Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday 9 February 2013

Puteri Hatiku >o< 2


BAB 2

Puteri hatiku >o<



“Puteri Orange!!!”jerit Kira yang sudah keletihan mengejar tuan puteri. Puteri ni tak reti nak penat ke? Orange memandang Kira tajam. Geram dengan kedegilan Kira yang masih mahu memanggilnya Puteri.

“Wahai pengawal yang budiman.. Boleh tak panggil saya Orange je??? >_<”Muka comel Orange berkerut-kerut menahan geram. Kira mengeluh.

“Mana boleh.. Puterikan anak kepada Raja Kiw pemerintah negara Swerd yang tercinta ni... Saya sebagai seorang rakyat merangkap pekerja Puteri perlulah mematuhi protokol!”jelas Kira. Teringat dia sewaktu dia baru sedar dari pengsan. Orange masih melayani dia bagaikan seorang kawan. Walaupun berkali-kali ditegah, namun Tuan Puteri itu masih berdegil. Pelik betul dia dengan anak raja ni, asyik nak berkepit dengannya 24 jam. Bosan tau tak??? *___*

“Hurm.. yelah =_=.. Kira.. macam mana yek kehidupan seorang remaja biasa?”tanya Orange, mukanya menunjukkan riak teruja.

“Hah?! Hm.. macam biasa la. Pergi sekolah, lepak-lepak, dating... hah, macam tu je la..”terang Kira sambil tergaru-garu kepalanya. Yelah, dia pun belajar sekerat jalan. Seluruh hidup dia, dia asyik melatih dirinya. Sejak dia tahu yang dia juga mempunyai Fireroard seperti ayahnya.

“Ye ke? Orange teringin nak pergi sekolah macam budak-budak biasa. Bosan la menghadap muka cikgu seorang-seorang.”Orange mula sungul,sedih la kononnya.

“Hm.. Aku pun sama.. Eh, umur Tuan Puteri Orange berapa ye?”tanya Kira sedikit berminat. Yelah muka si Orange ni macam anak patung tak boleh nak teka umur dia berapa...

“Orange dah 16 tahun. Kira?”tanya Orange. Riak sendunya sudah berlalu pergi.

“Eh, sama la pulak!”ternyata riak terkejut Kira tidak dapat disorok. Orange ketawa kesukaan sambil bertepuk tangan. Sekali tengok dah macam kanak-kanak dapat ice-cream je.. dua kali tengok baru sedar puteri tak cukup wayar rupanya.

“Kira... Oh.. Kira..”alahai manjanya suara si Orange ni. Kira dah terangkat-angkat bahu, alergik la konon.

“A..Apa?”tanya Kira tergagap-gagap. Ngeri dengar suara manja Orange tu.

“Orange ingat nak pergi sekolah...”kata Orange sambil bermain dengan hujung rambutnya.

“Hm.. okey jugak tu.. Nak ke Raja Kiw bagi?”tanya Kira lurus. Tetiba je jadi lurus lelaki ni..

“Ayahanda mesti bagi! Ayahandakan sayangkan Orange.. Kalau tak bagi.. tau la Orange nak buat apa!”Orange mengenggam tangannya gaya macam nak punch/tumbuk orang je. -_-'''

“Suka hati kau la...”ujar Kira selamba. Malas dia nak layan kerenah puteri manja itu.



^_______^


“Kira cepatlah!!! kita dah lambat!”jerit Orange yang bersemangat.

“Hish... menyusahkan betullah perempuan ni... Lain kali mintaklah rumah dekat bandar! Ni mintak dekat tengah hutan.. menyusahkan!”bisik Kira. Gara-gara Orange la dia terpaksa menjejakkan kaki di sekolah. Sekolah menengah!!! Tidak!

“Cepatlah!”laung Orange sekalian kalinya. Punyalah susah dia pujuk ayahandanya. Teringat macam mana dia mogok mahu ke sekolah.

Raja Kiw mengeluh melihat anaknya. Susah betul bercakap dengan orang degil ini. Sudah berkali-kali, dia cakap tak boleh, tu tak boleh la!

“Kalau ayahanda tak kasi, Orange tak mau makan..”ujar Orange sedikit emo.

“Sayang.. Bukan ayahanda tak nak kasi. Just.. Orangekan tak ada kuasa..”ujar Raja Kiw. Memang dia takut mahu melepaskan anaknya itu jauh dari dirinya. Permaisurinya dulu meninggal kerana dia leka membiarkan permaisuri Loui keluar bersendirian. Permaisuri Loui juga tidak mempunyai kuasa seperti anak mereka Orange.

“Orange tak peduli! Orange nak jugak ke sekolah sebagai rakyat biasa! Kalau tak, Orange mogok!”Orange menayang muka serius. Raja Kiw mengeluh. Tengok sahajalah selama mana puterinya mampu bertahan.

Selama tiga hari Orange mogok makan. Risau Raja Kiw dibuatnya. Akhirnya Raja Kiw bersetuju membenarkan Orange bersekolah sebagai orang biasa dengan syarat salah seorang pengawal perlu memerhatikan pergerakan Orange. Kira telah dipilih memandangkan Kira dan Orange adalah sebaya. Orange turut meminta duduk diluar istana. Nak tak nak Raja Kiw membenarkan.

Kira melangkah besar. Tidak mahu bersaing dengan puteri kepoh itu. Rajin betul mereka berjalan ke sekolah, ni akibat Orange yang nak sangat merasai hidup rakyat biasa. Orange terkejar-kejar mengikuti langkah Kira. Beberapa kali dia menjerit memanggil Kira namun tidak dihiraukan.

Orang tersandung batu. Tergolek-golek dia terjatuh dilereng bukit itu. Kira yang sudah ke depan tidak perasan dengan keadaan Orange dan meneruskan perjalanannya. Orange melaung-laung meminta pertolongan. Tetapi tak ada siapa yang perasan. Maklumlah tadi dia bersemangat sangat nak pergi sekolah, sampai bertolak dari rumah pun awal pagi. Akhirnya Orange buat keputusan untuk terus menunggu kalau-kalau Kira sedar akan kehilangannya.

“Awak okey ke?”Orange mencari-cari arah suara itu.

“Kira ke?”tanya Orange. Takut juga kalau-kalau musuh ayahandanya.

“Bukan! Saya pelajar sekolah TP!”jerit suara itu.

“Oh, saya pun pelajar sekolah TP. Boleh tolong saya tak? Kaki saya terseliuh!”beritahu Orange.

“Okey! Tunggu sekejap!” Orange menunggu penuh sabar. Geram pula dengan Kira. Macam mana la lelaki itu boleh terlupa dengannya ><'''.

Tak lama kemudian lelaki itu muncul. Dia menuruni bukit yang curam itu menggunakan seutas tali. 'Handsome.. tapi Kira lagi handsome..'detik hati Orange. Sempat lagi mengatal tu hihihi..

“Awak okey?”tanya lelaki yang berkaca mata itu. Dengan rambut biru gelap, membuatkan lelaki itu nampak sempurna. Terkesima sebentar Orange dibuatnya.

“Okey..”jawab Orange. Lelaki itu cuba membantu Orange bangun. Namun kaki Orange sudah membengkak. Terpaksalah lelaki itu mengendong Orange sambil memanjat bukit itu.

“Terima kasih!”ucap Orange sesudah sampai ke atas. Lelaki itu sekadar mengangguk.

“Nama saya Ren. Awak siapa?”tanya Ren yang sudah bersedia mahu mengendong Orange ke sekolah.

“Saya Put.. Saya Orange!”jawab Orange.

“Oh.. selamat berkenalan Orange!”Kata Ren bersemangat.



$_____$



“Haih?! Mana pulak Orange pergi ni? Tadi bukan main ikut aku?”Kira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia yang sudah sampai ke sekolah merayau-rayau disekeliling sekolah mana tahu Orange merayap ke sekitar sekolah.

“Takkan kena culik?!”Kira mula mengelabah. Sudah sepuluh kali dia berpusing dan mengeladah kawasan sekolah TP itu. Mana Orange hilang ni?!

“Kira!!!!”kedengaran suara yang cukup dikenali Kira. Orange! Mata Kira meliar mencari Orange.

“Orange!”Terkejut Kira melihat Orang dikendong oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Dia mula mempratikkan apa yang dipelajarinya. Kuasanya mula berkumpul. Tangannya mengeluarkan api berwarna hijau.

“Kira! Tunggu dulu, dia yang selamatkan saya!”Halang Orange. Takut juga dia melihat wajah serius Kira. Ren yang tidak tahu menahu sedikit kaget dengan perlakuan Kira. Yalah bukan calang-calang orang mampu mengeluarkan kuasa sebegitu jika tidak dilatih. 'Siapa mereka sebenanya?' Ren mula memikirkan siapa mereka. Dari gerak geri lelaki yang dipanggil Kira oleh Orange, dan Orange. Ren rasa mereka ini daripada keluarga yang berada.

“Dahlah tu Kira jom masuk kelas..”ajak Orange. Kira tidak mempedulikan Orange. Marah apabila Orange memenangkan yang tidak mereka kenali.

“Ini arahan!”tegas Orange. Dalam tidak suka Kira mengikuti langkah Ren yang masih mengendong Orange ke kelas mereka.


# huhuhu okey la kan??? Asyu tak boleh nak sambung semua.. malam nanti Asyu masukkan lagi satu entri okey? heheheh Happy Holiday !!!

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)