Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Wednesday 17 April 2013

ASH VerSUs ASH Part 1


“Ash vs ash”

PART 1 *_^
Kaki laju melangkah, seolah-olah ada yang mengejar dari belakang.  Degup jantung bertambah rancak.  Sesekali dikerling jam yang sudah menunjukkan pukul 8.15 malam.  ‘Habislah aku lepas ni.. Konfem ayah tak kasi keluar dah...’  Ash atau Asy Quratun sudah membebel sendiri.  Semua ni gara-gara kawannya Yad dan Din.  Kalau tak kerana mereka mengajak dia menonton wayang pasti tak lewat.

          “Assalamualaikum!!” ujar Ash termengah-mengah.  Penat tau tak berjalan dari bus–stop tu ke rumah.  Bukan jalan biasa.. jalan laju tuh... kalau dia masuk pertandingan konfem menang.

          “Waalaikumsalam...Hah, baru nak balik ke? Kenapa tak tidur luar je malam ni?” perlian ayah Ash mula berkumandang lagaknya seperti memberi kutbah Jumaat.  Ash menayang sengih.

          “Ala.. rileks la ayah.  Bas sangkut dalam jammed. Bukan achik nak balik lambat...” ujar Ash selamba.  Bahu ayahnya ditepuk selamba.

          “Banyaklah kamu relaks... siapa nak masak sekarang ni?” tanya En. Sufian sahaja mahu menguji.  Ash tarik muka kelat.

          “Ala... ayah ni macam tak tau.. Tangan Ash ni sensitif.. Tak boleh pegang cabai.. Along, angah, dengan Alif mana? Suruh la depe.. cian kat Ash.” ujar Ash yang menayang muka sedih.  Memang dia takut nak masak kerana keluarganya hantu cili atau cabai.  Malas pun satu hal.  En. Sufian tayang muka serius.

          “Tak ada- tak ada.  Hari ni kamu masak.  Denda balik lambat!” ujar En. Sufian tegas.  Ash sudah hentak-hentak kaki tanda tidak puas hati.  Mata dah berair, tapi dia tahankan sahaja.  Tak nak jatuhkan maruahnya sebagai ‘lelaki’ macho lagi comel.

          Ash melangkah ke dapur.  Sempat lagi dia hentak-hentakan kaki sebelum sampai ke dapur.  En. Sufian mengeleng-geleng.  Sahaja dia nak menguji.. hehehe kita lihat sampai bila Ash mampu bertahan.. Muahahaha(gelak jahat) J

          Ash memulakan tugasnya.  Walaupun gayanya sangat boylish tetapi dia amat pandai memasak. Habis semuanya dia siang. Tetapi bila tiba giliran CILI Ash sudah menahan tangis. Arul, along si Ash yang kebetulan datang ke dapur untuk minum segelas air mula merancang idea yang entah apa-apa.

          “Kesian Ash tu kena masak ye.. Nanti bubuh banyak-banyak cili tau..”ujar Arul sengaja mahu menyakat.  Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah.  Teresak-esak Ash menangis.  Arul sekadar memerhati seronok juga tengok orang berhati batu ni menangis.

          “Laiilahaillah... Ash kenapa duk menangis macam bayi tak kenal dunia ni?”tanya En. Sufian buat-buat lupalah tu.  Padahal anaknya menangis gara-gara kena buli dengannya.

          “Ayah... Orang tak mau pegang cili ni... Orang BENCI!!!  Ayah hukumlah orang cara lain.  Tak kasi keluar ke apa ke?  Asalkan tak lebih sebulan.. erm...” Sempat lagi Ash demand tu.. Tak patut- tak patut. 

          “Okey.. ayah boleh lepaskan Ash kali ni.. Tapi..  Ash kena tolong ayah satu hal.. Sebagai ganti denda..” ujar En. Sufian  sambil tersenyum nakal.  Nakal je bukan jahat tau.

          “Apa ayah?!” tanya Ash yang mula hilang sebaknya.  Arul masih setia disitu memasang telinga.  Mesti best idea ayahnya.  Ayahnya memang kaki membuli dalam senyap. Dia menurun perangai suka membuli adik dan kawan-kawan ni pun dari si ayah.

          “Ash kena tolong Uncle Majid.  Kena tolong jagakan cucu saudara dia.”ujar En. Sufian bersemangat, terangkat-angkat keningnya.  Ash ternganga.  Dia dengan budak kecik mana boleh GENG?!  Ni memang permintaan luar alam.

          “Tapi.. Ash mana boleh dekat dengan budak kecik.  Ash mesti nak buli depe.. ni semua ayah punye genetik la..”ujar Ash mencebik bibir.

          “Asy Quratun binti Ahmad Sufian!!!  Kalau kamu tak mahu tolong ayah.. Kamu akan didenda iaitu kamu kena memasak untuk kami yaitu yang sememangnya hantu CILI ni.. selama setahun!”  Lagi ternganga Ash dibuatnya.  Ni bukan setakat mendera tangannya tetapi mentalnya juga!  Ash memandang Arul si along meminta backup tapi hampeh.. lagi digelakkan adalah.

          “Yelah-yelah... Ash setuju.  Berapa umur budak tu?”tanya Ash sebal.  En. Sufian tersenyum menang.  Ash menjeling abangnya asyik mengetawakan dirinya.

          “Dalam.. 4 tahun. Ingat esok kamu kena pergi rumah dia. Cuti-cuti semester ni bawak-bawaklah bekerja.. Jangan asyik nak keluar dengan kawan je.  Dah la awak tu perempuan!  Lepas tu pakai baju macam lelaki.. Haih, ayah tak tau la macam mana nak kata lagi.”  En. Sufian mula mengeluarkan siaran khubath Jumaatnya.  Ash sudah memekakkan telinga.  Alongnya pula melambakkan ketawa yang mungkin sudah sebulan di simpan.  Ketawa tak ingat dunia, agak-agaknya dah beratus anak setan dalam tekak dia.
          Ash melangkah ke biliknya.  Lauk-pauk yang disiang ditinggalkan begitu sahaja. Merajuklah tu.. Hancur identitinya sebagai ‘lelaki’ macho lagi comel. Ayahnya dan Arul masih ketawakan dirinya di tingkat bawah.  Pintu bilik yang berwarna putih itu dihempas sekuat hati.  Melepaskan geram.  Kehangatan hatinya beransur pergi apabila azan Isyak sudah berkumandang.  Kaki laju membawa diri ke bilik air, mahu menyuci diri menghadap Tuhan yang Maha Esa.  Biarlah apa orang nak kata, hanya Allah sahaja yang  tahu kenapa dia jadi begini.
         
                                                =________=.

            “Assalamualaikum... Ada orang ke tak ni...” Ash yang sudah hampir 15 minit berdiri disitu mula mengaru-garu kepala yang tidak gatal.  ‘Biar betul ayah ni.. Betul ke ni alamat Uncle Majid ni? Dah lenguh kaki aku berdiri dekat sini..’Ash mula mengeluh. Dahi yang mula basah dek peluh dilap dengan bajunya yang berlengan panjang.

          “Assalamualaikum!!  Haih kalau macam ni.  Baik aku keluar dengan Yad dan Din, tak adalah bosan macam ni.. Uncle Majid ni pun dah janji tu tepatilah..”bebel Ash mula menghampiri motosikalnya yang kebetulan baru keluar dari bengkel akibat demam yang terlampau kronik. Ash menepuk-nepuk motorsikal kesayanganya itu. Sedang dia nak memanjat motor dengan gaya ala-ala mamat motor tak pernah naik motor.. dia dikejutkan dengan bunyi hon kereta. Hampir-hampir sahaja dia jatuh dari motor yang boleh tahan tinggi, yelah diakan pendek.. chibi bak kata orang Jepun.

          “Ya Allah, lama ke sampainya Quratun?” tanya Uncle Majid ramah.  Ash pun apalagi orang dah berbahasa dia pun berbahasa jugalah.

          “Tak adalah Uncle As.. er.. Quratun baru nak turun motor.”ujar Ash sedikit kekok, sudah lama tiada yang menggelarnya sebagai Quratun. Ash membuntuti kereta Uncle Majid yang selamba rock lambat itu.  Dah tahu nak keluar tak payahlah berjanji hari ni..
          “Quratun mari masuk.” Ajak Uncle Majid ramah. Tangannya penuh dengan sarapan pagi. Tetap juga dia mendukung seorang budak kecil yang mungkin akan dijaga oleh Ash itu. Ash dengan baik hatinya menghulurkan tangan mahu mendukung budak itu.  Tetapi budak itu jual mahal pulak, makin beranginlah Ash. ‘Tak pe kau budak, jual mahal ye... Kau belum kenal lagi Ash ni siapa..’Ash segera memaniskan wajahnya apabila Uncle Majid kelihatan serba-salah.

          “Maaflah Quratun, Aisy ni memang macam ni.. Tak apa Quratun tolong Uncle angkat makanan ni ya..”ujar Uncle Majid serba-salah.  Ash pantas mengambil plastik yang berada ditangan lelaki itu.  Sempat lagi dia menjulurkan lidah kepada budak kecil itu.  Ash.. Ash memang tak matang betul!

          Ash pantas menolong Uncle Majid menghidangkan makanan-makanan itu. Tanpa disedari anak kecil itu merapati Ash yang asyik menyusun kuih-muih itu. Lalu ditarik hujung baju yang dipakai Ash.  Ash sedikit tersentak dengan tindakan budak kecil itu.

          “Nak apa?”tanya Ash lembut. Takkan nak sergah pulak, nanti menangis pula cucu kesayangan Uncle Majid itu.  Budak kecil itu hanya berdiam. Tangan tergawang-gawang, seolah-olah menunjukkan sesuatu. Ash berkerut dahi memikirkan apa yang si kecil mahu.

          “Quratun, Aisy tu nak air. Dia tak reti nak bercakap. Dulu dia boleh bercakap becok semacam je, lepas ayahnya berkawan dengan seorang perempuan tu terus dia jadi macam tu. Tapi ayahnya dah putuskan hubungan dengan perempuan tu, tapi entahlah, sekali pun Aisy tak mahu mengeluarkan suara. Kata doktor Aisy trauma. Itu yang Uncle bawak Aisy duduk dengan Uncle. Takut pula nak bagi dia duduk dengan pengasuh..”ujar Uncle Majid panjang lebar. 

          “Mak dia mana uncle?” tanya Ash.  Uncle Majid terkesima.

“ Mak dia dah meninggal masa umur dia 2 tahun lebih..”ujar Uncle Majid sedikit sedih. Ash segera meminta maaf. Uncle Majid sekadar mengangguk.  Pantas sahaja lelaki itu pergi ke tempat kerjanya yang sememangnya dia sudah lewat. Ala syarikat sendiri apa kira..

Ash terangguk-angguk. ‘Kesian la pulak dengan budak kecik niii... Tapi sebab budak kecik ni tak hiraukan aku tadi.. muahahaha dia mestilah dibuli sebelum aku berbaik dengan dia..’ Ash memandang Aisy yang asyik menjamu selera itu.
         
                                                          ^______^

          Ash merapati Aisy yang asyik mewarna. ‘Hehehe inilah masanya aku nak membuli wahai budak...’

          “Hm.. Cantik betul Aisy warna. Ni apa?”tanya Ash sengaja mahu memancing perhatian si kecil. Aisy mula menulis. ‘Wah, pandai betul budak ni.. baru umur 4 tahun dah pandai menulis..’ Tertera perkataan ‘Lembu’. Ash menahan ketawa. Mana taknya lembu itu diwarnakan dengan warna biru, lembu dari planet mana ni?

          “Aisy.. mana ada lembu warna biru.. Aisy ni sedih betullah hahaha..” Ash sesedap rasa, ditambah dengan ketawa mengekek Ash itu membuatkan wajah Aisy bertukar warna. Memerah menahan geram.

          “Alololo.. tomey-tomey. Meh Kak Quratun kasi botol susu ek..”sengaja Ash memerli Aisy. Aisy yang kegeraman pantas menulis sesuatu.

          ‘Aisy dah tak minum susu dalam botol la..’ makin gamat ruang tamu itu dengan ketawa si Ash. Aisy mencebik. Seolah-olah mahu menangis.

          “Eleh.. baru usik sikit dah nak nangis tak syok la..”ujar Ash menutup gugup melihat mata bundar itu bergenang. Aisy pantas menyeka air mata yang belum luruh ke pipinya.

          ‘Mana ada nangis la mak cik Quratun..’ tulis Aisy sebelum melarikan diri. Sempat lagi si kecil itu menjulurkan lidah. Ash menahan geram. Mak cik?! Hello Ash baru nak masuk 20 tahun tau! ‘Eik.. macam mana pulak Aisy tu boleh tau aku ni perempuan?’ Ash mengaru-garu kepalanya.  Pelik betul dengan budak cerdik tu.

          Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Ash sekadar menjaga ala kadar budak kecik itu. Yelah budak tu memang boleh diharap. Makan sendiri, mandi sendiri, solat pun pandai, pendek kata Ash ni kerjanya duk tercongak depan televisyen aja.

          “Assalamualaikum..” Ujar Uncle Majid yang baru pulang. Ash segera menjawab dalam hati. Ash memerhatikan kawan ayahnya itu. Kelihatan segak walaupun baru pulang dari kerja. Hehehe tapi jangan ingat si Ash ni suka lelaki tua pulak.. maaflah..

          “Uncle Quratun nak balik dululah.. Karang ayah bising dekat rumah.”ujar Ash yang sudah mencapai helmetnya.

          “La.. baru nak kenalkan dengan bapa si Aisy ni, Ashril.” Muka Uncle Majid sedikit kecewa.

          “Tak pelah uncle esok masih ada..”canda Ash.  Tiba-tiba Aisy menarik tangan Ash nak tak nak Ash tunduk le dekat si Aisy tu, atuk dia depan mata la.. Aisy pantas mencium pipi si Ash. Ash terkesima menerima ciuman dari budak kecik itu. ‘Ops.. ciuman pertama aku..’Itu yang dia dok fikirkan, oit Ash oit, dia tu budak kecik je la...

          “Erk.. Thanks?! Aisy.. Uncle orang balik dululah nak Magrib ni..”ujar Ash segera keluar dari rumah itu. Pelik pulak bila kena cium dengan budak tu rasa macam muncul satu perasaan yang asing. Hm.. macam rasa rindu, ya rindu kepada ibunya yang sudah lama pulang ke rahmatullah.

          Asyik benar Ash melayan perasaan. Tanpa disedari dia terlanggar belakang kereta Honda Civic.  Ash sudah terpelanting dari motornya. Nasib baiklah dia tidak terseret kalau tak memang sedaplah jawabnya.

“Hoi! Sesuka hati je langgar kereta aku kan?!” sergah lelaki itu. Ash sudahlah sakit kena sergah pulak, memang sengaja mengundang padah lelaki ni.

          “ Oit, encik yang tak ada perasaan empati. Encik tak nampak ke saya ni? Lagi teruk dari bontot kereta encik tu.. ni ha luka ni!!” Ash pantas menyuakan lenganya yang berdarah itu.

          Lelaki itu sedikit kebelakang mungkin geli dengan darah. Lelaki itu membuat sesuatu tindakan diluar jangkaan si Ash. Boleh pulak dia main tojol-tonjol kepala Ash. ‘Haih.. ingat kepala aku tak bayar zakat ke?’ Ash cuba menyabarkan hati.

          “Sayang.. kenapa lambat sangat ni?” kedengaran satu suara asing. Hantu ke? Erk, gulp! Ash sudah menelan air liur.

          “So sorry, pengkid ni ha.. Habis kereta I dia langgar. Kejap ya sayang..”ujar Lelaki itu begitu lembut.  Hampir tergoda Ash mendengarnya. ‘Aip.. kejap! Dia kata aku pengkid?? Macam mana dia boleh tau pulak ni??!’ Ash mula tak sedap hati.

          “Pengkid ke sayang? Nampak macam lelaki tulen, haih rugi betullah..”ujar perempuan itu sedikit gedik. Lelaki yang sedang merenung Ash macam nak makan itu pantas membeliakkan mata mendengar kata-kata itu dari mulut sang kekasih.

          “You..”Aww... loya tekak Ash mendengarnya, manja bebenor... Kembang hidung Ash mendengar kata-kata si perempuan. Hehehe maknanya dia lagi kacak la dari si lelaki yang macho, tough lagi bergaya ni.. Sempat lagi Ash memuji lelaki itu.

          “Okey-okey, kau pengkid, kasi no fon dengan nama penuh. Kalau tak aku report!” ujar lelaki itu mengugut.

          Ash pantas memberi maklumat dirinya.

          “.... Asy Quratun binti Ahmad Sufian.”kata-kata Ash mendapat gelak ketawa yang maha merdu dari lelaki itu. Si perempuan sudah berkerut-kerut dahi melihat wajah kekasihnya memerah menahan ketawa.

          “You kenapa gelak? Kena rasuk ke? Dah la nak magrib ni..”ujar perempuan itu sedikit risau. Seriau dibuatnya, Ash segera menjarakkan diri.

          “Taklah.. Nama sikit punya feminin tapi.. perangai macam.. hahaha”kali ini gelak ketawa itu bersatu dengan si perempuan.

          “Okey then, mr. Crazy.. I’m going now..”ujar Ash sedikit geram. Kan sesedap rasa dah dapat gelaran dari Ash ni.

          “Oit pengkid, sesuka hati kau panggil aku Mr. Crazy.. Siap kalau aku jumpa kau!”ujar Lelaki itu menengking. Terhenjut bahu si kekasih. Ash sudah jauh berlalu. Lengan yang luka perlu diubati sebelum pulang. Nanti bertambah sakit hati dia bila ayahnya pula membebel.

          ‘I will remember you Mr. Crazy...’


#Dah lama x update blog... heheheh yg lama x abis lagi asyu dah tambah baru.... jangan risau ni just cerpen je.. hehehe
#enjoy tau...
#cerita ni ada dalam 2 atau 3 part lagi.. terpulang kepada inchik oTak hehehe
#Btw tgh sbuk2 ni la.. Idea pasal benda ni muncul.. so diharapkan korang KOMEN supaya asyu x rasa rugi buang masa tulis benda ni ye....



6 comments:

  1. hahahaha.... mmg kelakar... first2 mas ingat kan ash qurqtun tu lelaki sekali hemmm... ok lah nie
    cpt sambung tau. mas dah x sabar... kahkahkah.... :)

    ReplyDelete
  2. hehehe... thanks mas...
    insyaAllah akan disegerakan..

    ReplyDelete
  3. Bila nak sambung lg. Best je cita nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bakal disambung..
      tapi tak janji la dalam waktu terdekat ni..
      klu asyu lapang asyu update ye..
      btw Thanks @Abdul Rashid

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)