perasan ada cahaya, rupanya televisyen tidak dimatikan, cahaya biru saluran AV masih menyala. Asyraf pantas melangkah mahu memadamkan televisyen, sebaik sahaja menoleh dia terkejut. Mana taknya tiba-tiba muncul Ain yang sedang duduk tegak di sofa. Asyraf melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Ain, mana tau dia menipu je tidur ni..

“Hahaha.. you ni kelakar la..” tiba-tiba keluar kata-kata itu dari mulut mungil Ain. Asyraf apalagi terkejut bagai nak rak. Hampir-hampir dia jatuh memeluk Ain mana taknya sedang dia asyik menilik muka Ain tiba-tiba Ain boleh bercakap pulak. Asyraf memandang pelik, tidur ke tak ni? Dia melambai-lambai sekali lagi. Tiada reaksi.

“Jangan la... you ni comel la... hahaha”sekali lagi Ain bercakap dengan mata yang tertutup. 'Huh mengigau rupanya minah ni... aisy.. comel la pulak,hehehe nak kacau dia la..' Asyraf mula mengukir senyuman nakal.

“Hm..hahaha memang i comel, sayang you sayang kat i tak?” tanya Asyraf, dia menanti jawapan Ain. 'Hehehe.. mana la tahu menyahut pulak dia, boleh korek rahsia..' oh... memang nakal la Asyraf ni..

“Hah...mesti la i sayang you... hm.. i love you sayang..”kata-kata Ain itu menyetak tangkai hati Asyraf.
Muka Asyraf mula berubah, kata-kata itu menusuk ke dalam hatinya. Niatnya mula berubah.

“Hm... Kalau you cinta dekat i cuba sebut nama i...” Asyraf mula memancing.

“Ala..you ni nama you sendiri pun tak tahu... nama you Asyraf la...hehehe” sekali lagi kata-kata Ain seakan tamparan ke dalam hatinya. 'Hah betul ke kata-kata yang aku dengar tu.. Asyraf.. Asyraf mana pulak?' Asyraf makin tak keruan. Baru dia nak bertanya lebih lanjut, Ain dah terjaga..

“Eh.. encik Asyraf, dah balik? Nak makan ke?” tanya Ain sebaik sahaja sedar. Padahal dalam hati dah dup dap dup dap, yelah jarak dia dan Asyraf cuma sejengkal sahaja. Rapat sangat-sangat. Ain pantas berdiri dan berlalu ke dapur.

“Eh, Ain awak nak pergi mana tu?” Asyraf sedikit kaget melihat Ain yang masih terhuyung-hayang, mungkin masih mamai. Entah macam mana Ain tersadung kakinya sendiri. Asyraf yang kebetulan ditepi Ain pantas menyambut tubuh kurus Ain itu. Ain terpaku dengan pelukan erat Asyraf itu. Mereka terlalu rapat hingga Ain dapat mendengar hembusan nafas Asyraf. Entah berapa lama mereka begitu Ain pun tidak tahu, dia tersedar apabila Datin Syahira memanggil nama Ain untuk bukakan pintu. Ain pantas menolak tubuh Asyraf dan membuka pintu. Asyraf memegang dadanya, jantungnya berdegup begitu pantas.

“Hah, Asyraf kenapa tercegat pergilah tolong Ain dengan Pak Mail angkat barang-barang tu..” Datin Syahira mula membebel, Asyraf pantas melarikan diri tak sanggup menadah telinga mendengar bebelan ibunya.

Ain berlalu ke dapur sambil menjinjit beg plastik yang penuh dengan barang dapur. Dia menjeling jam, sudah pukul 10.20 malam. ' Patutlah Datin dah balik, dah pukul 10 lebih...”hati Ain berbisik, dia risau kak Ilanya risau pula. Sebaik sahaja siap menyimpan barang yang dibeli itu Ain berlalu ke ruang tamu mahu beritahu Datin Syahira bahawa dia mahu pulang.
“Datin dah lewat ni, nanti kakak angkat saya risau pula. Saya nak minta diri dulu ya Datin..”Ain mula menghulur tangan mahu menyalami wanita yang mungkin sebaya dengan ibunya itu. Datin membalas salaman itu. Dia tterjenguk mengintai luar rumah. Ain pelik dia turut terikut-ikut mengintai entah apa yang patut diintainya pun dia tak tahu.

“Kenapa Datin ada pencuri ke?”tanya Ain yang mula takut-takut, tangannya sudah mula menjalar memeluk lengan Datin Syahira.

“Tak ada la.. Hah, kamu ni balik naik apa?”tanya Datin Syahira sambil mengusap-ngusap belakang Ain. Kesian pulak dia tengok Ain ketakutan.

“Huh... ingatkan apa.. Saya balik naik LRT. Kenapa Datin?”tanya Ain pelik pulak dia, selalunya Datin takde la prihatin sangat. Datin Syahra mula berkerut dahi.

“Habis kamu ke LRT tu naik apa?”tanya Datin Syahira yang ternyata tidak puas hsti lagaknya.

“Saya naik kaki la Datin. Kenapa?”tanya Ain.

“Hish beraninya kamu... tak payah la naik LRT tu. Kamu tidur sini je la malam ni ye?”Datin Syahira mula memujuk Ain. Ain mula gelabah. ' hish.. tak mau la aku. Dah la mamat dua ekor tu tidur sini malam ni... Tak sior aku kalau kena tangkap basah. Hish, simpang mailaikat 44... mulut kenapa la choi sangat ni?'Ain dah mula merapu-rapu fikirannya.

“Hm.. tak pe la Datin, saya kena balik nanti kakak angkat saya tu buat report saya hilang pulak..”Ain menolak secara halus. Datin Syahira mengeluh.

“Ye lah kalau tu kehendak kamu. Tapi kamu kena balik dengan 'driver' ye.. bukan apa aunty risau la dengan keselamatan kamu.”kata-kata Datin Syahira itu sedikit menyentuh hati Ain. 'Rupa-rupanya masih banyak orang yang berhati mulia didunia ni ayah,ibu..' air mata hampir menitis tapi Ain pantas menyeka air matanya. Dia tidak mahu danggap sebagai insan yang lemah walaupun sememangnya dirinya itu ialah seorang wanita yang berhati rapuh.

Ain menunggu dengan sabar diluar pintu pagar. Takut juga dia. Walhal tadi Datin sudah menyuruh dia menunggu didalam. Namun Ain,tahu-tahu sajalah... keras kepala sangat. Tiba-tiba keluar sebuah kereta sport, porshe merah. 'Aik ni bukan kereta Asyraf ke? Kenapa dia berhenti depan aku ni?'. Ain pelik, dia tunggu juga Asyraf pergi tapi tak bergerak-gerak keretanya pengsan ke? Ain mula risau dia melangkah perlahan ke tingkap kereta mewah itu mahu mengintai sama ada Asyraf okey. Sebaik sahaja Ain berdiri ditepi kereta itu, tingkap kereta diturunkan.

“Hah, tak reti-reti ke nak masuk sendiri? Nak aku jugak bukakkan pintu untuk kau ke?”tanya Asyraf memerli Ain. Ain merenung tajam mata Asyraf. ' mana la aku tahu ko yang hantar aku balik. Bengong!' Ain berkata tapi dalam hati sajalah.

“Erk... sorry. Saya tak tahu encik Asyraf yang hantar saya balik. Ingatkan Pak Mail yang hantar saya balik...”kata Ain perlahan.

“Tak payah nak sorry-sorry sangat. Cepat masuk atau kau memang nak tumpang 'benda' yang lalu lalang dekat sini?”tanya Asyraf sahaja mahu menakut-nakutkan Ain. Mata Ain mula merayap memandang kelilingnya. 'alamak gelapnya... 'benda' ap..apa 'benda' yang mamat ni maksudkan?'Ain dengan sekelip mata menyelinap masuk ke dalam kereta mewah itu. Asyraf tersenyum senang. Suka pulak dia usik budak clumsy ni..

“Ahem... hem.. Ain kau tinggal kat mana? Atau kau memang nak tidur dalam kereta ni dengan aku?”tanya Asyraf. Sebenarnya dia tahu dimana Ain tinggal sahaja dia bertanya mahu suasana kekok itu hilang.

“Hm...encik Asyraf belok dekat simpang sana tu ye..”kata Ain perlahan. Sebenarnya dia malu, dia asyik teringatkan peristiwa yang Asyraf memeluk dirinya. Masuk kejadian yang tadi tu, sudah dua kali Asyraf memeluk dirinya diluar sedar.

Suasan kembali kekok. Ain mula terhuyung hayang kepalanya. Mungkin sudah terlena. Asyraf tersenyum. Entah macam mana kepala Ain boleh terlentok dibahunya. Terus tegak duduk Asyraf. Mahu ditolak kesian pula, jadi Asyraf duduk la tegak sampai la tiba dirumah Ain. Dekat sejam jugak Asyraf tunggu Ain terjaga, namun Ain seakan-akan tidur mati. Tak tahan lenguh Asyraf menolak kepala Ain kasar. Ain terus terjaga. Dia kelihatan terpinga-pinga.

“Hm... dah sampai ke? Dah pukul berapa ni?”tanya Ain yang masih mamai. Asyraf mengerling jam di dashboard keretanya.

“Dah pukul 12.”kata Asyraf tenang. Mata Ain sudah terbeliak mendengar jawapan Asyraf.

“Pukul 12?! ha.. mati la saya... dah lambat ni.. terima kadih.. eh terima kasih ye encik Asyraf bye-bye.. eh, assalamualaikum..”kata Ain yang kelam kabut turun dari kereta. Asyraf menunggu Ain masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Ain menutup pintu rumahnya. Asyarf menghamburkan ketawa. Memang kelakuan Ain tadi mencuit hatinya. Dia memandu pulang secepat mungkin. Nanti mamanya risau pula.
'Ain..Ain.. macam-macam la kamu ni...'

Saturday, 10 November 2012

dia atau dia?? ! 4


BAB 4


Suasana rumah Datuk Hairil dan Datin Syahira amat meriah. Majlis hari jadi Asyraf Misyar dan Airil Misyar dipenuhi oleh sanak saudara dan rakan-rakan rapat mereka. Datin Syahira dan Datuk Hairil sibuk menyambut tetamu-tetamu manakala Airil sibuk melayan rakan-rakannya. Namun kelibat Asyraf tidak kelihatan. Ain yang dari tadi asyik megulang ke dapur mula pening kerana Datin Syahira mengarahnya mencari Asyraf, dah la dia takut dengan Asyraf tu.. Bukan apa, sejak kejadian dia masuk bilik Asyraf itu, Asyraf tak pernah melayannya dengan baik. Airil tu boleh la sikit-sikit. Tapi dia pula tak suka dekat Airil tu.. makin lama makin miang pulak Ain tengok Airil tu. Yelah, Ain duduk dapur dia duk sibuk nak mencelah kat ceruk dapur tu. Kalau Ain sidai kain dia tolong sidai jugak. Kalau setakat tolong sidai tu tak apa la, ni 'ter'pegang-pegang tangan Ain. Ain pun tak faham dengan Airil tu, dulu benci bagai nak rak sekarang terhegeh-hegeh pulak.

“Hah Ain buat apa lagi tu? Pergi cari Asyraf cepat... kitaorang nak potong kek dah ni.”kata-kata Datin Syahira mehilangkan fikiran nakal Ain. Ain pantas menyusup ke dalam rumah untuk mencari Asyraf. Datin Syahira mengeleng-geleng kepalanya. Ain ni macam ada masalah jiwa pulak mana taknya, sekejap gelak sorang-sorang, sekejap muka serius bagai nak rak...

“Encik Asyraf.. o.. encik Asyraf! Hish mana pulak dia ni..”Ain mula merungut-rungut . Geram satu, penat pun satu. Ain mula mendaki tangga rumah banglo sederhana besar itu. Memang Asyraf ni saja je nak cari pasal dengan dia. Ain makin sebal apabila laungannya masih tak berjawab. Dia mahu mengetuk pintu bilik Asyraf, tapi dia takut-takut sejak dari peristiwa dulu. Peristiwa dimana dia dimarahi Asyraf. Dalam takut-takut dia mengetuk pintu bilik Asyraf, mana taknya, Datin Syahira sudah mula menjerit memanggil namanya dan Asyraf,menggesa mereka. Ain mengeluh apabila ketukannya masih tak berjawab. Perlahan-lahan Ain membuka pintu bilik itu.

'Hish.. tidur rupanya lelaki ni.. patutlah aku ketuk pintu bagai nak rak dia tak menyahut...' Ain mencebik geram apabila menyedari Asyraf sedap-sedap tidur dia pulak kena kejutkan lelaki ni...

“Encik Asyraf... o.. encik Asyraf.. bangun la... Tetamu semua tengah tunggu encik Asyraf tu...”kejut Ain sambil mengoyang-goyangkan tubuh Asyraf. Asyraf mula bergerak, tetapi gerakan itu seakan panahan ke hati Ain, mana taknya Asyraf bukan hanya berkalih arah namun tangannya turut bergerak memeluk Ain. Ain menelan jua air liur yang seakan-akan tersekat ditekaknya. Kedengaran ada orang melintasi bilik itu mungkin para tetamu. Ain seakan tersedar. Dia menolak kuat badan Asyraf, sampai Asyraf terjatuh katil dibuatnya.

Asyraf yang mamai itu, mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Makin serabut wajahnya. Ain yang dari tadi kaku mula memerah wajahnya. Mana taknya, Asyraf sama sahaja dengan Airil suka pakai 'seluar kecik' sahaja. Dua kali lima.. memang la mereka ni kembar.. Ain berdehem, namun Asyraf tidak menghiraukan dia. Makin kuat Ain berdehem, Asyarf memandang cerlung ke arah Ain. Pelik jugak la dia dengan Ain.

“Kenapa kamu ni? Sakit tekak ke?”tanya Asyraf sambil menguap. Hish tak senonoh, kot ye pun tutup la mulut tu. Ain hanya memuncungkan mulutnya ke arah badan Asyraf. Asyraf melihat tubuhnya. Mengelabah dibuatnya. Segera kain selimut dihujung katilnya diambil, menutup tubuhnya yang tidak sempurna ditutup. Ain segera keluar. Diluar bilik, Ain menjerit kecil menyuruh Asyraf cepat bersiap,tetamu sudah lama menunggu Asyraf untuk memotong kek.
Akhirnya Asyraf dan Ain turun ke bawah. Datin Syahira tersenyum senang melihat anaknya turun, sememangnya dia takut Ain tidak mampu memujuk Asyraf turun. Anaknya itu memang keras kepala. Sejak peristiwa hitam lima tahun yang lalu Asyraf mula berubah menjadi pendiam dan penyendiri. Malah Asyraf tidak lagi rapat dengan adiknya, Airil. Walhal mereka sewaktu kecil amat rapat,walaupun berbeza tingkah laku dan cita rasa, Asyraf sangat menyayangi adiknya itu. Airil mendengus perlahan. Hatinya rasa seakan-akan perit. Entah kenapa? 'Takkan aku dah jatuh cinta dengan perempuan clumsy tu? Tak mungkin.. Amy tu la buah hati, pengarang jantung aku.hm.. memang tak mungkin... tapi kenapa perasaan aku jadi macam ni? Rasa sakit sangat bila tengok dia berjalan tepi abang.' Airil mengalih pandangannya, tak sanggup dia melihat Ain bergandingan dengan Asyraf.

Ain pelik melihat Asyraf, yelah hari ni mukanya sentiasa dihiasi senyuman. 'Memang la dia senyum Ain oi... kan ramai tetamu..' Ain mengutuk ketidak sensitifnya dia. Majlis diteruskan dengan kehadiran Asyraf untuk memotong kek. Airil dan Asyraf meniup lilin bersama-sama, lilin yang elok menyala dan disusun itu terpadam apabila ditup mereka. Hari ini genap umur Airil dan Asyraf 27tahun. Datin Syahira mencium kedua-dua anaknya. Entah kenapa hati Ain dipaut sedih melihat kemesraan keluarga itu. Tiba-tiba dia teringatkan ibu dan ayahnya. Hari lahirnya yang ke sepuluh merupakan hari yang paling gembira dan juga hari yang paling sedih baginya. Hari ibu bapanya kemalangan selepas menyambut hari lahirnya. Cuma dia yang terselamat dalam nahas itu, nasib baik adiknya tidak mengikut mereka pada hari itu kalau tidak dia hanya tinggal sebatang kara didunia ini. Ain mengeluh, keluhannya menarik perhatian Asyraf dan Airil.

Keadaan selepas majlis itu memang kelam kabut. Ain mengeluh, sudah la dia kena kemas sorang-sorang, penatnya... Sedang dia menyiapkan kerjanya, Airil datang ke dapur. 'Apa lagi la yang mamat ni nak?' Ain senyum terpaksa. Mana boleh masam dengan bos, karang tak pasal-pasal kena pecat...

“Hai.. sibuk buat apa ni?”tanya Airil walaupun sudah terang lagi bersuluh Ain sedang sibuk mengemas pinggan mangkuk yang kotor.

“Tengah baca novel.”Ain buat bodoh, bukan boleh layan sangat mamat ni. Airil ketawa kecil dia tahu saoalannya itu soalan bodoh.

“Hehehe sorry, hm.. lambat lagi ke nak siap?” tanya Airil, Ain buat-buat tidak dengar. Airil mendengus perlahan.

“Ain.. boleh tak awak berhenti buat kerja sekejap? Saya ada hal nak cakap dengan awak..” Airil runsing melihat Ain buat-buat tidak nampak. Padahal dia elok sahaja tercongak depan Ain. Ain berhenti melakukan kerjanya, dia memandang Airil. Menantikan kata-kata yang ingin diluahkan.

“Hm.. apa sebenarnya hubungan awak dengan Asyraf?” soalan itu membuat Ain kembali melakukan kerjanya.

“Hm... saya ingatkan apa la yang awak nak tanya macam serius sangat.” Ain berkata sambil tangannya laju mengelap pinggan yang sudah siap dibasuh. Ain meneruskan kerja seolah-olah Airil tidak pernah bertanyakan soalan tadi.

“Ain.. Ain.. awak jawab la soalan tadi...”Airil mula menggesa Ain. Ain kelihatan keliru.. 'apa soalan yang dia tanyakan tadi ya..'
“Soalan apa?”tanya Ain lurus.

“Soalan saya, apa hubungan awak dengan Asyraf abang saya? Awak berdua ni bercinta ke?”tanya Airil tanpa selindung. Ye la Ain blurr sangat.

“Apa la awak ni.. mana ada. Tak hingin saya ada teman lelaki yang mental tu... tiga suku..”kata-kat Ain itu membuat Airil tersenyum. Ain tidak sangka dia berani menutur kata-kata begitu, mungkin terkejut dengn pertanyaan Airil itu.

“Siapa tiga suku, mental? Hish, kalau kau tak hingin aku beribu kali tak hingin peremuan blur!”Asyraf yang kebetulan lalu disitu terdengar perbualan Ain dan Airil. Apalagi, dia bengang la nama dia diungkit-ungkit pastu boleh pulak kata dia mental memang nak kena minah ni. Muak Ain mula memerah menahan marah.

“Saya lagi tak rela dari encik Asyraf tahu tak! Gila! Perasan betul.. dah la tak hensem tau tak?”suara Ain mula meninggi. Mukanya dipaling ke arah lain tak mahu memandang wajah yang menyakitkan hati itu.

“Helo.. tak hensem? Ko memang buta tau tak Ain. Genetik mama dan papa aku memang sememangnya cantik dan hensem belaka. Lain la kau.. genetik rosak. Entah macam mana la rupa mak bapak kau ye?” kata-kata sinis Asyraf itu melukan hati Ain. Padanya Asyraf sengaja mengutuk ibu bapanya yang sudah tiada. Air mata mula bergenang. Tangannya semakin ligat menyiapkan kerja. Dia mahu pulang tetapi dia tidak mahu meninggalkan tugasnya begitu sahaja.

“Hah, kenapa tak menjawab? Tadi mulut bukan main mengata orang.”tanya Asyraf. Matanya meliar mencari kelibat adiknya. 'Dah lesap pulak budak tu..'Asyraf rasa geram dengan Airil dia tahu Airil la yang sengaja mengumpan Ain untuk mengatakan kata-kata itu. Entah kenapa hatinya seakan-akan terusik dengan kata-kata Ain. Geram dengan kebisuan Ain,Asyraf pantas menarik tangan wanita itu. Muka Ain di angkat, dia ingin melihat apakah sudah tiada lagi ayat nakal dari mulut itu.

Namun, apa yang dilihat menyentuh hatinya. Air mata yang menitis dari tubir mata Ain membuat Asyraf gelisah. 'Aku dah sakitkan hati dia ke?' Pengangannya dilepaskan.

“Awak.. saya mintak maaf kalau saya dah sakitkan hati awak..”ego Asyraf yang meninggi seakan-akan cair apabila melihat air mata Ain.

“Lain kali, kalau encik Asyraf nak hina saya, saya tak kisah tapi jangan sesekali menghina arwah ibu dan ayah saya. Faham!” Ain berlalu pergi, dia tidak tahu kenapa air matanya mudah gugur apabila berhadapan adik-beradik ini. Asyraf terpaku. Dia meraup mukanya, perasaan bersalah mula menghurung dirinya. Dia tidak sangka bahawa kedua ibu bapa Ain sudah meninggal. Apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak boleh diundur.

p/s: klu ada cadanga jgn malu2 bagi idea...hehehe