Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 30 June 2013

Segmen bloglist Julai & Ogos By Cik akak


Wah~!!!!
JOm JOIN boleh kumpul kawan lepas tu kalau ada rezeki boleh daat duit raya...
hehehehe jum-II

Friday 28 June 2013

Segmen 2 in 1 by Hanis Masturina


ASSALAMUALAIKUM...





mangsa tag Myera g-funk dan Ezad Marzuki


Santai Giveaway Kad Raya 2013 by F & W


ASSALAMUALAIKUM...



Sebab Asyu nak kad raya ni... Sebab Asyu tak pernah dapat kad raya dari kwn blogger.. n sbb Asyu nak hubungan Asyu n kwn-II blogger bertambah erat sempena bulan yang mulia ni...

hehehe mana tau link kat gmbr tu x berkesan korang tekan sini.... 

JOM la JOIN RERAMAIII~!!!

Wednesday 26 June 2013

Manja + Sengal = Cinta?! (cerpen)

MANJA + Sengal = CINTA ♡♡♡?!

“Get Outttttttttttttttttttttttt!!!” Jerit  Amanina. Suara manjanya hampir hilang. Hampir seluruh pekerja cuba mengintai apa sebenarnya yang sedang berlaku sehingga Cik Amanina yang baik dan lembut itu boleh menjerit sebegitu.

            “Amanina! Please behave youself!” kini giliran Shafiq pula menjerit.

            “Siapa yang tak behave? Awakkan? So.. Get out! NOW!!” jerit Amanina sehingga merah mukanya. Shafiq menghela nafas kasar. Geram sungguh dia dengan anak Tan Sri Ahmad Said ini, hanya kerana dia terlupa janji temu mereka si gadis ini menjerit sebegitu.

            “Memang dasar anak manja! Kalau macam ni perangai awak.. Kita putus!” Ujar Shafiq yang sudah tidak tahan dengan perangai Amanina yang sungguh manja apabila berada diluar pejabat. Asyik nakkan perhatian. Macam la si Shafiq ni tak ada kerja, kehidupan sendiri.

            Terkedu Amanina mendengar ucapan keramat itu dari mulut kekasih yang amat dicintainya. Mahu menangis tapi keegoannya lebih mengusai dirinya.

            “Okey if that you want. It will be my pleasure.. So now please get out..” Ujar Amanina dengan suara yang cuba dikawal. Shafiq mendengus kasar. Dia ingatkan Amanina akan berjanji untuk berubah. Shafiq melangkah keluar dengan wajah angkuh. Kalau orang dah tak sudi buat apa dia terhegeh-hegeh? Lebih baik dia blah sahaja.

            Amanina terduduk dibangkunya. Tidak sangka hubungan cintanya akan tamat sebegitu cepat. Sekali lagi rekod putus cintanya mencatat rekod baru. Kali ini cintanya hanya bertahan selama 1 bulan sahaja. Jika cinta-cintanya yang dahulu hampir 3 bulan juga dia nikmati. Memang dia manja... tapi salahkah dia manja sebegini?



            “Hi pretty girl.. seorang aja.. nak bro yang handsome lagi macho ni temankan?” ujar Hazama. Fuh...~! Nama bukan main lagi, tapi perangai playboy 100%. Hampeh! Amanina terus melabuhkan diri disofa yang empuk.
           
“Kau ni kalau sehari tak kacau aku boleh tak?” ujar Amanina tegas tapi kedengaran begitu manja. Tergelak Hazama mendengarnya, suara macam tu ada hati nak marah dia. Makin marahlah si Amanina. Dahlah sakit hati dengan Shafiq a.k.a ex-boyfriend dia tak habis lagi dah ada seorang lagi tambah kesengalan dihatinya.

“Kau ni... saja je! Malas nak layan.”kata Amanina geram tapi manja dan comel membuat Hazama nak gigit sahaja. Nasib baik anak angkat mumnya kalau tak.. dah lama kena ngap.. hehehe ^_<

“Haih... Amani janganlah buat suara dan muka macam tu.. nanti bro ni gigit tak lepas karang baru tahu.” Ujar Hazama sambil mengenyitkan mata. Amanina sudah mengeliat kegelian melihat perilaku lelaki itu. Macam manalah mum yang lembut dan baik hati itu boleh melahirkan anak lelaki yang sesengal ini.

“Amani... Amani... cuba panggil Amanina ke.. Nina ke.. Ama ke.. NI asyik nak Amani je.. rimas la orang tak suka.”Amanina menarik muncung. Ingat comel ke kak? Memang comel pun tu yang Hazama tak keruan ni.

“Alah biarlah.. ikut suka hati brolah! By the way mum mana?” tanya Hazama apabila mula perasan yang mumnya tidak berkepit dengan anak angkat kesayangan. Dulu terkejut juga dia, balik-balik dari overseas terus dapat adik! Ingatkan adik kandung.. rupa-rupanya adik yang diangkat oleh mum kesayangannya. Punyalah cantik... kesian dia kena tanggung perasaan sendiri. And moreover, mumnya dibolot Amanina, makinlah dia makan hati.

“Mum?! Mum macam biasalah menghadap telenovela terbaik dia tu. Tak habis-habis tengok dvd yang sama. Kalau tak handsome mamat yang berlakon tu tak ada maknanya dia nak tengok telenovela tu walaupun terbaik giler.” Ujar Amanina tercebik-cebik nampak sangat makan hati dengan telenovela mumnya. Hazama tergelak.

“Kata mum ya.. padahal dia pun sama jugak. Kalau dapat drama k-pop, j-pop dia tu mana nak pandang kita ni. Kalau sebut shopping baru nak pandang..” perli mum yang baru muncul. Mum atau Puan Salina mengerling anak angkatnya yang sudah 5 tahun disampingnya. Sejak dia berjumpa Amanina di syarikat seni reka dalaman itu terus dia jatuh hati dan dijadikan Amanina anak angkatnya. Ketika itu Hazama berada jauh di perantauan.

“Hehehe.. mum ni telinga lintah betullah..”Ujar Amanina sambil memeluk lengan Puan Salina. Puan Salina menarik senyuman manis khas untuk anak angkat kesayangannya. Hazama mula terasa disisih.

“Amani ni tak reti nak balik ke? Kesian Papa Amani tu seorang-seorang.” Ujar Hazama dengan suara dingin. Nampak sangat menghalau tu!

“Uish.. Hazama kenapa cakap macam tu?” marah Puan Salina mendengar bahasa anaknya. Ditepuk perlahan paha anaknya. Hazama menarik sengih.

“Ala cemburulah tu... ni mum kita..” ujar Amanina menjelir lidahnya. Hazama menarik sengih nakal.. hehehe dah ada bahan nak buli budak manja ni...

“Cemburu buat apa? Puan Salina ni memang mum kandung abang... Amani bukan sesiapa dengan mum..” ujar Hazama pedas. Terus berubah muka Amanina mendengar kata-kata itu. Dia sedar diri dia hanya menumpang kasih.

“Melainkan.... Amani kahwin dengan abang. Hehehe... tak rugi apa dapat bro yang handsome lagi macho ni.. amacam setuju?” ujar Hazama tersengih-sengih gatal. Puan Salina yang baru nak memarahi anaknya itu terus tak jadi mendengar ayat anaknya yang tadi. Dia pun suka Amanina jadi menantunya.

“Hah, Amanina setuju jelah...” ujar Puan Salina memprovok.

“Setuju apanya..?” tanya Amanina buat-buat tidak faham padahal muka dah merah macam udang kena bakar.

“Okey.. tak faham tak apa. Amanina yang cantik dan manja, mahukah dikau menjadi suri dihatiku? Tak jelas lagi? Will you marry me? Tak jelas lagi? Sudi ta..”

“Op... STOP! Dah-dah.. naik bulu roma Amani..”ujar Amanina sambil menutup telinga. Tanpa sedar dia turut mengelarkan dirinya Amani.

“A M A N I? Hurm... i like the sound..” ujar Hazama masih giat mengusik si gadis.

“Alamak! Salahlah.. Amanina! Hish sengal la Zama ni! Nak balik la!” ujar Amanina sambil menyambar beg sandang dan beg laptopnya. Mukanya sudah memerah tahap melampau. Terus sahaja kakinya melangkah ke pintu.

“Amanina merajuk ke?” tanya Puan Salina sedikit risau. Amanina menayang senyuman tak berapa nak jadi. Macam tak pernah senyum sahaja.

“Mana ada mum, orang risau papa kat rumah seorang diri. Ni yang nak balik ni..” ujar Amanina manja sambil menyalami dan mencium tangan mum angkatnya.

“Ehem.. ehem..” Hazama mengunjukkan tangannya. Amanina mengangkat kening.

“Salam la..” ujar Hazama sambil memberi senyuman yang tercomel sekali.

“SENGAL!” jerit Puan Salina dan Amanina serentak. Membuat Hazama ketawa menekan perut. Amanina terus masuk ke keretanya tidak toleh-toleh lagi. Sekiranya dia toleh pasti jadi bahan ketawa sahaja. Mana taknya, sudah berair matanya menahan geram. Nampak sangat yang dia ni manja.




“Assalamualaikum papa...” ujar Amanina sambil memeluk leher papanya. Lagaknya tidak ubah seperti kanak-kanak berumur 5, 6 tahun. Tan Sri Ahmad Said tersenyum senang dengan kehadiran anaknya.

“Waalaikumussalam, lambatnya sayang papa ni balik. Tahu tak papa dah mula risau..” ujar Tan Sri Ahmad Said lembut. Memang patut anaknya manja, dah papanya melayan.

“Sorry papa. Tadi singgah rumah mum sekejap. Si Zama tu ada.. tu yang jadi lambat tu..” ujar Amanina dengan mata berair.

“Lah.. ni kenapa pulak menangis ni? Nina ada masalah? Shafiq tu ada sakitkan hati anak papa ke?” tanya Tan Sri Ahmad Said bertalu-talu. Risau benar dengan perubahan anak tunggalnya itu.

“Di... dia.. Ka.. kami.. isk.. isk.. pu... pu.. putuss.... warghhh...” susah benar Amanina nak menyatakan ayatnya dalam keadaan yang menangis teresak-esak.

“Ya Allah.. sabarlah sayang. Macam mana boleh macam ni? Setahu papa kamu dengan dia baik sahaja?” tanya Tan Sri Ahmad Said sedikit keliru. Dia yakin Shafiq benar-benar serius mahu memperisterikan Amanina. Baru Selasa lepas dia berjumpa dengan anak muda itu, jelas anak muda itu baik orangnya.

“Nina.. ga.. gaduh dengan dia.. Isk Isk.. pasal janji temu kitaorang hari tu.. isk” ujar Amanina teresak.

“Hurm.. pasal tu je.. Tak apalah. Nina tak payah sedih sangat. Mungkin jodoh diantara Nina dan dia tak ada.” Pujuk Tan Sri Ahmad Said.  Dipeluk Amanina yang teresak-esak. Rasa kasihan pun ada.. rasa nak gelak pun ada. Macam-macam la budak-budak sekarang ni.. pasal lupa janji temu pun nak putus bagai.. hehehe lawak.. lawak..

“Dah, dah.. Pergi mandi, lepas solat. Barulah hati anak papa ni terubat. Ingat kalau papa dah tak ada, Nina hanya ada Allah s.w.t sahaja untuk mengadu. Masa tu Nina kena tabah, barulah papa tenang..” Tan Sri Ahmad Said mengusap lembut kepala anaknya.

“Papa ni... saja je nak kasi Nina lagi sedih.. Huawaaa... isk.. isk..” makin kuat tangisan Amanina apabila mendengar papanya berkata begitu. Tergelak Tan Sri Ahmad Said dengan perangai anaknya. Mudah tersentuh. Ini yang membuat Tan Sri Ahmad Said gusar, anaknya itu terlalu naif. Mudah percaya, mudah jatuh cinta, mudah suka, mudah tersentuh, mudah sakit hati... memang keadaan anaknya membuat dia risau. Bagaimana jika suatu hari nanti dia tiada? Bolehkah Amanina, puteri kesayangannya melalui hidup yang penuh dugaan ni?

“Betullah... Okey-okey papa tak cakap pasal mati. Sekarang Nina pergi mandi sebelum papa mula balik cakap pasal mati..” terasa sesak dada Tan Sri Ahmad Said apabila Amanina memukul-mukul dadanya. Nampak sahaja manja, lembik tapi kuat betul penangan si Amanina ni. Amanina yang sudah terhenti tangisannya, mencebik sebelum mencium pipi papanya. Lalu dia melangkah ke biliknya. Tan Sri Ahmad Said tergeleng-geleng kepalanya melihat perlakuan anaknya yang masih tidak matang itu.



“Masuk!” Amanina yang sedang sibuk melukis untuk pelanggan terbarunya mengeliat sedikit. Kelihatan Arith masuk dengan bunga ditanganya. Amanina mengeluh. Sudah berkali-kali dikatakan dia tidak mempunyai perasaan untuk lelaki itu. Namun tetap juga Arith memikatnya, macamlah tiada perempuan yang lebih cantik untuknya di Kuala Lumpur ini.

“Hurm.. awak rupanya. Ada apa? Saya ada banyak kerja ni!” Amanina mula menghadap balik drawingnya. Padahal sudah hampir 95% drawing itu siap, dia hanya mahu lelaki itu cepat-cepat keluar dari biliknya.

“Nina, betul ke Sahfiq dah berpisah dengan you?” tanya Arith dengan riak wajah yang serius. Bunga diletakkan di atas meja kopi yang terletak di tengah bilik Amanina. Arith terus melabuh punggungnya dikusyen empuk. Macam harta mak bapak dia je! Amanina mendengus perlahan. Memanglah Arith ni manusia yang tak reti bahasa.

“Kalau ye pun kenapa awak nak sibuk?” tanya Amanina dengan wajah yang masih menghadap lukisannya.

“Kalau betul... I nak masuk meminang you!” ujar Arith sambil merenung Amanina tajam.

“Awak jangan main-main! Sayakan dah kata, saya tak suka awak!”kata Amanina yang mula meninggikan suara.

“Ala, sayang cinta boleh dipupuk.. Lagipun you tak ada sesiapa dihatikan?”tanya Arith yang sedari tadi merenung wajah Amanina. Amanina mula rasa terperangkap. Memanglah dia tiada kekasih tetapi dia tak mahukan Arith kaki playboy terkemuka di KL ini sebagai suaminya!

Dalam suasana yang tegang itu, kedengaran pintu biliknya dibuka kasar. Terpacul wajah Hazama yang nampak bengang. ‘Dia dengar ke apa yang si Arith ni cakap?’ Persoalan mula timbul dibenak hati Amanina. Tapi kenapa, Hazama macam marah je dengan Arith?

“Dia dah ada boyfriend la.. kan Amani?” tanya Hazama dengan senyuman nakal.

“Amani?” Arith kelihatan pelik. Bingung memikirkan siapa Amani.

“La.. Amani aka Amanina panggiilan manja dia dan saya. Dia ni girlfriend saya kalau awak nak tahu. 2 minggu lagi saya dan dia akan bertunang. Nanti jemputlah datang rumah.” Ujar Hazama dengan nada sarkastik. Terus terbuntang mata Arith mendengar kata-kata Hazama itu.

“Betul ke Nina?” tanya Arith dengan nada tidak percaya.

“Be.. betullah..” ujar Amanina tergagap. Terkjut satu hal, namun selamatkan diri lebih penting!

“Hm.. baiklah. Saya mintak maaf menganggu kamu semua.” Arith segera keluar dari bilik itu. Terasa mukanya tebal 5 inci. Amanina ketawa senang. Termakan juga Arith dengan penipuannya.

“Seronoknya ketawa...” ujar Hazama yang tadinya tertawan dengan gelagat Amanina yang kelihatan comel itu.

“Seronoklah.. lepas ni playboy tu mesti tak ganggu Nina dah.. Terima kasih sebab tolong Nina.” riang sahaja Amanina bersuara. Terlupa sebelah dia ni mamat sengal yang membuat dia marah tahap sedang-sedang semalam.

“Sama-sama. By the way, Amani, awak kena bayar pertolongan saya tu..” sekali lagi sengihan nakal Hazama terpamer.

“Hah, kena bayar! Hurm.. nak apa?” tanya Amanina dengan mulut yang dicebik. ‘Ingatkan ikhlas rupanya kena bayar.. menyampahnya dengan mamat sengal ni...’ Baru dia teringat tu mamat sengalnya.

“Kahwin dengan Zama!” ucap Hazama senafas dengan wajah yang serius. Terlopong mulut Amanina. Terlepas mulut harimau masuk pula mulut buaya. Apalah nasib....

“Tak nak!” ujar Amanina tegas. Melihat ketegasan Amanina membuat Hazama geli hati. Pantas ketawa yang ditahan diluahkan, namun dalam hatinya terasa sedikit... sakit dengan penolakan Amanina. Makin cemburut wajah Amanina.

“Hahaha.. Zama main-main je. Siapalah.. nak kahwin dengan perempuan mulut itik ni?!” ujar Hazama menutup kesakitan yang dirasai dalam diam.

“Sengallah Hazama ni!!! Kenapa datang ni?” tanya Amanina yang baru sedar dia tidak tahu tujuan Hazama ke pejabatnya.

“Lunch, and bussines talk..” ujar Hazama bersahaja. Amanina mengangguk. Dia melihat jam tangan jenama terkemuka hadiah dari papanya buat hari lahirnya yang ke-23. Jam menunjukan pukul 1.30 petang. Amanina pantas mencapai tas tangannya. Mereka melangkah keluar bersama-sama. Buat seketika Hazama merasa bahagia Amanina sudi menemaninya makan tengahari walaupun dengan alasan kerja.




Sebulan kemudian...

“Apa?!” nafas Amanina mula turun naik dengan deras. Telefonnya dibiarkan terjatuh begitu sahaja. Air mata mula mengalir. Hazama yang baru sahaja masuk ke rumah mumnya terpinga-pinga. Pantas dirapati Amanina yang sedang kelam kabut mencari sesuatu didalam begnya.

“Hei.. kenapa ni?” tanya Hazama prihatin. Sejak peristiwa sebulan lalu, hubungan mereka menjadi rapat. Matanya melilau mencari kelibat mumnya.

“Papa.. isk.. papa saya.. isk.. Zama.. tolong...” rayu Amanina dengan tangisannya. Hazama semakin bingung.

“Kenapa dengan Tan Sri?” tergaru-garu kepala Hazama melihat Amanina yang menangis bagaikan kehilangan sesuatu yang berharga.

“Tolong bawa saya pergi hospital..” ujar Amanina setelah mula tenang.

“Oh, okey.” Pantas sahaja Hazama bersetuju.

Sampai sahaja di hospital Amanina pantas keluar mencari papanya. Hazama pergi meletakkan keretanya. Selepas itu kakinya laju ke kaunter pertanyaan. Bertanyakan Tan Sri Ahmad Said. Selepas mendapatkan info, Hazama melangkah ke wad kecemasan.

Kelihatan Amanina terduduk lesu diruangan menunggu. Hazama menghampiri gadis itu. Rasa simpati mula melimpah ruah dihatinya.

“Are you okey?” tanya Hazama sambil duduk ditepi Amanina. Amanina memandang kosong wajah Hazama.

“Papa... papa saya..” Ujar Amanina, air mata mula kembali bertakung. Sedih dengan keadaan yang berlaku.

“Sabar... kita tunggu dulu ya..” ujar Hazama sambil mengusap kepala gadis itu.

Lama mereka menunggu hingga tertidur. Mereka terjaga seleas doktor yang merawat Tan Sri Ahmad Said keluar.  Melihat gelengan doktor membuat lutut Amanina lemah. Dia terduduk disitu.

“Baik awak berdua berada disamping pada saat akhir beliau..” ujar doktor itu lalu beredar. Hazama memimpin Amanina masuk ke wad ICU. Kedengaran bunyi mesin menunjukkan denyutan jantung ayahnya. Begitu lemah sekali Tan Sri Ahmad Said tika ini.

“Papa.. Nina mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan dan minum Nina, papa..”pinta Nina dalam tangisan. Tan Sri Ahmad Said mengangguk, tangan yang lemah dibawa ke kepala Amanina lalu diusap penuh kasih.

“Zama... Papa nak mintak tolong dengan awak.. tolong nikahi anak saya.. bahagiakan dia.. lindungi dia..” pinta Tan Sri Ahmad Said yang semakin nazak. Hazama yang tidak sampai hati. Lalu mengangguk.

“Nina.. terima Zama. Sayangi dia, hormati dia.. selepas ni.. syurga Nina dibawah telapak kaki dia..” Kali ini selepas berkata-kata dada Tan Sri Ahmad Said mula turun naik dengan kencang. Meleleh air mata Tan Sri Ahmad Said tatkala sakaratulmaut mahu mencabut nyawanya. Hazama membisik kalimah syahada ditepi telinga papa Amanina.

“Nina.. janji.. papa.. Nina janji..” Tangisan Amanina sudah surut apabila melihat dada papanya tidak bergerak lagi. Senyuman diwajah papanya, membuat Amanina turut terjangkit. Dia tahu papanya tenang menghadap Allah.



Amanina menanti penuh debar. Baru petang tadi dia diijabqabul. Akhirnya janjinya pada papa terungkai. Terasa tenang hatinya melihat cincin dijarinya. Bilik yang berhias cantik diperhati. Cantik juga hasil sentuhan ibu mertuanya.

“Assalamualaikum.. “ kedengaran suara garau disebalik pintu. Amanina semakin berdebar. Dia melirik suaminya yang baru masuk.

“Waalaikumsalam..” manja sahaja suara yang keluar dari mulut Amanina.

“Hai, isteri manjaku..” ujar Hazama dengan senyuman menggoda.

“Hai, suami sengalku..” jawab Amanina penuh malu.

“Mari sini duduk sebelah abang..” panggil Hazama. Amanina hanya menurut. Wajahnya hanya menunduk sedari tadi.

“Abang nak tanya ni.. hurm.. sayang cintakan abang..” ujar Hazama penuh romantis.

“Hurm...” Amanina mengangguk.

“Abang tak dengarla...”

“Cinta la..” ujar Amanina malu-malu.

“Sayang, hehehe tau tak kita ni ibarat apa?”tanya Hazama sambil gelak.

“Hurm.. tak tau..” ujar Amanina polos. Hazama merangkul isterinya. Memang isterinya naif, nasib baiklah arwah papa mentuanya menyuruh Amanina berkahwin dengannya. Kalau tak tahulah apa yang akan terjadi dengan gadis ini.

“Cinta kita.. ibarat.. cinta si manja dengan si sengal.. bila bergabung mungkin tak serasi.. namun kelama-lama cinta itu berbuah dengan lebat..” ujar Hazama penuh bermakna. Amanina ketawa. Memang cinta mereka ibarat manja campur sengal jadilah cinta. Insya-Allah, hidupnya hanya untuk suaminya. Semoga perkahwinan ini berkekalan ke Jannah. Insya-Allah!



# hehehe.. nampak sangat nak cepat habis.. Apa-II pun komen tauuuuu hehehe trimas sudi baca sampai abisssssss >_< Love u all♡♡♡

Tuesday 25 June 2013

MOVIE PREVIEWWWWWW by ASYU

                     Wah~~~!!! Hehehe hari ni Asyu rajin sikit.. sikit je.. Nak kongsi something ngan korang. Baru-II ni Asyu pergi tengok wayang.. Hari Ahad ari tu... ala minggu lepas laaaaa!! ( tetiba je nak memarah... sowyyy)

               Hah~! Asyu pergi tengok cerita World War Z.. Hahaha.. Asyu suka, Asyu suka (ala-II mei-II)


ni cover utama dia...


                           Okey lah.. korang nak tau ke ni citer pasai apa?


sinopsis ala-II Asyu...

                 Cerita ni mengisah seorang bekas tentera ( tentera PBB ada ke??) yang ada family. On one fine day ni.. dia nak antar 2 org anak dia g skola ngan bini dia.. tetiba.. masa tgh sesak tu.. ada letupan dan kekecohan. Dia pun p la tengok.. N teka apa yang dia nampak??? dia nampak... Orang kena gigit dengan org... yang ironiknya.. lepas kena gigit orang tu jadi zombi.. Pendek kata cerita ni pasai zombi.. pastu bermula episod dia nak cari jalan untuk selamatkan diri dia, family dan rakyat amerika yang masih normal.

        

                  Wahahahaha~! pendek giler sinop Asyu.. BTW rating yang Asyu kasi dari 5 bintang ialah 5 bintang!!!! Memang superbbbbbbb!!!  Dia punya efek, penjiwaan watak, gmbr, bunyi memang the bEST! PSstt... Hero dia BRAD PITTT!!! (sesuka hati je eja macam ni..)


                       Oh ya, kalau korang ada sakit jantung ke, darah tinggi ke, dan penyakit yang tak boleh terkejut... JANGAN TENGOK CERITA NI!!! Serius.. masa korang tengok cerita ni memang confirm korang akan tersentap-II. hahahaha.. Tapi bestttt giler lagi best dari cerita Man Of Steel.. yang Asyu tengok sebelum cerita ni.. Man of Steel pun best gak... tapi.. Cerita dia just simple la.. cuma ada beberapa perubahan.. untuk cerita Man Of Steel.. 4 bintang dari 5 bintang!!! hehehe


tangkap sendiri kat depan kaunter.. hehehe.. nampak handsome kan.. kawan Asyu kata... 'dia x malu.. dah pakai baju superman pun nampak BULU DADA!' hahaha klakar dowh~! BTW superman ni x pakai seluar dalam kat luar dah... hahaha


ni ada beberapa pic yang Asyu tangkap masa g tengok World War Z...


gaya x boleh blah asyu ni.. hahaha


adik aku bukan main lagi dia... berani tolak brad pitt aq siap kooooo



jgn lepaskan peluang tangkap gmbar bersama superman sender didalam.. hahaha


Yong Hwa.. x dapat orang betul... poster pun jadi Asyu niiii

Sempat lagi singgah arked


adik Asyu... bukan main lagi ngan SMG dia...



gmae yng satu-IInya aq n cik Myera G-Funk (kwn skola, blogger, fb hahahaha) main...


wow~!... macam betul-II naik kereta.. hahaha sempoi je depe punye posssttttttt


sempat lagi pergi kedai haiwannnnnn >_< they all so cuteee ghhhhh...


Wah~! kura-II punye tugu negara.. hahahaha


memang peel depe(kura-II) ek panjat belakang masing-II???


Ku berenang-II sesuka hati ku~~~!!! (kura-II tu kasi tau Asyu)


Grrr~! Apa pandang-II ada hutang ke??! (dia yg kasi tauuuuuu)


nak candid la kiranya ni.. hahaha


nampak x panasnya Ipoh masa ni.. Dah berpeluh Asyu....  (jerebu-II)


Hahaha... last pic with my NBFF (fikir sendiri la maksud diaaaa)


Okey sampai disini sahaja.... Away dulu.. Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaa~!!!!!!!

Kerana Kau Anjelku BAB 13

BAB 13

4 tahun selepas itu...

Suasana begitu meriah. Nada dan Danial yang baru pulang dari sekolah agak pelik. Jarang-jarang suasana rumah semeriah ini. Lantas dia melangkah masuk. Salam diberi perlahan. Suara yang asyik bergurau senda itu terdiam. Hampir serentak semua orang didalam bilik itu menjawab salam. Nada terkedu. Dah lama tidak melihat wajah-wajah itu.

Izwan, Johan, dan Amir merenung wajah Nada yang baru pulang. Nada sedikit cuak. Amir satu hal, dua orang abangnya itu pun satu hal. Kenapa mereka merenung Nada macam nak makan ni? Danial pantas mencapai tangan Nada. Diheretnya Nada ke sofa. Nada hanya mampu mengikuti langkah adiknya.

“Along, angah, achik bila balik?” tanya Danial teruja. Amir sudah lama tidak pulang sejak menyambung pelajarannya di Perlis. Danial yang teruja itu pantas duduk disebelah Amir manakala Nada dibiarkan terkulat-kulat di situ.
“Hah, kenapa tak salam Nada?”tanya Linda yang baru sahaja muncul sambil menatang sedulang penuh dengan gelas dan minuman manis. Nada pantas menyambut dulang itu. Kesian pula melihat ibunya menatang minuman yang dikir agak berat itu.

Nada menyuakan tangan kepada Amir. Takut juga dia apabila wajah Amir serius sahaja. Namun telahan buruknya hilang tatkala Amir tersenyum manis. Nada membalas senyuman itu walaupun agak kekok. Lalu dihulurkan juga tangan kepada Izwan dan Johan. Salamnya disambut baik membuat hati gusarnya menjauh pergi.

Nada pantas mengambil tempat disebelah ibunya. Masih malu dan kekok dengan ketiga-tiga orang lelaki itu. Lalu dia menuang air untuk semua yang ada. Hendak menyampuk perbualan mereka memang tidaklah, dia sendiri tidak tahu hujung pangkal apa yang diborakkan itu.

“Hah, Nada tak mahu minum ke? Tuang saja, minumnya tidak pula..” ujar Izwan melihat adik susuan mereka duduk di situ tidak berkutik. Nada tersentak. Laju sahaja tangannya mengapai air yang sudah sejuk itu lalu diteguk rakus.

Tergelak semua yang ada melihat telatah Nada. Seperti tidak pernah minum air sahaja, meleleh-leleh air dibibir Nada. Linda mengusap sisa air diwajah Nada penuh kasih sayang.

“Takut sangat dengan along, angah dengan achik sampai minum pun tak betul. Haih, manja betul Nada ni..” ujar Danial sengaja mahu memprovok kakaknya. Nada mencebik. Pipi dikembungkan lalu ditekan sehingga mengeluarkan bunyi 'pop'. Makin gamat ruang tamu itu dengan ketawa mereka. Nada turut tertawa melihat semuanya gembira.

“Nada, along mintak maaf atas semua benda buruk yang pernah along buat dekat Nada.” Amir kelihatan amat kesal dengan perbuatannya. Nada tersenyum senang.

“Nada dah lama maafkan along. Salah Nada juga.. masa kecik-kecik selalu kacau along dengan kawan-kawan along.” ujar Nada riang. Memang benar dia selalu menganggu lelaki itu sehingga lelaki itu menjadi rimas dengannya. Amir turut terjangkit dengan senyuman Nada. 'Kenapalah, masa dulu aku tak perasaan yang adik aku ni comel... Haih.. nak kenalkan dengan Hafiz la..' hati Amir sudah membisik. Pasti adik susuannya akan secocok apabila bergandingan dengan Hafiz a.k.a teman baiknya di universiti.

“Okeylah, Nada naik dulu... Nak mandi dah berlengas ni..” Laju sahaja Nada melangkah ke biliknya. Rasa gemuruh pada awal tadi, hilang begitu sahaja apabila mereka melayannya dengan begitu mesra. Rasa kosong yang menyelubungi dirinya selama ini seakan-akan telah hilang.

Nada melompat ke atas katil kesayangannya. Badan yang rasa melekit dibiarkan sahaja. Dia merenung siling. Perasaannya tidak sudah-sudah dihiasi rasa bahagia dan senang. Bagaikan hidupnya akan sentiasa bahagia selepas ini. Lama dia merenung siling, mengingati masa-masa kecilnya yang penuh duka dalam suka.

Rindu pula dia dengan Aiman. Selepas PMR Aiman menerima tawaran asrama penuh di Batu Gajah, Perak. Tak tahulah bagaimana anak senakal Aiman boleh menjadi pelajar terbaik PMR disekolahnya. Dia juga memperoleh keputusan yang boleh tahan cemerlangnya. Namun dia tak mahu menjauhi ibunya. Sudah terlalu lama dia kehilangan rasa kasih seorang ibu, apabila sudah diberikan oleh Linda takkan dia mahu pergi begitu sahaja. Kesempatan itu pasti direbutnya.
Nada menuju ke bilik air. Dibersihkan badan sepuas hati. Selepas segar, dia mengenakan baju kasualnya. T-shirt putih yang dihiasi bunga kecil berwarna kuning serta seluar hingga paras betis menjadi pilihannya. Direnung wajahnya sepuas hati, sudah banyak masa berlalu hinggakan fizikalnya turut berubah. Jika dulu dia agak kurus kini dia menjadi agak montel akibat dimanjakan ibunya. Jika dulu wajahnya dipenuhi jerawat, kini sudah tiada sejak dia mempelajari bagaimana penjagaan diri yang betul.

Nada beralih ke meja belajarnya, dibuka laci yang sudah lama tidak berusik. Terlihat sebuah bingkai gambar. Terpampang wajah Huzairil bapa kandungnya. Sudah 3 tahun namun dia tetap tidak dapat menerima apa yang berlaku. Cuma kini dia sudah boleh bertegur dengan ayah dan daddynya cuma dia masih tidak boleh terlalu rapat. Bagai terasa-rasa sahaja bagaimana dia ditipu hidup-hidup. Biar pun mereka kata untuk keselamatannya dia tetap rasa tertipu.

Satu keluhan dilepaskan. Perasaan rindu terhadap rakan karibnya kembali menjelma. Lalu dihampiri komputer riba hadiah daripada daddynya untuk hari jadi ke-16. Sudah setahun komputer itu menjadi miliknya. Walaupun dia marah dengan daddynya, komputer itu tetap dijaga dengan baik. Wifi dibuka, juga merupakan hadiah untuk ulang tahunnya yang ke-16 cuma kali ini daripada ayahnya. Macam berjanji pula dua lelaki itu, setiap kali hadiah diberi pasti boleh digandingkan hadiah mereka. Kadang-kadang Nada rasa kelakar, yelah mereka berdua bagai nak rak rebut dirinya, tetapi boleh pula serasi dalam pemberian hadiah.

Tersenyum Nada melihat lampu hijau ditepi nama Aiman X. Nama samaran Aiman Shafiq rakan karibnya. Pantas jarinya, menari di atas papan kekunci komputernya. Nasib baiklah ada laman sosial ni, dapat juga mereka berhubung.

Nada Lovely : Wei, Aiman!!!! lama giler x jumpe ko.. Ko kat ne skang?

Tak sampai 1 minit Aiman membalas.

Aiman X : Apa wei2?! Assalamualaikum la... aku kat ne lagi... kat hostel la.. bebudak hostel dah balik kg.. mklumlah cuti 3 hari.. hehehe aq je malas.. ko plak?

Nada Lovely : hehehe.. Sowy.. waalaikumussalam ^_^...... Ala.. nape tak balik.. x takut ke duduk hotel tu sesorang? Aq cam biasa je.. bosan la ko tak de..... Btw ce teka sapa yang ada kat umah aq ni??!! >_<

Aiman X : Well aq tau.. ko memang bosan klu aq x de.. hahaha aq kan Aiman the ANJEL ko.. X de maknanya aq nak tkut... Sapa kat umah ko? Daddy ke?

Nada mengembungkan pipinya. Geram pulak dengan Aiman ni.. Ada ke puji diri sendiri. Daddy? Hurm.. hari-hari dia datang jenguk. Tu bukan suprise lagi.. apalah Aiman ni..

Nada Lovely : Byklah ko daddy.. dia hari2 terpacul depan umah aq. Ni along, angah ngan achik balik..

Aiman X : Hah?!!! biar betik ko ni!!! Habis, depe buli kau ke?

Nada tergelak kecil melihat kawannya panik begitu. Nampak sangat Aiman memang kawan terbaiknya.

Nada lovely : Hehehe.. x de la.. dia org sikit punye baik dengan aq. Mungkin sbb depe semua dah besar.. along pun dah abis Diploma.. angah dan achik bru nak masuk uni.. depe macam dah boleh terima aq je..

Aiman X : Alhamdulillah.. ko buat aq risau je.. Wei, abg aku kirim salam dekat ko..

Nada pelik. Nama Sulaiman turut menyala. Tetapi tidak pula dia tegur. Kenapa Aiman yang sampaikan salam? Kenapa tak tegur dia sendiri?? Haih, banyak pula soalan Nada ni!

Nada Lovely : Hurm?! Okey, waalaikumsalam.. Aiman, aq nak kena out ni. Maghrib pun dah nak masuk ni. Aq blah dulu la.. Away~!! Assalamualaikum, take care my Anjel!

Nada terus daftar keluar dari laman sosial itu. Tak sempat Aiman nak balas mesejnya. Nada mengerling jam dindingnya. Lagi 10 minit pasti azan Maghrib akan berkumandang. Terus dia melangkah ke bilik air. Selesai sahaja mengambil wuduk Nada membentang sejadah. Sedang dia asyik membelek sebuah buku islamik miliknya sementara menunggu azan, kedengaran ketukan di pintu. Nada menyuruh orang yang mengetuk pintu itu masuk.



 Terpampang wajah ayahnya. Nada mengeluh. Apa lagilah, yang ayahnya mahu.

Saturday 22 June 2013

Luahan Hati seorang ASYU

                Hurm.. perasaan.. eh, lupe plak.. Assalamualaikum semua! Selamat petang! Hari ni Asyu just nak meluahkan perasaan. Entahlah, Asyu rasa macam ada something wrong je.. Padahal, semua okey. Mungkin mainan perasaan sahaja. Hati ni selalu saja diduga dengan perasaan. Aip! jangan fikir perasaan tu cinta je.. perasaan yang Asyu maksudkan tu.. macam sedih, happy, terganggu, kecewa...

             
                Mesti semua pelik why Asyu write this stupid thing? Sebab Asyu perlukan suatu tempat tuk meluahkan. Dari Asyu menangis seorang, gelak seorang baik Asyu kongsikan hal tu. Yelah nanti korang kata Asyu ni gila plak. Mabye semua pandang Asyu anggap Asyu ni a girl that have nothing to worry. Tapi dalam hati, kepala ni siapa yang tahu?!


                 Asyu ada kehidupan yang biasa yang tak lari dari masalah. Cuma Asyu sedari kecik diduga. Tapi masa kecik, walaupun banyak hal yang berlaku.. Asyu still boleh senyum boleh bermain. Semakin Asyu besar, kekosongan di jiwa tu tetap ada. Mungkin sebab Asyu berasal dari family yang berpecah, sebab tu Asyu sentiasa rasa kosong walaupun ramai yang sayang dekat Asyu.

                 
                 Hurm.. family Asyu sangat complicated.. Sampai masa form 1 Asyu x buat kerja kursus sejarah tu. Ala yang buat asal usul saya tu. Ada family tree bagai. Yelah manalah Asyu nak buat. Bayangkan Asyu Ada 2 @ 3 ayah 2 @ 3 mak. Pelik giler kan??? 2@3 tu meaning, Asyu ada 1 ayah kandung, 1 mak kandung, 1 abah tiri, 1 umi tiri.. lagi 1 mak/ayah tu.. sebab Asyu ada adik beradik lain mak n lain bapak. HUhuhuhu susah o....


                    Bila ingat-II balik, masa Asyu kecil, Asyu selalu depress lebih-II lagi bile mak datang lawat Asyu kat rumah ayah(depe dah bercerai dari ASyu kecil lagi). Masa mak balik tu.. hati Asyu rasa macam dicarik-II. nak ikut mak tapi sayang ayah. Nak tinggal dengan ayah tapi rindu mak. Mesti korang rasa mak ayah Asyu x patut buat Asyu macam tu.. Tapi depe tak salah... Antara mereka dah tak ada jodoh nak buat macam mana.


                     Sebab tu Asyu menulis melukis. semua benda ni boleh buat Asyu release tense yang Asyu hadapi. Kadang-II kalau cerita Asyu terlebih happy, Asyu akan terasa happy rasa.. macam benda ni mungkin akan berlaku dalam hidup Asyu. Bila Asyu tulis benda yang sedih-II memang air mata Asyu mengalir.. Hurm.. emosi asyu akan memperngaruhi cerita yang Asyu tulis. Mungkin pelik. Asyu bukan sekadar bergantung pada idea tapi pada hati Asyu juga.


                       Macam sekarang ni Asyu nak sangat tulis cerita pasal mati. Kematiann merupakan sesuatu yang pasti bukan? Asyu mula takut rasa kehilangan! Macam mana Asyu tak rasa macam ni. Ayah kandung Asyu umur dah dekat 80 tahun. Semakin lama Asyu semakin rasa jurang antara Asyu n Ayah semakin jauh. Kalau dulu Asyu tak segan nak kucup pipi Ayah sekarang ni jangan cakap cium pipi, nak peluk pun Asyu malu segan takut. Satu perasaan yang tak patut ada diantara anak dan ayah. Anak jenis apa Asyu ni??! Sedih sangat.. pedih..  hehehe saat menulis ni pun air mata mengalir.. nasib baik mak keluar kalau tak mesti dia risau.

           
                      Macam mana kalau Asyu mati dulu? Mak dan Ayah ampun tak dosa-II Asyu kat depe? Asyu ni nakal sangat.. sampai selalu buat Mak nangis Ayah risau.. Asyu banyak sangat dosa dekat depe dekat tuhan. Hurm.. memang Asyu ni drama Queenkan? huhuhu.. x pelah.. makin lama makin merapu luahan Asyu ni.. memang lari dari tajuk.. Apa-II pun Asyu mintak ampun kalau Asyu ada sakitkan hari korang. Asyu ni manusia biasa.



     Aku hanya manusia biasa,
yang tidak lari dari kesilapan,
aku hanya seorang anak,
yang mungkin pernah melukai mereka,
aku hanya seorang insan,
yang tidak lari dari dosa...

Wahai tuhanku yang satu,
Allah yang maha mendengar..
dengarlah luahan hatiku..
Kau berkatilah ibu bapaku..
bahagiakan mereka..
kerana aku bukanlah yang sempurna...

Mungkin kata-II ku pernah menghiris hatimu..
mungkin tingkahku pernah menitiskan air matamu..
ketahuilah kalian aku tidak pernah bermaksud begitu..
bagiku.. kalian adalah satu-IInya kurnia Allah yang paling bermakna...

Tanpa kalian aku tidak mengerti apa itu suka apa itu duka..
lahirnya aku didunia hanya untuk berbakti kepda tuhan dan kalian..
sesungguhnya.. aku memohon ampun sekiranya..
hati kalian luka kerana ku..

luahan hati seorang anak...



               

Sunday 16 June 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Saturday 15 June 2013

Segmen 24 HOURS by Nurul Nizam



owh... lagi satu contest.... jom join.. sebab dia punye give tu... terus syu nak join.. hehehe x leh buat pape.. klu dah hantu novel tu hantu novel la jugakkkk... ^_^

My 1ST Giveaway By Hathirah

<a href="http://capitalhh.blogspot.com/"><img src="http://i1334.photobucket.com/albums/w650/hathirah/ui_zps819c751d.gif?t=1371135876" /></a>

 shaqir


 tyah


 siti

 akak nurul

jom la join giveway ni... hehehe just try my luck mana tau kena hehehe
x sabar rasanye...






Thursday 13 June 2013

Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K


73 follower

Hye hari ni asyu sertai satu segmen menambah follower.. korang-II yang ada blog tu jom la sertai jugak...
bagi nak sertai sila tekan SINI