Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday 19 November 2012

pengubat hatiku... 6


Bab 6




“Assalamualaikum... mak..o..mak..”Aina sudah terjerit pekik diluar pintu pagar. Itu la orang suruh bawak kunci rumah dia kata malas... malas la lagi padan muka. Puan Shahida sekadar mengeleng-gelengkan kepalanya. Anak perempuan tunggalnya memang riuh. Tapi dia gembira dengan keadaan itu berbanding diri Aina yang dulu. Bukannya dia tidak sayang pada anak perempuannya tetapi setiap kali memandang wajah Aina pasti dia teringatkan 'dia'.

Sementara itu,dibilik Along.

“Angah kita ada problem ni. AdikNa dah jatuh cinta. Aku takut kita kehilangan adik kita tu. Kita mesti lindungi dia.” Azwan sudah mundar mandir di depan adik-adiknya. Sekali tengok dah macam komander dua kali tengok macam orang tak cukup akal.

“Tapi Along sampai bila kita nak sekat kebebasan dia? Dia pun ada life.. lagipun tak salahkan kalau dia jatuh cinta?”tanya Ilya. Dia sendiri tidak suka dikongkong apatah lagi adiknya yang lagi muda.

“Kamu jangan nak merepek Ilya. Kamu tak ingat ke bila Aina jatuh cinta dia macam mana? Dia cinta matikan... kamu nak ke dia jatuh cinta sekali putus cinta mau dia hilang semangat nak hidup. Fikir la sikit Ilya.”Izwan menyampuk. Muka Azwan sudah berkerut-kerut. Adik-adiknya bertelingkah pula.
Makin lama makin bingit telinganya mendengar suara adik-adiknya yang makin meninggi.

“Oi.... sudah-sudah.. cukup-cukup sudah. Hah dah keluar lirik lagu tu.. hish korang ni.. aku suruh korang fikirkan cara nak halang dia bercinta bukan korang yang bergaduh. Cuba korang berbincang dengan tenang korang nak ke semua orang tahu yang kita ni nak sekat perhubungan tulus,murni lagi suci tu..”kata-kata Azwan mengundang ketawa dari adik-adiknya. Mukanya mula masam.

“Hah apa pasal pulak korang gelak ni?”tanya Azwan dengan muka kelatnya.

“Yelah, last sentence ko tu macam iklan minyak masak pulak...hahaha”jawab Ilman.

“Dah,dah la tu gelaknya. Ada idea tak?”tanya Azwan dengan muka yang merah memang tengah tahan geram yang melampau la tu.

“Aku ada idea apa kata kita saja yang carikan jodoh untuk Aina?”tanya Ilman. Mulut mereka semua sudah terlopong mendengar kata-kata Ilman.Tiba-tiba Izwan mengangkat tangan memberi tanda agar mereka semua diam. Suasana bilik itu berubah menjadi sunyi bagaikan ada malaikat lalu pulak.

“Kenapa bro?”tanya Ilya berbisik.

“Aina dah balik. Semua bersurai..”kata Izwan. Semuanya berdiri tegak dan memberi tabik sebelum berlari keluar dari bilik Along itu. Aina yang ketika itu sedang mendaki tangga terkejut. Ye la tak pasal-pasal semua abangnya berlari keluar dari bilik Alongnya, termasuklah Alongnya juga.

Aina dengan pantasnya mengejar Alongnya. 'Ish mesti mereka ni ada agenda tersembunyi tak boleh jadi ni....' entah macam mana Azwan melangkah kakinya tersadung kakinya sendiri. Maka terjatuh tergolek-goleklah dia di koridor rumah mereka. Aina, Izwan,Ilya, dan Ilman ketawa terbahak-bahak melihat agenda itu.. Azwan dengan muka asam terlebih masam yang dah kecut, pun bangun la sendiri dah tak de siapa-siapa nak tolong kena la buat sendiri.

“Tu la Along sapa suruh larikan dah jatuh...hahaha”kata Aina sambil ketawa. Mana taknya bagaimana aksi alongnya jatuh asyik berulang-ulang di fikirannya. Dah la jatuh macam nangka terlebih masak. Kalau buah sedap jugak kena makan tu..yummy..

“Mana la Along tak lari sungguh-sungguh dah kamu kejar along macam tak cukup tanah.”kata-kata Azwan itu mengundang ketawa yang lebih kuat dari Aina.

Malam itu, mereka adik beradik melepak di gezebo rumah mereka. Kedengaran petikan gitar dari Izwan. Manakala Azwan dan Aina asyik menyanyikan lagu ombak rindu. 'Boleh tahan sedap jugak la suara kitaorang.. ni kalau la Damien dengar suara aku mesti dia cair..'Aina ketawa kecil. Ketawa Aina itu mengundang tanda tanya dihati abang-abangnya.

“DikNa kenapa ko gelak sorang-sorang macam tak cukup akal ni..?”tanya Ilya. Yang lain turut mengangguk, mepersetujui pertanyaan Ilya. Aina hanya menggeleng. Takkan dia nak cakap kenapa dia gelak. Mampus la...

“Oh ye, AdikNa tadi kamu pergi mana?”tanya Azwan. Aina sudah berpeluh panik. Dia masih tidak bersedia mahu memberitahu mengenai Damien. Tahu-tahu la abang diakan ter'over' protect dia.
Karang tak pasal-pasal Damien kena tabuh dengan abang-abangnya.'Oh, Damien..' Aina teringat pula pertemuannya dengan Damien petang tadi.

Petang tadi..

“Okey kalau Damien sayangkan Aina. Damien kena datang jumpa Aina dekat taman permainan pukul 4.30 petang iaitu lagi 15 minit. Tapi ingat Damien kena jalan kaki.. tak boleh naik kereta kalau Damien lambat maknanya Damien tak sayangkan Aina. Faham!”kata Aina dia terus matikan penggilan takut Damien merayu dia pulak yang lembut hati.

Lagi satu minit cukup masa 15 minit yang diberikan Aina. Kelihatan dari jauh Damien sedang berlari laju. Tepat 15 minit Damien terpacul di depan mukanya. Berpeluh-peluh Damien ingat dekat ke.. dah macam maroton pulak rasanya.. Aina tersenyum senang dia menghulurkan sebotol air mineral kepada Damien.
“Hm.. memang terbukti Damien sayangkan Aina. Okey sekarang ni Damien boleh balik.”kata Aina sambil berlalu pergi. Damien ternganga. 'aik.. takkan la setakat panggil aku datang pastu blah macam tu je? Dah la aku penat tahap dewa ni... melampau'

“Aina!!!!!!!!!!!!”jerit Damien sambil berlari mengejar Aina. Aina apalagi berlari la nak menyelamatkan diri.

********************************************

“Hahahahah”ketawa Aina makin kuat. Dia ketawa mengenangkan betapa lurusnya Damien sampai mengikut kata-katanya yang tidak masuk akal. Abang-abangnya melihatnya dengan wajah yang berkerut. Azwan pantas meletakkan tangan didahi Aina. Takut Aina demam. Tapi tak panas pun kepala adiknya itu.

“Entah-entah Aina tersampuk hantu kot...”kata Ilman berbisik. Semua memandangnya tajam kecuali Aina yang masih hanyut dengan dunianya. Habis rambut Ilman serabut menjadi mangsa penderaan sekehan abang-abangnya. Dah nasib... sabor jelah...

“Aku tengok dah makin parah dah budak ni... apa kata kita angkut je dia masuk?”tanya Izwan. Mereka mengangguk setuju. Aina bukan kepalang terkejut apabila tubuhnya tidak lagi berada diatas gezebo tetapi di tangan sasa alongnya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Kelihatan abang-abangnya mengiringinya.' Dah rasa macam puteri raja pulak 'desis hati Aina.

“Along apa kena dengan korang ni...? dukung-dukung orang pulak. Aina bukannya budak kecik nak kena dukung. Lepaskan Aina”kata Aina sambil meronta-ronta mintak dilepaskan. Tapi makin kejap pula pengangan tangan Azwan.

“Ayah.. Mak tengok Along, angah, abang Ilya dengan abang Ilman ni... depe dukung Aina mak....!”jeritan Aina mengudang rasa bimbang dihati puan Shahida dan encik Amin.

“Astagfirullahalazim.. kenapa korang dukung AdikNa ni?”tanya encik Amin.

“Haah, kenapa Alongnya, kaki Aina seliuh ke?”tanya puan Shahida panik.

“Mana ada ayah,mak Aina okey je diaorang ni tak pasal-pasal dukung Aina..”adu Aina.

“Letak la adik kamu kebawah Azwan.”kata encik Amin. Azwan menurut.

“Kenapa korang dukung si Aina nni?”tanya encik Amin dan puan Shahida serentak.

“Sebabnya kitaorang ingat Aina tersampuk.”jawab mereka serentak juga. Aina ketwa melihat perkara itu.

“Tengok tu, mak ayah dari tadi ketawa macam orang tak betul tu yang kitaorang dukung tu... takut dia mental..”jelas Azwan selaku anak sulung. Yang lainya hanya mengangguk. Encik Amin hanya ketawa melihat kerenah anak-anaknya.

“Ni mesti Aina ketawa sebab teringat kes Aina dengan Raisul... betul tak apa yang ayah teka ni?”wajah Aina sudah merah menahan malu mendengar kata-kata ayahnya.

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)