SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Tuesday, 16 February 2016

DYH 14



 Assalamualaikummmmm
yeayyy akhirnya DYH!!!! 
lama gila tak sambungkannnnn....
maaf2 ye semuaaaaaaa....
saya sibuk...
mungkin lepas 21 ni semakin sibuk....
doakan saya fokus dan berjaya di masa depan ye!!!
terima kasih sudi baca... n... sudi ikuti kisah Leon, Vxirius dan Azalina ni yeeee



Bab 14

“Siapa kata kau boleh?!”Vxirius muncul dengan wajah yang bengis.

            “Argh, apa hak kau nak kurung dia dekat sini?”tanya Leon dengan wajah buruknya.

            “Huh. Jadi apa hak kau nak bawa dia pergi dari sini? Kalau aku tak ada hak, kau pun tak ada hak. Dia bahagia je duduk dengan aku.” Balas Vxirius malas. Azalina terkebil-kebil.

            Leon menggengam erat tangan Azalina. Azalina membalas genggaman Leon. Mereka berpandangan seketika. Dari sirna mata Azalina, Leon tahu gadis itu tidak bahagia duduk disitu. Vxirius mendengus kasar. Sakit hati dengan pemandangan yang terhidang di depan matanya.

            “Kau nak aku bunuh dia ke Azalina?”tanya Vxirius dengan wajah hodohnya. Azalina menutup mata. Dia tak berani melihat wajah Vxirius itu.

            “To...tolong lepaskan aku Vxirus...” rayu Azalina perlahan. Dia ingin pulang. Dia mahu pulang...

            “Argh! Semua manusia memang pembohong!!!” jerit Vxirius lantang. Marah mula menguasai diri. Kenapa? Kenapa manusia ini pendusta semuanya?

            “Dia lain! Kau tu makhluk yang keji!” balas Leon mendesis perlahan. Tidak puas hati Azalina ditemplak sebegitu.

            “Aku nak balik... Please... aku nak balik...” rayu Azalina dengan linangan air matanya. Vxirius terpaku. Tangan dirapatkan ke dada. Terasa sakit di situ. Namun gangguan itu ditolak ke tepi. Yang penting manusia itu tak boleh jauh darinya. Tak boleh!

            “Kau nak balik? Balik ke mana? Huh...” balas Vxirius menyindir. Azalina terpana. Ya, dia mahu balik ke mana? Ingatannya mengenai dunia asalnya sudah mula pudar. Dia sudah keliru, tidak pasti sama ada dunia ini dunia yang hilang atau sekadar imaginasinya sahaja.

            “Azalina? Hei... jangan percaya kata-kata dia! Dia pembohong yang sebenarnya!” Leon menolak-nolak bahu Azalina yang kelihatan terpegun.

            “Tapi dia betul... aku dah lupa... aku dah lupa Leon...” tangis Azalina. Dia lupa... dia ada keluarga ke? Atau dia memang selalu begini ditemani Leon atau Vxirius?

            “Tak... kau tak lupa. Cuma... kau terlupa. Kalau kau ikut aku nanti mesti kau ingat balik....” ujar Leon memujuk. Ya, tinggal di istana Vxirius juga membuat ingatan Azalina semakin lemah. Dia perlu pergi jau dari sini.

            “Hahaha kau ingat senang ke kau nak ingat balik?” tanya Vxirius sambil menayang sengihnya yang menakutkan itu.

            “Aku akan pastikan dia ingat balik! Aku janjilah!!!” jerit Leon kuat apabila Vxirius tak henti-henti memprovok Azalina.

            “Betul ke? Kau janji?” tanya Azalina sambil memegang tangan Leon. Leon mengangguk. Azalina tersenyum. Dia pantas bangkit menuju ke sisi Leon. Vxirius mengetap bibir. Marahnya tak dapat dibendung. Tangan mengeluarkan bebola api. Tanduk mula tumbuh dikepalanya. Tajam dan hitam. membuat Azalina semakin takut untuk melihat Vxirius.

            “Kau sepatutnya tinggal di sini!!” jerit Vxirus. Bebola api itu dilemparkan ke sisi Azalina. Leon pantas mencempung Azalina lantas di bawa lari.

            Vxirius gigih berlari mengejar mereka. Azalina seakan tersedar. Tempat yang dia tinggal selama dia diculik hanyalah tempat yang kelam dan dipenuhi batu-batu besar lagi sejuk. Azalina tergamam. Pasti dia dibawah lindungan jampi Vxirius sepanjang dia tinggal di situ.

            Vxirius gigih mengejar mereka. Leon mempercepatkan lompatannya. Di samping itu dia mula mengaktifkan kuasa untuk mewujudkan portal ke tempat lain.

            Kuasa portal ini jarang digunakan Leon, kerana memakan kuasa yang banyak. Kadang-kadang Leon kehilang tenaga sehingga seminggu lamanya. Azalina mula terasa lain. Badan Leon menjadi panas. Mereka bagaikan berada dalam gelembung udara yang hangat. Keadaan mula kabur. Azalina menghulurkan tangan ingin menyentuh gelembung itu. Terasa bagaikan menyentuh permukaan air. Muka dipaling ke belakang Leon. Wajah Vxirius juga semakin kabur. Dalam sekelip mata gelembung angin itu bercahaya kuat hingga menyakiti anak matanya. Azalina memejamkan matanya.

-

            Sunyi. Azalina membuka matanya perlahan. Leon sudah terdampar di dahan pohon besar yang selalu dia hinggap semasa memikirkan ke mana Azalina di culik. Azalina pula terduduk di atas tanah. Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Keadaan di situ berwarna merah.

            Merah tanah. Semuanya merah. Termasuklah dedaun  dipohon itu. Pelbagai jenis merah boleh dilihatnya. Azalina sedikit terpesona melihat pemandangan alam yang indah ini. ketakutannya dan kerisauannya terhadap keadaannya yang lupa akan dunia asalnya sedikit hilang.

            Azalina merasa haus. Segera dia melangkah ke anak sungai. Air sungai itu juga berwarna kemerah-merahan. Dia jadi takut untuk meneguk air itu. Jadi ragu-ragu. Entah beracun ke tidak air itu. Selamatkah untuk  dia minum?

            “Minum ajelah...” perlahan Leon bersuara. Azalina sedikit melompat terkejut akan teguran Leon.

             “Selamat ke?”tanya Azalina meminta kepastian. Leon yang masih terbaring dan terpejam matanya mengangguk.

            “Betul ke?” tanya Azalina lagi.

            “Ei.... Betullah!!!” marah Leon. Azalina mengembungkan pipinya. Itulah orang dah kata sekali, dia pergi tanya, tanya dan tanya lagi... kan dah kena marah. Eh... Leon ni bukan orang... tapi vampire la...

            Azalina menangguk air itu. Berwarna merah seakan darah. Tetapi tak mempunyai bau. Diteguk sedikit dari takungannya itu. Manis. Rasa seperti air stawberi. Semakin laju Azalina menghirup air di takungannya.

            “Ha ha ha sedap sangat ke?” tanya Leon yang hanya memerhati dari atas pohon itu.

            “Sedap betul! Er... Leon.... Aku masih tak ingat. Tetapi aku rasa kita macam ada tujuan je ke sini...” ujar Azalina sedikit termenung.

            “ Kita mahu berjumpa dengan kaum Leaxure. Untuk mencari jalan pulang kau...” ujar Leon. Tangan masih setia di dahi. Dia masih lemah. Begitu banyak kuasa yang telah dia gunakan untuk mewujudkan portal tadi.

            “Kau tolong aku ke?” tanya Azalina lagi. Dia benar-benar tak ingat apa yang  telah terjadi.

            “Ye... tapi aku akan bunuh kau nanti.” Balas Leon dengan nada biasa. Azalina agak terkejut mendengar kata Leon. Namun badan dan hatinya masih relaks. Bagaikan benda itu tak mungkin terjadi.

            “Oh... okay.” Balas Azalina perlahan sebelum menyambung mengisi perutnya dengan air berwarna merah itu.

            -

            “Kau dah okay ke?” Azalina yang dah mula bosan bertanya kepada Leon. Leon merengus perlahan.

            “Aku tak okay lagi. Kau pergilah jalan-jalan ke apa ke? Nanti aku dah okay aku cari kau dan kita teruskan perjalanan...” ujar Leon. Azalina mula teruja. Berjalan-jalan? Memang dia nakkkk sangatttttt! Tempat berwarna merah ni bagaikan ada seribu rahsia yang boleh Azalina cungkil!

            “Okay. Nanti cari aku tau!” ujar Azalina sambil melalui denai kecil itu. Matanya melilau ke kiri dan kanan hutan itu. Cantik. Terdapat bunga-bunga halus berwarna merah ke merah jambu tumbuh melata di pangkal pokok-pokok besar. Cantik sangat.

            Azalina ralit melihat bunga-bunga dan tumbuhan yang ada hingga dia tidak sedar dibelakangnya ada makhluk yang besarnya melebihi 7 kaki. Bayang makhluk itu melindungi dirinya. Azalina sedikit pelik, tak akan dah malam?

            “Leonnn!!!” jerit Azalina. Terkejutnya dia melihat makhluk 7 kaki itu. Seperti manusia bentuknya, tetapi kakinya lebih kepada kaki gajah, matanya bermata satu. Air liur sentiasa meleleh membasahi pipi.

            Troll! Ya troll, Azalina tahu itu Troll. Makhluk rekaan yang sentiasa ditayangkan dalam movie-movie magical. Makhluk yang sensitif tetapi pengotor. Sentiasa menginginkan perhatian dari makhluk lain. Azalina terpaku. Leon masih tidak muncul. Mungkin tidak pulih lagi.

            Troll itu mendekati Azalina. Tubuh Azalina dicuit-cuit dengan tangan gergasinya. Azalina cuba mematikan diri. Namun gementar lebih mengusai dirinya. Air mata mula mengalir.

            “Oo... kesiannya. Kenapa awak menangis?” tanya Troll itu dengan suara garaunya. Semakin kuat esakan Azalina. Troll itu menjadi panik, lalu Azalina didukung bagaikan bayi dan dibuai-buaikan.

            “Janganlah menangis. Saya tak suka tengok makhluk secantik awak menangis.”  Pujuk Troll itu. Azalina semakin reda tangisannya.

            “Maaf... saya terkejut tengok awak..” jawab Azalina sedikit gagap. Makhluk itu mengukir senyuman (walaupun  hakikatnya makhluk itu sekadar menayang gigi yang sudah berulat), Azalina membalas sopan.

            “ Tak apa... kenapa awak seorang diri kat sini?” tanya Azalina selepas dirinya hilang terkejut dan gemuruh.

            “Saya sedang berjalan-jalan. Sambil-sambil itu saya mencari telur burung Wsie. Telur itu sangat sedap.” Cerita si Troll.

            “Oh... teringin saya mendengarnya...” ujar Azalina. Si Troll pun melompat suka.

            “Jom saya bawa awak. Kita cari telur itu dan gorengnya di atas batu berapi.” Kata si Troll sambil membantu Azalina berdiri.

            “Boleh ke saya ikut awak? Saya memang kebosanan ni...” balas Azalina riang. Memang Troll ini makhluk yang agak menggelikan tetapi Azalina sangat-sangat kesunyian ketika ini.

            “Boleh. Bukannya lama mana pun...” pujuk si Troll. Azalina mula mengikuti langkah troll yang tingginya lebih 7 kaki itu.

-

            Leon masih tidak mampu bergerak. Dia bagaikan dapat mendengar suara Azalina memanggil namanya. Dalam keadaan tak berdaya Leon cuba mengumpulkan kembali tenaganya. Mengapalah dia menyuruh manusia itu berjalan-jalan...

            “Aduh... aku kena cari manusia ni... karang ada juga yang mati dibaham makhluk-mahkluk yang ada dalam hutan Xric ini.” ujar Leon kepada dirinya sendiri.

            Hampir setengah jam barulah Leon dapat duduk. Dia cuba menggerakkan kakinya masih tak berdaya. Matanya melilau. Menggunakan pandangan pekanya dia cuba melihat jauh ke dalam hutan Xric ini. entah ke mana manusia seorang ini menghilang.

            Deria baunya turut dikerah. Bauan Azalina di kesan. Namun terdapat bau busuk seperti makhluk.... Troll?!


            “Jangan kata Azalina ikut Troll tu!” dengan perasaan tak menentu Leon memaksa dirinya bangkit. Dengan langkah yang goyah. Leon cuba mengikuti ke mana bau itu menghilang. Janganlah Troll itu makan Azalina!!!

Thursday, 4 February 2016

Sesuci, Nur Hanan ~Bab 1~


cover by Ain Mat Salleh

Assalamualaikum... Apa khabar semua? maaf lama tak update... Bukannya tak nak tapi kekangan masa...

Oh ye sementara asyu nak siapkan DKAKUS Asyu up cerita BARU tajuknya SESUCI, NUR HANAN. mengisahkan seorang anak haram. Well... pasal apa? hahaha kena la baca... Actually cerita ni dah naik sampai bab 2 kat fb... Tapikan... Syu ubah balik. so x de prolog dah... Ada bab 1... yang lain2 nnti Asyu up ye....

terima kasih sudi baca :)


Bab 1

            Sayu mula menghambat diri si kecil. Bajunya yang lusuh dipegang erat. Air mata mula bergenang, sedih melihat anak-anak seusianya bermain riang di taman permainan itu. Namun, air matanya di tahan. Dia perlu kuat. Bak pesan ibunya, anak sulung seharusnya cekal, kuat, tabah... supaya adik-adik yang masih kecil juga kuat, tabah dan cekal sepertinya. Biar kehidupan yang tidak selalu bahagia ini berjaya mereka harungi. Walaupun dirinya masih kecil, dia ingin menjadi contoh kepada adik-adiknya dan menjadi anak yang menyenangkan hati ibunya.

            “Kakak... kenapa ye dia orang boleh main dekat situ? Kenapa bila Ansar nak main... dia orang marah-marah?” tanya si adik, mulutnya muncung. Tanda tidak puas hati. Hanan terkelu. Dia juga pelik. Apa salah adik-adiknya?

            “Hah! Angah tahu... sebab.... sebab... baju Ansar kotor kot?” balas Laili. Ansar membuang pandang ke padang. Air mata mula bergenang. Tak puas hati dengan kenyataan Laili. Pantas Hanan memeluk tubuh kecil adiknya, diusap-usap kepala adiknya itu.

            “Angah tipu! Kakak basuh la baju adik hari-hari. “ bidas Ansar dengan muka melekap ke baju Hanan.

            “Alah... memanglah basuh hari-hari. Tapi... Ansarkan suka main tanah. Tanah tu kalau kena dekat baju... kotor la baju tu!” Laili menayang muka bijaknya.

            “Taklah... bukan sebab baju. Ni semua salah kakak. Jom balik! Karang kita lambat, abah marah pulak...” ajak Hanan. Mukanya mendung. Dia tahu adik-adiknya tak ada salah pun. Hanya kerana dia... Nur Hanan binti Abdullah. Mereka dipandang serong. Kerana dia...

-

            Perkarangan rumah kosong. Namun mata Hanan cekap melihat sepasang kasut boot hitam. Abah! Mata Hanan mula meliar. Perutnya mula kecut. Dia panik.

            Pintu terbuka. Abah berdiri dengan tali pinggang di tangan. Pantas adik-adik menyorok dibelakangnya mencari perlindungan dari bapa mereka yang sering dihembus bisikan syaitan. Abah, iaitu Mukhriz, tersengih melihat wajah ketakutan Hanan.

            Wajah Hanan berubah menjadi pucat. Ketakutan menyelebungi dirinya. Dalam masa yang sama adik-adiknya cuba ditolak ke dalam rumah. Jangan sampai amarah abahnya itu terluah kepada adik-adik yang masih kecil, yang masih naif untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.

            “Kau tahu apa salah kau?” tanya Mukhriz. Tali pinggang direntap-rentap. Hanan terkejut. Tersentak-sentak bahu dia setiap kali Mukhriz merentap tali pinggang itu. Pantas Hanan mengangguk.

            “Kalau kau tahu salah, kenapa kau buat?! Hah?! Kenapa?” jerkah Mukhriz. Wajah kecil itu pandang penuh rasa benci. Hanan menelan liur.

            “Ma... maaf.” Bisik Hanan tergagap-gagap. Mukhriz menjeling Hanan. Amarahnya mula menggila. Syaitan-syaitan mula bersorak riang berjaya membuat anak Adam hilang rasa sabar.

            “Maaf, maaf! Itu je yang kau tahu!” tali pinggang dilibas ke dinding rumah. Adik-adik ditolak laju masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja adik-adiknya lepas ke dalam, Hanan cuba melarikan ke dalam rumah. Namun tangan Mukhriz lebih pantas.

            “Aku dah pesan jangan keluar rumah! Berapa kali aku nak cakap?! Sebab kaulah, anak-anak aku pun tercalit sama kotor kau tu. Anak-anak aku di caci, dihina! Padahal kau lah yang hina! Tak faham-faham bahasa! Kau tu pun bukannya anak kandung aku. Anak sedara bini aku je! Aku tak faham kenapa si Midah tu nak sangat bela kau. Kononnya nak bela sebab tak nak tanggung dosa la... kau tu dah sah-sah anak luar nikah! Haih! Biarlah nak jadi apa kat kau. Entah-tah nanti kau ikut jejak mak kau pulak bila dah besar nanti.” Tengking Mukhriz. Tali pinggang diusap-usap. Matanya penuh dengan kebencian.

            “Ha... Hanan mintak maaf...” ujar Hanan teresak-esak. Matanya menjeling takut-takut.

            “Mintak maaf? Huh... selagi kau tak dapat habuan kau ni... mesti kau akan buat lagi...” ujar Mukhriz. Tali pinggang dilibas. Hanan menangis kesakitan. Berkali-kali tali pinggang itu hinggap di tubuh kurus Hanan.

            “Puas hati aku.” Kata Mukhriz tatkala Hanan sudah mengerekot menahan sakit.  Dia mengeluarkan rokok. Pantas dinyalakan dan dihisapnya penuh rasa bangga. Bangga kerana berjaya menyakiti seorang anak kecil yang dicop sebagai anak haram.

            “Kakak! Kakak!” jerit adik-adiknya yang  masih terkurung di dalam rumah. Hanan mengagahkan diri melangkah ke pintu rumah. Adik-adiknya berdiri dengan muka yang merah. Pipi dibasahi air mata. Hancur hati anak kecil berusia 10 tahun itu melihat adik-adiknya begitu. Ketakutan.

            “Kenapa menangis ni?” tanya Hanan dengan senyuman manisnya. Namun terhias juga wajah itu dengan kerutan kesakitan tatkala kaki cuba melangkah mendekati adik-adiknya.

            “Kenapa abah selalu pukul kakak? Apa salah kakak?” tanya Laili dengan sendu-sendanya. Hanan tersenyum melihat adik pintarnya. Walaupun baru berusia 6 tahun tetapi adik perempuannya itu petah berkata-kata.

            “Sebab kakak nakal... tak dengar kata...” ujar Hanan sambil mengesat air mata adiknya. Ansar yang masih asyik menangis didukungnya. Tubuh montel Ansar hampir tak berdaya Hanan tampung. Badan Hanan terlalu kecil dan kurus untuk kanak-kanak seusianya. Bukannya ibu, atau ibu saudara Hanan, Midah menderanya. Tetapi Mukhriz. Lelaki yang dipandang sebagai ayahnya itu seringkali melayannya bagaikan kucing kurap. Apabila Midah tiada seringkali dia memberi Hanan makan sisa-sisa dia. Ansar dan Laili selalu ingin berkongsi dengannya tetapi abah mereka itu lebih pantas. Pasti berbalar badan adik-adiknya yang masih kecil itu apabila tertangkap.

            “Tipu... isk... isk... kakak baik. Kakak jaga adik dengan angah... Kakak baik...” ujar Ansar sambil memegang pipi Hanan. Hanan tersenyum. Dia hanya mampu tersenyum.

            “Angah benci abah!” Laili menunjukkan reaksi benci. Hanan terkejut. Dia tak mahu adiknya membenci bapa kandung mereka. Tak tertanggung dosannya nanti.

            “Bukan salah abah... kakak degil. Abah dah kata jangan keluar. Jangan keluar... tapi akak keluar jugak. Jangan benci abah ya... abah...” kata-kata Hanan terhenti apabila tubuh susuk Mukhriz berada di depan pintu.

            “NUR HANAN! Ke sini kau!” jerkah Mukhriz. Mukanya merah menahan amarah. Bengang bercampur geli tatkala bibir kecil itu mengelarkan dirinya ‘abah’. Sudah dari usia Hanan 4 tahun, seawal perkahwinan dia dan Midah, dia mengharamkan panggilan abah itu dari dituturkan Hanan. Degil! Degil! Budak tak kenang budi ini terlalu degil!!!

            “Ma... ma.... maafkan...sa...” tak habis dia bercakap, tali pinggang dilibas ke badannya. Hanan terjerit sakit. Laili cuba mendekati Hanan. Cuba menghalang perangai gila abah mereka. Namun Mukhriz lebih besar, lebih tangkas, dan lebih kuat, sekali tolak sahaja tubuh kecil Laili terhentak ke dinding rumah. Hanan ternganga tak percaya. Tak percaya Mukhriz sanggup mengkasari anak kandungnya sendiri. Hanan jadi risau melihat wajah biru Ansar. Pasti adiknya itu diserang asma.

            Hanan buat-buat lembik. Agar Mukhriz cepat-cepat beredar dari situ. Selepas puas hati melihat kondisi Hanan, Mukhriz berlalu pergi. Menyampah memandang wajah anak haram itu. Anak haram tak sedar diri!

            “Adik... adik...” Hanan berlari ke arah adiknya. Tak pantas dipanggil berlari kerana kakinya sudah terseliuh di belasah Mukhriz. Sepantas mungkin Hanan menghampiri Ansar bersama ubat sedut adiknya. Pump itu didekatkan ke mulut adiknya. Lalu dengan bacaan basmallah dia menekan pump itu dua kali. Pernafasan Ansar semakin teratur. Hanan menarik nafas lega. Tubuh Ansar dipeluk rapat ke dadanya. Matanya memandang Laili yang masi menangis. Menangis kesakitan dan ketakutan.

            “Angah ok tak?” tanya Hanan. Laili mengangguk perlahan. Dia pantas mendekati tubuh Hanan. Dipeluk tubuh Hanan dari sisi. Tangan kirinya mengusap rambut ikat Ansar yang baru berusia 4 tahun itu.

            “Kesian kakak... kesian adik....” ujar Laili perlahan. Air mata mula mengalir lagi. Sungguh dalam jiwa kecilnya dia membenci lelaki yang dia gelarkan abah.

            “Tak apa. Asalkan kita bersama... kita akan berjaya melaluinya. Nanti dah besar... kakak akan jaga Laili dan Ansar...” pujuk Hanan.

            “Ibu?” tanya Laili dengan mata berharap.

            “Ya... mestilah ibu sekali. Abah?” tanya Hanan pula.

            “Tak payah! Abah tu jahat! Kakak jangan jaga abah!” Laili berkata penuh benci.

            “Mana boleh macam tu... abahkan jaga kita...” Hanan masih cuba mengubah anggapan Laili.

            “Tipu. Jaga apa? Ibu yang kerja... yang bagi baju... yang bagi makan dekat kita. Jangan ingat angah kecil lagi, angah tak tau... abah tak macam ayah orang lain. Abah tak kerja... abah jahat... abah selalu pukul kakak. Pukul Laili... Nasib baik Ansar tak selalu kena... Ansar dah la sakit...” balas Laili, bijak. Hanan terdiam. Bibirnya digigit tak tahu nak membalas apa. Apa yang Laili katakan itu memang betul. Apa dayanya nak membangkang apabila perkara itu terbentang di depan mata mereka?

            “Angah...” perlahan Hanan menuturkan gelaran Laili.

            “Kakak tak payah tipu!” jerit Laili lalu berlari masuk ke dalam bilik. Hanan hanya mampu memandang langkah adiknya itu. Ansar yang tertidur kepenatan ditepuk-tepuk biar makin lena... Moga mimpi adik, mimpi indah saja... sebab bila adiknya membuka mata, realiti kehidupan ini tak seindah yang mereka impikan.

-

            Hanan terjaga mendengar azan subuh berkumandang. Tubuh adik-adiknya yang berbaring bersebelahan dengannya diselimutkan lagi. Biar tidur lama sedikit. Dia tahu adik-adiknya tidak tidur lena. Mujur juga ibu pulang selepas dia mengangkat adik-adiknya ke tilam. Dia tak mahu menambahkan kerisauan ibu, beban yang ibu tanggung sudah cukup berat.

            Selesai menunaikan solat, Hanan mencapai minyak gamat. Perlahan seluarnya dinaikkan. Penuh dengan birat-birat kesan dari libasan tali pinggang abah. Tangan Hanan terketar-ketar menyapu minyak ke kesan itu. Bibirnya digigit kuat, air mata mengalir tanpa sebarang esakkan.

            “Hanan dah bangun?” tanya Midah. Hanan pantas menjawab.

            “Dah ibu. Kejap lagi kakak tolong ibu ya...” balas Hanan. Nasib baik ibu tak masuk ke dalam biliknya, kalau tidak pasti hati ibunya luluh melihat birat-birat ini.

            Hanan keluar dari bilik dengan baju sekolah yang lengkap. Sudah kusam tetapi bersih. Ibunya bijak mendidik, biar tak berduit tapi bersih.

            “Kasihan anak ibu ni. Dah lah bangun awal, kena tolong pulak ibu buat karipap pula.” Ujar Midah dengan penuh rasa bersalah. Nur Hanan anak kepada arwah adiknya. Bapa kandung Hanan tidak dia kenal siapa. Menurut teman baik arwah adiknya, lelaki itu sudah berhijrah keluar negara. Entah hidup entah tidak... biar sahajalah. Hanan anak yang baik...

             “Eh, apa pula ibu ni... Hanankan anak ibu... Hanan wajiblah tolong ibukan?” tanya Hanan dengan muka comelnya. Sebelum mengelim karipap Hanan melapik dahulu bajunya dengan plastik yang dipotong dua agar menutupi seluruh bajunya.

            “Hm... ya. Hanan anak yang baik. Ibu yakin masa hadapan Hanan cerah. Belajar rajin-rajin ya Hanan.” Pesan Midah sambil tersenyum. Hanan terjangkit senyuman ibunya.

            “InsyaAllah bu... Doa ibukan diterima Allah S.W.T.” Hanan laju mengelim karipap-karipap ibunya. Cukup tiga ratus ketul dia kelim, jam sudah pukul 7.15 pagi. Pantas dia menyalami ibunya dan bergerak ke sekolah.

            Basikal tua yang ibu beli dari seorang cina yang menjual barangan terpakai di tunggangnya cermat. Sayang sekali dia dengan basikal ini. salah satu harta benda yang paling dia sayangi.

“Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua

Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua

Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu
Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa”


            Riang Hanan menyanyikan lagu itu. Dalam keasyikan dia menyanyi sampai juga dia ke sekolah. Satu tempat dia lari dari kekejaman Mukhriz... tetapi dia tak dapat mengelak dari kutukan rakan-rakan. Heboh sudah statusnya sebagai anak haram. Namun Hanan tak kisah. Dia masih boleh hidup tanpa rakan. Akan dia buktikan dia juga mampu berjaya!