SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Thursday, 24 October 2013

Semua Cerita DIGANTUNG...

     ASSALAMUALAIKUMMMMM~!!

Lek dulu.. jangan marah lepas baca tajuk tu.. DiGANTUNG means bukannya nak digantung lelama.. dalam 3, 4 minggu je.. Sebabnya Asyu nak exam ni.. Gile kau nak Asyu hadap banyak benda dalam satu masa??!




Okey Asyu janji.. Nampak x tengah buat tanda janji ni?! Janji lepas je abis exam Asyu akan fokus lak kat sini... Serius NI!! kan Asyud dah kata paling tidak nak try buat satu manuskirp antar kat memana publisher... mana tau ada rezeki..

Tapi.. dalam bulan 12 bru Asyu bebetul aktif.. sebab abng Asyu nak kahwin bulan 12 ni..awal bulan 12.. so lepas tu bru bebetul leh aktif.. 


okeylah.. bye2... have to go.. jumpa dlepas 3, 4 minggu lagi.. ^_^

Wednesday, 16 October 2013

Giveaway by Menjual Novel Melayu

 
 
Best betul contest kali ni.. jom la join mana tahu luck korang hehehe.. ^^
 

Puteri Hatiku 5

BAB 5

PUTERI HATIKU >u<


Orange melangkah keluar rumah lebih awal dari semua yang ada. Kira dan Robert masih dihanyut lena. Dalam kepala Orange sudah tersemat satu idea yang nakal untuk mencari orang yang dicari-cari Robert.

Kawasan sekolah masih lagi kosong, Orange melangkah riang. Seronok betul dia, macam sekolah tu bapa dia yang punya, tapi... memang bapa dia yang punya. Sekolah Menengah TP ni memang diwujudkan khas untuk Tuan Puteri negara Swerd tetapi disebabkan ahli sihir durjana Luzx Orange terpaksa berada diistana sepenuh masa. Jika tidak, pasti Orange dapat bersekolah dan berkawan dengan rakan yang sebaya dengannya.

Disebabkan masih awal Orange pergi berjalan-jalan di sekitar kampung itu. Orange berjalan sambil bersiul-siul kecil. Seronok benar dia, dia memang mahu menolong Robert mencari orang yang dikira pelindungnya. Dia singgah di sebatang sungai yang mengalir deras. Matahari yang mula memancar lembut, kelihatan cantik di permukaan air sungai itu. Mengenangkan masa yang masih awal, Orange berbaring ditepi sungai seronok juga menikmati cahaya pagi. >-<


Sementara itu...


Robert mengeliat sepuas hatinya. Rasa lega pula berada di rumah tuan puteri. Tidak seperti diistana, perasaannya asyik diganggu dengan perasaan risau. Risau dengan puteri Orange yang sememangnya clumsy.

Dia melangkah ke ruang tamu, puas hatinya melihat ruang itu terjaga. Tiada lagi barang yang bersepah-sepah. Kemudian Robert membawa diri ke dapur mahu menyiapkan sarapan istimewa untuk Orange. Keadaan yang bising menyebabkan Kira terjaga.

Bengang pula Kira rasa tika ini. Awal-awal pagi dah keletang keletung, bising! Dengan perasaan yang sebal Kira melangkah ke bilik air. Mahu membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah.

Robert yang sudah selesai memasak memanggil Orange dan Kira. Dia sekadar menjerit, malas pula nak ke atas. Sementara menunggu kedua-duanya muncul, Robert menyandar malas ke sofa yang empuk itu. Rasa nak tertidur pula bila meletakkan kepala di sofa yang empuk ini.

“Hm... Sedapnya bau! Robert kau masak apa?” tanya Kira yang sudah melangkah ke meja makan. Disuap sup cendawan buatan Robert ke dalam mulutnya. Sungguh, lazat!!!

“Apa yang kau nampak, itu yang aku masak! Mana Tuan Puteri?” tanya Robert yang masih bersandar di sofa itu. Kira mencebik, tanya pun nak marah-marah..

“Manalah aku tahu. Tadi bilik dia kosong aku ingat dia dekat bawah la..” ujar Kira dengan mulut yang penuh dengan rotinya. Masih ralit dengan roti dan sup cendawan.

“Pergilah panggil dia sekejap.. “ arah Robert yang sedang bersenang-senang di sofa. Kira merengus kasar. Nak melawan takut pulak. Yelah kalau tengok badan dia dengan Robert memang dia kalah sebelum waktunya.. hehehe..

Kira melangkah ke atas. Ni satu lagi hal yang dia tak suka.. TANGGA!!! menyampah betul dia dengan tangga kat rumah ni. Kalau kerabat raja ni tinggal dekat rumah setingkat aja tak boleh ke? Nak jugak yang bertangga-tangga. Menyampah tau tak?!!!

Dengan nafas yang termengah-mengah (maklumlah, dia ni lemah sikit kalau bab panjat memanjat tangga ni..) Kira mengetuk pintu bilik Orange. Senyap sepi bilik Orange. Kali ini Kira mengetuk pintu dengan lebih kuat. Sekali lagi tiada sahutan dari Orange. Pantas sahaja Kira yang tengah bengang membuka pintu. Kosong!!! Mana pulak si Orange ni pergi?!! Kira pantas mencari si tuan puteri. Habis semuanya digeladah, puteri Orange tetap tiada.

Kira pantas berlari ke bawah. Mencari kelibat Robert. Kali ni memang masalah negara! Robert yang sedang seronok bersantai-santai di sofa tersentak melihat Kira tercungap-cungap. Takkan penat sangat cari Orange?

“Orange.. Puteri.. Swerd... Hi.. hi..” tidak terlepas apa yang mahu diungkapkan Kira.

“Hi.. hi.. hi apa?” tanya Robert dengan muka berkerut.

“Hilang!” ujar Kira sekali nafas.

“Apa? Biar betul?” kali ini Robert pula berlari satu rumah mencari Orange.

“Cepat! Kita pergi cari dia!” ujar Robert memberi arahan. Kira menelan air liur baru sahaja dia nak merasa sesudu sup cendawan itu.

“Hah apa tunggu lagi?” teriak Robert yang sudah berada diluar rumah. Kira memandang sayu sup cendawannya. Haih, dah nasib.. ~|=_=|~

Pada saat itu...

Orange terjaga apabila terasa hari makin panas. Pantas dia mengerling jam ditanganya. Alamak~! Dia dah lambat! O0O.

Orange pantas bangun dan berlari ke sekolah. Lupa terus dia dengan niatnya kenapa keluar senyap-senyap dari rumah.

Dalam perjalanan Orange tersandung batu. Terjatuh dia. Apalah nasib si Orange ni asyik jatuh, jatuh, dan jatuh! Tangannya penuh dengan darah. Sikunya sedkit terkoyak. Ternampak isi disikunya.

Orange hampir menangis. Takut dia melihat luka yang agak dalam itu. Tiba-tiba sepasang tangan ada didepan matanya. Orange teragak-agak menyambut tangan gadis itu. Gadis yang kelihatan sungguh comel.

Gadis itu tersenyum dan hanya tersenyum. Entah apa yang gadis itu hembuskan Orange tidak tahu. Tiba-tiba sahaja dia sudah tidak sedarkan diri.



Sunday, 13 October 2013

My Blog Bertukar rupa LAGIIII

 ASSALAMUALAIKUM!!! (jawab tau tak jawab dosa!)



Ye Seperti yang dapat dilihat di blog dan seperti tajuk entri ni.. My Blog berTUKAR rupa lagi sekali.. hehehe 

Dah macam kemaruk pulak tukar background bagai ni.. :3

Ye.. ye kepada peminat RunningMan mesti kenal kan siapa lelaki kat belakang tu?? Tapi kepada yang tak tengok cerita tu and tak pernah tengok lelaki tu.. Lelaki itu namanye >>> Lee Kwang Soo.

Hehehe he is so sweet right.. Nampak macam anak kecil je..

Lagi satu.. Header Asyu tu problem sikit.. terkecil pula.. Asyu pun tak tahulah kenapa dia buat hal.

Semua Asyu tukar.. tapi design tu tak sangat sebab takut isi dia lari.. karang penat pulak korang nak kejar.. 

Btw Cerpen aka cerpan tu bakal disiapkan.. tapi tak tahulah lepas raya or sebelum raya..

Penat sangatlah hari ni... tengoklah malam nanti Asyu sambung tulis lagi ye.. kalau sempat siap Asyu post.. kalau tak harap maklumlah tau..

Okey tu je nak menyembangnye.. Assalamualaikum.. kita jumpa dua tiga hari lagi... byeII luv u all.. take care u all.. ^_^

Tuesday, 8 October 2013

cerpen akan datang


Tajuk : Nerdku Romantik >u<

hero : Muhd Syamier Habsyah -nerd-

heroin : Nurul Syahlina -happy-go-lucky girl-


bakal di upkan.. hehehe x lama lagi.. cerita DYH tu tak boleh wat kejap2... nak sambung kena tunggu lepas exam so wat sementara ni syu up cerpen2 and citer lain taw :3

Monday, 7 October 2013

Kenalkan oRAnG bArU dAlaM bLoGGer >>>> megat eyrulez: adakah dia milikku?

              Assalamualaikum semua.. Hari ni Asyu nak kenalkan orang baru dalam blogger ni. Kebetulan je Asyu jumpa dia kat cb P2U. Sembang2 lepas tu dia ajak ke blog dia... So Asyu pun pergi la.. Haih.. masalah betul bila Asyu tekan link dia x boleh bukak.. Apa masalahnya Asyu pun tak tahu.. Tapi Asyu dengan gigihnye.. Hahaha Gigih la.. semalam try tak boleh hari ni try lagi.. Boleh pulak seronokkkkk pulakkk rasanye hahahaha..

             Okey Erul ni blog dia pasal e-novel dialah.. Memula dia post kat P2U je.. tapi sebab P2U lambat up dia buat blog. Best la citer dia.. jomlah g intai2, lawat2, follow2 blog dia... 
             
              Blog dia ni memang baru giler... giler pun tak baru macam ni. Baru hari Ahad lepas (semalam lerrr) wujudnya blog ni.. Jom la baca dan komen. Dia nakkan reaksi supaya dia dapat menilai karya dia. Hehehe seronok bile dengar orang nak hantar manuskrip... Asyu pun nak antar tapi.... Payah lerrrrr  So apa lagi jom le serbu blog diaa...




Blog 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


serbu la tawwwwww :3

Tuesday, 1 October 2013

Aku, Kau??!

Aku, Kau??! ~CERpen kot??~





          “Urghhhhh~!! Tak suka, tak suka!!” hambik kau sekuat hati aku menjerit. Padan muka siapa yang duduk sebelah aku. Siapa lagi kalau bukan kawan terbaik aku si Nina Albino ni. Hahaha nama dia bukan la Nina Albino.. saja je aku mengedik tambah Albino tu. Rasa macam sweet-sweet lovely je.. Muahahahaha >_<.

          “Hah, yang kau ni buang tabiat kenapa?!” Wow~!! Sekali Nina Albino meletus gugur jantung aku.

          “Ala.. saja je gurau manja.. Relax la Nina Albino sayam.. Rilex sister.. sister relax..” aku mula la nak memekak walaupun tahu suara aku ni adalah sedap sikit didengar dari suara katak tak berumah di tepi jalan tu.

          “Banyaklah kau gurau manja... Tapi kenapa kau jerit tak suka, tak suka tadi?” tanya Nina Albino.

          “Ugh... Aku... kena ulang sem satu!!! Oh.. Oh.. tidak.. Pilu, sedih, hancur hatiku.. ughhhh~!! Isk.. isk..” Nina Albino mula mengeleng kepala melihat gelagat aku yang kalah Miss World dan juga Ratu segala drama, Drama Queen.

          “Emo gilelah kau ni! Sengal betul! Aku ingat apalah tadi.. Tulah orang suruh study kau nak jugak melekat dengan novel-novel, internet segala.. Sekarang kau hadap la sesorang! Kau repeat kertas apa?” Aku kasi senyuman yang paling manis sambil mengangkat 4 jari aku yang kecik molek, molek pun tak kecik macam ni.

          “Hah, empat paper terus???” Wah~! Kali ni kalaulah Nina Albino masuk contest ‘Suara Picthing yang Paling Tinggi.’ Konfem dia menang. Mana taknye.. sampai terkeluar taik telinga aku dibuat minah sorang ni. Tak reti-reti nak cover suara yang dah memang besar tu..

          “Hump.. haah, kau taukan kepala aku ni bukan kepala STPM...” kata aku sambil buat muka sedih dengan muka tembam aku ni. Hehehe memang la muka aku takkan muka orang lain pulakkan..

          “Hish.. kau ni.. Habis tu kepala aku ni kepala STPM ke???” tanya Nina Albino dengan muka garang tak hinggit. Aku apalagi telan air liur jelah. Takkan aku nak mengamuk pula dah terang rang rang aku yanggg... salah. Ugh... Isk.. isk..

          “Hah, jangan nak buat muka sedih pulak ye miss Chub...” ujar Nina Albino. Gabra la tu tengok air mata aku ni.. Chub? Hehehe tulah gelaran aku. Maklumlah akukan chubby sikit.. sebenarnya bukan sikit banyak lor.. hahahaha.. Tapi aku dah biasa tak ambik hati pun. Hehehe lagipun semua orang kata aku cumel.. Aikss.. malu la plak aku rasa #>_<#

          “Janganlah marah.. aku tahulah aku yang salah tak belajar betul-betul.. Habis sekarang macam mana? Mana aku nak cari totur untuk sem 1 ni.. Kalau boleh aku nak tempat yang murah... Maklumlah aku ni orang susah.. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. kais malam makan...” tak sempat aku nak habiskan luahan rasa Nina Albino dah potong skrip aku.. Spoil!!!

          “Dah-dah cukup cukup sudah.. Tak payah nak berkais-kais kau ingat apa? Ayam??” Dush~! Sekali aku rasa macam kena tumbuk pulak. Aku tarik sengih tak berapa nak jadi.

          “Macam nilah.. Kau kenalkan adik Shima Shimo tu? Adik diakan lower six.. ambik subjek macam kita jugak. Dengar citer ujian yang cikgu kasi  untuk kelas dia.. semua dia bolot A+... Kau mintak la tolong dia.. Mana tau dia ajar free je..” Mata aku dah terbeliak mendengar ‘adik Shima Shimo’ Ugrhh... tak rela mak!! Adik si Shima Shimo a.k.a Razif berlaguk tu memang musuh sejati aku. Rumah dia dengan aku selang sebaris je so memang kira jiran lakan?!! Tapi aku kira lepas tambah, tolak darab dan bahagi memang sah dia musuh aku. Sejak dia kutuk aku depan mak cik-mak cik  iaitu jiran aku.. terus aku istiharkan perang tak kenal zaman dengan Razif berlaguk tu.

          “Razif??” saja je aku nak buat tak tau... Nina Albino mengangguk.

          “Razif berlaguk??” tanya aku lagi.. Nina yang memang polos mulus dan tulus tu pun angguk sekali lagi.

          “Razif berlaguk yang muka macam tapir tambah beruk tu??” kali ni saja aku tambah muka tak percaya.. Huargh hahaha kalau la korang boleh tengok muka Nina Albino ni memang la korang gelak tahap gaban.

          “Razif.. Ra..Razif..” kenapa pulak la Nina Albino ni tergagap-gagap. Aku.. Aku dah tak tahan nak gelak dah ni.. hahahahahahaha.. Berair mata aku..

          “Seronoknye gelak ‘kak’ Laili.” Gulp.. suara tu.. hanya dia je panggil aku Laili. Alamak, Razif dah dengar ke semua yang aku cakap tadi??? TTTTidakkkkk.... T_T

          Aku tayang muka selamba. Angkat-angkat kening sikit... Hehehe macam baguih je aku ni.. Padahal sem 1 pun tak lepas... Nina Albino, aku tengok dah telan air liur.. Takutlah tu.. mestilah takut.. aku pun sama.. si Razif ni memang la nampak sopan tapi mulut dia... Nauzubillah...

          “Ni Albino, cikgu Zaila suruh kasi. Dia ada hal.. kena pergi hospital suami dia sakit..  Bytheway.. ‘akak’ Laili... dengar cerita akak kena repeat sem 1 kan... Saya yang handsome lagi baik hati ni nak kasi tuisyen percuma.. Akak nak ke?” tanya Razif dengan muka tak boleh blah.  Aku rasa nak termuntah je part ‘Saya yang handsome lagi baik hati..’ Ughh.. tau la handsome.. handsome ke???

          Nina Albino kasi hint suruh aku terima je tawaran tu. Yelah budak paling pandai dalam sekolah nak ajar tak kan nak say NO pulakkan... Aku pandang muka Nina, Aku pandang muka Razif.. Alamak.. Razif ni kasi double jerk pulakkkk... Ni yang hangin ni! Mencabar kesenioran aku ni! Aku yang pantang dicabar apa lagi! Terima!!!


*****


          Makkkkkk~!! Kenapa, mengapa dan bagaimana aku boleh terima pelawaan budak berlaguk tu??? Tidak, tidak.. huhuhu tulah orang tua, muda, semua dah cakap... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hump... jawabnya memakan dirilah..

          Aku tak boleh bayanglah.. macam manalah si Razif tu nak ajar aku.. Huhuhu mesti nanti aku asyik lawan cakap dia.. Hehehe biasalah kalau dah musuh mesti ada lawan-lawan sikit.. Cuma versi aku lawan mulut jelah.. takkan nak bergusti pulak.. walaupun aku ‘besar’ sikit dari Razif dah tentu-tentu aku perempuan... Perempuankan lemah.. so memang kalah la aku.

          “Along, ni adik kawan kamu ni, apa ke nama dia.. Hah, Razif datang. Dia kata kamu tuisyen dengan dia! Cepat sikit siap tu.. kesian dia tunggu lama!” jerit ibu aku dari bawah. Aik.. baru je aku sebut-sebut dah muncul mamat berlaguk tu.. Spoilllll~!!!!

          “Hump.. kau ni memang jenis tidur petang ke hippo Laili??” sindir Razif berlaguk. Aku ketap bibir. Ingat dah lama tak jumpa dia dah lupakan Hippo tu. Rupanya kuat betul ingatan dia tu.. patutlah bolot A dalam semua subjek.

          “Haah..  kenapa? Ada masalah? Kalau aku tidur petang pun ada je orang nak dekat aku..” saja je aku ni.. Kan ke dah merah muka mamat berlaguk tu...

          “Heh, tak sangka aku.. Hippo macam kau pun ada orang nak ke Laili?” Pedas betullah ayat mamat berlaguk ni! Aku rasa nak tangan-tangankan, kaki-kakikan je budak muda setahun ni...

          “Dah-dah.. hal aku tak payah nak masuk campur.. kita study sama je.. Betul ke free?” tanya aku, ragu-ragu. Bukan apa kata-kata Razif ni bukan boleh percaya, banyak auta dari fakta.

          “Hump.. bukak buku sem 1 kau. Kita mula dengan pengajian Am.” Ujar Razzif dengan muka yang aku tengok macam bosan je... Takkan bosan kot...

          Suara Razif ni bukan nak mengajar.. ni suara nak dodoi aku ni. Mata aku mula memberat. Memang sedap betul suara Razif ni. Aku cuba tahan katuk yang datang tiba-tiba. Aku tengok muka dia. Mata sedang-sedang, tak bundar tak sepet.. cantik je.. Bulu mata melentik, sekali aku tengok macam budak perempuan dua kali aku tengok macam mata curi... tiga kali aku tengok baru tahu itu mata Razif. Hahaha buang tabiat betul aku ni. Aku tengok pulak hidung dia.. fulamak.. mancung beb.. tapi mancung sedang-sedang yang sedap mata memandang.. bukan yang macam Mr. Bean tu.. Mulut dia.. Nak kata merah tak merah tapi sah dia tak hisap rokok.. Memang type aku.. Aik.. main type-type pulak.. ingat typewritter ke Laili??

          “Puas tenung muka aku?” soal Razif yang asyik menulis. Aku kira soalan untuk menguji minda aku yang dari tadi tak masuk apa-apa.. Malu dehhhh.. huhuhu aku buat muka selamba.. double jerk aku kasi.. saja nak menguji kening aku yang cantik ni.

          Tiba-tiba saja muka si Razif ni merah. Takkan marah kot.. ke aku yang cumel sangat. Ahaks tak malu betul aku ni..

          “Dah la.. kau ambik nota-nota ni semua.. Aku jamin kau paling tidak boleh dapat principal.. Aku tak boleh nak terus ajar kau..” habis sahaja bercakap Razif terus berlari keluar. Aku angkat bahu. Suka hati kaulah Razif.. Asalkan bahagia. Sejak bila aku ambil berat tentang kebahagian mamat berlaguk tu? Ughh... malas nak fikir.. baik aku study..


******


          “Weih, esok kau keluar dengan aku tau.. Sayam aku dah balik dah.. dia cuti sem.” Nina Albino kelihatan pelik.

          “Sayam? Sayam mana pulak ni?” tanya  Nina Albino dengan muka pelik. Aku tahan gelak.

          “Sayam akulah.. si Alif tu.. Diakan belajar dekat UM.. sekarang dah cuti. Esok dia nak ajak aku keluar.. kebetulan pulak esok Sabtu. So kau ikut ye...” ujar Aku sekali nafas. Fuh~!! Hebat betul aku ni.. Ahaks..

          “Ye ke? Hehehe aku on je mesti makin hensemkan si Alif tu..” Nina Albino mula la berangan. Aku tak tahan gelak. Akhirnya aku gelak jugak.. Tahu sangat Nina Albino ni tangkap cintan dengan sepupu sepapat aku tu..


          Hari Sabtu ni terasa indah sangat.. Mana tak indahnya.. Sepupu kesayangan aku nak bawak aku jejalan kat Jusco tu.. Hahahaha duit aku konfem tak payah keluar. Alif tu memang terkenal dengan gentlemen dia tu.. So safe la poket kesayangan aku ni...

          Tengah aku seronok jalan dalam Mall ni.. tetiba je kaki aku tersangkut dekat kaki malaun mana tah.. Nasib baik tak jatuh.. Alif sempat tangkap aku. Tapi malu doh... kena peluk depan orang ramai. Nasib baik darurat. Si Nina ni asyik gelak je karang aku bantai kang terus tak boleh gelak karang..

          Aik... tu bukan ke Razif? Kenapa dia kepal penumbuk? Marah aku ke? Tapikan aku dah lama tak jumpa dia...  Tapikan.. handsome giler la muka mamat berlaguk tu.. Sweet lovely je aku tengok.. rasa nak gigit-gigit je.. Laili!! Astaghfirullahal’azim....


******

“Wahhhh~!! Akhirnya... akhirnya.. sijil STPM aku tak de gagal~!!” kali ni memang aku tak cover malu dah. Lantak la bekas junior aku nak gelak ke apa.. asalkan aku LULUS dengan JAYAnya.. Hehehe Dah 3 bulan aku cuti akhirnya penantian yang menyeksakan ini membuahkan hasil yang begitu baik.

Tak sia-sia nota Razif aku pulun sampai terkoyak rabak. Air mata mula mengalir. Nina Albino pun turut menangis tengok aku yang kalah Miss World dan ratu segala drama, Drama Queen.

“Ehem, ehem.. Assalamualaikum..” Alamak merdunya suara Razif sekarang ni.

“Waalaikumsalam..”aku menjawab malu-malu.

“Aku nak cakap sikit dengan kau..” ujar Razif. Aku pandang Nina, dia angguk menyuruh aku ikut Razif. Aku pun rela tak rela ikut jugak.. padahal aku terlebih rela ni..

“Kau ada hutang dengan aku..” ujar Razif serius. Aku pelik bila masa pulak aku hutang dengan dia..

“Hutang apa?”

“Hutang nota. Kau guna nota akukan? Tu yang kau dapat A untuk 4 subjek sem 1 tu.. So aku nak kau bayar..”

“Bayar? Bayar macam mana pulak.” Memang betul pun aku guna nota dia batu berjaya macam ni.. So aku reda dia mintak duit aku pun..

“Jadi awek aku..”

“Hah?! Aku, kau??!” dia angguk.

“Aku, kau?” tanya aku lagi.

“Ye.. aku.. kau..” dia dekatkan dua jari telunjuknya.

“Aku? Yang chubby ni? Kau?” tanya aku lagi.

“Yes, Laili, Razif in love with you... Aku, kau!!!’ jerit Razif. Aku dah malu tahap gaban ni.. Dahlah dalam sekolah.. Hish, sengal betul mamat berlaguk niiii~!!! @_@

“Aku, kau??!” sekali lagi aku soal meminta kepastian.


Razif mengangguk sambil tersenyum manis. Membuat aku turut mengukir senyuman. Perlahan aku turut mengangguk.



#_#_#_#_#_##_##_#_#_#_#_#_#_#

Hehehehe entah macam mana boleh muncul cerita ni.. Tengah tension sebenarnya.. padahal Asyu tengah bengang ni.. tetiba je kuar cerita kelakar.. silaLAh BACA^^ and KOMEN yeeee