SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Sunday, 30 December 2012

pengubat hatiku 16 (TAMAT)


BAB 16(tamat)


Suasana masjid itu sangat meriah. Hampir penuh bahagian lelaki itu dengan sanak saudara mereka. Aina tersenyum malu. Dia dikelilingi maknya, mak mentuanya dan kakak-kakak iparnya.

“Haih lambat pulak si pengantin lelaki ni. Gabra sangat. Ni dah kali ketiga ni pergi bilik air.”kedengaran suara rungutan dari abang Aina yang sulung, Azwan. Kedengaran pula gelak ketawa dari kumpulan lelaki. Mungkin kelakar dengan gelagat si pengantin. Aina mula panas muka, hati segala. Dah la dia tak biasa bersimpuh. Sakit tau tak kaki?! Dengan sebal Aina menaip sms kepada pengantinnya.

'Abg klu abg lambat. Aina batalkan pernikahan ni. Cepat!'sms yang berbau ugutan itu dihantar dengan riak geram. Puan Shahida memandang Aina dengan perasaan curiga. Aina sekadar melemparkan senyuman yang manis.

Makin galak pula ketawa dibahagian lelaki.'Hai tirai ni.. nak je aku tolak. Teringin pulak nak tengok apa yang kelakar sangat tu..'Aina mula nak membuka tirai yang menghadang bahagian perempuan dengan lelaki itu. Puan Shahida sedikit terjerit kecil melihat kelakuan Aina. Aina sekadar tersengih-sengih. Dia mengintai apa yang berlaku di bahagian lelaki itu.

Kelihatan alongnya dan angah sedang membetul-betulkan baju bakal suaminya. Patutlah asyik kedengaran ketawa dari bahagian sana. Rupa-rupanya, bakal suaminya tersalah pakai baju. Terbalik! Muka bakal suaminya berwarna merah. Mungkin malu asyik jadi perhatian dari kawan-kawannya sendiri. Aina ketawa kecil. 'Ni mesti sebab aku cakap kalau lambat aku cancel nikah dengan dia..hehehe comel la pulak dia ni..'

“Aku terima nikahnya, Nur Aina Natasha binti Amin dengan mas kahwinnya, 150 ringgit tunai..”kedengaran kata-kata sah dari kalangan saksi yang ada. Aina mengeluh lega. Dekat 5 kali juga lafaz suaminya tak lepas-lepas.

Aina menghulurkan tangannya untuk disarungkan cincin. Terketar-ketar tangan suaminya menyarungkan cincin itu. Mungkin tidak percaya yang Aina sudah menjadi miliknya. Perlahan-lahan Aina menyambut tangan suaminya lalu dikucup perlahan. Dahi Aina dikucup lama oleh suaminya. Dekat 5 minit. Patutlah lama orang tengah syok tangkap gambar rupanya.

Tiba-tiba lengan kiri Aina sakit. Macam ada orang yang mencengkam kuat. Aina menoleh ke arah kirinya. Kelihatan Kak Liza sedang berpeluh.

“Kenapa Kak Liza berpeluh-peluh ni? Panas ke?”tanya Aina prihatin. Risau pula kakak iparnya
yang sedang menunggu hari itu pengsan. Liza pantas mengeleng. Tetapi semakin banyak pula peluh kak Liza ni. Tangan Aina mendarat ke lantai. Ya lah dia special kena duduk atas kusyen. Basah?! Takkan Kak liza berpeluh sampai basah lantai ni? Aina memandang wajah kakak iparnya itu. Sudah berkerut-kerut, bagaikan menahan sakit. Tiba-tiba Aina tersentak. Apabila tangannya semakin sakit digenggam Liza, barulah dia faham, kakak iparnya itu sudah nak bersalin!!!

“Kak, kak Liza okey tak ni?”tanya Aina kalut. Sedikit berbisik. Takut pula anggapannya itu salah. Liza ssekadar menggigit bibir, mungkin menahan sakit. Wajah Liza beransur okey. Liza menarik nafas lega. Mengangguk menandakan dia okey.

Tapi tak lama lepas tu, 5 minit kemudian kedengaran Liza menjerit sakit. Aina mula gelabah. Tiba-tiba, kak Wani terbaring. Pengsan . Semakin kalut dibuatnya. Along dan angah meluru ke arah isteri mereka. Aina mahu menolong tetapi baju yang dipakai itu tidak sesuai mahu bergerak aktif. Silap-silap habis terkoyak bajunya. Entah macam mana mungkin disebabkan semua panik. Azwan mendukung Wani manakala Izwan mendukung Liza. Mereka berpandangan. Blur sekejap. Liza sudah menjerit lagi sekali.

“Wei, salah bini ni.. tukar-tukar! Cepat sikit!”kata Azwan sambil mengambil isterinya yang
sakit mahu bersalin. Manakala Izwan mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri itu. Masing-masing bergerak ke kereta masing-masing. Anak-anaknya terluap pula. Azwan berlari masuk mengambil Adam. Izwan juga berlari masuk mengambil puterinya. Terkocoh-kocoh mereka hampir-hampir Adam terlurut dari pegangan Azwan yang tidak kemas. Menjerit semua yang ada.

“Sorry. Sorry! Jumpa dekat hospital semua...!!'jerit Azwan dari keretanya yang sedang bergerak. Mak dan ayah Aina turut mengikut kereta Azwan dari belakang risau kalau jadi apa-apa. Mahu sahaja Aina ikut. Tetapi para tetamunya masih belum pulang. Suaminya memegang erat tangannya. Aina memandang suaminya. Terasa sedikit tenang melihat sepasang mata suaminya itu.


********************


“Abang cepat sikit!” Aina melangkah pantas. Teruja mahu berjumpa ahli keluarga barunya. Suaminya turut berlari anak mahu mengejar langakah Aina itu.

Pintu bilik yang berwarna pink itu dibuka perlahan. Terpacul wajah-wajah ahli keluarganya. Alongnya sedang duduk dibirai katil isterinya yang kelihatan lelah. Angah asyik mendukung si kecil ahli keluarga baru mereka. Kak Wani turut menganggah bayi itu. Abang Ilya dan abang Ilman sedang melayan kerenah Adam dan Iliya. Mungkin mereka turut mahu bermain dengan bayi kecil itu. Ayah dan mak tak ada. Tak tahu la pergi mana. Mungkin balik. Mama dan papa mentuanya masih di rumah Aina melayan tetamu yang masih ada. Itu saudara mara mereka juga.

“Assalamualaikum..”ucap Aina dan suaminya serentak. Semua menyahut salam mereka bersemangat.

“Alahai comelnya. Meh sini kat mak su.meh..”Aina sudah mengambil bayi kecil tu dari dukungan Angahnya.

“Apa nama si princess ni Along?”tanya suami Aina yang turut teruja.

“Namanya, Nur Ain Batrisya. Amacam sedap tak?”tanya Azwan sambil menjongkit-jngkitkan keningnya. Aina dan suaminya hanya tersenyum dan mengangguk.

“Hah, Angah kenapa kak Wani pengsan tadi?”tanya Aina pula sungguh dia risau mengenai kakak-kakak iparnya itu. Along hanya ketawa.

“Alah Aina. Kak Wani kamu tu terkena buatan orang..”kata Azwan selamba. Muka Izwan memerah. Malu. Aina mengangguk faham.

“Hah! Buatan orang?! Serius ke ni?”tanya suami Aina lurus. Semua ketawa mendengar soalan polos lagi mulus itu. Suaminya mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Alahai.. suami kamu ni..”kata Azwan yang masih dengan tawanya.

“Abang ni, kak Wani tu sakit sebab buatan Angah la. Dia mengandung..”terang Aina. Dia sudah berhenti ketawa kesian pula dia tengok suaminya yang sebijik macam rusa masuk kampung ni.

“Owh..”tu aja yang keluar dari mulutnya.

“Alah, nanti-nanti Aina pula kena penyakit tu.. Tak lama lagi tu..”usik Azwan. Makin gamat mereka dengan ketawa. Nasib baik la bilik private kalau bilik kelas 3 tu kan ke dah kena bantai dengan nurse-nurse yang ada.

“Sayang malam ni.. Abang buat sayang kena buatan orang tu ye..”kata Suami Aina miang. Mata Aina membuntang. malu+geram= kejar-mengejar.

“RAISUL AMRI!!!'jerit Aina apabila suaminya asyik mengelak dari dicubit.

“Ya Aina ku sayang.”sahut Suaminya gembira. Sekali lagi bilik itu dipenuhi ketawa.


********************

Akhirnya tamat juga kenduri kendara mereka. Kenduri belah Aina sudah lama habis cuma kenduri belah Raisul dibuat seminggu selepas kenduri dirumah Aina. Tak sia-sia dia berpanas ber
hujan semata-mata nak pujuk Aina. Hari nikah tu Aina muncul juga. Sememang Aina cintakan Raisul. Buktinya Aina sanggup bernikah dengannya.

“Assalamualaikum..”Raisul mendekati isterinya. Malam ni baru la nak bersama-sama, bermanja segala. Mana entah Aina dapat petua, tak boleh bersama kalau bersama hilang seri pengantin. Terpaksalah Raisul berpuasa.. hahaha puasa la sangat. Aina tersenyum memahami permintaan suaminya. Lampu dimatikan...


***************************


4 bulan beberapa hari kemudian....


“Aina? Kenapa ni nak muntah ke? Jangan la abang dah tak larat ni..”ujar Raisul keletihan.

“Sorry abang Aina rasa mual.”ujar Aina sambil berlari ke toilet. Raisul mengikuti langkah pantas.

“Buek! Buelk!”habis keluar semua isi perut Raisul. Sejak Aina mengandung, dia yang lebih-lebih. Aina mual-mual je. Dia siap muntah-muntah segala. Aina memapah suaminya ke kerusi.

“Sorry abang..”ujar Aina.

“Tak pelah. Baby cepat-cepatlah besar. Daddy dah tak larat nak muntah ni..”ujar Raisul. Tiba-tiba Raisul menutup mulut. Dia sudah berlari ke bilik air. Aina tersenyum. Orang kata kalau suami turut berkongsi alahan maknanya suami sayang sangat-sangat dekat si isteri. Memang Raisul sayang gila dekat Aina ni. Aina melangkah perlahan ke bilik air. Takut pula dia, kalau suaminya pengsan.

#yiepe!!! tamat sudah... hahaha jangan risau tahun depan Asyu masukkan cerita baru.. hopefully best lakan cerita baru tu.. komen2 la sikit.. sedih tau tak..
hm.. korang nak ke kalau Asyu tulis cerita pasal Abdullah n isterinya/bakal isterinya?
asyu tak tahu lagi nak buat novel atau cerpen.... korang nak apa?

12 comments:

  1. wah... kelakarnya. boleh pulak tertukar bini (>_<)

    Kak asyu nanti ok gak buat sambungan abdullah dengan bini baru tu. wahhhhhh tak sabar ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok2.. ontheway hehehe idea ada tapi skolakan biasa la sibuk sikit.. tunggu la hari minggu isyaallah

      Delete
  2. best juagak...kelakar pon ada..
    haha...

    buat cerpen la...tp law wat novel pon okey jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asyu ingat nak tulis cerpen klu jadi la.. sbbnya asyu x pernah tulis cerpen klu x jadi asyu buat novel mini.. tengok la idea ada tapi... tengok la dulu

      Delete
  3. memang best... buat lah novel yer cik asyu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hola mas...
      hehehe aq nak try buat cerpen dulu klu jadi la hehehe..
      klu x aq wat novel la ye..

      Delete
  4. cukup terhibur bermacam rasa,bestt!!! tq

    ReplyDelete
  5. haha boleh pulak tertukar bini. hehehe lawak la kak.

    ReplyDelete
  6. hehehe panik tahap kronik la tu...

    ReplyDelete
  7. Tahniah..terus berusaha ye..better than this one ok..
    -olly-

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)