Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Tuesday 1 October 2013

Aku, Kau??!

Aku, Kau??! ~CERpen kot??~





          “Urghhhhh~!! Tak suka, tak suka!!” hambik kau sekuat hati aku menjerit. Padan muka siapa yang duduk sebelah aku. Siapa lagi kalau bukan kawan terbaik aku si Nina Albino ni. Hahaha nama dia bukan la Nina Albino.. saja je aku mengedik tambah Albino tu. Rasa macam sweet-sweet lovely je.. Muahahahaha >_<.

          “Hah, yang kau ni buang tabiat kenapa?!” Wow~!! Sekali Nina Albino meletus gugur jantung aku.

          “Ala.. saja je gurau manja.. Relax la Nina Albino sayam.. Rilex sister.. sister relax..” aku mula la nak memekak walaupun tahu suara aku ni adalah sedap sikit didengar dari suara katak tak berumah di tepi jalan tu.

          “Banyaklah kau gurau manja... Tapi kenapa kau jerit tak suka, tak suka tadi?” tanya Nina Albino.

          “Ugh... Aku... kena ulang sem satu!!! Oh.. Oh.. tidak.. Pilu, sedih, hancur hatiku.. ughhhh~!! Isk.. isk..” Nina Albino mula mengeleng kepala melihat gelagat aku yang kalah Miss World dan juga Ratu segala drama, Drama Queen.

          “Emo gilelah kau ni! Sengal betul! Aku ingat apalah tadi.. Tulah orang suruh study kau nak jugak melekat dengan novel-novel, internet segala.. Sekarang kau hadap la sesorang! Kau repeat kertas apa?” Aku kasi senyuman yang paling manis sambil mengangkat 4 jari aku yang kecik molek, molek pun tak kecik macam ni.

          “Hah, empat paper terus???” Wah~! Kali ni kalaulah Nina Albino masuk contest ‘Suara Picthing yang Paling Tinggi.’ Konfem dia menang. Mana taknye.. sampai terkeluar taik telinga aku dibuat minah sorang ni. Tak reti-reti nak cover suara yang dah memang besar tu..

          “Hump.. haah, kau taukan kepala aku ni bukan kepala STPM...” kata aku sambil buat muka sedih dengan muka tembam aku ni. Hehehe memang la muka aku takkan muka orang lain pulakkan..

          “Hish.. kau ni.. Habis tu kepala aku ni kepala STPM ke???” tanya Nina Albino dengan muka garang tak hinggit. Aku apalagi telan air liur jelah. Takkan aku nak mengamuk pula dah terang rang rang aku yanggg... salah. Ugh... Isk.. isk..

          “Hah, jangan nak buat muka sedih pulak ye miss Chub...” ujar Nina Albino. Gabra la tu tengok air mata aku ni.. Chub? Hehehe tulah gelaran aku. Maklumlah akukan chubby sikit.. sebenarnya bukan sikit banyak lor.. hahahaha.. Tapi aku dah biasa tak ambik hati pun. Hehehe lagipun semua orang kata aku cumel.. Aikss.. malu la plak aku rasa #>_<#

          “Janganlah marah.. aku tahulah aku yang salah tak belajar betul-betul.. Habis sekarang macam mana? Mana aku nak cari totur untuk sem 1 ni.. Kalau boleh aku nak tempat yang murah... Maklumlah aku ni orang susah.. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. kais malam makan...” tak sempat aku nak habiskan luahan rasa Nina Albino dah potong skrip aku.. Spoil!!!

          “Dah-dah cukup cukup sudah.. Tak payah nak berkais-kais kau ingat apa? Ayam??” Dush~! Sekali aku rasa macam kena tumbuk pulak. Aku tarik sengih tak berapa nak jadi.

          “Macam nilah.. Kau kenalkan adik Shima Shimo tu? Adik diakan lower six.. ambik subjek macam kita jugak. Dengar citer ujian yang cikgu kasi  untuk kelas dia.. semua dia bolot A+... Kau mintak la tolong dia.. Mana tau dia ajar free je..” Mata aku dah terbeliak mendengar ‘adik Shima Shimo’ Ugrhh... tak rela mak!! Adik si Shima Shimo a.k.a Razif berlaguk tu memang musuh sejati aku. Rumah dia dengan aku selang sebaris je so memang kira jiran lakan?!! Tapi aku kira lepas tambah, tolak darab dan bahagi memang sah dia musuh aku. Sejak dia kutuk aku depan mak cik-mak cik  iaitu jiran aku.. terus aku istiharkan perang tak kenal zaman dengan Razif berlaguk tu.

          “Razif??” saja je aku nak buat tak tau... Nina Albino mengangguk.

          “Razif berlaguk??” tanya aku lagi.. Nina yang memang polos mulus dan tulus tu pun angguk sekali lagi.

          “Razif berlaguk yang muka macam tapir tambah beruk tu??” kali ni saja aku tambah muka tak percaya.. Huargh hahaha kalau la korang boleh tengok muka Nina Albino ni memang la korang gelak tahap gaban.

          “Razif.. Ra..Razif..” kenapa pulak la Nina Albino ni tergagap-gagap. Aku.. Aku dah tak tahan nak gelak dah ni.. hahahahahahaha.. Berair mata aku..

          “Seronoknye gelak ‘kak’ Laili.” Gulp.. suara tu.. hanya dia je panggil aku Laili. Alamak, Razif dah dengar ke semua yang aku cakap tadi??? TTTTidakkkkk.... T_T

          Aku tayang muka selamba. Angkat-angkat kening sikit... Hehehe macam baguih je aku ni.. Padahal sem 1 pun tak lepas... Nina Albino, aku tengok dah telan air liur.. Takutlah tu.. mestilah takut.. aku pun sama.. si Razif ni memang la nampak sopan tapi mulut dia... Nauzubillah...

          “Ni Albino, cikgu Zaila suruh kasi. Dia ada hal.. kena pergi hospital suami dia sakit..  Bytheway.. ‘akak’ Laili... dengar cerita akak kena repeat sem 1 kan... Saya yang handsome lagi baik hati ni nak kasi tuisyen percuma.. Akak nak ke?” tanya Razif dengan muka tak boleh blah.  Aku rasa nak termuntah je part ‘Saya yang handsome lagi baik hati..’ Ughh.. tau la handsome.. handsome ke???

          Nina Albino kasi hint suruh aku terima je tawaran tu. Yelah budak paling pandai dalam sekolah nak ajar tak kan nak say NO pulakkan... Aku pandang muka Nina, Aku pandang muka Razif.. Alamak.. Razif ni kasi double jerk pulakkkk... Ni yang hangin ni! Mencabar kesenioran aku ni! Aku yang pantang dicabar apa lagi! Terima!!!


*****


          Makkkkkk~!! Kenapa, mengapa dan bagaimana aku boleh terima pelawaan budak berlaguk tu??? Tidak, tidak.. huhuhu tulah orang tua, muda, semua dah cakap... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hump... jawabnya memakan dirilah..

          Aku tak boleh bayanglah.. macam manalah si Razif tu nak ajar aku.. Huhuhu mesti nanti aku asyik lawan cakap dia.. Hehehe biasalah kalau dah musuh mesti ada lawan-lawan sikit.. Cuma versi aku lawan mulut jelah.. takkan nak bergusti pulak.. walaupun aku ‘besar’ sikit dari Razif dah tentu-tentu aku perempuan... Perempuankan lemah.. so memang kalah la aku.

          “Along, ni adik kawan kamu ni, apa ke nama dia.. Hah, Razif datang. Dia kata kamu tuisyen dengan dia! Cepat sikit siap tu.. kesian dia tunggu lama!” jerit ibu aku dari bawah. Aik.. baru je aku sebut-sebut dah muncul mamat berlaguk tu.. Spoilllll~!!!!

          “Hump.. kau ni memang jenis tidur petang ke hippo Laili??” sindir Razif berlaguk. Aku ketap bibir. Ingat dah lama tak jumpa dia dah lupakan Hippo tu. Rupanya kuat betul ingatan dia tu.. patutlah bolot A dalam semua subjek.

          “Haah..  kenapa? Ada masalah? Kalau aku tidur petang pun ada je orang nak dekat aku..” saja je aku ni.. Kan ke dah merah muka mamat berlaguk tu...

          “Heh, tak sangka aku.. Hippo macam kau pun ada orang nak ke Laili?” Pedas betullah ayat mamat berlaguk ni! Aku rasa nak tangan-tangankan, kaki-kakikan je budak muda setahun ni...

          “Dah-dah.. hal aku tak payah nak masuk campur.. kita study sama je.. Betul ke free?” tanya aku, ragu-ragu. Bukan apa kata-kata Razif ni bukan boleh percaya, banyak auta dari fakta.

          “Hump.. bukak buku sem 1 kau. Kita mula dengan pengajian Am.” Ujar Razzif dengan muka yang aku tengok macam bosan je... Takkan bosan kot...

          Suara Razif ni bukan nak mengajar.. ni suara nak dodoi aku ni. Mata aku mula memberat. Memang sedap betul suara Razif ni. Aku cuba tahan katuk yang datang tiba-tiba. Aku tengok muka dia. Mata sedang-sedang, tak bundar tak sepet.. cantik je.. Bulu mata melentik, sekali aku tengok macam budak perempuan dua kali aku tengok macam mata curi... tiga kali aku tengok baru tahu itu mata Razif. Hahaha buang tabiat betul aku ni. Aku tengok pulak hidung dia.. fulamak.. mancung beb.. tapi mancung sedang-sedang yang sedap mata memandang.. bukan yang macam Mr. Bean tu.. Mulut dia.. Nak kata merah tak merah tapi sah dia tak hisap rokok.. Memang type aku.. Aik.. main type-type pulak.. ingat typewritter ke Laili??

          “Puas tenung muka aku?” soal Razif yang asyik menulis. Aku kira soalan untuk menguji minda aku yang dari tadi tak masuk apa-apa.. Malu dehhhh.. huhuhu aku buat muka selamba.. double jerk aku kasi.. saja nak menguji kening aku yang cantik ni.

          Tiba-tiba saja muka si Razif ni merah. Takkan marah kot.. ke aku yang cumel sangat. Ahaks tak malu betul aku ni..

          “Dah la.. kau ambik nota-nota ni semua.. Aku jamin kau paling tidak boleh dapat principal.. Aku tak boleh nak terus ajar kau..” habis sahaja bercakap Razif terus berlari keluar. Aku angkat bahu. Suka hati kaulah Razif.. Asalkan bahagia. Sejak bila aku ambil berat tentang kebahagian mamat berlaguk tu? Ughh... malas nak fikir.. baik aku study..


******


          “Weih, esok kau keluar dengan aku tau.. Sayam aku dah balik dah.. dia cuti sem.” Nina Albino kelihatan pelik.

          “Sayam? Sayam mana pulak ni?” tanya  Nina Albino dengan muka pelik. Aku tahan gelak.

          “Sayam akulah.. si Alif tu.. Diakan belajar dekat UM.. sekarang dah cuti. Esok dia nak ajak aku keluar.. kebetulan pulak esok Sabtu. So kau ikut ye...” ujar Aku sekali nafas. Fuh~!! Hebat betul aku ni.. Ahaks..

          “Ye ke? Hehehe aku on je mesti makin hensemkan si Alif tu..” Nina Albino mula la berangan. Aku tak tahan gelak. Akhirnya aku gelak jugak.. Tahu sangat Nina Albino ni tangkap cintan dengan sepupu sepapat aku tu..


          Hari Sabtu ni terasa indah sangat.. Mana tak indahnya.. Sepupu kesayangan aku nak bawak aku jejalan kat Jusco tu.. Hahahaha duit aku konfem tak payah keluar. Alif tu memang terkenal dengan gentlemen dia tu.. So safe la poket kesayangan aku ni...

          Tengah aku seronok jalan dalam Mall ni.. tetiba je kaki aku tersangkut dekat kaki malaun mana tah.. Nasib baik tak jatuh.. Alif sempat tangkap aku. Tapi malu doh... kena peluk depan orang ramai. Nasib baik darurat. Si Nina ni asyik gelak je karang aku bantai kang terus tak boleh gelak karang..

          Aik... tu bukan ke Razif? Kenapa dia kepal penumbuk? Marah aku ke? Tapikan aku dah lama tak jumpa dia...  Tapikan.. handsome giler la muka mamat berlaguk tu.. Sweet lovely je aku tengok.. rasa nak gigit-gigit je.. Laili!! Astaghfirullahal’azim....


******

“Wahhhh~!! Akhirnya... akhirnya.. sijil STPM aku tak de gagal~!!” kali ni memang aku tak cover malu dah. Lantak la bekas junior aku nak gelak ke apa.. asalkan aku LULUS dengan JAYAnya.. Hehehe Dah 3 bulan aku cuti akhirnya penantian yang menyeksakan ini membuahkan hasil yang begitu baik.

Tak sia-sia nota Razif aku pulun sampai terkoyak rabak. Air mata mula mengalir. Nina Albino pun turut menangis tengok aku yang kalah Miss World dan ratu segala drama, Drama Queen.

“Ehem, ehem.. Assalamualaikum..” Alamak merdunya suara Razif sekarang ni.

“Waalaikumsalam..”aku menjawab malu-malu.

“Aku nak cakap sikit dengan kau..” ujar Razif. Aku pandang Nina, dia angguk menyuruh aku ikut Razif. Aku pun rela tak rela ikut jugak.. padahal aku terlebih rela ni..

“Kau ada hutang dengan aku..” ujar Razif serius. Aku pelik bila masa pulak aku hutang dengan dia..

“Hutang apa?”

“Hutang nota. Kau guna nota akukan? Tu yang kau dapat A untuk 4 subjek sem 1 tu.. So aku nak kau bayar..”

“Bayar? Bayar macam mana pulak.” Memang betul pun aku guna nota dia batu berjaya macam ni.. So aku reda dia mintak duit aku pun..

“Jadi awek aku..”

“Hah?! Aku, kau??!” dia angguk.

“Aku, kau?” tanya aku lagi.

“Ye.. aku.. kau..” dia dekatkan dua jari telunjuknya.

“Aku? Yang chubby ni? Kau?” tanya aku lagi.

“Yes, Laili, Razif in love with you... Aku, kau!!!’ jerit Razif. Aku dah malu tahap gaban ni.. Dahlah dalam sekolah.. Hish, sengal betul mamat berlaguk niiii~!!! @_@

“Aku, kau??!” sekali lagi aku soal meminta kepastian.


Razif mengangguk sambil tersenyum manis. Membuat aku turut mengukir senyuman. Perlahan aku turut mengangguk.



#_#_#_#_#_##_##_#_#_#_#_#_#_#

Hehehehe entah macam mana boleh muncul cerita ni.. Tengah tension sebenarnya.. padahal Asyu tengah bengang ni.. tetiba je kuar cerita kelakar.. silaLAh BACA^^ and KOMEN yeeee

12 comments:

  1. Lupe plak nak kasi tau.. ni my first time tulis cerpen guna sudut pandangan 'aku' macam pelik pulak rasanye... tapi ok kot?? >_<

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum syu...bagus cerpen tu..ketawa gk membacanya..unsur2 mengumpat tu mmg biasa je..hihihi..bab chubby tu mmg ketara sgt..syu memilih tp malu..tp keseluruhannya cerpen ni sng di baca rengkas n mudah di fhmi...nnti ku baca cer[en yg lain polak..tq..wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ketam hehehehe... erk... ketara ye hahahaha

      Delete
  3. Kak syu!!! Best le!! * x jd bce lps exam..hihixD

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tiera... hehehe jadi baca lepas exam ye.. hahaha x pe la baca2 jugak.. study jgn lupe tau ^_6

      Delete
  4. asyu kenapa cerpen ni mcm nk mnceritakan ttg asyu jek hihi...tp best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x la.. nampak cam tu sbb guna dari sudut pandangan aku.. hahaha x berani la nak wat kisah hidup sendiri.. hidup asyu ni busan je.. x de yg menarik :)

      Delete
  5. kak syu..kid suka laa kak syu ni..nanti update citer bnyk2 k..kid sedia mnjadi pembaca tetap..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kid... huhuhu ni yg kak syu suka ni.. ye ke dah sedia menjadi pembaca tetap.. hahaha.. tgk la abis exam cam ne.. insya-Allah.. kak syu buat byk2

      Delete
  6. Aku, kau?
    Aku, kau?
    Aku, kau?

    Phuahahah. Berapa banyak "Aku, kau?" lahh. Kann bagus kalau saya ada bakat menulis macam akak..

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)