Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Wednesday 16 October 2013

Puteri Hatiku 5

BAB 5

PUTERI HATIKU >u<


Orange melangkah keluar rumah lebih awal dari semua yang ada. Kira dan Robert masih dihanyut lena. Dalam kepala Orange sudah tersemat satu idea yang nakal untuk mencari orang yang dicari-cari Robert.

Kawasan sekolah masih lagi kosong, Orange melangkah riang. Seronok betul dia, macam sekolah tu bapa dia yang punya, tapi... memang bapa dia yang punya. Sekolah Menengah TP ni memang diwujudkan khas untuk Tuan Puteri negara Swerd tetapi disebabkan ahli sihir durjana Luzx Orange terpaksa berada diistana sepenuh masa. Jika tidak, pasti Orange dapat bersekolah dan berkawan dengan rakan yang sebaya dengannya.

Disebabkan masih awal Orange pergi berjalan-jalan di sekitar kampung itu. Orange berjalan sambil bersiul-siul kecil. Seronok benar dia, dia memang mahu menolong Robert mencari orang yang dikira pelindungnya. Dia singgah di sebatang sungai yang mengalir deras. Matahari yang mula memancar lembut, kelihatan cantik di permukaan air sungai itu. Mengenangkan masa yang masih awal, Orange berbaring ditepi sungai seronok juga menikmati cahaya pagi. >-<


Sementara itu...


Robert mengeliat sepuas hatinya. Rasa lega pula berada di rumah tuan puteri. Tidak seperti diistana, perasaannya asyik diganggu dengan perasaan risau. Risau dengan puteri Orange yang sememangnya clumsy.

Dia melangkah ke ruang tamu, puas hatinya melihat ruang itu terjaga. Tiada lagi barang yang bersepah-sepah. Kemudian Robert membawa diri ke dapur mahu menyiapkan sarapan istimewa untuk Orange. Keadaan yang bising menyebabkan Kira terjaga.

Bengang pula Kira rasa tika ini. Awal-awal pagi dah keletang keletung, bising! Dengan perasaan yang sebal Kira melangkah ke bilik air. Mahu membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah.

Robert yang sudah selesai memasak memanggil Orange dan Kira. Dia sekadar menjerit, malas pula nak ke atas. Sementara menunggu kedua-duanya muncul, Robert menyandar malas ke sofa yang empuk itu. Rasa nak tertidur pula bila meletakkan kepala di sofa yang empuk ini.

“Hm... Sedapnya bau! Robert kau masak apa?” tanya Kira yang sudah melangkah ke meja makan. Disuap sup cendawan buatan Robert ke dalam mulutnya. Sungguh, lazat!!!

“Apa yang kau nampak, itu yang aku masak! Mana Tuan Puteri?” tanya Robert yang masih bersandar di sofa itu. Kira mencebik, tanya pun nak marah-marah..

“Manalah aku tahu. Tadi bilik dia kosong aku ingat dia dekat bawah la..” ujar Kira dengan mulut yang penuh dengan rotinya. Masih ralit dengan roti dan sup cendawan.

“Pergilah panggil dia sekejap.. “ arah Robert yang sedang bersenang-senang di sofa. Kira merengus kasar. Nak melawan takut pulak. Yelah kalau tengok badan dia dengan Robert memang dia kalah sebelum waktunya.. hehehe..

Kira melangkah ke atas. Ni satu lagi hal yang dia tak suka.. TANGGA!!! menyampah betul dia dengan tangga kat rumah ni. Kalau kerabat raja ni tinggal dekat rumah setingkat aja tak boleh ke? Nak jugak yang bertangga-tangga. Menyampah tau tak?!!!

Dengan nafas yang termengah-mengah (maklumlah, dia ni lemah sikit kalau bab panjat memanjat tangga ni..) Kira mengetuk pintu bilik Orange. Senyap sepi bilik Orange. Kali ini Kira mengetuk pintu dengan lebih kuat. Sekali lagi tiada sahutan dari Orange. Pantas sahaja Kira yang tengah bengang membuka pintu. Kosong!!! Mana pulak si Orange ni pergi?!! Kira pantas mencari si tuan puteri. Habis semuanya digeladah, puteri Orange tetap tiada.

Kira pantas berlari ke bawah. Mencari kelibat Robert. Kali ni memang masalah negara! Robert yang sedang seronok bersantai-santai di sofa tersentak melihat Kira tercungap-cungap. Takkan penat sangat cari Orange?

“Orange.. Puteri.. Swerd... Hi.. hi..” tidak terlepas apa yang mahu diungkapkan Kira.

“Hi.. hi.. hi apa?” tanya Robert dengan muka berkerut.

“Hilang!” ujar Kira sekali nafas.

“Apa? Biar betul?” kali ini Robert pula berlari satu rumah mencari Orange.

“Cepat! Kita pergi cari dia!” ujar Robert memberi arahan. Kira menelan air liur baru sahaja dia nak merasa sesudu sup cendawan itu.

“Hah apa tunggu lagi?” teriak Robert yang sudah berada diluar rumah. Kira memandang sayu sup cendawannya. Haih, dah nasib.. ~|=_=|~

Pada saat itu...

Orange terjaga apabila terasa hari makin panas. Pantas dia mengerling jam ditanganya. Alamak~! Dia dah lambat! O0O.

Orange pantas bangun dan berlari ke sekolah. Lupa terus dia dengan niatnya kenapa keluar senyap-senyap dari rumah.

Dalam perjalanan Orange tersandung batu. Terjatuh dia. Apalah nasib si Orange ni asyik jatuh, jatuh, dan jatuh! Tangannya penuh dengan darah. Sikunya sedkit terkoyak. Ternampak isi disikunya.

Orange hampir menangis. Takut dia melihat luka yang agak dalam itu. Tiba-tiba sepasang tangan ada didepan matanya. Orange teragak-agak menyambut tangan gadis itu. Gadis yang kelihatan sungguh comel.

Gadis itu tersenyum dan hanya tersenyum. Entah apa yang gadis itu hembuskan Orange tidak tahu. Tiba-tiba sahaja dia sudah tidak sedarkan diri.



8 comments:

  1. bila nak sambung??

    ReplyDelete
  2. akan disambung.. sorry lambat. cuti ni insya-allah paling tidak 3 entri untuk cerita ni

    ReplyDelete
  3. best..bila nak sambung ni asyu???..please update...please..

    ReplyDelete
  4. asyu..bila nak samnung citer puteri hatiku ni lagi..best kot citer nie..citer la sampai habis..please...kita tertanya2 apa akn jadi pasni..

    ReplyDelete
  5. asyu..bila nak samnung citer puteri hatiku ni lagi..best kot citer nie..citer la sampai habis..please...kita tertanya2 apa akn jadi pasni..

    ReplyDelete
  6. kak... bla nak smbng citer ni... lma dh tnggu...

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)